nuffnang ads

Sunday 21 October 2012

KENA SUKA DIRI SENDIRI.



Hidup hanya sekali dan banyak juga kita mendengar hidup hanya sementara. Untuk itu gunakanlah hidup sebaik mungkin dan kalau boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama. Itulah yang menjadikan motivasi untuk kita terus berjaya dalam kehidupan. Kehidupan perlu dihargai setiap saat, setiap nafas adalah dikira berjaya dalam kehidupan. Itu sebabnya banyak orang berusaha untuk hidup lama atau panjang umur. Kita lihat orang yang sakit juga berusaha untuk hidup lama dengan memakan ubat. Setiap denyut adalah kehidupan dan perlu dihargai. Nikmat kehidupan adalah nikmat yang tidak ternilai.

Untuk mencapai cita-cita tersebut banyak dari kita lupa untuk menyukai diri sendiri. Walaupun apa yang berlaku kita perlu hidup dengan suka diri sendiri. Setiap gaya hidup samaada gaya bercakap, berpakaian, berurusan dengan orang lain harus dapat memberi kesukaan kepada diri kita. Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang kita tidak suka dan akhirnya berakhir dengan kegagalan. Untuk membolehkan kita melakukan kerja yang kita suka kita juga perlu pastikan kita juga dapat memberi orang lain suka juga. Cara kita suka kepada diri sendiri dan pada masa yang sama memberi orang lain suka juga.

Menjalankan tugas harian ada bertujuan untuk mencari makan. Ini adalah untuk kebahagian keluarga. Melakukan kerja yang sebaik mungkin akan membolehkan kita menjaga keluarga dengan memberi makan, pakaian dan tempat tinggal dengan selesa. Kita juga dapat memberi pelajaran kepada anak-anak supaya menjadi orang yang berguna pada masyarakat. Lakukanlah kerja harian dengan baik tanpa kita dimarahi. Agak menyedihkan juga dalam kehidupan jika dalam melakukan sesuatu kerja kita dimarahi atau diherdik. Rasanya tidak berbaloi mendapat sedikit pendapatan jika kita kerap dimarahi. Untuk itu lakukan kerja walaupun kita tidak minta tetapi memberi kesukaan kepada kita sendiri. Minat sebenarnya tidak menjamin apa-apa jika tidak diusahakan dan dalam mengusahakan minat itu kita perlu suka kepada diri sendiri. Bermakna kita suka akan pencapaian walaupun kita tidak minat.

Banyak orang tidak berminat untuk berniaga. Ini kerana banyak orang menganggap berniaga itu bukan pekerjaan. Itu sebab ada ibubapa mengatakan ‘anaknya tidak mempunyai pekerjaan hanya berniaga sahaja’. Kepada ibubapa yang berminat anak-anaknya makan gaji atau bekerja dengan kerajaan kerap tidak mengiktiraf berniaga itu adalah pekerjaan. Mereka menganggap berniaga hanya untuk memenuhi masa yang terluang. Mahu tidak mahu anak-anak terpaksa juga melakukan pekerjaan perniagaan secara kecil-kecilan, mungkin juga kerana terpaksa tetapi perlu juga dilakukan. Sudah tentu mereka  perlu melakukan  yang terbaik, kerana yang terbaik sahaja yang akan berjaya dalam perniagaan. Untuk melakukan yang terbaik sesaorang perlu menyukai apa yang dilakukan, tanpa menyukai apa yang dilakukan sudah tentu perniagaan sekecil mana pun tidak akan berjaya. Langkah pertama walaupun tidak berminat tetapi perlu dilakukan dengan menyukai diri sendiri terlebih dahulu.

Proses pembelajaran tidaklah begitu sukar untuk kita lalui. Belajar memerlukan kita menyukai diri sendiri. Tidak banyak orang yang suka belajar. Belajar sangat membebankan jikasesaorang tidak mempunyai motivasi kehidupan. Belajar mesti bermula dari kemahiran mendengar, menyiasat, berfir dan berkomunikasi samaada melalui pecakapan atau penulisan. Setiap dari kita perlu mempunyai minat untuk mendengar barulah proses pembelajaran akan berlaku dengan baik. Sukalah mendengar barulah kehidupan akan berubah. Malangnya kemahiran mendengar tidak ramai yang suka. Banyak dari kita suka bercakap sahaja. Ini dapat dilihat jika minta mendengar ceramah atau mengikuti kursus yang perlukan mendengar. Ramai yang menggelak untuk menghadirinya. Sesiapa yang tidak suka mendengar jarang berjaya dalam bidang pembelajaran.

Menurut guru-guru, masaalah yang paling besar kepada pelajar- pelajar untuk untuk menyuruh mereka mendengar. Kerap kali guru-guru mengambil masa lebih dari 5 minit untuk mententeramkan kelas sebelum sessi pembelajaran dapat dimulakan. Tanpa mendengar proses pembelajaran dapat dilakukan. Guru-guru amat menyedari kemahiran mendengar tetapi jarang yang disimpan dalam hati oleh anak-anak murid.  Definasi belajar perlu difahami oleh semua pelajar. Belajar adalah untuk mengambil tahu sesuatu perkara yang tidak diketahui dari orang yang tahu supaya jadi tahu. Definasi ini memperkuatkan yang belajar sangat perlukan kemahiran mendengar. Untuk itu setiap yang ingin belajar perlu mempunyai iktizam untuk menjadi pendengar yang baik. Kalau boleh menjadi pendengar yang baik untuk keseluruhan kehidupan. Sukailah diri kita dengan belajar menjadi pendengar yang baik walaupun kita tidak minat belajar.

