nuffnang ads

Wednesday 24 October 2012

MELAKA MAJU ITU BENAR.



Rakyat Negeri Melaka sepatutnya berbangga mendiami sebuah negeri yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi. Segala teknologi baru akan diterima dengan baik dan akan dilaksanakan. Walaupun kadang-kadang banyak kekangan, Kerajaan Negeri tetap menerima dan mempunyai keinginan untuk melaksanakan. Negeri Melaka juga percaya untuk merealisasikan negara berpendapatan tinggi. Satu pendekatan baru perlu dicari. Satu yang sudah jelas adalah sangat menghargai inovasi dan kreativiti. Bidang kemahiran sangat diperlukan di Negeri Melaka supaya setiap kemahiran dapat diubah menjadi pendapatan. Apa sahaja kemahiran perlu dipupuk supaya dapat menjadi sumber pendapatan. Setiap inovasi perlu dikomersilkan untuk menjadi bahan baru yang dapat mengubah kehidupan dan dapat dipasarkan diseluruh dunia. Inovasi orang ramai juga sangat diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Melaka. Melaka tidak bolehlagi menjadi negeri pengguna teknologi tetapi menjadi negeri pengeluar teknologi pada masa hadpan. Kaedah ini sahaja yang akan menaikan pendapatan rakyat.

Selepas bergelar negeri maju, Melaka akan menuju negeri bandar berteknologi hijau pula. Hebat bermakna rakyatnya yang hebat yang akan disusuli dengan segala kemudahan yang hebat. YAB Ketua Menteri kerap berpesan. “Jika Melaka telah menjadi maju dan hebat, rakyat perlu lebih berdisiplin dan bersopan santun”. Semua budaya tidak baik tidak perlu berada di Melaka lagi. Gejala rasuah perlu ditiadakan, kadar jenayah perlu serendah mungkin atau ditiadakan. Setiap bandar di Melaka perlu jadi bandar yang selamat pada setiap masa siang dan malam. Selamat untuk semua gulongan dan peringkat umur. Jika rakyat ingin menjamu selera diwaktu malam, mereka boleh keluar dengan gembira dan tiada ragu-ragu. Anak-anak juga boleh pergi dan balik sekolah tanpa gangguan. Gulongan warga emas juga tidak ragu-ragu untuk beriadah ditempat awam tanpa ada gangguan. Rakyat boleh bekerja dengan senang hati dan dapat meninggalkan rumah setiap hari tanpa ragu-ragu. Anak-anak berupaya mendapat segala didikan yang sempurna  dan proses pembelajaran dapat berjalan dengan baik tanpa gangugan. Itulah mathalamat kerajaan untuk menjadikan rakyat Negeri Melaka adalah rakyat yang paling gembira dalam kehidupan mereka.

Negeri Melaka sangat terkenal dengan kebersihanya. Kebersihan bandaraya Melaka sangat mengkagumkan. “ Sememangnya Melaka negeri yang bersih dan terbersih di Malaysia”. Kata-kata ini kerap didengar. “Bukan bandar sahaja yang bersih, kampung juga bersih”. Ini kata-kata mereka yang balik kampung setiap hujung minggu. Tahniah kepada rakyat negeri Melaka. Pujian ini sangat bertepatan dengan status negara maju dan akan menuju negeri bandar (city state) selepas ini. Sistem angkat sampah berjadual dan tindakan pihak majlis perbandaran  yang lain melantik kontraktor kecil menjaga setiap kawasan dan jalan adalah gerak kerja/pendekatan yang  sangat baik. Rakyat ingin melihat perkhidmatan ‘value for money’. Rakyat tidak lokek/berat untuk membayar kalau perkhidmatan yang setimpal akan dapat diberikan. Ini telah dibuktikan di negeri Melaka. Perkhidmatan yang didapati sangat ‘value for money’. Setiap persimpangan telah dihias indah samaada siang atau malam. Sepanjang jalan telah ditanam dengan pokok-pokok yang cantik dan dijaga dengan baik. Sampah berlonggok  atau bersepah yang tidak diurus dengan baik amat jarang kelihatan sepanjang jalan dan tepi jalan juga tidak semak samun lagi seperti yang terdapat disetengah-setengah negeri. Slogan “Melaka Bersih Dan Indah” yang tercatit apabila menghampiri  persimpangan Seri Negeri amat bertepatan dengan kebersihan yang kita lihat, diamalkan dan disediakan. Melaka mengamalkan “cakap serupa bikin”. Apa yang dicakap dilaksanakan dan dapat dilihat dengan mata. Inilah yang dikehendaki oleh pelancong apabila datang ke negeri Melaka.

