nuffnang ads

Monday 8 October 2012

1001 CERITA ASRAMA SEKOLAH YANG TIDAK PERNAH BERUBAH.


Pada awal tahun 70an mendapat tawaran  bersekolah di sekolah yang mempunyai asrama adalah satu kebanggaan keluarga dan sekolah. Apakah lagi kalau mendapat tawaran kesekolah berasrama penuh. Ianya satu peluang yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Guru-guru juga kerap menyatakan kepada anak-anak murid supaya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat bersekolah di sekolah yang mempunyai asrama. Ini kerana pada masa itu dikatakan kemudahan sekolah berasrama sangat lengkap. Kemudahan sekolah luar bandar tidak begitu lengkap Itu sebabnya sekolah asrama ditubuhkan oleh kerajaan dengan harapan supaya anak-anak dari luar bandar mendapat pendidikan yang sempurna disekolah yang serba lengkap. Pada masa itu sekolah asramalah menjadi pelengkapnya.

Satu lagi yang amat membanggakan ketika itu jika anak-anak dapat memasuki sekolah berasrama penuh, semuanya akan ditanggung oleh kerajaan. Kerajaan akan memberi bantuan kewangan makan, minum, bayaran asrama, duit poket dan juga tambang balik ke kampong. Begitulah yang kerajaan berikan untuk memberikan pendidikan kepada rakyat Malaysia. Ada yang menyatakan bersekolah di sekolah berasrama penuh seperti membela ayam daging. Semuanya telah disediakan dari bangun tidur hingga hendak masuk tidur. Setiap penghuni asrama hanya perlu belajar sahaja. Itu sebabnya dikatakan keputusan peperiksaan sekolah asrama penuh sangat baik dan menjadi kebanggaan. Inilah yang dikatakan sekolah yang mempunyai kemudahan yang lengkap. Sebenarnya keputusan yang baik bukan hanya kerana sekolah yang serba lengkap tetapi sekolah berasrama memilih pelajar yang mendapat keputusan yang baik yang dikatakan bijak dan pandai. Belum tahu lagi jika sekolah berasrama mengambil pelajar yang lemah dalam semua mata pelajaran. Ini baru diketahui kemudahan serba lengkap dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang. Sekarang ini memasuki sekolah asrama penuh bertambah sukar. Mungkin kerana ramai yang telah mendapat keputusan yang cemerlang jadi pemilihan perlu juga berdasarkan kreativiti dan berbagai-bagai kritera lain. Untuk itu untuk memasuki sekolah berasrama penuh perlu ada sesi temuduga pula. Pelajar yang bijak dari yang terbijak dicari. Ini adalah untuk memastikan sekolah berasrtama penuh mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau pelajar yang pandai dimasukan kesekolah yang dikatakan sangat lengkap sudah semestinya keputusan yang baik dihasilkan. Adalah dicadangkan pada masa hadapan sekolah berasrama penuh mengambil pelajar yang lemah dan jadikan mereka bijak melalui kreativi guru-guru di sekolah berasrama penuh. Itu adalah cerita pembelajaran di sekolah asrama yang kerap di[perbincangkan. Sekarang sekolah berasrama penuh bukan untuk murid-murid pandai dari luar bandar tetapi sesiapa sahaja yang pandai boleh memohon. Begitulah berakhirnya cerita sekolah berasrama penuh. Mungkin pada masa hadapan sesuatu yang inovatif perlu dicadangkan untuk dilakukan di sekolah berasrama penuh.

