nuffnang ads

Friday 12 October 2012

BANYAK JUGA YANG TIDAK LOGIK.



Menghadiri majlis pelancaran kempen “Go Green” di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah memberikan satu pengalaman baru kepada jemputan yang hadir. Penuntut Politeknik Merlimau Melaka dalam masa 4 hari sahaja telah mengumpulkan sejumlah beg plastik telah terpakai yang apabila disambong panjangnya 8 kilometer. Ini telah mencatitkan Malaysia Book of Record (MBR) yang telah dicapai dengan kerjasama 5,000 orang penuntut . Kadang-kadang terfikir oleh kita berapa banyak lagi kalau dipunyut selama satu minggu atau satu bulan atau satu tahun oleh penuntut Politeknik Merlimau Melaka. Mungkin terlalu panjang jika disambong dan akan mencatit rekod yang lain pula.. Terfikir juga kita kenapa kita dibenarkan menggunakan beg plastik jika penggunaanya akan mendatangkan kesan yang negatif kepada kehidupan?. Kenapa beg plastik yang sangat bahaya kata mereka perlu digunakan? Jika perlupusan dilakukan, akan mengambil masa berpuluh tahun untuk dilupuskan, ini yang dikatakan bahaya. Apakah kita baru menyedari penggunaan plastik sangat bahaya kepada kita?. Mungkin juga dahulu kita tidak faham. Apa yang menghairankan?, disebelah pihak sangat bersungguh-sungguh  mengatakan bahayanya beg pastik yang mengambil masa yang lama untuk dilupuskan tetapi tetap menggunakanya lagi hampir setiap hari. Undang-undang juga tidak mengharamkan penggunaan plastik malahan dijual dan dapat dibeli merata-rata. Mengapa tidak pihak berkenaan mengharamkan sahaja penggunaan plastik beg?. Nampaknya tidak begitu, dengan berbagai-bagai alasan penjualan/penggunaan beg masih lagi terpaksa dibenarkan. Semestinya alasan yang paling kuat itu adalah kepentingan perniagaan, segi sudut ekonomi dan kalau diharam akibatnya lagi teruk. Akhirnya sumbangan dari segi ekonomi perlu difikirkan atau diberi pertimbangan.

Kalau dilihat, bukan susah sangat untuk menggantikan beg plastik. Surat kabar yang dikatakan bahan yang mudah dilupus dan boleh dikitar semula boleh didapati merata-rata tapi tidak juga menjadi pilihan. Kalau susah sangat kita pakai daun pisang sahaja. Mudah dilupuskan dan murah. Mungkin berbagai-bagai alasan lain yang akan diberikan. Ada juga supermarket memberi pilihan, jika tidak mahu plastik boleh guna beg kertas yang boleh dikitar semula, tapi perlu bayaran tambahan. Sekali lagi pengguna akan dibebankan. Nampaknya kita tidak ada banyak pilihan. Sebelah tangan pakai plastik dan sebelah lagi kita buat berbagai-bagai kempen untuk menerangkan kesannya dalam tempoh jangka panjang. Perlu juga difikirkan bagaimana ingin mengurangkan pengunaan plastik. Cara terbaik dengan membuat kempen membawa beg plastik sendiri atau apa-apa beg dari rumah untuk mengisi barangan selepas membeli belah. Kalau pengguna membawa beg plastik sendiri berilah sedikit potongan harga semasa membeli belah. Ini mungkin akan menarik minat pelanggan untuk membawa beg plastik atau apa-apa beg dari rumah.

