Pekan Tangga Batu yang juga dikenali sebagai Pekan Batu Sembilan satu
ketika dahulu oleh orang Pantai Kundur terletak 9 batu atau 14 km dari
bandaraya Melaka. Pekan ini terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pantai Kundur
yang diketuai oleh YB Datuk Hj. Ab. Rahaman bin Karim dan dalam Parlimen Tangga
Batu yang di wakili oleh YB Datuk Ir. Idris bin Harun. Nama Tangga Batu yang
indah ini telah digunakan namanya sebagai nama parlimen kawasan. Ini kerana
nama ini sangat indah dan sangat di kenali kerana perkataan 'tangga' yang
diperbuat dari 'batu' Satu ketika dahulu adalah menjadi bahan usikan. Kata
mereka orang Melaka, tangga mesti diperbuat dari batu walaupun rumah kecil atau
buruk''. Usikan itu ada kebenaran, sudah tentu sekarang rumah orang Tangga Batu
sudah besar-besar dan seharusnya bertangga batu kecuali rumah yang tidak
bertangga.
Menurut Kamus Dewan, tangga ialah tempat tumpuan kaki yang
bertingkat-tingkat untuk naik turun rumah. Selalunya dikenali sebagai tangga
rumah atau naik tangga. Tangga juga adalah alat untuk tumpuan memanjat atau takuk
pada pokok atau sigai, injak-injak, bahagian daripada sesuatu yang
bertingkat-tinghkat, peringkat, skala atau tingkatan. Tangga bongsu ialah anak
tangga yang bawah sekali. Tangga gaji ialah tingkatan gaji. Tangga nada adalah
sususan nada yang meningkat naik bunyinya. Tangga pilin atau tangga sulur
batang ialah tangga yang berpusing. Tangga senigai atau sigai ialah tangga
daripada sebatang kayu yang diberi bersigai. Tangga sulung ialah anak tangga
yang diatas sekali. Tolak tangga berayun kaki ialah berpeluk tubuh mengajar
diri dari perbuatan baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah
atau tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia. Setangga bermakna orang yang
tinggal berdekatan, jiran atau tetangga.
Bertangga bermakna ada tangganya, memakai tangga, berperingkat dan
bertingkat-tingkat atau menurut darjat dan kedudukan masing-masing.
Bertanggakan maksudnya menggunakan sesuatu sebagai tangga.
Pekan Tangga Batu yang terletak perjalanan dari Bandaraya Melaka ke Masjid
Tanah, Kuala Sg. Baru adalah laluan utama ke Port Dickson Negeri Sembilan.
Laluan ini juga merupakan laluan alternatif untuk ke Kuala Lumpur untuk
menikmati pemandangan kampong yang tidak berapa sibok melalui pekan-pekan kecil
sepanjang pantai. Perkhidmatan Bas Patt Hup tidak ada laluan khusus menuju ke
pekan ini tetapi perkhidmatan bas tidak ada masaalah dari dahulu sehingga
sekarang. Bas yang ke arah Masjid Tanah, Kuala Sg. Baru dan laluan ke Pengkalan
Kempas Negeri Sembilan akan melalui
pekan ini. Pekan ini tidak banyak berubah sejak tahun 60an dengan kemudahan
yang baik sejak dari dahulu lagi. Pekan ini mempunyai kemudahan masjid yang
sangat cantik, Masjid Kampong Tangga Batu namanya, sebuah balai raya dan sebuah
Pejabat Pos yang sangat cantik ketika itu tetapi sudah digunakan untuk kegunaan
lain sekarang ini. Pekan ini mempunyai sebuah sekolah kebangsaan cina dan dua
deretan kedai papan sebelah menyebelah. Pekan ini menjadi tumpuan mereka dari
Bukit Tempayan, Paya Lubuh, Kg. Gelam, Pantai Kundur, Pantai Rombang dan Bukit
Darat Solok. Lain-lain kawasan banyak bertumpu di Tg. Keling, Sg. Udang dan
Bukit Rambai. Pekan Tangga Batu mula menjadi tumpuan sejak terbinanya Sekolah
Menengah Tanjong Keling (SMTK) yang
telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Seri Tanjong (SMST) dan Kampong Ghafar Baba yang dibuka
pada tahun 60an. Terbinanya Rumah Mara ini atau Kg. Ghafar Baba telah membawa
orang-orang luar yang tinggal atau berhijrah ke kawasan Tangga Batu dan menjadikan
Pekan Tangga Batu mula menjadi tumpuan dan agak sibok dengan aktiviti harian.
