nuffnang ads

Sunday 14 October 2012

‘COMMON SENSE’ TIDAK ADA.



Common sense based on a strict construction of term, consists of what people in common would agree on which they “sense”  as their commom natural understanding. Some people use the phrase to refer beliefs or proposition that in their opinion most people would consider prudent and of sound judgment without reliance on esoteric knowledge or study or research but based upon what they see as knowledge held by people “in common”. Thus “ commom sense” equates to the knowledge and experience which most people already have or which the person using the term believes that they do or should have. Another meaning to the phrase is good sense and sound jufgemet in practikal matters.

Menurut Bahasa Melayu pula ‘commom sense’ membawa makna akal, akal biasa, otak dan makna umum. Ada juga yang memberi makna deria umum, akal bistari dan deria am. Kalau dalam bahasa harian perkataan ini membawa makna menggunakan akal dan fikiran untuk menyelesaikan sesuatu tugas atau membuat sesuatu tindakan. Ayat ini  begitu menarik apabila di gunakan oleh YB Datuk Wira Omar bin Kaseh semasa mempengerusikan mesyuarat pagi untuk Jabatan Ketua Menteri pada 10 hb Feb 2011 Hari Khamis di Bilek Mesyuarat Tun Mutahir Seri Negeri. Pada masa itu YB Datuk Wira telah menasihati semua yang hadir ke mesyuarat mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan juga perlu menggunakan ‘coomon sense’’ pada masa yang sama. Ini bermakna setiap dari kita selain dari mengikut apa yang telah digariskan kita juga perlu menggunakan pemikiran atau budi bicara selagi tidak menyalahi undang-undang dan peraturan.

Kenyataan yang diberi oleh YB Datuk Wira Omar Kaseh patut diberi perhatian serius. Itu sebabnya mereka yang dipilih berkerja perlu melepasi paras minimum kelulusan yang dikehendaki. Kerap juga mereka yang pandai akan diambil bekerja setelah melepasi sessi temuduga. Jika mereka yang pandai diambil bekerja sudah tentu pemikiran yang pandai itu ingin digunakan untuk bekerja. Bukan hanya mengikut buku sahaja. Adalah didapati banyak dari yang kita temui tidak langsung menggunakan otak semasa berurusan. Banyak hanya berdasarkan peraturan sahaja. Kalau beginilah caranya tidak perlu mengambil mereka yang pandai sahaja bekerja. Ambil mereka yang tidak berkelulusan tinggi pun sudah mencukupi.
Kepada logik pemikiran jika semua telah ditulis, hanya perlu diikui sahaja orang kurang pandai atau berkelulusan rendah pun boleh melaksanakannya. Mereka nyang pandai ada otak dalam bahasa kasar dan sudah seharusnya boleh menggunakan ‘common sense’ jika nasihat Datuk Wira Omar Kaseh kita amati betul-betul.

Sememangnya kelulusan tinggi dan pandai sangat penting.  Sebenarnya kita bukan sahaja dikehendaki pandai tetapi kita juga harus bijak menggunakan ‘common sense’. Sesaorang yang bijak tidak semestinya tahu menggunakan ‘common sense’ kalau mengikut tafsiran yang dinyatakan diatas. Kalau kita ada kedua-duanya ada amat baik dan amat diperlukan oleh negara. Apa yang lebih penting adalah sesaorang perlu pandai menggunakan ‘common sense’’ kalau tidak pandai pun tidak mengapa. Ini kerana ‘common sense’  yang dapat kita gunakan untuk membina kehidupan dan membina negara masa hadapan. Sesaorang yang bijak akan dapat memberi idea yang baik dan praktikal untuk digunakan. Ini telah terbukti banyak juga pekerja yang tidak mendapat kelulusan yang baik tetapi telah dapat berkerja dengan baik kerana tidak tahu menggunakan pertimbangan sendiri. Semuanya perlu ditunjukan, malangnya kita jarang menghargai ‘common sense’. Kita kerap menilai sesaorang dari kepandaian. Ini sebenarnya tidak tepat, mereka yang bijak kerap memberi idea yang bernas dan pandai menggunakan pertimbangan diri sendiri amat baik untuk digunakan dan sangat fokus dan praktikal.

