nuffnang ads

Friday 19 October 2012

KAJI DULU “INI CERITA SEBENARNYA”.



Rakyat Malaysia sudah jauh berubah sejak  mencapai kemerdekaan 53 tahun dahulu. Sebelum itu dikatakan rakyat Malaysia tidak berapa pandai kerana pada masa itu negara belum maju dan serba kekurangan. Sekarang ini suasana jauh telah berubah. Banyak universiti dan institusi pembelajaran telah ditubuhkan tidak kira institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Memasuki universiti sudah menjadi satu kebiasaan. Setiap keluarga telah mempunyai ahli keluarga berjaya memasuki universiti. Ada juga keluarga yang semua ahli keluarga telah memasuki universiti atau bergelar siswazah.

Taraf hidup jauh telah berubah. Masyarakat percaya jika berjaya dalam bidang pendidikan sudah tentu akan mendapat pekerjaan yang baik. Ini akan mebolehkan hidup lebih terjamin. Negara sangat bangga dengan pencapaian ini. Lebih banyak orang pandai, sangat baik kepada kerajaan. Tahniah kepada kerajaan yang telah membawa negara ini kearah nyang sangat baik dan menjanjikan kebahagian kepada setiap isi keluarga. Kerajaan telah berjaya membawa keluar negara ini dari dikatakan miskin dan tidak lama lagi akan menjadi negara maju dan kita sebenarnya sudah berada di ambang negara maju.

Kejayan negara dalam penyediaan  modal insan,  perindustian, perdagangan, pelancongan, sukan dan juga pelaburan amat baik. Apa yang menjadi masaalah sekarang ini adalah cerita-cerita jalanan yang sepatutnya difikirkan dahulu sebelum disampai tetapi banyak yang hanya menyampaikan cerita tanpa memikirkan terlebih dahulu. Sepatutnya tabiat mereka yang bijak adalah berfikir dahulu kalau mendapat sesuatu cerita sebelum disampaikan kepada orang lain. Akibatnya banyak cerita tidak benar dan bohong berkisar dalam masyarakat sekarang. Masyarakat seolah-olah lebih suka kepada cerita bohong dan suka kepada cerita sensasi  yang penuh dengan prasangka buruk. Selalunya apa yang benar yang disampaikan akan didengari tetapi apa cerita yang tidak benar yang dibawa melalui saluran tidak rasmi akan didengari dan dipercayai. Sekali lagi akibatnya adalah pembohongan berluas-luasa sekarang ini. Pembohongan telah diiktiraf sebagai satu kebenaran. Segala kebenaran telah diterima dengan kepalsuan. Tindak tanduk ini mengambarkan seolah-olah negara ini mepunyai rakyat yang tidak pandai. Modal insan yang dilahirkan tidak mempraktikan apa yang telah dipelajari. Negara akan mengalami masaalah besar pada masa akan datang jika tabiat ini tidak dibendong atau rakyat tidak mengambil sesuatu tindakan yang sepatutnya.

Cerita yang sebenarnya akan ditutupi dengan apa yang dikatakan ‘sebenarnya ini adalah cerita yang betul yang didapati dari kawan punya kawan punya adik beradik dan punya......”. Cerita atau maklumat ini akan disampaikan cara berbisik. Ini kerana maklumat berbisik lebih kemas cara penyampaian dan lebih berkesan. Itu sebabnya selalu maklumat ini akan disampai dari mulut ke mulut dalam bentuk perlahan-lahan tetapi berkesan. Apa yang disampaikan sebenarnya tidak betul, cerita sebenarnya adalah.......... Cerita ini lebih berkesan ini kalau di tokok tambah ‘adik beradik aku yang berkawan atau berkerja rapat dengan sipolan bercakap begini’. Apa lagi kalau berita ini seolah-olah ‘first hand news’. Berita pula disampaikan oleh kawan rapat atau mereka yang mempunyai kelulusan tinggi atau sedikit pandai. Berita menjadi bertambah sedap kalau yang menyampaikan ‘ini cerita sebenar’ adalah seorang yang agak alim atau kelihatan alim. Mereka yang selalunya menyampai ‘ini cerita benar’ selalunya berlagak alim. Kalau mereka alim sudah tentu semua yang disamping telah difikirkan terlebih dahulu.

