nuffnang ads

Thursday 25 October 2012

MENYUMBANG KEPADA MASYARAKAT ITU SANGAT PERLU.



Kesenangan adalah sesuatu yang sangat diinginkan atau dicita-citakan oleh setiap individu yang hidup didalam dunia. Tahap kesenangan adalah bergantung kepada sesaorang dan sangat “relative”. Tahap kesenangan juga sentiasa berubah kepada pencapaian dan kesenangan jarang membuat sesaorang itu berpuas hati dalam kehidupan. Ini mungkin sifat manusia dan ini juga menyebabkan kita sentiasa bercita-cita. Sejak kecil kita telah didik atau pengaruh persekitaran untuk kita memiliki sesuatu apabila bila besar nanti. Keinginan ini akan berubah dan sentiasa berubah bergantung kepada prestasi dan keadaan masa itu. Banyak orang telah sampai cita-cita yang diingini tetapi masih lagi dalam pencarian. Walaupun begitu tidak kurang juga yang telah berpuas hati dalam kehidupan dan sudah sampai masanya untuk membantu anak-anak, saudara-mara dan adik beradik.

Memang amat menyeronokan apabila telah dapat apa yang kita cita-citakan (cita-cita tercapai). Ada juga leka dengan kesenangan yang telah dicapai dan sentiasa memikirkan hal diri sendiri dan keluarga mereka sahaja. Mungkin ini yang mereka ingini tetapi “Apakah ini sikap yang baik?”. Banyak yang telah berjaya hanya menumpukan kepada diri sendiri. sahaja Apabila balik sahaja dari pejabat, mereka hanya duduk dirumah melayan keluarga (memang ini sesuatu yang baik). Pada hujung minggu duduk dirumah, pergi membeli belah bersama keluarga atau balik kampung atau berhibur disana sini. Tidaklah diketahui samaada sikap ini baik atau tidak. Kalau kita bertanya kepada sesaorang, mungkin jawapan mereka akan berbeza. Paling tidak kita boleh memikirkan “Apakah mencukupi setelah kita menikmati sesuatu yang kita cita-citakan dengan kemudahan yang ada atau telah disediakan dan kita menyatakan ini pencapaian kita dan lain-lain tidak penting?.

Kenikmatan dan kejayaan yang kita nikmati perlu dipulangkan balik kepada masyarakat dengan berbagai cara. Jika kita tidak mampu dengan wang ringgit atau harta benda kita boleh menyumbang dari segi tenaga dan daya usaha. Sumbangan wang ringgit amat besar kepada masyarakat. Kita lihat berbagai program atau badan yang memerlukan sumbangan untuk sesuatu tujuan. Kita tidak boleh berharap kepada ahli-ahli politik, syarikat swasta, usahawan dan badan bukan kerajaan (NGO) sahaja. Sumbangan dari mereka yang berjaya sebagai individu juga penting. Sumbangan tidaklah perlu banyak tetapi kalau dikumpul dari ramai yang ingin menyumbang sumbangan akan menjadi banyak. Ini akan lebih menjayakan sesuatu program tanpa menunggu sumbangan/bayaran dari kerajaan sahaja.

Aktiviti gotong royong adalah suatu agenda besar Negeri Melaka untuk melihatkan negeri ini bersih ditambah pula penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Wabak ini akan dapat dikawal atau dihapuskan dengan persekitaran yang bersih. Aktiviti ini kerap diadakan di Negeri Melaka malahan amat digalakan dianjurkan setiap hujung minggu. Sudah menjadi lumrah apabila sahaja ada majlis gotong royong, mereka akan mula bertanya samaada ada “T shirt”, topi, nasi lemak atau teh tarik yang disediakan. Penganjur menjadi kelam kabut untuk menyediakan kemudahan ini. Penganjur takut kalau ini tidak disediakan, tidak ramai orang yang akan keluar membantu. Apa lagi, keraplah Wakil Rakyat menjadi tumpuan. Selalunya ini tidak menghampakan kerana Wakil Rakyat amat memahami kehendak rakyat. Apa kata kalau kita tidak bergantung semata-mata kepada derma orang luar. Kita sendiri yang hadir ke majlis gotong royong dengan membawa sedikit makanan. Nama pun majlis ini gotong royong. Kita bawa seorang sedikit untuk dimakan bersama-sama. Ada yang bawa makanan tidak kira apa sahaja, ada yang bawa minuman tidak kira jenama apa dan ada yang menderma topi atau  “T shirt” (jika perlu selalunya tidak perlu). Ini menampakan keikhlasan kita menghadiri gotong royong.

