nuffnang ads

Showing posts with label BERJAYA. Show all posts
Showing posts with label BERJAYA. Show all posts

Sunday, 25 November 2012

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF UNTUK BERJAYA.



Positif membawa makna pasti, tegas, tentu dan tegap atau memperlihatkan sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat. Fikir pula membawa makna ingatan, angan-angan atau akal. Berfikir pula bermakna menggunakan akal fikiran (untuk menyelesaikan sesuatu), mempertimbangkan (dalam ingatan). Berfikiran membawa makna berfikir mengenai. Memikir bermakna berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu. Pemikiran bermakna perihal berfikir (memikir). Semua makna ini diambil terus dari Kamus Dewan terbaru yang telah menerangkan dengan jelas makna pemikiran tanpa perlu ditokok tambah. Apa yang sangat jelas positif adalah bermakna sesuatu yang pasti dan boleh membawa kepada pengharapan.

Kita sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan sesuatu yang mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian atau kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan. Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.

Menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran memerlukan ketabahan. Satu cara untuk menghadapi hidup supaya sentiasa memberi makna hanyalah dengan sentiasa berfikiran positif. Kaedah terbaik adalah dengan mempunyai niat untuk sentiasa membantu orang lain. Jika kita seorang yang berpengaruh atau mempunyai kuasa, kita perlu sentiasa ingin membantu orang lain jika kita diminta memberi bantuan. Setiap yang datang berjumpa kita perlu didengari masaalah mereka. Sebaik sahaja sesaorang menjengok kita dipejabat atau terjumpa dimana-mana sahaja, pertama kali kita mesti mempunyai niat untuk membantu. Jangan sekali-kali berfikiran negatif dan tidak mahu membantu lansung. Jangan juga sekali-kali berfikiran kedatangan mereka untuk menyusahkan kita. Niat dan pemikiran ingin membantu mereka adalah sangat perlu. Kita perlu mencuba sedaya-upaya yang kadang-kadang kita telah mengetahui amat sukar untuk membantu. Kita perlu melupakan ini semua dan perlu membuat sesuatu untuk membantu juga. Biarlah kegagalan kita membantu bukan disebabkan oleh kita atau diluar kawalan kita. Biarkan sesiapa yang inginkan bantuan meninggalkan kita dengan senyuman walaupun gagal mendapat bantuan dari kita. Sikap ini sangat baik jauh dari sikap yang agak negatif dan tidak ingin membantu. Masyarakat dapat merasakan kita tidak berusaha untuk membantu dan jika kita adalah pemimpin ini akan mengecewakan masyarakat. Pemimpin yang baik kerap mempunyai pemikiran untuk sentiasa membantu walau dalam apa keadaan sekali pun.

Kepada pelajar juga sikap positif amat penting. Sikap positif akan mengambarkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan berjaya. Jika ini ada dalam pemikiran pelajar, mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat dan sentiasa ingin belajar dan mengulangkaji. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka akan mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan. Kecemerlangan perlu difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba. Sikap positif akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif juga. Sikap positif jika dibawa dalam proses pembalajaran akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah.

Sikap yang baik dalam proses pembelajaran bermula dari minat untuk belajar. Minat dengan mata pelajaran, kegiatan pembelajaran, kegiatan luar persekolahan, mempunyai hobi yang amat baik dan minat dengan guru-guru yang mengajar. Setiap pelajar perlu belajar meminati guru-guru yang mengajar apa juga mata pelajaran. Sikap membenci guru perlu dibuang jauh-jauh. Sikap menyukai murid juga sangat penting kepada guru-guru. Latihan yang telah diterima sebagai guru adalah latihan untuk kita menyukai anak didik kita. Guru-guru jangan sekali-kali membenci murid-murid dalam apa keadaan sekali pun. Sikap menyukai mereka yang pandai dan anak orang berada sahaja adalah sikap yang tidak baik. Guru juga jangan sekali-kali membenci pelajar yang kurang pandai dan anak-anak orang yang tidak berada. Kita tidak boleh meramal masa depan sesaorang murid dari pencapaian semasa kecil atau semasa alam persekolahan sahaja. Kata perpatah mengatakan “yang akhir nanti akan diperkatakan orang”. Kejayaan pelajar sekolah memerlukan perjalanan yang panjang. Mereka kadang-kadang kurang menyerlah semasa kecil tetapi akan berubah apabila mereka meningkat dewasa. Biarlah guru-guru melayani setiap murid sama rata agar mereka dapat belajar dalam keadaan kegembiraan. Berbagai kerenah anak murid perlu dilayan dengan baik jika kita mengharapkan setiap mereka mendapat kejayaan pada masa hadapan.

Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier. Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni keluarga dalam ketenangan.

Sikap positif juga amat perlu dalam kehidupan. Kita perlu memandang apa yang telah diberikan oleh kerajaan sesuatu yang amat baik untuk kita dan sangat memberi menfaat kepada rakyat. Kehidupan yang  kita miliki  jauh lebih baik dari rakyat negara lain. Negara kita hampir tidak ada pengganguran dari segi pekerjaan (pekerjaan mencari kita). Kita boleh memilih apa sahaja jenis pekerjaan dan sangat bergantung apa yang kita cari (kepuasan hati atau pendapatan). Ini jauh lebih baik dari beberapa rakyat negara jiran yang terpaksa berkorban nyawa untuk mencari pekerjaan. Ada sebilangan yang terpaksa merentas lautan hanya untuk mendapatkan pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat negara ini. Lihat sahaja sampah yang dibuang oleh rakyat negara ini. Menurut kajian dari Universiti Putra Malaysia, 40% dari sampah yang dibuang dinegara ini adalah sampah yang boleh dimakan seperti rojak, roti, nasi lemak, nasi, mee goreng dan apa sahaja makanan yang tidak habis. Makanan ini sepatutnya boleh dimakan lagi tetapi telah dibuang sebagai sampah. Berapa mewahnya rakyat negara ini?.

Sikap mengatakan orang lain sahaja yang mempunyai sesuatu yang lebih baik dari kita perlu ditiadakan atau ditinggalkan. Kita tidak boleh setiap kali mengatakan “the other side greener than us” (orang lain selalu lebih baik dari kita). Kita sebenarnya “”greener than the other side”. Kita juga tidak boleh mengatakan kemudahan orang lain lebih baik malahan apa yang kita miliki lebih baik dari orang lain. Negara ini ada segala-galanya dengan rakyat berbilang kaum, ekonomi berkembang baik, banyak pelancung yang datang untuk menikmati keindahan tempat kita, makanan tempatan yang amat disukai, kadar jenayah yang rendah, cuaca yang menarik dan mala petaka besar hampir tidak berlaku. Ini menunjukan negara ini sangat indah dan selamat untuk diduduki dengan kemudahan kesihatan yang baik serta mempunyai pakar kesihatan bertaraf dunia. Ini akan dapat terus dinikmati jika setiap rakyat negara ini berfikiran positif dan memelihara keamanan yang ada. Keadaan hidup yang harmoni yang kadang-kadang ada sedikit gangguan untuk kes terpencil yang perlu segera diselesaikan dan dimaafkan. Ada juga merungut tentang sedikit kenaikan harga barang. Ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Mana ada negara dalam dunia harga barangan turun?. Kita mahu gaji naik sudah tentu harga barang naik kerana perkhidmatan yang disediakan memerlukan tenaga kerja yang juga memerlukan makanan untuk hidup. Sudah tentu sara hidup akan naik dan mengakibatkan semua menjadi mahal. Zaman “sedap, banyak, besar, bersih dan murah” sudah berkahir. Jika kita ingin makanan yang “sedap, banyak, bersih, besar” sudah tentu mahal harganya. Apa yang paling penting semua barangan yang kita perlukan mudah dimiliki dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli.

Berfikiran positif perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka. Ada yang mengatakan “”makan free jangan banyak sangat rungutan (komplen)”, makan sahaja dari apa yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru boleh merungut tapi biarlah kena pada tempatnya. Telah terbukti mereka yang berjaya samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang sentiasa mempositifkan perkata negatif. Perkara negatif ditinggalkan jauh-jauh dan permikiran positif ditimbulkan malahan diapongkan supaya terserlah. Kejayaan negara sangat bergantung kepada modal insan dan  pemikiran positif rakyatnya.

Thursday, 15 November 2012

RAJIN LEBIH BAIK DARI PANDAI.



Rajin adalah orang yang suka bekerja atau belajar, giat, bersungguh-sungguh dan tekun. Merajinkan diri ialah berusaha benar-benar dan mengusahakan diri. Kerajinan ialah perihal rajin, kegiatan dan ketekunan.  Pandai adalah mereka yang cerdik dan pintar. Berpandai-pandai ialah melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dengan orang lain. Memandai atau memandai-mandai membuat sesuka hati dan mengikut fikiran sendiri. Memandaikan ialah membuat, membina dan menjadi pandai. Kepandaian ialah kecerdikan, kemahiran dan kepintaran. Berpandaian ialah mempunyai kepandaian atau kemahiran.