Selalunya penyampai ‘ini cerita benar’ adalah mereka yang mempunyai tujuan sesuatu untuk memburukkan sesaorang atau tidak berfikir apa yang disampaikan. Mereka ini seolah-olah tidak mempunyai otak dan berminat untuk menyampaikan sesuatu yang tidak difikirkan. Kebanyakan cerita ini selalunya akan menceritakan aib orang lain yang tidak dilakukan. Cerita ini amat sukar untuk disanggah dan akan menjadi kepercayaan orang kerana penyampaian secara berbisik dan seolah-olah tidak perlu beritahu orang lain. Perbuatan ini amat dibenci oleh ugama tetapi kerap menjadi kesukaan orang tertentu yang suka dilihat alim atau berpengetahuan.

Kita perlu ingat, dalam masyarakat orang yang pandai atau dilihat pandai akan menjadi kepercayaan orang lain. Setiap kata-kata orang sebegini akan menjadi rujukan dan paling tidak mereka akan menjadikan kata-kata ini satu panduan hidup atau untuk menilai orang lain. Jika yang disampaikan sesuatu tidak benar apakah ini boleh diterima oleh ugama?. Apa yang salah tetap salah walaupun yang sampaikan sesuatu berita itu orang pandai atau alim. Setiap maklumat yang keluar dari mulut perlu ditapis dahulu. Ini bermakna sebelum sesuatu maklumat disampaikan siasat dahulu kebenaranya. Paling tidak fikir dahulu kebenarannya. Fikir juga baik buruk apa yang disampaikan dan kesan kepada masyarakat.

Masyarakat yang pandai perlu mempunyai minda yang bijak dan maju. Setiap yang disampaikan ada logiknya dan sudah tentu mempunyai bukti. Kita telah menerima  konsep setiap yang dipersalahkan tidak boleh dikata bersalah jika tidak dibuktikan kesalahanya. Mahkamah adalah tempat untuk membuktikan sesuatu pertuduhan benar atau tidak benar. Ada yang menyatakan ‘’kalau dia tidak melihat sendiri  sesuatu kejadian, dia tidak akan mempercayai perkara itu berlaku’. Ada juga yang menyatakan ‘selagi dia tidak melihat sendiri, mereka tidak akan mempecayainya’. Memang ada kebenaranya apa yang diperkatakan tetapi kita harus ingat tidak semua kejadian yang berlaku perlu dilihat sendiri baru terbukti kejadian telah berlaku. Mahkamah adalah bertugas untuk membuktikan sesuatua kejadian berlaku dengan bukti yang ditunjukan. Apabila bukti telah melepasi keraguan yang menasabah, maka hukuman boleh dijatuhkan samaada bersalah atau tidak bersalah. Ini barulah adil kerana kedua-dua pihak telah dapat membuktikan apa yang sepatutnya telah berlaku.

Berlainan pula apa yang telah berlaku dalam masyarakat. Setelah bukti ditunjukan masih lagi ada ‘ini cerita sebenarnya’. Hukuman dijatuhkan dengan cara berbisik dari mulut kemulut dan membawa ‘ini cerita sebenar’’yang kononnya dibawa oleh orang terdekat, saudara mara, orang yang bekerja dengan sesaorang atau ini datang dari mulut orang besar itu ini yang aku dengar sendiri. Lebih malang lagi jika cerita ini juga dibawa oleh orang yang berpengaruh. Cerita ini akan mudah mengalir tanpa sekatan. Sudah tentu orang biasa suka mendengar ‘ini cerita benar’ yang dibawa oleh orang besar. Sudah tentu cerita ini dapat dari orang berpengaruh dan boleh dijadikan cereita lebih panjang dan terus disampaikan.


