nuffnang ads

Saturday 13 October 2012

BILA ADA DUIT SUSAH HENDAK KURUS.



Gemuk ialah tidak kurus, besar badan kerana banyak daging, tambun. Selalu diperkatakan badannya gemok dan gagah. Gemuk juga bermakna lemak dan minyak seperti gemuk lembu ialah lemak lembu, minyak lembu bermakna minyak pelicin mesin atau roda. Gemuk juga membawa makna subur, mengamdungi banyak baja atau tanah. Gemuk juga bermakna baja dan pupuk. Gemuk gedempul atau gemuk gedempong ialah sangat gemuk. Gemuk gempal ialah gemuk tegap badan, gemuk metuk ialah gemuk dan sihat. Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan bermakna enggan bergaul dengan saudara mara. Mengemukan ialah menyebabkan sesuatu menjadi gemuk atau membajakan. Kegemukan ialah prihal gemuk atau keadaan gemuk. Gemuk orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak. Penggemukan ialah perihal proses atau pembuatan menggemukkan. Penggemuk ialah sesuatu yang menyebabkan menjadi gemuk.

Kurus pula bermakna kurang berdaging pada tubuh, tidak gemuk atau gempal. Seperti ayat “ Kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin kurus. Kurus kekek bermakna terlalu kurus, kurus kering ialah terlalu kurus, kurus kesin bermakna kurus kering. Kurus juga bermakan tidak subur kepada tanah seperti “tanah negeri itu sangat kurus. Seperti juga “ memperlihatkan kurus tidak berbaju iaitu peribahasa mendedahkan kemiskinan kita kepada orang. Mengurus ialah menjadi kurus atau merana. Menguruskan ialah menyebabkan kurus atau membuat supaya menjadi kurus seperti kurang makan dan tidur boleh kuruskan badan. Kekurusan ialah perihal kurus atau sangat kurus.

Gemuk selalunya dikaitkan dengan kuat makan atau makanan yang tidak seimbang. Menurut pakar kesihatan, gemuk tidak baik untuk kesihatan dan kerap akan berpenyakit jika tidak dikawal  dari segi pemakanan. Kalau dari segi kecantikan pula gemuk tidak kelihatan cantik dan kepada orang perempuan kalau boleh mereka tidak mahu menjadi gemuk atau dipandang gemuk kecuali semasa mengandung. Selalunya gemuk dikaitkan dengan tidak cantik dan orang perempuan tidak mahu mengalami masaalah kegemukan. Untuk itu untuk mengelakan gemuk setiap dari kita perlu mengawal makanan dan makan sedikit sahaja. Setiap dari kita perlu dilihat kurus barulah baik dari segi kesihatan dan dipandang cantik.

Kegemukam semenangnya disebabakan terlebih makan atau mengambil makanan yang tidak seimbang. Ini dapat dilihat dari filem lama-lama keluaran Filem Negara yang ditayangkan semula. Kita akan melihat rakyat  negara ini kebanyakannya kurus-kurus. Mungkin pada masa ini rakyat kekurangan makan atau tidak mempunyai duit yang cukup untuk makan. Walaupun mereka ini tidak mengalami masaalah kelaparan tetapi makan yang ada cukup untuk hidup dan sehat. Boleh dikatakan tidak ada orang yang gemuk. 

Gaya hidup sekarang ini jelas menunjukan negara ini sangat mewah. Menurut kajian 40% sampah yang dibuang merupakan bahan yang boleh dimakan seperti nasi, mee goreng, kueh mueh, roti canai dan beraneka lagi lauk pauk yang tidak habis dimakan. Kalau makanan sudah berlebihan ini merupakan petunjuk negara kita adalah negara yang sudah senang dan rakyat hidup mewah. Kalau rakyat tidak cukup makan sudah tentu makanan tidak mencukupi dan ramai yang akan meminta-minta makanan di sepanjang jalan.