Semua orang ingin menjadi pandai. Kepada sesiapa yang pandai akan mendapat pekerjaan yang baik. Kerap kali kepandaian akan dikaitkan dengan kesenangan. Ibubapa kerap berpesan kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi pandai. Ini akan membolehkan apabila dewasa mendapat pekerjaan yang baik supaya hidup menjadi senang, Tidak hairanlah semua orang ingin menjadi pandai. Untuk menjadi pandai sudah tentu memerlukan setiap dari kita belajar bersungguh supaya mendapat pekerjaan yang baik dan berpendapatan lumayan. Proses pembelajaran untuk menjadi pandai mempunyai empat kemahiran yang dipanggil kemahiran belajar iaitu mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap atau berkomuniksi. Ini adalah kemahiran asas yang perlu menjadi amalan.

Kepandaian juga hanya didapati jika kita belajar mengikut kaedah yang betul. Belajar adalah sesaorang yang ingin mnehgetahui perkara yang tidak diketahui dari sesaorang yang mengetahui supaya menjadi mengetahui. Dalam bahasa mudah ialah sesaorang yang  ingin tahu dari sesaorang yang tahu supaya menjadi tahu. Empat kemahiran mudah ini patut diamalkan olehh setiap orang yang ingin menjadi pandai. Membaca buku juga tidak semestinya belajar jika mereka hanya mengambil tahu perkara yang telah mereka ketahui. Ini adalah mengulangkaji namanya. Untuk itu perlu difahami, sesaorang bakan belajar jika dia mengetahui perkara baru. Sebenarnya belajar bukanlah sesuatu yang susah kalau kita melakukan amalan yang betul. 

Kepandaian sesaorang akan diukur dari kejayaan dalam peperiksaan. Sudah tentu mereka yang mendapat kelulusan yang terbaik dalam peperiksaan dan mereka yang mendapat sijil yang paling tinggi dalam pembelahjaran dikatakan pandai atau sangat pandai. Ibubapa sangat gembira jika anak-anak mereka mendapat kelulusan yang baik. Mereka yang mendapat kelulusan cemerlang akan dikatakan pandai. Untuk itu kepandaian amat mudah diukur atau ditentukan. Lagi banyak sijil dan cemerlang dicatitkan. Ini bermaksa sesaorang itu pandai.

Sekarang ini kepandaian juga diukur dari pencapaian tertinggi dalam pembelajaran. Sesaorang yang mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD atau mempunyai ijazah sarjana atau master akan dikatakan pandai. Kita dapat lihat ibubapa dan keluarga amat bangga kalau anak-anak mereka mempunyai master atau PhD. Sekarang ini sudah menjadi trend perbualan. Ibubapa sangat bangga kalau anak-anak sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Belum lagi mendapat ijazah sarjana diperkatakan pula ingin membuat ijazah kedoktoran. Itu sebab dikatakan jika mempunyai sijil yang banyak dan tertinggi dikatakan sesaorang itu pandai.

Dalam kehidupan kepandaian penting tetapi kerajinan atau rajin juga sangat penting. Rajin tidak semestinya datang dari orang yang pandai tetapi rajin juga boleh datang dari orang yang berkemahiran atau tidak pandai. Memandangkan prestasi yang akhir nanti akan menjadi sebutan. Banyak mereka yang tidak pandai iaitu yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi sangat berjaya dalam kehidupan. Bermakna mereka ini menjadi kaya raya, jutawan dan 'beruang'. Rajin adalah tabiat yang sangat baik. Ini diperkatakan dalam peribahasa 'ringan tangan berat perut'. Ini bermaksud setiap yang rajin akan mendapat balasan yang baik.

Kita dapat melihat banyak mereka yang bekerja kampong yang tidak berpeluang menjadi pandai iaitu mendapat pendidikan yang tinggi pada masa mereka dahulu. Mereka juga berjaya mempunyai rumah besar dan yang paling bagus ialah berjaya mendidik anak-anak. Mereka juga mempunyai harta yang boleh ditinggalkan kepada anak-anak. Mereka juga dapat menunaikan haji dan dapat juga mempunyai peralatan rumah yang mahal-mahal. Mereka dapat kerana mereka berusaha. Ini adalah kerana mereka sangat rajin. Kerajinan juga telah membuktikan ramai yang berjaya dalam kehidupan. Banyak mereka yang berjaya dalam perniagaan sekarang adalah mereka yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Mereka memulakan perniagaan dengan modal yang kecil tetapi berbekalkan kerajinan. Lihat sekarang mereka juga berjaya malahan lebih berjaya dalam ekonomi keluarga.

Kerisauan adalah mereka yang belajar bersunguh-sungguh hanya untuk menjadi pandai dan menjawat jawatan tinggi atau ingin makan gaji sahaja. Banyak juga yang belajar hanya untuk mendapat sijil sahaja bukan untuk mendapat pengetahuan. Mereka tidak hairankan pengetahuan tetapi sijil perlu ada. Itu sebabnya semua pihak akan menghantar anak-anak mereka belajar ke institusi pembelajaran yang mengeluarkan sijil yang diiktiraf sahaja. Jika sijil diiktiraf senang mendapat kerja. Kalau tidak diiktiraf, macam mana hendak dapatkan pekerjaan. Itulah yang dilakukan oleh anak-anak muda kita yang sedang belajar. Sijil dan kepandaian adalah segala-galanya.

Pembelajaran adalah untuk mendapat pengetahuan. Hanya pengetahuan dapat digunakan untuk memajukan negara dan juga keluarga. Setiap dari kita perlu mengejar pengetahuan bukan mengejar sijil. Inilah kesilapan yang telah kita lakukan dan ibubapa juga hilang folus dalam mendidik anak-anak. Anak-anak perlu mendapat pengetahuan. Sepatutnya setiap pembelajaran tidak perlu diberi sijil cukup hanya mendapat pengetahuan. Hanya untuk kursus profesional sahaja perlu diberi sijil. Kalau sijil tidak diberi, pengetahuan akan diukur kepada kerajinan atau kecekapan membuat kerja. Pengetahuan boleh digunakan untuk berniaga. Berniaga memerlukan kreativiti diri sendiri dan tidak semestinya pandai. Harap ada pihak yang mempertimbangkan untuk setengah kursus tidak perlu diberi sijil. Itu sebab banyak institusi amat mementingkan pengetahuan bukan hanya mementingkan majlis konvokesyen sahaja. Ini dapat diperhatikan apa yang dipraktikan oleh pihak swasta. Mereka bukan sangat mementingkan kepandaian. Kalau mereka memilih pekerja mereka akan mengambil mereka yang berkelulusan.minima. Mereka tidak mementingkan calon yang berkelulusan kelas pertama, mempunyai ijazah sarjana atau mempunyai ijazah kedoktoran. Mereka mementingkan ketokohan, kebolehan dan kerajinan. Banyak juga jabatan yang merungut banyak yang mempunyai ijazah kelas pertama tetapi tidak boleh bekerja dengan baik. Mungkin juga mereka ini ini semasa diuniversiti hanya belajar sahaja dan tidak terlibat dengan aktiviti kampus. Akhirnya mendapat kelulusan yang baik tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku akibatnya tidak tahu bekerja. Ini dikatakan pandai tetapi tidak rajin.

Kejayaan dalam kehidupan bukan sahaja dipandang dari segi kepandaian tetapi kerap yang menjadi ukuran adalah mencapaian dari segi kewangan. Mungkin tidak semua orang setuju tetapi jika tidak mempunyai wang banyak kerja yang tidak dapat disempurnakan walaupun wang bukan segala-galanya. Kejayaan dalam hidup akan diukur pada akhirnya nanti. Kalau semasa tua telah menjadi jutawan, kaya raya dan banyak harta sudah tentu dipanggil orang yang berjaya. Ini dapat diperolehi jika sesaorang kerja kuat dan tidak semestinya mempunyai sijil yang tebal tetapi diukur dari mereka yang mempunyai berapa banyak harta.

Sudah sampai masanya kita sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak kita supaya sentiasa rajin. Kepada mereka yang tidak mendapat kecemerlangan dalam pembelajaran atau tidak pandai sepatutnya perlu dikatakan supaya rajin dalam melaksankan sesuatu pekerjaan. Kita harus mengatakan bukan kepandaian yang menentukan segala-ganya tetapi kerajinanlah yang amat penting. Kita lihat sahaja dalam organisasi kerajaan. Banyak mereka yang tidak mendapat kelulusan yang cemerlang semasa belajar tetapi memberi perkhidmatan yang cemerlang. Begitu juga dalam kehidupan seharian. Sesaorang kerap dipuji kerana kerajinan. Kira kerap mendengar sesaorang itu tidak pandai tetapi rajin yang akhirnya dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan cemerlang.

