nuffnang ads

Thursday 11 October 2012

APA GUNA ADA TEKNOLOGI TETAPI TIDAK DIGUNAKAN.



Teknologi ada jumpaan sains yang boleh/untuk digunakan dalam kehidupan. Jumpaan ini terhasil dari penyelidikan yang dijalankan dalam tempuh tertentu oleh pihak tertentu. Ada juga teknologi yang digunakan untuk membinasakan (suatu yang tidak baik) kehidupan atau baik untuk setengah pihak tetapi tidak baik untuk pehak yang lain. Teknologi sentiasa berkembang dengan jumpaan yang baru untuk memudahkan kehidupan seharian. Sejak akhir-akhir ini dimana aktiviti penyelidikan dalam bidang sains menjadi begitu pantas dengan peruntukan yang banyak, berbagai-bagai jumpaan baru telah diperkenalkan. Pada masa sekarang tanpa penggunaan teknologi, kehidupan sudah agak hambar (tidak ceria), aktiviti menjadi lambat dan segala tindakan tidak membawa kepada apa-apa kemajuan.

Penggunaan teknologi juga menjadi lambang kemajuan sesuatu negara. Negara yang lambat dari segi penerimaan/penggunaan/perkembangan teknologi akan lambat membangun. Ini adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua orang. Jika ada negara yang tidak menunjukan untuk menggunakan/mendapatkan teknologi, kemajuan negara akan terbantut/lambat dan negara tidak akan berkembang maju. Mahu tidak mahu teknologi tidak boleh ditolak dan pengajaran serta pendidikan dimana-mana sahaja institusi pembelajaran mesti bertitik tolak pengajaran yang berpaksikan teknologi terkinii. Anak-anak perlu didedahkan/diajar kepada penggunaan teknologi terkini sepanjang masa.

Sesebuah negara tidak boleh juga hanya menjadi pengguna teknologi semata-mata dalam tempoh yang panjang. Mahu tidak mahu sesebuah negara perlu bergerak untuk menjadi penghasil/pengeluar teknologi dalam tempoh tertentu. Maksud pengeluar teknologi, pada masa sekarang adalah pengeluar produk yang bercirikan teknologi yang boleh dijual atau digunakan diseluruh dunia. Produk yang dihasilkan bercorak universal dan dapat digunakan untuk memperbaiki kehidupan/masyarakat sejagat.

Produk berteknologi banyak dihasikan oleh penyelidik dan juga mereka yang kreatif lagi inovatif. Ada juga produk yang dihasilkan dari kreativiti rakyat atau pun melalui saluran resmi seperti penyelidikan yang dibiayai oleh instititi pembelajaran atau kerajaan. Banyak yang sangat berminat dengan perjumpaan produk baharu jika baru diperkenalkan. Malahan jika ada produk inovasi yang baru dipamerkan/diperkenalkan, banyak yang akan memuji-muji kecanggihan teknologi atau jumpaan baru ini. Malangnya puji-pujianan sahaja yang diberikan tetapi tidak mahu atau berat untuk menggunakannya.Tiada gunanya jumpaan baru jika tidak digunakan. Penghasilan produk inovasi bukan setakat diberi pujian tetapi perlu digunakan.

Kaedah pengajaran pada ketika ini sudah jauh berubah. Kaedah pengajaran menggunakan papan hitam dan kapor sudah lama ditinggalkan. Kaedah pengajaran telah banyak menggunakan kaedah “on-line” dengan peralatan yang sangat canggih. Semua data dan maklumat mudah sahaja didapati menggunakan “website”. Murid-murid yang diajar juga bukan seperti dahulu. Kabanyakan murid hadir kesekolah telah memahami apa yang akan diajar. Dalam bahasa mudah, guru-guru perlu mengajar murid-murid pandai sekarang. Ada setengah negeri di Malaysia telah membekalkan “net book” kepada murid sekolah sebagai bahan rujukan untuk menggantikan buku. Walaupun “net book” ini tidak sehebat komputer sebenarnya, tetapi cukup untuk memperolehi/mendapatkan maklumat pembelajaran dan melayari internet.

Pengunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar perlu diikuti dengan bahan pengajaran yang merupakan pendedahan kepada teknologi. Guru-guru perlu mengajar dengan contoh yang terkini. Pengajaran sains perlu direka (silibus) untuk memenuhi kehendak negara maju. Pengajaran sumber tenaga tidak sahaja menumpukan kepada penghasilan tenaga dari sumber petrol, diesel atau hidro-elektrik sahaja. Pengajaran sumber tenaga dari tenaga solar, biomass, nuklear dan dari sumber lautan (ombak dan arus air) perlu diberi pendedahan. Pengajaran juga perlu menunjukan “solar panel” sebagai contoh, tidak lagi menunjukan bateri kering dengan satu lampu kecil sebagai contoh. Murid-murid juga perlu didedahkan kepada produk yang boleh dikitar semula dan mempunyai ciri teknologi hijau. Kerajaan kita sekarang amat menitik beratkan pendekatan teknologi hijau untuk masa hadapan. Pehak tertentu perlu menggubal semula kurikulum pembelajaran yang bercirikan atau berteras konsep teknologi hijau supaya pendedahan kepada teknologi ini dapat dibuat lebih awal.

Pembelajaran diperingkat tertinggi juga perlu berubah. Pendedahan bidang automatif tidak hanya memikirkan kereta menggunakan petrol atau diesel sahaja. Pendedahan kepada tenaga alternatif seperti kereta elektrik, kereta solar, kereta nuklear atau kereta menggunakan air sebagai bahan bakar perlu dibuat. Rekabentuk kereta juga perlu berubah bersesuaian dengan perubahan teknologi dan kemampuan. Pengajaran juga tidak hanya menggunakan contoh dalam komputer sahaja tanpa menujukan “simulation” dan produk sebenar. Pembelajaran menggunakan “simulator” perlu digalakan.

Kerap kali rungutan yang kedengaran, kelambatan penggunaan teknologi adalah disebabkan kekurangan sumber kewangan. Banyak yang berkata “bukan kerana mereka tidak mahu menggunakan teknologi tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi”. Lihat sahaja penggunaan komputer, banyak keluarga yang melihatkan komputer sangat penting untuk pembelajaran anak-anak tetapi tidak mampu atau tidak mahu membelinya. Kepada yang tidak mampu, tidak banyak yang dapat dibantu tetapi banyak yang mampu tetapi masih lagi tidak mahu membeli untuk memudahan pembelajaran anak-anak. Banyak ibu bapa sanggup membelanjakan wang untuk benda lain tetapi untuk pembelajaran anak-anak mereka agak liat sedikit. Sama seperti perbelanjaan membeli buku teks pada satu masa dahulu, banyak ibubapa yang katanya tidak mampu tetapi mampu memiliki peralatan yang lain. Apabila pembelian yang melibatkan pembelajaran anak-anak, banyak yang liat untuk membelinya. Kebanyakan mereka melihat ini adalah tanggung jawap kerajaan bukan tanggung jawap mereka. Tidak hairan baru-baru ini dilaporkan keadaan kecoh telah berlaku dimana katanya ada pihak yang ingin memberikan komputer percuma. Beribu-ribu penduduk kampong telah keluar untuk mendapatkanya. Rupa-rupanya hanya untuk memenuhi borang sahaja dan komputernya belum tahu bila yang akan diberikan.

Kerap kali pameran penyelidikan diadakan banyak yang sangat berminat. Kita akan dapat melihat kecanggihan teknologi yang ditunjukan/dijumpai akan dilaporkan melalui akhbar. Selalunya produk ini sememangnya hebat tetapi hanya untuk dilihat sahaja. Jarang ada pehak yang berminat untuk memiliknya atau ingin mengkomersilkannya. Sikap tunggu dan lihat dahulu telah menjadi amalan dalam penggunaan/penerimaan teknologi dinegara kita. Banyak pula yang sangat meragui teknologi yang diperkenalkan. Sikap tidak mahu berubah dari teknologi lama atau kepercayaan lama sangat menebal. Kalau dalam teknologi pembuatan makanan, ada yang akan berkata “ kaedah pembuatan traditional lagi baik dan makanan lebih enak dihasilkan”. Pada masa yang sama mereka juga berminat dengan penghasilan yang cepat dan lebih ekonomi. Sikap meragui teknologi juga sesuatu yang sangat menebal didalam diri rakyat negara kita. Rakyat negara kita masih lagi tidak boleh menerima buat masa sekarang, negara kita telah menjadi negara pengeluar teknologi bukan setakat pengguna teknologi sahaja. Mungkin rakyat negara kita perlukan sedikit masa untuk penerimaan teknologi ciptaan negara sendiri.

