Menghadiri majlis pelancaran kempen “Go Green” di Politeknik Merlimau
Melaka (PMM) telah memberikan satu pengalaman baru kepada jemputan yang hadir.
Penuntut Politeknik Merlimau Melaka dalam masa 4 hari sahaja telah mengumpulkan
sejumlah beg plastik telah terpakai yang apabila disambong panjangnya 8
kilometer. Ini telah mencatitkan Malaysia Book of Record (MBR) yang telah dicapai
dengan kerjasama 5,000 orang penuntut . Kadang-kadang terfikir oleh kita berapa
banyak lagi kalau dipunyut selama satu minggu atau satu bulan atau satu tahun
oleh penuntut Politeknik Merlimau Melaka. Mungkin terlalu panjang jika
disambong dan akan mencatit rekod yang lain pula.. Terfikir juga kita kenapa
kita dibenarkan menggunakan beg plastik jika penggunaanya akan mendatangkan
kesan yang negatif kepada kehidupan?. Kenapa beg plastik yang sangat bahaya
kata mereka perlu digunakan? Jika perlupusan dilakukan, akan mengambil masa berpuluh
tahun untuk dilupuskan, ini yang dikatakan bahaya. Apakah kita baru menyedari
penggunaan plastik sangat bahaya kepada kita?. Mungkin juga dahulu kita tidak
faham. Apa yang menghairankan?, disebelah pihak sangat bersungguh-sungguh mengatakan bahayanya beg pastik yang mengambil
masa yang lama untuk dilupuskan tetapi tetap menggunakanya lagi hampir setiap
hari. Undang-undang juga tidak mengharamkan penggunaan plastik malahan dijual
dan dapat dibeli merata-rata. Mengapa tidak pihak berkenaan mengharamkan sahaja
penggunaan plastik beg?. Nampaknya tidak begitu, dengan berbagai-bagai alasan
penjualan/penggunaan beg masih lagi terpaksa dibenarkan. Semestinya alasan yang
paling kuat itu adalah kepentingan perniagaan, segi sudut ekonomi dan kalau diharam
akibatnya lagi teruk. Akhirnya sumbangan dari segi ekonomi perlu difikirkan
atau diberi pertimbangan.
Kalau dilihat, bukan susah sangat untuk menggantikan beg plastik. Surat
kabar yang dikatakan bahan yang mudah dilupus dan boleh dikitar semula boleh
didapati merata-rata tapi tidak juga menjadi pilihan. Kalau susah sangat kita
pakai daun pisang sahaja. Mudah dilupuskan dan murah. Mungkin berbagai-bagai
alasan lain yang akan diberikan. Ada juga supermarket memberi pilihan, jika
tidak mahu plastik boleh guna beg kertas yang boleh dikitar semula, tapi perlu bayaran
tambahan. Sekali lagi pengguna akan dibebankan. Nampaknya kita tidak ada banyak
pilihan. Sebelah tangan pakai plastik dan sebelah lagi kita buat berbagai-bagai
kempen untuk menerangkan kesannya dalam tempoh jangka panjang. Perlu juga difikirkan
bagaimana ingin mengurangkan pengunaan plastik. Cara terbaik dengan membuat
kempen membawa beg plastik sendiri atau apa-apa beg dari rumah untuk mengisi
barangan selepas membeli belah. Kalau pengguna membawa beg plastik sendiri
berilah sedikit potongan harga semasa membeli belah. Ini mungkin akan menarik
minat pelanggan untuk membawa beg plastik atau apa-apa beg dari rumah.
Satu lagi yang agak tidak logik adalah penggunaan polistirena untuk mengisi
makanan yang telah dimasak. Banyak sangat institusi yang mengharamkan
penggunaanya. Tidak tahulah kalau untuk berkempen atau publisiti sahaja. Kalau
dengar ceramah dan membaca artikel yang diterbitkan, polistirena ini sangat
bahaya dan kalau kita serius macam pembunuh dalam senyap sahaja (silent killer).
