nuffnang ads

Sunday 14 October 2012

INOVASI PELU DILIHAT DAN DICUBA.



Hampir setiap hari sesuatu dicipta oleh masyarakat untuk masyarakat. Ciptaan baru ini kerap dipanggil inovasi yang dihasilkan dari kreativiti. Inovasi boleh jadi berupa produk baru atau yang telah diubah suai untuk membolehkan sesuatu kerja, perkhidmatan dan juga produk digunakan dan membolehkan kehidupan menjadi mudah. Inovasi hanya boleh dipanggil inovasi jika digunakan oleh mayarakat untuk memudahkan kehidupan. Jika sesuatu inovasi tidak digunakankan untuk untuk memudahkan kerja, ini tidak dipanggil inovasi. Untuk itu setiap inovasi perlu dikomersilkan atau boleh dijual, jika tidak boleh dijual atau dikomersilkan produk atau perkhidmatan ini tidak boleh dipanggil inovasi. Ini kerana produk atau perkhidmatan tidak dapat digunakan atau dinikmati oleh masyarakat.

Amat sukar untuk mengkomersikan produk inovasi. Kadang-kadang kerap dapat dilihat menghasilkan inovasi lebih mudah dari mengkomersilkan. Hampir setiap hari akhbar akan melaporkan berbagai kejayaan rakyat negara ini menghasilkan inovasi tetapi tidak banyak yang dilaporkan sesuatu inovasi telah berjaya dijual. Ini kerana amat sukar untuk mengubah sesuatu tabiat atau habit dalam kehidupan. Setiap manusia jika telah biasa dengan sesuatu cara amat sukar untuk menerima perubahan, lebih-lebih lagi perubahan yang melibat sesuatu penerimaan teknologi baru dan perlukan sedikit pembayaran. Untuk menyakinkan masyarakat dengan teknologi bukan sesuatu yang mudah. Banyak produk inovasi yang telah menjalani berbagai-bagai ujian dengan bukti saintifik yang lengkap dan telah dibentangkan diseluruh dunia dan mendapat berbagai-bagai award tetapi tidak dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakannya.

Kesukaran untuk mengkomersilkan produk bertambah susah jika ketua jabatan atau ketua sesuatu organisasi tidak mahu berubah dan amat liat untuk menerima teknologi. Banyak dari mereka yang berkelulusan tinggi dan memegang jawatan tinggi dan amat berpengaruh tetapi amat pasif apabila berdepan dengan perubahan teknologi. Banyak juga dari mereka yang buta teknologi dan hanya menerima arahan sahaja dan tidak berfikiran kreatif lansung. Mereka ini tidak kreatif dalam perubahan teknologi dan selesa dengan keadaan yang ada. Mereka hanya akan mula menerima teknologi apabila diarahkan sahaja dan tidak pernah mencuba untuk mencadangkan sesuatu yang baru dalam organisasi mereka. Banyak mereka yang berpengaruh amat takut dengan produk berteknologi baru dan akan menolak mentah-mentah dengan alasan tidak ada arahan dari orang atasan. Ada juga ketua jabatan yang amat teringin dengan teknologi tetapi amat takut untuk membuat cadangan. Mereka lebih suka tunggu arahan sahaja.

Ketua jabatan harus mempunyai pemikiran kreatif dan mempunyai semangat ingin mencuba teknologi baru.Tidak guna setiap yang memegang jawatan tinggi yang sudah tentu mempunyai kelulusan tinggi yang agak special dan juga mempunyai keputusan terbaik. Sudah tentu semasa dipileh untuk menjawat sesuatu jawatan pada satu ketika dahulu mempunyai kelulusan yang terbaik. Malangnya banyak dari mereka apabila telah dipileh memegang sesuatu jawatan dan akhirnya dipileh dari yang ramai untuk menjadi ketua jabatan tetapi tidak kreatif. Tidak menggunakan kepandaian yang ada. Apa yang mereka lakukan adalah menunggu arahan dari orang atasan. Malang sekali kepandaian yang dimiliki hanya untuk mendapat pekerjaan sahaja. Apabila telah berkerja, tidak mahu menggunakan kepandaian tetapi menunggu orang lain buat dahulu.

