nuffnang ads

Saturday 6 October 2012

KALAU DAPAT RUMAH BESAR LAGI BAGUS



Sudah pasti setiap orang bercita-cita untuk hidup senang.Menurut cerita P.Ramlee yang ditayangkan kira-kira 45 tahun dahulu, kalau nak jadi kaya perlu ada sebuah kereta dan sebuah rumah.Kalau ada kedua-duanya itu sudah pasti dipanggil orang kaya.Kehendak ini tidak pernah berubah sampai sekarang.Setiap ibubapa berpesan kepada anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh supaya senang mendapat pekerjaan.Ada juga ibubapa yang berpesan kepada anak-anak mereka yang mereka tidak meninggalkan harta tetapi pendidikan yang ada adalah harta yang perlu digunakan untuk pendidikan.Itu pasalnya kadang-kadang kita belajar apakah untuk mendapat pengetahuan atau untuk mendapat sijil supaya mudah mendapat pekerjaan pada masa hadapoan.Sudah tentu bukan pengetahuan yang diukur tetapi sijil yang didapati supaya pendapatan lumayan diperolehi.

Setiap yang belajar sudah tentu untuk mendapat sijil. Ini adalah pengiktirafan kepada aktiviti pembelajaran yang mana telah diakui sesaorang telah mengikuti sesuatu pembelajaran atau latihan dengan sempurnanya. Setiap yang belajar mahukan sijil yang akan atau telah mereka perolehi mendapat pengiktirafan. Itu sebab, apabila ingin belajar atau menyambongkan pembelajaran, setiap dari kita perlukan institusi pembelajaran atau latihan mendapat pengiktirafan. Jika tidak mendapat pengiktirafan tiada orang yang ingin belajar. Ini adalah kerana setiap yang belajar mahukan pengiktirafan. Kalau belajar tidak diberi sijil sudah tentu tiada orang yang ingin belajar. Kerap kali juga yang belajar bukan sangat untuk mendapat pengetahuan tetapi hanya untuk mendapat sijil sahaja pada pandangan setengah orang. Sijil sangat penting untuk ditunjukan semasa memohon pekerjaan. Itu sebab kerap kali diingatkan anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh supaya manjadi pandai dan mudah mendapat pekerjaan. Itulah pentingnya sijil kepada mereka.

Senang dalam kehidupan bermakna mudah berbelanja dan tidak susah dalam kehidupan. Pendapatan atau duit yang ada mencukupi untuk kehidupan dan tidak menyusahkan orang lain. Kesenangan adalah apa yang dicari dalam kehidupan. Semua orang berkerja kuat untuk mencari kesenangan diri dan keluarga. Sejak kecil lagi setiap ibubapa akan menasihati anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh supaya apabila besar nanti akan hidup senang. Itu pasal ibubapa hantar anak-anak belajar setinggi yang boleh supaya anak-anak hidup senang. Ada ibubapa yang berpesan kepada anak-anak, mereka tidak meninggalkan kesenangan harta. Pendidikan atau pelajaran yang mereka terima adalah harta untuk kesenangan untuk masa hadapan. Bolehlah dibuat kesimpulan semua dari kita mengejar kesenangan masa hadapan. Inilah yang telah dibisikan oleh ibubapa dan juga keadaan persekitaran. Kejayaan ibubapa adalah mengira samaada anak-anak memperolehi kesenangan atau tidak. Jika anak-anak senang dan tidak lagi bergantung harap kepada keluarga adalah dikira sangat baik. Ibubapa akan mula bercerita kebanggaan mereka dalam perbualan seharian.

Apakah yang boleh kita lihat jika sesaorang itu senang?. Sama juga seperti maju atau kaya. Tidak ada sijil yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian maju, kaya atau senang. Kesenangan akan dilihat dari pencapaian kehidupan dan apa yang dimiliki. Kesenangan juga bergantung kepada persekitaran, masa atau kehendak. Kalau dahulu setiap seorang dikatakan senang jika mempunyai cukup makan, cukup pakai dan mempunyai tempat berteduh atau rumah yang mencukupi. Apabila zaman beredar kesenangan memerlukan makan yang mencukupi, sebuah rumah dan kenderaan untuk ketempat kerja dan memudahkan keluarga bergerak. Kalau dahulu memiliki kenderaan kerana keperluan tetapi sekarang memiliki kenderaan untuk keselesaan dan sedap di pandang. Sekarang ini dikatakan senang kalau memiliki rumah yang selesa, kereta yang selesa, boleh berbelanja dengan selesa dan boleh makan juga dengan selesa. Pada masa akan datang besar kemungkinan sesaorang dikatakan senang jika memiliki sebuah rumah atau kapal terbang. Itu bergantung kepada masa dan keadaan.