Kalau menggunakannya seolah-olah telah menyumbang satu mara bahaya kepada
dunia.Rasa bersalah pula kalau kita tidak sensitif kepada perkara ini. Maklumlah
telah memberi satu yang bahaya kepada tempat tinggal kita sendiri. Pertama kali
dibaca dalam surat khabar, Universiti Sains Malaysia (USM) di utara telah
mengharamkan penggunaan polistirena didalam kampus dan kini diikuti pula oleh
Politeknik Merlimau Melaka dalam kempen ” Go Green” mereka baru-baru ini. Usaha
ini amat baik dan sangat terpuji yang patut diamalkan oleh setiap masyarakat.
Sekali lagi terfikir juga kenapa penggunaan bahan ini tidak diharamkan sahaja
kalau sangat bahaya. Kita ada banyak pilihan lain, seperti tadi juga daun
pisang atau kertas patut menjadi pilihan. Negara kita tidak kekurangan kertas
(mungkin kertas surat khabar). Bahan gantian boleh didapati dimerata-rata
tempat dan banyak pihak yang sangat suka untuk membekalkanya. Malangnya bahan
ini tidak menjadi pilihan walaupun harganya yang sangat murah. Polistirena
mempunyai berbagai keistimewaan dan bolih didapati dalam apa bentuk pun sekali
pun dan mampu dibeli oleh semua gulongan masyarakat. Kegunaanya juga nampak praktikal dan kelihatan
bersih (mungkin berwarna putih). Hanya majlis perkahwinan sahaja yang belum
lagi menggunakan bahan ini (rumah terbuka orang kenamaan telah menggunakan
bahan ini kerana sangat ringkas). Sangat mudah penggunaan bahan ini. Kita pakai
dan terus buang sahaja. Tidak perlu dibasuh, hanya perlu sediakan plastik hitam
untuk tujuan pembuangan sahaja. Mudah sahaja cara penggunaan dan pembuangannya.
Katanya “inilah bahayanya, bahan ini tidak mudah dilupuskan.
Penggunaan produk ini tidak boleh ditarik
balik. Ianya telah mula menjadi keutamaan dalam majlis ringkas dan juga mudah
didapati, murah dan sangat praktikal. Penjualnya juga dimerata-rata tempat
dengan harga yang berpatutan. Sumbangan dari segi ekonomi juga sangat besar.
Amat susah untuk ditarik balik. Sekali lagi alam sekitar buka menjadi pertimbangan
tetapi sumbangan dari segi ekonomi perlu diambil kira. Tidak lama lagi banyak
lagi pihak yang akan kehadapan untuk mengatakan institusi mereka juga tidak
menggunakan polistirena lagi. Sekali lagi ini juga akan mendapat publisiti
lagi. Mungkin ini yang dikehendaki tetapi tetap menyumbang kepada alam sekitar.
Teruskan sahaja, satu ketika mungkin timbul kesedaran setengah pihak untuk
mengamalkan sesuatu yang agak logik dan alam sekitar menjadi pertimbangan
mereka kerana kita “Go Green”.
Permodenan sistem pengangkutan dan
rangkaian jalan raya di Malaysia yang sangat hebat telah menjadikan kemalangan
bertambah. Hampir setiap hari kita akan mendengar kemalangan disana sini
seperti dilaporkan didalam surat khabar. Kemalangan yang menyayat hati juga
berlaku hampir setiap hari dilaporkan. Adalah amat mengecewakan dengan sistem rangkaian
jalan raya dan lebuh raya yang sangat terusun dan sistematik, jumlah kemalangan
jalan raya sangat mendukacitakan. Susah untuk menyalahkan mana- mana pihak.
Kemalangan jalan raya telah menjadi semakin kronik dan luar biasa. Sesuatu yang
luar biasa perlu ditangani secara luar biasa dan mungkin mendapat tentangan
dari berbagai pihak. Penyelesaian luar biasa memerlukan pengorbanan berbagai
pihak. Masaalah kemalangan perlu ditangani menggunakan teknologi dan peraturan
yang ketat. Apa yang kita lihat sekarang had laju kebangsaan untuk lebuh raya 110 km/j dan untuk laluan
jalan persekutuan had laju yang ditetapkan 90 km/j . Kita pula dapat melihat
had laju maksimum setiap kenderaan adalah mengikut keupayaan kereta dan jenis
kereta. Kereta berupaya memberi kelajuan 240 km/j mengikut kuasa kuda kereta.
