nuffnang ads

Friday 19 October 2012

KALAU LAYAK SUDAH TENTU LAYAK.



Kerap juga kita mendengar orang berkata “kalau sudah layak, sudah tentu layak”. Layak membawa makna padan, patut dan sesuai.Layak juga membawa makna mempunyai kebolehan (sifat dan kemampuan) yang tertentu atau yang sewajarnya (untuk sesuatu), memenuhi syarat-syarat yang ditentukan untuk sesuatu. Layak juga bermakna laku dan rupa. Selayaknya bermakna sepatutnya dan sepantasnya.Melayakan bermakna menjadikan layak, memadankan dan menyesuaikan.Kelayakan membawa makna kebolehan, kecekapan dan kesanggupan. Berkelayakan ialah mempunyai kelayakan, berkebolehan dan cekap. Layak juga membawa makna ikan yang dibelah dari belakangnya dan dikeringkan.Melayak juga bermakna membelah ikan untuk dikeringkan.Layak juga sejenis tumbuhan yang merupakan pokok memanjat yang berteras dan juga akar pisang-pisang jantan. Layak juga bermakna tong membanting padi.

Banyak orang meragui sejak dari tahun 2010 apabila negeri Melaka diistiharkan negeri maju.Banyak yang tidak setuju dan berkata itu dan ini apabila berkata negeri Melaka telah maju.Banyak yang berkata negeri banyak semak, jammed dan tidak banyak bangunan tinggi.Macam mana nek kata negeri Maju kerana tidak nampak banyak bangunan tinggi.Banyak yang meragui negeri Maju ini hanya melihat sekeliling sahaja dan membandingkan apa yang mereka lihat didalam tv atau ketika menonton wayang.Adalah amat melucukan jika ada orang yang meragui negeri Melaka telah maju dengan hanya melihat disekitar dan membandingkan apa yang merela lihat dala filem atau TV sahaja.Mereka tidak tahu Melaka layak mendapat pengiktirafan negeri maju keraja Melaka sangat layak kerana kejayaan Melaka diukur menggunakan 32 indikator kehidupan seharian. Pencapaian indikator ini dibandingkan dengan pencapaian negeri maju.Kalau pencapaian negeri Melaka setanding dengan negeri maju yang lain, sudah tentu negeri Melaka layak dipanggil negeri maju.

Kalau dahulu orang datang  negeri Melaka tidak tahu apa yang ingin dicari.? Paling-paling datang Melaka pergi melawat Zoo Melaka dan mengunjungi A Farmosa di Banda Hilir peninggalan Portugis, mendaki Bukit St. John dan Bukit St. Paul. Usikan selalu kedengaran yang Melaka tidak ada apa yang boleh dibanggakan lagi. Banyak yang berkata bukit telah diberi pada Cina, tanjong telah diberi kepada Keling dan kampong telah diberi pada Jawa. Hanya yang tinggal Batang Melaka dan buah Melaka sahaja. Gurauan itu sudah tidak didengari lagi sekarang. Sekarang ini slogan yang kerap diperkatakan Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia. Ini bermakna jika melawat Melaka tidak perlu pergi ketempat lain lagi. Semuanya telah ada di Melaka, itulah Melaka pada tahun 2012,setelah dinobatkan negeri maju pada tahun 2010. Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau pula menjadi sebutan setiap pemimpin apabila bertemu rakyat. Melaka Negeri Bersih lagi Indah juga adalah panggilan mesra untuk Melaka. Apabila memasuki negeri Melaka melalui Tol Ayer Keroh terasa seperti memasuki sebuah negeri yang agak asing dengan kebersihan dan pokok-pokok bunga yang mengucapkan selamat datang.Melaka adalah antara negeri yang terbersih berbanding dengan negeri lain di Malaysia.Lanskap negari Melaka antara yang tercantik dan apabila melihat kebersihan negeri Melaka kita tentu dapat membayangkan seperti kita berada diluar negara.

Setiap rakyat Negeri Melaka telah memahami yang mereka telah mendiami didalam sebuah negeri maju. Maju dalam ertikata tahap kehidupan yang lebih baik dari dahulu. Kemajuan sesuatu negara di nilai dari tahap hidup rakyat. Untuk Negeri Melaka, taraf hidup telah dinilai dari 32 indikator pencapaian kehidupan. Semua yang diukur telah menunjukan pencapaian yang baik dan ini dapat dilihat dari pencapaian tahap kehidupan harian. Sangat jelas tahap kehidupan rakyat Negeri Melaka jauh lebih baik dari satu ketika dahulu. Bukan semua tahap kehidupan dapat diukur secara metamatik. Apa yang boleh diukur telah diukur dan ini telah menunjukan sesuatu yang sangat baik. Ada juga tahap kehidupan yang tidak dapat diukur tetapi dapat dilihat dengan mata.

