nuffnang ads

Wednesday 24 October 2012

MELAKA HEBAT: HIDUPKAN BUDAYA MENCARI KERJA.



Banyak orang bertanya selepas Melaka telah menjadi negeri maju, apa yang kena/perlu kita lakukan. Ini telah diterangkan oleh YAB Datuk Seri Ketua Menteri. Melaka Hebat adalah matlamat kita apabila telah berada dikelompok negara maju. Apa pula yang perlu dilakukan oleh rakyat Negeri Melaka untuk menjadi Melaka Hebat. Salah satu yang kita perlu terus lakukan adalah menghidupkan budaya mencari kerja. Setiap manusia/penduduk dikatakan dilahirkan ada mempunyai perasaan malas. Katanya malas adalah sifat semula jadi manusia, untuk menjadi hebat perkataan malas perlu ditukar kepada pantas tidak sahaja rajin. Ini bermakna setiap kerja perlu dilakukan secepat mungkin dan harus siap sebelum sepatutnya disiapkan. Tarikh penyiapan projek atau kerja yang telah ditetapkan bukan lagi target asal tetapi perlu disiapkan secepat mungkin dalam bentuk segala usaha dengan pendekatan teknologi.

Sebagai rakyat negeri yang hebat, rakyat perlu sentiasa mencari kerja dan tidak menunggu kerja mencari kita. Setiap rakyat ada sahaja kerja yang perlu dilakukan dan setiap jabatan atau badan tertentu sentiasa sahaja mempunyai program untuk sejahteraan rakyat atau meningkat sosio ekonomi rakyat Melaka.  Sikap menyibukan diri adalah sebahagian dan gaya hidup kehidupan masyarakat. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Kepada anak-anak yang menghadapi peperiksaan, harus sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tidak cukup dengan tusyen dan latih tubi yang diberi oleh cikgu tetapi buku latihan tambahan perlu dibeli. Setiap diri pelajar perlu membuat latihan dari soalan peperiksaan terdahulu untuk tempoh yang agak lama, soalan peperiksaan untuk 30 tahun lepas perlu dicuba bersama kawan-kawan untuk diketahui samaada jawapan yang didapati sama atau berlainan. Jika boleh dapatkan soalan peperiksaan dari kawan-kawan luar daerah atau luar negeri dan kalau soalan peperiksaan dari luar negara dapat diperolehi apa salahnya dicuba. Dunia dikatakan tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari. Ini perlu dilakukan oleh setiap pelajar dari negeri hebat ini.

Cikgu juga perlu kreatif, kaedah pengajaran yang lain dari yang lain perlu dipraktikan. Kaedah pengajaran traditional perlu dipertingkatkan dengan kaedah pengajaran menggunakan media baru atau peralatan moden yang berasaskan teknologi. Kaedah peralatan elektrik tidak boleh lagi menggunakan lampu fluorescene lagi tetapi telah berubah kepada Organic Light Emitting  Diode (OLED). Kaedah pengajaran menggunakan bateri kering untuk menyalakan lampu telah jauh ketinggalan. Pengajaran sains dan teknologi menggunakan alat bantu mengajar yang moden seperti penggunaan Auto Teller Machine (ATM Machine) yang sebenarnya atau penggunaan mesin moden perlu diketengahkan. Amat mudah mendapat kemudahan ini melalui internet. Untuk mendapat maklumat ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Apa yang penting adalah kreativiti dan kerajinan. Guru-guru perlu menggunakan kemudahan ini untuk mengetahui kaedah pengajaran negara maju. Kalau dahulu semua ini amat sukar untuk diketahui kerana terlalu jauh atau perlu menghadiri kursus untuk mendapat pengetahuan ini. Sekarang setiap maklumat boleh didapati segera dan tanpa bayaran yang tinggi. Budaya suka mencari kerja perlu ada dalam diri setiap guru. Kalau dulu banyak ibubapa menyuruh anak-anak mereka memilih kerjaya guru dengan alasan guru bekerja separuh hari sahaja. Kurang kerja dan boleh balik rumah awal. Itu budaya dan pendapat dahulu. Zaman sekarang guru perlu sentiasa aktif dan kreatif. Anak-anak murud datang kesekolah dengan telah mengetahui apa yang akan diajar oleh guru. Kalau dulu cikgu mengajar murid-murid yang tidak pandai tetapi sekarang guru perlu mengajar murid-murid pandai. Tahap ekonomi keluarga yang baik telah membolehkan berbagai kemudahan ada dirumah. Anak-anak telah biasa dengan peralatan komputer dan mahir denagn penggunaan komputer. Banyak yang mereka telah ketahui melalui internet sebelum guru mengajar. Jika guru masih lagi memikirkan mereka mengajar murid yang tidak pandai. Akibatnya guru-guru akan hidup dalam dunia yang berlainan.