Satu lagi yang agak tidak logik adalah penggunaan polistirena untuk mengisi makanan yang telah dimasak. Banyak sangat institusi yang mengharamkan penggunaanya. Tidak tahulah kalau untuk berkempen atau publisiti sahaja. Kalau dengar ceramah dan membaca artikel yang diterbitkan, polistirena ini sangat bahaya dan kalau kita serius macam pembunuh dalam senyap sahaja (silent killer). Kalau menggunakannya seolah-olah telah menyumbang satu mara bahaya kepada dunia.Rasa bersalah pula kalau kita tidak sensitif kepada perkara ini. Maklumlah telah memberi satu yang bahaya kepada tempat tinggal kita sendiri. Pertama kali dibaca dalam surat khabar, Universiti Sains Malaysia (USM) di utara telah mengharamkan penggunaan polistirena didalam kampus dan kini diikuti pula oleh Politeknik Merlimau Melaka dalam kempen ” Go Green” mereka baru-baru ini. Usaha ini amat baik dan sangat terpuji yang patut diamalkan oleh setiap masyarakat. Sekali lagi terfikir juga kenapa penggunaan bahan ini tidak diharamkan sahaja kalau sangat bahaya. Kita ada banyak pilihan lain, seperti tadi juga daun pisang atau kertas patut menjadi pilihan. Negara kita tidak kekurangan kertas (mungkin kertas surat khabar). Bahan gantian boleh didapati dimerata-rata tempat dan banyak pihak yang sangat suka untuk membekalkanya. Malangnya bahan ini tidak menjadi pilihan walaupun harganya yang sangat murah. Polistirena mempunyai berbagai keistimewaan dan bolih didapati dalam apa bentuk pun sekali pun dan mampu dibeli oleh semua gulongan masyarakat.  Kegunaanya juga nampak praktikal dan kelihatan bersih (mungkin berwarna putih). Hanya majlis perkahwinan sahaja yang belum lagi menggunakan bahan ini (rumah terbuka orang kenamaan telah menggunakan bahan ini kerana sangat ringkas). Sangat mudah penggunaan bahan ini. Kita pakai dan terus buang sahaja. Tidak perlu dibasuh, hanya perlu sediakan plastik hitam untuk tujuan pembuangan sahaja. Mudah sahaja cara penggunaan dan pembuangannya. Katanya “inilah bahayanya, bahan ini tidak mudah dilupuskan.

Penggunaan produk ini tidak boleh ditarik balik. Ianya telah mula menjadi keutamaan dalam majlis ringkas dan juga mudah didapati, murah dan sangat praktikal. Penjualnya juga dimerata-rata tempat dengan harga yang berpatutan. Sumbangan dari segi ekonomi juga sangat besar. Amat susah untuk ditarik balik. Sekali lagi alam sekitar buka menjadi pertimbangan tetapi sumbangan dari segi ekonomi perlu diambil kira. Tidak lama lagi banyak lagi pihak yang akan kehadapan untuk mengatakan institusi mereka juga tidak menggunakan polistirena lagi. Sekali lagi ini juga akan mendapat publisiti lagi. Mungkin ini yang dikehendaki tetapi tetap menyumbang kepada alam sekitar. Teruskan sahaja, satu ketika mungkin timbul kesedaran setengah pihak untuk mengamalkan sesuatu yang agak logik dan alam sekitar menjadi pertimbangan mereka kerana kita “Go Green”.

