nuffnang ads

Saturday 6 October 2012

KALAU TIDAK TAHU JANGAN MENGAKU TAHU .



Tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham atau mengerti.Tahu juga membawa makna kenal akan atau mengenal.Tahu juga membawa makna cekap lagi pandai melakukan sesuatu, mengambil peduli, memperdulikan, mengendahkan, sedar akan keadaan sebenarnya dan insaf. Tahu membawa makna pernah melakukan sesuatu, biasa dan selalau dan mengaggap sudah semestinya. Setahu ialah sepanjang atau sebanyak yang dimaklumkan, dengan dimaklumkan atau disaksikan oleh.Tahu-tahu ialah dengan tidak disedari, bertahu atau bertahukan ialah memberitahukan kepada.Bertahu-tahu ialah berpura-pura atau berlagak tahu. Bertahuan ialah berkenalan.Tahu-menahu ialah tidak tahu apa=apa, tidak mempedulikan atau mengendahkan, tidak ambil pebuli dan tidak kenal-mengenal.Mempertahukan ialah mempermaklumkan atau memberitahukan.Tertahu ialah terkenal dan termasyur.Mengetahui ialah tahu akan dan memaklumi.Ketahuan ialah sudah diketahui atau dikenali.Berketahuan ialah tahu dan mengerti benar, tidak syak lagi.Pengetahuan ialah perihal mengetahui dan apa-apa yang diketahui.Berpengetahuan ialah banayak mempunyai pengetahuan, berilmu dan terpelajar.

Banyak orang yang hendak belajar tetapi ramai yang tidak tahu makna belajar. Belajar itu adalah untuk mengetahu perkata yang kita tidak tahu supaya jadi tahu.Belajar berasal dari perkataan ajar yang membawa makna petunjuk supaya diketahui atau diikuti sebagai binbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu. Berajar ialah telah diajar atau dididik dengan budi bahasa (cara-cara kesopanan), berpendidikan dan beradat. Belajar bermakna berusaha untuk memperolehi ilmu pengetahuan atau sesuatu kepandaian, menuntut ilmu pengetahuan atau menjalani latihan. Mengajar pula ialah menyampaikan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada. Mengajar juga membawa maksud membaiki kelakuan dengan memberi nasihat, membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman yang telah diperolehi. Mengajar juga membawa makna memarahi atau memukul sesaorang supaya jera agar tidak melakukan sesuatu lagi. Mengajari ialah mengajar sesuatu kepada seseorang atau memberi sesuatu pelajaran atau ilmu pengetahuan atau kemahiran. Ajaran pula ialah segala sesuatu yang diajarkan, nasihat atau petunjuk.Pelajaran ialah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan. Pelajaran ialah segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan yang diperolehi. Berpelajaran ialah orang yang mempunyai pelajaran atau berpendidikan.

Seorang pelajar juga perlu sentiasa mencari apa yang perlu dilakukan. Belajar adalah untuk  mengetahui sesatu yang tidak diketahui dari orang yang mengetahuinya supaya diketahui. Secara kasar belajar adalah untuk mengetahui perkara yang tidak diketahui.Kalau kita selalu menghafal perkara yang diketahui, ini bermakna kita tidak belajar. Banyak dari kita yang tidak belajar kerana tidak mahu mengetahui perkara yang baru. Untuk itu belajar adalah memerlukan kita berkerja kuat dan sentiasa proaktif. Belajar memerlukan kita sediakan sedikit masa untuk melihat perkara yang tidak diketahui. Untuk itu, kalau kita tidak mahu berkerja kuat untuk belajar, kita tidak akan berjaya. Banyak yang malas belajar dengan alasan tidak ada cukup masa. Banyak juga yang memberi alasan tidak ada masa untuk belajar. Ini kerana mereka terlalu sibok. Belajar ini seperti kita mencari kerja. Belajar adalah atas inisiatif diri sendiri. Kalau kita tidak mencari masa untuk belajar, ini bermakna kita tidak akan belajar. Kalau selalu memikirkan untuk relax sahaja sudah tentu tidak akan dapat apa yang kita mimpikan. Banyak mereka yang selalu relax dibangku sekolah tidak menjadi orang berjaya pada masa hadapan. 

