nuffnang ads

Saturday 6 October 2012

LUPA APA YANG KITA DAPAT,CAKAP APA YANG KITA TIDAK DAPAT.




Kita banyak mendengar ketidakpuasan hati dalam kehidupan.Mereka yang bercakap tidak puas hati kerap kali adalah mereka yang sudah mempunyai sesuatu tetapi masih tidak berpuas hati kerana tidak dapat memiliki apa yang orang lain miliki sepenuhnya..Sudah tentu apa yang dihajati adalah barangan mewah dan harta yang mahal-mahal atau perhiasan yang berharga ribuan atau jutaan ringgit. Mereka juga membandingkan rumah yang orang lain miliki.Kerap kali mereka mahu memiliki rumah seperti orang lain miliki dan akan meluahkan perasaan tidak puas hati jika tidak memiliki seperti orang lain miliki.

Kita kerap mendengar kerajaan menyediakan bantuan untuk gulungan yang memerlukan. Ini adalah sesuatu yang sangat baik. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang akan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. Mereka yang layak sudah tentu akan mendapat bantuan yang diberikan dan ini akan meringankan bebanan pihak tertentu. Apabila menjelang hari raya atau bulan puasa kita akan mendengar berbagai pihak ingin memberi bantuan atau pihak tertentu yang perlu memberi bantuan. Kita akan membaca surat khabar akan meloporkan majlis yang memberi bantuan. Sudah tentu ramai yang akan mengatakan mereka layak menerima bantuan lebih-lebih lagi kalau dinamakan oleh sesuatu pihak. Sudah tentu kalau nama naik, bantuan tidak akan ditolak. Tidak menjadi masaalah kalau kita layak dan kita juga harus memikirkan bantuan yang diberikan tidak selama-lamanya. Kita harus berusaha untuk tidak menjadi penerima bantuan selama-lamanya. Kepada mereka yang mampu berusaha haruslah bekerja keras untuk membolehkan tidak menjadi penerima bantuan pada tahun hadapan.

Hidup ini adalah sangat mudah kalau kita memudahkannya. Dalam mengejar cita-cita kita perlu lihat diatas. Ini akan menimbulkan motivasi untuk bekerja kuat tetapi untuk melihat kehidupan, lihatlah sebelah bawah. Apabila kita melihat bawah akan menimbulkan rasa syukur dengan kejayaan yang kita miliki.Banyak orang yang melihat mereka yang berjaya memiliki kereta mewah lagi besar tetapi pada masa yang sama banyak lagi yang terpaksa berjalan kaki atau menunggu bas untuk bekerja. Banyak lagi yang bekerja ditempat yang tiada laluan bas. Mereka ini terpaksa berjalan kaki melebihi 2 km pada waktu pagi dan petang setelah turun dari perhentian bas yang berdekatan. Melihat mereka ini akan menimbulkan perasaan insaf dan merasa bangga dengan kejayaan yang keluarga kita miliki. Kalau kita asyik melihat atas, kita akan cemburu dan kalau kita tidak dapat, kita akan mengutuk atau mengumpat atau menfitnah yang bukan-bukan. Walaupun kita tidak mengetahui bagaimana mereka boleh memililki kereta mewah itu tetapi kerana cemburu, kita akan berkata atau menuduh yang bukan-bukan. Cemburu akan datang dengan sendiri jika kita cuba membandingkan perkara yang atas-atas. Kita cuba memiliki tetapi tidak berdaya. Untuk menyenangkan hati kita menuduh yang bukan-bukan untuk mengedapkan hati. Inilah yang kerap berlaku dalam kehidupan.

Kelihatan sekarang ini banyak orang yang tidak bersyukur walau pun kehidupan mereka sudah sangat baik. Banyak lagi yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka dengan membuat perbandingan dengan orang yang berjaya dan berpengaruh. Banyak dikalangan orang yang tidak bersyukur ini ialah mereka yang sangat iri hati dan tidak berpuas hati kesenangan yang dinikmati oleh orang lain. Mereka ini suka menuduh itu dan ini atas kejayaan orang lain dan pada masa yang sama asyik memikirkan mengapa mereka tidak boleh dapat seperti didapati oleh orang lain. Budaya iri hati ini akan membuatkan mereka menuduh orang lain yang bukan-bukan yang akhirnya membuat fitnah yang bukan-bukan dan menuduh orang lain tidak jujur dan mula meragui kejujuran orang lain.