Permodenan sistem pengangkutan dan rangkaian jalan raya di Malaysia yang sangat hebat telah menjadikan kemalangan bertambah. Hampir setiap hari kita akan mendengar kemalangan disana sini seperti dilaporkan didalam surat khabar. Kemalangan yang menyayat hati juga berlaku hampir setiap hari dilaporkan. Adalah amat mengecewakan dengan sistem rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang sangat terusun dan sistematik, jumlah kemalangan jalan raya sangat mendukacitakan. Susah untuk menyalahkan mana- mana pihak. Kemalangan jalan raya telah menjadi semakin kronik dan luar biasa. Sesuatu yang luar biasa perlu ditangani secara luar biasa dan mungkin mendapat tentangan dari berbagai pihak. Penyelesaian luar biasa memerlukan pengorbanan berbagai pihak. Masaalah kemalangan perlu ditangani menggunakan teknologi dan peraturan yang ketat. Apa yang kita lihat sekarang had laju kebangsaan  untuk lebuh raya 110 km/j dan untuk laluan jalan persekutuan had laju yang ditetapkan 90 km/j . Kita pula dapat melihat had laju maksimum setiap kenderaan adalah mengikut keupayaan kereta dan jenis kereta. Kereta berupaya memberi kelajuan 240 km/j mengikut kuasa kuda kereta. Adalah tidak logik kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia adalah 110 km/j dan kereta atau motor berupayaa memberi kelajuan lebih dari itu. Sudah menjadi tabiat manusia akan memandu lebih laju dari hadnya kerana kenderaan mereka berupaya berbuat demikian. Pada masa yang sama berbagai kempen dilakukan untuk menyelesaikan masaalah kemalangan. Setiap kali kempen keselamatan jalan raya kita akan mengatakan ”Kelajuan Boleh Membunuh”. Kita hubungkaitkan kemalangan dengan kelajuan. Ini bermakna kemalangan dapat dikurangkan dengan mengawal had laju. Apa yang dapat kita fahami, jika kelajuan rendah dan mengikut apa yang ditetapkan kamalangan dapat dikurangkan. Sebagai jalan penyelesaian secara luar biasa, adalah dicadangkan had laju kenderaan yang mampu dibuat oleh pemandu adalah hanya 110 km/j sahaja. Ini bermakna meter yang paling maksimum hanya setakat 110 km/j untuk setiap kereta, manakalan untuk bas dan lori meter maksimum hanya 90 km/j sahaja. Untuk kereta yang diimpot, kelajuan maksimum pada meter juga 110 km/j sahaja. Jika kereta yang tidak mengikut peraturan Malaysia, kereta tidak dibenarkan untuk di import ke negara ini. Ini bermakna pemandu tidak mempunyai pilihan lain. Kelajuan maksimum yang telah dikawal dengan teknologi telah mampu mengawal kelajuan. Dalam bahasa pasar ”jika pedal minyak ditekan sampai ke lantai pun kelajuan maksimum hanyalah 110 km/j sahaja”. Ini adalah pendekatan teknologi yang luar biasa  untuk menangani masaalah luar biasa. Kemalangan yang melibatkan kelajuan 110 km/j selalunya tidak serius. Kempen kesedaran untuk mengubal peraturan baru perlu dilakukan. Peraturan yang tidak logik perlu dimasuhkan, mungkin ini akan dapat mengurangkan kemalangan di negara kita. Pendekatan baru yang perlu dicuba.

Tabiat merokok juga sangat merbahaya. Bermacam-macam kempen telah dilakukan untuk memberhentikan tabiat merokok. Harga dinaikan, cukai dinaikkan, kotak kecil dan jualan batang tidak dibenarkan, iklan terbuka atau tertutup secara terus atau kiasan juga tidak dibenarkan. Kempen tak nak dengan rokok bengkok juga dilancarkan secara besar-besaran dan yang terakhir sekali dengan gambar dikotak rokok yang mengambarkan bahayanya menghisap rokok yang amat mengerikan. Banyak belanja telah dikeluarkan untuk segala kempen dan program pada berbagai peringkat. Ada juga negeri yang telah mengeluarkan fatwa, merokok adalah haram dan merokok tidak dibenarkan. Bermacam-macam sekatan dikenakan kepada perokok. Banyak negeri telah mengharamkan merokok ditempat awam atau ditempat yang menggangu orang ramai. Malangnya telah terbukti kempen dan larangan begini tidak memberi kesan yang besar (mungkin anggapan). Akhir-akhir ini gulongan wanita pula telah menjadi perokok tegar dan anak-anak gadis telah mendapati menjadi perokok badan akan menjadi kurus dan ramping tanpa mengurangkan makan dan menukar gaya hidup. Tidak hairan banyak gadis yang merokok sekarang. Daya tarikan menjadi kurus adalah tarikan mereka. Sekali lagi sebenarnya ada jalan sangat mudah untuk menyelesaikan masaalah merokok dengan mengharamkan sahaja jualan rokok. Jangan hanya mereka yang berumur bawah 18 tahun dilarang membeli rokok tapi tidak dihalang menghisap rokok. Larangan menghisap rokok dikawasan sekolah atau semasa pakai uniform sahaja. Kalau luar kawasan sekolah dan tidak beruniform, undang-undang membenarkan sesiapa sahaja yang ingin merokok.