Adalah tidak logik kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia adalah 110
km/j dan kereta atau motor berupayaa memberi kelajuan lebih dari itu. Sudah
menjadi tabiat manusia akan memandu lebih laju dari hadnya kerana kenderaan
mereka berupaya berbuat demikian. Pada masa yang sama berbagai kempen dilakukan
untuk menyelesaikan masaalah kemalangan. Setiap kali kempen keselamatan jalan
raya kita akan mengatakan ”Kelajuan Boleh Membunuh”. Kita hubungkaitkan
kemalangan dengan kelajuan. Ini bermakna kemalangan dapat dikurangkan dengan
mengawal had laju. Apa yang dapat kita fahami, jika kelajuan rendah dan
mengikut apa yang ditetapkan kamalangan dapat dikurangkan. Sebagai jalan
penyelesaian secara luar biasa, adalah dicadangkan had laju kenderaan yang
mampu dibuat oleh pemandu adalah hanya 110 km/j sahaja. Ini bermakna meter yang
paling maksimum hanya setakat 110 km/j untuk setiap kereta, manakalan untuk bas
dan lori meter maksimum hanya 90 km/j sahaja. Untuk kereta yang diimpot,
kelajuan maksimum pada meter juga 110 km/j sahaja. Jika kereta yang tidak
mengikut peraturan Malaysia, kereta tidak dibenarkan untuk di import ke negara
ini. Ini bermakna pemandu tidak mempunyai pilihan lain. Kelajuan maksimum yang
telah dikawal dengan teknologi telah mampu mengawal kelajuan. Dalam bahasa
pasar ”jika pedal minyak ditekan sampai ke lantai pun kelajuan maksimum
hanyalah 110 km/j sahaja”. Ini adalah pendekatan teknologi yang luar biasa untuk menangani masaalah luar biasa.
Kemalangan yang melibatkan kelajuan 110 km/j selalunya tidak serius. Kempen kesedaran
untuk mengubal peraturan baru perlu dilakukan. Peraturan yang tidak logik perlu
dimasuhkan, mungkin ini akan dapat mengurangkan kemalangan di negara kita.
Pendekatan baru yang perlu dicuba.
Tabiat merokok juga sangat merbahaya.
Bermacam-macam kempen telah dilakukan untuk memberhentikan tabiat merokok.
Harga dinaikan, cukai dinaikkan, kotak kecil dan jualan batang tidak
dibenarkan, iklan terbuka atau tertutup secara terus atau kiasan juga tidak
dibenarkan. Kempen tak nak dengan rokok bengkok juga dilancarkan secara
besar-besaran dan yang terakhir sekali dengan gambar dikotak rokok yang mengambarkan
bahayanya menghisap rokok yang amat mengerikan. Banyak belanja telah dikeluarkan
untuk segala kempen dan program pada berbagai peringkat. Ada juga negeri yang
telah mengeluarkan fatwa, merokok adalah haram dan merokok tidak dibenarkan. Bermacam-macam
sekatan dikenakan kepada perokok. Banyak negeri telah mengharamkan merokok
ditempat awam atau ditempat yang menggangu orang ramai. Malangnya telah
terbukti kempen dan larangan begini tidak memberi kesan yang besar (mungkin
anggapan). Akhir-akhir ini gulongan wanita pula telah menjadi perokok tegar dan
anak-anak gadis telah mendapati menjadi perokok badan akan menjadi kurus dan
ramping tanpa mengurangkan makan dan menukar gaya hidup. Tidak hairan banyak
gadis yang merokok sekarang. Daya tarikan menjadi kurus adalah tarikan mereka.
