Kita kerap mendengar produk
inovasi yang membawa makna sesuatu produk yang baru diperkenalkan seperti sistem,
adat yang baru. Inovasi juga perihal mengadakan, memulakan sesuatu yang baru. Menginovasi
pula bermakna membuat inovasi, penginovasi membawa makna orang yang membuat
inovasi manakala penginovasi memberi makna orang yang membuat inovasi. Inovator
bermakna orang yang melakukan inovasi. Inovasi boleh dihasilkan melalui salah
satu kaedah atau ketiga-tiganya sekali, 1) melalui penyelidikan seperti mana yang
dilakukan di institusi penyelidikan dan pembelajaran 2) melalui penambahbaikan sistem
atau produk yang ada, ini kerap dilakukan di institusi penyelidikan atau pusat
pengkomersilan produk atau dikilang penghasilan atau pembuatan produk dan 3) tiba-tiba terfikir produk baru
melalui pengalaman, mimpi, terfikir atau melihat masaalah sesuatu produk.
Setiap produk yang dihasilkan melalaui kaedah yang telah dinyatakan adalah
diiktiraf sebagai ionovasi.
Produk inovasi kerap akan
memudahkan kehidupan atau memudahkan sesuatu proses kerja. Selalunya produk ini
dikatakan baru diperkenalkan dan mampu untuk memudahkan urusan kehidupan seharian. Adala menjadi kebanggaan setiap pereka atau
inovataor jika produk ciptaan mereka dapat digunakan untuk kemudahan orang ramai.
Adalah lebih baik jika produk yang dihasilkan amat menarik dilihat moden dan
sangat mudah digunakan. Adalah amat sukar untuk sesuatu produk mendapat
penerimaan ramai. Selalunya pengguna amat cerewet untuk menggunakan produk yang
baru tambahan pula jika belum luas penggunaanya. Inilah yang menjadi cabaran
untuk produk inovasi dikomersilkan.
Budaya inovasi rakyat Malaysia
sangat tinggi dari segenap peringkat dan berkembang dengan baik. Budaya ini
sangat subur sejak dari bangku sekolah hingga keperingkat universiti mahupun
masyarakat umum. Kejayaan menghasilkan produk inovasi telah dilaporkan dengan
baik oleh akhbar harian mahu pun dilaporkan dalam majalah ilmiah. Kerap juga
publisiti di beri kepada produk inovasi baru dengan memberi pengiktirafan
berupa sijil dan pingat dalam pertandingan yang diadakan samaada diperingkat
sekolah, universiti, negeri, negara dan juga peringkat antarabangsa. Pencapaian
ini sangat baik dan kerap dilaporkan didalam akhbar harian. Kita merasa sangat
bangga dengan pencapaian rakyat negara ini dalam penghasilan inovasi baru.
Pencapaian diperingkat antarabangsa kerap menjadi sebutan dan menjadi kayu
pengukur kejayaan sesuatu institusi penyelidikan. Kerap juga dipersoalkan apa
yang terjadi terhadap produk inovasi yang telah mendapat pengiktirafan
diperingkat negara atau antarabangsa.
Kebanyakan produk inovasi negara
kita hanya berakhir diperingkat pengiktirafan sahaja. Pujian hanya diperingkat
surat khabar atau pengiktirafan institusi dengan memberi kenaikan pangkat atau
sedikit ganjaran kewangan . Produk inovasi hanya berakhir setakat itu sahaja.
Sebenarnya masyarakat kita tidak sangat memikirkan menafaat dari produk
inovasi. Tidak banyak produk inovasi rakyat negara ini yang telah mendapat
pengiktirafan dapat atau dikomersilkan atau telah dijual dipasaran. Usahawan di
negara kita tidak berminat untuk mengkomersilkan produk inovasi negara sendiri.