Semua orang faham kenapa rokok tidak diharamkam. Kita sama-sama mengerti dan dunia juga mengerti. Kita kena menerimanya seadanya peraturan yang tidak bertulis ini sahaja. Tidak perlu didebatkan lagi. Sama-sama faham sahaja. Giatkan lagi usaha berkempen kepada mereka yang merokok supaya berhenti merokok tanpa menyakiti hati mereka. Kepada sesiapa yang belum merokok jangan belajar atau cuba-cuba menghisap dan jangan juga belajar membeli. Ini kerana ada orang menghisap rokok tanpa membelinya. Ini bermakna minta kawan-kawan sahaja. Perokok mempunyai banyak kawan. Mereka boleh mendapat kawan dengan hanya menjadi penghisap rokok sahaja. Rokok menjadi permulaan perbualan yang akan diakhiri dengan perbincangan yang panjang dan persahabatan yang berkekalan. Kepada pemandu kenderaan, rokok menjadi sahabat karib untuk menyegarkan mereka. Setiap kali merokok akan mengelakan mereka dari mengantok. Merokok telah menyelamatkan banyak nyawa kepada pemandu yang membawa kenderaan awam. Ini juga satu faedah besar kepada mereka. Susah juga untuk mematahkan pendapat mereka. Ini pendapat masing-masing.

Sebenarnya banyak yang tidak logik berlaku disekitar kita. Kita kena terima seadanya sahaja. Banyak perkara lain dan banyak perasaan orang lain yang perlu kita pertimbangkan. Kita juga tidak boleh menyalahi orang lain. Setiap orang mempunyai minat masing-masing dan  kesukaan masing masing. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan untuk memenuhi kehendak masyarakat yang banyak. Biarlah setiap orang dengan kehendak dan pemikiran mereka. Akibat dan keuntungan yang dinikmati akan kita kongsi bersama. Akhir sekali pertimbangan dari segi ekonomi perlu difikirkan. Pengisian perut sangat penting dari segala-galanya.

3 comments:

  1. Betul kata tuan.

    Apa yang berlaku 1000 atau 2000 tahun dahulu ?
    Kita pun tak tahu dan takde sebarang rujukan.

    Hisap rokokkah ? Pakai polisterinkah ? Pakai plastikkah ? Memandu lajukah ?

    Tapi semua tetap hidup dan mencapai tamadun yang unggul.

    Kaum kapitalis yang memperkenalkan semua item di atas kepada kita dan kita menjadi ejen promosi percuma bagi mereka setiap hari.

    Kita tidak perlu inovasi, berfikir yang susah-susah. Kita sembang dengan jin atau setan dengan makhluk yang dah hidup lama, kita tanya camne orang dulu atasi masalah ni.

    Sebabnya bukankah ramai bomoh yang kamcing dengan hantu setan, apa salahnya sembang pasal hal2 kebersihan negara, hal hal tamadun lepas untuk cari jawapan.

    Selain dari bersembang untuk buat santau, sihir dan lain-lain, cuba mintak setan tu cerciter sikit.

    Tuan kan banayk kawan, ape kater kita try cara ni ?

    Idea ni tak logik tapi ada jugak logiknya. Saya tunggu reply tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat suka dengan idea tuan.Kita patut mencuba.Ini satu pendapat yang kreatif.Kita tidak boleh dengar dan cakap tetapi kita kena berfikir.Kita perlu banyak guna otak.Sesautu yang tidak ligik boleh jadi logik.Kita lihat alam sekeliling.Sesuatu yang tidak logik sekarang sudah banyak logik.Idea tuan sangat baik.tk

      Delete
  2. Betul kata tuan.

    terima kasih kerana memberi feedback.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...