nuffnang ads

Friday 12 October 2012

BELAJAR ITU HENDAK MENGETAHUI APA YANG KITA TIDAK TAHU.



Banyak orang yang hendak belajar tetapi ramai yang tidak tahu makna belajar. Belajar itu adalah untuk mengetahu perkata yang kita tidak tahu supaya jadi tahu.Belajar berasal dari perkataan ajar yang membawa makna petunjuk supaya diketahui atau diikuti sebagai binbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu. Berajar ialah telah diajar atau dididik dengan budi bahasa (cara-cara kesopanan), berpendidikan dan beradat. Belajar bermakna berusaha untuk memperolehi ilmu pengetahuan atau sesuatu kepandaian, menuntut ilmu pengetahuan atau menjalani latihan. Mengajar pula ialah menyampaikan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada. Mengajar juga membawa maksud membaiki kelakuan dengan memberi nasihat, membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman yang telah diperolehi. Mengajar juga membawa makna memarahi atau memukul sesaorang supaya jera agar tidak melakukan sesuatu lagi. Mengajari ialah mengajar sesuatu kepada seseorang atau memberi sesuatu pelajaran atau ilmu pengetahuan atau kemahiran. Ajaran pula ialah segala sesuatu yang diajarkan, nasihat atau petunjuk.Pelajaran ialah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan. Pelajaran ialah segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan yang diperolehi. Berpelajaran ialah orang yang mempunyai pelajaran atau berpendidikan.

Seorang pelajar juga perlu sentiasa mencari apa yang perlu dilakukan. Belajar adalah untuk  mengetahui sesatu yang tidak diketahui dari orang yang mengetahuinya supaya diketahui. Secara kasar belajar adalah untuk mengetahui perkara yang tidak diketahui.Kalau kita selalu menghafal perkara yang diketahui, ini bermakna kita tidak belajar. Banyak dari kita yang tidak belajar kerana tidak mahu mengetahui perkara yang baru. Untuk itu belajar adalah memerlukan kita berkerja kuat dan sentiasa proaktif. Belajar memerlukan kita sediakan sedikit masa untuk melihat perkara yang tidak diketahui. Untuk itu, kalau kita tidak mahu berkerja kuat untuk belajar, kita tidak akan berjaya. Banyak yang malas belajar dengan alasan tidak ada cukup masa. Banyak juga yang memberi alasan tidak ada masa untuk belajar. Ini kerana mereka terlalu sibok. Belajar ini seperti kita mencari kerja. Belajar adalah atas inisiatif diri sendiri. Kalau kita tidak mencari masa untuk belajar, ini bermakna kita tidak akan belajar. Kalau selalu memikirkan untuk relax sahaja sudah tentu tidak akan dapat apa yang kita mimpikan. Banyak mereka yang selalu relax dibangku sekolah tidak menjadi orang berjaya pada masa hadapan.

Sejak kecil lagi sememangnya banyak pesanan dari orang tua supaya belajar bersungguh-sungguh agar apabila keluar nanti mudah mendapat pekerjaan. Satu ketika dahulu keluar sahaja universiti atau tamat sahaja peperiksaan akhir, pekerjaan telah menunggu. Itu zaman dahulu dimana mereka yang pandai tidak banyak dan rakyat pun tidak banyak. Sekarang ini rakyat semakin bertambah dan mereka yang pandai juga semakin banyak. Untuk mendapat pekerjaan perlu bersaing dengan banyak orang dan sudah tentu pembelajaran dan sijil yang mereka miliki sebagai kayu pengukur. Ini adalah cara terbaik untuk menilai kemahiran sesaorang yang amat sukar untuk diubah atau kaedah penilaian cara lain akan dapat dibuat apabila banyak lagi budaya inovasi dapat diterapkan kepada masyarakat. Buat masa ini cara menilan melalui sijil yang diperolehi adalah cara baik. Ini adalah kerana setiap penilaian perlukan sesuatu yang bertulis. Kalau mahu dilihat mereka berkerja dahulu baru buat penilaian sudah agak terlewat. Banyak yang terjadi mereka yang mempunyai berbagai-bagai jenis sijil tetapi apabila bekerja tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik. Mereka ini perlu diberi latihan lagi. Inilah yang menimbulkan rungutan banyak majikan. Walaupun begitu ini adalah kaedah terbaik.

