nuffnang ads

Sunday 7 October 2012

BERAKHIR PESTA MAKAN MALAM BERMULA PESTA MAKAN SIANG MALAM.



Puasa dalam pengertian biasa ialah perbuatan menahan diri daripada makan dan minum dengan sengaja (untuk maksud yang tertentu). Puasa ialah perbuatan menahan diri daripada makan dan minum diantara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dalam Islam). Berbuka puasa ialah makan atau minum pada hari puasa.Fardu puasa ialah puasa yang diwajibkan dalam bulan Ramndhan.Puasa sunat ialah puasa yang tidak diwajibkan (puasa enam dalam bulan Syawal).Bulan puasa ialah bulan Ramadan.Berpuasa ialah berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum dan melakukan ibadar puasa sunat dan wajib.Berbuka p[uasa ialah mengakhiri puasa dengan makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib.

Berakhirnya Ramadhan dan bermulanya sambutan Aidil Fitri.Lagu-lagu raya berkumandang 24 jam.Campuran lagu baru dan lagu lama sangat mengasyikan setiap pendengar.Lagu-lagu raya ini kalau dengar bukan musim hari raya tidahlah rasa terhibur atau menusuk kalbau tetapi apabila dengar pada musim perayaan sangat menusuk perasaan.Bermacam-macam kenaangan lalu akan mula difikirkan ditambah pula dengan ikepetahan bercakap deejay semua rangkaian radio.Sudah pasti semua akan terhibur.

Pada bulan puasa setiap orang muslim yang berkemampuan akan berpuasa pada waktu siang.Sudah tentu kalau yang maklan pada waktu siang orang akan menjadi pelik.Mereka yang tidak malu sahaja yang makan pada waktu siang.Kepada yang tidak mampu berpuasa atau berpenyakit akan makan dirumah sahaja.Ini adalah untuk menghormati bulan Ramadhan. Walaupun banyak kedai yang dibuka seperti biasa tetapi tetapi tidak ada orang Islam yang masuk kecuali untuk beli bungkus dan dimakan dirumah atau tempat tersorok sahaja.Apa yang pasti, berpuasa hanya waktu siang tetapi makanan seolah-olah berpesta pada bulan Ramadhan.Banyak masakan dan kueh mueh yang yang tidak didapati pada hari-hari biasa akan didapati pada bulan Ramadhan.Kita akan lihat pasar Ramadhan disetiap sudut bandar.Tidak boleh kelihatan tanah lapang pasti akan dianjurkan Pasar Ramdhan.Kalau di Medan Inonesia akan di panggil Ramdhan Fair.Semua masakan boleh dibeli dengan gharga berpatutan.Setiap yang berpuasa akan teragak hendak makan itu dan ini dan ingin minum itu dan pasti mudah didapati pada bulan Ramadhan.

Hotel juga tidak kurang membuat berbagai-bagai promosi masakan.Hotel Renaissance membuat promosi masakan Timur Tengah setiap tahun dengan membawa chief dari rantau berkenaan.Harga agak berpatutan dan berbagai-bagai masakan dihidangkan sampai tidak termakan. Belum bulan berpuasa lagi promosi makan buffet telah dianjurkan dan tidak kurang dengan berbagai tawaran istimewa.Banyak hotel yang menawarkan setiap pembilan 10 temapt akan diberi 1 tempat percuma. Tidak kurang juga tawaran dari berbagai restoran ala-Amerika dan juga masakan tempatan.Bulan Ramadhan adalah bulan makan.Kerajaan negeri juga menganjurkan jamuan berbuka puasa hampir setiap malam.YAB Ketua Menteri sangat sibok semasa bulan Ramadhan.Tidak cukup dengan majlis berbuka puasa, YAB Ketua Menteri Melaka juga dijemput untuk majlis makan sahur pula.Rumah rasmi YAB Ketuia Menteri juga menganjurkan majlis berbuka puasa sepanjang Ramadhan untuk setiap lapisan masyarakat.