Amat malang jika masyarakat kita tidak mahu mendengar maklumat dari saluran rasmi. Maklumat rasmi adalah maklumat yang sangat bertanggung jawap dan datang dari sumber yang telah dibuktikan kesahihanya. Berita ini sudah tentu rasmi dengan fakta dan datang dari orang yang telah diberi kuasa. Selalunya maklumat dari kementerian atau dari badan tertentu atau sesaorang yang telah diberi mandat. Seperti yang kita dengar pengumuman tarikh Hari Raya Puasa atau tarikh permulaan puasa. Pengumuman ini dibuat boleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja atas perkenaan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ini adalah pengumuman yang rasmi dan bertanggung jawap. Semua orang perlu percaya dan menerimanya tanpa ragu-ragu.

Cerita ‘ini cerita sebenar’ timbul apabila maklumat yang rasmi tidak dipercayaai. Ini kerana mereka tidak mahu mengiktiraf kewibawaan orang lain. Ada juga satu cara untuk mengatakan diri kita sahaja yang betul dengan menyalahkan orang lain. Kita buat sahaja tuduhan semua badan-badan rasmi tidak betul dengan mempertikaikan tindak tanduk mereka. Akhirnya rakyat mula meragui tugas sesuatu badan oleh itu segala maklumat atau arahan sesuatu organisasi tidak lagi depercayai. Kaedah ini akan menghalalan cerita ‘ini cerita sebenar’. Amat malang lagi cerita ini akan terus menerus didendangkan dengan cara bisikan. Bisikan seolah-oloah suara keramat yang perlu dpercayai. Cakapnya pun perlahan dan menusuk kalbu. Kalau ada pun ruangan untuk berbincang tetapi terlalu terhad. Bisikan selalunya dianggap seolah-olah betul.

Sebenarnya amat sukar untuk menyekat ‘ini cerita sebenarnya’. Pelanggan tetap sama malahan semakin menular. “Ini cerita sebenarnya’ akan diterima jika pendengar ada sikap iri hati, cemburu, ada dendam kesumat, ada perasaan tidak suka, ada perasaan ingin bertanding, ada perasaan hendak merebut tempat sesaorang dan ada perasaan semua orang tidak betul, dia sahaja yang betul.

Cerita ‘ini cerita sebenar’ amat seronok didengar kerana ianya selalunya negatif atau bertentangan dengan kejadian atau cerita sebenar. Masyaraakat amat suka dengan cerita sebenar atau lain dari yang telah diketahui melalui saluran rasmi. Cerita negatif yang tidak benar kan disampaikan dengan mudah. Kuasa yang sangat mudah dan berkesan adalah kaedah penyampaian dari mulut kemulut. Penyampaian ini amat sukar untuk didakwa di mahkamah. Cerita buatan sendiri tidak boleh direkodkan kerana datang dari perbuatan bisik-bisik. Jika pun mampu dibawa ke mahkamah, ada lagi cerita ‘ini cerita sebenar’ yang akan dicipta dari kes yang telah diputuskan. Amat sukar untuk menyekat lambakan ‘ini cerita sebenar’’.

Semua perkara yang berlaku dapat diselesaikan jika semua dari kita mempunyai sikap berfikir dahulu sebelum menyampaikannya kepada orang lain. Setiap dari kita perlu mempunyai prinsip hidup yang tegas dan mempunyai jati diri yang sekuat pokok jati. Apa sahaja cerita yang berlainan dari maklumat rasmi pelu dibuang jauh-jauh. Apa yang lebih penting jangan sampaikan cerita yang tidak benar berdasarkan penyampaian dari mulut ke mulut. Perbuatan ini tidak baik. Rujuklah maklumat ‘ini cerita sebenarnya’ kepada meweka yang lebih mengetahui. Lakukan siasatan jika perlu. Jika betul ini tidak benar janganlah dipercayai. Nasihatkan kepada pembawa ‘ini cerita sebenarnya’untuk tidak menyampaikan lagi ‘ini cerita sebenarnya’. Kita kena betul memikirkan cerita benar sahaja yang datang dari yang benar bukan datang dari ‘ini cerita sebenar’.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...