Banyak sangat perkara yang diluar jangkaan berlaku pada minggu ini. Surat
khabar Berita Harian Hari Khamis 27 Januari 2011 di muka hadapan melaporkan
6,872 korban nahas jalan raya yang membabitkan 6,260 kemalangan maut pada tahun
2010. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman,
Datuk Khalid Abu Bakar memberi komen, ini adalah jumlah kematian tertinggi
dalam sejarah negara. Seperti biasa setelah semua ini berlaku seharusnya satu
langkah perlu diambil. Lebih-lebih lagi setelah apa yang ingin disasar pada
tahun lepas tidak menjadi. Pihak Bukit Aman akan terus akan mengambil langkah
proaktif dengan memperkenalkan konsep “Creative Enforcement’ pada Ops Sikap ke
23 selama 15 hari bermula Tahun Baru Cina tahun 2011. Kita perlu beri pujian
langkah yang akan diambil tetapi kita perlu lihat hasilnya nanti diawal tahun
2012. Harap usaha ini akan berjaya.
Setiap kali apabila sahaja jumlah kemalangan meningkat. Sikap pemandu akan
dipersalahkan. Semua berjanji ingin menyiasat untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Jarang laporan siasat disebarkan melalui surat khabar. Mungkin ada pembentangan
dibuat pada pihak tertentu tetapi jarang diketahui oleh masyarakat. Mungkin ada
dikeluarkan laporan rasmi tetapi banyak pihak yang tidak mengambil endah.
Akhirnya kita hanya mampu mengira mayat seperti yang pernah disiarkan oleh
akhbar Melaka Hari Ini (MHI) selepas
Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 yang lalu.
Mungkin kemalangan jalan raya maut
tidak boleh diselesaikan di negara ini atau dikurangkan. Ini kerana sikap
rakyat negara ini yang memandang kemalangan jalan raya satu kejadian biasa.
Kemalangan adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi
negara sudah maju dan kenderaan sudah banyak dijalan raya. Ini mungkin sikap
tidak dapat diubah dari pendapat banyak pihak. Kalau berkata sikap tidak boleh
berubah, banyak pakar motivasi atau pakar jalan raya tidak setuju. Pernah dalam
satu forum diperkatakan tidak boleh hanya mempersalahkan sikap sahaja
selama-lamanya. Ini tidak dipersetujui lebih-lebih lagi dari kaca mata Jabatan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR). Sikap perlu diubah terlebih dahulu melalui
peraturan atau undang-undang yang tetapi bukan hanya agak-agak sahaja (menyalahkan sikap juga
mungkin agak-agak). Kalau kelajuan boleh membunuh, kita kena kawal dengan
menekankan undang-undang atau kemampuan kereta dengan mengawal kelajuan
kenderaan. Kawal kelajuan dengan menggunakan teknlogi. Hanya ini jalan
penyelesaian yang pernah dicadangkan dalam beberapa artikel yang pernah di
siarkan oleh akhbar MHI.
Apa yang dapat dikomen dalam perkara kemalangan, kerajaan telah melaksanakan
tanggung jawap dengan baik. Apa yang minta oleh pakar jalan raya atau pakar
lalulintas atau pakar kemalangan jalan raya untuk ditubuhkan, semuanya telah
ditubuhkan oleh kerajaan. Minta menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah
ditubuhkan. Minta tubuh Majlis Keselamatan Jalan Raya telah juga kerajaan
tubuhkan. Permintaan yang terakhir untuk menubuhkan Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang kononnya akan mampu mengurangkan
keselamatan jalan raya juga telah ditubuhkan tetapi semuanya hampa berlaka.
Kemalangan jalan raya meningkat lagi. Apa yang mampu dilakukan adalah dengan
mengira mayat hampir setiap hari dan setiap awal tahun berikut perlu dibuat
laporan tahunan berapa mayat yang telah dikebumikan dari hasil kemalngan jalan
raya.
