nuffnang ads

Thursday 18 October 2012

HIDUP PERLU ADA KEUTAMAAN.



Hidup bermakna terus bernyawa atau bernafas berkenaan manusia dan binatang. Tumbuh dan membesar berkenaan tumbuh-tumbuhan atau tidak mati.  Hidup juga membawa makna duduk atau tinggal di suatu tempat atau berkediaman. Hidup juga bermakna berada dalam keadaan tertentu. Sehidup membawa makna hidup bersama. Hidup-hidup membawa makna benar-benar hidup. Hidup-hidupan ialah keadaan masih hidup. Menghidupi membiarkan hidup (tidak dibunuh). Menghidupkan bermakna membuat supaya hidup (terus bernafas). Memperhidupkan menjadikan lebih hidup (giat dan bersemangat). Hidupan, hidup-hidupan sesuatu yang hidup (binatang atau tumbuhan). Kehidupan adalah perihal hidup dan penghidupan cara menguruskan dan menyelenggara hidup dan pencarian.

Kehidupan manusia selain untuk melakukan sesuatu untuk mati, kehidupan juga memerlukan sesuatu yang penting untuk keselesaan. Apa yang setiap orang lakukan sudah tentu untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan. Sudah tentu hidup perlukan keselesaan dan ketenangan. Tiada ada gunanya mempunyai duit yang banyak, harta yang melimpah ruah tetapi hidup tidak ada ketenangan. Tidak guna juga kalau berjaya dalam karier yang sudah tentu mewah dalam kehidupan tetapi hidup berumah tangga tidak ada kerukunan.

Anak-anak kecil kerap dinasihatkan oleh ibu bapa supaya belajar bersungguh-sungguh supaya hidup apabila dewasa menjadi senang. Sudah tentu kesenangan akan dihubungkan dengan kemewahan kebendaan dan juga ketenangan jiwa. Anak-anak juga apabila ditanya sudah tentu ingin pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lumayan seperti yang diceritakan di tv atau dari kawan-kawan sekeliling atau dari pemerhatian sendiri. Kemewahan adalah sesauatu yang dicita-citakan dan sudah tentu akan memberi motivasi luaran atau dalaman. Ini juga adalah cita-cita pemimpin untuk membolehkan rakyat hidup senang dan mewah.

Sejak dari kecil, anak-anak apabila ditanya “ apabila besar hendak jadi apa?”. Sudah pasti tanpa malu-malu akan menjawap dengan penuh bersemangat. Sudah tentulah jawatan profesional yang bergaji besar atau profesion yang melambangkan kegagahan atau profesion yang memakai pakaian seragam. Ibubapa hanya akan tersenyum riang. Anak-anak pula bercakap tanpa memikirkan kebolehan yang dimiliki tetapi berdasarkan kehendak dan apa yang mereka lihat. Beginilah memulakan kehidupan. Apabila sudah besar ditanya soalan yang sama. Ramai yang tidak akan menjawap, kalau menjawap pun dengan perasaan malu kerana mereka telah mula mengetahui kebolehan dan cabaran kepada kehidupan.

Kadang-kadang banyak yang keciwa dengan kehidupan kerana banyak yang dicita-cita tidak menjadi. Ini termasuk yang bercita-cita untuk menjawat jawatan tertentu tetapi gagal. Ada juga yang ingin mengahwini orang yang sangat dicintai tetapi tidak kesampaian. Ada yang ingin hidup panjang tetapi mati awal. Ada orang yang ingin memiliki bermacam-macam dalam dunia ini tetapi tidak dapat dimiliku dan ada yang ingin jodoh sampai keliang lahat tetapi terkulai tidak sampai kepetang. Ada yang sudah mendapat sakit yang serius sejak awal umur lagi dan terpaksa menderita sepanjang hayat. Ramai yang akan terus berusaha untuk mengejar cita-cita. Sudah tentu untuk mencari sesuatu supaya hidup senang sedikit.

Inilah yang dikatakan sebagai manusia kita hanya merancang tetapi ALLAH yang akan menentukan. Kegagalan yang dialami tidak semestinya akan berakhir kehidupan. Sebenarnya tidak semua yang kita idam-idamkan dalam kehidupan dapat kita capai. Kalau dapat sedikit pun sudah memadai dan harus digunakan sebaik mungkin. Ini kerana dalam kehidupan perlu ada keutamaan atau fokus. Ini akan memberikan kita bekerja kuat kerana keutamaan ini akan memberikan kita motivasi untuk berjaya.

Kita harus bersyukur kerana kita adalah penduduk sebuah negara yang memberikan kita peluang untuk berjaya dalam kehidupan kalau kita bekerja kuat. Kerajaan sentiasa ingin membantu dimana yang perlu dan kita harus menggunakan bantuan ini sebaik mungkin. Bantuan oleh kerajaan tidak selamanya dan kerap mempunyai had tertentu. Bantuan ini pula perlu diberi kepada banyak orang. Semua orang memerlukan bantuan tetapi layak atau tidak akan menjadi pertimbangan yang lain. Apa yang perlu sentiasa kita fikirkan adalah bantuan bukan untuk selamanya. Kadang-kadang bantuan diberi sekali sahaja. Kalau kita berjaya menggunakannya sebaik mungkin sudah tentu bermula dari bantuan akan terus memberi kejayaan kepada seluruh kehidupan.

