nuffnang ads

Saturday, 6 October 2012

BELAJAR JADI PENYABAR.



Sabar bermakna betah menahan penderitaan, kesakitan dan kesusahan.Bersabar ialah bertenang fikiran dan perasaan.Menyabarkan ialah menahan kesusahan, kesedihan dan kemarahan dengan tenang atau menenangkan perasaan atau fikiran.Tersabar bermakna sanggup atau boleh bersabar.Kesabaran ialah perihal sabar.Penyabar ialah orang yang sabar.

Sepatutnya setiap dari kita perlu belajar menjadi seorang yang sabar.Mungkin dengan kaedah ini kehidpan mungkin lebih bermakna.Lihat sahaja kelakuan pemandu kenderaan dijalan raya.Kerap kali kita melihat orang yang tidak sabar.Banyak yang tidak mahu memberi laluan kepada orang lain dengan alasan , ini adalah jalan mereka dan mereka berhak pergi dahulu dalam apa keadaan sekali pun. Kerap kali kita dapat melihat kemalangan kecil atau besar berlaku keta tidak sabarnya pemandu dijalan raya. Adalah tidak dapat dinafika kemalnmgan banyak berlaku kerana tidak ada kesabaran dikalangan pemandu dinegara kita. Akhirnya apabila tidak sabar yang ingin menegakkan hak dapat sakit dan orang yang berada dipersekitaran juga mendapat kerugian atau kesakitan.Sudah tentu sabar kerap akan dihubungkan dengan orang baik kerana sikap sabar pasti berada bersama orang yang baik.Sabar itu sikap orang baik.Orang baik adalah seorang yang penyabar.

Setiap manusia ingin menjadi baik. Sudah tentu ianya merupakan satu cita-cita tetapi kadang-kadang proses ingin menjadi baik ini membuatkan sesaorang tergelincir. Kerap kali sangat membanggakan jika setiap kebaikan kita diperkatakan orang dan orang yang baik tidak akan membanggakan apa kebaikan yang telah dilakukan. Itu sebabnya orang yang baik apabila memberi sesuatu tidak akan mengungkitnya lagi pada masa hadapan. Dalam Islam kerap diperkatakan jika tangan kanan memberi tangan kira tidak akan mengetahui. Untuk itu kalau ingin dikatakan baik tidak perlu menunjuk-nunjuk setiap perbuatan. Kalau ingin memberi derma berilah dengan senyap sahaja.Jangan banyak menunjuk dan berkata-kata dihadapan orang lain. Kalau hendak beri sesuatu biarlah ikhlas dan setiap pemberian adalah kerana Allah dan bukan kerana manusia.

Baik sangat memberi faedah apabila menggunakanya, melihat atau membacanya.Baik juga membawa makna elok yang berlawanan dengan buruk. Baik ialah tidak jahat kelakuannya, memuaskan hati dari segi rupa, mutu dan kegunaan, baik juga membawa makna sudah pulih atau sudah sembuh. Baik juga membawa makna sangat sesuai dan rapat berkenaan perhubungan dan persahabatan. Perkaitan baiklah ialah kata persetujuan.

Baik-baik ialah sebagai pesanan supaya berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu, melakukanya dengan rapi atau menjaga atau memelihara sesuatu. Baik-baik juga bermakna melakukanya sesuatu dengan teliti. Sebaik ialah serupa dengan, sama baik dengan. Sebaik-baik ialah demi, serta atau baru sahaja. Sebaiknya ialah yang baik dan patut dillakukan, seelok-eloknya atau yang amat sangat baiknya. Berbaik atau berbaik-baik ialah tidak bermusuhan atau bertengkar. Berbaiki sama erti dengan membaiki, membaik sama erti dengan membaik pulih. Membaiki atau memperbaiki ialah membetulkan, berbuat baik kepada. Memperbaikan ialah membuat jadi baik, memulihkan dan menganggap lebih baik, mendatangkan faedah atau kebaikan kepada. Memperbaik ialah menjadikan bertambah baik.

Kebaikan ialah perbuatan baik, sifat baik dan ada faedah. Perbaikan ialah perihal atau keadaan menjadi bertambah baik, perihal makin baik atau hasil membaiki. Pembaikan ialah perihal perbuatan atau usaha membaikan atau membaiki. Pembaik ialah orang yang kerjanya membaiki atau membetulkan sesuatu. Baik biak atau membaik biak ialah memperbanyakan tanaman atau haiwan serta memperbaiki mutunya. Pembaik biakan perihal usaha untuk membaik biak. Pembaik biak ialah sesuatu yang membaik biak. Baik pulih atau membaik pulih ialah membaik serta memulihkan sesuatu jentera pesawat sehingga dapat digunakan atau dapat berfungsi dengan sempurna.

