Jangan susah hati dan bergembiralah.Perkataan ini kerap menjadi gurauan dalam kehidupan. Ada juga yang mengatakan jangan cari masaalah dan berpuas hatilah dengan apa yang ada dan sentiasa bergembira atau sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Ini sangat penting dalam kehidupan supaya hidup lebih bermakna.Kita sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan sesuatu yang mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian atau kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan. Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.
Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier. Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni keluarga dalam ketenangan.
Berfikiran positif penuh kegembiraan perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka. Ada yang mengatakan “”makan percuma jangan banyak sangat rungutan”, makan sahaja dari apa yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru boleh merungut tapi biarlah kena pada tempatnya. Telah terbukti mereka yang berjaya samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang sentiasa mempositifkan perkata negatif. Perkara negatif ditinggalkan jauh-jauh dan permikiran positif ditimbulkan malahan diapongkan supaya terserlah. Kejayaan negara sangat bergantung kepada modal insan dan pemikiran positif rakyatnya.
Orang yang baik sentiasa bersyukur apa yang diterima dan sentiasa mengucapkan terima kasih atas apa yang diterima dan gembira dengan ucapan yang diberikan. Mereka tidak kira pemberian kecil atau besar sentiasa akan memberikan ucapan terima kasih dan merasa sangat gembira. Ini telah banyak diamalkan oleh orang-orang barat. Ucapan terima kasih sentiasa diberikan samaada menerima atau memberi sesuatu terutama semasa membuat pembayaran di pusat membeli belah.Adalah amat menghairankan kenapa ucapan terima kasih sangat berat untuk diucapkan pada setengah-setengah orang. Bukan suatu yang amat sukar. Berikan senyuman manis dan ucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Beri kata-kata pujian terhadap rakan-rakan yang menerima pengiktirafan atau kejayaan. Inilah sikap yang sangat baik dan perlu diamalkan untuk sesaorang menjadi orang yang baik. Bergembira dengan kejayaan sanak saudara atau kawan-kawan. Kejayaan sanak saudara dan kejayaan rakan-rakan juga adalah kejayaan kita bersama. Bergembiralah jika kawan mendapat sedikit kesenangan. Kesenangan kawan-kawan sudah pasti dikongsi kegembiraan dan kita juga perlu gembira dengan kegembiraan orang lain.Sikap ini amat dituntut oleh agama dan setiap kegembiraan perlu tidak melapaui batas.
Satu lagi yang perlu disimpan dalam hati adalah hidup kita perlu mengembirakan orang lain. Mungkin ini dikatakan berkorban. Setiap tugasan yang diberi jika ada hubungan dengan manusia perlu ikhlas. Kalau kita berkerja dengan ikhlas pasti akan menemui kejayaan. Sesaorang peniaga atau usahawan yang datang kepejabat samaada ingin memohon bantuan atau apa-apa sokongan perlulah diberi dengan segera tanpa ragu-ragu. Kalau boleh lebih cepat lebih bagus. Kalau mahu surat sokongan kalau boleh beri pada masa itu juga. Jika bantuan lain-lain yang melibatkan pihak ketiga juga perlu dihubungi pada masa yang sama. Ini dapat dilihat kita memberi kerjasama. Selalunya banyak orang ambil mudah setiap permohonan atau bantuan yang ingin dipohon. Kerapkali apa bantuan yang dipohon tidak dilayan dengan alasan nanti kalau dilayan jika permohonan berjaya, pemohon akan beroleh keuntungan yang banyak. Alasan ini diberi kerana ada perasaan tidak puas hati dan inginkan orang lain lebih susah dari mereka. Mereka kalau boleh tidak mahu orang lain gembira. Niat begini tidak ikhlas. Dalam setiap pekerjaan, kita menjadi sangat puas jika pelanggan kita beroleh kegembiraan dan dalam kehidupan pula kita merasa sangat gembira jika orang yang kita bantu menjadi senang atau kaya. Adalah amat mengembirakan setiap yang dapat dibantu dapat berjaya dalam permohonan mereka.
Hidup perlu banyak membantu orang lain dan mengembirakan orang lain. Kalau pun kita tidak mampu berkorban paling tidak kita perlu memudahkan kerja untuk mengembirakan orang lain. Ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Jangan ada perasaan “kalau orang lain senang, macam mana pula dengan aku, kalau aku tidak boleh senang, lebih baik jangan bantu mereka” Kalau ada perasaan begini, adalah lebih baik kita jangan bertugas dalam agensi yang berkeinginan membantu kehidupan rakyat. Kepada mereka yang berkuasa selalulah beri masa kepada rakyat, jika rakyat ingin memohon sesuatu luluslah dengan segera tanpa banyak kerenah. Kalau ada SMS atau panggilan jawaplah seikhlas mungkin.Hidup perlu membantu orang lain barulah ada kegembiraan. Biar orang lain senang dahulu dan kita akan menyusul kemudian. Ini akan dapat dicapai jika kita bekerja kuat. Amalkan hidup atau budaya syok sendiri dan sentiasa berkeingin membantu orang lain untuk hidup gembira.