Memang disedari mengkomersilkan produk inovasi tidak akan mendapat pulangan
dalam tempoh terdekat seperti menjadi pemaju perumahan, kontraktor atau jualan
barangan runcit harian. Pulangan mengkomersilkan produk inovasi agak lewat
kerana produk baru, kerap memerlukan modal permulaan yang sangat tinggi untuk
membolehkan produk berada dipasaran. Produk baru perlu diperkenalkan dan
memerlukan promosi yang hebat. Ini tidak disukai oleh usahawan atau ahli
perniagaan. Adalah lebih baik mereka mendapatkan produk yang telah diterima
ramai atau telah berada dipasaran dalam tempoh yang lama dan mempunyai pelangan
yang tetap. Adalah lebih baik jika juga para usahawan mengimport produk dari negara
China yang sudah tentu murah dan telah dikenali ramai.
Masaalah mengkomersilkan produk
inovasi tempatan telah pun diketahui ramai. Ini telah mendapat perhatian YAB
Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak yang telah menjadikan produk
inovasi adalah sumber baru ekonomi negara ini. Produk inovasi tempatan
diharapkan dapat menjana sumber ekonomi baru untuk negara dalam tempoh
terdekat. Ini bermakna produk inovasi perlu boleh dijual dipasaran. Kerajaan
telah menawarkan berbagai geran melalui berbagai kementerian untuk membantu
para usahawan mengkomersilkan produk
inovasi tempatan. Sehingga kini sangat sedikit produk inovasi negara ini yang
dapat dipasarkan. Usahawan negara ini kerap memuji pencapaian penyelidikan
negara tetapi bila mereka diperlukan untuk mengkomersilkan produk inovasi
tempatan, pihak usahawan dilihat tidak begitu memberangsangkan atau tidak ingin
membantu dengan berbagai alasan. Mungkin usahawan tidak begitu yakin dengan produk
inovasi negara sendiri.
Masaalah mengkomersilkan produk
inovasi adalah sesuatu yang sangat serius dan perlu diberi perhatian.
Perbelanjaan penyelidikan sangat tinggi tetapi produk hanya menjadi hiasan
ruang pameran sahaja atau menjadi sebutan. Berbagai alasan yang diberi oleh
pihak swasta semasa memberi komen apabila diminta untuk membantu usaha
pengkomersilan. Alasan yang sangat kerap diberikan, oleh para usahawan produk
penyelidikan tidak mengambil kira masaalah semasa (tidak relevan) dengan industri.
Produk dihasilkan “out-dated” dan telah dihasilkan dinegara lain (penyelidik
sudah terlewat). Ada juga yang berminat tetapi tidak yakin dapat dipasarkan
kerana tahap pemerimaan rakyat negara ini kepada sesuatu produk baru sangat
lambat. Produk perlu dikenali diluar negara terlebih dahulu barulah pengguna
ingin menggunakan untuk mereka. Sangat liat usahawan tempatan untuk memberi
pengiktirafan kepada produk inovasi rakyat negara ini. Usahawan tempatan sangat
berminat kepada keuntugan yang cepat dengan modal yang rendah (risiko rendah).
Sikap usahawan yang telah
dinyatakan telah mengakibatkan produk inovasi negara tidak boleh dijual.
Lambakan produk penyelidikan atau hasil inovasi yang telah sedia untuk
dikomersilkan amat tinggi, Banyak penyelidik melakukan kerja penyelidikan hanya
untuk mendapat pengiktirafan kenaikan pangkat sahaja (mereka tidak ada pilihan
lain). Mereka berpuas hati produk mendapat pingat dan hasil kreativiti dan
inovasi mereka dapat dicatitkan kedalam CV untuk kenaikan pangkat sahaja. Kerja
penyelidikan hanya untuk kejayaan individu sahaja. Jika ini berlaku pihak
tertentu mesti memikirkan bagaimana untuk membuat perubahan dan tidak membuta
tuli membuat penyelidikan yang hanya syok sendiri.