Sudah tentu tragedi kemalangan amat menyedihkan. Lebih-lebih lagi kemalangan yang menyebabkan cedera parah dan juga yang melibatkan kehilangan nyawa.  Kemalangan bukan sesuatu yang diminta atau diingin tetapi terjadi juga keatas sesaorang.  Banyak orang yang cuba mengelakan kemalangan tetapi kalau sudah terjadi akan dikatakan sudah suratan yang tidak dielakan. Banyak pendekatan yang telah diambil untuk mengelakan kemalangan oleh berbagai pihak. Banyak kaedah yang telah berhasil tetapi banyak juga yang masih diteruskan walaupun tidak menunjukan penghasilan yang baik. Kerajaan mengambil kira kemalangan sesuatu yang penting yang perlu ditandatangani tetapi tidak dipandang penting oleh setengah pihak. Kerajaan juga telah menubuhkan berbagai-bagai agensi untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan banyak duit yang telah dibelanjakan untuk berbagai-bagai pendekatan seperti dilaporkan didalam akhbar. Kemalangan hanya jadi bahan bacaan biasa sahaja tanpa ada kesedaran dan usaha untuk mengurangkanya secara persendirian.

Seorang tidak dipanggil penyabar semasa memandu selagi tidak mengikut arahan jalan raya dengan sebaik mungkin. Seorang hanya layak dipanggil penyabar jika pandai atau menghormati lampu isyarat di jalan raya. Kalau kuning bermakna bersedia untuk berhenti bukan bersedia untuk menekan minyak. Seorang yang penyabar, kalau lampu kuning atau merah ditengah malam mereka juga akan mengikuti arahan lampu ini. Pada masa itu sebenarnya tidak ramai orang dan tidak ada polis. Hanya yang ada adalah pemandu dan Allah sahaja yang sentiasa melihat. Setiap orang hanya dikatakan penyabar jika pandai menghormati lampu isyarat.“Orang beriman tidak melanggar lampu isyarat'', ini adalah antara kata-kata yang ditulis dibeberapa lampu isyarat yang dapat dibaca semasa melawat sebuah kota besar di Indonesia tidak berapa lama dahulu. Agak menarik juga kata-kata ini. Ini mungkin kerana kota tersebut terlalu banyak pemandu kenderaan yang tidak menghiraukan lampu isyarat. Menurut pemandu yang membantu memandu kereta semasa tiga hari di bandar tersebut, walaupun berbagai-bagai tulisan dibuat tetapi suasana tetap tidak berubah. Mungkin tidak ramai orang yang sabar di bandar ini.

Kelajuan boleh membunuh. Itu yang kerap diperkatakan. Untuk itu kerajaan melalui peraturan keselamatan jalan raya telah menetapkan limit had laju bergantung kepada muka jalan dan kesesauain. Untuk lebuh raya telah ditetapkan 110km/j untuk kereta dan 90km/j untuk bas dan lori serta kenderaan berat. Untuk laluan jalan persekutuan yang agak kecil telah ditetapkan kelajuan 90km/j untuk kereta dan 60km/j untuk lori dan bas. Malangnya ramai yang hanya mengikut peraturan ini jika penguatkuasaan iaitu jika polis atau pegawai dari Jabatan Penggangkutan Jalan duduk dipinggir jalan.Ini dapat dilihat sepanjang hari tidak kira di lebuh raya atau jalan-jalan persekutuan dimana kenderaan dipandu mengikut limit mereka sendiri. Amat sukar untuk mengawal kelajuan walaupun kerap diperkatakan kemalangan kerap dihubungkan dengan kelajuan tetapi pengguna jalan raya tidak ambil hirau tentang kelajuan. Kalau orang yang sabar sudah tentu tidak perlu diletakan pegawai penguatkuasaan sepanjang masa untuk mengurangkan kelajuan. Pemandu sepatutnya tahu-tahu sendiri apa yang baik untuk mereka atau keluarga.