Para profesioanl juga perlu memikirkan untuk membuat perubahan dalam bidang teknologi. Teknologi berubah setiap saat. Hari ini kita membeli alat elektronik yang dikatakan canggih dan termoden. Keesokan harinya kita pergi ke kedai yang sama, peralatan dan teknologi yang lebih canggih akan diperkenalkan. Kadang-kadang kita menjadi hamba kepada teknologi. Inilah yang dikatakan zaman sains dan teknologi. Ledakan teknologi semakin cepat dan kita perlu berlari untuk mengejarkanya. Mereka yang profesional perlu sentiasa melengkapkan diri mereka dengan teknologi terkini. Ini boleh didapati dari maklumat terbuka, internet, perbincangan, persidangan dan seminar yang dihadiri. Apa yang jelas, setiap profesional perlu rajin belajar dan mengetahui sesuatu yang baru. Banyak lagi bidang teknologi yang perlu diterokai untuk negeri hebat..

Pada tahun enam puluhan, setelah menuntun filem James Bond 007 dan “From Rusia With Love”. Banyak penunton menyatakan cerita James Bond semuanya pembohong belaka kerana peralatan yang digunakan sangat moden berteknologi tinggi. Rakyat Malaysia tidak pernah memikirkan apa yang ditunjukan dalam filem James Bond telah kita miliki sekarang ini. Rumah kita telah dipenuhi dengan barangan yang berteknologi tinggi. Semua peralatan telah mempunyai peralatan kawalan jauh atau menggunakan “remote control” sahaja. Peralatan perhubungan yang digunakan oleh James Bond telah digunakan hampir setiap orang malahan anak kecil dan murid sekolah juga mempunyai peralatan canggih yang pernah digunakan oleh James Bond. Sampai katil yang digunakan oleh James Bond telah digunakan di hospital dan telah juga digunakan dirumah. Teknologi telah menguasai kehidupan. Pada masa hadapan penggunaan teknologi menyeluruh untuk kehidupan harian sudah pasti akan dicipta. Ini perlu dipelajari oleh profesional teknikal supaya kita tidak ketinggalan. Teknologi ini tidak datang sendiri dan perlu dicari dan amat jarang pendedahan sebegini dapat dilakukan secara pembelajaran rasmi. Mendapat teknologi ini perlu melalui kehendak diri sendiri atau pembelajaran sendiri. Ini perlu dilakukan oleh para profisional negara kita.