Kenderaan sesak dan “jammed” di Kuala Lumpur juga tidak ada jalan
penyelesaain. Perjalanan dari Ayer Keroh ke tol Sungai Besi hanya mengambil masa
satu jam atau satu setengah jam tetapi lepas tol Sungai Besi kenderaan hampir
tidak bergerak dan keadaan tidak berubah sejak 5 tahun kebelakang ini. Sekali
lagi dimana silapnya. Banyak tenaga yang dikatakan pakar tetapi tidak dapat
menyelesaikan masaalah pengguna. Apabila hendak mengambil bekerja atau hendak memilih
pihak yang dapat menyelesaikan masalah. Semua pihak tertentu akan mengaku pakar
dalam segala bidang jalan raya. Komen hanya akan diberi setelah kesesakan
berlaku tetapi langkah penyelesaian jangka panjang tidak ada. Adalah tidak
dinafikan semua bandar besar di dunia mengalamai masaalah kesesakan di waktu
puncak. Ini kerana jumlah kereta yang berlebihan pada waktu-waktu tertentu.
Malangnya di Kuala Lumpur sebarang ketika malam atau siang kesesakan sangat
teruk. Jarang sangat kesesakan tidak berlaku. Adalah tidak diketahui dimana
silapnya?. Rekabentuk jalan untuk 25 tahun kehadapan menurut pakar rekabentuk
jalan raya dengan menggunakan statistik kepakaran yang tinggi, tetapi kerap
tidak menjadi. Mungkin juga ramalan pakar kita terhadap kemajuan negara ini
sangat meleset. Mereka fikir perjalanan kemajuan pembangunan negara macam
kura-kura. Mereka tidak sedar kita juga berjalan macam kura-kura kalau
berkeinginan mengikut rentak ramalan pakar tetapi menggunakan “ninja turtle”
yang serba boleh dan boleh terbang juga.
Sangat merisaukankan dengan kepakaran yang kita miliki. Apakah negara sudah
mempunyai tenaga pakar yang kita ingini?. Seperti yang kerap diperkatakan
kepakaran bukan datang dari mereka yang berkelulusan tinggi atau pandai. Banyak
kesilapan berlaku disini. Kepakaran datang dari kebijaksanaan. Pandai tidak
semestinya bijak. Kenaikan pangkat berdasarkan kepandaian perlu difikirkan
semula. Pakar datang dari mereka yang bijak dan tidak semestinya pandai. Banyak
proses kenaikan pangkat hanya melihat dari segi kelulusan atau CV yang ditulis
sendiri oleh pemohon. Ini juga perlu difikirkan. Sangat merisaukan mereka yang
dikatakan pakar tetapi tidak pakar. Akibatnya negara tidak dapat menyelesaikan
masaalah. Tangan hanya akan menuding tangan kepada pemerentah, iaitu orang
politik dan pada masa yang sama pemerintah yang juga orang politik amat
berharap kepada kepakaran yang dimiliki oleh tenaga pakar.
Banjir lagi satu cerita yang hampir diperkatakan setiap hari, Memanglah
negara maju juga banjir seperti berlaku di Australia baru-baru ini. Satu lagi
jalan keluar untuk tidak kepakaran kita di diperkatakan dengan menuding jari
kepada peristiwa lain. Ini memang ada kebenaran tetapi pakar kita harus dapat mengubah
sedikit keadaan banjir di negara kita. Paling tidak ramalan kajian cuaca perlu
90% tepat. Banjir memang tidak dapat dielakkan apabila hujan lebat. Paling tidak
rakyat mengetahui hujan lebat dan banjir akan berlaku. Rakyat juga ingin
mengetahui berapa serius hujan atau banjir akan berlaku supaya mereka boleh
membuat persediaan awal. Apa yang berlaku apabila hujan telah turun dengan
lebat barulah ramalan keluar. Begitu juga apabila tanah sudah runtuh barulah
kita akan mendengat pakar mengatakan lokasi tersebut memang kawasan kritikal
dan diramal akan runtuh. Komen begini kerap berlaku. Komen diberi setelah
kejadian berlaku. Ini bukan pakar namanya. Semua orang boleh berbuat demikian.
Pakar ramalan cuaca perlu memainkan peranan yang penting dan serius dalam
membantu membuat ramalan yang hampir tepat.Tenaga kerja perlu betul betul
pakar. Bukan pakar hanya membuat kerja pentadbiran sahaja dan yang lain diselesaikan
oleh pegawai muda yang juga menganggap mereka pakar dalam hal-hal penting.
