nuffnang ads

Friday 19 October 2012

JANGAN CEPAT MELATAH DENGAN TEKNOLOGI.



Mengikut tafsiran dari Kamus Dewan, sains yang membawa maksud ilmu pengetahuan yang sistematik, boleh diuji atau dibuktikan kebenaranya atau cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biolagi). Teknologi pula membawa makna aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktikal dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dan sains gunaan. Berteknologi bermakna mempunyai teknologi. Teknologi juga membawa makna kaedah atau proses menangani sesuatu masaalah teknikal dan teknologi tinggi pula berasaskan kajian saintifik termaju seperti penggunaan peralatan elaktrik yang canggih. Pengertian kedua dua perkataan itu sudah cukup mambawa makna sains dan teknologi adalah satu kaedah yang perlu digunakan untuk membawa keselesaan kepada kehidupan.

Kerap diperkatakan pada awal tahun 80an yang kita ini hidup di zaman sains dan teknologi. Ini membawa maksud negara kita telah mula menggunakan teknologi untuk keselesaan rakyat. Kita telah memulakan cara hidup moden. Itulah yang dimaksudkan hidup dizaman sains dan teknologi. Pada awal kemerdekaan, negara tidak sangat memikirkan untuk untuk memberi keselesaan untuk rakyat. Pada masa itu, kerajaan hanya memikirkan untuk memberi pekerjaan kepada rakyat supaya rakyat tidak susah makan dan minum. Walaupun pada masa itu banyak pekerjaan yang berat tetapi dilakukan juga untuk meneruskan kehidupan rakyat. Rakyat juga pada masa itu tidak memikirkan sangat untuk hidup dengan selesa. Pada mereka mendapat pekerjaan adalah sangat penting. Keselesaan akan difikirkan kemudian.

Negara berkembang dengan pesat sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Rakyat makin berpelajaran dan negara telah berubah dari negara pertanian kepada negara industri. Negara yang mengeksport komuniti pertanian telah berubah kepada negara yang mengeluarkan produk elektronik. Negara juga telah mencita-citakan pada tahun 2020, negara kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Kerajaan kita sedang berusaha keras kearah itu. Ini tidak lain untuk menjadikan negara ini kaya dan rakyat hidup dengan selesa.

Kehidupan yang selesa akan mula dinikmati apabila menggunakan teknologi. Kita dapat lihat sekarang ini semua yang memberi keselesaan adalah dari penggunaan teknologi. Kepada masyarakat sekarang mereka tidak keberatan untuk membayar untuk keselesaan. Untuk mencapai keselesaan yang kita kehendaki, kita tidak ada banyak pilihan selain menggunakan teknologi. Ini dapat kita lihat kemudahan yang terdapat didalam rumah kita. Kalau dulu untuk memasak air kita menggunakan cerek elektrik sudah dikatakan mewah, tetapi sekarang penggunaan cerek tanpa wayar telah menjadi pilihan setiap rumah (wireless). Bukanlah sesuatu yang sukar jika kita menggunakan cerek elektrik berwayar tetapi agak sukar untuk dibawa ke pili untuk mengisi air. Kalau menggunakan cerek elektrik tanpa wayar agak mudah kerana tapaknya tidak perlu diangkat. Pada masa sekarang penjualan cerek elektrik tanpa wayar agak tinggi dan diminati walaupun harganya agak mahal. Kalau dulu cerek elektrik berwayar agak besar, cerek elektrik sekarang agak kecil tetapi berharga mahal. Walaupun begitu tetapi cerek yang kecil ini menjadi pilihan. Ini kerana cerek ini lebih selesa untuk digunakan. Selain dari cerek elektrik, rumah sekarang dipenuhi dengan bermacam macam peralatan moden. Kalau dulu katil elektrik  hanya digunakan dihospital untuk pesakit. Ini akan memberi kemudahan kepada pesakit untuk makan atau menegakkan badan, tetapi kemudahan ini telah mula digunakan di rumah. Pengguna sanggup mambayar walaupun harga yang agak mahal.

