nuffnang ads

Thursday 25 October 2012

SETELAH 54 TAHUN MERDEKA BANYAK YANG TIDAK TAHU MENYUMBANG KEPADA NEGARA.



Merdeka bermakna bebas, iaitu dalam konsep bernegara adalah bebas dari penjajahan, kurungan atau naungan. Merdeka juga membawa makna lepas daripada tebusan atau tuntutan, berdiri sendiri, tidak bergantung kepada yang lain. Bebas sama sekali boleh melakukan sesuatu sekehendak hati dan tidak terikat pada mana-mana pihak. Kemerdekaan perihal merdeka (bebas) dan kebebasan dan pemerdeka adalah orang yang membebaskan daripada penjajajahan atau membebaskan dari kurungan. Setiap 31 Ogos sepanjang 54 tahun selepas tahun 1957, sudah tentu tarikh ini diraikan dengan meriah. Ini adalah kerana tarikh ini
negara kita bebas membuat apa yang kita suka untuk rakyat negara ini. Tugas menyumbang kepada rakyat adalah janji pemimpin kita semasa inginkan kemerdekaan. Itu sebabnya pemimpin kita berkerja kuat untuk negara tidak mengira siang atau malam dan tidak kira hari raya atau tidak. Tidak ada satu hari pun pemimpin negara ini melupakan untuk menyumbang kepada negara supaya rakyat dapat hidup senang dan negara ini terus maju.

Dasar kerajaan untuk kesenangan rakyat sejak merdeka telah dirancang dengan baik dari sebuah negara berorientasikan pertanian kaedah lama telah berubah negara pertanian moden. Negara telah berubah kepada negara perindustrian ringan, sederhana dan negara perindustrian berat atau berteknologi tinggi. Negara juga telah berubah dari negara pengguna teknologi kepada negara pengeluar teknologi. Negara telah berubah dari negara pengguna produk kepada negara pengeluar produk. Inilah dasar kerajaan yang sangat baik dan sekarang menunggu untuk menjadi negara maju pula. Semua telah diatur dan negara telah berada dilandasan yang betul. Pengisian sahaja perlu betul dengan kerjasama profesional negara ini. Tanpa pengisian yang betul sudah tentu apa yang dirancang tidak menjadi.

Walaupun pemimpin negara berkerja kuat tetapi banyak lagi mereka yang dikatakan berpelajaran tetapi masih lagi bertindak tanduk yang tidak menyumbang kepada kemajuan negara. Banyak yang telah berjaya dalam profesion atau kerjaya masih lagi hanya memikirkan diri sendiri dan tidak mahu berubah. Mereka ini masih lagi selesa dengan keadaan sekarang atau kaedah kerja yang telah diamalkan sejak 30 tahun yang lalu. Apa yang lebih membimbangkan mereka ini adalah mereka yang berpelajaran tinggi, mendapat pendidikan diluar negara dan mempunyai pendapatan yang sangat lumayan. Mereka ini kerap kali akan menolak perkembangan teknologi  dan kreativiti dengan berbagai alasan terutama alasan kewangan dan tidak berusaha untuk mendapatkanya. Kebanyakan mereka yang telah mendapat kedudukan yang baik atau telah memegang jawatan ketua jabatan  tetapi hanya menunggu arahan sahaja dan tidak mahu juga menurunkan kuasa yang ada kepada pegawai bawahan atau memikirkan sesuatu yang berfaedah. Masih lagi mengamalkna kaedah kerja yang pelahan dan menunggu kelulusan itu dan ini sehingga kerja menjadi tidak 'update' lagi.

Banyak lagi ketua jabatan yang amat  hanya sangat menitik beratkan kedatangan waktu ber kerja dan sangat mementingkan menandatangani buku kedatangan atau mengetik kad perakam waktu kerja sahaja atau memastikan pegawai bawahan tidak membaca surat khabar di waktu pejabat Kepada mereka datang kerja pada waktunya sangat penting. Sememangnya tidak dapat dinafikan datang kerja pada waktunya sangat penting tetapi ini boleh dianjakan jika pekerja boleh melakukan kerja tambahan pada waktu petang. Apa yang penting adalah dasar saling percaya mempercayai dan kerja siap dalam tempoh yang disiapkan atau lebih awal.

Banyak ketua jabatan juga tidak menghargai kreativiti pekerja pegawai bawahan. Mereka selalu memuji sumbangan pegawai atasan sahaja tetapi menidakkan sumbangan pegawai bawahan atau bukan pegawai. Semua kreativiti pegawai tidak digunakan dan tidak dihargai langsung. Ini menjadikan pegawai sangat tidak bermotivasi semasa berkerja. Bukan semua sumbangan kerja atau penambahbaikan datang dari orang atasan sahaja tetapi datang dari orang bawahan juga sangat penting. Banyak syarikat besar yang berjaya akan mengambil kira pandangan orang bawahan malangnya dalam jabatan tertentu yang biasa kita berurusan tidak langsung menimbangkan pendapat orang bawahan. Inilah sikap yang hanya mementingkan pendapat orang atasan dan untuk menjaga kepentingan diri sendiri sahaja. Mungkin mereka takut tidak dinaikan pangkat atau tidak deberi penghargaan berupa pingat atau darjah kebesaran.

Harus diingati walaupun pada waktu yang sama, kita adalah pentadbir dan pada masa yang sama kita atau adik beradik kita juga adalah pengguna atau pelanggan. Dapat dilihat ada jabatan tertentu yang berurusan dengan orang ramai masih lagi tidak mengubah borang-borang tertentu sejak puluhan tahun lagi. Jarang diteliti kandungan borang yang perlu diisi oleh pengguna. Maklumat yang perlu diisi juga tidak pernah berubah dan kerap kali ditanya berulang-ulang kali. Sepatutnya setiap borang maklumat menjadi bertambah mudah. Maklumat secara on-line perlu diberi keutamaan. Adalah dinasihatkan jabatan tertentu supaya sentiasa melihat borang yang digunakan dan merubah yang mana perlu sesuai dengan peredaran zaman. Borang perlu ringkas sahaja dan tidak mengambil masa yang lama untuk diisi. Jangan pula setiap kali datang perlu diisi borang lagi. Maklumat sekali diisi perlu boleh dicapai dengan mudah dari komputer yang terletak diatas meja. Kalau dahulu semuanya perlu dicari fail dahulu, sepatutnya sekarang fail bukan lagi satu masaalah. Ada lagi jabatan tertentu yang masih lagi menggunakan fail dan mencari fail juga satu masaalah yang tidak berkesudahan.

Sekarang ini rakyat sudah menjadi semakin pandai, mereka tidak mahu lagi berurusan dengan pegawai bawahan yang tidak berkuasa atau tidak diperturunkan kuasa. Adalah sangat leceh berurusan yang mereka tidak diberi kuasa untuk meluluskan sesuatu atau mengambil tindakan sesuatu masaalah yang diutarakan. Banyak pegawai bawahan ditemui hanya akan menyampaikan maklumat kepada pegawai atasan. Sebab itu rakyat malas hendak berjumpa pegawai bawahan. Mereka ingin berjumpa ketua jabatan kerana tindakan sangat pantas dan berkesan. Malangnya untuk berjumpa ketua jabatan bukanlah mudah. Untuk itu pegawai atasan atau ketua jabatan perlu memperuntukan masa untuk rakyat. Ketua jabatan telah diberi berbagai kemudahan termasuk pemandu, kereta dan minyak kereta. Sudah tentu semua ini disediakan untuk membolehkan setiap ketua jabatan bergerak dan perlu banyak masa meluangkan masa untuk berjumpa rakyat atau pelanggan dan jangan lupa turun sendiri melihat setiap masaalah dan kehendak rakyat. Rakyat zaman moden ini memerlukan perkhidmatan yang terbaik. Kalau ada ketua jabatan yang tidak sanggup berkerja lebih masa untuk melihat masaalah rakyat adalah lebih baik tidak menjadi ketua jabatan dan berikan sahaja jawatan ini kepada orang lain.

Kerajaan amat perihatin dengan keadaan kerja. Setiap tahun jutaan ringgit disediakan untuk memberi nilai tambah kepada suasana dan peralatan pekerjaan. Sekarang ini kemudahan IT sangat baik. Setiap seorang kakitangan telah disediakan kemudahan komputer dan sudah tentu maklumat dihujung jari. Adalah sangat tidak munasabah setiap maklumat yang dicari tidak boleh didapati dengan mudah. Ini mungkin kerana pemikiran tidak mahu berubah atau tidak boleh berubah dengan keselesaan yang ada. Alasan yang diberi adalah semua kerja telah dapat ditangani dengan baik sejak puluhan tahun dahulu mengapa pula keadaan yang baik ini ingin diubah kerana telah berjaya dilakukan sekian lama. Sikap begini perlu berubah kalau sistem dahulu telah baik. Rakyat memerlukan sistem yang lebih baik atau terbaik seperti dikatakan oleh anak-anak muda sekarang. Baik sudah tidak mencukupi lagi, mesti terbaik.

Kerjasama setiap jabatan adalah bergantung kepada kerjasama  antara ketua jabatan. Kepada mereka yang berkhidmat dalam sebuah negeri tidak kira agensi negeri atau persekutuan perlu menyumbang untuk negeri tersebut. Bukan tidak mahu menyumbang disebabkan mereka dari agensi persekutuan. Tugas utama agensi persekutuan ditubuhkan di negeri tertentu adalah untuk sesuatu agensi memberi perkhidmatan kepada sesuatu negeri. Mereka ini perlu tunduk kepada arahan dari negeri bukan hanya memandang arahan dari Putrajaya sahaja. Banyak agensi persekutuan yang diletakan dinegeri kerap menabik dada yang mereka hanya menunggu arahan dari persekutuan. Mereka juga tidak mahu berbelanja untuk sesuatu yang diarahkan dari negeri. Sikap ketua jabatan agensi persekutuan yang berada dinegeri perlu sentiasa peka kepada kehendak kerajaan negeri. Kehadiran jabatan persekutuan dinegeri untuk membantu kerjaan negeri bukan mengwujukan sikap berkelompok yang tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan negeri. Kepada agensi kerajaan yang bersikap begini perlu melihat kenapa mereka perlu berada di sesebuah negeri.

Institusi pengajian tinggi (IPT) yang diwujudkan oleh kerajaan dinegeri-negeri tertentu perlu menyedari kenapa mereka diletakan disesuatu kawasan. Sudah tentu input kerajaan negerilah sesuatu institusi pengajian dapat ditempatkan dinegeri-negeri tertentu. Banyak IPT beroperasi tanpa memikirkan kehendak atau hala tuju sesuatu negeri. Setiap kursus yang ditawarkan juga tanpa merujuk kepada sesuatu negeri. Mereka hanya mengambil pendapat keputusan senet yang juga terdiri dari kelompok mereka juga. Keputusan universiti tidak dirujuk kepada kerajaan negeri. Sememangnya segala keputusan perlu mendapat pengesahan dari Putrajaya tetapi sebelum itu patutlah setiap yang ingin dilakukan mendapat restu dari kerjaaan negeri.

Penawaran kursus adalah sesuatu yang kerajaan negeri mempunyai kepentingan. Adalah sangat baik jika kursus yang dicadangkan untuk ditawarkan mendapat persetujuan kerajaan negeri terlebih dahulu. Sudah tentu sesuatu negeri mempunyai perancangan tertentu dari segi perindustrian, pelancongan atau sektor perkhidmatan. Adalah sangat baik jika sesuatu IPT mempunyai pengkhususan negeri- negeri tertentu mereka terletak. Paling tidak ini menjadi kebanggaan sesuatu negeri. Kerajaan negeri tertentu juga boleh membuat publisiti jika ada lawatan dari pihak tertentu dari luar negara. Kerajaan negeri boleh memberi sedikit peruntukan dari segi kewangan, peralatan atau kemudahan untuk membolehkan input kerajaan negeri diberikan. Pertimbangan ini jarang diberikan oleh sesuatu IPT di negeri negeri tertentu. Banyak mereka ini yang mengaku sangat pandai tahu itu dan ini tetapi tidak mahu merendah diri kalau sesuatu yang tidak mereka ketahui.

Sangat penting setiap yang kita dilakukan tidak kira pada aras mana kita berada memikirkan untuk menyumbang kepada kemajuan negara. Negara sangat mengharapkan sumbangan dari setiap rakyatnya. Itu sebabnya kerajaan sanggup berbelanja untuk bidang pendidikan supaya rakyat berpelajaran dan dapat menyumbang kepada negara. Marilah bulatkan usaha dan berniat untuk menyumbang kepada negara ini. Pemerintah telah mengamanahkan kepada kita dengan memberi keduduakan dan pendapatan yang sangat baik. Pendapatan juga sangat tinggi dari rakyat biasa dengan kemudahan yang sangat diidam-idamkan oleh ramai orang. Malangnya dengan kedudukan dan kepandaian yang ada kita tidak menyumbang kepada negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...