nuffnang ads

Friday 19 October 2012

JADILAH ORANG KAYA TIDAK PERLU TERIMA BANTUAN.



Selalunya apabila disebut sahaja perlu membuat pembayaran atau sesuatu perkhidmatan itu berbayar, cepat sesaorang akan mengatakan mereka tidak mampu membayar kerana miskin. Jika disebut sahaja bantuan akan diberikan, cepat-cepat ada yang mengatakan dia patut menerima bantuan kerana miskin. Ada yang akan mengaku, mereka sangat layak menerima itu dan ini kerana mereka miskin. Sikap begini seolah-olah mereka sangat bangga menjadi miskin. Sepatutnya setiap individu merasa sedikit malu untuk mengaku miskin. Ini kerana telah menjadi amalan, tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah. Kenapa kita bangga jika tangan kita berada disebelah bawah?.

Miskin bermakna tidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barang-barang keperluan hidup), melarat, papa. Kemiskinan perihal kiskin, kekurangan dan kepapaan. Memiskinkan menjadi miskin. Pemiskinan perbuatan menjadi miskin.

Kalau dulu ramai yang mengaku miskin kerana ingin mendapatkan bantuan buku teks. Ramai juga yang mengaku miskin untuk mendapat rancangan makanan tambahan atau mengaku miskin kerana ingin mendapatkan vaucher tusyen. Ramai yang merasa bangga kerana miskin untuk mendapat berbagai bantuan. Sikap begini bukan sahaja pada ibubapa tetapi diteruskan oleh anak-anak yang merasa bangga menjadi miskin kerana ingin mendapat berbagai bantuan. Apa yang menghairankan kalau kita lihat dari gaya hidup, tidak pula nampak macam orang miskin.

Sejak tahun 2006, melalui Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka, sebanyak 1,794 orang telah menerima bantuan kerajaan dengan nilai bantuan RM 16,935,420. Pada tahun 2009 Tabung Amanah Kebajikan Melaka telah berbelanja RM 9,915,136.00 untuk 902 kes yang melibatkan bantuan alat tiruan untuk orang cacat dan pelbagai bantuan kemanusiaan. Bilangan ibu tunggal yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2006 berjumlah 1,277 orang, tahun 2007 seramai 1,615 orang pada tahun 2008 seramai 1,923 dan tahun 2009 seramai 2,029 orang. Bantuan yang diberikan adalah menunjukan Negeri Melaka sentiasa menjuarai pembelaan untuk rakyat keluar dari kemiskinan. Negeri Melaka juga menjuarai membantu warga tua dan anak yatim dengan membiayai 13 rumah anak yatim dan orang tua. Pada tahun 2007 sebanyak 569 orang, pada tahun 2008 pula seramai  533 orang  dan tahun 2009 seramai 796 penghuni rumah anak yatim dan rumah orang tua telah dibantu melalui kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM) dan Badan Bukan Kerajaan. Bantuan yang telah disalorkan amat bermakna kepada golongan rakyat yang memerlukan.

Kerajaan amat perihatin dengan keadaan rumah mereka yang dikatakan miskin. Pada tahun 2007 seramai 145 bilangan penerima telah dibina rumah baru dengan nilai  RM 1,987,000 dan 393 bilangan penerima telah diberi bantuan baik pulih rumah dengan nilai 3,253,000. Ini bermakna pada tahun 2007 Tabung Amanah Kebajikan Melaka telah membelanjalkan RM 5,240,00 untuk 543 bilangan penerima. Pada tahun 2008, bantuan ini telah meningkat dengan 165 bilangan penerima rumah baru dengan nilai RM 2,559,000 dan 646 bilangan penerima dengan nilai RM 5,000,500 yang membawa jumlah RM 7,559,500 untuk 811 bilangan penerima. Pada tahun 2009 pula, 159 bilangan penerima dengan jumlah RM 2,703,000 untuk 159 bilangan penerima untuk rumah baru dan 855 bilangan penerima bernilai RM 5,570,000 untuk baik pulih. Ini menjadikan pebelanjaan bernilai RM 9,273,000 untuk 1,014 bilangan penerima. Untuk tahun 2007 hingga 2009 sebanyak RM 22,072,500 telah dibelanjakan untuk 469 rumah baru dan 1,899 untuk baik pulih. Ini dilakukan supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan dapat memberi pendidikan kepada anak-anak.