Begitu juga semasa belajar, ramai pelajar yang dikatakan tidak pandai tetapi apabila keluar keputusan peperiksaan mereka juga dalam kategori cemerlang. Ini kerana kerajinan dalam belajar, mengulangkaji dan kerajinan melaksanakan sesuatu yang penting sebagai seorang pelajar. Kerajinan juga akan menjurus kepada kreativiti. Mereka yang mencipta kreativiti adalah mereka yang rajin berfikir sesuatu perkara yang baru atau mereka yang sentiasa berfikir untuk memudahkan sesuatu kaedah kerja. Seperti kerja mengacau dodol, ini bukan satu kerja yang mudah dan mengambil masa yang sangat lama. Kueh traditional Melayu ini sangat sedap tetapi banyak tenaga yang dicurahkan untuk mendapat dodol. Bukan sahaja camporan yang menentukan keenakan dodol tetapi kawalan api dan juga kaedah masakan juga memerlukan kepakaran. Untuk memudahkan kerja mengacau dodol ini, alat mengacau dodol automatik telah dicipta. Alat ini amat kreatif yang memudahkan kerja mengacau dodol. Mesin ini dapat dihasilkan adalah hasil pemerhatian mereka yang kreatif dan rajin berfikir untuk menyelesaikan masaalah ini. Mereka juga agaknya pernah mengalami sukarnya mengacau dodol, untuk itu satu penyelesaian perlu dicari. Itulah sebabnya mesin pengacau dodol automatik dapat dihasilkan Jika tidak ada orang yang rajin berfikir, sudah tentu kaedah membuat dodol tidak akan berubah selamanya.

Rajin dan pandai sangat dikehendaki oleh bakal majikan.. Pandai sahaja tidak mencukupi.Untuk itu kita harus menasihatkan anak-anak kita untuk mencapai kedua-duanya. Rajin bukan sahaja bagus untuk diri sendiri tetapi bagus juga untuk masyarakat. Mereka yang pandai dan rajin akan menjadi contoh masyarakat. Masyarakat sangat memerlukan orang pandai dan rajin untuk membangunkan kawasan mereka dan memberi sumbangan kepada aktiviti masyarakat. Masyarakat tidak mahu mereka yang pandai hanya menumpukan masa untuk menaikan profesion tetapi mengabaikan masyrakat. Kepandaian boleh disumbangkan kepada aktiviti belia dan juga aktiviti akademik. Mereka yang pandai juga mesti menyumbang kepada masyarakat kerana banyak mereka yang pandai mendapat pembiayaan kerajaan semasa belajar dahulu. Segala budi baik kerajaan mesti dibalas dengan kerajinan. Orang rajin tidak mengira hujung minggu atau tidak. Setiap kali dimana sahaja tenaga mereka dikehendaki mereka tidak segan silu untuk menyumbang. Mereka juga tidak banyak kerenah dengan memberi alasan banyak kerja atau masa banyak perlu digunakan untuk keluarga atau aktiviti tidak dibayar. Berilah kerajinan kita kepada masyarakat dan kepandaian untuk membina negara jika berkemampuan.

Sunday, 4 November 2012

PERANAN DAN CABARAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MASA KINI.



Kerap kita dipesan sejak dari kecil dahulu oleh ibubapa kita supaya mementingkan pelajaran atau pendidikan kerana dengan adanya pendidikan, kita akan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan akan membawa kesenangan dalam kehidupan. Ibubapa juga kerap menyatakan mereka tidak meninggalkan wang ringgit atau harta yang banyak, tetapi ilmu yang diberikan adalah harta peninggalan mereka dan itulah akan menjadi harta pada masa hadapan. Mahu tidak mahu kita perlu memahami yang pendidikan sangat penting untuk membolehkan kita berjaya dalam kehidupan pada masa hadapan dan membolehkan kita dikatakan berharta.

Kerap kali kejayaan akan dikaitkan dengan mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Anak-anak tidak ada pilihan lain, untuk mencapai hasrat tersebut terpaksa belajar bersungguh-sungguh dan pada mereka tanpa kelulusan peperiksaan yang baik gelaplah masa hadapan. Pendapat ini masih lagi tidak berubah hingga sekarang. Kita dapat melihat ibubapa sekarang melakukan apa sahaja untuk membolehkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Ibubapa sangat bercita-cita untuk anak-anak mereka dapat memasuki universiti untuk mendapat segulung atau sekeping ijazah atau diploma supaya mendapat pekerjaan. Sekali lagi anak-anak dihantar belajar bukan untuk mendapat pengetahuan tetapi untuk mendapatkan sijil. Itulah sebabnya kita hanya akan menghantar anak-anak ke institusi pelajaran tinggi yang mendapat pengiktirafan sahaja. Jika tidak diiktiraf, kita tidak mahu anak kita belajar ke institusi tersebut walaupun besar kemungkinan institusi tersebut mampu memberi pengetahuan yang lebih baik. Budaya kita mendapat kelulusan terbaik hanya untuk makan gaji dengan menunjukan sijil yang diperolehi. Apakah ini perlu diteruskan?, sama-samalah kita memikirkannya.

Peranan ibubapa sekarang untuk pendidikan anak-anak kini sangat besar dan memerlukan banyak pengorbanan. Peranan ini telah berubah mengikut keadaan dan masa (dahulu lain sekarang lain). Ibubapa perlu membelanjakan wang untuk kejayaan anak-anak selain dari masa yang telah diberikan. Ibubapa perlu membelanjakan wang untuk anak-anak belajar dan mencapai kejayaan. Ibubapa perlu sentiasa memperuntukan sejumlah wang untuk pendidikan anak-anak selain dari perbelanjaan harian, pakaian sekolah, perbelanjaan kantin (makan dan minum), tambang kesekolah dan buku-buku asas. Ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk buku kerja tambahan, yuran tusyen, penyediaan kemudahan komputer dan kemudahan internet, perisian pembelajaran yang berkenaan dan majalah yang bersesuaian. Anak-anak sekarang tidak mencukupi jika hanya bergantung pada buku teks sekolah sahaja. Mereka perlu latihan tambahan dan juga buku latih tubi setiap masa. Maklumat tambahan banyak didapati dari majalah semasa yang banayak terdapat dipasaran. Untuk mendapat pendedahan/maklumat yang baik majalah adalah merupakan sumber ilmu yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh anak-anak (bulanan atau mingguan)

Satu lagi yang amat diperlukan sekarang adalah bagaimana untuk memberi motivasi berterusan kepada anak-anak. Melalui kajian yang telah dijalankan, kelemahan anak-anak adalah mereka tidak mempunyai motivasi yang berterusan (jika ada pun cepat menurun). Sangat banyak program motivasi yang dianjurkan sekarang terutama semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Semua program ini dikenakan bayaran kerana mempunyai berbagai program yang memerlukan perbelanjaan. Setiap program pula didatangkan berbagai-bagai pakar dan juga mereka yang pernah terlibat dalam memeriksa kertas peperiksaan atau mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti penyediaan kertas soalan. Anak-anak tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti program ini. Ada yang menyatakan ini peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan jika mahu mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksan. Ini semua memerlukan perbelanjaan. Ibubapa sudah tentu tidak mahu melepas peluang anak-anak mereka mengikuti prgram yang sangat baik ini. Zaman semuanya percuma telah berlalu, ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk pembelajaran anak-anak. Cabaran yang besar adakah ibubapa bersedia dengan cabaran ini?. Segala-galanya percuma juga telah berakhir dan cabaran sekarang, adakah ibubapa dapat menerima perubahan ini?.

