Kita kerap mendengar produk
inovasi yang membawa makna sesuatu produk yang baru diperkenalkan seperti sistem,
adat yang baru. Inovasi juga perihal mengadakan, memulakan sesuatu yang baru. Menginovasi
pula bermakna membuat inovasi, penginovasi membawa makna orang yang membuat
inovasi manakala penginovasi memberi makna orang yang membuat inovasi. Inovator
bermakna orang yang melakukan inovasi. Inovasi boleh dihasilkan melalui salah
satu kaedah atau ketiga-tiganya sekali, 1) melalui penyelidikan seperti mana yang
dilakukan di institusi penyelidikan dan pembelajaran 2) melalui penambahbaikan sistem
atau produk yang ada, ini kerap dilakukan di institusi penyelidikan atau pusat
pengkomersilan produk atau dikilang penghasilan atau pembuatan produk dan 3) tiba-tiba terfikir produk baru
melalui pengalaman, mimpi, terfikir atau melihat masaalah sesuatu produk.
Setiap produk yang dihasilkan melalaui kaedah yang telah dinyatakan adalah
diiktiraf sebagai ionovasi.
Produk inovasi kerap akan
memudahkan kehidupan atau memudahkan sesuatu proses kerja. Selalunya produk ini
dikatakan baru diperkenalkan dan mampu untuk memudahkan urusan kehidupan seharian. Adala menjadi kebanggaan setiap pereka atau
inovataor jika produk ciptaan mereka dapat digunakan untuk kemudahan orang ramai.
Adalah lebih baik jika produk yang dihasilkan amat menarik dilihat moden dan
sangat mudah digunakan. Adalah amat sukar untuk sesuatu produk mendapat
penerimaan ramai. Selalunya pengguna amat cerewet untuk menggunakan produk yang
baru tambahan pula jika belum luas penggunaanya. Inilah yang menjadi cabaran
untuk produk inovasi dikomersilkan.
Budaya inovasi rakyat Malaysia
sangat tinggi dari segenap peringkat dan berkembang dengan baik. Budaya ini
sangat subur sejak dari bangku sekolah hingga keperingkat universiti mahupun
masyarakat umum. Kejayaan menghasilkan produk inovasi telah dilaporkan dengan
baik oleh akhbar harian mahu pun dilaporkan dalam majalah ilmiah. Kerap juga
publisiti di beri kepada produk inovasi baru dengan memberi pengiktirafan
berupa sijil dan pingat dalam pertandingan yang diadakan samaada diperingkat
sekolah, universiti, negeri, negara dan juga peringkat antarabangsa. Pencapaian
ini sangat baik dan kerap dilaporkan didalam akhbar harian. Kita merasa sangat
bangga dengan pencapaian rakyat negara ini dalam penghasilan inovasi baru.
Pencapaian diperingkat antarabangsa kerap menjadi sebutan dan menjadi kayu
pengukur kejayaan sesuatu institusi penyelidikan. Kerap juga dipersoalkan apa
yang terjadi terhadap produk inovasi yang telah mendapat pengiktirafan
diperingkat negara atau antarabangsa.
Kebanyakan produk inovasi negara
kita hanya berakhir diperingkat pengiktirafan sahaja. Pujian hanya diperingkat
surat khabar atau pengiktirafan institusi dengan memberi kenaikan pangkat atau
sedikit ganjaran kewangan . Produk inovasi hanya berakhir setakat itu sahaja.
Sebenarnya masyarakat kita tidak sangat memikirkan menafaat dari produk
inovasi. Tidak banyak produk inovasi rakyat negara ini yang telah mendapat
pengiktirafan dapat atau dikomersilkan atau telah dijual dipasaran. Usahawan di
negara kita tidak berminat untuk mengkomersilkan produk inovasi negara sendiri.
Memang disedari mengkomersilkan produk inovasi tidak akan mendapat pulangan
dalam tempoh terdekat seperti menjadi pemaju perumahan, kontraktor atau jualan
barangan runcit harian. Pulangan mengkomersilkan produk inovasi agak lewat
kerana produk baru, kerap memerlukan modal permulaan yang sangat tinggi untuk
membolehkan produk berada dipasaran. Produk baru perlu diperkenalkan dan
memerlukan promosi yang hebat. Ini tidak disukai oleh usahawan atau ahli
perniagaan. Adalah lebih baik mereka mendapatkan produk yang telah diterima
ramai atau telah berada dipasaran dalam tempoh yang lama dan mempunyai pelangan
yang tetap. Adalah lebih baik jika juga para usahawan mengimport produk dari negara
China yang sudah tentu murah dan telah dikenali ramai.