Menjelang syawal bermakna umat Islam akan menyambut hari raya diseluruh dunia. Bagaimana sambutan dibuat bergantung kepada corak dan traditional serta ada resam sesuatu bangsa. Sudah tentu sambutan orang Malaysia diwarisi turun temurun dan ada juga sedikit perubahan kepada pendekatan moden tetapi tidak mengurangkan kemeriahan menyambut hari raya bersesuaian dengan falsafah sambutan. Pada rakyat Malaysia hari raya adalah hari bermaaf-maafan dan kunjung mengunjung. Sepanjang syawal banyak saudara mara dan sahabat handai perlu dikunjungi. Selain bertanya kabar ini perlu dilakukan untuk bermaaf-maafan. Sudah menjadi tradisi yang muda akan mengunjungi yang tua. Kepada mereka yang duduk berjauhan, hari raya adalah hari untuk  berdekatan dengan sanak saudara dengan tradisi balik kampung. Tidak ramai orang Malaysia yang suka beraya diperantauan kecuali terpaksa. Kerap kali mereka akan menyimpan wang dan mengumpul cuti untuk balik ke kampung halaman. Balik kampung adalah satu kemestian. Kepada yang berada diperantauan adalah menjadi kesedihan jika tidak dapat bersama ibubapa dan sanak keluarga. Ini trend tradisi dan telah menjadi amalan turun temurun.

Menyediakan kuih raya sudah menjadi kemestian, sejak awal ramadhan senarai kuih yang ingin dijual sudah diedarkan. Banyak juga peniaga atau agen peniaga akan mengedarkan sampel untuk dirasa. Menjelang hari raya dengan cara tidak disedari banyak yang akan menjadi agen pengedar kuih raya. Trend membeli kuih raya ini merupakan trend terbaru. Kalau dulu semua kuih raya akan dibuat sendiri. Sudah tentu persediaan ini lebih awal. Bukan mudah untuk membuat kuih sendiri lebih-lebih lagi kuih tradisi seperti dodol, wajik dan sagon. Sekarang semuanya menjadi mudah semua kuih muih boleh dibeli. Apa yang perlu disediakan duit sahaja. Ini adalah kerana ekonomi negara ini semakin baik. Semua suri rumah tangga sudah mempunyai karier atau bekerja. Mereka sudah tidak mempunyai banyak masa untuk membuat kuih. Bukan sahaja tidak mempunyai masa membuat kuih untuk hari raya, mereka juga tidak mempunyai banyak masa untuk membuat kuih untuk juadah berbuka puasa. Itu sebab pasar ramadhan menjadi sangat popular dan berada disetiap simpang jalan. Tabiat membeli semua keperluan makanan adalah trend sesuatu negara yang mempunyai ekonomi yang baik. Awal tahun 60an dan 70an tidak banyak pasar ramadhan dan kuih raya dibuat sendiri. Malahan ketika itu kalau kuih dibuat sendiri merupakan satu kebanggaan. Sekarang ini trend membeli kuih pula satu kebanggaan kerana banyak dari rakyat Malaysia mempunyai cukup wang. Adalah merupakan satu kehairanan pula jika kuih raya dibuat sendiri. Perbualan samaada kuih dibeli atau dibuat sendiri sudah tidak kedengaran lagi. Semua orang saling memahami dengan kesibukan dan jalan penyelesaian adalah dengan membeli kuih muih sahaja. Ada yang menyatakan tidak ekonomi untuk membuat kuih sendiri. Kuih yang dibeli lebih murah dari buat sendiri. Mereka yang membuat sendiri kuih raya hanyalah untuk mendapat sedikit kepuasan. Walaubagaimana pun trend membeli kuih ini telah menjadikan banyak yang berkebolehan menjadi penjual atau agen kuih bermusim. Kepada mereka yang kreatif dari segi masakan bulan ramadhan dan bulan syawal adalah bulan mereka membuat duit. Ada yang akan mengambil cuti tanpa gaji pada bulan syawal hanya untuk membuat kuih jualan. Sekali lagi kuih akan laku kalau ramai yang ingin membelinya. Sudah tentu ini memerlukan taraf ekonomi yang tinggi untuk rakyat membeli. Sangat beruntung rakyat negara ini. Semua boleh dibeli sahaja kerana banyak yang sudah berkemampuan.