Menjelang puasa sudah tentu ramai yang akan memikirkan untuk sambutan hari raya pula.Seperti biasa berbagai kempen akan dijalankan untuk mengurangkan kecelakaan dijalan raya kerana menjelang hari raya sudah tentu pengguna jalan raya akan bertambah.Malangnya jumlah kemalangan akan bertambah setia tahun.Kalau ada pun pengurangan tetapi jumlahnya sangat kecil.Sudah tentu setiap yang diminta memberi komen tentang keselamatan akan memberi komen tentang sikap pengguna jalan raya yang dikatakan tidak berhati hati dan tidak sabar.Berbagai-bagai slogan akan dibuat oleh pihak polis mewakili kerajaan tetapi selalunya kurang berkesan. Inilah yang menimbulkan masaalah kepada pihak kerajaan.Buat masa ini tidak ada jalan yang terbaik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya menjelang hari perayaan.Setiap tahun kita mampu hanya berjaya melaporkan jumlah kemalangan dan hanya mampu mengira mayat sahaja.Laporan setiap hari akan melaporkan jumlah kematian sahaja. Mungkinkah kemalngan dijalan raya dapat dikurangkan jika setiap pemandu belajar untuk menjadi seorang yang penyabar.Beri peluang orang lain  berjalan dahulu baru kita menyusuri kemudian. Jangan sentiasa memikirkan hak kita sahaja tanpa memikirkan hak orang lain.Adalah amat dikesali setiap orang ingin menegakkan hak tetapi kedua-duia mendapat sakit.

Selalu juga orang berkata kesabaran kerap ada hadnya.Kalau lama juga bersabar tidak juga bertahan.Ramai juga yang merungut beberapa agensi kerajaan yang sangat lambat memberi perkhidmatan sehingga rakyat tidak sabar.Sekarang ini untuk membayar bil atau perkhidmatan kaunter sangat baik.Kita tidak dapat lihat orang ramai perlu beratur panjang untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan.Ini kerana agensi kerajaan amat perihatin dengan pelanggan mereka.Kerap kali perkhidmatan kaunter telah diperbaiki dengan kemudahan yang baik.Kemudahan teknologi maklumat yang telah diterima sebagai satu kaedah perkhidmatan adalah sangat baik yang menjadikan perkhidmatan kaunter sangat cekap dan rakyuat sangat berpuas hati.Kerap kali rungutan sekarang adalah melibatkan sesuatu permohonan samaada pinjaman atau bantuan yang melibatkan pinjaman atau pekerjaan.Kerap kali permohonan ini melibatkan masa yang terlalu lama.Sudah tentu mereka yang ingin membuat pinjaman perniagaan memerlukan wang secepat mungkin.Ini adalah kerana segala urusan perniagaan terutama yang melibatkan wang pusingan perniagaan diperlukan secepat mungkin.Peluang dalam perniagaan tidak datang selalu. Kepada mereka yang terlibat dengan proses pinjaman atau bantuan kewangan perlu membuat keputusan secepat mungkin,Mungkin kita selalu menyarankan semua pelanggan bersabar.Adalah perlu difikirkan setiap yang melibatkan kewangan tahap kesabaran sangat rendah. Kesabaran sangat sukar untuk dikawal dalam urusan kewangan dan ini perlu difahami. Organisasi yang terlibat perlu sentiassa memikirkan masalah ini untuk tidak menggangu kesabaran orang lain.

Sikap penyabar sangat dipuji dan dituntut.Setiap dari kita perlu mengajar anak-anak menjadi seorang yang penyabar.Itu sebabnya sejak kecil anak-anak diajar berdoa dahulu sebelum makan dan selepas berdoa perlu memulakan makan dengan tertib.Kita kerap menasihatkan anak-anak mengambil makan yang ada dihadapan kita dan memberi keutamaan kepada anak-anak kecil atau orang tua. Ini adalah proses permulaan untuk menjadi orang yang sabar pada masa hadapan. Setiap dari kita juga disarankan keluar awal jika melibatkan perjalanan yang jauh supaya kita tidak tergesa-gesa mengejar masa. Selalunya kalau kita tergesa-gesa akan menjadikan kita tidak sabar.Ini sudah tentu tidak baik dan akan mengabaikan keselamatan diri sendiri atau orang lain. Seorang yang sabar kerap akan dipuji kerana ini adalah sikap yang sangat mulia dan dipandang tinggi. Walaupun begitu sikap sabar tidak boleh menjadikan kita maslas dan bekerja secara pelahan sahaja.Dalam bercita-cita kita perlu bekerja kuat bukan bekerja secara pelahan dan berkata kita ini orang yang sabar.Sabar dalam ertikata sebenarnya tidak tergesa-gesa, ambil sedikit masa dan sentiasa berhati-hati untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat.Kerap kali kesabaran kita akan diuji.Sesiapa yang melepasi ujian kesabaran sudah tentu akan hidup lebih ceria dan hidup lebih disenangi oleh orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...