nuffnang ads

Thursday 11 October 2012

KITA BANTU ORANG, ORANG BANTU KITA.



Setiap kehidupan yang akhir nanti akan diperkatakan orang. Baik buruk kehidupan atau jasa yang telah kita tabur akan dinilai apabila saat akhir sebelum kita tinggalkan dunia ini. Ini yang dimaksudkan yang akhir nanti yang akan diperkatakan. Sekarang kita sangat berbangga dengan pencapaian anak-anak dalam bidang pembelajaran dan khususnya setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pengiktirafan kepada kejayaan dalam peperiksaan sangat baik dan ini merupakan sesuatu yang sangat diperlukan. Walaupun pun begitu kita perlu menyedari perjalanan anak-anak kita dalam menempuh kehidupan sangat jauh lagi tetapi kejayaan masa kini perlu diberi pengiktirafan. Kejayaan sebenarnya anak-anak hanya akan diketahui apabila mereka berjaya atau tidak pada masa hadapan. Jika pendapatan yang menjadi penilaian, kejayaan anak-anak akan dinilai dari pendapatan yang akan diperolehi nanti. Jika dipandang dari segi sumbangan kepada keluarga, kita perlu melihat apakah anak-anak kita pandai membalas budi kepada ibubapa. Berapa banyak yang akan diberi setelah mereka mendapat pendapatan sendiri pada masa hadapan. Jika kita pandang pula dari segi sumbangan kepada negara, Apakah anak kita mampu menyumbang kepada negara dari segi kepandaian dan pengetahuan yang mereka miliki?. Apa yang jelas adalah segala yang akhir nanti yang akan dinilaikan.

Kerap dibaca dalam surat khabar berlaku berbagai kes jenayah disana sini. Banyak jenayah juga dilakukan oleh gulungan cerdik pandai. Mereka ini berpendapatan tinggi dan memegang jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Tidak kurang mereka yang memegang jawatan tinggi terlibat dengan jenayah berat termasuk kes mengedar dadah dan kes bunuh. Pada satu masa dahulu mereka ini sudah pasti menjadi kebanggaan keluarga yang mana telah mencapai kejayaan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan dan kalau satu ketika dahulu jika  berjaya masuk ke universiti juga satu kejayaan yang sangat besar. Mereka tidak kurang menjadi kebanggaan keluarga pada masa dahulu atau sekarang. Mereka telah digulungkan mereka yang berjaya tetapi terlibat dalam kes jenayah pada masa mereka berada dipuncak profesion mereka. Akhirnya segala kejayaan yang telah dicapai akan dilupakan dan yang akhir nanti akan diperkatakan orang. Untuk itu adalah merupakan ingatan yang perlu kita berikan kepada sesiapa juga segala kejayaaan yang kita miliki sekarang tidak perlu sangat dibanggakan kerana perjalanan yang sangat jauh memerlukan lebih ketekunan dan kerja kuat yang berterusan serta kejayaan yang berkekalan.

Kejayaan dalam kehidupan juga sangat bergantung kepada bantuan yang telah kita berikan kepada masyarakat sekeliling. Tidak guna jika kita berjaya dalam kehidupan jika kita tidak berupaya membantu orang lain yang memerlukan. Pertolongan boleh jadi dalam bentuk wang ringgit tetapi boleh jadi juga dalam segala bentuk bantuan dalam segala aspek kehidupan. Jika memegang jawatan yang besar mungkin kita boleh membantu mendapatkan pekerjaan kepada yang meminta bantuan. Jika kita orang yang sangat berpengaruh mungkin boleh mendapatkan tempat belajar dan kalau kita lihat bermacam-macam bentuk pertolongan yang boleh kita berikan. Apa yang penting kita seharusnya mempunyai sikap ingin memberi pertolongan walau dalam bentuk apa sekali pun. Jika kita kurang berpengaruh, mungkin bantuan dalam bentuk kecil juga sangat diharapkan tetapi besar maknanya kepada mereka.

