Melaka telah mencapai status
negeri maju dan telah diistiharkan sahaja pada 20.10.2010 yang lalu. Tarikh dan
masa keramat itu adalah saat yang membanggakan setelah perancangan dan segala
usaha keras telah dilakukan. Akhirnya Negeri Melaka menjadi negeri maju 10
tahun lebih awal dari Malaysia akan
menjadi negara maju pada tahun 2020. Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba dan
“mimpi telah menjadi kenyataan kata YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua
Menteri Melaka”. Melaka diistihar negeri maju kerana telah memenuhi 29 dari 32
indikar yang telah diukur berdasarkan pencapaian negeri maju diseluruh dunia.
Melalui perbandingan yang telah dibuat, pencapaian Melaka adalah setanding
dengan negeri maju diseluruh dunia.
Mengiktiraf Melaka telah mencapai
status maju telah menyebabkan kita berfikir, Apakah apabila kita menjadi negeri
maju semua rakyatnya akan menjadi kaya?. Apakah kemiskinan sudah tiada lagi dan
semua kekotoran dan semak samun sudah hilang dimata?.Semua yang ada
disekeliling kita seperti yang kita lihat ditelevision, semua kelihatan segar
dan menarik. Kita serbenarnya ingin melihat negeri kita seperti yang kita lihat
seperti ditelivision tetapi ini tidak akan tercapai. Apa yang digambarkan
ditelevision adalah seperti lakonan dan telah disetkan untuk sesuatu pengambaran
atau kejadian. Apa yang sebenarnya yang berlaku ada seperti yang kita lihat
disekeliling kita sekarang khususnya di Negerei Melaka. Maju selain dari
kemudahan dan kemajuan yang kita telah capai untuk kehidupan yang lebih selesa,
selamat dan membahagiakan dengan kemudahan seperti yang kita mimpikan. Maju
dalam erti kata sebenarnya adalah kehidupan yang lebih selesa dengan pemikiran
yang maju. Apa yang lebih penting adalah kemajuan pemikiran yang maju.
Kita kerap mendengar rintihan ibubapa,
anak-anak mereka telah lulus dengan cemerlang di universiti tetapi tidak
mendapat pekerjaan. Ibubapa kerap membandingkan negara pada masa lalu. Kata
mereka dulu belum keluar universiti lagi pekerjaan telah menunggu, sekarang
sudah keluar dengan cemerlang pun amat susah untuk mendapat pekerjaan. Apa yang
dinyatakan oleh ibubapa itu benar tetapi zaman telah berubah. Sebenarnya rakyat
negeri maju tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata. Penduduk negeri maju
mempunya inisiatif sendiri untuk bekerja. Pada mereka belajar bukan semata-mata
untuk mendapat sijil tetapi untuk mendapat ilmu pengetahuan. Mereka belajar
untuk mendapat pengetahuan dan akhirnya berusaha sendiri uintuk membaiki taraf
hidup keluarga. Malangnya di negera kita belajar hanyalah untyuk mendapat sijil
dan seterusnya menggunakan sijil untuk mencari pekerjaan. Itu sebab kita selalu
berkata berkenaan pengiktirafan. Tujuan belajar ditempat yang mendapat
pengiktirafan adalah untuk mendapat sijil dan mencari pekerjaan makan
gaji.Rakyat Negara maju harus tidak memikirkan sijil semata-mata. Sudah sampai
masanya kita mengutamakan pengetahuan dari sijil semata-mata.
Negara maju tidak hanya
bergantung kepada profesion professional semata-mata. Penumpuan utama kepada
profesion ini sahaja telah mengakibatkan profesion bukan professional telah
dilihat tidak begitu penting. Apa yang paling teruk sekali ada sebilangan
masyarakat beranggapan jika kita tidak menjawat jawatan professional kita
dianggap tidak berkerja terutama jika terlibat dalam bidang perniagaan dan
sektor perkhidmatan seperti juru jual atau profesion yang melibatkan kemahiran.