Pada tahun akhir 60an atau awal tahun 70an di Pekan Tangga Batu telah
mempunyai sebuah kedai jahit yang popular, beberapa kedai kopi popular sampai
sekarang, kedai runcit dan sebuah kedai baiki basikal dan pada masa yang sama
menjalankan perniagaan perabot secara jualan ansuran. Pengusaha kedai tersebut yang berbangsa Cina
masih lagi menjalankan perniagaan baiki basikal tetapi sekarang mungkin sudah
mampu memperbaiki motosikal. Adalah tidak diketahui samaada dia masih
lagi menjalankan perniagaan penjualan perabot secara bayaran ansuran atau
tidak. Peniaga yang agak berumur masih lagi menjalankan perniagaan sampai
sekarang dan masih lagi berseluar pendek dengan baju tangan pendek yang tidak
dibutangkan habis. Mungkin dia menjalankan perniagaan sebagai hobi sahaja sekarang ini tidak pula diketahui.
Balairaya Pekan Tangga Batu telah
menjadi pusat aktiviti masyarakat sejak tahun 60an. Dihadapan balairaya telah
dibina gelanggang badminton terbuka yang menjadi tumpuan ramai. Gelanggang
tersebut digunakan setiap pagi dan petang oleh penduduk Pekan Tangga Batu.
Sekali sekala akan diadakan pertandingan badminton antara sekolah atau antara
kampong. Gelanggang ini kerap menjadi tumpuan diwaktu hujung minggu. Pada masa
itu gelanggang tertutup hanya ada di bandar Melaka atau Klebang sahaja.
Walaupun berangin semasa bermain,
rakyat tetap menggunakan
sepenuhnya apa yang telah disediakan oleh kerajaan. Pada waktu itu demam Piala
Thomas melanda negara. Penduduk Tangga Batu tidak kurang dilanda deman Piala
Thomas, banyak juara tempatan dilahirkan. Pekan Tangga Batu sangat hidup dan
anak-anak muda juga penuh dengan semangat kesukanan.
Penduduk Tangga Batu akan
menghantar anak-anak bersekolah rendah di Sek. Keb. Tangga Batu (SKTB) yang terletak keatas sedikit, mungkin
di Batu 10 atau Sekoloah Kebangsaan Kg Gelam (SKKG). Banyak keluarga di Pekan Tangga Batu lebih
suka menghantar anak-anak mereka di SKKG, Ini mungkin jarak yang dekat dan juga
pengangkutan yang mudah. Sekolah menengah amat dekat dengan Pekan Tangga Batu. Sekolah
Menengah Tanjong Keling menjadi tumpuan pelajar dari Sg. Udang, Terendak Kem,
Paya Rumput Sg. Udang, Paya Lubuh, Pantai Kundur, Pantai Rombang, Pengkalan
Perigi, Balik Bukit, Kg Gelam, Bukut Rambai, Tanjong Minyak, Bertam, Tg.
Keling, Bukit Darat, Balik Bukit, Pengkalan Lanjut, Lereh, Batang Tiga, Klebang
Kecil dan Besar, Limbongan, Kg Pinang A dan B serta Pulau Gadong. Ramai sungguh
pelajar di Sekolah Menengah Tanjong Keling. Setiap pagi dan petang kawasan
sekolah sangat sibok. Pada masa itu sekolah terpaksa diadakan 2 sesi. Ramai
mereka yang hebat dapat dilahirkan dari sekolah ini.
Pekan Tangga Batu mempunyai
klinik perancang keluarga. Klinik ini adalah klinik kerajaan yang menyalurkan
atau menjual pil perancang keluarga setelah mendapat nasihat dari doktor.
Ketika itu kerajaan ingin mengawal pertambahan penduduk dan klinik ini menjadi
terkenal untuk kawasan setempat. Pekan Tangga Batu menjadi bertambah sibok
apabila kilang Papan Lapis Olympia dibina di sempadan Pantai Rombang dan Pantai
Tanah Merah atau bersebelahan dengan Bukit Tempayan. Kilang ini menjadi tumpuan
penduduk setempat dan kawasan berhampiran Long Beach Hotel (nama lama) dan ditukarkan Port of Singapore
Authority (PSA) setelah Lembaga Pelabohan Singapura membeli hotel tersebut
menjadi tempat berehat pekerja Pelabohan Singapura. Hotel ini terletak ditepi
pantai dan mempunyai sebuah kolam renang. Sekali sekala ramai juga anak-anak
Tangga Batu berenang di hotel tersebut terutama apabila ada majlis. Rata-rata
hanya menjadi penuntun dari jauh. Hotel ini hanya untuk orang kaya sahaja pada
pandangan penduduk Pantai Kundur atau Tanah Merah.