Hari raya juga adalah hari untuk memberi sesuatu kepada sesaorang atau pelawat atau sanak saudara. Trend memberi duit raya memang telah lama diamalkan. Apa yang berubah adalah dari segi jumlahnya sahaja. Kalau dahulu duit syiling sudah mencukupi, sekarang ini pemberian duit syiling telah dilupakan. Jumlah pemberian juga bergantung kepada taraf hidup dan pendapatan sesaorang. Setiap pemberian ini telah dirancang lebih awal. Sekarang ini pemberian duit raya memerlukan sampul duit mengikut cara orang Cina menggunakan sampul merah atau 'ang pow'. Untuk sambutan hari raya sampul duit boleh berbagai warna. Sekarang ini bank juga menyediakan sampul duit untuk hari raya dan menyediakan wang kertas baru untuk pemberian hari raya. Anak-anak kecil telah mula berkira-kira berapakah jumlah yang dapat mereka kumpul apabila hari raya. Ada yang datang kerumah terutama anak-anak kecil hanya mahu mengutip duit raya. Kalau disuruh makan atau minum, mereka agak liat dan menunggu pemberian duit raya sahaja.

Pemberian duit raya sekarang ini amat penting dan setiap yang berjaya sudah tentu akan memberi sejumlah duit raya yang banyak dan ini sangat ditunggu-tunggu oleh sanak saudara terdekat. Kadang-kadang jumlah pemberian bukanlah sesuatu yang penting tetapi ingatan dengan pemberian itu sangat penting. Banyak yang mengatakan tidak guna bekerja kuat sepanjang tahun jika tidak dapat memberi dihari raya. Kalau dulu pemberian duit raya tidaklah sangat penting tetapi sekarang ini pemberian duit raya seolah-olah satu kemestian. Ini juga kerana ekonomi negara sangat baik dan membolehkan banyak dari rakyat negara ini mampu untuk berbuat demikan.

Berkunjung kerumah saudara mara dan sahabat handai adalah sesuatu yang penting di hari raya. Kerap kali kunjungan ini dipanggil berjalan raya atau beraya atau berhari raya. Kunjungan kerap dilakukan kepada sanak saudara terdekat dan saudara yang lebih tua pada awal pagi syawal. Sudah menjadi trend di Melaka mengunjungi sanak saudara terdekat yang lebih tua dibuat seawal subuh di pagi syawal sebelum pergi sembahyang hari raya. Kadang-kadang agak pelik, trend ini hanya dilakukan oleh orang Melaka sahaja. Kepada mereka kunjung mengunjung diawal pagi ini amat penting untuk menunjukan pentingnya saudara mara dan penghormatan kepada mereka yang lebih tua. Kepada mereka yang muda selalunya bermaaf-maafan akan bermula seawal jam 7 pagi dan sebaik-baiknya sebelum sembahyang sunat aidil fitri. Kunjung mengunjung rumah saudara dan jiran terdekat juga bermula awal pagi. Ramai yang tidak menjamu selera ketika ini.  Keadaan kerap tergesa-gesa kerana setiap rumah saudara mara terdekat perlu dikunjungi dalam tempoh yang singkat. Inilah amalan kampung yang sangat dibanggakan dan sangat ditunggu-tunggu.

Tradisi berjalan dan kunjung mengunjung ini akan diteruskan lagi sepanjang syawal. Kalau dulu pergi sahaja rumah kawan-kawan dan kenalan tidak kira waktu. Sekarang ini trend rumah terbuka sudah menjadi kebiasaan. Kalau dahulu mereka yang berada dan sibuk sahaja mengadakan rumah terbuka. Ini adalah untuk memastikan makanan telah disediakan dan tuan rumah dapat berada dirumah ketika itu. Untuk orang besar-besar Negeri Melaka, jadual rumah terbuka telah diatur lebih awal terutama ahli politik atau wakil rakyat. Ini adalah waktu yang diluangkan oleh wakil rakyat untuk bersama rakyat walaupun rumah mereka terbuka sepanjang tahun. Kelihatan rakyat akan datang berduyun-duyun untuk berjumpa pemimpin kesayangan mereka. Pada masa itu rakyat akan menikmati berbagai juadah yang disediakan disamping anak-anak akan diberi duit raya. Selalunya rumah terbuka ini tidak kira siang atau malam. Kadang-kadang sampai 5 buah rumah terbuka akan dilawati oleh rakyat. Apa yang jelas semangat kunjung mengunjung dan berjalan raya sangat penting dalam sambutan hari raya.