Sememangnya mengikut peraturan adalah sesuatu yang wajib diikuti selagi sesaorang itu makan gaji. Kita tidak boleh berbuat apa yang kita suka, tetapi tanpa menggunakan ‘common sense’ kerja akan menjadi bertambah susah. Contoh yang paling mudah ialah kedatangan bekerja diawal pagi. Memang peraturan telah menetapkan setiap staff perlu berada pada waktu yang tertentu. Selalunya yang sangat sensetif adalah kedatangan awal pagi. Kerap kali jika berlaku hujan lebat atau kemalangan jalan raya, banyak yang akan sampai lewat ke pejabat. Kerap kali ini perlu diberitahu kepada ketua jabatan. Sememangnya dalam peraturan mesti sampai pada waktu yang telah ditetapkan. Sebab-sebab kelewatan ini perlu diperakui oleh ketua jabatan. Inilah yang dikatakan gunakan ‘common sense’, jangan tidak menerima langsung apa yang telah diperkatakan. Kalau difikirkan dengan lebih ‘common sense’, apa salahnya kalau lewat 15 minit, ini akan dapat diganti semasa petang nanti. Malangya inilah yang kerap menjadi pertelingkahan dalam sesuatu jabatan. Banyak juga ketua jabatan yang tidak pandai mengunakan budi bicara, pertimbangan biasa atau ‘common sense’.

Kadang-kadang sedih juga melihat ramai murid-murid yang datang seminit atau dua minit lewat seolah-olah melakukan kesalahan yang agak besar. Mereka didenda seolah-olah telah melakukan jenayah yang besar. Ada yang kata ‘ini adalah proses pendidikan’ tetapi fikirlah sendiri. Mungkin dengan cara ini akan mengakibatkan lebih ramai yang akan ponteng sekolah. Kalau lewat lima minit kena denda macam sehari tidak datang kesekolah, lebih baik tidak datang seharian. Denda atau tindakan pun sama juga. Kepada guru-guru, guru besar atau pengetua gunakanlah ‘common sense kepada anak-anak didik kita. Apa yang penting adalah yang akhir nanti akan diperkatakan orang. Mereka yang berjaya dalam kehidupan adalah semasa mereka dewasa bukan mereka yang kerap datang awal dan mendapat kelulusan yang cemerlang setiap kali dalam peperiksaan. Walaubagaimana pun kepandaian dan mengikuti disiplin adalah sangat penting. Apa yang penting hati anak-anak perlu dijaga dan kepandaian yang kita miliki perlu ditunjukan dengan menggunakan ‘common sense.

Kadang-kadang kelihatan ramai yang akan memanjat Bukit Seri Negeri dengan berjalan kaki untuk berjumpa YAB Ketua Menteri atau pegawai atasan. Kalau boleh berjumpa, kerap hajat akan tercapai, tetapi ada juga yang pulang dengan kehampaan. Kerap kali tidak dapat berjumpa kerana pegawai sedang bermesyuarat, sibok dan pegawai tidak dapat dicari. Amat malang, mereka terpaksa berjalan kaki pulang. Sedih juga melihat mereka. Apakan daya tidak dapat membantu, paling kurang  kadang-kadang dapat juga menghantar mereka di perhentian bas yang berhampiran dengan menumpangkan kereta. Apa salahnya kita memikirkan bagaimana mereka pulang dengan senyuman walaupun tidak dapat berjumpa mereka yang ingin dijumpai. Mungkin sediakan sedikit makanan atau beri peluang berjumpa pegawai pilihan atau selesaikan juga masaalah mereka walaupun pegawai yang ingin ditemui tidak ada. Ini mungkin boleh dilakukan dengan menghubungi pegawai tersebut dan minta bercakap dengan orang yang ingin menemuinya. Ini akan mengambil hati mereka. Ini ditambah pula kita bekerja untuk rakyat mengapa tidak kita gunakan ‘common sense’ untuk membantu mereka.