Sudah tentu setiap yang hidup inginkan kegembiraan dalam kehidupan. Untuk itu setiap dari kita perlu bekerja kuat untuk mencapai cita-cita atau hajat.Selalunya cita-cita yang perlu dicapai ialah supaya badan sehat dan hidup gembira. Kalau boleh gembira dalam serba serbi, gembira berjalan, gembira berbelanja, gembira makan dan semua kerja menjadi gembira. Kalau ada pun yang menghalang tetapi laluan akan dipermudahkan. Inilah sebahagian cita-cita manusia dalam kehidupan sebelum mati. Setiap yang bercita-cita perlu bekerja kuat dan mengatasi setiap halangan.Apa yang penting dalam mengejar cita-cita kita jangan mengetepikan orang lain.Jika kita berkuasa tidak mengunakan kuasa yang ada untuk menidakan peluang orang lain yang mungkin berbakat. Sikap ini tidak baik dan tidak membawa negara kearah kegembiraa dan sudah tentu akan membawa keburukan dalam tempoh jangka panjang.
Banyak juga yang kita dengar sekarang sesaorang memburuk-burukan sesaorang hanya untuk mendapat apa yang dicita-citakan. Orang yang mereka burukan tidak kira kawan rapat atau mereka yang berpangkat. Setiap hari kerja orang seperti ini memburukan orang lain atau mengata orang lain demi untuk cita-cita yang tidak setinggi mana dan sebesar mana pun. Kerapkali mereka ini belakang cakap lain tetapi depan bercakap lain. Susah betul mereka ini untuk memuji kejayaan orang lain. Kalau puji pun hanya seperti melepas batuk ditangga. Setelah memuji sedikit yang lebih adalah mengutuk kejayaan atau pencapaian orang lain. Mereka yang melakukan ini bukanlah orang sebarangan tetapi banyak yang melakukan ini adalah orang yang berpelajaran tinggi dan sudah pun berjaya dalam kehidupan. Mereka ini kerap mengutuk orang lain dibelakang dan pada masa yang sama ingin menunjuk kebaikan diri sendiri. Sudah tentu tidak salah menaikan nama sendiri tetapi alangkah baiknya yang kita tidak menidakan pencapaian orang lain.
Hidup ini adalah sangat mudah kalau kita memudahkannya. Dalam mengejar cita-cita kita perlu lihat diatas. Ini akan menimbulkan motivasi untuk bekerja kuat tetapi untuk melihat kehidupan, lihatlah sebelah bawah. Apabila kita melihat bawah akan menimbulkan rasa gembira dengan kejayaan yang kita miliki.Banyak orang yang melihat mereka yang berjaya memiliki kereta mewah lagi besar tetapi pada masa yang sama banyak lagi yang terpaksa berjalan kaki atau menunggu bas untuk bekerja. Banyak lagi yang bekerja ditempat yang tiada laluan bas. Mereka ini terpaksa berjalan kaki melebihi 2 km pada waktu pagi dan petang setelah turun dari perhentian bas yang berdekatan. Melihat mereka ini akan menimbulkan perasaan insaf dan merasa gembira dengan kejayaan yang keluarga kita miliki. Kalau kita asyik melihat atas, kita akan cemburu dan kalau kita tidak dapat, kita akan mengutuk atau mengumpat atau menfitnah yang bukan-bukan. Walaupun kita tidak mengetahui bagaimana mereka boleh memililki kereta mewah itu tetapi kerana cemburu, kita akan berkata atau menuduh yang bukan-bukan. Cemburu akan datang dengan sendiri jika kita cuba membandingkan perkara yang atas-atas. Kita cuba memiliki tetapi tidak berdaya. Untuk menyenangkan hati kita menuduh yang bukan-bukan untuk mengedapkan hati. Inilah yang kerap berlaku dalam kehidupan. Sudah tentu ini tidak mengembirakan.
Sentiasalah kita berniat untuk menjadi orang baik dan sentiasa berniat baik apabila ingin memulakan sesuatu pekerjaan dan perjalanan. Dengan biat yang baik semuanya akan mendapat manfaat. Apa yang sangat kita ingini ialah keadaan negara akan dipuji dan rezeki rakyat negara ini akan berempah ruah. Niat perlu baik untuk mengembirakan orang lain.Kegembiraan sudah tentu membawa ketenangan dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment