nuffnang ads

Thursday 11 October 2012

ABAD SEKARANG PERLUKAN KEMAHIRAN.




Sudah sampai kepada masanya kita mendidik anak-anak  mempunyai kemahiran bidang tertentu dari menjadi pandai. Kenyataan ini memang tidak akan dipersetujui oleh banyak orang buat masa ini. Ini kerana dengan pandai anak-anak akan mendapat pekerjaan yang baik serta menjadi orang yang berpengaruh pada masa hadapan. Itu sebabnya semua ibu bapa sangat mengharapkan anak-anak mereka dapat memasuki universiti serta mendapat sijil yang tertinggi supaya diiktiraf menjadi orang pandai. Kepandaian akan dinilai dari segi tinggi mana sijil nyang diperolehi, bukan dinilai dari segi kemampuan untuk bekerja dan menyumbang kepada negara.

Kemahiran pula berasal dari perkataan mahir yang bermakna terlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai. Memahirkan bermakna melatih diri supaya cekap, mempelajari dengan bersungguh-sungguh supaya mahir. Kemahiran bermakna kecekapan, kepandaian  dan berkemahiran membawa makna mempunyai kemahiran. Dalam kehidupan seharian kemahiran selalunya dihubungkan juga dengan kepandaian dan juga mereka yang tidak pandai. Ini dapat dilihat apabila sesaorang tidak mendapat kelulusan yang tidak cemerlang akan dimasukan kedalam bidang kemahiran. Ini adalah satu cara untuk membolehkan mereka yang tidak pandai dapat menceburi bidang untuk orang yang tidak pandai iaitu bidang kemahiran.

Sudah sampai masanya kita memuikirkan bidang kemahiran bukanlah bidang untuk mereka yang tidak pandai, tetapi bergantong kepada minda dan kebolehan. Bidang kemahiran telah menjanjikan pendapatan yang lumayan. Sekarang ini telah terbukti  mereka yang kemahiran  sahaja membolehkan sesaorang menjadi jutawan. Banyak jutawan sekarang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi tetapi mereka berjaya dalam kehidupan. Bidang ini tidak glamour kerana tidak diberi pengiktirafan yang sewajarnya. Pihak kerajaan juga tidak memberi pengiktirafan kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak menjadi mahir tetapi memberi pengiktirafan kepada ibu bapa yang berjaya melahirkan anak-anak yang pandai sahaja dan mendapat kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Sepatutnya pihak kerajaan memberi juga pengiktirafan kepada ibu bapa yang melahirkan anak-anak yang berkemahiran.

Kita perlu memberi pengiktirafan kepada ibu bapa yang mempunyai anak berjaya dalam bidang perniagaan yang juga boleh dikatakan berkemahiran dalam bidang perniagaan. Sudah terbukti banyak jutawan yang dilahirkan mereka yang terlibat dalam jualan lansung.Mereka ini pandai bercakap dan berkemahiran menambat hati pelanggan dengan jualan terus mereka. Bercakap dan bertemu pelanggan memerlukan kemahiran yang tinggi. Tidak mudah untuk meyakinkan pelanggan seperti kemampuan peniaga berbangsa cina. Selalunya tempat yang tidak mampu menarik pelanggan, kalau diberi peluang kepada peniaga cina mereka mampu menarik pelanggan. Ini adalah kemahiran mereka yang berbangsa cina. Kemahiran berniaga telah melahirkan banyak orang yang berjaya. Kemahiran perniagaan akan melibatkan banyak kemahiran yang bermula dari gaya hidup seharian, kemampuan bercakap, kemampuan bertemu pelanggan, kemampuan pemasaran, kemampuan berhubung sesama rakan dan juga kemahiran menarik pelanggan. Itu sebab kita perlu menggalakan anak-anak berniaga. Ini kerana kemahiran dalam perniagaan akan menjanjikan sesuatu yang baik pada masa hadapan.