Sikap yang tidak menyenangi kesenangan yang didapati oleh orang lain adalah sikap yang tidak baik.Kalau kita tidak menyukai orang lain lebih senang dari kita paling tidak kita lihat dan tidak perlu berkata-kata yang tidak baik. Kita tidak perlu buat apa-apa komen. Kesenangan yang didapati oleh orang lain juga tidak datang bergolek.Sudah tentu kesenangan ini didapati dengan apa-apa usaha. Setiap dari kita harus belajar bangga dengan kejayaan orang lain dan harus menyemat didalam hati bagaimana ingin berjaya seperti orang lain. Berbangga dengan kejayaan orang lain atau saudara mara sangat baik. Kata-kata pujian dan tahniah atas kejayaan orang lain perlu dilakukan dengan hati yang jujur. Secara kasar kita harus gembira apabila orang lain atau kawan-kawan kita berjaya. Simpan motivasi untuk berjaya, mana tahu kalau ada rezeki, giliran kita pula akan berjaya.

Mudah sahaja, dalam kehidupan tidak perlu sakiti orang lain kalau ingin berjaya atau lihat orang lain berjaya.Setiap orang perlu kerja kuat dan perlu mengamalkan tabiat “mathalamat tidak menghalalkan cara”.Apa yang kita buat perlu mengikut landasan yang betul dan tidak menyakiti orang lain.Kita berjaya dengan keja kuat dan daya usaha kita tanpa menidakan keupayaan orang lain.Berilah pujian terhadap diri sendiri dan tidak mengatakan keburukan orang lain itu dan ini. Mudah sahaja naikkan nama diri sendiri tanpa memburukan orang lain.Katalah diri kita sendiri tanpa mengata orang lain. Sangat mudah amalan hidup begini.Kejayaan kita harus datang dari usaha kita sendiri.Kalau kita berusaha sudah tentu rezeki akan bertambah.Tidak perlu banyak merungut dan mengata itu dan ini jika inginkan sesuatu.

Banyak dari kita sekarang ini mendapat macam-macam dari kerajaan.Selain dari kerja yang stabil berserta pendapatan yang agak mencukupi dan selesa.Menjadi kakitangan kerajaan walaupun pendapatan tidak lumayan, ramai yang sangat berminat untuk mendapatkanya kerana bergaji tetap dan pekerjaan yang stabil dengan berbagai-bagai kemudahan.Apabila menjelang hari raya atau tahun baru sudah tentu kerajaan akan memberi bonus, setiap tahun ada kenaikan gaji dan setiap beberapa tahun akan ada semakan kenaikan gaji.Semua ini menjadi rebutan.Itu sebabnya apabila ada iklan kerja kosong ramai yang akan terkejar-kerja meminta bantuan orang besar-besar.Banyak yang ingin membuat permohonan menggunakan kabel yang besar-besar.Ini semua perkara biasa malangnya apabila telah mendapat pekerjaan, banyak pula yang tidak puas hati.Ini tidak cukup dan itu tidak cukup.Banyak sangat rugutan dan cuba membandingkan apa yang orang lain ada.Bertambah malang lagi tidak menghasilkan produktiviti yang diharapkan dengan alasan itu dan ini tidak dapat atu mencukupi. Jarang sekali mereka ini berkata apa yang mereka dapat.Kepada kakitangan kerajan kemudahan pinjaman perumahan dan kereta adalah kemudahan yang sangat membantu dari segi kehidupan ini ditambah dengan kemudahan kesihatan, cuti rehat, bonus bermusim dan berbagai-bagai keraian yang di dapati.Kalau bertanya kepada mereka sudah pasti tidak akan bercakap apa yang mereka telah dapat tetapi bercerita apa yang mereka tidak dapat.Mereka juga tidak akan bercerita apa yang mereka akan dapat. Mungkin juga benar seperti yang diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad, “manusia memang mudah lupa”.Manusia suka bercerita apa yang tidak dapat sahaja. Mungkin mereka tidak mahu orang tahu apa yang mereka telah dapat kerana takut tidak dapat lagi dimasa hadapan.