Kita kerap mendengar kata-kata, “dulu bila keluar sahaja universiti pekerjaan telah menunggu”. Ibubapa kerap lagi menggunakan perkataan ini dengan tidak mahu menerima perubahan keadaan. Zaman telah berubah dengan berbagai-bagai perubahan dari segi ekonomi dan pengetahuan. Negara telah berubah dari negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian. Kalau dahulu penduduk Malaysia hanya berjumlakh 17 juta tetapi sekarang telah berjumlah 25 juta. Kalau dulu tidak banyak yang layak masuk ke universiti tetapi sekarang memasuki unversiti sudah menjadi perkara biasa sahaja. Boleh dikatakan setiap keluarga telah mempunyai keluarga berjaya memasuki universiti. Untuk itu cabaran sekarang adalah untuk bersaing dengan banyak orang pandai. Anak-anak kita perlu mendapat kelulusan terbaik di universiti. Kalau dulu kalau lulus sahaja telah mencukupi, tetapi kelulusan terbaik perlu menjadi impian supaya mudah untuk mendapat pekerjaan. Lulus dengan kelas ketiga tidak dipandang lagi. Kalau untuk mendapat pekerjaan profesional, kelulusan dengan CGPA melebihi 3.0 adalah dicari. Untuk itu anak-anak perlu mendapat kepulusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Bidang pembelajaran juga tidak sama seperti dahulu. Ibubapa dahulu jarang terlibat dalam menentukan bidang yang perlu diambil. Ada ibubapa tidak berapa kisah dengan pemilihan anak-anak. Apa yang baik untuk anak-anak baiklah untuk ibubapa. Hanya yang penting bila keluar nanti dapat kerja. Itu sahaja yang ibubapa dahalu mahukan. Sekarang tidak lagi demikan. Ibubapa perlu mengetahui bidang apa yang anak-anak mereka ceburi. Bidang yang terdapat juga sangat luas bersesuaian dengan perkembangan negara sekarang ini. Kalau boleh kita perlu menasihati bidang yang akan diceburi supaya mereka akan mendapat pulangan yang baik pada masa hadapan (makan gaji atau berniaga). Ibubapa zaman sekarang bukan lagi ibubapa seperti satu ketika dahulu. Ibubapa sekarang telah mempunyai kelulusan yang cemerlang dan memiliki karier yang sangat baik (ibubapa sekarang pandai-pandai). Ibubapa sekarang banyak pengalaman dan luas pembacaan serta pergaulan yang boleh dikongsi bersama anak-anak. Ibubapa harus memberi panduan kepada anak-anak supaya mereka berupaya memilih karier yang betul pada masa hadapan. Walaupun begitu keputusan terakhir biarlah dibuat oleh anak-anak sendiri kerana merekalah yang akan melakukan sesuatu untuk masa hadapan mereka sendiri. Ibubapa jangan dipersalahkan nanti, ibubapa berhak memberi pendapat dan contoh sahaja. Keputusan ditangan mereka sendiri. Biarlah mereka bertanggung jawapa dengan pemilihan untuk masa depan mereka sendiri.

Setiap kali keputuan peperiksaan keluar, akhbar akan melaporkan kejayaan cemerlang pelajar dengan diikuti temubual dengan pelajar yang mendapat kejayaan luar biasa. Setiap kali temubual akan berakhir dengan pertanyaan yang sangat perlu “Bagaimana anda mendapat kejayaan yang begitu cemerlang?”. Ini akan dijawap oleh pelajar dengan mengatakan “Saya mendengar setiap patah perkataan yang dikatakan oleh cikgu saya”. Jarang yang kita mendengar mereka berkata menghadiri kelas tambahan, tusyen atau lain-lain yang telah mereka hadiri. Setiap yang berjaya akan berkata mereka mendengar setiap patah perkataan yang dicakap oleh cikgu mereka. Ini bermakna mendengar sangat penting. Kemahiran mendengar bukan sahaja penting dalam dunia pembelajaran tetapi juga penting dalam kehidupan. Kita tidak akan berubah jika tidak mendengar sesuatu yang baru. Kita juga tidak ada kelainan dari masyarakat jika kita tidak mendengar dan akhirnya tidak berubah. Kemahiran mendengar perlu dijadikan kemahiran hidup dan amalan seharian. Kerap kita dapat melihat tidak dapat menfaat dari kehadiran dalam sesuatu majlis, keramaian, ceramah atau seminar jika kita tidak  mendengar dan datang untuk tidur lepas itu makan dan balik. Anak anak yang berjaya akan cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang dipelajari didalam kelas. Mereka akan mendengar dengan tekun. Jika mereka gagal untuk memahami sesuatu fakta atau maklumat. Mereka akan segera bertanya. Kerap kali kita mendapati anak-anak tidak mahu bertanya setiap sessi pembelajaran berakhir. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang ingin di tanya. Ini kerana mereka belum faham apa yang diajarkan. Itu sebab mereka tidak bertanya. Banyak alasan yang diberikan tidak faham kerana ingin memahaminya dirumah atau semasa sessi ulang kaji dirumah. Ini bukan tidak boleh tetapi adalah lebih baik proses pemahaman berlaku ketika sessi pembelajaran berlansung. Apa yang kurang boleh terus difahami segera atau ditokok tambah. Ini adalah proses pembelajaran yang terbaik bermula dari kemahiran mendengar yang baik. Adalah perlu kita melatih diri kita menjadikan kita mempunyai tingkah laku untuk mendengar apa yang diperkatakan.

Pada masyarakat, sesiapa yang berpendidikan akan dapat memberikan sesuatu yang istimewa semasa bekerja. Maksudnya mereka yang berpendidikan akan pandai bekerja  (walaupun tidak semestinya). Mereka yang berpendidikan akan memudahkan kerja-kerja penyampaian tugas. Mereka yang berpendidikan boleh terkehadapan.dan dapat menaikkan nama institusi mereka bekerja. Itulah kayu pengukur yang telah kita praktik sepanjang hidup kita. Tidak hairan kita semua berebut-rebut kearah itu. Ini sememawngnya telah terbukti kebenaranya. Sememangnya banyak tugas memerlukan mereka yang berpendidikan. Tidak perlu diberi latihan yang keterlaluan. Hanya sedikit taklimat, mereka telah boleh menjalankan tugas dengan baik. Mungkin mereka yang berpendidikan ini terang hati menurut setengah-setengah pihak (susah juga hendak dibuktiklan ketepatanya).

Kemahiran mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap perlu dijadikan amalan kehidupan samaada murid sekolah atau ibubapa. Amalan ini amat baik dan akan membawa kejayaan kepada yang mengamalkannya. Setiap langkah tidak perlu dihafal tetapi perlu diamalkan sahaja. Kepada anak-anak ini merupakan amalan untuk mendapat kejayaan yang baik untuk kejayaan pembelajaran. Kepada meraka yang dewasa yang telah mempunyai karier akan mencapai kedudukan yang lebih baik dengan tindakan yang memberi menfaat yang baik. Kepada organisasi pula, amalan yang baik menjadikan organisasi menjadi sangat cekap dan akan menghasilkan tindakan yang amat baik dan berkesan. Walaupun amalan yang lain juga perlu diamalkan tetapi amalam mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap adalah amalan yang sangat baik dan telah terbukti menghasikan kejayaan kepada individu dan juga organisasi seterusnya menjadi kejayaan kepada negara. Apakah ibubapa berupaya menyemai budaya ini kepada anak-anak dalam proses pembelajaran seharaian. Ini lah peranan dan cabaran yang perlu disahut oleh ibubapa.

PENTINGNYA KECEMERLANGAN UNTUK KEHIDUPAN.



Bercakap perlu dengan fakta dan tidak hanya berdasarkan kepada pemerhatian yang cetek sahaja. Banyak orang bercakap hanya berdasarkan kepada apa yang didengari sahaja tanpa berfikir dengan sempurna (dalam mahkamah amalan dengar dan cakap tidak boleh menjadi bukti). Bercakap sahaja sehingga orang memikirkan kita sangat pakar dalam sesuatu bidang dan akhirnya kita tidak dapat melakukan apa yang kita cakapkan adalah merupakan tabiat yang tidak baik (profesional). Cara yang terbaik dalam kehidupan adalah kita perlu menjadi pendengar yang sangat baik. Jangan terlalu banyak bercakap jika kita tidak mempunyai maklumat yang lengkap. Menjadi pendengar yang baik sangat memberi faedah dalam setiap aspek kehidupan tanpa batasan umur. Tanpa menjadi pendengar yang baik kita tidak mendapat maklumat yang lengkap dan tidak mendapat pengetahuan yang baru. Setiap kali aktiviti yang kita hadiri tidak mendapat menfaat jika kita tidak mendengar apa yang diperkatakan. Kita juga tidak memberi perhatian kepada ucapan pemimpin dan tidak memberi perhatian kepada ucapan penganjur atau ucapan perasmian. Akhirnya kita menghadiri sesuatu majlis hanya dapat makan sahaja menfaat lain hilang begitu sahaja. Mungkin kita juga mendapat bahan seminar tetapi tidak membawa banyak makna kepada kehidupan..

Setiap kali keputuan peperiksaan keluar, akhbar akan melaporkan kejayaan cemerlang pelajar dengan diikuti temubual dengan pelajar yang mendapat kejayaan luar biasa. Setiap kali temubual akan berakhir dengan pertanyaan yang sangat perlu “Bagaimana anda mendapat kejayaan yang begitu cemerlang?”. Ini akan dijawap oleh pelajar dengan mengatakan “Saya mendengar setiap patah perkataan yang dikatakan oleh cikgu saya”. Jarang yang kita mendengar mereka berkata menghadiri kelas tambahan, tusyen atau lain-lain yang telah mereka hadiri. Setiap yang berjaya akan berkata mereka mendengar setiap patah perkataan yang dicakap oleh cikgu mereka. Ini bermakna mendengar sangat penting.