Masaalah mengkomersilkan produk
inovasi tempatan telah pun diketahui ramai. Ini telah mendapat perhatian YAB
Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak yang telah menjadikan produk
inovasi adalah sumber baru ekonomi negara ini. Produk inovasi tempatan
diharapkan dapat menjana sumber ekonomi baru untuk negara dalam tempoh
terdekat. Ini bermakna produk inovasi perlu boleh dijual dipasaran. Kerajaan
telah menawarkan berbagai geran melalui berbagai kementerian untuk membantu
para usahawan mengkomersilkan produk
inovasi tempatan. Sehingga kini sangat sedikit produk inovasi negara ini yang
dapat dipasarkan. Usahawan negara ini kerap memuji pencapaian penyelidikan
negara tetapi bila mereka diperlukan untuk mengkomersilkan produk inovasi
tempatan, pihak usahawan dilihat tidak begitu memberangsangkan atau tidak ingin
membantu dengan berbagai alasan. Mungkin usahawan tidak begitu yakin dengan produk
inovasi negara sendiri.
Masaalah mengkomersilkan produk
inovasi adalah sesuatu yang sangat serius dan perlu diberi perhatian.
Perbelanjaan penyelidikan sangat tinggi tetapi produk hanya menjadi hiasan
ruang pameran sahaja atau menjadi sebutan. Berbagai alasan yang diberi oleh
pihak swasta semasa memberi komen apabila diminta untuk membantu usaha
pengkomersilan. Alasan yang sangat kerap diberikan, oleh para usahawan produk
penyelidikan tidak mengambil kira masaalah semasa (tidak relevan) dengan industri.
Produk dihasilkan “out-dated” dan telah dihasilkan dinegara lain (penyelidik
sudah terlewat). Ada juga yang berminat tetapi tidak yakin dapat dipasarkan
kerana tahap pemerimaan rakyat negara ini kepada sesuatu produk baru sangat
lambat. Produk perlu dikenali diluar negara terlebih dahulu barulah pengguna
ingin menggunakan untuk mereka. Sangat liat usahawan tempatan untuk memberi
pengiktirafan kepada produk inovasi rakyat negara ini. Usahawan tempatan sangat
berminat kepada keuntugan yang cepat dengan modal yang rendah (risiko rendah).
Sikap usahawan yang telah
dinyatakan telah mengakibatkan produk inovasi negara tidak boleh dijual.
Lambakan produk penyelidikan atau hasil inovasi yang telah sedia untuk
dikomersilkan amat tinggi, Banyak penyelidik melakukan kerja penyelidikan hanya
untuk mendapat pengiktirafan kenaikan pangkat sahaja (mereka tidak ada pilihan
lain). Mereka berpuas hati produk mendapat pingat dan hasil kreativiti dan
inovasi mereka dapat dicatitkan kedalam CV untuk kenaikan pangkat sahaja. Kerja
penyelidikan hanya untuk kejayaan individu sahaja. Jika ini berlaku pihak
tertentu mesti memikirkan bagaimana untuk membuat perubahan dan tidak membuta
tuli membuat penyelidikan yang hanya syok sendiri.
Proses pengkomersilan tidak
begitu rumit jika pihak penyelidik dan para usahawan serius dan tidak
memikirkan keuntungan sebelah pihak sahaja. Para penyelidik dan inovator juga
tidak sangat memikirkan produk mereka mempunyai nilai yang begitu tinggi hingga
tiada ruang rundingan Pihak institusi yang mempunyai produk inovasi dan
institusi penyelidikan mesti sanggup berlebih kurang. Ada institusi
penyelidikan mengenakan syarat yang sangat tinggi hingga menakutkan pihak yang
ingin mengkomersilkan produk penyelidikan. Kebanyakan institusi penyelidikan
mempunyai polisi pengkomersilan yang sangat rumit dan amat sukar untuk dipenuhi/dipersetujui.
Polisi yang ada tidak kundusif pada pihak yang ingin mengkomersilkan produk.
Syarat yang keterlaluan akan menyukarkan kerja-kerja pengkomersilan dan amat
sukar untuk dipersetujui.
Institusi penyelidikan yang
mewakili inovator kerap tidak begitu serius untuk membantu inovator
mengkomersilkan produk mereka. Ini kerana institusi penyelidikan tidak
bergantung kepada hasil pengkomersilan produk. Banyak institusi penyelidikan hanya
bergantung kepada dana penyelidikan sahaja. Geran penyelidikan juga amat mudah
didapati kerana kerajaan merasakan hanya dengan cara ini sahaja inovasi dapat
dicapai untuk membantu negara Banyak juga penilai geran yang tidak menilai dari
segi pengkomersilan penghasilan produk, mereka hanya memikirkan berapa kertas
persidangan yang akan dihasilkan dan berapa artikel dapat diterbitkan kedalam
jurnal berwasit diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Nilai pengkomersilan
tidak dinilai secara serius. Ada juga penilaian dibuat untuk berapa orang calon
ijazah sarjana dan calon ijazah kedoktoran dapat dihasilkan.
Kedua-dua pihak harus berubah.
