Jarang orang bercita-cita untuk jadi jutawan, kalau ada pun hanya
bercita-cita untuk jadi orang kaya sahaja. Kalau kita lihat kepada pelajar yang
mendapat keputusan yang cemerlang juga jarang yang berkata untuk jadi jutawan. Universiti
juga tidak mendidik lepasan pelajar supaya menjadi jutawan. Misi universiti
hanyalah memberi ilmu supaya terwujud insan yang kamil sahaja. Menjadikan
lepasan universiti jutawan bukan mathalamat universiti. Universiti hanya
menyediakan tenaga pakar dan pandai-pandai sendiri berusaha untuk menjadi
jutawan. Tiada kajian yang telah dilakukan untuk mengetahui berapa ramai
lepasan universiti yang telah menjadi jutawan berdasar profesion yang telah
mereka cebori. Universiti hanya berminat untuk mengetahui graduan mereka telah
mendapat pekerjaan. Universiti juga berminat untuk mengetahui berapa ramai
graduan mereka yang memasuki bidang keusahawanan, sudah tentu jumlah ini sangat
kecil.
Pengiktirafan kepada mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan juga
sangat kecil dari pihak kerajaan. Setiap tahun tokoh Maal Hijrah jarang yang
diberikan kepada mereka yang berniaga. Kerap kali tokoh Maal Hijrah diberikan
kepada pegawai kerajaan atau pesara kerajaan sahaja tidak diberikan kepada
pesara dalam bidang perniagaan (orang berniaga tiada istilah pencen).
Pengiktirafan kepada Ibu Mithali juga jarang diberikan kepada ibu yang telah
melahirkan jutawan dalam bidang perniagaan. Ibu Mithali diberikan kepada ibu
yang melahirkan pegawai kanan kerajaan yang berjaya sahaja. Pihak kerajaan juga
perlu berubah, kepada Ibu yang telah melahirkan ahli perniagaan yang berjaya
atau yang telah berkhidmat dalam syarikat yang berjaya juga perlu diberi
pengiktirafan Ibu Mithali juga.
Pada satu ketika ramai orang tidak mahu menjadi kaya kerana kaya selalunya
dihubungkan dengan sombong. Setiap yang kaya akan dikatakan sombong. Banyak
adik beradik yang tidak mahu mengunjungi saudara mara yang kaya, katanya kalau
mengunjungi rumah orang kaya susah, banyak
barang yang mahal-mahal, kalau terlanggar pecah nanti. Itulah yang kerap
dikatakan kepada orang kaya. Orang kaya juga kerap dikatakan kedekut. Sudah
menjadi buah mulut masyarakat orang kaya akan kedekut. Orang kaya pada
pandangan masyarakat perlu mudah memberi dan kerap memberi pertolongan dalam
apa bentuk sekali pun kalau nak elak digelar kedekut. Kalau kaya pandangan
masyarakat sudah begitu, apatah lagi kalau menjadi jutawan.
Walaupun begitu dalam diam-diam, banyak orang menjadi jutawan atau hidup
senang. Sebenarnya banyak yang telah jadi jutawan tetapi tidak perlu heboh sana
dan sini. Jutawan bukan diiktiraf oleh diri sendiri. Jutawan kerap diperhatikan
dari gaya hidup. Orang kaya perlu ada rumah dan kereta. Itu yang kerap
diperkatakan pada satu masa dahulu. Ini juga ditunjukan dalam filem zaman P.
Ramli. Kalau ada kereta dan rumah sudah mencukupi dan dikatakan telah mencapai
taraf kaya. Memang ada kebenarnya, kalau kaya sudah tentu mempunyai banyak
kereta, rumah besar dan gaya juga seperti lagak orang kaya. Ini kerap menjadi
perhatian masyarakat dan pada satu masa nanti. Orang kaya kerap kali dilihat
berbelanja mahal dan kerap bertukar kereta sehingga orang mengiktiraf kekayaan.
Apa yang kerap diberi perhatian adalah bagaimana semua perbelanjaaan yang
dibuat.
Memandangkan taraf hidup yang telah menjadi begitu tinggi. Banyak penduduk
Negeri Melaka telah menjadi kaya. Jumlah mereka tidak diketahui. Mereka ini
menjadi kaya kerana mereka berjaya memilik rumah dan kereta. Ini sudah memadai
seperti apa yang ditunjukan oleh zaman P.