Penerimaan penggunaan teknologi dalam pembangunan negeri juga perlu diambil kira. Setiap teknologi yang ingin diperkenalkan oleh pihak peniaga/swasta/penyelidik/inovator perlu diteliti terlebih dahulu. Bukan ditolak semata-mata kerana memperkenalkan teknologi hanya untuk tujuan berniaga sahaja. Selalunya pihak peniaga sangat terkehadapan dalam bidang teknologi. Ini kerana pada mereka, jumpaan baru atau produk baru atau kaedah baru adalah sumber perniagaan. Para peniaga sangat cekap dalam penemuan produk baru lebih-lebih lagi produk import. Apa sahaja yang diperkenalkan diluar negara, sangat cepat sampai kenegara ini. Sikap ini sangat baik dan membolehkan negara mendapat teknologi terkini. Malangnya penerimaan teknologi dari kalangan pentadbir sangat pelahan. Pihak pentadbiran kerap memberi alasan untuk melambat-lambatkan penerimaan teknologi ini. Sekali lagi sikap tunggu dan lihat. Apabila ada arahan dan orang lain telah menggunakannya barulah mereka mula bertindak. Ada kalanya sikap acuh tidak acuh kepada penerimaan teknologi baru kerap berlaku. Kepada mereka kaedah yang sedia ada telah berjaya menyelesaikan kerja mereka selama ini dan mengapa perlu berubah?. Mereka hanya akan lakukan apabila ada arahan terbaru dari pihak atasan. Jika tidak ada arahan, mereka tidak berusaha untuk mencadangkan sesuatu yang baru. Kepada mereka, apa sahaja yang melibatkan kewangan, adalah sesuatu yang sensitif dan tidak boleh disentuh. Nanti ada pihak yang menuduh memandai-mandai mencadangkan sesuatu yang bukan tiba masanya. Soal kewangan dan perbelanjaan adalah sangat sensitif dalam membuat keputusan. Akibatnya penerimaan teknologi menjadi pelahan.

Rakyat sepatutnya menerima kemudahan yang terbaik dari segi teknologi. Ini tidak sukar dibekalkan jika pemimpin mempunyai keupayaan untuk memahami dari segi penggunaan teknologi. Kaedah pembuangan sampah dengan cara melonggokan dikawasan pembuangan sampah tanpa apa-apa rawatan adalah kaedah lama. Pada masa hadapan, kaedah ini perlu berubah dan jika dikekalkan juga kaedah lama. Ini akan menimbulkan rungutan kepada rakyat. Usaha mencadangkan penggunaan teknologi canggih dalam memproses sampah perlu diberi perhatian. Teknologi mengubah sampah kepada gas telah terdapat dipasaran dan telah pun digunakan disetengah negara maju. Pada masa sekarang teknologinya dikatakan agak mahal tetapi bersesuaian dengan status negeri maju dan menuju kearah negeri yang akan menerapkan teknologi hijau, kaedah ini mungkin boleh difikirkan walaupun melibatkan implikasi kewangan yang besar.

Kaedah pembersihan sungai juga telah mempunyai teknologi terkini yang sangat canggih. Pembersihan menggunakan kaedah lama sudah tidak sesuai lagi. Kaedah baru untuk mengubah bau sungai menggunakan kaedah “EM technology” perlu difikirkan walaupun melibatkan penggunaan kewangan yang besar. Banyak juga kaedah lain yang boleh dicuba dalam penyenggaraan sungai yang telah digunakan oleh negeri maju

Kemajuan teknologi yang sangat pesat dan berkembang dengan pantas perlu digunakan untuk membangunkan negara. Kemajuan sesuatu negara akan dinilai dari segi penggunaan teknologi terkini. Kita lihat sahaja teknologi yang ditunjukan/digunakan oleh negara barat, teknologi mereka sangat terkehadapan seperti yang sering ditunjukan dalam tv setiap hari. Hakikat sebenarnya teknologi yang dijumpai/direka adalah untuk digunakan bukan bahan tuntunan sahaja. Jika ini tidak diambil kisah oleh pihak pentadbir, negara tidak akan membangun. Setiap pembangunan/penggunaan teknologi akan memberi impak kepada ekonomi rakyat dan negara. Ini adalah sangat baik untuk sebuah negara untuk terus maju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...