Rajin adalah orang yang suka bekerja atau belajar, giat, bersungguh-sungguh dan tekun. Merajinkan diri ialah berusaha benar-benar dan mengusahakan diri. Kerajinan ialah perihal rajin, kegiatan dan ketekunan.  Pandai adalah mereka yang cerdik dan pintar. Berpandai-pandai ialah melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dengan orang lain. Memandai atau memandai-mandai membuat sesuka hati dan mengikut fikiran sendiri. Memandaikan ialah membuat, membina dan menjadi pandai. Kepandaian ialah kecerdikan, kemahiran dan kepintaran. Berpandaian ialah mempunyai kepandaian atau kemahiran.

Semua orang ingin menjadi pandai. Kepada sesiapa yang pandai akan mendapat pekerjaan yang baik. Kerap kali kepandaian akan dikaitkan dengan kesenangan. Ibubapa kerap berpesan kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi pandai. Ini akan membolehkan apabila dewasa mendapat pekerjaan yang baik supaya hidup menjadi senang, Tidak hairanlah semua orang ingin menjadi pandai. Untuk menjadi pandai sudah tentu memerlukan setiap dari kita belajar bersungguh supaya mendapat pekerjaan yang baik dan berpendapatan lumayan. Proses pembelajaran untuk menjadi pandai mempunyai empat kemahiran yang dipanggil kemahiran belajar iaitu mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap atau berkomuniksi. Ini adalah kemahiran asas yang perlu menjadi amalan.

Kepandaian juga hanya didapati jika kita belajar mengikut kaedah yang betul. Belajar adalah sesaorang yang ingin mengetahui perkara yang tidak diketahui dari sesaorang yang mengetahui supaya menjadi mengetahui. Dalam bahasa mudah ialah sesaorang yang  ingin tahu dari sesaorang yang tahu supaya menjadi tahu. Empat kemahiran mudah ini patut diamalkan olehh setiap orang yang ingin menjadi pandai. Membaca buku juga tidak semestinya belajar jika mereka hanya mengambil tahu perkara yang telah mereka ketahui. Ini adalah mengulangkaji namanya. Untuk itu perlu difahami, sesaorang bakan belajar jika dia mengetahui perkara baru. Sebenarnya belajar bukanlah sesuatu yang susah kalau kita melakukan amalan yang betul.  

Kepandaian sesaorang akan diukur dari kejayaan dalam peperiksaan. Sudah tentu mereka yang mendapat kelulusan yang terbaik dalam peperiksaan dan mereka yang mendapat sijil yang paling tinggi dalam pembelahjaran dikatakan pandai atau sangat pandai. Ibubapa sangat gembira jika anak-anak mereka mendapat kelulusan yang baik. Mereka yang mendapat kelulusan cemerlang akan dikatakan pandai. Untuk itu kepandaian amat mudah diukur atau ditentukan. Lagi banyak sijil dan cemerlang dicatitkan. Ini bermaksa sesaorang itu pandai.

Dalam kehidupan kepandaian penting tetapi kerajinan atau rajin juga sangat penting. Rajin tidak semestinya datang dari orang yang pandai tetapi rajin juga boleh datang dari orang yang berkemahiran atau tidak pandai. Memandangkan prestasi yang akhir nanti akan menjadi sebutan. Banyak mereka yang tidak pandai iaitu yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi sangat berjaya dalam kehidupan. Bermakna mereka ini menjadi kaya raya, jutawan dan 'beruang'. Rajin adalah tabiat yang sangat baik. Ini diperkatakan dalam peribahasa 'ringan tangan berat perut'. Ini bermaksud setiap yang rajin akan mendapat balasan yang baik.

Kita dapat melihat banyak mereka yang bekerja kampong yang tidak berpeluang menjadi pandai iaitu mendapat pendidikan yang tinggi pada masa mereka dahulu. Mereka juga berjaya mempunyai rumah besar dan yang paling bagus ialah berjaya mendidik anak-anak. Mereka juga mempunyai harta yang boleh ditinggalkan kepada anak-anak. Mereka juga dapat menunaikan haji dan dapat juga mempunyai peralatan rumah yang mahal-mahal. Mereka dapat kerana mereka berusaha. Ini adalah kerana mereka sangat rajin. Kerajinan juga telah membuktikan ramai yang berjaya dalam kehidupan. Banyak mereka yang berjaya dalam perniagaan sekarang adalah mereka yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Mereka memulakan perniagaan dengan modal yang kecil tetapi berbekalkan kerajinan. Lihat sekarang mereka juga berjaya malahan lebih berjaya dalam ekonomi keluarga.

