nuffnang ads

Sunday 7 October 2012

KITA SUKA ADA TETAPI TIDAK GUNA.



Memiliki sesuatu barangan adalah sesuatu yang membanggakan. Banyak dari kita menjadikan barangan sesuatu impian atau perlu dimiliki. Lebih-lebih lagi barangan mewah yang kita dapat lihat dari iklan atau yang telah digunakan oleh orang lain, sudah pasti kita juga ingin memilikinya. Bercita-cita untulk memiliki sesuatu barangan juga merupakan sesuatu impian yang sudah pasti perlukan usaha untuk mencapainya.Kita dapat melihat ramai kanak-kanak akan mengumpul wang untuk memiliki sesuatu barangan atau gadget terbaharu.Kanak-kanak akan mengumpul wang sendiri untuk menunjukan mereka berusaha sendiri untuk memilikinya. Kepada kanak-kanak yang belum bekerja atau dibangku sekolah sudah tentu mereka akan mengumpulkan setiap perberian untuk membeli barangan tersebut.Banyak dari kanak-kanak akan mengumpul wang semasa hadian hari jadi, mengumpul wang dari pemberian semasa sambutan hari raya dan tidak kurang juga yang mengumpul wang semasaa majlis berkhatan atau masuk jawi seperti yang kerap digunakan oleh orang sebelah utara. Kerap kali barangan yang dimiliki oelh kanak-anak merupakan barangan yang agak mahal atau separa mahal seperi basikal, kasut roda peralatan muzik,hand phone, jersey bola dan juga bahan-bahan popular seperti Ipad sekarang ini.Sudah tentu sikap ini sangat baik dan tidak menyusahkan keluarga.Ini adalah usaha sendiri yang tidak menyusahkan keluarga.

Sekarang ini sambutan hari raya yang dikatakan hari bermaaf-maafan dan kunjung mengunjung sudah tidak meriah jika tidak memberikan wang hari raya.Sudah tentu sudah menjadi sebutan pemberian duit raya dari setiap peringkat.Kanak-kanak sudah tentu menunggu-nungu pemberian duit raya.Ramai yang datang menziarahi kerumah terutama pada pagi hari raya bakan menunggu-nungu pemberian duit raya.Ramai yang tidak mahu makan kueh kerana tergesa-gesa untuk mengunjungi banyak rumah untuk mengumpul duit raya.Ini sudah tentu menyeronokan.Pemberian duit raya selalunya bergantung kepada kemampuan pemberi, kayu pengukur adalah tahap kedewasaan, kemampuan dari segi pekerjaan, rapatnya hubungan saudara mara dan juga kemampuan dari segi tahap hidup.Kerapa kali jika hubungan persaudaraan yang rapat pemberian agak lumayan.Jika hanya anak kawan-kawan atau jiran pemberian ala-kadar.Setiap pemberian amat dihargai tidak kira banyak atau sedikit yang penting adalah keihlasan.Sudah tentu setiap pemberian amat disanjung.

Memiliki barangan mewah juga menjadi cita-cita setiap orang walaupun orang dewasa.Sudah tentu setiap yang dimiliki akan bergantung kepada pendapatan dan apa yang kita ada.Kerap kali kita perlu mengukur baju dibadan sendiri.Kalau kita terdiri dari orang yang berduit, tidak salah bercita-cita untuk memiliki barangan yang berharga jika diperlukan bukan hanya yuntuk menunjuk-nunjuk.Memiliki barangan keperluan sangat baik dan kerap kali kita perlu melihat barangan yang dimikiki oleh oarang lebih bawah supaya kita bersyukur apan yang kita telah miliki.Kita perlu melihat diatas untuk menimbulkan cita-cita kita untuk bekerja kuat untuk memeiliki barangan yang dimiliki oleh orang yang lebih senang dari kita. Konsep bersyukur perlu ada adalam diri kita.Sudah tentu kita gembira memiliki sesuatu kelebihan dari orang lain. Ini menunjukan kejayaan dan mempunyai rezeki yang lebih.Mungkin ini merupakan lambang kejayaan dan sedikit kenikmatan yang melebihi dari orang lain.