Penjagaan warga tua dan anak-anak yatim tidak pernah dilupakan. Jabatan Agama Islam dan Badan Bukan Kerajaan telah membiayai 13 rumah warga tuia dan anak yatim di negeri Melaka. Rumah-rumah tersebut adalah Rumah Anak Yatim/Miskin Al-Nuriah, Paya Rumput Jaya, Sg Udang, Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Pernu, Rumah Anak Yatim Islam, Daerah Jasin Pekan Jasin, Sri Ramakrishna Ashram, Tengkera, Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih, Bemban, Rumah Seri Kenangan, Cheng, Rumah Warga Tua Darus Saadah, Ayer Pa’abas, Rumah Warga Tua Nur Ehsan, Sungai Rambai, Rumah Warga Tua Sukarela, Bukit Baru, Rumah Orang Tua Machap, Rumah Orang Tua, Lendu, Salvation Army Hopehaven, Banda Hilir, Rumah Anak Yatim Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Pantai Puteri dan Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah, Bukit Katil. Seramai 451 lelaki dan 345 perempuan telah mendiami semua rumah-rumah yang btelah disebutkan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga tidak kurang membantu gulongan miskin. Sebanyak 4 institusi anak yatim telah disediakan di neheri Melaka iaitu Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, Durian Tunggal, Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Asrama Bukit Baru Melaka dan Rumah Remaja Harapan Lesong Batu. Pada tahu 2009 seramai 124 lelaki dan 66 perempuan telah mendiami semua institusi tersebut.

Keperihatinan kerajaan untuk membantu gulongan miskin perlu di ambil secrara positif. Kerajaan sebenarnya tidak mahu rakyatnya hidup dalam kesusahan. Kalau boleh kerajaan mahu mengecilkan jumlah yang perlu diberi bantuan dan kalau boleh jumlah yang miskin ini terlalu sedikit. Iaitu gulongan yang tidak dapat dielakan kerana cacat. Adanya bnatuan ini sebernya untuk memngurangkan bebanan kemiskinan yang ditanggung. Setiap dari yang menerima bantuan perlu memikirkan bantuan ini hanya sementara dan tidak selama-lamanya. Perlu ada cita-cita untuk tidak meneruskan penerimaan bantuan. Sikap yang baik adalah untuk bekerja kuat supaya tidak lagi dikategori miskin untuk menerima bantuan.

Budaya hidup untuk mencari kerja dan menjadi sibuk setiap masa perlu dijadikan amalan kehidupan. Kalau satu pekerjaan tidak mencukupi, perlu dibuat dua kerja. Pada waktu siang bekerja di jabatan tertentu dan pada waktu malam berniaga kecil-kecilan. Kepada yang berbakat seni, pada waktu siang mungkin makan gaji dan malam boleh menjadi penghibur. Kalau siang berkerja di jabatan tertentu, pada waktu malam mungkin boleh bekkerja di setesen minyak. Ini perlu dilakukan supaya kita tidak meminta bantuan dari pihak yang lain. Kita perlu mempunyai sikap tidak mahu menerima bantuan  selagi kita mampu bekerja. Bantuan adalah penyelesaian terakhir.

Kepada mereka yang tidak bekerja perlu tidak memilih pekerjaan. Pada masa sekarang seramai 3 juta pekerja asing di negara kita. Sudah tentu negara kita banyak mempunyai pekerjaan. Malangnya ramai yang memilih kerja dan mengikut minat atau kelulusan yang mereka miliki. Kerja pilihan sudah tentu ingin mendapat pekerjaan dengan kerajaan yang dikatakan berjawatan tetap dan memperolehi banyak kemudahan. Sikap memilih pekerjaan adalah tidak bersesuaian untuk zaman ini. Buat sahaja pekerjaan yang ada di hadapan mata dan baiki sedikit demi sedikit pada masa hadapan. Tidak dinafikan bekerja dengan kerajaan agak terjamin tetapi kepada yang bercita-cita tinggi, bekerja dengan kerajaan bukanlah satu profesion yang menjanjikan kekayaan. Setakat boleh hidup dan tidak susah itu sahaja yang ada untuk yang bekerja dengan kerajaan. Kepada yang tidak bercita-cita besar untuk masa hadapan, memang sesuai bekerja menjadi anggota kerja kerajaan.

