nuffnang ads

Tuesday 23 October 2012

KURANGKAN BERKECIL HATI.



Berkecil hati bermakna tersinggung perasaan, marah sedikit dan tawar hati. Berkecil hati ialah berasa tersinggung perasaan (agak marah) dan tawar hati. Mengecil-ngecilkan hati ialah menyinggung perasaan, mendatangkan sedikit kemarahan. Kekecilkan hati ialah tersinggung bperasaan, perasaan kecil hati atau hilang keberanianya atau ketakutan. Persaan berkecil hati kerap menjadi perbulan harian banyak orang sekarang ini. Tidak boleh salah sedikit atau terdengar sesuatu yang ada kena mengena dengan diri dalam tempuh yang singkat sudah ada perasaan berkecil hati.Malahan sikap atau perasaan berkecil hati sudah menjadi kebanggaaan banyak orang. Agak sukar untuk mencari orang yang tidak berkecil hati.

Sesaorang yang ingin berjaya perlu mengurangkan atau mentiadakan perasaan berkecil hati dalam diri. Setiap kerja perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan tanpa memikirkan apa yang orang lain dapat dan apa yang sepetutnya kita dapat. Banyak orang yang berkecil hati dalam kehidupan hanya tidak mendapat sesuatu bantuan dari kerajaan atau orang lain dengan hanya menyatakan orang lain mendapat bantuan dan kenapa mereka tidak dapat. Kerap kali perasaan berkecil hati ini akan membawa kepada perasaan tidak puas hati dan akan cuba menyatakan ketidak puasan hati dengan membawa mulut dan mengata itu dan ini. Tidak kurang yang akan komplen kepada sesaorang atau jabatan tertentu. Jarang sekali sesaorang dapat memikirkan mengapa mereka tidak dapat dan apakah mereka layak menerima sesuatu?.

Setiap yang hidup perlu berniat untuk hidup yang lebih selesa dan berharap juga orang lain akan selesa. Tiada gunanya kita sekeluarga hidup senang tetapi jiran-jiran sekeliling hidup susah. Bagaimana jika kita sekeluarga dapat makan sedap pada masa yang sama jiran dan rakan terdekat tidak mendapat menjamah makanan. Hidup ini perlu membantu orang lain untuk membolehkan hidup kita lebih bermakna dan berwarna. Bukan dengan cara berkecil hati. Kalau kita hidup dalam masyarakat kita perlu memberi sumbangan supaya kehadiran hidup kita dalam masyarakat disedari. Hidup dalam masyarakat tidak boleh berkecil hati dalam banyak perkara. Walaupun kita tidak mengharapkan orang lain membantu kita dari segi kewangan tetapi ini tidak bermakna hidup dalam masyarakat perlu menyendiri. Kalau kita tidak perlukan bantuan orang lain tetapi kita boleh menyumbang apa yang kita ada untuk masyarakat.

Kehidupan dalam masyarakat tidak semestinya kita menyumbang sesuatu yang besar atau wang ringgit dalam jumlah yang banyak. Kalau tidak menyumbang wang ringgit sudah mencukupi jika kita menyertai aktiviti masyarakat seperti pesatuan penduduk, majlis keagamaan atau majlis gotong royong yang dianjurkan. Kalau boleh kita memberi tenaga semasa majlis kenduri atau pun majlis yang bercorak kemasyarakatan.  Penglibatan ini sudah sangat baik dari segi sumbangan kepada masyarakat dan sangat diperlukan.