Keselesaan tidak hanya terhad kepada peralatan didalam rumah. Kalau kita lihat kereta sekarang pun telah direka bentuk untuk keselesaan. Kalau dua puluh tahun dahulu, pengguna mempunyai pilihan samaada ingin membeli kereta berhawa dingin atau tidak berhawa dingin. Sekarang ini pengguna telah tidak mempunyai pilihan. Semua kereta sekarang telah disiapkan peralatan berhawa dingin (factory fitted). Ini adalah kerana seperti yang telah kita ketahui, cuaca di negara kita yang sangat panas sepanjang tahun tidak memungkinkan pemandu memandu dengan selesa tanpa berhawa dingin. Memandu kereta tanpa peralatan berhawa dingin adalah sangat tidak selesa., walaupun pada satu ketika dahulu kereta tanpa berhawa dingin sangat popular di negara kita. Memandangkan taraf hidup yang telah berubah, keselesaan telah menjadi pilihan. Bukan itu sahaja, kereta sekarang telah dipandu menggunakan peranti automatic (automatic gear). Pemandu boleh memandu tanpa menukar gear secara manual sekarang. Semua ini dilakukan dengan hanya mengawal minyak dan menjaga brek. Itu pun belum dilihat selesa lagi. Semua kerata sekarang telah disediakan dengan pemanduan automatik dengan mengunakan “auto cruise”. Pemandu boleh menetapkan berapa kelajuan yang ingin dipandu berdasarkan keadaan jalan raya. Apa yang perlu dilakukan oleh pemandu dengan menetapkan had laju pada peranti automatik. Kereta akan terus berjalan mengikut kelajuan yang ditetapkan tanpa menekan minyak. Kelajuan ini akan berubah apabila pemandu mula menekan brek. Apa yang dapat kita lihat begitu mudah memandu kereta sekarang. Kereta automatik dengan semua kemudahan ini agak mahal tetapi semua kereta mempunyai kemudahan ini. Kereta tidak dilihat mahal atau mewah tanpa kemudahan automatik. Pembuat kereta sentiasa ingin menyediakan yang terbaik lagi moden untuk pengguna. Kalau dulu kita dengar kemudahan pemanduan automatik hanya digunakan didalam kapal terbang tetapi kina semua kemudahan dalam kapal terbang telah dibawa dalam kereta. Kalau dulu juga kemudahan ini hanya terdapat pada kereta mewah tetapi buat masa ini kemudahan dalam kereta mewah juga terdapat didalam kereta biasa. Keselesaan kerap menjadi daya tarikan pengguna walaupun harga yang agak mahal.

Keadaan terus berubah, untuk maju penerimaan teknologi perlu menjadi keutamaan. Sesiapa yang hanya melihat teknologi sahaja akan ketinggalan. Aktiviti membangunkan negara melalui penerimaan teknologi adalah sesuatu yang penting dan amat diharapkan. Negara yang tidak menerima kemajuan teknologi akan terus ketinggalan dengan cara lama. Ini berlaku kerana banyak mereka yang diberi peluang mengetuai sesuatu organisasi sangat pasif dan berfikiran lama. Pada mereka apa yang lalu perlu diteruskan tanpa perubahan Setiap perubahan teknologi akan ditolak dengan alasan tidak mempunyai kemampuan kewangan atau tidak memahaminya. Alasan menolak sesuatu perubahan dengan alasan kewangan adalah sesuatu yang mudah. Akibatnya negeri atau organisasi akan tertinggal. Pada mula budaya IT di negara kita semua organisasi menolak dengan alasan setiap perisian sangat mahal dan adalah tidak logik setiap kakitangan perlu dibekalkan dengan kemudahan komputer supaya segala kerja menjadi mudah. Selalunya dengan mudah menolak dengan alasan tidak mempunyai cukup peruntukan. Apa yang terjadi banyak aktiviti ketinggalan. Sepatutnya alasan kewangan adalah alasan yang terakhir, perlu difikirkan keberkesanannya dan jika keperluannya ada, duit tentu boleh dicari.