Setiap rakyat negara maju ini bersyukurlah dengan keadaan negara yang serba cantuk ini. Negara yang pada awalnya yang merupakan satu negara pertanian cukup makan telah bertukar menjadi negara berindustri. Kalau dahulu negara memikirkan bagaimana untuk memberi makan kepada rakyatnya. Apa yang penting oleh kerajaan ketika itu adalah bagaimana untuk memberi makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Kerajaan menyedari jika rakyat lapar mereka akan berperangai ganas. Untuk menjadi sebuah negara yang berjaya rakyat perlu cukup makan. Setelah makan cukup mereka perlukan rumah dan kenderaan yang selesa untuk pergi balik kerja. Paling penting juga anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Semua ini telah dapat dicapai oleh negara yang dipanggil Malaysia ini. Semua telah ada ditangan.Kenderaan disana sini, jalan raya penuh sesak. Rakyat sentiasa berpakain cantik. Negara sangat makmur dan semua mempunyai pekerjaan dan sudah tentu memiliki makanan yang mencukupi. Akhirnya kerajaan ingin menjadikan negara ini berteknologi hijau supaya negara ini dapat ditinggalkan kepada generasi yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti kita menerimanya dahulu.

Pemimpin negara ini telah membawa negara ini kesebuah negara yang sangat makmur. Rakyat hidup aman damai dengan rezeki melimpah ruah. Sudah tentu kadang-kadang dalam memerintah negara ada juga yang sedikit tertinggal dan berlaku sedikit ketidakpuasan hati. Ini boleh dibaiki, bukan kerana satu atau dua hal yang remeh semua yang telah dibuat bertahun-tahun merupakan satu kesalahan yang perlu diperlecehkan. Setelah hidup mewah dan barangan dapat dibeli dengan harga yang mampu dan mendapat pendapatan yang sangat baik, oleh kerana harga barangan naik sedikit kita perlu menuduh kerajaan gagal mentadbir negara ini. Oleh kerana harga minyak sedikit naik dan merupaka phenomena seluruh dunia ingin dikatakan pemimpin negara ini gagal mentadbir negara. Setelah semua kemudahan terbaik diadakan tetapi satu atau dua pesakit yang terlepas pandang kita mengatakan kegagalan kerajaan merawat rakayat yang sakit Sebenarnya kita perlu bersyukur negara sudah senang. Ini membolehkan lebih kesengan lagi pada masa hadapan.

Sudah tentu dengan kesenangan yang dinikmati. Gaya hidup bertambah mudah dan kerja pun bukanlah yang mengunakan tulang empat kerat  Ini menjadikan amalan pemakanan telah berubah. Makanan terdapat dimana-mana sahaja. Kita lihat siang malam kedai makanan melayani pelanggan sampai ke pagi. Restoran 24 jam berada dimana-mana. Ini menunjukan jika ada duit, makan boleh didapati pada bila-bila masa. Keluarga yang senang atau mewah sudah tentu dapat menyediakan makanan yang baik dan kalau perlu dalam kuatiti yang banyak. Itu sebabnya sekarang terpaksa diadakan kempen kurangkan makan dan makan apabila diperlukan sahaja. Anak-anak disekolah juga sudah ada masaalah kegemokan. Bukan murid sahaja gemok tetapi guru pun sudah gemok melampau. Malaysia telah dilanda masaalah kegemokan menurut artikel ilmiah yang disiarkan dalam satu akbar harian baru-baru.ini.