‘Common sense’ kerap datang dari kepandaian, pengalaman, kebolehan tersendiri, percampuran dan juga pemikiran kreatif. Banyak pemimpin kita sekarang adalah orang yang sangat bijak serta pandai. Itu sebabnya idea mereka dapat digunakan untuk mengubah negara tercinta ini dari negara berorientasikan pertanian semata-mata kepada berorientasikan perindustrian. Pada awal tahun 80an, ini semua telah berubah. Negara kita mula dikenali sebagai negara perindustrian. Kita mengorak langkah lebih terkehadapan dengan menjadi negara pengeluar produk elektronik dan bahan kimia. Negara kita mengeluarkan komponen elektronik dan produk berasaskan kimia dengan mengunakan teknologi luaran (teknologi import). Kita juga menggunakan kepakaran dan modal luaran. Kita mengharapkan semua ini dapat dilakukan atau produk dikeluarkan dengan mengharapkan pelaboran dari luar. Kita berminat dari segi menjana pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ada juga memperkatakan tentang perpindahan teknologi (technology transfer). Ini tidak berlaku pada dasarnya. Jika berlaku pun terlalu pelahan  Apa yang berlaku adalah kerana kita dapat membekal tenaga buruhan murah. Walaupun begitu aktiviti ini sangat disanjung kerana itulah aktiviti terbaik pada ketika itu yang dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Paling tidak rakyat mempunyai pekerjaan untuk sumber ekonomi mereka. Ini kerana negara tidak mempunyai bijak pandai dan modal yang mencukupi. Sebenarnya negara tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu. Pada pemerentah apa sahaja yang membolehkan pekerjaan diwujudkan perlu diberi sokongan.  Inilah ’common sense’ terhebat pemimpin besar negara kita.

Tidak susah jika kita menggunakan ’common sense’ dalam pekerjaan. Penggunaan ’common sense’ sangat diperlukan kepada mereka ytang bertaraf pegawai. Banyak bantuan dapat diberikan jika ’common sense’’ digunakan sebaik mungkin. Kepada mereka yang tidak tahu menggunakan ’common sense’ perlu lebih mendekati masyarakat. Ini didapati dari percampuran harian dengan orang ramai bukan hidup seperti kera sumbang. Jangan balik dari pejabat atau hujuing minggu tidak keluar rumah kononnya hari bersama keluarga. Hari minggu atau hari terluang selain bersama keluarga hadiri juga aktiviti kemasyarakatan dan sertai altiviti sosial supaya pemikiran kita terbuka.

Pengalaman sangat menentukan samaada kita dapat melakukan sesuatu yang baik atau tidak. Tidak juga dinafikan pengalaman akan melahirkan sesaorang yang mempunyai ’common sense’. ’Common sense’ juga menentukan samaada sesaorang itu bijak. Pada masa sekarang ’common sense’ akan memainkan peranan yang penting. Tanpa ’common sense’, kepandaian tidak membawa banyak erti kepada kemajuan sesebuah negara. Untuk itu sebagai sebuah negara yang berada diambang negara maju, kita harus menumpukan perhatian bagaimana ingin melahirkan rakyat yang berkemahiran dan mempunyai ’common sense’. Kerajaan juga mesti memikirkan bagaiman ingin meletakan mereka yang mempunyai ’’common sense’sebaris dengan mereka yang pandai seterusnya melahirkan kebijaksanaan. Kita nampak seolah-olah  ’common sense’ tidak penting. Banyak anak-anak muda lebih berminat untuk berkerja dibidang pengurusan. Mereka selalu memikirkan jika berjaya tidak perlu menggunakan ’common sense’. Cukup dengan hanya bercakap dan membuat arahan sesuatu kerja dapat disiapkan. Sekali lagi, kepandaian tidak cukup ini memerlukan ’common sense’’ untuk menjadikan apa yang difikirkan dapat dibuktikan kebenaranya.

Nasihat YB Datuk Wira Omar Kaseh perlu dipandang serius dan bukltikan melalui perlaksanaan. Jangan bekerja seperti robot dan menanti sahaja suis ditekan. Gunakan pemikiran untuk menjayakan misi kerajaan negeri untuk membantu rakyat. Banyak perkiara dapat dibantu jika kita pandai atau perlu menggunakan ’common sense ’

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...