Ramli atau kita 30 tahun dahulu. Memang ada kebenaranya pada masa dahulu.
Memandangkan semuanya telah naik, definasi kaya juga perlu naik. Kalau kaya
setakat mempunyai rumah atau kereta tidak lagi patut dikatakan kaya. Sesaorang
dikatakan kaya jika mampu mempunyai sebuah kapal terbang. Itu baru betul,
mungkin tidak sekarang tetapi pada masa hadapan. Kalau sudah ada kapal terbang
sendiri, senang hendak pergi umrah, pergi pagi dan balik petang. Boleh dibawa
saudara mara sendiri pergi umrah atau berjalan kesana-kesini bila ada
kelapangan.
Menjadi jutawan sangat diidamkan oleh rakyat Malaysia. Memang menyeronokan
menjadi jutawan. Paling menyeronokan
adalah dimana kita boleh memberi pertolongan
kepada siapa sahaja yang inginkan bantuan. Dimana sahaja kita mendengar
orang susah, kita segera hulurkan bantuan tanpa di paksa. Itu sebenarnya tujuan
menjadi jutawan. Senang ingin membatu orang lain apabila diperlukan. Sekarang
ini, banyak pihak yang ingin memminta derma atau penajaan untuk sesuatu
program. Amat mendukacitakan setiap yang memohon kita tidak dapat memberi
kerana kita tidak mempunyai banyak wang. Terdetik juga dikepala kita, kalau
sudah jadi jutawan semua permohonan penajaan atau derma sudah pasti dapat
ditunaikan.
Menjadi jutawan tidak akan dapat dicapai jika hanya makan gaji. Telah
dinyatakan, sembilan puloh peratus rezeki adalah melalui bidang perniagaan. Ini
kerap diperkatakan tetapi tidak menjadi amalan. Anak-anak juga tidak diajar
supaya berniaga. Semua ibubapa tidak mahu anak-anak berniaga. Ibubapa suka anak
hidup senang tetapi tidak mahu mereka berniaga. “Makan gaji senang, cukup bulan
tahu ada sahaja’, itulah yang kerap dikatakan oleh ibubapa. Apa yang bertambah
teruk lagi, ada ibubapa mensyaratkan anak-anak mesti makan gaji dengan kerajaan
sahaja. “Mudah cukup bulan tentu ada gaji pada hujung bulan dan jawatan tetap
berpencen pula” kata kebanykan ibubapa. Sudah tentu masa hadapan akan terjamin.
Ada ibu bapa, kalau ada anaknya yang mula berniaga akan diperkatakan anaknya
tidak bekerja, hanya berniaga sahaja. Mereka tidak mengiktiraf berniaga itu
satu pekerjaan. Bekerja hanya diiktiraf jika makan gaji sahaja.
Niat ibubapa menghantar anak-anak untuk belajar tinggi bukan untuk menjadi jutawan
tetapi mereka hanya untuk mudah mendapat pekerjaan sahaja. Bukan ibubapa tidak
tahu makan gaji tidak menjanjikan kekayaan dan hidup senang. Ibubapa telah
melalui peritnya kehidupan semasa makan gaji tetapi mereka masih lagi menyuruh
anak-anak mereka melakukan perkerjaan yang sama seperti mereka. Mereka
seolah-olah berpuas hati dengan kehidupan mereka pada masa ini dan pada masa
yang sama masih lagi berharap anak-anak membuat pekerjaan yang sama. Itu
sebabnya kehidupan mereka yaang makan gaji tidak berubah sejak dari dahulu lagi.
Sikap berpuas hati dengan pencapaian mereka dan tidak berminat anak-anak mereka
menceburi bidang yang lebih mencabar seperti bidang keusahawanan.