Mudah sahaja, apabila ada duit kita akan makan berlebihan. Itu pasal kalau kita menunton filem lama atau filem dukumentari lama, kita akan dapati tidak ramai orang yang gemok di negara kita. Anak-anak juga kelihatan kurus. Mereka kurus kerana kehidupan agak susah ketika itu. Mereka ini kekurangan makan. Mereka makan sikit sahaja untuk hidup kerana kekurangan wang. Mungkin ada juga yang gemok tetapi tidak banyak. Mungkin tidak benar kalau dibuat kesimpulan setiap yang makan berlebihan adalah disebabkan mereka mempunyai wang. Mereka yang makan sikit mungkin tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Pemerhatian mudah yang dibuat oleh penyelidikan. Pemerhatian ini dibuat secara rambang. Penyelidik telah melihat kanak-kanak yang agak berisi atau gemok. Apabila di periksa mereka ini kebanyakannya datang dari keluarga yang mempunyai pendapatan yang agak selesa dan duduk juga dalam kawasan yang agak selesa. Bukan kanak-kanak sahaja gemok tetapi ibubapa mereka juga gemok. Sekali lagi faktor ekonomi keluarga yang menentukan kegemokan. Menurut pendapat ahli kesihatan, paling banyak orang gemok adalah disebabkan makan yang belelebihan atau tidak mengambil makanan yang seimbang atau amalan pemakanan yang tidak sehat dan juga tidak melakukan senaman. Gaya hidup juga menjadikan seorang itu gemok. Ini berlaku apabila tidak banyak berjalan samaada dirumah atau dipejabat. Banyak duduk dirumah menuntun tv sahaja tanpa melakukan kerja-kerja luar. Inilah yang dirisaukan kepada rakyat Malaysia. Hidup telah semakin selesa, tidak banyak berjalan.Kerja banyak dipejabat sahaja. Ada yang keluar rumah masuk pejabat dan keluar pejabat masuk rumah. sahaja Pada waktu tertentu pergi membeli belah. Inilah gaya hidup zaman moden. Masalah kegemokan perlu ditangani dengan melihat semula pemakanan dan gaya hidup. Setiap dari rakyat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup sehat. Ini amat mudah jika setiap rakyat Malaysia bermotivasi untuk hidup lebih sehat pada masa akan datang.Banyak seminar dan ceramah telah diadakan terutama kepada kanak-kanak dan keluarga muda supaya mengamalkan cara hidup sehat. Cara yang paling baik adalah mengamalkan kaedah pemakanan seimbang dan kaedah pemakanan yang betul.Banyak juga pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan kempen kesedaran terutama pertubuhan profesional untuk menjadikan kehidupan bertambah sihat. Aktiviti ini sangat baik dan berfaedah dan rakyat digesa mengambil peranan yang aktif untuk mengamalkan gaya hidup yang sehat  supaya seluruh keluarga akan bertambah sehat.

Hidup perlu sentiasa bersederhana. Jangan makan sehingga kenyang dan berhenti makan sebelum kenyang. Agak susah untuk melakukannya. Mana boleh berhenti makan kalau makanan yang disediakan terlalu sedap. Sudah tentu selagi belum kenyang bagaimana ingin berhenti?. Tidak logik perlu berhenti makan sebelum kenyang. Tujuan makan adalah untuk kenyang. Selagi tidak kenyang, perlu ditambah supaya menjadi kenyang. Ini sikap yang tidak baik. Apa sahaja perbuatan dalam kehidupan ini tidak boleh melampu.Semua buat secara sederhana. Begitu juga kalau bekerja perlu ada keseimbangan. Kalau kerja tidak ada rehat dan tidak sedikit pun meluangkan masa untuk keluarga juga sesuatu yang tidak baik. Walau bagaimana sibuk pun, setiap dari kita perlu mempunyai makan, tidor dan rehat yang cukup. Jika ini.tidak dilakuan sebaiknya, lama kelamaan produktiviti akan menurun dan kesihatan akan terganggu. Mungkin akan mendapat sakit yang teruk.

Sebenarnya amat susah untuk mengawal pemakanan jika mempunyai wang. Semua kita bekerja untuk mencari wang supaya hidup senang dan makan pun senang. Kalau ada duit keinginan untuk makan juga tinggi. Itu sebab kita lihat kedai makan sentiasa penuh siang dan malam. Ini kerana banyak yang mempunyai wang dan akan makan mengikut selera tidak kira waktu. Kalau lapar waktu malam mudah sahaja, kalau malas hendak masak keluar sahaja baik dibandar atau dikampong banyak kedai makan yang dibuka. Janji ada duit semua akan didapati. Susah mengawal makan jika banyak duit. Keluarga yang banyak duit selalunya anak-anaknya gemuk kerana banyak makan dan makanan mudah didapati.Kepada mereka yang banyak duit kalau hendak kurus perlu ada disiplin yang tinggi.Tabiat pemakanan anak-anak 3 pinggan semasa makan bukan tabiat yang baik. Mereka yang “beruang” perlu mempunyai disiplin yang tinggi terutama ketika menjaga anak-anak. Kemewahan akan menyebabkan anak-anak menjadi gemuk.Kawal belanja dan kawal nafsu barulah tabiat pemakanan dapat dikawal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...