Niat ingin membantu perlu ada dalam setiap individu. Kepada mereka yang berjawatan tinggi, setiap aduan dan rintihan perlu dipandang dengan sangat serius. Setiap kali apabila kita didatangi oleh kakitangan, sanak-saudara, kawan-kawan atau kenalan yang ini membantu kita perlu mempunyai niat ingin membantu. Apabila ada sahaja tetamu yang inginkan bantuan kita perlu sambut dengan senyumaan dan berkeinginan ingin membantu walaupun kita menyedari kita kadang-kandang tidak dapat memenuhi kehendak mereka seratus peratus. Paling tidak kita berkeinginan ingin membantu dan jika bantuan tidak dapat diberi kerana kekangan dari berbagai sudut. Apa yang kita perlukan setiap bantuan atau pertolongan yang dipohon kita berkeinginan ingin membantu?. Ada juga orang berkata kita harus mempunyai niat ingin membantu, jika tidak berupaya apa yang hendak dikatakan.

Sikap bermasam muka apabila menerima tetamu yang ingin bantuan perlu ditiadakan. Sikap buruk sangka yang tidak ingin menemui mereka yang inginkan bantuan semasa berjawatan perlu dikikis atau dibuang jauh-jauh. Ini adalah sikap yang tidak baik. Setiap yang berjawatan telah ditugaskan dan dibayar gaji untuk membantu rakyat. Jika sesuatu pertolongan luar dari batas undang-undang dan tidak dibenarkan. Ini perlu diberitahu semasa perjumpaan. Sikap membolehkan orang yang menemui kita pulang dengan senyuman walaupun permintaan atau pertolongan tidak didapati harus diamalkan. Harus diingati setiap pertolongan yang diberikan akan memudahkan kehidupan orang lain. Sudah pasti setiap pertolongan yang berjaya akan diucapkan ribuan terima kasih dan diiringi dengan doa supaya terus berjaya dalam perkhidmatan atau karier yang diceburi.

Kehidupan dalam dunia tidak boleh kesaorangan/bersendirian. Setiap kali kita perlu bantuan dari kawan-kawan atau juga sanak-saudara. Tidak salah membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan. Jika apa yang dibantu sememang layak menerimanya atau mendapatkanya. Ini bermakna bantuan yang kita berikan hanyalah memudahkan kerja sahaja. Mungkin bantuan hanyalah untuk mengatasi kerenah birokrasi sahaja. Pertolongan yang kita berikan kepada sesuatu pihak atau badan atau kepada sesaorang selalunya akan dibalas dengan baik. Mungkin hari ini kita meminta pertolongan dari sesaorang dan mungkin pada masa hadapan kita pula memerlukan bantuan dari orang lain. Mungkin hari ini kita berpengaruh dan pada masa hadapan anak orang yang kita beri bantuan hari ini berpengaruh pula. Anak kita pula memerlukan bantuan dari anak rakan yang pernah kita  bantu pada satu masa dahulu. Ada orang berkata dunia berputar dan akhirnya kita kesitu juga dan apa yang akhir nanti akan diperkatakan orang.

Kehidupan juga memerlukan kita percaya kepada orang lain. Tidak boleh semua orang tidak betul, kita seorang sahaja yang betul. Sikap merendahkan kebolehan orang lain sikap yang tidak baik. Sikap memandang buruk sahaja kepada sesaorang juga adalah sikap yang tidak baik. Ketua jabatan tidak boleh mempunyai terlalu banyak sikap memandang rendah kepada orang lain. Setiap ketua jabatan seharusnya menghargai kebolehan dan pendapat dari setiap kakitangan. Setiap aduan perlu diselidiki tanpa memihak kepada sesuatu pihak. Kejayaan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada komitmen semua pihak dari serendah-rendah sehingga setinggi-tingginya. Bukan bergantung kepada ketua jabatan sahaja. Kelakuan ketua yang baik, setiap kali kejayaan yang diterima akan memulangkanya kembali kepada organasasi bukan menabik dada sendiri. Kepada kakitangan yang baik selalunya mengatakan kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha ketua jabatan mereka. Ketua jabatan adalah contoh kepada kakitangan dan sentiasa bermotivasi. Segala perbuatan kerap diperkatakan. Sikap ketua jabatan yang sentiasa berkeinginan membantu kakitangan akan sentiasa disanjung. Sanjungan ini bukan setakat ketika  berjawatan sahaja tetapi akan diingati sepanjang hayat dan sentiasa akan disebut.