Ini dapat dilihat kepada mereka yang berniaga. Kerap kali kalau kena caranya mereka akan mendapat bantuan dan dari bantuan ini perlu dikembangkan supaya terus berjaya. Bantuan perniagaan tidaklah berpanjangan. Bantuan mungkin dalam bentuk geran, pinjaman atau khidmat nasihat. Ini perlulah digunakan selamanya sebagai panduan. Tidaklah kita kerap menyalahkan sesuatu pihak kerana kita tidak dapat bantuan selamanya. Ada setengah orang yang ingin berniaga tetapi tidak mahu menggunakan duit sendiri tetapi ingin menggunakan duit orang lain yang berupa pinjaman atau geran. Mereka lebih suka suka beli kereta, buat rumah dan melancong apabila ada duit sendiri tetapi apabila ingin berniaga mereka akan cuba menggunakan duit orang lain. Apabila duit bantuan telah habis digunakan, mereka akan mencari bantuan kepada pihak lain pula. Sebenarnya orang yang begini tidak ada keutamaan dalam kehidupan. Mereka sebenarnya tidak mahu atau tidak tahu berniaga. Mereka berniaga hanya main-main sahaja. Sepatutnya beri keutamaan kepada perniagaan, gunakan semua kewangan, masa dan tenaga untuk membesarkan perniagaan. Apabila semuanya telah berjaya dan berada di landasan yang betul, barulah memikirkan untuk beli rumah besar, kereta besar atau melancong keluar negara.

Kerap kali mereka yang dibenarkan berniaga ditempat sementara atau bangunan sementara atau tapak sementara akan merasa gembira dengan kebenaran yang diberi. Mereka bebas berniaga dan jarang menyedari lesen yang dikeluarkan adalah lesen sementara atau tapak  sementara atau tempat yang disewa. Tempat ini sementara dan sudah tentu tidak kekal yang akan tamat pada satu masa nanti atau akan diminta balik oleh kerajaan atau tuan punya tanah atau tuan punya banggunan. Apabila kebenaran tamat atau tuan tanah ingin mengambil semula tempat mereka atau sewa ditamatkan. Mereka ini kerap menyalahkan pihak yang satu lagi dengan alasan mereka sudah berada lama disitu atau sudah puluhan tahun berniaga disitu. Selalunya pihak ini akan digelar tidak berhati perut dan zalim kerana mengeluarkan mereka. Inilah yang kerap dikatakan tetapi mereka harus menyedari mereka sememangnya dibenarkan sementara sahaja untuk bekerja atau berniaga disitu. Semasa dibenarkan berniaga perlu memikirkan bagaimana hendak membesarkan perniagaan atau ingin membeli tempat perniagaan yang kekal atau membeli tempat perniagaan yang lain. Bukan leka selamanya   dengan membesarkan rumah, mengumpul harta sahaja dan tidak memikirkan tentang masa hadapan perniagaan. Setiap yang berniaga sudah tentu inginkan keuntungan dan sudah tentu dari keuntungan ingin membina hidup yang selesa. Untuk mencapai kesenangan dalam kehidupan bukan jalan yang mudah. Banyak laluan sukar dari yang mudah terutama dari perkiraan wang ringgit. Apabila sudah mula ada keuntungan perlu dilaborkan untuk membesarkan perniagaan. Sedikit sahaja digunakan untuk kehidupan. Masih perlu lagi berikat perut dan berjimat sana sini. Apabila ada keuntugan lagi, besarkan perniagaan dan pindah ke satu tempat yang kita miliki sendiri atau beli tempat yang sementara yang dibenarkan. Ini perlu dilakukan supaya kita tidak diminta keluar dari premis perniagaan. Kalau semua telah dapat dimiliki, barulah fikirkan bagaiamana untuk membeli yang lain-lain untuk keselesaan. Fokus utama ialah memiliki premis tetap milik sendiri, lepas itu lain-lain boleh dikira kemudian.

