nuffnang ads

Thursday 18 October 2012

HARGAILAH KEBIJAKSANAAN.



Setiap manusia ingin menjadi pandai, tidak kira apa pun bidang sekali pun, kepandaian adalah satu kemestian dan sangat dicari-cari. Pandai dalam erti kata yang sebenarnya adalah mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan atau mendapat sijil yang terbaik atau mendapat ijazah yang tertinggi. Pengiktirafan pandai selalunya melalui sijil yang diperolehi. Itu sebabnya, apabila sesaorang telah mendapat ijazah dari mana-mana universiti, pemegang ijazah selalunya dikatakan pandai. Itu sebab dalam apa-apa pekerjaan yang melibatkan jawatan yang tinggi, ijazah akan menjadi keutamaan. Pada masa sekarang CGPA pula akan dikira dalam pengambilan pekerjaan. Untuk jawatan pansyarah universiti sebagai contoh kelulusan melebihi CGPA melebihi  3.0 amat sangat diperlukan dan dalam tempoh tertentu pemegang ijazah pertama akan diarahkan membuat ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ijazah Kedoktoran atau PhD) untuk terus untuk mendapat tempat dalam profesion akademik pada masa hadapan. Itu sebabnya mereka yang memiliki ijazah kedoktoran dikatan pandai.

Kayu pengukur kepada kepandaian adalah sijil yang dimiliki. Itu sebabnya ibubapa berkejar-kejar untuk menempatkan anak-anak mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membolehkan anak-anak mereka memiliki segulung ijazah atau diploma (boleh juga sekeping ijazah atau diploma). Kelulusan ini sangat penting untuk menempatkan mereka dalam kerjaya terpilih untuk kehidupan yang lebih cerah pada masa hadapan. Itu sebabnya ibubapa atau pelajar hanya berminat untuk mendapat sijil dalam pembelajaran bukan untuk mendapat pengetahuan. Kepada mereka, sekeping sijil yang diiktiraf amat penting untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan pengiktirafan perlu untuk membolehkan mereka layak makan gaji. Niat memang untuk mendapat sijil bukan untuk mendapat pengetahuan. Kita perlu mengikut trend ini. Kita tidak banyak pilihan kerana ini telah menjadi amalan sejak dahulu lagi. Pemilihan akan bengantung kepada mereka yang pandai sahaja.

Pada masyarakat, sesiapa yang pandai akan dapat memberikan sesuatu yang istimewa semasa bekerja. Maksudnya mereka yang pandai akan pandai bekerja juga (walaupun tidak semestinya). Mereka yang pandai akan memudahkan kerja-kerja penyampaian tugas. Mereka yang pandai boleh terkehadapan.dan dapat menaikan nama institusi mereka bekerja. Itulah kayu pengukur yang telah kita praktik sepanjang hidup kita. Tidak hairan kita semua berbut-rebut kearah itu. Ini sememawngnya telah terbukti kebenaranya. Sememangnya banyak tugas memerlukan mereka yang pandai. Tidak perlu diberi latihan yang keterlaluan. Hanya sedikit taklimat, mereka telah boleh menjalankan tugas dengan baik. Mungkin mereka yang pandai ini terang hati menurut setengah-setengah pihak (susah juga hendak dibuktiklan ketepatanya).

Sememangnya kepandaian sangat penting, ini telah terbukti. Sebenarnya kita bukan sahaja dikehendaki pandai tetapi kita juga harus bijak. Sesaorang yang bijak tidak semestinya pandai kalau mengikut tafsiran yang dinyatakan diatas. Kalau kita ada kedua-duanya amat baik dan amat diperlukan oleh negara. Apa yang lebih penting adalah sesaorang itu bijak dan kalau tidak pandai pun tidak mengapa. Ini kerana kebijaksanaanlah yang dapat kita gunakan untuk membina kehidupan dan membina negara masa hadapan. Sesaorang yang bijak akan dapat memberi idea yang baik dan praktikal untuk digunakan. Ini telah terbukti banyak juga pekerja yang tidak mendapat kelulusan yang baik tetapi telah dapat berkerja dengan baik. Malangnya kita jarang menghargai kebijaksanaan. Kita kerap menilai sesaorang dari kepandaian. Ini sebenarnya tidak tepat, mereka yang bijak kerap memberi idea yang bernas dan amat baik untuk digunakan dan sangat fokus dan praktikal.