Memperkatakan rumah terbuka di hari raya ini sangat mengembirakan. Selama 29 hari berpuasa, sambutan hari raya dengan rumah terbuka selama 28 hari tidak kira siang dan malam. Selama 28 hari bermula dari hari raya pertama sampai melebihi bulan syawal rumah terbuka masih lagi dianjurkan. Walaupun bulan Syawal sudah berakhir, masih lagi kad jemputan rumah terbuka menggunakan perkataan sambutan hari raya Aidilfitri. Taraf hidup sudah semakin hebat. Kalau dahulu rumah terbuka untuk orang-orang senang dan sibok sahaja. Mereka tidak mempunyai banyak masa. Oleh itu mereka memperuntukan satu hari untuk melayan tetamu dan juga menjamu tetamu. Sekarang ini rumah terbuka sudah digunakan secara meluas. Apa yang tidak baik, jika tiada rumah terbuka mereka tidak mahu berkunjung ke rumah. Pada hal hari raya adalah hari meraikan tetamu dan bermaaf-maafan dan seterusnya menjamu selera. Rumah terbuka selama satu bulan.

Konsep rumah terbuka yang diamalkan sekarang ini sangat baik. Paling tidak mereka yang ingin ditemui ada dirumah ketika itu. Tidaklah kecewa kalau berkunjung kerumah sesaorang terutama orang besar, mereka tidak ada dirumah selalu kerana tugas. Itulah kebaikan rumah terbuka dan yang paling bagus, tuan rumah dapat bersedia dengan hidangan yang sedap-sedap lagi enak. Rumah terbuka bukan sahaja anjuran orang persaorangan sahaja sekarang tetapi rumah terbuka juga telah dianjurkan oleh jabatan, setesen minyak, bank, NGO dan juga restoran. Mereka ini ingin meraikan tetamu yang terdiri dari pelanggan mereka. Mereka seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan. Rumah terbuka adalah cara terbaik untuk mengatakan ucapan terima kasih dengan hidangan yang enak.Lama kelaman pengajuran rumah terbuka akan menjadi tradisi masyarakat. Ini adalah sesuatu yang baik.

Kepada ahli politik terutama wakil rakyat tidak kira yang mempunyai jawatan atau tidak akan menganjurkan rumah terbuka. Ini adalah satu kemestian dan mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan juga satu kemestian. Kemestian dalam hal ini adalah sangat penting untuk dianjurkan atau dihadiri. Penganjuran rumah terbuka oleh ahli politik adalah untuk menyatakan perasaan terima kasih kepada rakyat yang telah membantu setiap wakil rakyat dalam membangunkan kawasan mereka. Wakil rakyat juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang selama ini membantu wakil rakyat dalam apa bentuk sekali pun. Kerap dapat dilihat, setiap kali rumah terbuka anjuran wakil rakyat akan menjadi tumpuan. Rakyat sudah tahu dan pasti makanan lazat akan disediakan. Kerap kali anak-anak akan mendapat sedikit pemberian duit raya. Berbagai juadah disediakan oleh wakil rakyat untuk rakyat. Kalau wakil rakyat tidak menganjurkan rumah terbuka akan terasa sedikit janggal. Lihat sahaja rumah terbuka Tuan Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Ketua Menteri, puluhan ribu rakyat yang hadir. Mereka bukan sangat hendak makan tetapi ingin menatap sendiri wajah pemimpin mereka. Paling tidak setahun sekali mereka boleh berjabat tangan dengan pemimpin yang selama ini dapat mereka lihat dari surat khabar atau media massa sahaja. Makanan yang disediakan juga sangat hebat pada hari itu. Rakyat sangat gembira dapat menikmati juadah dari pemimpin hebat di negeri Melaka.