Kilang papan lapis telah menjadi
tempat mencari makan dan menjadi sumber ekonomi penduduk sekitar Pekan Tangga
Batu. Kilang ini menjalankan operasinya selama 24 jam dengan perjalanan tiga
shif. Pekan Tangga Batu mula menerima laluan lori balak yang besar -besar.
Penduduk sekitar juga bukan dapat melihat kayu balak tetapi dapat melihat papan
lapis yang tidak pernah dilihat pada ketika itu. Papan lapis ini katanya akan
di eksport keluar negara. Ini tidak dipedulikan oleh penduduk Tangga Batu. Apa
yang penting taraf hidup mula meningkat. Keseluruhan kawasan persekitan Tangga
Batu mendapat tempias ekonomi. Kampong Bukit Tempayan yang satu ketika dahulu
hanya dikenali kerana mempunyai Kawasan Perkuburan Cina telah mula membanggun.
Rumah besar telah mula terbina dan jalan kecil yang menghubungkan Pekan Tangga
Batu ke Pantai Rombang melalui Kg. Bukit Tampayan telah mula sibok. Laluan
basikal sahaja pada satu ketika dahulu telah mula sibok dengan laluan kereta,
motorsikal dan kereta. Kalau dahulu untuk melalui satu bukit yang agak tinggi
dipertengahan jalan menuju ke Kilang Papan Lapis Olympia amat menakutkan dengan
laluan yang gelap tiba-tiba kukit telah menjadi rendah dan sangat sibok.
Sekarang ini kawasan tersebut telah mempunyai kawasan perumahan dan kampong
yang sangat moden. Tahniah pemimpin Tangga Batu khusnya pengerak masyarakat di
Bukit Tempayan. Bukit Tempayan sudah menjadi kampong moden yang sangat maju. Rumah-rumah
kawasan Bkt Tempayan sangat cantik dengan rekabentuk traditional bercampor
moden. Pokok-pokok bunga menyatakan selamat datang kesetiap pengunjung ke Bukit
Tempayan. Bukit Tempayan sememangnya sebuah kampong yang sangat cantik. Banyak
perubahan telah berlaku di Bukit Tempayan sejak dahulu. Penduduknya sangat
bersopan santun jika kita berkunjung kesini.
Pekan Tangga Batu terus berubah
tambahan pula dengan laluan baru dari Bukit Rambai terus ke Pekan TanggaBatu.
Pekan Tangga Batu telah mempunyai lampu isyarat yang tidak pernah difikirkan
pada satu masa dahulu. Sekarang ini Pekan Tangga Batu mempunyai Setesen Minyak
Petronas yang besar dan Kawasan Perkuburan Melayu di sebelah Setesen Petronas
juga sangat bersih dengan pagar yang terjaga. Sekarang ini terdapat sebuah
klinik perubatan swasta yang dibuka oleh anak Pekan Tangga Batu sendiri yang
pernah bersekolah di Sekolah Menengah Tanjong Keling Terdapat juga kawasan
perumahan sekitar Pekan Tangga Batu dan sebuah bank beroperasi berhampiran
pekan. Kg.Ghafar Baba yang satu ketika adalah rumah papan yang mempunyai reka
bentuk moden telah berubah kepada rumah batu atau banglo yang cantik. Sudah
tidak dikenali lagi itu sebenarnya Rumah Mara satu ketika dahulu. Tahniah
kerajaan yang berpandangan jauh. Sebuah sekolah menengah telah dibina di Kg
Gelam untuk menampong pelajar yang
banyak di Sekolah Menengah Seri Tanjong. Ini tidak akan mengurangkan kesibokan
Pekan Tangga Batu.
Tahniah juga kepada wakil rakyat
Pantai Kundur dan ahli Parlimen Tangga Batu. Sekarang ini Tangga Batu mempunyai
banyak kemudahan terutama yang bersempadan dgn Kg Gelam dan Kg Seri Tanjong.
Semua telah disediakan untuk penduduk Pekan Tangga Batu, Dewan MBMB, Gelanggang
MBMB, Perpustakaan Desa, Pusat Kesihatan Besar yang lebih kurang macam hospital
juga dengan peralatan yang moden sekarang dalam pembinaan. Penduduk Pekan
Tangga Batu tentunya berbangga dengan kemudahan yang mereka terima. Satu lagi
penggerak kawasan Pekan Tangga Batu ialah dengan adanya Pejabat Kemas Parlimen
Tangga Batu terletak berhampiran Pekan Tangga Batu.
No comments:
Post a Comment