Kerap juga pelajar diuniversiti telah belajar sejak awal lagi menjadi seorang yang meminta-minta. Sikap ini mungkin telah disemai dari kecil oleh ibubapa atau juga semasa mereka berada disekolah rendah lagi. Kita akan mendengar mereka meminta-minta itu dan ini yang kononnya mereka dakwa hak mereka. Untuk itu mereka perlu meminta-minta. Sepatutnya setiap mahasiswa perlu tahu yang kehadiran mereka di universiti adalah untuk belajar. Sudah tentu belajar bukan satu yang mudah. Kerap diperkatakan untuk senang bukanlah senang. Ini adalah cabaran yang dikehendaki. Tugas hakiki mereka adalah belajar walau dalam apa keadaan sekali pun. Untuk itu mereka jangan membuang masa diuniversiti, belajar sahaja siang dan malam. Belajar adalah untuk mendapat pengetahuan bukan untuk mendapat sijil sahaja. Untuk itu gunakan masa diuniversiti untuk belajar.

Adalah tidak menghairankan ketika belajar terdapat berbagai kekurangan atau beberapa kemudahan yang tidak lengkap. Ini perlu difahami oleh pelajar. Apa yang jelas jika setiap dari pelajar tahu tugas hakiki mereka, mereka tidak akan menjadi mereka yang meminta-minta. Banyak orang yang berjaya dalam kehidupan tidak mempunyai semua kelengkapan yang diperlukan. Kita dapat lihat banyak mereka yang berjaya datang dari keluarga yang miskin tetapi mereka sudah menjadi sangat berjaya. Ini menunjukan untuk berjaya tidak memerlukan banyak wang. Sudah terbukti mereka yang tidak mempunyai banyak wang juga berjaya. Banyak dari dari kalangan pelajar yang hanya mencari sebab untuk meminta berbagai-bagai dari pihak pentadbir. Lepas satu perkara selesai mereka akan meminta yang lain pula. Tuntutan tidak habis-habis dan memorundum juga tidak habis-habis.

Kaedah terbaik sekarang ini untuk berjaya dalam kehidupan adalah belajar untuk bekerja kuat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang semuanya serba mahal dan taraf hidup yang sangat meningkat dengan kenaikan harga barangan keperluan hidup, tiada cara lain hanya dengan kerja kuat. Tidak kira apa jawatan yang kita miliki, kalaulah tidak mencukupi, perlulah kita mencari pekerjaan tambahan samaada separuh masa atau sepenuh masa. Kita tidak boleh mengharapkan bantuan semata-mata. Zaman inginkan bantuan untuk hidup mungkin sesuai tidak sesuai untuk semua orang. Cari pekerjaan tambahan, mulakan perniagaan kecil-kecilan dan cari peluang menambah pendapatan dengan kemahiran yang kita miliki. Zaman sekarang setiap kemahiran yang dimiliki boleh mendatangkan wang.Mereka yang kaya raya dan berjaya menjadi jutawan banyak dari gulongan berkemahiran bukan mereka yang berkepandaian.