Negara memerlukan pakar yang “hands-on”. Bukan pakar menggunakan “remote control”.
Bukan pakar hanya menandatangani laporan
dari “pakar” yang lain.
Satu ketika dahulu kita dikejutkan dengan keruntuhan bangunan Highlands
Tower di Ulu Kelang, Selangor. Laporan tidak menyatakan secara jelas siapa yang
bersalah atau kepakaran siapa yang perlu dipertikaikan. Jalan mudah adalah
menyatakan bencana alam sahaja. Kejadian bangunan runtuh seperti ini jarang
sangat berlaku, minta-minta jangan berlaku lagi. Apa yang kerap dilaporkan
bangunan retak, bangunan runtuh sikit-sikit akibat kerosakan struktur atau
bukan struktur, bangunan atau bumbong bocor apabila diduduki atau belum
diduduki dan bangunan pecah sana dan sini sebaik sahaja diduduki. Sekali lagi
jarang diperkatakan masaalah ini selain jika bangunan tidak runtuh seperti
runtuhnya bangunan Highlands Tower. Kepada pengguna masaalah ini sangat serius
kerana mereka perlu mengeluarkan wang lagi setelah membelanjakan wang yang
banyak untuk membeli rumah. Kepada pemaju atau kontraktor, ini perkara biasa
dan tidak perlu diperbesarakan. Banyak pakar pembaikan rumah mengiklankan diri
untuk memperbaiki masaalah kecil ini. Kadang-kadang tidak kecil, harganya
kadang kala mencecah ribuan ringgit. Ini tidak terkecuali bangunan kerajaan.
Belum lama diduduki terpaksa diperbaiki dengan jumlah perbelanjaan yang besar.
Ada bangunan sehingga tidak boleh diduduki dan ada juga peralatan yang tidak
boleh berjalan dalam tempoh yang lama yang memerlukan perbelanjaan pembaikan
yang besar walaupun pun belum digunakan.
Sangat menghairankan kejadian ini boleh berlaku. Pelan pembinaan diluluskan
oleh mereka yang pakar dan kerap dikatakan “Jurutera Profesional” bercop bulat
dari istilah orang biasa. Bangunan juga dibina oleh “Jurutera Profesional” dan
diluluskan untuk diduduki oleh “Jurutera Profesional”. Malanganya bangunan yang
semua dibuat oleh “Jurutera Profesional” retak, tidak dapat berfungsi dengan
baik dan memerlukan kerja pembaikan sebaik-baik sahaja diduduki atau setelah
diduduki dalam tempoh yang singkat. Amat disangsikan dimana kepakaran mereka
yang dikatakan pakar dalam hal pembinaan bangunan atau kelulusan bangunan.
Betul kata tuan
ReplyDeleteBagaimana jika kita asingkan masalah keruntuhan bangunan dan kemalangan jalan raya.
kemalangan jalan raya :-
1) siapa yang buat calculation kadar juaan kenderaan vs kapasiti jalan
2) siapa yang buat calculation speed kenderaan pada kawasan jalan raya tertentu vs risiko kemalangan
3) siapakah punca utama kemalangan ? kereta atau motor
4) kenapa jalan motor campur dengan jalan raya ?
5) kenapa utamakan bangunan dibina tetapi x utamakan jalan raya yang lebih selamat ?
6) kenapa di melaka asyik jamm ? macam di KL. adakah tak terjangka banyak kereta masuk melaka ketika unjuran melaka maju ?
7) kenapa di singapore kurang kadar kemalangan ?
ketuntuhan bangunan :-
1) adakah design yang x cukup bagus ?
2)adakah slah jurutera professional ?
3) adakah salah pembancuh simen ?
4) adakah salah kontrak atas angin lantaran tak cukup bajet, projek buat ala kadar ?
5) siapakah orang di belakang projek makan atas angin ni?
6) siapakah yang menutup sebelah mata ?
7) bangunan yang selalu dengar berlaku rosak, bangunan berkaitan kerajaan atau bangunan swassta ?
8) banyak bangunan kerajaan tiada CF tapi tetap beroperasi, ibarat retak menanti belah
Pakar x cukup pakar, pemimpin juga x cukup memimpin