Kita juga perlu banyak menghadiri aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, program keibubapaan, lawatan masyarakat, sukan rakyat atau apa sahaja aktiviti anjuran apa sahaja badan /kesatuan setempat. Mungkin ada yang merasakan mereka tidak perlu untuk hadir kerana tahap kejayaan atau pembelajaran mereka yang telah tinggi. Sebenarnya apa yang penting adalah keterlibatan kita kepada aktiviti masyarakat. Mungkin kehadiran kita yang terpelajar atau yang telah berjaya dalam kehidupan ini akan memberi motivasi kepada orang lain. Masyarakat akan memandang tinggi jika sesaorang yang terpelajar atau telah berjaya dalam hidup sangup bersama mengikuti aktiviti masyarakat. Kehadiran juga mungkin akan memberi pengalaman baru dan apa yang kita ketahui melalui ceramah. Motivasi ala-kedesaan ini amat bermakna dalam aktiviti mempertingkatkan nilai masyarakat desa mungkin juga memberikan pengalaman baru kepada masyarakat.

Sikap mendamping masyarakat amat penting kepada mereka yang telah berjaya. Hanya dengan kaedah ini kita dapat menyumbang kemahiran atau kepakaran yang kita miliki. Sikap bercampur dengan kawan-kawan yang telah berjaya seperti kita juga tidak baik. Paling tidak dengan percampuran yang tidak mengira pangkat atau kedudukan akan membolehkan kita memahami kehendak masyarakat setempat. Banyak yang kita dengar kesibukan menyebabkan kita tidak berupaya untuk aktif dalam masyarakat walaupun jawatan tidak setinggi mana. (kononya). Walau sesibuk mana kita pun aktiviti kemasyarakaytanm dan bercampur dengan masyarakat amat penting. Jika kita duduk didalam taman perumahan, kita patut aktif dalam Persatuan Badan Kebajikan. Jika anak kita bersekolah disekitar tempat tinggal. Kita perlu aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  jika kita tinggal dalam kampung kita perlu aktif untuk Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Banyak yang boleh disumbangkan jika kita menyedari aktiviti ini amat penting sebagai ahli dalam masyarakat.

Sesuatu yang perlu kita sensitif adalah mendaftar diri sebagai pengundi. Kita jangan asyik leka dengan kerja atau kesibukan dan lupa untuk menjadi pengundi. Apabila telah mencapai umur 21 tahun kita perlu mendaftar diri sebagai pengundi yang sah. Ini adalah tanggung jawap kita sebagai rakyat dalam negara demokrasi. Kita juga perlu daftarkan anak-anak kita yang telah mencapai umur tersebut dan jika kita sebagai ketua jabatan, kita juga perlu pastikan kesemua mereka mendaftar sebagai pengundi. Sebagai pengundi kita mempunyai hak untuk menentukan siapa yang patut memerintah negara ini dan siapa sepatutnya menjadi pemimpin kita. Adalah amat merugikan kita, jika kita telah diberi hak tetapi kita tidak menggunakannya. Jika kita ingin terus berbakti, kita juga harap pastikan anak-anak jiran, anak-anak sahabat dan anak-anak saudara mara kita juga telah mendaftar sebagai pengundi. Bukan sesuatu yang sukar untuk mendaftar sebagai pengundi, hanya yang perlu adalah salinan kad pengenalan dan ada juga pendaftaran secara “on-line” disediakan. Ini tidak mengambil masa yang panjang. Hanya yang perlu kita mempunyai rasa tanggung jawap dan ingin menyumbang kepada negara.