Kepada para usahawan, produk inovasi dalam negara perlu diberi perhatian yang
sewajarnya. Produk inovasi tempatan perlu dikomersilkan dengan serius. Geran
yang disediakan perlu dimenafaatkan untuk kemajuan ekonomi negara. Sikap ingin
keuntungan segera tanpa memikirkan sumbangan kepada ekonomi negara perlu
dihapuskan. Keuntungan jangka panjang yang akan memberi menafaat kepada negara
perlu difikirkan. Penyelidik atau inovator juga perlu memberi perhatian serius
kepada produk inovasi yang ingin diperkenalkan. Produk inovasi haruslah dapat
diterima ramai, moden, menjimatkan dan sangat memberi faedah kepada kehidupan.
Tuduhan pihak swasta yang menyatakan penyelidik hanya melakukan penyelidikan
syok sendiri perlu dikurangkan atau diberhentikan. Inovasi yang dihasilkan
biarlah menepati piawai antarabangsa agar produk dihasikan dapat dimenafaatkan
diseluruh dunia. Produk yang dihasikan perlu sentiasa diberi penambahbaikan dan
mempunyai ciri teknologi yang tinggi dan mesra pengguna.
Saya ingin berkongsi pengalaman semasa saya bekerja di sebua syarikat berasaskan petroleum/upvc/plastik beberapa tahun yang lepas. Hasil lawatan bos saya ke satu pameran di Eropah, maka tercetus idea utk membawa masuk teknologintersebut ke Malaysia, dgn beberapa pembaikan. Sebelum ini sykt hanya tertumpa kpd prodk2 upvc saja dengan pasaran utama Telekom Malaysia dan TNB, dan saya amat menyokong penuh langkah utk memperkenalkan 'kayu plastik' ke Malaysia, ke rantau sebelah sini...
ReplyDeleteSelain mempelbagaikan produk dan pasaran, produk yg dinamakan Wood Polymer Composite ini mempunyai potensi yg amat besar dalam pelbagai industri spt industri binaan, kejuruteraan dll.
Saya bertanggungjawab penuh atas initiatif ini. Kerjasama dgn Sirim dimeterai bertujuan menyediakan dan menyelidik 'raw material' utk projek ini. Raw-met adalah campuran dari habuk kayu (samada kayu baru atau terpakai) dan upvc...dan dgn kayu yg tersedia begitu bk di Malaysia, ia bukan menjadi masalah, malah ianya mampu menjadi satu industri sendiri.
UPVC adalah dari Petronas, dan mmg sentiasa bersedia utk bekerjama dgn kita.
Peralatan mesin dari Austria, dan dgn bantuan kewangan dari MTDC sebanyak rm2 juta, segalamya nampak mudah dan spt yg dirancang.
Produk akhiran yg utam yg dipilih ialah floor board dan wood plank, dan kedua2nya dpt dikeluarkan spt mana mould dan kualiti yg dijangka....tahan air/lembab (sbb ada campuran platik) dan rupanya spt kayu...dan boleh dijual dipasaran pada harga yg rendah sedikit dari hard wood...
Namun, ianya xtak seperti yag dirancang... Pasaran perniagaan (business market) termasuklah agensi2 kjaan spt PKNS, UDA, UEM kurang memberikan kerjasama...lbh selesa dgn produk lama, mungkin selesa dgn pembekal lama...
Selain itu, ada byk halangan2 lain yg amat sukar utk ditembusi...
Pasaran pengguna (consumer market) tak mencukupi utk menampung pengeluaran di kilang kami, terlalu sedikit dgn kapasiti kilang..
Setelah 2 tahun lebih bertahan akhirnya projek tersebut gagal dan terpaksa diberhentikan...
Teknologi kayu plastik/wpc ini yg kami terokai 6-7 thn lepas masih ada potensi besar, boleh digunakan utk mesin extrusion mahupun injection (terminologi pengeluran platik)..oleh itu boleh digunakan utk produk2 eletrikal (kerana ia penebat yg baik), automotif sbb lebih taha dari kayu tp rupa spt kayu, terutamanya dashboard dan produk dalaman..dan berbagai lg aplikasi..
Tapi, kami gagal....
Oleh itu, x semestinya kita ada produk yg canggih, inovatif ianya satu lesen utk berjaya.... ia perlu lebih dari itu lagi..
T kasih
Khalid Asnawi
khalid.asnawi@gmail.com
Admin FB Page SayaAnakMelaka
Memerlukan lebih promosi utk lebih prospek buka mata bahawa ini alternatif kpd kayu papan yg sgt mahal. Bila sy baca luahan tuan ini baru sy tahu ada produk ini...
DeleteSalam,
ReplyDeleteSaya masih tercari-cari mana-mane agensi yang boleh membeli idea pereka innovatif di Malaysia. Tapi, masih tak jumpa lagi.
Negara kita tidak terdedah dengan innovatif ni. Yang ada pun tertumpu pada sekolah dan universiti sahaja.
Disini saya link kan salah satu website dimana kita boleh menjual idea innovatif kepada pembeli - https://www.ideaconnection.com/sell-ideas-form.html
Kalau ada mana-mana angensi yang mahu membeli idea2 innovatif ini, sila email saya-
hazbymaju.tech@gmail.com