Kemahiran mendengar bukan sahaja penting dalam dunia pembelajaran tetapi juga penting dalam kehidupan. Kita tidak akan berubah jika tidak mendengar sesuatu yang baru. Kita juga tidak ada kelainan dari masyarakat jika kita tidak mendengar dan akhirnya tidak berubah. Kemahiran mendengar perlu dijadikan kemahiran hidup dan amalan seharian. Kerap kita dapat melihat tidak dapat menfaat dari kehadiran dalam sesuatu majlis, keramaian, ceramah atau seminar jika kita tidak  mendengar dan datang untuk tidur lepas itu makan dan balik. Anak anak yang berjaya akan cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang dipelajari didalam kelas. Mereka akan mendengar dengan tekun. Jika mereka gagal untuk memahami sesuatu fakta atau maklumat. Mereka akan segera bertanya. Kerap kali kita mendapati anak-anak tidak mahu bertanya setiap sessi pembelajaran berakhir. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang ingin di tanya. Ini kerana mereka belum faham apa yang diajarkan. Itu sebab mereka tidak bertanya. Banyak alasan yang diberikan tidak faham kerana ingin memahaminya dirumah atau semasa sessi ulang kaji dirumah. Ini bukan tidak boleh tetapi adalah lebih baik proses pemahaman berlaku ketika sessi pembelajaran berlansung. Apa yang kurang boleh terus difahami segera atau ditokok tambah. Ini adalah proses pembelajaran yang terbaik bermula dari kemahiran mendengar yang baik. Adalah perlu kita melatih diri kita menjadikan kita mempunyai tingkah laku untuk mendengar apa yang diperkatakan.

Kemahiran kedua yang perlu ada adalah kemahiran menyiasat. Menyiasat ini bermakna kita perlu membaca buku, pergi perpustakaan, melawat sambil belajar, tanya kawan-kawan atau cikgu atau ibubapa dan melayari internet. Melawat sambil belajar adalah aktiviti yang sangat penting diamalkan. Semasa lawatan kita dapat melihat apa yang kita pelajari didalam kelas. Negeri Melaka adalah negeri yang kaya dengan sejarah. Apa yang dipelajari dalam fakta sejarah ada di Negeri Melaka. Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia, Ini kerap diperkatakan. Apakah makna ungkapan ini. Ini bermakna apa yang ada di seluruh Malaysia boleh didapati di Melaka. Banyak fakta sejarah ada dalam negara kita yang perlu kita lawati dan ini lebih membolehkan kita memahami sejarah dengan lebih mudah. Semuanya telah kita lihat dan pernah berada didepan mata kita

Mempelajari sains dan teknologi lebih membuatkan proses penyiasatan menjadi sangat penting. Makmal adalah tempat menjalankan kerja penyiasatan yang sangat penting jika kita ingin memahami sains. Memahami sains juga sangat penting dalam zaman moden ini kerana setaip aspek kehidupan moden berasaskan sains. Ini kerana dari pengetahuan sains dikembangkan kepada keperluan kehidupan dan kadang-kadang dapat melahirkan inovasi. Ini yang dinamakan teknologi. Kerja penyelidikan sangat penting untuk membuktikan teknologi boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan. Semua kerja-kerja penyelidikan memerlukan kerja ujian dalam makmal atau luar makmal. Sebelum sesuatu jumpaan dapat diterjemahkan untuk kegunaan kehidupan, ujikaji yang lengkap perlu dijalankan. Setiap ubatan sebelum digunakan untuk menyemboh penyakit perlu menjalani ujian dalam tempoh yang lama. Setelah itu barulah ubat dibenarkan berada di farmasi untuk dijual dan boleh digunakan untuk menyembohkan sesuatu penyakit. Setiap ujian, ujikaji makmal dan kerja lapangan adalah proses penyiasatan yang perlu dilakukan.

Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan perpustakaan di peringkat kampong, daerah, negeri dan negara. Kemudahan perpustakaan juga perlu disediakan bermula di Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat Mara dan Universiti. Kemudahan ini sangat perlu untuk menjadi pusat rujukan pelajar atau pelatih. Kita dapat melihat kemudahan perpustakaan yang sangat hebat dan canggih. Perpustakaan bukan sahaja mempunyai buku yang banyak tetapi mempunyai kemudahan berasaskan elektronik yang hebat. Jika pelajar atau masyarakat tidak menggunakan kemudahan yang tersedia ini adalah amat merugikan. Anak-anak sejak kecil lagi perlu dididik menggunakan kemudahan perpustakaan tidak kira perpustakaan masyarakat atau dipanggil perpustakaan komuniti. Mengggunakan kemudahan perpustakaan ada amalan yang baik dan satu kaedah penyiasatan untuk lebih memahami apa yang kita pelajari. Kerja penyiasatan akan membuatkan kita lebih memahami apa yang dipelajari. Bukan itu sahaja, kita dapat terus mengembangkan apa yang kita telah pelajari.

Berfikir adalah merupakan satu kemestian dan diperlu diamalkan. Setaip tindakan perlu difikirkan terlebih dahulu. Kita tidak boleh bertindak mengikut perasaan sahaja. Ada setengah gulongan membuat tindakan tanpa berfikir. Bukan semua tindakan tanpa berfikir tidak menghasilkan kebaikan tetapi adalah menjadi lebih tepat setiap tindakan perlu difikirkan. Orang yang berjaya akan memikirkan setiap tindakan secara mendalam. Ada juga yang memikirkan “Apakah tindakan mempunyai kebaikan dan Apa pula keburukanya?. Segala tindakan akan menjadi tepat jika telah difikirkan masak-masak lebih-lebih lagi jika keputusan yang diambil jika berlaku kesilapan akan menyebabkan kesan yang sangat buruk. Kadang-kadang kita tidak menyedari kepentingan berfikir. Kita akan menyesal setiap tindakan diambil dalam masa terburu-buru apabila keputusan tidak memihak kepada kita. Banyak proses membuat keputusan akan mengajak kita kerap berfikir  terlebih dahulu.

        
Kemahiran bercakap, berkomunikasi atau kemahiran menulis sesuatu adalah proses terakhir. Dalam peperiksaan, ini adalah satu kemahiran yang penting. Setelah kita mendengar, menyiasat dan berfikir. Kita perlu menjawap dengan tepat dalam peperiksaan. Kita perlu bercakap apa yang perlu kita cakapkan. Penulisan dan percakapan yang tepat adalah sesuatu yang sangat penting. Tidak guna kita memahami setiap yang diajar tetapi kita tidak boleh menjawap dengan baik dalam peperiksaan. Kerap kita mendengar anak-anak kita bercakap setelah balik peperiksaan “Adik tahu tetapi tidak boleh jawap”. Ini selalu kita dengar, tetapi apa guna kalau kita faham tetapi tidak boleh menyampaikan apa yang kita fahami?. Apa guna kita memahami sesuatu fakta tetapi tidak boleh diterangkan kepada mereka yang memerlukan?. Sebenarnya jika kita tidak mampu menyampaikan apa yang kita fahami, ini seolah-olah kita tidak memahami apa yang dikehendaki.

Kemahiran bercakap adalah perlu dengan tujuan meyakinkan sesaorang sesuatu pendapat. Kita perlu dilhat mempunyai kemahiran menyampaikan sesuatu. Kita juga perlu dilihat pandai berhujah. Kita juga perlu dilihat pandai meyakinkan sesaorang. Kita juga perlu dilihat sangat yakin dalam menyampaikan hujah. Kemahiran menulis juga sangat penting. Banyak yang dilakukan perlu ditulis samada melalui buku-buku, kertas kerja, laporan akhbar dan juga melalui persidangan. Adalah didapati banyak jabatan kerajaan telah berjaya dan telah melakukan sesuatu untuk rakyat. Banyak rakyat telah mendapat faedah dari perkhidmatan yang dilakukan tetapi tidak dilaporkan dengan baik. Setiap kejayaan perlu ditulis didalam laporan, web site dan juga didalam akhbar. Mahu tidak mahu, setiap yang dilakukan perlu ditulis supaya dapat diketahui oleh rakyat. Adalah malang setiap ‘succes stories” tidak dilaporkan. Mungkin ini dilihat seolah-olah tabiat masuk bakul dan mengangkatnya sendiri. Dahulu tabiat ini dilihat tidak begitu baik tetapi pada masa ini, jika ini tidak dilakukan, kita tidak akan kemana.Kejayaan perlu diberitahu kepada orang lain dengan kaedah yang betul dan bersesuaian.

