Perempuan ialah wanita atau lawan
kepada laki-laki. Keperempuanan perihal sifat perempuan. Gadis ialah anak
perempuan yang sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara, masih perawan,
belum disetubuhi (dicemari laki-laki). Bergadis bermakna masih perawan,
mengadis perihal gadis, kedaraan, keperawanan. Kegadis-gadisan bertingkah laku
sebagai gadis. Gadis juga sejenis tumbuhan atau pokok yang mempunyai nama
saintifik cinnamomum parthenoxylon. Wanita ialah orang perempuan juga lawan
kepada lelaki, kaum ibu, kaum puteri. Kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat
wanita dan keputerian. Pewanitaan ialah perkembangan ciri-ciri kewanitaan atau
pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita kepada lelaki.
Sebenarnya tidak perlu diberi
banyak definasi perempuan kerana semua telah mengetahui apa itu perempuan dan
apa yang ada kepada perempuan. Sejak mengandong lagi yang akan ditanya samaada
sudah melakukan 'scan' atau belum, kalau sudah di 'scan', anak lelaki atau
perempuan anak dalam kandungan. Apa sahaja yang diberi oleh ALLAH sebagai
manusia kita perlu bersyukur tetapi kita tetap kena berusaha apa yang ingin
kita hajati samaada hendak anak laki-laki atau perempuan. Kepada bakal ibu atau
bapa, lelaki perempuan sama sahaja asalkan semasa mengandong dan melahirkan
anak, ibu dan anak akan selamat. Itulah selalu yang diperkatakan apabila bakal
menerima cahaya mata tidak kira anak yang keberapa. Doa setiap pagi dari suami
ialah hendak semuanya sehat sahaja. Anak-anak yang dilahirkan cukup sifat dan
apabila besar menjadi manusia yang berguna.
Pada satu masa dahulu kerap
diperkatakan jumlah kaum perempuan telah melebihi kaum lelaki. Statistik tidak
pula menunjukan begitu. Ini diperkatakan kerana jumlah pelajar memasuki
universiti pelajar perempuan melebihi kaum lelaki untuk setengah-setengah kursus.
Juga kerap diperkatakan kaum perempuan lebih pandai dari kaum lelaki sehingga
ada kelompok tertentu meminta jumlah ditetapkan untuk profesion tertentu kepada
kaum wanita. Begitu juga kalau ada pencapaian kaum wanita dalam sesuatu hal
akan diberi publisiti meluas. Kepada mereka setiap kejayaan wanita adalah
pencapaian luar biasa yang perlu diberi pengiktirafan. Kerap kali publisiti
terhadap pencapaian ini akan mendapat sambutan dan komen yang hebat. Ada juga
berbagai kumpulan yang membuat berbagai-bagai tuntutan bagi pihak kaum wanita
untuk profesion atau kerjaya tertentu. Sampai ada yang minta sejumlah tertentu
jumlah pinjaman perniagaan diperuntukan kepada kaum wanita yang mana menurut
setengah pihak kaum wanita akan menjadi usahawan yang baik dan berjaya kalau
diberi peluang atau diberi modal atau pinjaman. Ini adalah kerana katanya kaum
wanita adalah mereka yang membayar hutang yang baik pada waktunya. Mungkin ini
ada betulnya tetapi kajian menyeluruh perlu dilakukan. Bidang keusahawanan
kalau hendak dikira pencapaian sesuatu golongan amat sukar untuk ditetapkan,
dalam hal perniagaan perlu ada sokongan antara satu sama yang lain. Untuk
bidang pembelajaran tertentu, sememangnya ada bidang-bidang tertentu yang amat
diminati oleh kaum wanita atau bidang yang sesuai untuk wanita atau bidang yang
sangat diminati oleh ibubapa kerana mereka tahun bagaimana bidang pekerjaan
ini. Kepada kerajaan sememangnya ada bidang yang sesuai untuk wanita tetapi
terpulang kepada kaum wanita untuk memberi keutamaan.