Memang amat menyeronokan apabila telah dapat apa yang kita cita-citakan (cita-cita tercapai). Ada juga leka dengan kesenangan yang telah dicapai dan sentiasa memikirkan hal diri sendiri dan keluarga mereka sahaja. Mungkin ini yang mereka ingini tetapi “apakah ini sikap yang baik?”. Banyak yang telah berjaya hanya menumpukan kepada diri sendiri. sahaja Apabila balik sahaja dari pejabat, mereka hanya duduk dirumah melayan keluarga (memang ini sesuatu yang baik). Pada hujung minggu duduk dirumah, pergi membeli belah bersama keluarga atau balik kampung atau berhibur disana sini. Tidaklah diketahui samaada sikap ini baik atau tidak. Kalau kita bertanya kepada sesaorang, mungkin jawapan mereka akan berbeza. Paling tidak kita boleh memikirkan “apakah mencukupi setelah kita menikmati sesuatu yang kita cita-citakan dengan kemudahan yang ada atau telah disediakan ? dan kita menyatakan ini pencapaian kita dan lain-lain tidak penting.

Gaya hidup yang sentiasa berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka. Ada yang mengatakan “”makan free jangan banyak sangat rungutan (komplen)”, makan sahaja dari apa yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru boleh merungut tapi biarlah kena pada tempatnya. Adalah telah terbukti mereka yang berjaya samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang sentiasa menggunakan pemikiran. Perkara negatif ditinggalkan jauh-jauh dan kata-kata yang tidak benar berdasarkan andaian dan fikiran songsang serta memburukan orang jangan disampaikan. Kejayaan negara sangat bergantung kepada rakyat yang sentiasa menggunakan fikiran. Negara akan rosak jika rakyat menjadi penyampai tanpa memikirkanya terlebih dahulu.

Sikap positif juga amat perlu dalam kehidupan. Kita perlu memandang apa yang telah diberikan oleh kerajaan sesuatu yang amat baik untuk kita dan sangat memberi menfaat kepada rakyat. Kehidupan yang  kita miliki  jauh lebih baik dari rakyat negara lain. Negara kita hampir tidak ada pengganguran dari segi pekerjaan (pekerjaan mencari kita). Kita boleh memilih apa sahaja jenis pekerjaan dan sangat bergantung apa yang kita cari (kepuasan hati atau pendapatan). Ini jauh lebih baik dari beberapa rakyat negara jiran yang terpaksa berkorban nyawa untuk mencari pekerjaan. Ada sebilangan yang terpaksa merentas lautan hanya untuk mendapatkan pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat negara ini. Lihat sahaja sampah yang dibuang oleh rakyat negara ini. Menurut kajian dari Universiti Putra Malaysia, 40% dari sampah yang dibuang dinegara ini adalah sampah yang boleh dimakan seperti rojak, roti, nasi lemak, nasi, mee goreng dan apa sahaja makanan yang tidak habis. Makanan ini sepatutnya boleh dimakan lagi tetapi telah dibuang sebagai sampah. Berapa mewahnya rakyat negara ini?.Mengapa kita perlu kerap berkecil hati dengan kerajaan yang telah berjaya ini.

Sikap mengatakan orang lain sahaja yang mempunyai sesuatu yang lebih baik dari kita perlu ditinggalkan. Kita tidak boleh setiap kali mengatakan “the other side greener than us” (orang lain selalu lebih baik dari kita). Kita sebenarnya “greener than the other side”. Kita juga tidak boleh mengatakan kemudahan orang lain lebih baik malahan apa yang kita miliki lebih baik dari orang lain. Negara ini ada segala-galanya dengan rakyat berbilang kaum, ekonomi berkembang baik, banyak pelancong yang datang untuk menikmati keindahan tempat kita, makanan tempatan yang amat disukai, kadar jenayah yang rendah, cuaca yang menarik dan mala petaka besar hampir tidak berlaku. Ini menunjukan negara ini sangat indah dan selamat untuk diduduki dengan kemudahan kesihatan yang baik serta mempunyai pakar kesihatan bertaraf dunia. Ini akan dapat terus dinikmati jika setiap rakyat negara ini berfikiran positif dan memelihara keamanan yang ada. Keadaan hidup yang harmoni yang kadang-kadang ada sedikit gangguan untuk kes terpencil yang perlu segera diselesaikan dan dimaafkan. Ada juga merungut tentang sedikit kenaikan harga barang. Ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Mana ada negara dalam dunia harga barangan turun?. Kita mahu gaji naik sudah tentu harga barang naik kerana perkhidmatan yang disediakan memerlukan tenaga kerja yang juga memerlukan makanan untuk hidup. Sudah tentu sara hidup akan naik dan mengakibatkan semua menjadi mahal. Zaman “sedap, banyak, besar, bersih dan murah” sudah berkahir. Jika kita ingin makanan yang “sedap, banyak, bersih, besar” sudah tentu mahal harganya. Apa yang paling penting semua barangan yang kita perlukan mudah dimiliki dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli.