Begitu juga satu dahulu setiap yang memasuki universiti akan diberi biasiswa atau dermasiswa. Pembiayaan pendidikan ini diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). GLC atau syarikat swasta. Selalunya pembiayaan ini tidak diminta bayaraN balik tetapi terpaksa menandatangani perjanjian perkhidmatan setelah lulus dari universiti. Itu sebabnya ramai yang mendakwa, satu ketika dahulu kerja menanti setiap lulusan universiti. Ini sudah semestinya kerana setiap yang mendapat pembiayaan telah terikat dengan perjanjian. Setiap lulusan tidak ada pilihan lain kerana wang telah diambil semasa belajar. Ada baiknya sistem ini dan ada kelemahanya. Semasa mula belajar tidak banyak yang difikirkan. Apabila ada tawaran duit, ramai yang tidak berfikir panjang. Duit sangat penting untuk belajar kalau tidak nanti makan tidak cukup. Ada yang apabila lulus tidak mahu berkhidmat dengan penaja dengan alasan gaji kecil ditawarkan. Maka bermulalah masaalah dan tawar menawar atau saman menyaman. Apabila susah semuanya diterima tetapi apabila mula hendak menikmati kesenangan. Mulalah bermacam-macam tidak puas hati. Tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang.

Biasiswa atau dermasiswa yang diterima adalah satu bantuan dari kerajaan yang bijak. Sudah tentu apabila lulus akan mendapat gaji yang baik serta penghidupan yang baik. Setiap dari penerima harus bekerja kuat setelah modal permulaan berupa biasiswa atau dermasiswa telah diterima. Setelah bekerja perlulah bekerja kuat dan apabila anak belajar nanti tidak lagi perlu meminta bantuan. Ini sepatutnya berlaku. Tetapi ini tidak berlaku setelah emak dan ayah mendapat biasiswa atau dermasiswa atau bantuan kewangan dari pelbagai pihak. Anak-anak juga perlu diberi lagi. Apa yang menghairankan banyak dari mereka apabila berjaya dalam karier jarang berfikir perkara ini. Mereka meminjam untuk pembiayaan walaupun mereka mampu dan selepas itu merungut untuk mambayar dan menyalahkan kerajaan jika pinjaman membukit puluhan ribu. Semasa mengambil pinjaman tidak pun komplen itu dan ini. Sepatutnya apabila sesaorang sudah dapat bantuan, anak-anak kita selepas ini tidak perlu melakukannya. Ini kerana modal permulaan telah diberikan. Jika anak-anak orang  emak atau bapanya telah menerima bantuan dahulu meneruskan aktiviti ini, bilakah ini akan berakhir?.

Banyak yang berkemampuan hanya memikirkan untuk membeli kereta besar, rumah besar lagi cantik dan melancong keluar negara. Mereka memikirkan pembiayaan pendidikan adalah tanggung jawap kerajaan sahaja. Kerajaan mesti buat. Apa yang mereka dapat dari pendapatan mereka adalah hak mereka sendiri. Kalau beginilah sikap yang ada, amat sukar untuk terus memajukan keluarga dan pendidikan yang diberikan tidak kemana. Itu sebabnya kita mengeluarkan jutaan lulusan universiti sepanjang 54 tahun merdeka tetapi banyak lagi yang mengaku susah dan meminta bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mereka yang meminta bantuan pendidikan tidak pernah berkurang dan banyak pula yang terus merungut apabila ingin membayar semula. Setiap dari rakyat Malaysia harus ada keutamaan dalam kehidupan. Hidup perlu fokus, Hidup perlu ada “priority” dalam bahasa Inggeris.

2 comments:

  1. Hati-hati di here. Tidak Ada yang DAPAT Membantu anda di sini ATAU Sebaliknya menyarankan Bagaimana Anda bebas untuk mendaptkan Bantuan Kewangan. Links Setiap jawapan anda Makam pemberi Pinjaman Kredit Atas soalan anda, You need to mengabaikan, karena Bye Apakah Penipuan ... penipuan Yang NYATA ... Saya ADALAH korban Yang Saya robek Ribuan dolar ... Baik terima kasih Tuhan Untuk saudara Kristen yang dimaksudkan Jogja Untuk Sebuah organisasi Pinjaman Yang dibentuk Oleh Beberapa Ibu Clara, claraloans@financier.com.
    Bye Membuat Hidup Saya Yang berharga dan memberikannya MAKNA. Ketika adik memberiku semata-mata Untuk Untuk kenalan lanjut, Saya Menghubungi dia. Bye menyetujui Pinjaman sebesar $ 75.000,00 USD dan Dalam 48 jam Setelah Bertemu semata-mata Untuk orang lanjut Untuk melawan persyaratan, Pinjaman Jogja disimpan di rekening bank Jogja Tanpa fake. Saya menyesal Akan Jumlah hidupku, Karena Pada Takat waktu Jogja Hanya bercerai ayat Masjid Sultan Jogja anak, dan anak Jogja (Ridwan) dihadapkan Dengan budak Hidup dan Mati. Jangan ragu Untuk Menghubungi melalui E-mel: Claraloans@financier.com. Untuk Pertanyaan lanjut. Saya hubungi melalui: Yunitanurudeen@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Halo semua, kami ceo dari alyssa lender deborah saat memberikan pinjaman kepada pelamar kami untuk membantu mereka booming bisnis menerjang mereka, membayar tagihan Anda, Yang kita butuhkan adalah beberapa informasi tentang Anda dengan tingkat bunga 2%. Jadi hubungi kami di alyasaadaburahlenders@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...