Walaupun apa yang dibincangan
oleh berbagai pihak dan walau apa pun tuntutan, tidak kira lelaki atau
perempuan setiap dari kita ada tanggung jawap kepada keluarga, negara dan juga
ugama. Setiap dari kita perlu menyumbang kepada keluarga seterusnya akan menyumbang
kepada kemajuan negara. Lelaki dan perempuan seperti lagu dan irama, tidak
boleh dipisahkan dalam apa juga keadaan kerana mereka saling memerlukan antara
satu sama yang lain. Banyak profesion dilihat pada satu ketika dahulu sesuai
untuk lelaki sahaja tetapi apabila diberi peluang, kaum wanita juga dapat
melaksanakanya. Akhirnya semua bidang pekerjaan sesuai untuk lelaki atau
perempuan. Bergantunglah kepada setiap golongan ini untuk mendapatkanya.
Sekarang ini sangat jelas, banyak
golongan perempuan atau gadis atau wanita bersama-sama berganding bahu untuk
menyumbang kepada keluarga. Selesai sahaja belajar tidak kira setinggi mana
seorang anak gadis belajar, apa yang penting adalah untuk mencari pekerjaan.
Ini dilakukan untuk diri sendiri dan juga untuk membantu meringankan bebanan
keluarga. Jika keluarga yang berkemampuan mungkin untuk pencapaian diri sendiri
dan keluarga pada masa hadapan. Tabiat ingin membantu dari anak-anak gadis ini
bukan diajar secara rasmi tetapi telah menjadi tabiat manusia. Apabila sampai
kepada satu peringkat umur, mereka rasa bertanggung jawap kepada diri sendiri
dan ingin berusaha untuk berdiri kaki sendiri. Setiap perempaun akan mencari
pekerjaan samaada kerja sendiri atau makan gaji. Mereka juga tidak mengira
pekerjaan. Ada sahaja yang bersesuaian mereka akan memceburkan diri. Ada yang
membuat apa sahaja pekerjaan yang sesuai kepada mereka. Ada yang mencari
pekerjaan bersesuaian dengan minat. Ada yang mencari pekerjaan berdasarkan
kelulusan yang dimiliki. Ada yang mencari pekerjaan yang ditunjukan oleh
keluarga atau kekasi.h Wanita bekerja bukan lagi sesuatu yang aneh. Malahan
kalau ada gadis yang tidak bekerja akan merupakan satu keanehan. Mungkin dalam
proses mencari kerja atau belum dapat kerja yang sesuai kalau ada gadis yang
tidak lagi bekerja.
Bekerja ada satu karier kepada
setiap wanita. Ini dapat meringankan bebanan keluarga. Paling tidak dengan
bekerja keluarga dapat hidup senang sedikit atau hidup bertambah mewah. Banyak
lelaki sememangnya mencari wanita yang bekerja untuk membolehkan kehidupan agak
senang dan saling bantu membantu. Ada wanita yang akan berhenti kerja apabila
suami telah mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menanggung keluarga.
Selalunya ini berlaku kepada wanita yang telah berumur 40 tahun keatas kerana
pada masa itu pekerjaan suami telah agak stabil dan kewangan keluarga juga
telah agak mantap.
Sejak wanita mula bekerja dan
seterusnya mempunyai keluarga iaitu apabila gadis berubah kepada wanita. Banyak
kerja rumah tangga, walaupun tidak semua memerlukan pertolongan kepada yang
mampu. Kepada yang kurang berkemampuan. Semua kerja rumah terpaksa dilakukan
bersama kepada yang faham. Kalau yang kurang memahami, wanita terpaksa membuat
semua pekerjaan dirumah. Ini sangat membebankan kaum wanita. Bayangkan sejak
awal pagi dari menguruskan anak-anak untuk kesekolah, mengurusakan anak-anak
yang terpaksa ditinggalkan dirumah pengasuh atau dihantar ke tadika,
menguruskan sarapan pagi, menyiapkan diri untuk kepejabat. Membuat buat kerja
dan kesibokan pejabat. Apabila balik sahaja dari kerja terpaksa memikirkan apa
yang perlu dimasak, mengambil anak-anak, berkemas rumah, mencuci baju,
menyediakan makanan, melipat baju dan lain-lain tanggung jawap yang perlu
dilakukan. Ini bukan kerja ringan tetapi terpaksa dilakukan oleh seorang yang
digelar wanita. Ada yang berpendapat itu memang tanggung jawap wanita dan
mereka telah dikurniakan oleh ALLAH boleh melakukan semuanya itu. Wanita telah
direkabentuk begitu kata mereka. Kaum wanita adalah golongan yang sangat istimewa
kata mereka dan sudah fitrah begitu. Inilah yang kerap menjadi gurauan kaum
lelaki.