Buat masa ini Negeri Melaka mempunyai kemudahan jalan raya yang sangat baik dengan perhubungan sesuatu daerah menjadi sangat dekat dan mudah dihubungi. Setakat tahun  2009 Negeri Melaka mempunyai 258.71 km jalan persekutuan dan 1,839.09 km jalan negeri. Ini bermakna  Negeri Melaka mempunyai jumlah jalan raya sepanjang 2,090.80 km. Ini telah memudah perhubungan di Negeri Melaka. Jarak antara utara dan selatan di Melaka dapat dihubungi dalam tempuh yang singkat. Ini memudahkan perjalanan pekerja dalam segala urusan. Kemudahan jalan raya untuk setiap daerah di Melaka juga mempunyai taburan yang baik. Daerah Melaka Tengah mempunyai jalan persekutuan 86.85 km dan jalan negeri 961.79 km. Daerah Alor Gajah mempunyai jumlah jalan raya 586.50 km yang merangkumi 105.31 km jalan persekutuan dan 481.19 jalan negeri. Daerah Jasin pula mempunyai jumlah jalan raya 455.66 km yang merangkumi 66.55 km jalan persekutuan dan 389.11 jalan negeri.

Negeri Melaka mempunyai sistem bekalan air yang lengkap. Ini merupakan kemudahan yang amat disenangi oleh pelabur. Pada tahun 2009 jumlah kediaman yang telah mendapat bekalan air sebanyak 2,245,667 jumlah pengguna, 317,514 jumlah pengguna dari kategori perniagaan/industri. Sebanyak 17,211 jumlah pengguna dari kategori pengguna bekalan pukal ke estet. Bekalan air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sangat cekap dan bersih untuk memenuhi kehendak industri pada bila-bila masa. Penggunaan air untuk Daerah Melaka Tengah sahaja 75,124,869.00 meter padu, Daerah Alor Gajah sebanyak 24,948,796.00 meter padu dan Daerah Jasin sebanyak 14,611,466.00 meter padu yang jumlah keseluruhan yang telah dibekalkan oleh SAMB sebanyak 114,685,131.00 meter padu.

Kemampuan bekalan air oleh SAMB adalah kerana syarikat ini mempunyai kapasiti loji bekalan air yang meliputi seluruh Negeri Melaka dengan taburan yang terancang dan berpandangan jauh. Syarikat Air Melaka Berhad mempunyai 7 loji bekalan air yang mampu membekal 490.5 million liter air setiap hari. Loji yang paling besar adalah loji Bertam Lama dengan kapasiti 181 millian liter air sehari, Loji Bertam DAF dengan kapasiti 108 million liter air sehari dan loji kecil di Chin Chin, Bukit Sebukur, Asahan, Merlimau dan Gadek.

Jumlah talian telefon juga amat menyeluruh di Negeri Melaka. Pada tahun 2009 sebanyak 160,361 pengguna telah dibekalkan kemudahan telefon. Jumlah ini merangkumi 105,957 untuk Daerah Melaka Tengah, 20,629 untuk Daerah Alor Gajah dan 23,775 untuk Daerah Jasin.

Bekalan elektrik diseluruh Negeri Melaka yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menyeluruh dan lengkap dengan perancangan yang amat rapi. Seluruh Negeri Melaka mempunyai kemudahan elektrik yang sempurna tidak mengira rumah kediaman atau kawasan perindustrian. Pada tahun 2009 Daerah Melaka Tengah mempunyai 14 “main intake” dengan Keupayaan Terpasang 1,155 Mega Volt Ampere (MVA) dan beban maksima 445.75 MVA. Daerah Alor Gajah mempunyai 5 “main intake” dengan Keupayaan Terpasang 270 MVA dan 92.32 beban maksima manakala Daerah Jasin mempunyai 2 “main intake” dengan 120 MVA Keupayaan Terpasang dan beban maksima 42.74 MVA. Penggunaan elektrik untuk seluruh Negeri Melaka sejumlah 301.15 million kilowatt jam dengan 64.08 million kilowatt jam untuk kediaman, 89.91 million kilowatt jam untuk perdagangan, 139.60 million kilowat jam untuk perindustrian. Sebanyak 6.06 million kilowat jam untuk penggunaan pertanian dan 2.85 million kilowat jam untuk lampu jalan.