Setiap kali apabila laporan sesuatu yang baru diperolehi melalui penciptaan, banyak pujian akan didapati oleh pencipta. Kerap kali pujian hanya tinggal pujian sahaja. Setiap kali pameran dianjurkan, banyak inovasi akan dipamerkan. Publisiti besar-besarkan akan dibuat dan banyak lawatan akan dianjurkan. Malang sungguh nasib penyelidik atau pencipta produk baru atau kteatif. Mereka akan dipuji sahaja tetapi produk tidak berjaya dipasarkan. Untuk mereka yang bekerja di universiti atau institusi penyelidilkan mereka ini amat bernasib baik Setiap produk baru dicipta, tidak kira samaada dikomersilkan atau tidak, samaada telah dijual atau tidak, mereka akan diberi pengiktirafan melalui kenaikan pangkat. Itu sebab mereka yang bekerja diuniversiti atau institusi penyelidikan kerap mencipta tetapi tidak boleh dijual. Ini kerana pengiktirafan telah mereka dapati melalui kenaikan pangkat. Kepada mereka mencipta adalah untu kenaikan pangkat bukan untuk dikomersikan. Banyak yang tidak akan setuju dengan kenyataan ini tetapi itulah hakikatnya.

Sesuatu produk tidak dapat dijual bukan kesalahan penyelidik atau mereka yang mencipta. Ini kerana banyak yang tidak berminat dengan perubahan teknologi. Ada juga yang berminat tetapi hanya mampu memuji tetapi tindakan tidak ada. Mereka juga hanya berminat dengan persembahan dan berbagai demonstrasi tetapi tidak ada tindakan proaktif. Mereka hanya menunggu orang lain menggunakanya. Banyak juga ketua jabatan akan mengarahkan pegawai bawahan yang menilai dan jika ditolak ini adalah sesuatu yang mudah kerana tidak perlu cadangan tersebut di serahkan kepada pihak atasan. Tidak kurang juga laporan yang telah dibuat untuk menerima sesuatu teknologi tetapi tidak diambil tindakan. Amat malang lagi, mereka amat berminat untuk melihat sesuatu teknologi apabila ada lawatan keluar negara. Ramai yang akan melawat apabila dikatakan sesuatu negara ada teknologi baru. Sebenarnya banyak teknologi telah ada dan telah ditunjukan oleh pencipta dari dalam negara tetapi ciptaan ini tidak diambil peduli. Mereka hanya berminat produk dari luar negara.

Kerja mempromosi produk inovasi bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun teknologi yang mudah tetapi amat sukar menembusi pengguna atau usahawan. Kadang-kadang banyak cadangan yang dibuat kepada pencipta kononya maklum balas dari pengguna tetapi apabila semua ini diambil kira tidak juga produk ini dikomersilkan. Ada juga yang akan mencadangkan berbagai jenis ujian dan mahukan ujian dilaksanakan berdasarkan piawaian luar negara. Ini juga kerap dilakukan oleh penyelidik. Ada yang kerap mempertikaikan ujian berdasarkan piawaian tertentu. Ini juga dituruti oleh pencipta. Akhirnya pencipta sibok membuat berbagai ujian tetapi produk tidak juga dikomersilkan.

Pencipta dari universiti atau institusi penyelidikan sekali lagi tidak ada masaalah. Mereka ini dibayar gaji untuk mencipta atau membuat penyelidikan. Kerajaan membiayai kerja-kerja penyelidikan dari mula hinggalah mempamerkan produk mereka keluar negara. Kalau sesuatu produk inovasi tidak dikomersilkan yang rugi adalah kerajaaan atau mereka yang membiayai projek penyelidikan. Kepada yang mencipta produk dari berbagai lapisan masyarakat. Produk inovasi dan kreativiti mereka tidak dihargai lansung. Ini telah merugikan negara. Mungkin hasil inovasi tidaklah mempunyai impak yang besar dan tidak mempunyai bukti saintifik yang tinggi tetapi produk berkemungkinan akan memudahkan kerja masyarakat dan boleh mewujudkan usahawan baru. Paling tidak jika produk inovasi ini diberi sedikit suntikan teknikal, mungkin produk ini boleh dijual dan satu usahawan baru dapat diwujudkan. Ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan inovasi satu dari sumber baru ekonomi. 