Satu lagi cerita yang tidak pernah habis disekolah berasrama tidak kira berasrama penuh adalah 1001 cerita yang juga tidak pernah berubah. Cerita yang kerap adalah asrama mempunyai hantu. Ada sahaja cerita hantu samaada dalam tandas atau didalam bilek asrama. Cerita bertambah menarik jika ada kejadian kematian atau kecederaan pernah berlaku di sekolah. Kadang-kadang cerita ini sangat lama tapi disampaikan dari mulut kemulut seolah-olah baru semalam terjadi. Kerap kali ini menjadi cerita utama dan menjadikan penghuni asrama sentiasa dalam ketakutan. Kadang-kadang tiada apa pun yang berlaku, hanya cerita rekaan tetapi kerap menjadi bahan kepercayaan. Ada asrama sampai terpaksa memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Pelajar dan ibubapa tidak akan berpuas hati selagi upacara ini tidak dilakukan. Kerap kali diperkatakan hantu atau orangt-orang tertentu telah dipindahkan. Kadang-kadang rasa macam tidak boleh dipercayai tetapi kalau tidak dibuat ada sahaja cerita yang tidak habis. Upacara ini perlu dilakukan untuk memberiu noktah kepada setiap peristiwa yang telah dilalui. Apa yang pelik setiap asrama pasti ada cerita hantu. Cerita ini sangat popular apabila pelajar baru datang dan terus dikumandangkan sampai bila-bila.

Cerita mendera pelajar atau rangging pada awal kemasukan sudah tidak lagi diperkatakan. Banyak pengurusan sekolah mengaku tiada rangging lagi berlaku disekolah atau asrama mereka. Ini sangat menyedapkan hati ibubapa apabila mendengar taklimat dari guru-guru asrama atau guru disiplin semasa anak-anak melaporkan diri dihari pertama berada disekolah berasrama. Entahlah benar atau tidak atau guru-guru, pengetua atau guru asrama cuba menutup mata dengan alasan kalau tidak mengenali antara satu sama lain macam mana hendak belajar. Ada juga guru yang memberi alasan yang mereka sudah kena dulu, apa salahnya mereka dikenakan juga?. Oleh itu banyak guru atau pengetua yang menutup mata sahaja. Sebenarnya rangging fizikal telah jauh berubah tetapi penderaan atau ragging emosi sangat kuat berlaku. Ada sekolah dilaporkan selama satu tahun mereka dirangging secara emosi. Adalah tidak disedari banyak sekolah asrama tandas yang boleh digunakan oleh pelajat lama atau senior tidak boleh digunakan oleh pelajar baru. Mereka menetapkan hanya satu atau dua tandas atau bilek mandi yang boleh digunakan oleh pelajar junior. Itu tandas untuk senior sahaja jadi kalau mereka bangun lewat pun tandas telah tersedia. Pelajar baru terpaksa beratur panjang dan terpaksa beratur panjang. Apakah bukan penderaan emosi.

Ada sebuah sekolah berasrama yang agak terkenal mempunyai kemudahan pili mandi berair panas tetapi hanya untuk senior juga. Guru-guru asrama tahu tetapi buat tidak tahu kerana mereka juga seperti pelajar senior. Asrama itu juga mempunyai mesin membasuh yang disediakan tetapi untuk kegunaan senior sahaja. Pelajar baru mesti basuh pakai tangan sahaja. Ada lagi yang paling teruk pelajar junior perlu membasuh pakaian dan kasut senior setiap hujung minggu selama setahun. Mustahil pengurusan sekolah tidak tahu, mereka buat tidak tahu. Ini sebenarnya tidak pernah berubah sejak tahun 60an. Anak dagang dirantau orang dikulikan untuk mendapat sedikit pengetahuan. Ini cabaran kepada setiap pelajar baharu kata mereka.

Kecurian duit dan harta benda termasuk duit, pakaian, buku, talipon tangan dan bahan makanan menjadi perkara biasa. Ini kerap tidak dilaporkan kerana sudah menjadi asam garam mendiami asrama. Ada yang mengadu seluar dalam pun kena curi. Ini adapat dilihat kerana RM 7 sahaja satu nyawa dikorbankan. Begitulah besarnya RM 7 kepada seorang guru dan penghuni asrama sehingga mati dikerjakan. Sebenarnya kecurian adalah perkara biasa diasrama. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Bukan asrama sekolah anak-anak yatim sahaja berlaku kecurian tetapi sekolah asrama elit juga berlaku. Kadang-kadang malas hendak diperkatakan jika sudah ramai sangat penghuni diasrama. Berbagai-bagai ragam akan ditemui. Pengurusan sekolah atau asrama kerap tidak menghebuhkan kecurian kerana ini akan memalukan sekolah dan juga menjatuhkan air muka pengetua. Sehingga ada kematian barulah kita sedari ini sebenarnya perkara biasa. Cerita yang semua orang telah tahu tetapi tidak mahu terus bercerita yang mana hendak mejaga air muka banyak orang. Semua yang pernah duduk diasrama, cerita hilang berbagai-bagai harta benda telah menjadi cerita lucu dan akan dikenang sehingga habis hayat.