Sikap ingin membantu perlu ada dalam setiap individu. Sikap ini adalah sesuatu yang sangat baik dan perlu disemai kedalam diri anak-anak kita sejak awal umur lagi. Budaya membantu ini telah menjadi amalan rakyat negara maju sehingga membawa kemajuan kepada negara mereka. Bersesuaian dengan status negeri maju yang kita diami sekarang, sikap keinginan untuk menghulurkan tangan ingin membantu perlu telah menjadi darah daging. Bantuan boleh dalam segala bentuk. Jika kita berkebolehan dalam sesuatu bidang kita boleh mengajar kepada mereka yang berminat. Jika kita orang yang berpengaruh kita boleh membantu mereka yang berkeinginan. Jika kita terdiri dari orang yang berkemampuan mungkin kita boleh membantu dari segi wang ringgit. Bantuan ini sangat diperlukan sekarang ini. Jika kita orang pandai mungkin kita boleh mengajar anak jiran kita pada hujung minggu. Jika kita sehat dan mempunyai masa yang terluang kita boleh membantu anak-anak melintas jalan ketika pergi dan balik kesekolah. Masa yang terluang boleh digunakan untuk bergotong royong dikawasan yang kita diami. Keinginan membantu orang lain adalah sikap rakyat negeri maju yang hebat.

Setiap program yang telah disediakan oleh kerajaan seharusnya diterima dengan baik tanpa was-was. Kerajaan seharusnya sebelum mengambil sesuatu keputusan sudah tentu telah membuat kajian dan telah meminta nasihat dari sesaorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Sudah tentu buruk baik telah dikaji terlebih dahulu. Jika ada yang tidak kena, bukanlah sesuatu program itu tidak baik tetapi perlukan sedikit pengubahsuaian atau sedikit penambahbaikan. Seperti yang kita ketahui tidak semua yang ada dalam dunia ini sesuai untuk semua orang. Adalah sedikit kejanggalan yang perlukan sedikit penambahahbaikan. Kita tidak boleh menyatakan sesuatu projek itu gagal hanya kerana tidak menguntungkan semua orang. Kita juga tidak boleh menyatakan sesuatu yang kerajaan sediakan gagal hanya kerana kita tidak dapat menfaatnya. Mungkin akan memberi menfaat kepada masyarakat yang banyak dan gulungan yang memerlukan. Setiap ahli masyrakat harus menerima keadaan ini dengan hati terbuka Mungkin program ini tidak memberi menfaat kepada setengah dari gulungan masyarakat tetapi mungkin untuk program yang lain akan memberi menfaat kepada gulungan yang satu lagi.

Amalan kerap berkecil hati perlu diberhentikan dan tidak menjadi amalan masyarakat dalam negara kita. Setelah kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran yang sangat baik. Kerajaan juga telah menyediakan modal insan bertaraf dunia. Sudah tentu setaip sesuatu isu perlu dipertimbangkan secara profesional dan bijak. Sesuatu isu perlu diulas atau dikupas oleh sesaorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Itu pun perlu dilakukan setelah proses penyiasatan telah dilakukan. Kepada para profesional, gunakan kebijaksaan dan kepandaian yang ada untuk menilai atau memberi sesuatu pendapat dan tanpa buruk sangka. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...