Sekali lagi sebenarnya ada jalan sangat mudah untuk menyelesaikan masaalah merokok
dengan mengharamkan sahaja jualan rokok. Jangan hanya mereka yang berumur bawah
18 tahun dilarang membeli rokok tapi tidak dihalang menghisap rokok. Larangan
menghisap rokok dikawasan sekolah atau semasa pakai uniform sahaja. Kalau luar
kawasan sekolah dan tidak beruniform, undang-undang membenarkan sesiapa sahaja
yang ingin merokok.
Semua orang faham kenapa rokok tidak
diharamkam. Kita sama-sama mengerti dan dunia juga mengerti. Kita kena
menerimanya seadanya peraturan yang tidak bertulis ini sahaja. Tidak perlu
didebatkan lagi. Sama-sama faham sahaja. Giatkan lagi usaha berkempen kepada
mereka yang merokok supaya berhenti merokok tanpa menyakiti hati mereka. Kepada
sesiapa yang belum merokok jangan belajar atau cuba-cuba menghisap dan jangan
juga belajar membeli. Ini kerana ada orang menghisap rokok tanpa membelinya.
Ini bermakna minta kawan-kawan sahaja. Perokok mempunyai banyak kawan. Mereka boleh
mendapat kawan dengan hanya menjadi penghisap rokok sahaja. Rokok menjadi
permulaan perbualan yang akan diakhiri dengan perbincangan yang panjang dan persahabatan
yang berkekalan. Kepada pemandu kenderaan, rokok menjadi sahabat karib untuk
menyegarkan mereka. Setiap kali merokok akan mengelakan mereka dari mengantok.
Merokok telah menyelamatkan banyak nyawa kepada pemandu yang membawa kenderaan
awam. Ini juga satu faedah besar kepada mereka. Susah juga untuk mematahkan
pendapat mereka. Ini pendapat masing-masing.
Sebenarnya banyak yang tidak logik berlaku
disekitar kita. Kita kena terima seadanya sahaja. Banyak perkara lain dan
banyak perasaan orang lain yang perlu kita pertimbangkan. Kita juga tidak boleh
menyalahi orang lain. Setiap orang mempunyai minat masing-masing dan kesukaan masing masing. Kerajaan perlu
menyediakan kemudahan untuk memenuhi kehendak masyarakat yang banyak. Biarlah
setiap orang dengan kehendak dan pemikiran mereka. Akibat dan keuntungan yang
dinikmati akan kita kongsi bersama. Akhir sekali pertimbangan dari segi ekonomi
perlu difikirkan. Pengisian perut sangat penting dari segala-galanya.
Betul kata tuan.
ReplyDeleteApa yang berlaku 1000 atau 2000 tahun dahulu ?
Kita pun tak tahu dan takde sebarang rujukan.
Hisap rokokkah ? Pakai polisterinkah ? Pakai plastikkah ? Memandu lajukah ?
Tapi semua tetap hidup dan mencapai tamadun yang unggul.
Kaum kapitalis yang memperkenalkan semua item di atas kepada kita dan kita menjadi ejen promosi percuma bagi mereka setiap hari.
Kita tidak perlu inovasi, berfikir yang susah-susah. Kita sembang dengan jin atau setan dengan makhluk yang dah hidup lama, kita tanya camne orang dulu atasi masalah ni.
Sebabnya bukankah ramai bomoh yang kamcing dengan hantu setan, apa salahnya sembang pasal hal2 kebersihan negara, hal hal tamadun lepas untuk cari jawapan.
Selain dari bersembang untuk buat santau, sihir dan lain-lain, cuba mintak setan tu cerciter sikit.
Tuan kan banayk kawan, ape kater kita try cara ni ?
Idea ni tak logik tapi ada jugak logiknya. Saya tunggu reply tuan.
Saya sangat suka dengan idea tuan.Kita patut mencuba.Ini satu pendapat yang kreatif.Kita tidak boleh dengar dan cakap tetapi kita kena berfikir.Kita perlu banyak guna otak.Sesautu yang tidak ligik boleh jadi logik.Kita lihat alam sekeliling.Sesuatu yang tidak logik sekarang sudah banyak logik.Idea tuan sangat baik.tk
DeleteBetul kata tuan.
ReplyDeleteterima kasih kerana memberi feedback.