Kisah pinjam pakaian juga tidak pernah selesai. Pinjam meminjam perkara biasa dari besar sehingga tua tetapi pinjam tidak pulangkan balik sangat banyak berlaku diasrama. Kita sedia maklum, duduk diasrama terdiri dari pelbagai latar belakang keluarga. Ada yang datang dari keluarga yang berada dan ada yang tidak berada. Sudah pasti gaya berpakain dan berbelanja sangat berbeza. Selalunya jika berada diasrama tidak boleh dilihat senang sedikit atau perpakaian cantik atau mahal sedikit. Kalau kena perli sahaja tidak apa-apa. Kerap kali usaha untulk mencuri akan dilakukan dan ada satu gulongan lagi yang kerapa meminjam apa sahaja. Mereka akan meminjam pakaian dan duit ringgit. Kerap kali yang meminjam duit ringgit tidak akan memulangkan sampai habis sekolah. Banyak juga yang meminjam pakaian dan tidak akan memulangkanya sampai lusuh. Kalau diminta semula tidak akan berjawap dan akan dituduh sombong dan berlagak. Ada juga yang meminjam akan memulangkanya tetapi dalam keadaan kotor tidak bercuci.

Meminjam buku, shampoo, pen dan apa-apa alat pembelajaran dan bahan kegunaan asrama satu yang menjadi perkara biasa. Masaalah curi sabun, bahan pencuci dan macam-macam lagi seolah-olah menjadi tradisi diasrama. Kalau dulu mungkin dikatakan banyak yang mendiami asrama datang dari keluarga miskin tetapi sekarang ini banyak yang mendiami asrama datang dari keluarga orang berada, malangnya perkara yang sama juga kerap berlaku.

Penderaan emosi yang berterusan sehingga hari ini yang juga tidak disedari atau tidak diberi perhatian adalah ujudnya laluan senior samaada di kafeteria atau tempat pembelajaran. Laluan ini hanya untuk senior sahaja. Sudah tentu laluan ini akan mempercepatkan kerja seperi di bilik makan. Pelajar junior tidak boleh mengambil makanan atau bahan-bahan melalui laluan senior. Terdapat kasta yang tinggi di sekolah asrama. Kita kerap menyatakan penghinaan kasta tidak dibenarkan tetapi amalan ini dibiarkan disekolah asrama penoh. Untuk pengetahuan pengurusan sekolah, perkara ini sangat berluas-luasa dan telah sampai kepengetahuan ibubapa. Ibubapa banyak yang merasa dukacita tetapi tidak banyak yang dapat dilakukian.

Semua 1001 cerita sekolah berasrama ini tidak pernah berubah. Banyak juga ibubapa yang takut untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah berasrama tetapi kadang-kadang tiada pilih lain. Kepada mereka yang tidak berada, mereka tidak ada pilihan lain. Untuk itu kita perlu sentiasa memikirkan perkara ini. Mari kita sama-sam berterus terang untuk masa hadapan sekolah. Keputusan yang baik amat penting untuk dihasilkan tetapi perangai yang baik juga perlu dihasilkan. Jangan hanya untuk mengejar nama perkara-perkara ini dibiarkan. Keadaan ini akam membunuh kreativiti. Mari kita sama-sama berubah untuk mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak yang berjaya. Generasi akan datang perlu dilihat dari anak-anak muda masa kini. Cerita 1001 kisah disekolah asrama pelu dikurangkan untuk mencapai Wawasan 2020 mengikut acuan kita sendiri.

1 comment:

  1. http://ceritadomino1945.blogspot.com/2017/10/nibiru-akan-picu-gempa-dan-kiamat-19.html
    http://ceritadomino1945.blogspot.com/2017/10/nibiru-akan-picu-gempa-dan-kiamat-19.html


    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : VIPDOMINO99
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...