nuffnang ads

Friday 19 October 2012

IKUT ORANG BERJAYA.



Berjaya bermula dari perkataan jaya yang bermakna kemenangan, berjaya bermakna menang atau berhasil, mendapat kemajuan.Menjayakan ialah menyebabkan berjaya, berhasil atau maju.Kejayaan ialah perihal berjaya, kemenangan dan hasil.Sudah tentu setiap yang hidup ingin berjaya.Apa yang ingin dijayakan bergantung kepada kehendak dan keadaan kehidupan.Paling yang fahami kejayaan adalah memiliki harta benda dan yang paling penting dalam kehidupan ialah memiliki harta tang banyak supaya kehidupan bertambah mudah.Berjaya dalam kehidupan bermakna kita berjaya memiliki apa yang kita hendak dan dapat memiliki apa yang orang lain ada.Ada yang menyatakan kebendaan tidak semestinya sangat penting dalam kehidupan tetapi jika tidak ada kebendaan, sudah tentu hidup tidak sangat bermakna.

Kehidupan manusia selain untuk melakukan sesuatu untuk mati, kehidupan juga memerlukan sesuatu yang penting untuk keselesaan. Apa yang setiap orang lakukan sudah tentu untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan. Sudah tentu hidup perlukan keselesaan dan ketenangan. Tiada ada gunanya mempunyai duit yang banyak, harta yang melimpah ruah tetapi hidup tidak ada ketenangan. Tidak guna juga kalau berjaya dalam karier yang sudah tentu mewah dalam kehidupan tetapi hidup berumah tangga tidak ada kerukunan.Anak-anak kecil kerap dinasihatkan oleh ibu bapa supaya belajar bersungguh-sungguh supaya hidup apabila dewasa menjadi senang. Sudah tentu kesenangan akan dihubungkan dengan kemewahan kebendaan dan juga ketenangan jiwa. Anak-anak juga apabila ditanya sudah tentu ingin pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lumayan seperti yang diceritakan di tv atau dari kawan-kawan sekeliling atau dari pemerhatian sendiri. Kemewahan adalah sesauatu yang dicita-citakan dan sudah tentu akan memberi motivasi luaran atau dalaman. Ini juga adalah cita-cita pemimpin untuk membolehkan rakyat hidup senang dan mewah.


Sangat penting dalam kehidupan kita mencontohi orang yang berjaya.Tidak kira apa kejayaan yang kita kehendaki tetapi yang penting setiap kejayaan itu perlu mengikut lunas yang betul dan tidak menyalahi undang-undang dan tidak memudaratkan orang lain.Kejayaan hanya akan dapat dicapai jika setiap dari kita bekerja kuat.Jadikan orang yang berjaya sebagai contoh.Apa yang sangat penting jika kita hendak berjaya kita tidak menidakan kebolehan orang lain dan tidak menghina orang lain.Kita juga berjaya dengan tidak menyakiti orang lain.Selalu diperkatakan mathalamat tidak menghalalkan cara.Jika ingin berjaya jangan menggunakan jalan yang salah dan pastikan tidak menyusahkan orang lain.

Sudah tentu setiap yang hidup inginkan kecemerlangan dalam kehidupan. Untuk itu setiap dari kita perlu bekerja kuat untuk mencapai cita-cita atau hajat.Selalunya cita-cita yang perlu dicapai ialah supaya badan sehat dan hidup senang. Kalau boleh senang dalam serba serbi, senang berjalan, senang berbelanja, senang makan dan semua kerja menjadi senang. Kalau ada pun yang menghalang tetapi laluan akan dipermudahkan. Inilah sebahagian cita-cita manusia dalam kehidupan sebelum mati. Setiap yang bercita-cita perlu bekerja kuat dan mengatasi setiap halangan.Apa yang penting dalam mengejar cita-cita kita jangan mengetepikan orang lain.Jika kita berkuasa tidak mengunakan kuasa yang ada untuk menidakan peluang orang lain yang mungkin berbakat. Sikap ini tidak baik dan tidak membawa negara kearah kegemilangan dan sudah tentu akan membawa keburukan dalam tempoh jangka panjang.

Semua yang kita kehendaki perlu mengikut jalan atau peraturan yang betul dan yang paling penting kita tidak menyakiti orang lain.Kita juga tidak menyusahkan orang lain dan kita juga tidak boleh menyebabkan orang lain merasa tidakl senang dengan kita. Buatlah sesuatu sebaik mungkin dan jika perlukan bantuan, rundinglah sebaiknya sepaya apabila setiap yang dihajati berjaya dicapai dan semuanya akan bergembira. Seperti kerja berpasukan, kalau berjaya adalah hasil sumbangan setiap orang ahli dalam kumpulan. Sudah pasti semuanya akan bergembira. Kerja berpasukan adalah suatu yang sangat penting. Banyak organisasi telah membelanjakan banyak wang untuk menyemai budaya kerja berpasukan setiap pekerjanya. Banyak kursus motivasi, bengkel atau latihan dalam kumpulan yang perlu dibuat supaya kerja berpasukan dapat dicapai dan akan membawa organisasi kehadapan dalamatempoh yang singkat.