Menjaga keluarga bukan kerja
separuh masa. Kita tidak boleh berkata berkerja sambil menjaga keluarga tetapi
apa yang perlu dikatakan ialah menjaga keluarga sambil bekerja. Besar sungguh
tanggung jawap golongan wanita bekerja. Kepada wanita yang tidak bekerja juga
jangan difikirkan tidak sesibok wanita bekerja. Kita juga dapat melihat wanita
yang tidak makan gaji (kalau kata tidak bekerja tidak boleh, kerana mereka juga
bekerja tetapi dirumah) juga sangat sibok. Seperti wanita bekerja mereka perlu
bangun awal pagi untuk urusan anak-anak kesekolah dan suami ingin pergi
bekerja. Isteri sepenuh masa bekerja dirumah perlu menyediakan sarapan pagi
atau lebih awal dari itu mengosok pakaian anak-anak atau suami. Walaupun
membuat sarapan pagi bukanlah satu pekerjaan yang berat tetapi perlu diadakan
juga. Nanti banyak orang berkata, “isteri tidak bekerja pun tidak boleh
menyediakan sarapan pagi”. Walaupun makan roti, tetapi perlu disediakan.
Anak-anak juga perlu disuruh sarapan pagi untuk kecergasan otak. Wanita perlu
membuat kerja ini semua. Adakah ini tanggung jawap wanita semata-mata. Harap
dapat fikirkan.
Berat lagi mata memandang berat
lagi mahu memikul. Kita dapat lihat dengan jelas apa yang dilakukan oleh wanita
yang bekerja. Dari subuh hingga menjelang subuh. Ini tidak masuk lagi tekanan
kerja dipejabat. Walaupun begitu, kita dapat melihat wanita yang bekerja
sentiasa riang berada disisi suami. Kalau ada tetamu berkunjung ke rumah, kita
dapat melihat keceriaan kaum wanita. Bukan itu sahaja dalam masa yang singkat
mereka dapat menyediakan juadah untuk tetamu. Makanan pula yang disediakan
bukan ala-kadar sahaja tetapi sangat enak. Banyak juga yang berkata mereka
tidak suka masakan yang dibeli. Seisi keluarga hanya makan makanan yang dimasak
dirumah. Walaupun isteri bekerja, tetapi masakan tetap enak sehingga mereka
tidak ada selera makan diluar. Itulah nekmatnya masakan dari mereka yang
tersayang dengan resepi kasih sayang.
Begitulah tanggunggung jawap
seorang wanita kepada keluarga. Tidaklah menghairankan kalau dikatakan syurga
itu terletak dibawah kaki ibu. Tangan yang mengoyang buaian akan mengoncang
dunia. Ini merupakan kata indah untuk memberi pengiktirafan kepada kaum wanita.
Wanita juga dikatakan mencerikan keluarga. Satu keluarga itu dikatakan tidak
ceria jika tidak ada anak perempuan. Kerap dikatakan jika tiada ada gadis
dirumah, tiada serinya rumah tersebut. Itu sebabnya setiap keluarga kalau
mempunyai anak memerlukan kehadiran anak perempuan. Begitulah sebaliknya, kalau
semua anak perempuan pula mereka mengatakan hendak anak lelaki pula. Mungkin
manusia tidak pernah puas apa yang mereka miliki.
No comments:
Post a Comment