nuffnang ads

Thursday 11 October 2012

BANYAKAN BERSALAM...PERBUATAN YANG BAIK.



Salam bermakna sejahtera, damai, pemberian hormat, penyataan hormat. Bersalam bermakna berjabat tangan, contohnya “ baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda”. Bersalaman atau bersalam-salaman ialah saling bertukar salam dengan berjabat tangan. Contohnya kami bersalam sambil bertukar senyuman. Menyalami ialah bersalam dengan. Contohnya “dia menyalami lelaki tua itu”. Persalaman ialah perihal bersalam seperti “ persalaman yang mesra itu”.Salam juga membawa makna sejenis tumbuhan atau pokok, jiwat yang juga dikenali eugenia cumini.

Bersalaman juga bermakna tanda permulaan pengenalan atau pertemuan. Setiap pertemuan atau memperkenalkan sesaorang atau diperkenalkan akan diikuti dengan bersalaman dengan sesaorang atau dengan banyak orang. Bersentuhan melalui bersalaman ini menunjukan pengenalan secara rasmi yang digunakan tidak kira ugama atau bangsa. Kadang-kadang untuk salam perkenalan antara lelaki bersama perempuan sahaja agak berlainan mungkin tanda angguk atau senyuman. Ini kerana persentuhan antara bukan muhrim tidak dibenarkan didalam Islam. Mungkin ada juga bersalaman antara lelaki perempuan kerana menurut setengah pihak bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bertujuan baik  dan tidak bertujuan menaikan syahwat dibenarkan.

Perbuatan bersalaman adalah perbuatan yang baik sangat dituntut dan sangat dihargai. Sesaorang dikatakan sombong jika tidak mahu bersalaman dengan orang lain atau kurang bersalam dengan orang lain. Sesaorang pemimpin dikatakan sombong jika tidak mahu bersalaman dengan rakyat. Kalau pemimpin menghulur tangan untuk bersalaman kerap kali dikatakan seorang pemimpin yang baik. Itu sebabnya dalam kehidupan kena banyak bersalam supaya tidak dikatakan sombong. Kalau bersalam dengan banyak orang lagilah baik tidak kira masa dan tempat. Anak-anak juga kerap diajar supaya bersalaman setiap pertemuan dengan orang yang lebih tua dan kerap kali anak-anak diajar supaya mencium tangan semasa bersalam. Mencium tangan semasa bersalam adalah tanda hormat sesaorang yang lebih tua atau menghormati penmimpin. Amalan mencium tangan ketika bersalam kerap dilakukan oleh isteri kepada suama, anak kepada bapa dan juga dari anak buah kepada bapa saudara dan juga kerap kali dari orang muda kepada orang tua.  Kerap kali juga rakyat akan mencium tangan pemimpin terutama kepada pemimpin yang lebih tua. Orang miskin akan mencium tangan apabila bersalam dengan orang yang berada. Ini bermakna mencium semasa bersalam adalah amalan menghornati orang lain yang merupakan satu amalan yang baik.

Bersalam dengan orang yang kita minati juga satu ketika yang sangat ditunggu-tunggu. Peminat kerap akan menghulur tangan kepada penyanyi atau sesaorang yang diminati. Sudah semestinya apabila salam disambut akan disambut dengan penuh kegembiraan. Kerap kali mereka akan melawak untuk tidak membasuh tangan apabila mendapat berjabat tangan atau bersalam dengan sesaorang yang sangat popular samaada keluarga diraja, penyayi atau ahli politik menjadi pemimpin negara. Begitulah tingginya pengharapan seorang peminat kepada orang yang diminati. Mereka bukan mahu sesuatu yang mahal. Mereka hanya mahu menyentuhi secara bersalam. Inilah yang diperlukan dari seorang peminat.
Satu yang agak penting apabila menghulur tangan apabila mula pertemuan semasa mengunjungi rumah sesaorang, saudara mara atau sahabat handai. Perbuatan yang pertama selepas memberi salam adalah dengan menghulur tangan untuk berjabat tangan. Sangat diperlukan berjabat tangan dengan semua yang ada bersama kita atau mereka yang akan bersama kita. Kalau tangan tidak dihulur, ini akan kelihatan janggal dan seolah-olah kita tidak mahu berkenalan. Selalunya perbuitan ini tidak disenangi dan akan mengelar sesaorang itu sombong. Berjabat tangan adalah sesuatu yang mudah. Hulurkan tangan, katakan sesuatu yang baik sudah tentu salam akan disambut dengan kemesraan. Bersalamlah apabila mengunjungi rumah sesaorang. Kalau boleh bersalam dengan semua orang dan bersalamlah sekali lagi apabila ingin meninggalkan rumah yang dikunjungi. Sekali lagi bersalamlah dengan semua orang yang disalami sebelum ini.