Inovasi akar umbi perlu diberi perhatian serius oleh ketua jabatan dan juga mereka yang berpengaruh. Banyak inovasi mereka ini sangat berfaedah kepada negara. Banyak rakyat sekarang hidup hasil inovasi yang tidak tinggi nilai teknologi dan tidak mempunyai bukti saintifik yang teknikal tetapi boleh dijual secara kecil-kecilan dan mereka dapat menampong juga kehidupan seharian. Sudah sampai masanya kepada mereka yang menjadi ketua jabatan atau berpengaruh dalam sesuatu organisasi memberi pengiktirafan kepada inovasi akar umbi. Beri peluang kepada mereka dengan mencuba sesuatu produk atau membantu dari segi teknikal. Kalau setiap ketua jabatan mencuba dan melihat perkembangan sesuatu produk, sudah tentu ini akan memberi lembaran baru kepada pencipta. Buat masa ini kerap kali produk ciptaan masyarakat tidak diambil berat oleh ketua jabatan atau para usahawan. Kerap kali produk mereka dipandang sebelah mata sahaja. Ada juga yang membenarkan mereka ini membuat demonstrasi tetapi setakat itu sahajalah.

Sebagai sebuah negari maju, setiap dari rakyatnya perlu sentiasa memikirkan bagaimana untuk memperbaiki kaedah kerja dan sentiasa memikirkan teknologi baru untuk memperbaiki kehidupan. Mereka yang berpengaruh disebuah negeri maju sentiasa aktif dalam teknologi. Mereka seharusnya sentiasa ingin menukarkan teknologi yang sedia ada kepada teknologi baru. Setiap inovasi atau cadangan baru perlu dicuba terlebih dahulu. Setiap cadang ayang baik perlu dimajukan kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan. Rakyat negeri maju tidak boleh menjadi pengguna teknologi sahaja tetapi perlu menjadi negeri pencipta teknologi. Kadang kala sememangkan menggunakan teknologi ciptaan sendiri agak mahal tetapi untuk jangka panjang, ini adalah sesuatu yang dicari.

Kepentingan inovasi perlu dipandang serius oleh pihak yang berpegaruh dan para usahawan. Kita tidak boleh selama-lamanya hidup bergantung kepada produk ciptaan luar negara sahaja. Setiap dari kita perlu menyedari, kreativiti rakyat negara ini sangat tinggi. Ciptaan dari negara ini terbukti dari ujian saintifik dan telah diiktiraf oleh badan-badan tertentu dari seluruh dunia. Kita seharusnya terus memberi pengiktirafan hasil kreativiti rakyat negara ini dengan mencuba produk atau teknnologi baru yang mereka telah cipta. Penolakan teknologi ciptaan negara ini perlulah dari segi kepentingan produk itu sendiri bukan disebabkan dicipta didalam negara. Bijak pandai akar umbi juga perlu dilihat dari produk atau teknologi yang dihasilkan.

Pengiktirafan inovasi dari kemahiran masyarakat juga perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat. Jangan dilihat dari segi teknikal sahaja tetapi perlu dilihat dari segi sumbangan kepada kerja-kerja harian. Ini kerana selalunya inovasi dalam bidang kemahiran mempunyai teknologi yang rendah tetapi praktikal untuk rakyat. Inovasi mereka ini mudah dilihat apabila digunakan dan dijual dipasar malam. Mungkin harga yang rendah dengan bukti saintifik yang rendah tetapi boleh digunakan dan dijual kepada masyarakat. Produk inovasi ini dikomersilkan dengan promosi dari mulut ke mulut sahaja dan akhirnya dapat dijual diseluruh pasar malam diseluruh negara. Apa yang dapat dilihat inovasi yang tidak mempunyai bukti saintifik lebih mudah dikomersilkan dari inovasi berteknologi tinggi. Halangan utama proses pengkomersilan produk inovasi berteknologi tinggi adalah disebabkan banyak ketua jabatan atau mereka yang  berpengaruh tidak aktif dan menunggu arahan sahaja. Sikap ini tidak membantu dari segi teknologi dan tidak sesuai untuk sesuatu negeri maju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...