Kesemua kemudahan infrastruktur yang lengkap telah ditambah dengan kemudahan kesihatan yang sangat baik. Negeri Melaka mempunyai empat buah hospital kerajaan yang lengkap. Hospital Melaka mempunyai 823 bilangan katil,  Hospital Alor Gajah mempunyai 29 bilangan katil,  Hospital Jasin mempunyai 76 bilangan katil dan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak mempunyai 144 bilangan katil. Kemudahan hospital swasta juga sangat lengkap di Melaka. Negeri Melaka mempunyai lima buah hospital swasta yang mempunyai kemudahan moden dan dapat memenuhi kehendak industri. Putra Specialist Hospital  mempunyai 201 bilangan katil, Pantai Ayer Keroh Hospital mempunyai 224 bilangan katil,  Mahkota Medical Hospital mempunyai 356 bilangan katil, Asia Clinic & Maternity Home mempunyai 6 bilangan katil dan Damai Medical & Heart Clinic mempunyai 8 katil. Negeri Melaka juga mempunyai kemudahan Pejabat Kesihatan sebanyak 3 buah, Poliklinik Komuniti sebanyak 27 buah, Klinik Desa 61 buah, Klinik Pergigian Kerajaan 16 buah, Klinik Swasta 266 buah, Klinik Pergigian Swasta 33 buah dan Farmasi Swasta 47 buah.

Kemudahan kesihatan yang baik telah ditambah dengan bilangan doktor yang cekap dan mencukupi. Pada tahun  2009 bilangan dan nisbah tenaga kerja kesihatan kepada penduduk telah setara dengan apa yang dimiliki oleh negara maju yang lain. Negeri Melaka mempunyai 940 orang doktor yang terdiri dari 597 orang doktor kerajaan dan 343 doktor swasta. Ini menjadikan nisbah penduduk 1:916. Bilangan doktor gigi juga amat baik. Negeri Melaka mempunyai 108 doktor gigi yang mana 69 adalah doktor gigi kerajaan dan 39 doktor gigi swasta. Pegawai Farmasi pula seramai 190 orang yang terdiri dari 122 orang pegawai farmasi kerajaan dan 68 pegawai farmasi swasta dan Negeri Melaka mempunyai 2,025 jururawat yang terdiri 1,400 orang jururawat kerajaan dan 580 jururawat dari pihak swasta. Nisbah penduduk untuk jururawat adalah 1:456, Nisbah doktor gigi adalah 1:8,460 dan nisbah pegawai farmasi 1:4,681.

Kejayaan sektor perindustrian telah terbukti berjaya. Sepanjang perjalanan dimana sahaja dalam Negeri Melaka kita akan dapat melihat kawasan perindustrian. Ini kerana Kerajaan Negeri Melaka mempunyai perancangan yang baik. Kawasan perindustrian tidak tertumpu disatu kawasan sahaja. Strategi ini telah menjadikan Negeri Melaka sebuah “City State”. Pembangunan meliputi keseluruhan di Negeri Melaka. Tidak dapat banyak perbezaan yang ketara dari segi kemajuan sesuatu daerah. Semua kawasan mempunyai keunikan industri yang tersendiri dan menjadi kebanggaan setiap daerah. Kemudahan yang lengkap lagi tersusun dengan perancangan yang sangat rapi telah mengamit banyak pelabur untuk memulakan perniagaan di Negeri Melaka. Usaha bijak pemimpin Melaka untuk memajukan industri perlu disanjung tinggi. Rakyat Melaka telah mendapat nikmat dari sektor perindustrian, Melaka akan terus maju dari sumbangan perindustrian pada masa hadapan.

Amat menghairankan, ada yang tidak suka negeri Melaka telah mencapai status negara maju. Macam-macam yang diperkatakan dengan bukti yang nyata, masih lagi yang tidak mahu percaya. Mungkin mereka ini tidak mahu suka orang bercakap benar dan suka kepada cakap-cakap bohong. Kalau tidak mahu mempercayaai 32 indikator yang telah dinyatakan. Kita lihat sahaja disekeliling kita. Lihat sahaja kebersihan di seluruh negeri Melaka. Semua orang dapat melihat dengan mata kepala kita  sendiri bagaimana bersihnya seluruh negeri Melaka. Jika kita memasuki negeri Melaka dari laluan Lebuh Raya Utara Selatan melalui Ayer Keroh Jasin dan Simpang Empat, kita seolah-olah memasuki satu kawasan yang baru seperti juga kita memasuki kawasan Woodlands di Singapura. Kebersihan Melaka lebih baik dari Kota Singapura pada setengah-setengah tempat didalam bandar. Memangnya Melaka tidak mempunyai bangunan tinggi sebanyak seperti Singapura tetapi kemajuan sesuatu negara tidak mengira banyaknya  bangunan tinggi.  Apa yang kita miliki dan nikmati adalah menunjukan Melaka negeri maju adalah benar tiada yang lain melainkan benar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...