Pakar motivasi pekerjaan kerap mengatakan jika sesuatu organisasi inginkan kejayaan setiap kaki tangan perlu menaikan nama ketua. Tidak ada orang yang akan menabik dada yang semua hasil kerja adalah hasil dia seorang sahaja. Kita kerap mendengar banyak orang yang menidakan orang  kebolehan orang lain dan hanya ingin menonjolkan diri sendiri sahaja. Pada hal dalam pekerjaan setiap dari kakitangan mempunyai peranan yang sendiri. Untuk itu setiap pekerja tidak boleh mengatakan kerja dia seorang sahaja. Untuk itu perlu dinaikkan adalah ketua organisasi tersebut. Ketua organisasi juga tidak akan menabik dada mendawa kerja yang dihasilkan adalah sumbangan dia seorang tetapi hasil kerja adalah sumbangan dari setiap ahli dari organisasi. Inilah ketua jabatan yang terbaik  yang tidak pernah melupakan pekerja bawahan dan kredit kerap diberikan kepada ahli keluarga dalam organisasai. Inilah yang perlu disumbangkan jika kita bekerja dalam sesuatu organisasi tidak kira besar atau kecil Membanggakan organisasi adalah satu sikap yang baik. Pekerja adalah aset kepada syarikat. Setiap keuntungan sudah pasti akan dipulangkan balik kepada ahli dalamm organisasi dalam berbagai bentuk samaada bonus, latihan, lawatan atau pun jamuan selain dari pengiktirafan yang merupakan kenaikan pangkat dan menjadi model kepada organisasi.

Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier. Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni keluarga dalam ketenangan.

Kejayan negara dalam penyediaan  modal insan,  perindustian, perdagangan, pelancongan, sukan dan juga pelaburan amat baik. Apa yang menjadi masaalah sekarang ini adalah cerita-cerita jalanan yang sepatutnya difikirkan dahulu sebelum disampai tetapi banyak yang hanya menyampaikan cerita tanpa memikirkan terlebih dahulu. Sepatutnya tabiat mereka yang baik adalah berfikir dahulu kalau mendapat sesuatu cerita sebelum disampaikan kepada orang lain.  Orang baik-baik dan sentiasa berniat baik tidak akan membawa cerita bohong atau kekinginan berbohong. Jika perbuatan orang baik ini tidak diiktuti sebaik mungkin. Akibatnya banyak cerita tidak benar dan bohong berkisar dalam masyarakat sekarang. Masyarakat seolah-olah lebih suka kepada cerita bohong dan suka kepada cerita sensasi  yang penuh dengan prasangka buruk. Selalunya apa yang benar yang disampaikan akan didengari tetapi apa cerita yang tidak benar yang dibawa melalui saluran tidak rasmi akan didengari dan dipercayai. Sekali lagi akibatnya adalah pembohongan berluas-luas sekarang ini. Pembohongan telah diiktiraf sebagai satu kebenaran. Segala kebenaran telah diterima dengan kepalsuan. Tindak tanduk tidak baik  ini mengambarkan seolah-olah negara ini mepunyai rakyat yang tidak pandai. Modal insan yang dilahirkan tidak mempraktikan apa yang telah dipelajari. Negara akan mengalami masaalah besar pada masa akan datang jika tabiat ini tidak dibendong atau rakyat tidak mengambil sesuatu tindakan yang sepatutnya.

Sentiasalah kita berniat untuk menjadi orang baik dan sentiasa berniat baik apabila ingin memulakan sesuatu pekerjaan dan perjalanan. Dengan biat yang baiks semuanya akan mendapat manfaat. Apa yang sangat kita ingini ialah kedaan negara akan dipuji dan rezeki rakyat negara ini akan berempah ruah. Kepandaian yang dimiliki oleh setiap orang mesti dapat menyumbang kepada negara. Satu sikap yang baik perlu dilakukan ialah semangat ingin berkorban. Kita kerap kali mendengar sesaorang telah berkorban untuk negara. Sangat gembira dan sejok hati apabila mendengar orang telah berkorban untuk negara. Sangat penting kita mengetahui apakah pengorbanan yang telah mereka buat untuk negara sehingga mereka telah mendapat pengiktirafan berkorban untuk negara yang begini tinggi. Kalau setakat memuji dihari persaraan dan telah menerima ganjaran setiap kerja yang dibuat mungkin perkataan berkorban boleh diragui. Kalau kita dibayar untuk melakukan sesuatu kerja sepanjang perkhidmatan kita, apakah kita layar dikatakan telah berkorban?. Tidak ada satu hari pun dalam hidup kita bekerja tidak dibayar. Bagaimanakah untuk memperkatakan kita telah berkorban?. Tidak pernah kita mendengar sesaorang itu menolak gaji atau imbohan bulanan dengan alasan mereka ingin berkorban pada bulan ini untuk negara. Mungkin adalah sedikit datang  yang datang bekerja pada hujung minggu atau kerja tambahan setiap petang selepas waktu pejabat. Kalau itu dikatakan telah berkorban. Ini bermakna kecil sangat definasi berkorban sebagaimana yang difahami. Ini mungkin boleh sama-sama difikirkan.

Lakukanlah yang terbaik dalam kehidupan, jangan cepat marah dan keciwa.Cara yang paling mudah ialah dengan seronok dengan diri sendiri atau syok sendiri.Susah nak suroh orang lain syok diri kita sendiri melainkan kita memulakanya dengan syok diri kita sendiri dan selepas itu baru orang lain syok diri kita.Apabila kita syok diri sendiri sudah tentu kita akan buat yang terbaik.Jika buat yang terbaik sudah tentu kejayaan akan menyusul sendiri.Kita juga perlu kerap mengikut otang yang berjaya supaya sorang yang berjaya memotivasikan kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...