Sikap saling percaya mempercayaai juga sangat penting dalam sesuatu organisasi. Setiap jabatan sudah tentu mempunyai peraturan atau tatacara kerja yang perlu diikuti. Setiap jawatan mempunyai prosedur kerja yang telah ditetapkan. Ini bermakna setiap jawatan mempunyai tanggung jawap mereka tersendiri. Ketua jabatan harus menyemak bidang tugas dan memastikan segala bidang tugas diikuti untuk kemajuan organisasai. Mereka yang tidak mempunyai sikap saling percaya mempercayai sudah seharusnya tidak mempunyai sikap ingin membantu. Ini akan menimbulkan masaalah dalam organisasi yang mengakibatkan banyak kata-kata belakang yang tidak baik. Sikap begini perlu tidak menjadi amalan dalam sesuatu organisasi pada sebarang keadaan.

Memimpin sesuatu organisasi besar sudah tentu mempunyai banyak cabaran. Organisasi besar mempunyai banyak kakitangan yang berbagai peringkat. Sudah tentu dalam organisasi besar banyak masaalah dan kerenah yang perlu ditangani. Sikap menurunkan kuasa atau mempercayai orang lain menjalankan tugas perlu dilakukan tanpa syak wasangka sangat diperlukan. Sikap merasakan kita sahaja yang penting dan mampu melaksanakan segala tugas perlu kurangkan. Kita perlu memikirkan setiap individu mempunyai kebolehan untuk melaksanakan pekerjaan dalam bidang mereka dengan penyelian yang minima. Bukan bermakna sikap  begini kita membiarkan sahaja pegawai kita melakukan apa yang mereka suka tetapi sikap begini mungkin akan menghasilkan output yang lebih baik untuk organisasi.

 Keinginan untuk membantu dalam sebarang keadaan kerap ada dalam diri ahli politik di negara ini. Profesion sebagai ahli politik bukan sahaja berkebolehan untuk mentadbir tetapi mereka sangat berkeinginan ingin membantu rakyat dalam segala sudut. Ahli politik kerap mempunyai masa untuk membantu masyarakat pada sebarang ketika. Kita dapat lihat ahli politik kerap meluangkan masa hampir keseluruhan kehidupan mereka untuk membantu orang lain. Mereka akan mengunjungi rumah orang sakit dan menghantar sampai keliang lahat jika berlaku kematian. Pada hujung minggu masa akan diluangkan memenuhi semua undangan majlis perkahwinan. Kalau berlaku bencana alam selalunya ahli politik akan menjadi orang yang terawal sampai untuk memberi bantuan peribadi. Lawatan mereka tidak kira siang dan malam. Bantuan kepada mereka yang akan mengerjakan haji, bantuan hari raya dan berbagai bantuan serta pertolongan kerap menjadi rutin harian seorang ahli politik. Profesion sebagai ahli politik perlu diberi penghormatan sebagai profesion yang sangat mulia dan sentiasa ingin membantu kepada sesiapa yang memerlukan. Perharian yang dilalui seorang ahli politik kerap dipenuhi untuk memenuhi agenda kehidupan orang lain. Sikap ini perlu dicontohi oleh profesion yang lain dari sudut yang bersesuaian.

Sikap ingin membantu perlu ada dalam setiap individu. Sikap ini adalah sesuatu yang sangat baik dan perlu disemai kedalam diri anak-anak kita sejak awal umur lagi. Budaya membantu ini telah menjadi amalan rakyat negara maju sehingga membawa kemajuan kepada negara mereka. Bersesuaian dengan status negeri maju yang kita diami sekarang, sikap keinginan untuk menghulurkan tangan ingin membantu perlu telah menjadi darah daging. Bantuan boleh dalam segala bentuk. Jika kita berkebolehan dalam sesuatu bidang kita boleh mengajar kepada mereka yang berminat. Jika kita orang yang berpengaruh kita boleh membantu mereka yang berkeinginan. Jika kita terdiri dari orang yang berkemampuan mungkin kita boleh membantu dari segi wang ringgit. Bantuan ini sangat diperlukan sekarang ini. Jika kita orang pandai mungkin kita boleh mengajar anak jiran kita pada hujung minggu. Jika kita sehat dan mempunyai masa yang terluang kita boleh membantu anak-anak melintas jalan ketika pergi dan balik kesekolah. Masa yang terluang boleh digunakan untuk bergotong royong dikawasan yang kita diami. Keinginan membantu orang lain adalah sikap rakyat negeri maju yang hebat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...