Kemahiran dengar, siasat, fikir dan cakap perlu dijadikan amalan kehidupan samaada murid sekolah atau gulongan dewasa. Amalan ini amat baik dan akan membawa kejayaan kepada yang mengamalkannya. Setiap langkah tidak perlu dihafal tetapi perlu diamalkan sahaja. Kepada anak-anak ini merupakan amalan untuk mendapat kejayaan yang baik untuk kejayaan pembelajaran. Kepada meraka yang dewasa yang telah mempunyai karier akan mencapai kedudukan yang lebih baik dengan tindakan yang memberi menfaat yang baik. Kepada organisasi pula, amalan yang baik menjadikan organisasi menjadi sangat cekap dan akan menghasilkan tindakan yang amat baik dan berkesan. Walaupun amalan yang lain juga perlu diamalkan tetapi amalam dengar, siasat, fikir dan cakap adalah amalan yang sangat baik dan telah terbukti menghasikan kejayaan kepada individu dan juga organisasi seterusnya menjadi kejayaan kepada negara.

Saturday, 3 November 2012

PANDAI TIDAK CUKUP KENA BIJAK JUGA.



Pandai adalah mereka yang cerdik dan pintar. Pandai dikatakan orang yang terpelajar (berilmu). Kepandaian adalah kecerdikan, kemahiran dan kepintaran. Berpandaian pula bermakna mempunyai kepandaian. Memandai-mandai bermakna membuat sesuka hati dan mengikut fikiran sendiri. Berpandai-pandai pula melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dengan orang lain. Bijak pula mempunyai pengertian sangat pandai yang cerdik dan pintar. Dari segi pegertian makna pandai dan bijak seolah-olah mempunyai makna yang sama. Seperti mana yang difahami ramai tetapi dari segi kefahaman sebenarnya dalam kehidupan kedua-dua ini mempunyai pengertian yang berlainan dan menunjukan sedikit perbezaan dari segi tata kerja dan tindakan sebenarnya.

Setiap manusia ingin menjadi pandai, tidak kira apa pun bidang sekali pun, kepandaian adalah satu kemestian dan sangat dicari-cari. Pandai dalam erti kata yang sebenarnya adalah mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan atau mendapat sijil yang terbaik atau mendapat ijazah yang tertinggi. Pengiktirafan pandai selalunya melalui sijil yang diperolehi. Itu sebabnya, apabila sesaorang telah mendapat ijazah dari mana-mana universiti, pemegang ijazah selalunya dikatakan pandai. Itu sebab dalam apa-apa pekerjaan yang melibatkan jawatan yang tinggi, ijazah akan menjadi keutamaan. Pada masa sekarang pencapaian CGPA pula akan dikira dalam pengambilan pekerjaan. Sudah tentu pencapaian CGPA yang tinggi akan menjadi asas pengukuran kepandaian. Selepas itu baru yang lain-lain akan datang seperti keaktifan, percampuran, jalinan kerja, motivasi dan juga misi pada masa hadapan.

Kayu pengukur kepada kepandaian adalah sijil yang dimiliki. Itu sebabnya ibubapa berkejar-kejar untuk menempatkan anak-anak mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membolehkan anak-anak mereka memiliki segulung ijazah atau diploma (boleh juga sekeping ijazah atau diploma). Kelulusan ini sangat penting untuk menempatkan mereka dalam kerjaya terpilih untuk kehidupan yang lebih cerah pada masa hadapan. Itu sebabnya ibubapa atau pelajar hanya berminat untuk mendapat sijil dalam pembelajaran. Kepada mereka, sekeping sijil yang diiktiraf amat penting untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan pengiktirafan perlu untuk membolehkan mereka layak makan gaji. Niat memang untuk mendapat sijil dan memohon pekerjaan. Kita perlu mengikut trend ini. Kita tidak banyak pilihan kerana ini telah menjadi amalan sejak dahulu lagi. Pemilihan akan bengantung kepada mereka yang pandai sahaja.

Pada masyarakat, sesiapa yang pandai akan dapat memberikan sesuatu yang istimewa semasa bekerja. Maksudnya mereka yang pandai akan pandai bekerja juga (walaupun tidak semestinya). Mereka yang pandai akan memudahkan kerja-kerja penyampaian tugas. Mereka yang pandai boleh terkehadapan.dan dapat menaikan nama institusi mereka bekerja. Itulah kayu pengukur yang telah kita praktik sepanjang hidup kita. Tidak hairan kita semua berbut-rebut kearah itu. Ini sememangnya telah terbukti kebenaranya. Sememangnya banyak tugas memerlukan mereka yang pandai. Tidak perlu diberi latihan yang keterlaluan. Hanya sedikit taklimat, mereka telah boleh menjalankan tugas dengan baik. Mungkin mereka yang pandai ini terang hati menurut setengah-setengah pihak (susah juga hendak dibuktiklan ketepatanya).

Sememangnya kepandaian sangat penting, ini telah terbukti. Sebenarnya kita bukan sahaja dikehendaki pandai tetapi kita juga harus bijak. Sesaorang yang bijak tidak semestinya pandai kalau mengikut tafsiran yang dinyatakan diatas. Kalau kita ada kedua-duanya amat baik dan amat diperlukan oleh negara. Apa yang lebih penting adalah sesaorang itu bijak dan kalau tidak pandai pun tidak mengapa. Ini kerana kebijaksanaanlah yang dapat kita gunakan untuk membina kehidupan dan membina negara masa hadapan. Sesaorang yang bijak akan dapat memberi idea yang baik dan praktikal untuk digunakan. Ini telah terbukti banyak juga pekerja yang tidak mendapat kelulusan yang baik tetapi telah dapat berkerja dengan baik. Malangnya kita jarang menghargai kebijaksanaan. Kita kerap menilai sesaorang dari kepandaian. Ini sebenarnya tidak tepat, mereka yang bijak kerap memberi idea yang bernas dan amat baik untuk digunakan dan sangat fokus dan praktikal.

Kebijaksanaan kerap datang dari kepandaian, pengalaman, kebolehan tersendiri, percampuran dan juga pemikiran kreatif. Banyak pemimpin kita sekarang adalah orang yang sangat bijak serta pandai. Itu sebabnya idea mereka dapat digunakan untuk mengubah negara tercinta ini dari negara berorientasikan pertanian semata-mata kepada berorientasikan perindustrian. Pada awal tahun 80an, ini semua telah berubah. Negara kita mula dikenali sebagai negara perindustrian. Kita mengorak langkah lebih terkehadapan dengan menjadi negara pengeluar produk elektronik dan bahan kimia. Negara kita mengeluarkan komponen elektronik dan produk berasaskan kimia dengan mengunakan teknologi luaran (teknologi import). Kita juga menggunakan kepakaran dan modal luaran. Kita mengharapkan semua ini dapat dilakukan atau produk dikeluarkan dengan mengharapkan pelaboran dari luar. Kita berminat dari segi menjana pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ada juga memperkatakan tentang perpindahan teknologi (technology transfer). Ini tidak berlaku pada dasarnya. Jika berlaku pun terlalu pelahan  Apa yang berlaku adalah kerana kita dapat membekal tenaga buruhan murah. Walaupun begitu aktiviti ini sangat disanjung kerana itulah aktiviti terbaik pada ketika itu yang dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Paling tidak rakyat mempunyai pekerjaan untuk sumber ekonomi mereka. Ini kerana negara tidak mempunyai bijak pandai dan modal yang mencukupi. Sebenarnya negara tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu. Pada pemerentah apa sahaja yang membolehkan pekerjaan diwujudkan perlu diberi sokongan.

Sekarang ini atas kebijaksaan pemimpin negara, kita sebenarnya tidak boleh mengharapkan modal luaran selamanya untuk maju dan mencapai wawasan 2020. Kita perlu menitikberatkan modal dalaman. Kita telah menyedari, perniagaan dari syarikat asing akan menggunakan kewangan dalaman dan keuntungan akan dibawa keluar. Mereka tidak membawa wang dari luar. Ini merugikan negara. Kalau modal dari dalam negara, segala keuntungan akan dibelanjakan didalam negara juga. Ini bermakna kekayaan negara akan bertambah. Ini akan membolehkan kita mencapai Wawasan 2020, iaiutu menjadi sebuah negara maju. Dasar ini disedarai apabila kita mempunyai pemimpin yang bijak membuat analisa yang tidak dicatitkan didalam mana-mana buku teks.