Jika bukan tahap jutawan yang menjadi ukuran, banyak lagi bidang yang selalunya banyak orang terlepas pandang. Lihat sahaja bidang pembaikan kereta dan motosikal. Perniagaan yang memerlukan kemahiran ini tumbuh seperti cendawan. Bidang ini memerlukan minat. Bengkel kerja pembaikan ini sama jumlah dengan jumlah kedai makan atau restoran. Walaupun pekan kecil aatau bandar kecil tetap mempunyai banyak bengkel pembaikan kereta dan motosikal. Pentingnya bidang ini sama juga pentingnya klinik kesihatan. Ada yang memanggil klinik motor kerana bengkel pembaikan kereta motor seperti mana merawat orang sakit. Bidang ini tidak akan tamat sampai bila-bila. Selagi ada jualan kereta dan motor. Selagi itu kemahiran membaiki kenderan bergerak ini diperlukan. Kita harus mengiktiraf kemahiran ini amat penting untuk anak-anak. Kemahiran membaiki kenderaan bergerak ini sangat penting untuk setiap masyarakat.

Kemahiran menjahit juga merupakan bidang yang sangat penting. Setiap manusia memerlukan pakaiaan yang berjahit. Setiap manusia sepanjang kehidupanya memerlukan pakaian berjahit yang banyak sejak lahir hingga dimasukan kedalam kubur. Kemahiran ini sangat diperlukan. Kita kerap mendengar apabila menjelang hari perayaan tukang jahit tidak menang tangan dan terpaksa menolak tempahan sejak dari 3 bulan sebelum perayaan. Banyak tukang jahit telah berjaya dalam kehidupan. Mereka bukan sahaja mempunyai satu kedai tetapi telah membuka banyak cawangan dan pada masa yang sama mereka melatih mereka yang berminat menjadi tukang jahit  dan mengupah suri rumah yang pandai menjahit supaya menjahit dari rumah. Profesion yang memerlukan kemahiran tangan ini menjanjikan pendapatan yang lumayan yang perlu diceburi oleh anak-anak muda sekarang.

Satu lagi bidang yang sangat sangat popular sekarang adalah tukang masak atau chief. Tanpa tukang masak kedai makan atau restoran tidak dapat berfungsi. Bidang ini bukan tangkap muat sahaja tetapi memerlukan kemahiran yang tinggi. Banyak chief yang ternama mendapat pengiktirafan menunjukan masakan di dalam rancangan tv terkenal. Lebih-lebih lagi sekarang ini banyak saluran tv yang mempunyai berbagai rancangan. Nama restoran juga telah menggunakan nama masakan menggunakan nama tukang masa. Tambahan rancangan tv luar negara sekarang ini banyak mengeluarkan rancangan yang menunjukan kepakaran chief. Bidang yang satu ketika dikuasai oleh orang perempuan telah dimonopoli oleh orang lelaki. Kemahiran yang penting yang tidak dikenali sudah menjadi sangat diperlukan. Anak-anak perlu didedahkan kemahiran memasak supaya dapat menguasai kemahiran ini pada masa hadapan.

Kemahiran membuat kek juga sangat diperlukan. Tidak meriah jika sambutan hari jadi, majlis perkahwinan dan juga majlis yang mengambarkan kegembiraan kek tidak dihidangkan. Sudah menjadi kelaziman apabila menyambut hari jadi mesti ada majlis memotong kek. Satu ketika dahulu ada juga cadangan dibuat untuk sambutan hari jadi boleh dibuat majlis memotong dodol. Ini tidak disambut dengan baik dan ada yang mengatakan ‘tidak menyambut hari jadi jika hanya memotong dodol’. Tujuan menyarankan untuk memotong dodol adalah untuk memajukan industri dodol di Melaka.  Banyak dari kita hanya memakan dodol  satu tahun sekali. Bagaimana hendak mempromosi dodol jika makanan ini dimakan bermusim sahaja. Tiada sambutan langsung untuk memotong dodol semasa menyambut hari jadi.Memotong atau menghidang kek adalah satu kemestian. Mahu tidak mahu kemahiran membuat kek ini adalah satu yang sangat penting. Membuat kek bukanlah sesuatu yang sukar sekarang ini. Banyak dapor dan oven yang canggih terdapat dipasaran. Kemahiran yang penting dalam membuat kek adalah kemahiran mengadun tepong. Baik adunannya dan mengikut sukatan yang betul. Sudah tentu kek yang sedap dapat dihasilkan. Kemahiran kedua adalah bagaimana ingin menghasilkan kek yang cantik untuk diletakan di khalayak ramai sebelum dipotong. Kemahiran menghias kek juga penting. Apalah kek jika tidak dihias dengan cantik?. Sangat jelas kemahiran membuat kek adalah bidang yang sangat komersil dan menjanjikan pulangan yang baik.