Rakyat yang baik adalah mereka yang sentiasa membayar cukai dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai penghuni yang bertanggung jawap dan sesuai dengan status kita yang telah berjaya dalam mengejar cita-cita. Tanggung jawap membayar cukai adalah sangat perlu. Banyak cukai yang perlu kita bayar seperti cukai pendapatan, cukai tanah, cukai pintu, cukai perniagaan dan berbagai-bagai lagi. Ini satu lagi tanggung jawap yang amat baik kerana kita telah mampu membayar cukai. Ini satu kejayaan dan sumbangan kita kepada negara. Adalah lebih baik jika cukai dibayar mengikut jumlah dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak yang  bertanggung jawap. Penerimaan cukai ini akan dapat membantu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merancang sesuatu yang berfaedah untuk rakyat. Wang atau cukai yang diterima akan digunakan untuk mempertingkatkan infrastruktur untuk rakyat. Kita dapat melihat, mana sahaja yang mempunyai pembayar cukai yang banyak dan baik, kemudahan yang disediakan amat baik. Ini akan memberi peluang rakyat hidup dalam keadaan yang selesa. Anak-anak juga mendapat kemudahan pembelajaran yang baik. Adalah sangat baik jika kita tidak terlalu berkira berkenaan pembayaran cukai. Sebenarnya kita membayar segala kemudahan yang telah kita nikmati termasuk jalan raya, persekolahan, kemudahan sukan, kemudahan rekresai, kemudahan kesihan, kemudahan kutipan sampah dan banyak lagi kemudahan yang kita telah terima untuk membolehkan kita hidup bertambah selesa.

Warganegara yang baik sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan atau masyarakat. Sikap lihat sahaja sesuatu kejadian tanpa membantu dan mengambil tindakan sepatutnya adalah sikap yang tidak baik. Kita sepatutnya menegur apa yang tidak kena dihadapan kita jika perlu dan tidak mengakibatkan sesuatu yang tidak baik kepada kita. Jika kita bertemu dengan sesuatu kemalangan kita perlu membatu apa yang kita mampu. Jika kita lihat sesaorang memerlukan bantuan segera, kita perlu membantu dengan segera. Jika kita seorang profesional yang boleh membantu sesuatu sesuai dengan kepakaran kita, kita perlu meberi bantuan permulaan supaya yang akhir nanti akan diselesaikan kemudian nanti.oleh mereka yang sangat layak. Amat mudah kalau kita ingin membantu dan jika kita ada perasaan.

Kejayaan yang kita perolehi dimasa ini bersama keluarga adalah nikmat yang kita dapat kerana dilahirkan dinegara yang mempunyai kerajaan yang cekap dan mempunyai perancangan kemudahan yang terbaik. Apa yang kita nikmati ini bukanlan sedia ada, kemajuan dan kemudahan perlu dimiliki dengan kehendak, usaha, motivasi, keinginan dan kebolehan. Semuanya perlu dirancang dan bukan datang secara tiba-tiba. Setelah kita menikmati kemudahan dan kejayaan ini kita perlu memulangkan sesuatu kepada masyarakat dengan rasa tanggung jawap. Ini dapat kita lakukan dengan sentiasa perihatin dengan aktiviti kemasyarakatan dan menyertainya dan membantu yang mana perlu. Sikap berdiam diri, lihat apa yang  berlaku atau menjadi tukang komen sahaja tidaklah baik. Masyarakat amat memerlukan komitmen dari mereka yang telah berjaya untuk membimbing masyarakat. Bantuan yang perlu disumbangkan bukan sahaja dari wang ringgit tetapi usaha, kehadiran, penyertaan aktif, bimbingan dan motivasi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...