Pada awal Syawal, jemputan rumah terbuka sangat banyak. Kalau hendak diikutkan jemputan sudah tentu dapat menjamu selera dari pagi sampai ke tengah malam. Juadah yang disediakan juga sangat hebat. Ini bergantong kepada siapa yang membuat rumah terbuka. Jemputan akan berterusan sehingga akhir Syawal dan kerap kali apabila menghampiri hujung Syawal. Jemputan rumah terbuka semakin banyak. Ini kerana mereka inginkan keberkatan Syawal. Walaupun begitu tidak kurang juga yang mengajurkan jamuan Aidilfitri di hujung atau melepasi sedikit bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak mendapat tarikh yang sesuai di bulan Syawal disebabkan kesibokan kawan-kawan. Kemeriahan rumah terbuka sama sahaja. Sudah tentu pengunjung akan datang bersama keluarga dan memakai pakaian berhari raya. Sekarang ini hiburan untuk tetamu juga telah diadakan. Tidak kurang penganjuran karaoke dan muzik secara life. Ada juga penganjor yang memanggil penyanyi terkenal untuk meraikan rumah terbuka mereka.

Banyak juga rumah terbuka yang akan menyediakan hamper dan juga cabutan nombor bertuah. Penganjuran ini suka-suka sahaja untuk memeriahkan suasana. Ada juga penganjor yang akan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan pada hari raya. Kalau ada sambutan bertuah ramai yang menunggu sampai keakhir majlis. Jika tidak disediakan cabutan bertuah, mereka akan datang sekeluarga untuk makan dan akan pergi kerumah terbuka yang lain. Kalau dilihat dari segi makanan, tidak ada banyak perbezaan antara satu rumah terbuka ke satu rumah terbuka yang lain. Kerap kali akan disediakan makanan tradisi dan juga kueh-kueh moden. Untuk rumah terbuka yang agak besar akan diadakan konsep gerai. Semua makanan disediakan oleh pengusaha sendiri dan kerap kali kalau makanan yang bermasak akan dihidang panas. Ini menambahkan lagi kelazatan makanan. Minuman cendol sebagai pembasuh mulut dan sateh sebagai tarikan pengunjung akan menjadi tumpuan utama. Sateh adalah hidangan yang akan menjadi daya tarikan. Setiap pengunjung sudah pasti ingin makan sateh yang mana sateh pada satu masa dahulu adalah makanan yang agak mahal. Pengunjung akan mengambil peluang untuk memakan sateh sebanyak mungkin.

Selama sebulan rumah terbuka dianjurkan tidak kira dibandar dan juga dikampong. Oleh kerana jemputan yang terlalu banyak, setiap kunjungan perlu diatur sebaik mungkin. Kalau boleh ingin menghadiri setiap rumah terbuka yang dianjurkan tetapi banyak juga tidak dapat dihadiri kerana pada masa yang sama ada pengunjung yang ingin ditemui. Banyak rumah terbuka dianjurkan serentak terutama dihujung minggu dan diwaktu malam. Semasa menghadiri rumah terbuka perlu makan sedikit sahaja. Ini perlu dilakukan untuk membolehkan makan disemua rumah terbuka. Tuan rumah atau kawan-kawan akan ambil hati kalau tidak makan dirumah terbuka mereka.

Penganjuran rumah terbuka sangat baik. Ini membolehkan kita dapat bertemu seramai mana kawan-kawan dengan persediaan yang rapi. Penganjuran rumah terbuka untuk orang yang sibok dan berada telah mampu dianjurkan oleh semua golongan masyarakat. Makanan yang disediakan juga sangat enak. Ini menunjukan masyarakat kita adalah terdiri dari masyarakat yang senang. Kemampuan menganjurkan rumah terbuka menunjukan kejayaan masyarakat dari segi ekonomi. Selain majlis perkahwinan yang telah menggunakan konsep buffet, rumah terbuka hari raya juga telah menggunakan konsep buffet juga. Banyak kawan-kawan berkata kalau sudah rumah terbuka semua..siapa yang larat dan apa nak jadi kepada kita?.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...