Peluang untuk menjadi jutawan juga sangat terbuka luas kepada mereka yang
mempunyai kemahiran tertentu. Bidang kemahiran sangat diperlukan. Kita dapat
melihat kemahiran memasak telah dapat melahirkan chief yang terkenal, Bidang
masakan sekarang tidak seperti dahulu lagi. Apabila negara telah mula maju dan
rakyat telah mula senang, pemilihan makanan dan penyajian juga telah mula
cerewet dan berkeinginan yang terbaik. Semua ini dapat dilakukan jika kita
berkunjung ke hotel atau restoran yang terbaik dari segi chief. Untuk itu
bidang ini menjanjikan masa hadapan yang cerah. Kerajaan amat menyedari bidang
ini menjanjikan sesuatu yang agak bermakna kepada penghidupan. Kerajaan telah
menyedikan kemudahan pembelajaran yang terbaik. Ini disedikan dengan harapan
pada masa hadapan setiap dari mereka yang berminat dalam bidang masakan. Tidak
hairan banyak politeknik dan kolej komuniti yang menyediakan kursus masak ini.
Bidang ini bukan perlu mereka dari kursus.
Terlalu banyak bidang kemahiran yang menjanjikan sesuatu yang baik dalam
kehidupan. Kerja memperbaiki perkakasan elektrikal dirumah, perlatan pendawa
dingin, memperbaiki kenderaan bermotor, memotong rambut, membuat barang kraf
untuk kegunaan harian, tarian dan juga bidang kesukanan adalah bidang kemahiran
yang perlu diceburi. Ibu bapa perlu mengalakan anak-anak memasuki bidang
kemahiran sejak dari awal. Bidang ini seperti diketahui akan membawa perubahan
ekonomi yang mencabar pada masa hadaapan.
Menjadi jutawan perlu didik kepada anak-anak supaya terlibat dalam
perniagaan. Kalau makan gaji, peluang menjadi jutawan ada tetapi agak tipis. Untuk itu jangan sangat
belajar hanya untuk mendapat sijil sahaja. Memiliki sijil yang banyak atau
tertinggi tidak lagi menjanjikan menjadi jutawan. Harus memikirkan pelajar
bukan sahaja tidak perlu mendapat sijil tetapi yang perlu mendapat pengetahuan
secepat mungkin. Sesaorang itu tidak perlu sangat mempunyai kepandaian melangit
jika tidak bijak. Sebenarnya bijak itu adalah keperluan untuk menjadi jutawan.
Tidak semestinya mereka yang pandai itu bijak. Bijak itu adalah keperluan
kehidupan supaya semua kerja menjadi mudah dan bererti.
Kerajaan sangat mengalakan kekayaan dapat dibuat melalui pengetahuan tidak
lagi dari hasil tulang empat kerat. Kerajaan mahu melalui pemikiran sesuatu
benda baru dapat dihasilkan dan seterusnya dapat digunakan oleh masyarakat.
Kerajaan mahu juga melalui kepakaran teknologi maklumat, kekayaan dapat
dihasilkan. Ini telah terbukti kepada mereka yang pakar dalam bidang teknologi
maklumat dapat membuat benda baru yang memudahkan penghidupan seharian.
Kerajaan juga amat menggalakan inovasi dapat diterjemahkan menjadi produk dan
dapat dijual atau dikomersilkan. Inovasi akan mengubah sesuatu kehidupan atau
pekerjaan yang menjajikan perpindahan teknologi yang lebih mudah kepada manusia
seperti kemudahan internet dan juga teknologi talipon tangan yang berjaya menjadi
kehidupan lebih mudah.
Menjadi jutawan adalah merupakan satu keperluan kepada setiap orang.
Kekayaan pada masa hadapan tidak hanya mempunyai rumah dan kereta sahaja tetapi
perlu mempunyai kapal terbang. Kaya tidak menjadikan sesaorang itu sombong.
Sebenarnya kekayaan perlu menjadikan sesaorang itu lebih pemurah dapat membantu
orang lain. Hanya dengan menjadi jutawan dapat membantu banyak orang. Lebih
banyak jutawan yang dapat dihasilkan lebih baik untuk sesuatu negara dan lebih
mudah untuk meningkatkan ekonomi rakyat.
Kami adalah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
ReplyDeleteBantuan seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda melalui kewangan
Masalah, jika anda mempunyai masalah kewangan dan anda memerlukan dana
Memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau bayar
Bil, mulakan perniagaan yang bagus atau anda merasa sukar
Dapatkan pinjaman modal dari bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e-mel
Rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com
"Jadi, jangan biarkan peluang ini meluluskan anda,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..
Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Jangka masa pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman terdahulu, di mana anda dilayan dengan jujur? ...
Bertindak cepat dan keluar dari tekanan, kekacauan, dan cabaran kewangan
Hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e-mel:
Rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com