Kerisauan adalah mereka yang belajar bersunguh-sungguh hanya untuk menjadi pandai dan menjawat jawatan tinggi atau ingin makan gaji sahaja. Banyak juga yang belajar hanya untuk mendapat sijil sahaja bukan untuk mendapat pengetahuan. Mereka tidak hairankan pengetahuan tetapi sijil perlu ada. Itu sebabnya semua pihak akan menghantar anak-anak mereka belajar ke institusi pembelajaran yang mengeluarkan sijil yang diiktiraf sahaja. Jika sijil diiktiraf senang mendapat kerja. Kalau tidak diiktiraf, macam mana hendak dapatkan pekerjaan. Itulah yang dilakukan oleh anak-anak muda kita yang sedang belajar. Sijil dan kepandaian adalah segala-galanya.

Kejayaan dalam kehidupan bukan sahaja dipandang dari segi kepandaian tetapi kerap yang menjadi ukuran adalah mencapaian dari segi kewangan. Mungkin tidak semua orang setuju tetapi jika tidak mempunyai wang banyak kerja yang tidak dapat disempurnakan walaupun wang bukan segala-galanya. Kejayaan dalam hidup akan diukur pada akhirnya nanti. Kalau semasa tua telah menjadi jutawan, kaya raya dan banyak harta sudah tentu dipanggil orang yang berjaya. Ini dapat diperolehi jika sesaorang kerja kuat dan tidak semestinya mempunyai sijil yang tebal tetapi diukur dari mereka yang mempunyai berapa banyak harta.

Sudah sampai masanya kita sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak kita supaya sentiasa rajin. Kepada mereka yang tidak mendapat kecemerlangan dalam pembelajaran atau tidak pandai sepatutnya perlu dikatakan supaya rajin dalam melaksankan sesuatu pekerjaan. Kita harus mengatakan bukan kepandaian yang menentukan segala-ganya tetapi kerajinanlah yang amat penting. Kita lihat sahaja dalam organisasi kerajaan. Banyak mereka yang tidak mendapat kelulusan yang cemerlang semasa belajar tetapi memberi perkhidmatan yang cemerlang. Begitu juga dalam kehidupan seharian. Sesaorang kerap dipuji kerana kerajinan. Kira kerap mendengar sesaorang itu tidak pandai tetapi rajin yang akhirnya dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan cemerlang.

Sekarang ini banyak cerita bohong yang disebarkan. Setiap dari kita sudah mengetahuinya. Bercakap bohong adalah perbuatah salah. Sekarang ini cerita bohong pula menjadi sumber rujukan untuk disebarkan di khalayak ramai hanya bertujuan untuk mendapatkan sesuatu atau mempunyai mathalamat tertentu. Apa cara sekali pun, sesuatu perlu diperolehi. Untuk itu mereka tidak memikirkan halal atau haram atau sesuatu yang sukar dilaksanakan. Apa yang penting mathalamat akan sampai atau cita-cita perlu tercapai.Sejak akhir-akhir ini banyak kerja yang dibuat hanya untuk menjatuhkan sesaorang. Kadang-kadang tiada apa yang dilakukan tetapi demi dendam dan perasaan tidak puas hati. Semua adap sopan terus dilupakan. Mathalamat menghalalkan cara menjadi cara hidup.

Sentiasalah kita berniat untuk menjadi orang baik dan sentiasa berniat baik apabila ingin memulakan sesuatu pekerjaan dan perjalanan. Dengan biat yang baiks semuanya akan mendapat manfaat. Apa yang sangat kita ingini ialah kedaan negara akan dipuji dan rezeki rakyat negara ini akan berempah ruah. Negara sangat memerlukan rakyat yang sentiasa belajar dan sudah tentu jika beljar perkara yang baik baik akan mencerikan kehidupan dan dunia kita yang punya.Kalau belajar dari orang yang tidak faham, kita akan menjadi bertambah bodoh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...