Pemimpin akan dianggap baik kalau tidak bersalaman dengan semua yang mereka temui. Sudah semestinya pemimpin akan dikatakan sombong jika tidak mahu menghulur tangan kepada rakyat. Pemimpin dikatakan baik jika bersalam dengan seramai orang. Ada juga isteri seorang pemimpin yang merungut suaminya akan bersalam dengan semua orang kalau hadir dalam sesuatu majlis. Kepada isteri pemimpin tersebut ini seolah-olah membuang masa yang terlalu lama. Isteri pemimpin itu tidak cemburu tetapi katanya ingin menjimat masa. Sepatutnya isteri merasa bangga kerana ramai orang yang bersalam dengan suami kita yang juga seorang pemimpin. Pemimpin terkenal memang ramai orang yang ingin bersalam.Sebagai seorang pemimpin adalah sangat merisaukan apabila rakyat tidak mahu bersalam dengan kita lagi. Apabila rakyat sudah tidak mahu bersalam lagi dengan seorang pemimpin lagi, inilah saat kejatuhan yang perlu difikirkan. Selagi ada yang menghulur tangan, bersalamlah sudah tentu ramai yang suka. Pemimpin perlu banyak bersalam, hulurkan tangan kepada rakyat. Biarlah salam berkali-kali dalam sehari. Ini tidak menjadi masaalah. Apa yang penting pemimpin perlu bersalam. Apabila pemimpin telah bersalam dengan rakyat. Pemimpin akan dikatakan dekat bersama rakyat dan pemimpin sentiasa di hati rakyat.
Pemimpin akan dibenci jika tidak bersalam atau kurang bersalam dengan rakyat.

Salam juga adalah tanda kemaafan. Jika berlaku selisuh faham atau pergaduhan selalunya salam akan menjadi titik noktah terakhir. Selalunya kalau sudah bersalam semua persengketaan akan dikira selesai. Sudah menjadi seperti biasa, sepatutnmya selepas bersalam tiada dengki lagi. Ada yang menyatakan setelah bersalam bermakna kosong berlawan kosong, tiada yang menang atau kalah. Ini bermakna semuanya telah dimaafi. Itu sebabnya bersalam adalah penting di pagi hari raya aidil fitri. Salam sangat dituntut dipagi hari raya kepada kaum keluarga yang lebih tua. Salam ini sebagai tanda memohon kemaafan jika ada selisih faham, angka atau sesuatu yang tidak disenangi sebelum ini. Salam dipagi raya adalah salam terbuka. Itu sebab selalunya di kad hari raya ditunjukan gambar orang berjabat tangan. Berjabat tangan tanda salam dipagi raya adalah satu kemestian. Kalau tidak bersalam di pagi raya dengan orang-orang yang rapat atau saudara mara adalah tidak baik. Kalau tidak bersalam bermakna tidak berhari raya. Ini adalah kata-kata usikan orang disebelah utara. Beraya itu bermakna bersalaman. Kalau tidak bersalaman, ini bermakna tdak berhari raya. Jangan memandang remeh salam dihari raya. Hari raya aidil fitri setahun sekali, kalau tidak bersalam ditahun ini, tidak diketahui samaada akan berjumpa lagi ditahun hadapan. Inilah perkataan yang menunjukan pentingnya bersalam di pagi raya. Walaupun berjumpa hampir setiap hari tetapi salam dihari raya adalah satu kemestian. Kepada anak-anak berada di perantauan kerap kali bersalam dan mencium tangan ibu dipagi raya adalah sesauatu yang diidam-idamkan. Tidak ada gunanya duit banyak, tidak ada gunanya berkerja sepanjang tahun tetapi tidak dapat mencium tangan ibu di pagi hari raya. Begitulah pentingnya bersalam dengan ibuibapa dan saudara mara ketika menyambut hari raya. Bersalamlah di pagi hari raya.  Bersalamlah dengan seramai orang setiap hari raya.