Kepada pelajar perlu menggunakan pemikiran sebelum membuat sesuatu, berkata-kata atau menyampai sesuatu. Sikap mengunakan fikiran mengambarkan tindakan yang akan diambil lebih baik dan berjaya. Jika ini ada dalam pemikiran pelajar, mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat dan sentiasa ingin belajar dan mengulangkaji. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka akan mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan. Kecemerlangan perlu difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba. Sikap memberi keutamaan kepada pembelajaran akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sealiran. Gaya hidup yang sentiasa menggunakan pemikiran jika dibawa dalam proses pembalajaran akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah perlu bermula apabila kita menyukai apa yang kita lakukan.

Berpakaian adalah melambangkan imej sesaorang. Fesyen berpakaian perlu disesuaikan dengan majlis yang perlu dihadiri atau pada hari-hari tertentu yang ditetapkan berpakaian begini dan begitu. Fesyen berpakaian juga melambangkan status kehidupan, itulah yang kerap kita fahami. Walaupun begitu, kalau sesaorang itu sudah cantik, apa yang dipakai kerap akan kelihatan cantik. Ada juga yang perlu berpakaian cantik untuk kelihatan cantik. Ada juga yang berpakaian macam mana mahal dan cantik juga tidak akan kelihatan cantik. Apa yang penting dalam berpakaian adalah keselesaan dan kesesuaian. Apa guna berpakaian mahal tetapi tidak selesa. Dalam soal berpakaian, sesaorang mempunyai cita rasa sendiri. Ada yang mahu cara berpakaian akan menampakan imej dan ada juga dengan berpakaian cuba ingin menyorok imej. Perlu diingatkan dalam soal berpakaian, sesaorang perlu suka pada diri sendiri. Ini adalah kerana pakaian perlu disesuaikan dengan watak, bentuk badan dan saiz badan. Walau bagaimana berfesyen pun perlu mengikut kesesuaian tubuh badan. Itu sebabnya tidak semua fesyen sesuai untuk semua orang. Warna pakaian juga perlu mengikut warna kulit dan sais badan. Mereka yang putik kerap sesuai untuk warna yang terang. Orang gemuk tidak boleh berpakaian belang kerana akan kelihatan lebih gemuk. Tidak hairan banyak orang sangat cerewet dengan pakaian. Sukailah diri sendiri dalam berpakaian. Pakaian yang bersesuaian akan menjadikan sesaorang lebih yakin dalam bidang pekerjaan atau apa sahaja bidang yang diceburi. Kadang kala dengan pakaian yang sesuai sesaorang akan lebih bermotivasi.

Memang amat menyeronokan apabila telah dapat apa yang kita cita-citakan (cita-cita tercapai). Ada juga leka dengan kesenangan yang telah dicapai dan sentiasa memikirkan hal diri sendiri dan keluarga mereka sahaja. Mungkin ini yang mereka ingini tetapi “apakah ini sikap yang baik?”. Banyak yang telah berjaya hanya menumpukan kepada diri sendiri. sahaja Apabila balik sahaja dari pejabat, mereka hanya duduk dirumah melayan keluarga (memang ini sesuatu yang baik). Pada hujung minggu duduk dirumah, pergi membeli belah bersama keluarga atau balik kampung atau berhibur disana sini. Tidaklah diketahui samaada sikap ini baik atau tidak. Kalau kita bertanya kepada sesaorang, mungkin jawapan mereka akan berbeza. Paling tidak kita boleh memikirkan “apakah mencukupi setelah kita menikmati sesuatu yang kita cita-citakan dengan kemudahan yang ada atau telah disediakan ? dan kita menyatakan ini pencapaian kita dan lain-lain tidak penting

Setiap kenikmatan dan kejayaan yang kita nikmati perlu dipulangkan balik kepada masyarakat dengan berbagai cara. Jika kita tidak mampu dengan wang ringgit atau harta benda kita boleh menyumbang dari segi tenaga dan daya usaha. Sumbangan wang ringgit amat besar kepada masyarakat. Kita lihat berbagai program atau badan yang memerlukan sumbangan untuk sesuatu tujuan. Kita tidak boleh berharap kepada ahli-ahli politik, syarikat swasta, usahawan dan badan bukan kerajaan (NGO) sahaja. Sumbangan dari mereka yang berjaya sebagai individu juga penting. Sumbangan tidaklah perlu banyak tetapi kalau dikumpul dari ramai yang ingin menyumbang sumbangan akan menjadi banyak. Ini akan lebih menjayakan sesuatu program tanpa menunggu sumbangan/bayaran dari kerajaan sahaja. Setiap penganjur mesti yakin yang program yang dibuat amat bermanfaat dan akan memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat. Adalebih baik menjadi seorang yang yakin dari tidak yakin dengan meminta-minta.

Setiap kejayaan yang dinikmati perlu dimulakan dengan suka kepada diri sendiri. Ini tidak bermakna kita menyukai bentuk badan dan rupa paras kita sahaja tetapi menyukai apa yang telah dan akan kita lakukan. Jika sesorang pandai bercakap, perlulah menyuai diri kita kerana pandai bercakap dan gunakanlah kebolehan bercakap untuk memberikan manfaat kepada oprang lain. Jika sesorang merakan dirinya cantik teruitama gulongan wanita sayangi dan sukailah kecantikan yang dimiliki dan gunakan kecantikan sebaik-baik mungkin. Setiap manusia ingin menjadi cantik kerana kecantikan amat penting dalam kehidupan. Bersyukurlah kalau kecantikan itu milik kita dan sukailah diri yang btelah dipanggil cantik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...