Sehinggakan profesion kemahiran tidak
dipandang lansung oleh segelintir masyarakat. Kalau dulu jika ingin mencari
menantu, ibubapa akan pastikan bakal menantu mesti berjawatan kerajaan. Kata
mereka walaupun gaji kecil tapi tetap dan berpencen pula dan paling tidak ada
caruman KWSP yang tetap dan senang hingga keanak cucu. Kepada mereka yang kerja
dengan pihak swasta dianggap tidak bekerja kecuali jika syarikat swasta yang
ternama sahaja yang akan diiktiraf sebagai bekerja. Sehingga sekarang pemikiran
tersebut masih menjadi ikutan. Banyak yang berkerja dikilang, masih lagi mahu
berkerja dengan kerajaan kerana tidak mahu kerja shif atau jawatan bukan
kerajan tidak “secure” dan sanggup menerima gaji kecil tetapi masih lagi mahu
berkerja dengan kerajaan. Ini adalah pemikiran masyarakat dari dahulu hingga
sekarang. Masih ramai lagi yang tidak percaya bekerja dengan syarikat swasta
atau perkerjaan yang menggunakan kemahiran dapat menjamin masih depan. Kita
dapat melihat sebahagian besar hidup kita sekarang sangat bergantung kepada
profesion berkemahiran mahu juga industri keusahawanan dan khususnya aktiviti
perniagaan. Amat sukar untuk membawa perubahan untuk mengiktiraf profesion
keusahawanan yang merupakan sebahagian dari profesion yang sangat berjaya masa
ini. Kita dapat melihat sebahagian besar dari mereka yang terlibat dalam
industri yang berasaskan kemahiran telah berjaya, malahan banyak dari mereka
telah menjadi jutawan dinegara kita. Kita seharusnya keluar dari pemikiran yang
menggangap profesion kemahiran adalah profesion kelas kedua. Profesion ini
hanya perlu diceburi oleh anak anak yang kurang berjaya dalam pembelajaran
(drop out student). Oleh kerana profesion ini hanya diceburi oleh mereka yang
tidak mendapat kelulusan yang baik, profesion ini jarang dipandang tinggi dan
kurang diberi penumpuan dan apa yang jelas jarang diberi pengiktirafan sebagai
satu bidang profesion yang perlu disanjung tinggi. Pihak kerajaan juga jarang
memberi pengiktirafan bidang kemahiran ini sebagai satu profesion yang berjaya
dalam kejayaan kehidupan. Ini dapat dilihat setiap tahun penganugerahan Tokoh
Maal Hijrah atau pengiktirafan Ibu Mithali masih lagi berkisar kepada
tokoh-tokoh yang memegang jawatan tinggi kerajaan dan ibu-ibu yang telah
melahirkan anak-anak yang berjaya dalam profesion professional sahaja. Apa yang
dapat kita lihat Kerajaan sendiri juga masih tidak mahu mengiktiraf kejayaan
bidang kemahiran satu profesion yang perlu diberi pengiktirafan. Sumbangan
bidang kemahiran kepada kemajuan negara telah pun terbukti dan telah memberi
pulangan yang besar kepada rakyat.
Aktiviti penyelidikan kerap
menjadi perbualan samaada diperingkat universiti, pemimpin masyarakat,
pentadbir bidang pendidikan atau pelajaran, guru guru sekolah dan juga orang
ramai termasuk murid murid sekolah. Apakah benar masyarakat memahami apa
maksudnya penyelidikan. Menurut Kamus Dewan penyelidikan berasal dari perkataan
selidik yang membawa maksud teliti atau cermat manakala menyelidik atau
menyelidik membawa maksud 1) memeriksa sesuatu yang belum terang, menyiasat
untuk mendapat keterangan tentang sesuatu 2) mempelajari sungguh-sungguh (untuk
mengetahui sesuatu) dan 3) mengintip (mengintai) musuh, menyuluh. Inilah
sebenarnya apa yang dimaksudkan kerja penyelidiakan, tetapi kerap disalah
ertikan. Banyak orang menyatakan mereka telah membuat penyelidikan dengan hanya
membuat sedikit perbandingan atau pemerhatian. Sebenarnya aktiviti ini bukannya
penyelidikan tetapi hanyalah membuat sedikit perhatian dan perbandingan.