Negara telah membelanjakan banyak wang untuk latihan modal insan negara. Banyak wang telah dibelanjakan untuk mendapat lulusan ijazah kedoktoran yang dikatakan negara telah dapat melahirkan banyak bijak pandai negara. Adalah diragui yang dilahirkan adalah mereka yang mendapat sijil sahaja tetapi tidak berpegetahuan. Mereka ini belajar hanya untuk mendapat sijil atau pengiktirafan tetapi tidak membawa balik pengetahuan. Ini akan berakhir bijak pandai dalam negara tetapi tidak mempunyai kepandaian dan tidak bijaksana. Mereka mendapat kelulusan tinggi hanya untuk mendapat pekerjaan sahaja. Itu sebab kita kerap mendengar pesanan dari ibu bapa dahulu, “belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat kelulusan cemerlang dan mudah mendapat pekerjaan”. Malang sekali nasib negara kalau begini bijak pandai negara kita .Belajar sampai dikatakan pandai tetapi tidak pandai untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Sekarang ini tepuk dada dan tanya selera dimana sahaja untuk belajar. Kalau agak berkebolehan boleh belajar diuniversiti. Sekarang ini banyak universiti yang terdapat dalam negara ini. Pilih sahaja yang mana satu kalau layak. Memasuki universiti sudah menjadi perkara biasa. Kalau tidak mampu kerajaan akan menyediakan pinjaman dan semua orang layak meminjam janji membayar balik apabila sudah mendapat pekerjaan. Yuran pembelajaran juga tidak mahal dan banyak juga mereka yang mampu sudah tidak meminjam. Banyak orang sudah sanggup membayar untuk pendidikan anak-anak.Bank juga telah bersedia memberi pinjaman pendidikan kepada yang layak dengan jaminan keluarga. Universiti atau institusi pengajaran juga mempunyai sekim bayaran yuran yang tidak membebankan dan banyak universiti boleh membuat pembayaran secara ansuran. Sehingga begitu sekali peluang belajar yang terdapat dinegara ini untuk rakyatnya. Hanya menunggu rakyat untuk mengambil peluang.

Sekarang ini tepuk dada dan tanya selera dimana sahaja untuk belajar. Kalau agak berkebolehan boleh belajar diuniversiti. Sekarang ini banyak universiti yang terdapat dalam negara ini. Pilih sahaja yang mana satu kalau layak. Memasuki universiti sudah menjadi perkara biasa. Kalau tidak mampu kerajaan akan menyediakan pinjaman dan semua orang layak meminjam janji membayar balik apabila sudah mendapat pekerjaan. Yuran pembelajaran juga tidak mahal dan banyak juga mereka yang mampu sudah tidak meminjam. Banyak orang sudah sanggup membayar untuk pendidikan anak-anak.Bank juga telah bersedia memberi pinjaman pendidikan kepada yang layak dengan jaminan keluarga. Universiti atau institusi pengajaran juga mempunyai sekim bayaran yuran yang tidak membebankan dan banyak universiti boleh membuat pembayaran secara ansuran. Sehingga begitu sekali peluang belajar yang terdapat dinegara ini untuk rakyatnya. Hanya menunggu rakyat untuk mengambil peluang.

Belajarlah selagi mampu, jangan buang masa dan  jangan selalu memikirkan belajar ini membebankan dan perlukan pembayaran yang banyak. Belajarlah mengikut kemampuan. Jika tidak mampu belajar sampai peringkat universiti belajar sahaja dimana-mana dan bidang yang diminati. Kalau kita berkeinginan belajar mana-,ama tempat belajar pun universiti. Kalau kita menganggap itu adalah universiti. Banyak mereka yang berjaya dalam bidang kemahiran dan berjaya dalam kehidupan hanya belajar ditepi jalan dan mengikut orang sahaja. Belajarlah dimana-mana dan apa-apa yang boleh dipelajari. Jangan cerewet dan jangan terlalu berkira. Semua pengetahuan amat penting untuk kehidupan. Semua pengetahuan dapat dijadikan sumber ekonomi kalau kita pandai mengetengahkan. Sudah terbukti pelajaran dan mengubah kehidupan, gunakan sebaik mungkin hidup untuk belajar tidak mengira umur dan bidang apa. Universiti ada dimana-mana kalaulah kita mengganggap semua yang boleh dipelajari datang dari universiti.

Belajarlah selagi ada kemampuan tidak kira umur.Banyak orang yang tidak berpeluang belajar semasa muda meneruskan usaha belajar semasa agak berumur.Mungkin ketika itu belajar bukan untuk mendapat pekerjaan tetapi untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran.Sudah tentu semua kemahiran yang dimiliki akan dapat digunakan dimasa yang sesuai. Jangan beri berbagai alasan jika ingin belajar.Buang semua alasan dan tumpukan masa untuk belajar dimasa lapang.Kepada anak-anak jangan lagi memikirkan perkara yang bukan-bukan semasa belajar.Kerja seorang pelajar adalah belajar.Amat merugikan jika telah diberi peluang belajar tetapi tidak mahu belajar.Belajarlah selagi ada umur dan jangan menyesal kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...