nuffnang ads

Wednesday 17 October 2012

GAYA HIDUP MELAKA HIJAU: JIMATKAN AIR.



Apabila berbincang berkenaan teknologi hijau, macam-macam terlintas didalam kepala kita. Pemikiran dari cara hidup yang diamalkan sekarang sehingga mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau atau mengurangkan pengeluaran karbon dioksida. Kalau difikirkan dengan mudah cara hidup berteknologi hijau adalah cara hidup yanmg menjimatkan dan akhirnya dapat menyelamatkan dunia untuk cucu cicit kita pada masa hadapan. Cara mudah juga memikirkan cara hidup berteknologi hijau adalah menjimatkan penggunaan air dan juga menjimatkan penggunaan air. Semua yang dijimatkan ini adalah untuk kegunaan masa hadapan. Macam juga kita menyimpam duit didalam bank, akan digunakan satu ketika nanti atau apabila kita mengalami kesusahan. Mudah sebenarnya untuk memahami cara hidup berteknologi hijau.

Kerap kali apabila kita memasuki bilek air didalam hotel terutama hotel diluar negara akan diingatkan supaya kita berjimat dengan penggunaan air. Ada hotel yang menyekat penggunaan air dengan menggunakan teknologi seperti paip air tertutup sendiri apabila tidak digunakan atau kaedah membuka air yang akan tertutup sendiri apabila tidak digunakan. Pada masa dahulu apa yang kita ingat adalah hotel yang ingin menjimatkan penggunaan air tetapi sebenarnya jauh dari itu. Ini adalah kaedah hidup berteknologi hijau. Mungkin pada satu masa nanti air yang akan digunakan dihotel akan dikenakan bayaran lebih jika menggunakan air lebih dari yang dibenarkan. Pada satu masa nanti mungkin mereka yang tidak menggunakan air yang banyak akan direbetkan balik apabila keluar dari hotel. Ini mungkin satu pendedekatan yang boleh difikirkan. Hotel boleh menggenakan sewa sebanyak RM 200 semalam dengan memberikan jumlah penggunaan air sebanyak RM 50 dan penggunaan elektrik sebanyak RM 50 juga. Jika ada penjimatan dari penjimatan air jumlah lebihan ini akan dibayar balik semula apabila keluar dari hotel. Ini adalah kaedah yang terbaik dimana pengguna akan cuba berjimat dan kedua-duanya akan memperolehi keuntungan. Begitu juga untuk penggunaan elektrik, jika penyewa mempunyai keinginan untuk menjimatkan tenaga, mereka akan dipulangkan semula semua penjimatan ini. Kaedah ini lebih menarik dan banyak pelanggan akan cuba untuk membuat penjimatan kerana akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan jika ingin berjimat dari segi penggunaan air. Lihat sahaja mereka yang mengosok gigi diawal pagi dihadapan cermin atau dihadapan sinki. Semasa menggosok dibiarkan air mengalir dari pili tanpa kawalan. Air akan terus terkeluar selagi aktiviti mengosok gigi. Apa salahnya jika ditutup pili semasa mengosok gigi sudah tentu banyak air yang dapat dijimatkan. Kepada mereka yang duduk di hotel kerap kali disediakan gelas untuk digunakan semasa mengosok gigi, tetapi amat jarang yang menggunakanya. Ada yang tidak tahu kenapa gelas diletakan dihadapan cermin jika duduk di dalam hotel. Ini adalah tabiat yang perlu diubah. Jika ini dapat dilakukan oleh setiap rakyat negeri Melaka sudah tentu banyak air yang akan dijimatkan dan pada masa yang sama akan menjimatkan bil air setiap rumah. Bayangkan jika setiap rumah mempunya 5 orang penghuni. Sudah tentu perbelanjaan keluarga dapat dijimatkan setiap bulan. Perkara kecil jika dipandang berat dapat membantu dunia untuk masa hadapan.

Kerap juga dipersoalkan mengapa air banyak digunakan untuk mengangkat air sembahyang lima kali sehari. Perkara ini amat sensetif jika dibincangkan. Maklumlah ini adalah ibadat wajib, mengapa perlu berkira berkenaan jumlah air yang digunakan?. Ini satu angapan yang salah. Dalam beribadat penjimatan amat/sangat dituntut. Ada yang mengatakan pembaziran itu perbuatan syaitan. Mengapa perlu diikuti perbuatan syaitan?. Sepatutnya setiap orang mesti berjimat semasa mengangkat air sembahyang. Ini sangat dituntut oleh Ugama Islam. Perbuatan membazir air ini dapat dilihat setiap kali ke masjid, kerap kali tidak dihiraukan jumlah yang yang keluar lebih-lebih lagi air yang keluar terus dari pili. Banyak yang tidak mengambil kisah kerana bukan mereka yang akan membayar bil air. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan berkenaan jumlah bil air. Ini juga tanggapan yang salah. Rawatan air memerlukan perbelanjaan yang tinggi, jika ini dapat dijimatkan bermakna kos rawatan air dapat digunakan untuk benda lain yang lebih berfaedah dan paling penting air dapat digunakan oleh orang lain atau ditinggalkan untuk kegunaan generasi akan datang.

Sistem kawalan air yang lebih canggih perlu diletakan di masjid. Kawalan menggunakan teknologi perlu diberi keutamaan. Untuk masjid yang besar, kawalan air memang telah dilakukan dimana pili air akan tertutup sendiri apabila tidak digunakan dan ada masjid pili akan mengeluarkan air apabila tangan dihulur. Kalau difikirkan sememangnya perbelanjaan yang besar perlu dikeluarkan untuk menmggunakan teknologi yang canggih tetapi untuk jangka panjang, sudah tentu teknologi ini lebih menjimatkan. Sudah sampai masanya setiap masjid menggunakan teknologi ini untuk menjimatkan air. Untuk menukarkan sikap terhadap pengguna bukannya mudah. Sikap dan perbuatan lebih mudah diubah jika menggunakan teknologi. Teknologi sudah tersedia untuk digunakan. Apalah guna adanya teknologi jika tidak mahu dimanfaatkan?. Sikap amat sukar diubah dengan cara sukarela. Sikap amat mudah diubah dengan penguatkuasaan dan juga undang-undang atau menggunakan teknologi. Sikap pengguna air di masjid perlu diubah menggunakan pili yang lebih moden yang boleh dikawal.

Perubahan teknologi yang begitu pantas tidak boleh dielakan. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak mahu menggunakan teknologi. Teknologi telah diletakan dihadapan mata. Mahu tidak mahu kita perlu menggunakanya.Tidak salah menggunakan teknologi selagi teknologi dapat memberi keselesaan kepada kehidupan. Sebagai sebuah negara yang akan mencapai status negara maju dalam tempuh 9 tahun sahaja lagi, rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan menggunakan teknologi sahaja. Negara perlu bergerak kepada negara pencipta teknologi pula. Maju dari segi kemudahan perlu diikuti dengan gaya hidup yang serba maju. Kita tidak boleh mengelak maju yang akan dihubungkaitkan dengan moden. Cara hidup maju bermaklna cara hidup yang lebih moden. Moden yang dimaksudkan tidak melanggari batas ugama dan  tata kesusilaan orang Malaysia. Kita selalu dengar komen seorang juruhebah dari salah sebuah setesen radio tempatan. “Apalah guna negeri maju jika pemikiran kita tidak maju” . Ini bermakna keseluruhan hidup kita perlu berubah kepada cara hidup yang bercirikan rakyat negara maju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...