Perbuatan bersalam ini telah diajar kepada anak-anak sejak kecil lagi. Adalah menjadi kebanggaan keluarga jika anak-anak pandai bersalaman apabila berjumpa orang atau ketika mengujungi rumah kawan-kawan atau ketika datang berkunjung kerumah. Ada juga anak-anak kecil yang tidak mahu mengikut dan kerap kali akan diajar dan dipujuk. Ada juga anak-anak kecil yang memahami menyambut hari raya itu adalah bersalaman dan jika bersalaman tentu akan mendapat duit hari raya kalau tidak bersalaman, tidak mendapat duit raya. Kanak-kanak kerap diajar kepentingan bersalaman sejak dari bangku sekolah. Semua aktiviti perlu dimulakan dengan bersalam dan diakhiri dengan bersalam juga.

Aktiviti bersalam juga diamalkan oleh seluruh masyarakat antarabangsa. Kalau dilihat di dalam tv atau tayangan filem, bersalaman adalah satu kemestian oleh masyarakat antarabangsa. Bersalaman juga dilihat satu aktiviti perdamaian. Kerap kali apabila ada sahaja kesah berkenaan perdamaian mesti diakhiri dengan bersalaman dan dilihat seolah-olah telah bersepakat untuk membuat sesuatu untuk kebaikan. Kalau sesuatu aktiviti tidak terjadi aktiviti bersalaman, ini menunjukan ketidaksepakatan tidak berlaku dan banyak usaha perdamaian perlu dilakukan. Bersalaman ada kemuncak kepada perbincangan. Setelah dibawa kemeja rundingan, aktiviti akhir adalah bersalaman.

Salam juga kerap dilakukan untuk mengucapkan tahniah ketas kejayaan sesaorang. Sesaorang yang berjaya juga sangat gembira kalau bersalam dan kerap kali salam juga akan diakhiri dengan berpelokan antara satu sama lain. Salam juga satu kegembiraan dan salam juga satu kesedihan. Salam lebih merupakan permulaan pertemuan tidak kira kegembiraan atau kesedihan. Inilah yang kerap berlaku. Kerap kali kelihatan juga setiap kali menerima hadiah atau pemberian tidak kira berbentuk hadiah, sijil atau cenderamata akan berakhir juga dengan bersalam. Jika setelah menerima apa-apa pemberian, tidak elok jika tidak diakhiri dengan bersalaman. Sudah tentu kalaui tidak bersalam seolah-olah tidak beradap.

Kepada masyarakat ucapan salam adalah nucapan mendokan kesejahteraan sesaorang. Ini sangat dituntut dalam Islam. Semua pertemuan atau perjumpaan perlu disampaikan salam. Salam dalam Islam adalah doa untuk kebaikan dan perlu dibalas dengan ucapan untuk kesejahteraan juga. Kalau tidak dapat berjumpa untuk menunjukan sesaorang saling kenal mengenali, banyak orang atau kenalan atau saudara masa berkirim salam. Ini bermakna mereka mengirim salam kesejahteraan. Ucapan salam ini sangat baik dan kerap menjadi amalan dimana-mana negara Islam. Orang Islam juga bangga dengan ucapan salam dan ini menunjukan mereka ini sesama Islam. Orang bukan Islam tidak mengamalkan ucapan salam. Kerap kali kalau sesaorang itu tahu tetamu atau kenalan atau pelangan itu seorang Islam dengan memberi salam atau mendengar salam dari Mereka. Amat mudah untuk mengetahui sesama Islam dengan memberi sahaja salam.

Bersalamlah dengan seramai orang kerana perbuatan salam ini sangat penting dalam segala aktiviti manusia. Perbuatan salam adalah aktiviti yang sangat dituntut. Kepada pemimpin bersalamlah dengan seramai rakyat untuk bertanya kabar. Rakyat sangat suka kepada pemimpin yang rajin bersalam. Jika pemimpin mengunjungi sesuatu majlis, kalau boleh bersalamlah dengan semua tetamu. Tuan rumah atau penganjur sangat bangga kalau ada pemimpin sebegini. Pemimpin yang  banyak bersalam akan mempunyai banyak penyokong dan akan disukai dan popular. Bersalamlah dengan ramai orang jangan berkira pangkat atau darjat. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Bersalam dengan ramai orang tidak akan menurunkan darjat sesaorang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...