Begitu juga setiap produk inovasi yang kerap diperkenalkan untuk tujuan pengkomersilan. Kita selalu bercakap berkenaan penyelidikan, inovasi dan kreativiti. Malangnya kita tidak menghargai hasil penyelidikan, inovasi atau hasil kreativiti. Apabila hasil inovasi ditunjukan, semua pihak amat berminat dan mencadangkan untuk dikomersilkan tetapi malangnya hanya cakap-cakap kosong sahaja tanpa sokongan yang jitu. Apabila produk dibawa ketengah, mereka tidak menyokong dengan alasan kewangan. Walaupun pada mulanya mereka amat berminat dan memuji, apabila sampai kepada sedikit keperluan kewangan semua akan menjauhkan diri. Ini hanya dapat dilaksanakan jika ada orang lain juga bersetuju atau ingin mencuba terlebih dahulu  pada ketika itu. Pada waktu itu barulah duit boleh dicari dalam apa keadaan sekali pun. Memang bukan alasan kewangan tetapi tidak mahu berkerja lebih atau alasan banyak tidak boleh lebih besar dari boleh.

Sikap tidak mahu menerima teknologi atau mendapat arahan dari orang atasan terlebih dahulu menjadikan kita tidak kreatif. Sepatutnya kita menerima teknologi dan memajukannya kepada pegawai atasan untuk mendapat pandangan. Sepatutnya kita menyediakan hujah mengapa teknologi baru ini perlu digunakan dan kenapa sesuatu produk itu perlu di aplikasikan untuk ssesuatu kegunaan?. Sesaorang pegawai seharusnya bersedia untuk berhujah dan memberi sebab kenapa sesuatu teknologi itu perlu dibeli atau digunakan.

Sikap yang sangat tidak baik jika kita menolak mentah-mentah sesuatu teknologi dan amat bergembira atau berpuas hati dengan apa yang ada dan apa yang telah digunakan untuk tempuh yang telah lama. Sememangnya apa yang telah digunakan untuk tempuh yang lama sangat sesuai tetapi untuk ketika itu sahaja. Mungkin untuk akan datang sesuatu teknologi baru yang lebh memberi faedah perlu dimiliki. Kalau sesaorang tidak memahami sesuatu teknologi jangan ingat orang lain juga tidak faham. Jika kita tidak mengetahui bagaimana untuk menggunakan teknologi baru, jangan ingat orang lain juga tidak mengetahuinya. Mungkin orang lain lebih memahaminya dan minta pandangan dari orang lain.

Contoh yang paling jelas adalah apabila sesuatu inovasi diperkenalkan, banyak orang yang berminat dan memuji-muji kehebatan tetapi apabila diminta menggunakannya, banyak yang akan menolak lebih-lebih lagi jika ada implikasi kewangan atau perkhidmatan yang memerlukan pembayaran atau perlu mendapat kelulusan dari pihak atasan. Macam-macam alasan yang akan diberikan. Akhirnya teknologi tidak berkembang maju. Teknologi hanya untuk pameran dan pujian tetapi tidak sampai kepada mereka yang disasarkan.

Kerap kali pihak swasta sangat sensitif dengan teknologi. Sebab itu kita lihat pihak swasta selalu terkehadapan samaada penggunaan produk atau kaedah kerja. Pihak swasta kerap tidak menolak cadangan berteknologi secara mudah. Penolakan akan diuat setelah diteliti dengan mendalam. Ini membolehkan pihak swasat bersaing antara mereka. Pada pertimbangan pihak swasta, penggunaan kaedah berteknologi perlu dicuba pada ketika ini lebih-lebih lagi kalau menguntungkan, menjimatkan masa dan dapat mengurangkan penggunaan kerja dan tenaga manusia. Pokok pangkal kalau menguntungkan perlu digunakan.

Semua pihak perlu melihat teknologi adalah penting dalam kehidupan. Teknologi dicipta untuk digunakan. Apalah guna teknologi jika tidak digunakan. Penggunaan teknologi akan menguntungkan untuk tempuh jangka panjang. Masyarakat juga amat senang berurusan dengan jabatan yang menggunakan teknologi. Semua akan dilihat pantas dan moden. Perkhidmatan berteknologi kerap menjadi kebanggaan. Berbelanjalah untuk mendapat teknologi. Bukan menolak dengan mudah walaupun ianya amat berguna dengan alasan yang tidak munasabah. Tiada guna banyak kerja penyelidikan jika hasil kerja penyelidikan tidak disambut dengan menggunakannya dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...