Cemburu ini seolah-olah telah menjadi sebati dalam kehidupan kita. Sudah menjadi bahan perbualan jika mereka yang berniaga sebelah menyebelah samaada perniagaan yang sama atau berlainan akan mencemburi antara satu sama lain. Jarang kita dapat melihat mereka yang berniaga sebelah menyebelah lebih-lebih lagi perniagaan yang sama akan menjadi jiran perniagaan yang baik. Mereka ini selalu bergaduh antara satu sama lain. Kerap yang menjadi tuduhan adalah penggunaan bomoh. Mereka akan menuduh mereka telah dibomohkan oleh jiran dengan berbagai-bagai kaedah. Isu bomoh dalam perniagaan sudah menjadi perkara besar yang seolah-olah satu kemestian. Kalau tidak menggunakan bomoh perniagaan tidak akan laris. Inilah yang kerap diperkatakan. Selalu menimbulkan rasa kecil hati dan pergaduhan walaupun saudara terdekat, ipar duai atau bisan terdekat. Adalah tidak diketahui samaada penggunaan bomoh atau pelaris ini benar-benar telah memajukan perniagaan. Belum  ada lagi kajian secara saintifik dilakukan. Banyak yang menyatakan mereka gagal dalam perniagaan adalah kerana tidak menggunakan bomoh. Satu persidangan antarabangsa perlu diadakan untuk mengupas pengaruh atau sumbangan institusi bomoh dalam perniagaan. Mungkin juga institusi bomoh ini perlu diberi perhatian serius oleh jabatan kerajaan untuk memajukan perniagaan.

Marilah kita terus memajukan negara ini dengan pengorbanana yang sebenarnya. Berikan hak kepada yang hak dan jangan meminta berlebih-lebih dari yang patut. Sentiasa berfikir mereka yang memohon sesuatu itu seperti kita yang memohon. Dan perlu diberikan pertimbangan yang wajar Betapa gembiranya kita jika sesuatu yang dipohon itu berjaya. Inilah yang kita perlu lakukan. Luluskan permohonan yang layak tanpa buruk sangka dan berpihak. Betapa gembiranya keluarga kita kalau mendapat bantuan ketika kesusahan. Begitulah gembiranya rakyat kalau mendapat bantuan dari kita. Betapa gembiranya kita jika ketika susah dibantu, begitulah gembiranya mereka yang ditimpa kesusahan apabila dibantu. Banyak yang boleh dilakukan jika benar-benar menjiwa yang pengorbanan itu adalah memberi. Kalau kita sudah senang kita kena mengaku kita telah senang. Kalau kita sudah senang tidak perlu mendapat bantuan lagi. Kalau ada yang ingin memberi, katakan kita sudah senang dan bantuan perlu diberi kepada orang lain. Kalau sudah senang berikan bantuan kepada keluarga dan saudara terdekat. Jangan mencemburi kesenangan yang dimiliki orang lain. Kita harus berbangga kalau dapat menyenangkan orang lain. Kalau sedang makan sedap sentiasa ingat orang yang tidak mendapat makanan yang mencukupi. Kalau kita memandu kereta mewah, ingat ada orang yang tidak mampu memiliki kenderaan dan ingat ketika kita sehat ada mereka yang sakit dan tidak boleh begerak. Pada masa yang sama kita bebas bergerak, dapat berbelanja besar untuk keluarga dan dapat menikmati makanan 24 jam.Inilah yang kita dapati dari kehidupan yang perlu kita ceritaka kepada orang lain.

Sebagai manusia yang akan mengakhiri kehidupan ini dengan kematian.Kita perlu bersyukur apa yang telah kita miliki dan pasda masa yang sama berusaha untuk membolehkan kehidupan bertambah baik. Ucapkan rasa terima kaseh kepada orang yang telah memberi dengan menyatakan sokongan kepada sesaorang.Inilah cara yang terbaik.Apa yang kita dapati bukan juga bermakna kita sangat layak tetapi ini adalah rezeki kita.Kadang-kadang rezeki ini perlu dikongsi bersama orang lain.Kalau kita telah mendapati sesuatu jangan lupa orang lain inginkan sesuatu juga .Beri juga orang lain peluang untuk menikmati apa yang telah kita nikmati. Kalau kita telah mempunyai kenderaan, rumah besar, kemudahan berjalan yang baik serta keluarga yang harmoni.Inilah yang kita telah dapati dan jangan lupa inilah yang kita cari dalam kehidupan.Beri peluang kepada orang lain menikmatinya juga.Jangan asyik bercerita apa yang kita tidak dapat, membawa mulut sana dan sini.Orang lain tahu apa yang kita sudah dapat dan dibelakang kita orang akan mencemik mulut.Inilah kehidupan yang perlu kita berhati-hati pada masa yang sama bekerja kuat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...