Menurut kamus dewan jutawan adalah orang yang mempunyai wang atau harta benda yang jumlahnya  berjuta-juta ringgit. Kalau dalam bahasa harian  jutawan adalah orang yang terlalu kaya atau lepas dari kaya atau lepas dari kaya raya. Jutawan ini dikatakan mempunyai kekayaan yang melimpah ruah dan tidak diketahui berapa banyak wang mereka miliki tetapi kerap kali jutawan ini dilihat mempunyai taraf hidup yang sangat tinggi. Kerap dilihat  mereka mempunyai kenderaan yang mahal dan berjenama idaman setiap orang. Kerap kali jutawan akan tinggal dikawasan perumahan yang agak esklusif terkawal dan akan duduk bersama kelompok mereka sahaja. Sudah tentu mereka mempunyai kereta lebih dari satu atau mempunyai deretan kereta.  Rumah juga sudah tentu besar dengan berbagai-bagai kemudahan yang agak selesa. Mungkin kita dapat membayangkan kehidupan atau kesenangan menjadi jutawan tetapi tidak mengetahui kehidupan sebenarnya sehingga kita sendiri menjadi jutawan. Sepatutnya setiap dari kita perlu bercita-cita untuk menjadi jutawan untuk membolehkan seluruh keturunan kita hidup senang. 

Sudah sampai masanya setiap dari rakyat Malaysia mempunyai cita-cita tinggi. Adalah perlu selain dari cita-cita melahirkan satu graduan dari satu keluarga atau melahirkan satu profesional dari satu keluarga. Setiap profesional atau usahawan perlu memiliki rumah besar sebuah atau beberapa buah besar. Sangat perlu sekarang ini satu lagi sasaran  baru perlu diperkenalkan iaitu “Satu Keluarga Satu Rumah Besar”.Ini untuk membolehkan pada masa hadapan setiap rakyat dapat hidup senang. Dan mendiami rumah besar Selain dapat hidup senang, pemilik rumah besar yang sudah tentu kaya raya akan dapat membantu orang lain atau rakyat negara lain. Jika rakyat sudah hidup senang sudah tentu banyak masa boleh digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan negara. Kerajaan juga tidak hiraukan untuk memberi subsidi dan juga tidak risau kenaikan harga barang. Kerana ini semua akan dapat ditampong oleh rakyat. Strategi kerajaan untuk menjadikan rakyat negara ini berpendapatan tinggi pada tahun 2020 adalah langkah yang sangat baik untuk banyak rakyat menjadi jutawan pada masa hadapan dan mampu memiliki rumah besar. Cita-cita untuk memilikii rumah besar juga perlu disemai kepada anak-anak sejak kecil lagi.Kita tidak mahu anak-anak kita nanti sangat mengharapkan subsidi untuk hidup atau terlalu bercita-cita kecil.”Ada sebuah rumah kecil sudah mencukupi supaya anak isteri senang berteduh”. Ini mungkin cita-cita lama yang patut dilupakan.

Sekarang ini tidak menghairankan jika memiliki rumah besar.Banyak orang berada akan duduk kawansan perumahan elit yang dikatakan mempunyai sama taraf hidup.Setiap dari kita perlu ukur baju dibadan sendiri.Sudah tentu kalau memiliki rumah besar dikawasan elit perlu mempunyai kereta besar.Kebiasaannya akan lebih dari satu.Rumah besar perlu ada kolam renang dan juga mempunyai ciri keselamatan yang baik. Sekarang ini rumah besar perlu mempunyai perabut yang mahal dengan kelengkapan yang canggih.Ini adalah untuk keselesaan.Tidak salah kalau ada duit untuk memiliki semua ini.Apa yang perlu semua yang dimiliki adalah dari sumber yang baik yang tidak diragui.Jangan kira apa orang cakap.?
Setiap yang mempunyai banyak wang pasti akan membelanjakan wang mereka untuk kesenangan diri sendiri dan keluarga.. Tidak ada guna wang banyak dan bergelar orang senang kalau tidak membelanjakan wang untuk keselesaan. Untuk mencapai hidup yang lebih selesa wang perlu digunakan untuk membeli berbagai-bagai keperluan harian dan makanan. Sudah tentu wang dibelanjakan untuk kawasan persekitaran tempat kediaman mereka. Kawasan yang berdekatan dengan kawasan kediaman orang senang-senang kerap dilihat maju dan sibuk. Ini kerana berbagai-bagai perbelanjaan perlu dibuat untuk menyempurnakan kehidupan. Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam jamuan bersama kawan-kawan dan kenduri kendara perlukan mereka berbelanja. Ini sudah tentu dalam jumlah yang besar. Untuk itu setiap dari kita jangan marah kalau ramai orang jadi orang senang. Apa yang perlu dilakukan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. Mereka akan datang untuk mencari sesuatu dalam kehidupan. Lihat sahaja restoran dipersekiran perumahan orang senang-senang sentiasa penuh. Selain dari mereka makan bersama keluarga mereka juga sentiasa dikunjungi oleh kawan-kawan dan saudara mara. Sudah tentu restoran menjadi tempat tumpuan. Setiap peniaga perlu menyediakan makanan yang sedap-sedap serta kemudahan yang terbaik untuk mereka. Inilah yang perlu dilakukan, bukan marah orang menjadi orang senang dan mengatakan mereka itu dan ini. Ini tidak betul sebenarnya.