Sangat baik jika kita melihat bawah dalam kehidupan.Kalau kita kerap melihat atas akan menimbulkan rasa cemburu.Kalau kita memandu jangan lihat orang yang memandu kereta besar tapi lihat orang yang memandu kereta yang kecil dari kita pandu.Sudah tentu kita rasa gembira dapat memandu kereta yang lebih besar dari orang lain.Kepada yang memandu kereta kecil, jangan lihat mereka yang berkereta besar tapi lihat mereka yang menonggang motosikal.Paling tidak kita tidak kena berhujan dan panas.Memandu kereta lebih selesa dan jika berlaku kemalangan tidaklah teruk sangat jika dibandingkan mereka yang menonggang motorsikal.Kadang-kadang rasa kasihan juga apabila hujan, mereka yang menonggang motorsikal dan membawa nak-anak terpaksa basah kuyup.Kepada mereka yang memandu klereta kecil sekali pun tidak akan basah kerana hujan.Sudah tentu ini sangat baik.Kepada yang memandu motorsikal pula lihat mereka yang terpaksa menunggu bas dan teksi.Mereka terpaksa menunggu lama dan kadang-kadang terpaksa berdiri di perhentian bas yang tidak mempunyai tempat dudukKadang-kadang bila ada bas yang datang tetapi terpaksa bersesakl-sesak pula. Sudah tentu menunggu bas atau teksi mengambil masa yang lama dan waktu sampai sudah tentu tidak menentu. Kepada yang mampu berjalan dan dapat menaiki bas perlu lihat mereka yang terpaksa berjalan kaki, sakit dihospital dan ada juga yang tidak boleh berjalan dengan kaki tergantung.Sudah tentu mereka yang tidak sakit dan dapat berjalan sangat benasib baik.Itu sebabnya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita perolehi dalam kehidupan.Tidak semua yang kita mimpikan dan orang lain miliki dapat kita miliki.Jika kita ingin memeilikinya juga kita perlu bekerja kuat untuk mendapatkanya.

Kadang-kadang ada juga barangan yang tidak diperlukan dalam kehidupan atau diperlukan sekali-sekala yang tidak perlu dimilki tetapi merasa seronok kalau dimilki.Kalau dikira dari segi ekonomi barangan tersebut tidak perlu dimiliki tetapi ramai orang yang bangga jika memeiliki atau mendapat peralatan tersebut atau berada dalam simpanan sendiri.Kadang-kadang memiliki peralatan atau barangan tersebut menjadikan kita rasa lega dan ada juga perasaan riak.Mungkin tidak salah memeiliki peralatan tersebut tetapi kadang-kadang oleh kerana kegunaan sangat minimum peraqlatan itu boleh disewa sahaja.

Perkara yang paling jelas yang paling disukai oleh pihak pengurusan masjid adalah memiliki van mayat atau kereta mayat.Sekarang ini zaman mewah, van mayat kadang-kadang didermakan oleh syarikat korporat.Sudah tentu van mayat sangat diperlukan jika berlaku kematian dan amat sukar untuk urusan mayat juika van dimiliki oleh pihak majid.Pembaziran dalam memiliki van mayat adalah kerana kerap kali jumlah kematian dalam satu kariah masjid sangat sedikit yang memerlukan perjalanan membawa mayat untuk perjalalanan jauh.Kerap kali van mayat digunakan sangat minuman.Kita dapat melihat van mayat diletakan ditempat letak kereta atau dihadapan masjid sahaja.Sudah tentu setiap kendereaan yang sepatutnya bergerak jika tidak bergerak dalam tempoh yang lama memerlukan penyenggaraan yang mana memerlukan perbelanjaan.Van mayat yang terletak sahaja tanpa digunakan memerlukan perbelanjaan.Adalah merisaukan jika tidak dijaga dengan baiki, van ini akan rosak tidak digunakan dan apa yang tambah merisaukan jika ingin digunakan van mayat pula tidak boleh digunakan.Kadang-kadang memilik van mayat ini tidak sewajarnya diletakan dibawah penyenggaraan masjid.Langkah kerajaan meletakan van mayat dibawah penyelian Majlis Agama Islam adalah sesuatu usaha yang patut dipuji.Van mayat dijaga dengan pengurusan berpusat adalah sangat ekonomi dan tidak membazir.Sudah tentu van ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja apabila diperlukan.Sudah tentu van ini akan mempunyai  pemandu dan pengurusan kenderaan yang baik.Sepatutnya setiap pihak masjid mesti memikirkan untuk tidak mem,punyai van mayat persendirian.Penjagaan berpusat dan boleh digunakan pada bila-bila masa adalah sesuatu yang perlu difikirkan.Pihak masjid tidak perlu memikirkan untuk mencari pemandu, menjaga kenderaan dan juga menguruskan secara profesional yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan. Pihak masjid tidak harus menerima pemberian van mayat tanpa memikirkan kaedah penjagaan dan kuantiti penggunaan.Tidak bagus juga sikap ingin memiliki atau ingin ada sahaja van mayat tetapi kadar penggunaan sangat sedikit.Adalah lebih baik jika ada syrikat yang ingin menderma van mayat harus diserahkan kepada Malis Agama Islam sahaja. Pengurusan van mayat lebih terurus.