 Bersesuaian dengan mathalamat negara kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghargai inovasi dan kreativiti. Anak muda dan kanak-kanak perlu digalakan untuk berkarya atau berkreativiti. Setiap kreativiti anak-anak perlu dihargai dengan cara menggunakannya untuk membaiki kehidupan. Setiap ciptaan baru anak-anak muda perlu digilap dan dikomersialkan. Kreativiti anak-anak muda jika dibiarkan begitu sahaja akan merugikan negara. Setiap golongan masyarakat mempunyai peringkat tertentu untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Kita tidak boleh meletakan penghasilan setiap produk kreativiti dan inovasi hanyalah akan dikeluarkan oleh universiti atau institusi penyelidikan sahaja.. Tahap akademik bukanlah kayu pengukur kepada kreativiti dan inovasi. Kreativiti juga bergantung kepada bakat semulajadi atau bukan semula jadi melalui latihan. Secara kasar, kreativiti bukan dihasilkan oleh mereka yang pandai sahaja.. Kreativiti dan inovasi adalah milik semua lapisan masyarakat tidak mengira umur atau tahap kelulusan. Apa yang diterima oleh masyarakat jika produk inovasi atau kreativiti dapat memudahkan kehidupan masyarakat dan dapat dibeli dipasaran. Setiap dari kita perlu mengiktiraf kreativiti atau inovasi yang dicipta oleh sesiapa pun. Memajukan negara memerlukan anak muda yang sihat dan bijak. Seperti yang selalu diperkatakan, kemajuan sesuatu negara bukan hanya bergantung kepada penghasilan negara tetapi bergantung juga kepada modal insan atau pemikiran anak negeri. Sebenarnya kemajuan sesebuah negara juga bergantung kepada kreativiti dan kebijaksanaan rakyatnya.

Pengalaman sangat menentukan samaada kita dapat melakukan sesuatu yang baik atau tidak. Tidak juga dinafikan pengalaman akan melahirkan sesaorang yang bijak. Kemahiran juga menentukan samaada sesaorang itu bijak. Pada masa hadapan kemahiran akan memainkan peranan yang penting. Tanpa kemahiran kepandaian tidak membawa banyak erti kepada kemajuan sesebuah negara. Untuk itu sebagai sebuah negara yang berada diambang negara maju, kita harus menumpukan perhatian bagaimana ingin melahirkan rakyat yang berkemahiran. Kerajaan juga mesti memikirkan bagaiman ingin meletakan mereka yang berkemahiran sebaris dengan mereka yang pandai seterusnya melahirkan kebijaksanaan. Kita nampak seolah-olah kemahiran tidak penting. Banyak anak-anak muda lebih berminat untuk berkerja dibidang pengurusan. Mereka selalu memikirkan jika berjaya tidak perlu bertugas mengunakan tenaga empat kerat. Cukup dengan hanya bercakap dan membuat arahan sesuatu kerja dapat disiapkan. Sekali lagi, kepandaian tidak cukup ini memerlukan kebijaksaan untuk menjadikan apa yang difikirkan dapat dibuktikan kebenaranya.

Sudah sampai masanya jika kita ingin membina modal insan untuk negara kita juga perlu memikirkan bagaimana ingin melahirkan insan yang bijak walaupun tidak pandai. Agak susah untuk memikirkan waktu ini kerana sesaorang yang pandai dapat dibuktikan melalui sijil yang dimiliki tetapi seorang yang bijak tidak dapat ditunjukan melalui sijil yang ada sebagai bukti. Pada masa ini bijak hanya dapat dilihat jika ianya dapat menyakinkan sekelompok masyarakat terhadap sesuatu isu. Bijak dapat dilihat jika sesaorang dapat menangani isu masyarakat dengan baik dan diterima ramai. Kebijaksanan dapat dilihat jika sesaorang individu dapat duduk ditengah-tengah masyarakat dan dapat memimpin mereka kearah kecemerlangan. Hasil kerja orang bijak diterima ramai, popular dan dapat memenangi hati rakyat. Kebijaksanaan sesuatu yang tinggi nilainya. Tidak semua orang pandai dapat menangani hati rakyat. Kepandaian melalui sijil yang ada tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah rakyat tanpa penghayatan yang mengikut kehendak ramai.

Menyemai budaya menghargai orang bijak perlu diajar sejak keil lagi. Kepandaian sahaja tidak mencukupi. Dalam negara yang serba moden kita memerlukan rakyat yang pandai, bijak, pandai dan bijak serta bijak. Kombinasi kebolehan ini agak penting. Jika kita mempunyai manusia yang pandai terlalu ramai juga tidak memudahkan sesuatu kerja dijalankan dengan cekap. Percampuran yang menyeluruh amat diperlukan. Begitu juga bidang kemahiran. Negara amat memerlukan jurusan kemahiran untuk setiap bidang kehidupan bermula dari profesion jahitan, masakan, perkebunan, pembaikan kerja elaktrikal, elektronik dan mekanikal. Semua profesion ini amat penting dan diperlukan oleh negara. Perancangan modal insan negara yang bermula dari perancangan modal insan keluarga perlu melihat bidang ini dengan mendalam. 

Menghargai orang bijak adalah satu kemestian. Kita tidak hanya perlu terlalu bergantung kepada mereka yang pandai yang sudah semestinya berada di bahagian atas yang akhirnya akan membuat keputusan. Pihak pengurusan juga tidak hanya bergantung keputusan kepada mereka yang pandai sahaja. Setiap keputusan yang diambil perlulah juga mempertimbangkan pendapat mereka yang bijak walaupun tidak pandai.  Walaupun nampak pendapat ini tidak berapa dapat diterima ramai, ini seolah-olah membelakangkan mereka yang pandai.Kalau kita terus ingat, kita juga pernah di pesan supaya menghargai merka yang ”bijak pandai”. Inilah ungkapan yang betul. Untuk menjadi insan yang berjaya kita perlu pandai dan bijak. Pada masa yang sama kita harus menghargai kebijaksanaan walaupun pandai.

Wednesday, 24 October 2012

MELAKA HEBAT: HIDUPKAN BUDAYA MENCARI KERJA.



Banyak orang bertanya selepas Melaka telah menjadi negeri maju, apa yang kena/perlu kita lakukan. Ini telah diterangkan oleh YAB Datuk Seri Ketua Menteri. Melaka Hebat adalah matlamat kita apabila telah berada dikelompok negara maju. Apa pula yang perlu dilakukan oleh rakyat Negeri Melaka untuk menjadi Melaka Hebat. Salah satu yang kita perlu terus lakukan adalah menghidupkan budaya mencari kerja. Setiap manusia/penduduk dikatakan dilahirkan ada mempunyai perasaan malas. Katanya malas adalah sifat semula jadi manusia, untuk menjadi hebat perkataan malas perlu ditukar kepada pantas tidak sahaja rajin. Ini bermakna setiap kerja perlu dilakukan secepat mungkin dan harus siap sebelum sepatutnya disiapkan. Tarikh penyiapan projek atau kerja yang telah ditetapkan bukan lagi target asal tetapi perlu disiapkan secepat mungkin dalam bentuk segala usaha dengan pendekatan teknologi.

Sebagai rakyat negeri yang hebat, rakyat perlu sentiasa mencari kerja dan tidak menunggu kerja mencari kita. Setiap rakyat ada sahaja kerja yang perlu dilakukan dan setiap jabatan atau badan tertentu sentiasa sahaja mempunyai program untuk sejahteraan rakyat atau meningkat sosio ekonomi rakyat Melaka.  Sikap menyibukan diri adalah sebahagian dan gaya hidup kehidupan masyarakat. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Kepada anak-anak yang menghadapi peperiksaan, harus sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tidak cukup dengan tusyen dan latih tubi yang diberi oleh cikgu tetapi buku latihan tambahan perlu dibeli. Setiap diri pelajar perlu membuat latihan dari soalan peperiksaan terdahulu untuk tempoh yang agak lama, soalan peperiksaan untuk 30 tahun lepas perlu dicuba bersama kawan-kawan untuk diketahui samaada jawapan yang didapati sama atau berlainan. Jika boleh dapatkan soalan peperiksaan dari kawan-kawan luar daerah atau luar negeri dan kalau soalan peperiksaan dari luar negara dapat diperolehi apa salahnya dicuba. Dunia dikatakan tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari. Ini perlu dilakukan oleh setiap pelajar dari negeri hebat ini.

Cikgu juga perlu kreatif, kaedah pengajaran yang lain dari yang lain perlu dipraktikan. Kaedah pengajaran traditional perlu dipertingkatkan dengan kaedah pengajaran menggunakan media baru atau peralatan moden yang berasaskan teknologi. Kaedah peralatan elektrik tidak boleh lagi menggunakan lampu fluorescene lagi tetapi telah berubah kepada Organic Light Emitting  Diode (OLED). Kaedah pengajaran menggunakan bateri kering untuk menyalakan lampu telah jauh ketinggalan. Pengajaran sains dan teknologi menggunakan alat bantu mengajar yang moden seperti penggunaan Auto Teller Machine (ATM Machine) yang sebenarnya atau penggunaan mesin moden perlu diketengahkan. Amat mudah mendapat kemudahan ini melalui internet. Untuk mendapat maklumat ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Apa yang penting adalah kreativiti dan kerajinan. Guru-guru perlu menggunakan kemudahan ini untuk mengetahui kaedah pengajaran negara maju. Kalau dahulu semua ini amat sukar untuk diketahui kerana terlalu jauh atau perlu menghadiri kursus untuk mendapat pengetahuan ini. Sekarang setiap maklumat boleh didapati segera dan tanpa bayaran yang tinggi. Budaya suka mencari kerja perlu ada dalam diri setiap guru. Kalau dulu banyak ibubapa menyuruh anak-anak mereka memilih kerjaya guru dengan alasan guru bekerja separuh hari sahaja. Kurang kerja dan boleh balik rumah awal. Itu budaya dan pendapat dahulu. Zaman sekarang guru perlu sentiasa aktif dan kreatif. Anak-anak murud datang kesekolah dengan telah mengetahui apa yang akan diajar oleh guru. Kalau dulu cikgu mengajar murid-murid yang tidak pandai tetapi sekarang guru perlu mengajar murid-murid pandai. Tahap ekonomi keluarga yang baik telah membolehkan berbagai kemudahan ada dirumah. Anak-anak telah biasa dengan peralatan komputer dan mahir denagn penggunaan komputer. Banyak yang mereka telah ketahui melalui internet sebelum guru mengajar. Jika guru masih lagi memikirkan mereka mengajar murid yang tidak pandai. Akibatnya guru-guru akan hidup dalam dunia yang berlainan.