Ibu bapa sekarang berlainan dari ibu bapa zaman dahulu. Kalau dulu cukup sekadar memberi makandan pakai untuk anak-anak dan yang lain biarkan mereka cari sendiri. Anak-anak sekarang memerlukan lebih dari itu. Anak-anak perlu disediakan dengan berbagai peralatan dirumah, komputer peribadi, talipon bimbit, pakaian yang berjenama dan kadang-kadang perlu dibawa bercuti ketempat-tempat tertentu diluar atau dalam negeri. Tidak dinafikan banyak ibubapa yang mampu menyediakan itu semua. Ada juga yang ibubapa yang kurang mampu. Walaupun barangan yang telah diperkatakan tidaklah menjadi kesalahan jika tidak diadakan tetapi adalah lebih baik kalau kita boleh mengadakan. Mahu tidak mahu ibubapa sekarang perlu berkerja kuat. Kalau yang mempunyai pekerjaan yang berpendapatan rendah. Pendapatan tambahan perlu dicari. Budaya mempunyai dua jenis pekerjaan bukan lagi budaya baru. Cara hidup mempunyai dua perkerjaan adalah cara hidup biasa dalam negara maju masa sekarang. Setiap keluarga perlu mempunyai sumber pendapatan tambahan untuk keluarga. Ini boleh didapati dengan membuat pekerjaan tambahan atau mendapat pendapatan tambahan dengan kreativiti yang dimilki. Mungkin pada waktu siang bekerja dipejabat tetapi pada waktu malam mungkin menjadi penyanyi. Ada juga yang menjadi pemain silap mata atau ada juga yang melakuan perniagaan kecil-kecilan diluar waktu pekerjaan biasa. Ada juga yang membuat perniagaan melalui kemudahan “on line”. Perniagaan melalui “on line” sangat digemari sekarang ini. Cara peniagaan juga cukup mudah, buat sahaja promosi melalui kaedah apa sahaja, minta pelanggan bayar dahulu dan barang akan dihantar dengan pos apbila bayaran telah diterima. Ini kaedah membeli belah zaman moden yang boleh dilakukan secara part-time dan amat diminati, trend perniagaan terkini yang sangat laris penjualanya. Ini boleh diceburi secara serius jika memerlukan pendapatan tambahan.

Kepada pegawai kerajaan juga perlu sentiasa sibuk mencari kerja. Waktu terluang perlu digunakan untuk mendapat pengetahuan baru untuk memperbaiki keedah kerja. Guna masa yang terluang untuk membuat sesuatu yang berfaedah atau berkreativiti. Cari kaedah yang boleh membaiki mutu perkhidmatan dan pendekatan baru. Fikir bagaimana sesuatu kaedah kerja boleh dipendekan untuk membuat sesuatu keputusan. Kaedah kerja lama perlu diperbaiki. Borang-borang lama perlu dimodenkan. Kalau boleh kaedah kerja menggunakan kemudahan “on line” dapat diserapkan dalam semua bidang pekerjaan. Ini bersesuaian dengan zaman ICT dimana penggunaan secara “on line “ amat dititik beratkan.

Banyak masaalah dapat diselesaikan jika penyelesaianya yang serius dapat difikir dan dilaksanakan. Jika penyelesaian hanya  bergantung kepada perubahan sikap sahaja, hasil penyelesaian akan mengambil masa yang sangat lama dan mungkin tidak akan berlaku. Jika berlaku pun hanya dalam tempoh sementara sahaja. Adalah dicadangkan sesuatu masaalah diselesikan secara serius dengan pendekatan teknologi dan peraturan. Kajian proses penyelesaian secara pendekatan yang sistematik ini amat perlu melalui penyelidikan atau pemerhatian. Peralatan atau pendekatan baru perlu dicuba tanpa ragu-ragu dan memerlukan sedikit perbelanjaan. Apa yang penting sekarang ini setiap masaalah dapat diselesaikan untuk menafaat rakyat dan negara. Hasil inovasi dan kreativiti rakyat boleh digunakan untuk penyelesaian atau memudahkan urusan harian.

Warganegara yang baik sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan atau masyarakat. Sikap lihat sahaja sesuatu kejadian tanpa membantu dan mengambil tindakan sepatutnya adalah sikap yang tidak baik. Kita sepatutnya menegur apa yang tidak kena dihadapan kita jika perlu dan tidak mengakibatkan sesuatu yang tidak baik kepada kita. Jika kita bertemu dengan sesuatu kemalangan kita perlu membatu apa yang kita mampu. Jika kita lihat sesaorang memerlukan bantuan segera, kita perlu membantu dengan segera. Jika kita seorang professional yang boleh membantu sesuatu sesuai dengan kepakaran kita, kita perlu meberi bantuan permulaan supaya yang akhir nanti akan diselesaikan kemudian nanti.oleh mereka yang sangat layak. Amat mudah kalau kita ingin membantu dan jika kita ada perasaan juga mempunyai keinginan ingin berubah. Ini akan didapati dengan sentiada bekerja kuat dan sentiasa mencari kerja tanpa duduk berdiam diri. Budaya Negeri Melaka hebat perlu diikuti oleh rakyat Melaka yang sentiasa ini maju dan berjaya dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...