Kebijaksanaan kerap datang dari kepandaian, pengalaman, kebolehan tersendiri, percampuran dan juga pemikiran kreatif. Banyak pemimpin kita sekarang adalah orang yang sangat bijak serta pandai. Itu sebabnya idea mereka dapat digunakan untuk mengubah negara tercinta ini dari negara berorientasikan pertanian semata-mata kepada berorientasikan perindustrian. Pada awal tahun 80an, ini semua telah berubah. Negara kita mula dikenali sebagai negara perindustrian. Kita mengorak langkah lebih terkehadapan dengan menjadi negara pengeluar produk elektronik dan bahan kimia. Negara kita mengeluarkan komponen elektronik dan produk berasaskan kimia dengan mengunakan teknologi luaran (teknologi import). Kita juga menggunakan kepakaran dan modal luaran (Foreign Direct Invesmenat atau FDI. Kita mengharapkan semua ini dapat dilakukan atau produk dikeluarkan dengan mengharapkan pelaboran dari luar. Kita berminat dari segi menjana pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ada juga memperkatakan tentang perpindahan teknologi (technology transfer). Ini tidak berlaku pada dasarnya. Jika berlaku pun terlalu pelahan  Apa yang berlaku adalah kerana kita dapat membekal tenaga buruhan murah. Walaupun begitu aktiviti ini sangat disanjung kerana itulah aktiviti terbaik pada ketika itu yang dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Paling tidak rakyat mempunyai pekerjaan untuk sumber ekonomi mereka. Ini kerana negara tidak mempunyai bijak pandai dan modal yang mencukupi. Sebenarnya negara tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu. Pada pemerentah apa sahaja yang membolehkan pekerjaan diwujudkan perlu diberi sokongan.

 Bersesuaian dengan mathalamat negara kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghargai inovasi dan kreativiti. Anak muda dan kanak-kanak perlu digalakan untuk berkarya atau berkreativiti. Setiap kreativiti anak-anak perlu dihargai dengan cara menggunakannya untuk membaiki kehidupan. Setiap ciptaan baru anak-anak muda perlu digilap dan dikomersialkan. Kreativiti anak-anak muda jika dibiarkan begitu sahaja akan merugikan negara. Setiap golongan masyarakat mempunyai peringkat tertentu untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Kita tidak boleh meletakan penghasilan setiap produk kreativiti dan inovasi hanyalah akan dikeluarkan oleh universiti atau institusi penyelidikan sahaja.. Tahap akademik bukanlah kayu pengukur kepada kreativiti dan inovasi. Kreativiti juga bergantung kepada bakat semulajadi atau bukan semula jadi melalui latihan. Secara kasar, kreativiti bukan dihasilkan oleh mereka yang pandai sahaja.. Kreativiti dan inovasi adalah milik semua lapisan masyarakat tidak mengira umur atau tahap kelulusan. Apa yang diterima oleh masyarakat jika produk inovasi atau kreativiti dapat memudahkan kehidupan masyarakat dan dapat dibeli dipasaran. Setiap dari kita perlu mengiktiraf kreativiti atau inovasi yang dicipta oleh sesiapa pun. Memajukan negara memerlukan anak muda yang sihat dan bijak. Seperti yang selalu diperkatakan, kemajuan sesuatu negara bukan hanya bergantung kepada penghasilan negara tetapi bergantung juga kepada modal insan atau pemikiran anak negeri. Sebenarnya kemajuan sesebuah negara juga bergantung kepada kreativiti dan kebijaksanaan rakyatnya.