Selepas bergelar negeri maju, Melaka akan menuju negeri bandar berteknologi hijau pula. Hebat bermakna rakyatnya yang hebat yang akan disusuli dengan segala kemudahan yang hebat. YAB Ketua Menteri kerap berpesan. “Jika Melaka telah menjadi maju dan hebat, rakyat perlu lebih berdisiplin dan bersopan santun”. Semua budaya tidak baik tidak perlu berada di Melaka lagi. Gejala rasuah perlu ditiadakan, kadar jenayah perlu serendah mungkin atau ditiadakan. Setiap bandar di Melaka perlu jadi bandar yang selamat pada setiap masa siang dan malam. Selamat untuk semua gulongan dan peringkat umur. Jika rakyat ingin menjamu selera diwaktu malam, mereka boleh keluar dengan gembira dan tiada ragu-ragu. Anak-anak juga boleh pergi dan balik sekolah tanpa gangguan. Gulongan warga emas juga tidak ragu-ragu untuk beriadah ditempat awam tanpa ada gangguan. Rakyat boleh bekerja dengan senang hati dan dapat meninggalkan rumah setiap hari tanpa ragu-ragu. Anak-anak berupaya mendapat segala didikan yang sempurna  dan proses pembelajaran dapat berjalan dengan baik tanpa gangugan. Itulah mathalamat kerajaan untuk menjadikan rakyat Negeri Melaka adalah rakyat yang paling gembira dalam kehidupan mereka.

Mengunjungi Melaka telah menjadi kegilaan. Ini dapat dilihat setiap hujung minggu atau waktu percutian, kenderaan menjadi sesek disegenap pelusuk negeri Melaka. Banyak orang bersungut katanya Melaka sudah tidak serupa dahulu. Memang benar, banyaknya orang berkunjung atau sesaknya sesuatu kawasan adalah melambangkan kemajuan sesuatu negeri. Kalau ramai datang, banyak yang ingin dilihat dan banyak ragam manusia yang perlu dilayan. Apa yang paling penting banyak kerenah manusia yang perlu dilayan. Banyak yang datang mencari tempat makan yang sedap atau best. Kalau dahulu di Kedah setiap dari kita ingin merasa Laksa Kedah atau Laksa Kuala Kedah atau Laksa Telok Kechai atau Pasembor Kodiang. Kalau makan satey seharusnya Satey Kajang. Melaka pada satu ketika dahulu tiada makanan kebanggaan, tetapi sekarang ini Asam Pedas Melaka telah menjadi popular selain Ikan Bakar dengan nasi lemak bungkus. Setiap yang datang Melaka sudah pasti ingin merasa masakan asam pedas Melaka. Sekarang ini kedai makanan menjual asam pedas sudah berada dimana-mana diseluruh negeri Melaka. Satu lagi produk kreatif makanan yang telah menjadi sebutan di seluruh negara. Ini telah menaikan ekonomi rakyat negeri Melaka yang satu masa dahulu terkenal dengan cencalok dan belacan sahaja. Belacan Tanjong Keling telah menjadi terkenal. Kalau ingin menikmati cencaluk sudah pasti cencalok dari Tanjong Keling. Sampai sekarang kedua-dua produk tersebut masih dicari pelancong di Tanjong Keling. Berkunjung sahaja di Tanjong Keling, belacan dan cencalok dijual sepanjang jalan. Menurut ramai pelancong belacan dan cencalok disini oiginal. Kalau sudah makan belacan Tanjong Keling, sudah pasti tidak akan makan belacan dari tempat lain. Itu kata-kata mereka yang fanatik dengan belacan dan cencalok.