Satu lagi yang amat ketara sekarang, tidak ramai yang menghargai pemberian atau bantuan dari kerajaan walaupun kerajaan telah memberikan segala-galanya.Kepada mereka pemberian dari kerjaan tidak perlu diucapkan ribuan terima kasih kerana ini tanggung jawap kerajaan. Banyak yang tidak memberi ucapan terima kaseh pemberian dari kerajaan dengan berbagai alasan. Mereka beranggapan setiap pemberian atau bantuan adalah kerja kerajaan dan mereka menerima sebagai satu hak. Itu sebab setiap bantuan hanya akan diiringi dengan ucapan atau unggapan tidak puas hati itu dan ini. Mereka menyatakan tidak cukup itu dan ini. Perkataan terima kaseh dan kesyukuran hilang yang timbul rungutan dan ketidakpuasan  hati. Ini adalah sikap setengah penerima yang tidak baik. Walaupun tanggungjawap kerajaan menyediakan berbagai kemudahan dan bantuan tetapi ini timbul dari rasa tanggung jawap pemimpin. Banyak terjadi di negara tertentu, memang pemberian adalah tanggung jawap pemimpin atau pentadbir tetapi jika tidak disalurkan dengan betul atau tidak diberikan. Apa yang boleh kita katakan?.

Agak sukar diterima setiap pemberian diakhiri dengan ucapan ketidakpuasan hati. Jika kita mengatakan hak kita, jika kita pernah memberi sumbangan dalam bentuk cukai kepada kerajaan.  Kata-kata yang pernah diungkapkan “Jika kita pembayar cukai yang baik, bolehlah minta itu dan ini”. Macam juga kita pembayar cukai pintu dan hasil tanah. Bolehlah kita tuntut pungutan sampah mesti cekap dan mengikut jadual. Jika kita duduk di taman perumahan dan membayar bayaran perkhidmatan untuk keselamatan, bolehlah pengawal bertugas dengan baik dan merungut jika perkhidmatan tidak sampai kepada paras yang dikehendaki. Ini baru betul, tapi kalau cukai pun tidak pernah bayar, macam mana nak tuntut itu dan ini. Ini adalah tidak logik sebenarnya. Untuk itu, jika kita menerima, ucapkan sahaja terima kaseh atas pemberian yang amat bermakna.

Kejayaan dalam kehidupan juga sangat bergantung kepada bantuan yang berjaya kita berikan kepada masyarakat sekeliling. Tidak guna jika kita berjaya dalam kehidupan jika kita tidak berupaya membantu orang lain yang memerlukan. Pertolongan boleh jadi dalam bentuk wang ringgit tetapi boleh jadi juga dalam segala bentuk bantuan dalam segala aspek kehidupan. Jika memegang jawatan yang besar mungkin kita boleh membantu mendapatkan pekerjaan kepada yang meminta bantuan. Jika kita orang yang sangat berpengaruh mungkin boleh mendapatkan tempat belajar dan kalau kita lihat bermacam-macam bentuk pertolongan yang boleh kita berikan. Apa yang penting kita seharusnya mempunyai sikap ingin memberi pertolongan walau dalam bentuk apa sekali pun. Jika kita kurang berpengaruh, mungkin bantuan dalam bentuk kecil juga sangat diharapkan tetapi besar maknanya kepada mereka.

Cita-cita ingin keluar dari kemiskinan dan seterusnya menjadi kaya perlu ada dalam setiap individu. Ini adalah sesuatu yang sangat baik dan perlu disemai kedalam diri anak-anak kita sejak awal umur lagi. Budaya membantu orang lain setelah menjadi kaya perlu menjadi amalan rakyat negara maju sehingga membawa kemajuan kepada negara. Bersesuaian dengan status negeri maju yang kita diami sekarang, sikap keinginan untuk menghulurkan tangan ingin membantu perlu menjadi keutamaan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...