Pengalaman sangat menentukan samaada kita dapat melakukan sesuatu yang baik atau tidak. Tidak juga dinafikan pengalaman akan melahirkan sesaorang yang bijak. Kemahiran juga menentukan samaada sesaorang itu bijak. Pada masa hadapan kemahiran akan memainkan peranan yang penting. Tanpa kemahiran kepandaian tidak membawa banyak erti kepada kemajuan sesebuah negara. Untuk itu sebagai sebuah negara yang berada diambang negara maju, kita harus menumpukan perhatian bagaimana ingin melahirkan rakyat yang berkemahiran. Kerajaan juga mesti memikirkan bagaiman ingin meletakan mereka yang berkemahiran sebaris dengan mereka yang pandai seterusnya melahirkan kebijaksanaan. Kita nampak seolah-olah kemahiran tidak penting. Banyak anak-anak muda lebih berminat untuk berkerja dibidang pengurusan. Mereka selalu memikirkan jika berjaya tidak perlu bertugas mengunakan tenaga empat kerat. Cukup dengan hanya bercakap dan membuat arahan sesuatu kerja dapat disiapkan. Sekali lagi, kepandaian tidak cukup ini memerlukan kebijaksaan untuk menjadikan apa yang difikirkan dapat dibuktikan kebenaranya.

Sudah sampai masanya jika kita ingin membina modal insan untuk negara kita juga perlu memikirkan bagaimana ingin melahirkan insan yang bijak walaupun tidak pandai. Agak susah untuk memikirkan waktu ini kerana sesaorang yang pandai dapat dibuktikan melalui sijil yang dimiliki tetapi seorang yang bijak tidak dapat ditunjukan melalui sijil yang ada sebagai bukti. Pada masa ini bijak hanya dapat dilihat jika ianya dapat menyakinkan sekelompok masyarakat terhadap sesuatu isu. Bijak dapat dilihat jika sesaorang dapat menangani isu masyarakat dengan baik dan diterima ramai. Kebijaksanan dapat dilihat jika sesaorang individu dapat duduk ditengah-tengah masyarakat dan dapat memimpin mereka kearah kecemerlangan. Hasil kerja orang bijak diterima ramai, popular dan dapat memenangi hati rakyat. Kebijaksanaan sesuatu yang tinggi nilainya. Tidak semua orang pandai dapat menangani hati rakyat. Kepandaian melalui sijil yang ada tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah rakyat tanpa penghayatan yang mengikut kehendak ramai.

Menyemai budaya menghargai orang bijak perlu diajar sejak keil lagi. Kepandaian sahaja tidak mencukupi. Dalam negara yang serba moden kita memerlukan rakyat yang pandai, bijak, pandai dan bijak serta bijak. Kombinasi kebolehan ini agak penting. Jika kita mempunyai manusia yang pandai terlalu ramai juga tidak memudahkan sesuatu kerja dijalankan dengan cekap. Percampuran yang menyeluruh amat diperlukan. Begitu juga bidang kemahiran. Negara amat memerlukan jurusan kemahiran untuk setiap bidang kehidupan bermula dari profesion jahitan, masakan, perkebunan, pembaikan kerja elaktrikal, elektronik dan mekanikal. Semua profesion ini amat penting dan diperlukan oleh negara. Perancangan modal insan negara yang bermula dari perancangan modal insan keluarga perlu melihat bidang ini dengan mendalam. 

Menghargai orang bijak adalah satu kemestian. Kita tidak hanya perlu terlalu bergantung kepada mereka yang pandai yang sudah semestinya berada di bahagian atas yang akhirnya akan membuat keputusan. Pihak pengurusan juga tidak hanya bergantung keputusan kepada mereka yang pandai sahaja. Setiap keputusan yang diambil perlulah juga mempertimbangkan pendapat mereka yang bijak walaupun tidak pandai.  Walaupun nampak pendapat ini tidak berapa dapat diterima ramai, ini seolah-olah membelakangkan mereka yang pandai.Kalau kita terus ingat, kita juga pernah di pesan supaya menghargai merka yang ”bijak pandai”. Inilah ungkapan yang betul. Untuk menjadi insan yang berjaya kita perlu pandai dan bijak. Pada masa yang sama kita harus menghargai kebijaksanaan walaupun pandai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...