Sekarang ini semuanya telah dikomersilkam. Kalau dahulu pelamin untuk majlis perkahwinan dibuat sendiri sahaja. Dulu buat pelamin dengan cara bergotong royong. Kalau ada yang mahir dikalangan rakan rakan sekampong atau jiran. Kemahiran ini akan digunakan. Perbelanjaan membuat pelamin juga tidak begitu tinggi. Kalau kita melihat gambar pelamin di majlis dulu-dulu cantik juga. Sekarang ini semuanya telah menggunakan perunding perkahwinan atau gunakan kepakaran berbayar. Pasangan pengantin boleh memilih pelamin yang berharga murah, sederhana atau mahal mengikut kemampuan. Pelamin sekarang ini sangat cantik. Setiap perunding perkahwinan akan mempunyai team yang membuat pelamin mengikut kehendak tuan rumah. Banyak pasangan yang berkemampuan membuat pelamin yang mahal. Kerja membuat pelamin bukalah satu kerja yang mudah. Membuat pelamin memerlukan kepakaran. Bidang ini perlu didalami pada masa hadapan. Sudah tentu apabila negara berpendapatan tinggi, majlis perkahwinan juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ini adalah peluang perniagaan yang baik selain kemahiran menyolek dan merancang majlis perkahwinan supaya dilihat sangat glamour.

Amat jelas peluang untuk menjadi jutawan sangat terbuka untuk mereka yang berkemahiran. Amat sedikit mereka yang pandai menjadi jutawan. Selalunya mereka yang pandai akan berakhir dengan makan gaji sahaja. Mereka yang pandai pun memang ramai yang berminat untuk makan gaji. Mereka menjadi pandai untuk memudahkan peluang untuk mendapat pekerjaan. Bila sudah dapat kerja jarang kepandaian digunakan. Sebaliknya kepada mereka yang berkemahiran terpaksa bekerja sendiri dengan melakukan perniagaan untuk menunjukan kemahiran yang dimiliki. Ramai juga yang makan gaji untuk sementara waktu sebelum memulakan pekerjaan yang menggunakan kemahiran yang dimiliki. Selalunya mereka ingin mengumpul modal dan mengenali pelangan mereka dan dimana perlu difokuskan. Apabila ini berjaya dilakukan. Mereka tidak akan menoleh kebelakang. Mereka ini akan berjaya dan menjadi jutawan pada masa akan datang.

Kepada ibu bapa perlu menukarkan pandangan kepada kerja yang bercorakan kemahiran pula. Tanggapan makan gaji sahaja sudah tidak sesuai lagi. Kemahiran banyak memberui peluang kepada kehidupan yang lebih baik. Profesion kemahiran perlu diberi pengiktirafan sebagai seorang yang berjaya juga. Jangan malu untuk menggunkan kemahiran untuk mencari makan. Kemahiran adalah sesuatu yang istimewa dan jangan malu mengatakan kita bekerja menggunakan kemahiran. Lihat ahli muzik mereka ini adalah yang mencari makan menggunakan kemahiran dan berjaya menjadi tarikan orang ramai. Menyanyi adalah profesion yang sangat berjaya kerana menggunakan kemahiran sepenuhnya.

1 comment:

  1. betol tu. kemahiran boleh menjana pendapatan lumayan zaman sekarang. walaupun lulusan spm tapi boleh berjaya jadi jutawan atas usaha dan penat lelah sendiri. tidak perlu kerja makn gaji seumur hidup hanya kerana mahu glamor dan pangkat sedangkan banyak tekanan dan tanggungjawab

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...