Banyak juga institusi yang ingin memiliki ambulan sendiri.Ini kerana pada pendapat mereka sangat mudah jika berlaku kecemasan kalau memiliki ambulan sendiri.Ambulan ini kerap dimiliki oleh institusi pembelajaran dan juga asrama tertentu.Tidak salah juga memiliki ambulan sendiri.Apa yang perlu difikirkan ialah apabila memiliki ambulan sendiri, pemandu perlu dicari dan yang paling penting pemandu mesti duduk berdekatan dengan ambulan.Ini adalah untuk kemudahan jika berlaku kecemasan.Sudah tentu kecemasan tidak selalu berlaku.Kalau tidak berlaku baik juga.Kita dapat melihat memiliki ambulan secara persendirian agak membazair.Harga ambulan juga tidak mahal dan setiap ambulan perlu memiliki paramedik.Tidak guna memiliki ambulan tetapi tidak mempunyai kepakaran kesihatan. Ambulan perlu diurus secara profesional.Ambulan bukan sebagai kenderaan penggangkut tetapi kenderaan yang mampu memberi bantuan awal semasa dalam perjalalanan.Adalah sangat baik juga ambulan perlu diletakan dalam pengurusan berpusat.Seperti juga van mayat, jika ambulan dapat diuruskan secara berpusat, perkhidmatan bertambah cekap, ekonomikal dan lebih terurus.Kalaulah sesuatu institusi mampu membeli ambulan yang canggih, apa salahnya ambulan ini diserahkan untuk diuruskan secara teratur.Adalah lebih baik ambulan ini diletakan dibawah pengurusan hospital Banyak orang dapat menafaatkan ambulan tersebut.

Sikap ingin memiliki sahaja tanpa penggunaan yang ekonomikal adalah sesuatu yang tidak baik.Sikap ini selalunya ada kepada mereka yang menguruskan bukan wang sendiri terutama dari wang kerajaan.Itu pasalnya banyak pembaziran berlaku dalam pengurusan aset kerajaan..Kita dapat lihat banyak jabatan yang berlumba-lumba membeli bas untuk jabatan.Penggunaan bas jabatan boleh dikira dengan jari.Lihat sahaja apa yang perlu disediakan jika mempunyai bas jabatan.Sudah tentu memerlukan dua orang pemandu dan bas juga perlukan penyenggaraan yang tinggi.Jika penggunaan tidak sibok atau sekali sekala dalam sebulan adalah lebih baik apa bila bas ingin digunakan pihak jabatan tertentu menyewa sahaja dari syarikat swasta.Mungkin banyak jabatan lebih bangga jika bas mempunyai nama jabatan mereka di badan bas.Mungkin ini adalah pemikiran lama.Setiap perbelanjaan dan tindak tanduk perlu pemikiran yang cekap.Kalau sesuatu jabatan menyewa bas syarikat swasta ini adalah lebih baik dan dapat membantu perniagaan.Kerap kali jabatan yang mempunyai bas sendiri akan mempunyai masalah penggunaan dan lain lain masalah pengurusan yang mudah tetapi kerap kali menimbulkan masaalah juga.

Sikap untuk ada sahaja tanpa penggunaan yang penuh adalah tidak baik.Pihak individu atau jabatan perlu memikirkan secara mendalam untuk memilki sesuatu peralatan yang kadang-kadang lebih baik jika disewa sahaja.Penggunaan secara sewa akan lebih menjimatkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.Penggunaan secara sewa mungkin baik kepada kenderaan kerana kenderaan memerlukan penjagaan yang rapi dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Setiap tidak tanduk perlu memikirkan apakah peralatan yang kita hendak itu digunakan sepenuhnya.?Apakah memiliki sesuatu  barangan hanya tujuan untuk menunjuk-nunjuk sahaja?.Sikap begini adalah tidak baik.Sentiasa lihat bawah untuk kesyukuran dan lihat atas untuk menjadi lebih bermotivasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...