Pemerhatian membawa maksud 1) mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat 2)
melihat (memandang, menengok) dengan teliti, mengamati-amati dan 3) mengawasi,
menjaga memeriksa. Mungkin juga apa yang dikatakan penyelidikan hanyalah
aktiviti perbandingan. Apa yang dilakukan hanyalah membandingkan apa yang ada
dan mengambil keputusan mengunakan
sesuatu yang terbaik untuk dalam kehidupan.
Masyarakat Negara maju perlu
sentiasa untuk memikirkan cara hidup seharian kita. Kaedah baru mungkin
menjadikan kita lebih jimat, cekap, pantas, cantik, mudah dan mungkin
membolehkan kita hidup lebih sehat. Ini sesuai dengan dasar baru negara untuk
menjadikan inovasi satu dari sumber kekayaan negara dari segi ekonomi. Pada
dasarnya budaya inovasi dan penyelidikan di Malaysia telah berkembang pesat.
Aktiviti ini amat difahami lebih lebih lagi jika produk telah disiarkan disurat
kabar. Aktiviti inovasi ini juga disambut samaada di sekolah, institusi
latihan, maktab lebih lebih lagi di universiti atau institusi pengajian tinggi.
Malahan Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengarahkan setiap politeknik di
Malaysia memulakan aktiviti penyelidikan supaya satu ketika nanti inovasi
melalui penyelidiakan dapat membantu ekonomi negara. Kementerian Pelajaran
Malaysia juga tidak kurangnya menyemai budaya inovasi melalui sekolah sekolah
dengan menganjurkan pertandingan inovasi dan mengadakan pameran inovasi samaada
bidang sains dan matematik juga dalam bidang yang berhubung rapat dengan
kehidupan seharian.
Kerajaan amat serius untuk menggalakan
budaya inovasi di negara ini bersesuai dengan kemajuan masyarakat dan status negara.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah ditubuhkan sejak
beberapa tahun yang lalu. Perkataan inovasi ini telah mula diperkenalkan dalam
kabinet Tun Abdulah Ahmad Badawi lagi. Strategi memfokus bidang ini telah
diteruskan dalam Kabinet YAB Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berapa lama
dahulu. Untuk memartabatkan lagi aktiviti inovasi serta untuk menunjukan
komitmen kerajaan yang tinggi Kementeria Sains, Teknologi dan Inovasi akan
menobatkan tahun 2010 yang lalu adalah Tahun Inovasi Negara. Kerajaan berharap
budaya inovasi akan menjadi cara hidup rakyat Malaysia, bukan sahaja budaya
inovasi subur tetapi untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk kita terus
menghargai inovasi dan mengkomersilkan produk rakyat Malaysia.
Kerajaan Negeri Melaka mensasarkan Melaka menjadi negeri bandar teknologi
hijau yang mensasarkan kehidupan rakyat yang lebih selesa dan berpendapatan
tinggi. Pendekatan ini adalah sejajar dengan cita-cita negara untuk menjadi
negara maju pada tahun yang sama. Melaka akan menjadi negeri pertama dalam
Malaysia yang mengamalkan gaya hidup berteraskan teknologi hijau seperti negara
maju yang lain di dunia. Rakyat negari maju perlu sentiasa untuk
memikirkan cara hidup seharian yang menjurus kepada teknologi moden. Kaedah
baru mungkin menjadikan kita lebih jimat, cekap, pantas, cantik, mudah dan
mungkin membolehkan kita hidup lebih sehat. Ini sesuai dengan dasar baru negara
untuk menjadikan inovasi satu dari sumber kekayaan negara dari segi ekonomi.
No comments:
Post a Comment