Peluang menjadi orang senang-senang sangat terbuka luas kepada setiap orang. Kalau kita mengikut nasihat ibubapa, kalau boleh mereka mahu anak-anak makan gaji dengan kerajaan. Ibubapa lebih suka berpendapatan tetap dan berpencen kalau boleh. Ada juga yang mengatakan biar berpendapatan rendah tetapi tetap setiap bulan. Cukup bulan ada duit masuk dan tidak payah susah-susah. Ibubapa juga tidak suka anak-anak mereka berniaga atau menjadi usahawan kerana mereka tidak terfikir untuk anak-anak mereka menjadi orang senang-senang dengan kaedah ini Kalau ada anak yang berniaga akan dikatakan pekerjaan sementara untuk menunggu pekerjaan tetap disektor kerajaan. Sikap begini tidak boleh dipersalahkan, pihak universiti juga hanya mengambil kira sesaorang graduan itu telah bekerja jika dalam tempuh enam bulan telah mendapat pekerjaan dalam bidang kelulusan mereka. Universiti juga tidak mengambil kira menceburi dalam bidang perniagaan sebaik-baik sahaja lulus dari sesuatu universiti sebagai satu pekerjaan. Tidak salah kalau ibubapa pun beranggapan begitu. Mereka yang berkelulusan dalam bidang perniagaan juga tidak berniaga. Mereka berminat makan gaji. Akhirnya mereka ini akan kecewa kerana tidak berpeluang menjadi orang senang-senang yang memiliki rumah besar pada masa akan datang.

Kaedah untuk mendapatkan rumah besar perlu juga dilihat batasan halal dan haram. Untuk menjadi orang berada atau senang tidak salah dan setiap dari kita perlu merancang bagaimana untuk melahirkan orang senang dalam keluarga. Sudah tentu kalau makan gaji selamanya tidak membolehkan sesaorang menjadi terlalu senang atau jutawan. Sudah pasti untuk menjadi orang senang-senang perlu melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Sekali lagi, boleh pilih jalan pintas untuk menjadi orang senang-senang tetapi tidak boleh membuat perniagaan yang haram. Tidak ada unsur penipuan. Keputusan diambil dari kesepakatan. Biarkan ada orang lain yang akan datang memberi nasihat untuk kita menjadi orang senang-senang perlu buat itu dan ini. Untuk itu bersedialah untuk menghadapi suasana ini. Seharusnya bidang perniagaan menjanjikan sesuatu yang sangat menjamin jika kita tahu mengikut rentak permainannya. Apa yang sangat penting kaedah untuk berjaya dalam perniagaan tidak boleh memasukan unsur-unsur haram dan salah pada pandangan masyarakat.Semua ini boleh difikirkan oleh kita sendiri.Tidak ada gunanya mendapatkan sesuatu tetapi dari sumber yang tidak baik.Ini kerana kita hidup adalah kerana Allah dan rezeki semuanya kerana Allah.Pastikan rumah besar yang kita dapat tidak menjadikan kita riak.Biarlah rumah besar tetapi hati kecil.Biarkan rumah besar selamat datangnya juga besar.Sudah tentu ini akan mengembirakan keluarga dan sahabat handai.

2 comments:

  1. Betul kata tuan.

    Kehidupan anak2 dalam rumah pangsa yang kecil sering dilihat sebagai punca jiwa memberontak.

    Jadi mempunyai rumah besar adalah jawapan.

    Tapi di Singapura semua tinggal di rumah kecil, di rumah pangsa samada 2 bilik, 3 blik, 4 bilik atau 5 bilik, tetap mencatatkan kejayaan.

    Persoaalannya, kualiti hidup yang diuruskan oleh ketua rumah ataupun saiz rumah ?

    Pejabat yang banyak kerja dengan staf sedikit tetap berjaya jika ketuanya tahu menghidupkan pejabatnya. Macam tuan, tak gitu ?

    ReplyDelete
  2. Artikel saya hanya tertumpu kepada kita kena kerja kuat untuk mendapat rumah, maksud saya kerja kuat.Besar atau kecil rumah pada pendapat saya tidak mempengaruhi kejayaan keluarga. Itu pendapat melalui pemerhatian sahaja.Mungkin dengar atau cakap sahaja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...