Proses pengkomersilan tidak
begitu rumit jika pihak penyelidik dan para usahawan serius dan tidak
memikirkan keuntungan sebelah pihak sahaja. Para penyelidik dan inovator juga
tidak sangat memikirkan produk mereka mempunyai nilai yang begitu tinggi hingga
tiada ruang rundingan Pihak institusi yang mempunyai produk inovasi dan
institusi penyelidikan mesti sanggup berlebih kurang. Ada institusi
penyelidikan mengenakan syarat yang sangat tinggi hingga menakutkan pihak yang
ingin mengkomersilkan produk penyelidikan. Kebanyakan institusi penyelidikan
mempunyai polisi pengkomersilan yang sangat rumit dan amat sukar untuk dipenuhi/dipersetujui.
Polisi yang ada tidak kundusif pada pihak yang ingin mengkomersilkan produk.
Syarat yang keterlaluan akan menyukarkan kerja-kerja pengkomersilan dan amat
sukar untuk dipersetujui.
Institusi penyelidikan yang
mewakili inovator kerap tidak begitu serius untuk membantu inovator
mengkomersilkan produk mereka. Ini kerana institusi penyelidikan tidak
bergantung kepada hasil pengkomersilan produk. Banyak institusi penyelidikan hanya
bergantung kepada dana penyelidikan sahaja. Geran penyelidikan juga amat mudah
didapati kerana kerajaan merasakan hanya dengan cara ini sahaja inovasi dapat
dicapai untuk membantu negara Banyak juga penilai geran yang tidak menilai dari
segi pengkomersilan penghasilan produk, mereka hanya memikirkan berapa kertas
persidangan yang akan dihasilkan dan berapa artikel dapat diterbitkan kedalam
jurnal berwasit diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Nilai pengkomersilan
tidak dinilai secara serius. Ada juga penilaian dibuat untuk berapa orang calon
ijazah sarjana dan calon ijazah kedoktoran dapat dihasilkan.
Kedua-dua pihak harus berubah.
Kepada para usahawan, produk inovasi dalam negara perlu diberi perhatian yang
sewajarnya. Produk inovasi tempatan perlu dikomersilkan dengan serius. Geran
yang disediakan perlu dimenafaatkan untuk kemajuan ekonomi negara. Sikap ingin
keuntungan segera tanpa memikirkan sumbangan kepada ekonomi negara perlu
dihapuskan. Keuntungan jangka panjang yang akan memberi menafaat kepada negara
perlu difikirkan. Penyelidik atau inovator juga perlu memberi perhatian serius
kepada produk inovasi yang ingin diperkenalkan. Produk inovasi haruslah dapat
diterima ramai, moden, menjimatkan dan sangat memberi faedah kepada kehidupan.
Tuduhan pihak swasta yang menyatakan penyelidik hanya melakukan penyelidikan
syok sendiri perlu dikurangkan atau diberhentikan. Inovasi yang dihasilkan
biarlah menepati piawai antarabangsa agar produk dihasikan dapat dimenafaatkan
diseluruh dunia. Produk yang dihasikan perlu sentiasa diberi penambahbaikan dan
mempunyai ciri teknologi yang tinggi dan mesra pengguna.
Kemajuan penyelidikan akan
dinilai dari kejayaan mengkomersilkan produk inovasi. Produk yang boleh
dikomersilkan akan menjana ekonomi kepada negara. Sumbangan dari segi penjualan
produk, kerja-kerja pembuatan, pemasaran, publisiti dan promosi adalah
sumbangan tidak lansung kepada ekonomi negara. Ini akan menambah peluang
pekerjaan pada masa hadapan. Kejayaan produk inovasi yang mampu diekspot juga
sangat membantu ekonomi negara. Lebih banyak produk inovasi negara yang dapat
diekspot ini adalah lebih baik dari sudut ekonomi. Negara perlu berubah dari
negara pengguna teknologi sahaja kepada negara pengeluar teknologi. Ini adalah
cita-cita negara pada masa hadapan. Ini hanya dapat dilaksanakan jika ada
kerjasama yang erat antara inovator dan pihak swasta.
No comments:
Post a Comment