Negeri Melaka sangat terkenal dengan kebersihanya. Kebersihan bandaraya Melaka sangat mengkagumkan. “ Sememangnya Melaka negeri yang bersih dan terbersih di Malaysia”. Kata-kata ini kerap didengar. “Bukan bandar sahaja yang bersih, kampung juga bersih”. Ini kata-kata mereka yang balik kampung setiap hujung minggu. Tahniah kepada rakyat negeri Melaka. Pujian ini sangat bertepatan dengan status negara maju dan akan menuju negeri bandar (city state) selepas ini. Sistem angkat sampah berjadual dan tindakan pihak majlis perbandaran  yang lain melantik kontraktor kecil menjaga setiap kawasan dan jalan adalah gerak kerja/pendekatan yang sangat baik. Rakyat ingin melihat perkhidmatan ‘value for money’. Rakyat tidak lokek/berat untuk membayar kalau perkhidmatan yang setimpal akan dapat diberikan. Ini telah dibuktikan di negeri Melaka. Perkhidmatan yang didapati sangat ‘value for money’. Setiap persimpangan telah dihias indah samaada siang atau malam. Sepanjang jalan telah ditanam dengan pokok-pokok yang cantik dan dijaga dengan baik. Sampah berlonggok  atau bersepah yang tidak diurus dengan baik amat jarang kelihatan sepanjang jalan dan tepi jalan juga tidak semak samun lagi seperti yang terdapat disetengah-setengah negeri. Slogan “Melaka Bersih Dan Indah” yang tercatit apabila menghampiri  persimpangan Seri Negeri amat bertepatan dengan kebersihan yang kita lihat, diamalkan dan disediakan. Melaka mengamalkan “cakap serupa bikin”. Apa yang dicakap dilaksanakan dan dapat dilihat dengan mata. Inilah yang dikehendaki oleh pelancong apabila datang ke negeri Melaka.

Amat menghairankan, ada yang tidak suka negeri Melaka telah mencapai status negara maju dengan alasan tidak layak. Macam-macam yang  telah diperkatakan dengan bukti yang nyata, masih lagi yang tidak mahu percaya. Mungkin mereka ini tidak mahu suka orang bercakap benar dan suka kepada cakap-cakap bohong. Kalau tidak mahu mempercayaai 32 indikator yang telah dinyatakan. Kita lihat sahaja disekeliling kita. Lihat sahaja kebersihan di seluruh negeri Melaka.malangnya bersih pun tidak dikatakan bersih Semua orang dapat melihat dengan mata kepala kita  sendiri bagaimana bersihnya seluruh negeri Melaka. Jika kita memasuki negeri Melaka dari laluan Lebuh Raya Utara Selatan melalui Ayer Keroh Jasin dan Simpang Empat, kita seolah-olah memasuki satu kawasan yang baru seperti juga kita memasuki kawasan Woodlands di Singapura. Kebersihan Melaka lebih baik dari Kota Singapura pada setengah-setengah tempat didalam bandar. Memangnya Melaka tidak mempunyai bangunan tinggi sebanyak seperti Singapura tetapi kemajuan sesuatu negara tidak mengira banyaknya  bangunan tinggi.  Apa yang kita miliki dan nikmati adalah menunjukan Melaka negeri maju adalah benar tiada yang lain melainkan benar.

Setiap dari kita perlu bercakap berkenaan kecemerlangan.Hidup perlu lebih positif dan bekerja kuat kerah untuk menjadikan negara ini lebih selamat dan sudah tentu untuk merealisasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.Biarlah ucapan terima kasih menjadi sebutan rakyat negeri Melaka. Memberi atau menerima perlu dimulakan atau diakhiri dengan ucapan terima kasih. Setiap pembayaran dan juga penerimaan pembayaran atau memulangkan wang lebihan perlu berterima kasih. Ini adalah amalan rakyat negeri maju. Amalan ini sebenarnya amat mudah dan kalau menjadi amalan akan menjadi tabiat yang baik. Jadilahkan terima kasih sebahagian tabiat hidup rakyat negeri Melaka. Biarkanlah kata-kata terima kasih sentiasa berkumandang di negeri Melaka. Negeri Melaka akan dikenali negeri berterima kasih.

Adalah tidak perlu untuk mempertikaikan kelayakan sesaorang dengan hanya mempertikaikan sesesuatu nyang agak remeh.Bangsa yang berjaya kerap menghargai kebijaksanaan dan mempergunakan kebijaksanaan. Melaka telah memperggunakan kebijaksaan untuk memajukan negeri ini. Melaka mempunyai pemimpin yang bijak dan rakyat yang sangat bijak.Kenapa kita perlu meragui layak atau tidak layak dengan hanya melihat tanpa usul periksa. Melaka talh maju adalah benar dan layak.Melaka juga mempunyai pemimpin yanmg sangat layak kenapa perlu difikir layak atau tidak. Fikir samaada kita layak atau tidak. Itu lebih penting.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...