Para profesioanl juga perlu memikirkan untuk membuat perubahan dalam bidang teknologi. Teknologi berubah setiap saat. Hari ini kita membeli alat elektronik yang dikatakan canggih dan termoden. Keesokan harinya kita pergi ke kedai yang sama, peralatan dan teknologi yang lebih canggih akan diperkenalkan. Kadang-kadang kita menjadi hamba kepada teknologi. Inilah yang dikatakan zaman sains dan teknologi. Ledakan teknologi semakin cepat dan kita perlu berlari untuk mengejarkanya. Mereka yang profesional perlu sentiasa melengkapkan diri mereka dengan teknologi terkini. Ini boleh didapati dari maklumat terbuka, internet, perbincangan, persidangan dan seminar yang dihadiri. Apa yang jelas, setiap profesional perlu rajin belajar dan mengetahui sesuatu yang baru. Banyak lagi bidang teknologi yang perlu diterokai untuk negeri hebat..

Pada tahun enam puluhan, setelah menuntun filem James Bond 007 dan “From Rusia With Love”. Banyak penunton menyatakan cerita James Bond semuanya pembohong belaka kerana peralatan yang digunakan sangat moden berteknologi tinggi. Rakyat Malaysia tidak pernah memikirkan apa yang ditunjukan dalam filem James Bond telah kita miliki sekarang ini. Rumah kita telah dipenuhi dengan barangan yang berteknologi tinggi. Semua peralatan telah mempunyai peralatan kawalan jauh atau menggunakan “remote control” sahaja. Peralatan perhubungan yang digunakan oleh James Bond telah digunakan hampir setiap orang malahan anak kecil dan murid sekolah juga mempunyai peralatan canggih yang pernah digunakan oleh James Bond. Sampai katil yang digunakan oleh James Bond telah digunakan di hospital dan telah juga digunakan dirumah. Teknologi telah menguasai kehidupan. Pada masa hadapan penggunaan teknologi menyeluruh untuk kehidupan harian sudah pasti akan dicipta. Ini perlu dipelajari oleh profesional teknikal supaya kita tidak ketinggalan. Teknologi ini tidak datang sendiri dan perlu dicari dan amat jarang pendedahan sebegini dapat dilakukan secara pembelajaran rasmi. Mendapat teknologi ini perlu melalui kehendak diri sendiri atau pembelajaran sendiri. Ini perlu dilakukan oleh para profisional negara kita.

Ibu bapa sekarang berlainan dari ibu bapa zaman dahulu. Kalau dulu cukup sekadar memberi makandan pakai untuk anak-anak dan yang lain biarkan mereka cari sendiri. Anak-anak sekarang memerlukan lebih dari itu. Anak-anak perlu disediakan dengan berbagai peralatan dirumah, komputer peribadi, talipon bimbit, pakaian yang berjenama dan kadang-kadang perlu dibawa bercuti ketempat-tempat tertentu diluar atau dalam negeri. Tidak dinafikan banyak ibubapa yang mampu menyediakan itu semua. Ada juga yang ibubapa yang kurang mampu. Walaupun barangan yang telah diperkatakan tidaklah menjadi kesalahan jika tidak diadakan tetapi adalah lebih baik kalau kita boleh mengadakan. Mahu tidak mahu ibubapa sekarang perlu berkerja kuat. Kalau yang mempunyai pekerjaan yang berpendapatan rendah. Pendapatan tambahan perlu dicari. Budaya mempunyai dua jenis pekerjaan bukan lagi budaya baru. Cara hidup mempunyai dua perkerjaan adalah cara hidup biasa dalam negara maju masa sekarang. Setiap keluarga perlu mempunyai sumber pendapatan tambahan untuk keluarga. Ini boleh didapati dengan membuat pekerjaan tambahan atau mendapat pendapatan tambahan dengan kreativiti yang dimilki. Mungkin pada waktu siang bekerja dipejabat tetapi pada waktu malam mungkin menjadi penyanyi. Ada juga yang menjadi pemain silap mata atau ada juga yang melakuan perniagaan kecil-kecilan diluar waktu pekerjaan biasa. Ada juga yang membuat perniagaan melalui kemudahan “on line”. Perniagaan melalui “on line” sangat digemari sekarang ini. Cara peniagaan juga cukup mudah, buat sahaja promosi melalui kaedah apa sahaja, minta pelanggan bayar dahulu dan barang akan dihantar dengan pos apbila bayaran telah diterima. Ini kaedah membeli belah zaman moden yang boleh dilakukan secara part-time dan amat diminati, trend perniagaan terkini yang sangat laris penjualanya. Ini boleh diceburi secara serius jika memerlukan pendapatan tambahan.

Kepada pegawai kerajaan juga perlu sentiasa sibuk mencari kerja. Waktu terluang perlu digunakan untuk mendapat pengetahuan baru untuk memperbaiki keedah kerja. Guna masa yang terluang untuk membuat sesuatu yang berfaedah atau berkreativiti. Cari kaedah yang boleh membaiki mutu perkhidmatan dan pendekatan baru. Fikir bagaimana sesuatu kaedah kerja boleh dipendekan untuk membuat sesuatu keputusan. Kaedah kerja lama perlu diperbaiki. Borang-borang lama perlu dimodenkan. Kalau boleh kaedah kerja menggunakan kemudahan “on line” dapat diserapkan dalam semua bidang pekerjaan. Ini bersesuaian dengan zaman ICT dimana penggunaan secara “on line “ amat dititik beratkan.

Banyak masaalah dapat diselesaikan jika penyelesaianya yang serius dapat difikir dan dilaksanakan. Jika penyelesaian hanya  bergantung kepada perubahan sikap sahaja, hasil penyelesaian akan mengambil masa yang sangat lama dan mungkin tidak akan berlaku. Jika berlaku pun hanya dalam tempoh sementara sahaja. Adalah dicadangkan sesuatu masaalah diselesikan secara serius dengan pendekatan teknologi dan peraturan. Kajian proses penyelesaian secara pendekatan yang sistematik ini amat perlu melalui penyelidikan atau pemerhatian. Peralatan atau pendekatan baru perlu dicuba tanpa ragu-ragu dan memerlukan sedikit perbelanjaan. Apa yang penting sekarang ini setiap masaalah dapat diselesaikan untuk menafaat rakyat dan negara. Hasil inovasi dan kreativiti rakyat boleh digunakan untuk penyelesaian atau memudahkan urusan harian.

Warganegara yang baik sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan atau masyarakat. Sikap lihat sahaja sesuatu kejadian tanpa membantu dan mengambil tindakan sepatutnya adalah sikap yang tidak baik. Kita sepatutnya menegur apa yang tidak kena dihadapan kita jika perlu dan tidak mengakibatkan sesuatu yang tidak baik kepada kita. Jika kita bertemu dengan sesuatu kemalangan kita perlu membatu apa yang kita mampu. Jika kita lihat sesaorang memerlukan bantuan segera, kita perlu membantu dengan segera. Jika kita seorang professional yang boleh membantu sesuatu sesuai dengan kepakaran kita, kita perlu meberi bantuan permulaan supaya yang akhir nanti akan diselesaikan kemudian nanti.oleh mereka yang sangat layak. Amat mudah kalau kita ingin membantu dan jika kita ada perasaan juga mempunyai keinginan ingin berubah. Ini akan didapati dengan sentiada bekerja kuat dan sentiasa mencari kerja tanpa duduk berdiam diri. Budaya Negeri Melaka hebat perlu diikuti oleh rakyat Melaka yang sentiasa ini maju dan berjaya dalam kehidupan.

MENCARI LAWANG UNTUK BERJAYA.



Perkataan lawang menurut Kamus Dewan berasal dari perkataan Jawa yang bermakna pintu, lawang seketeng bermakna pintu gerbang.Lawang juga merupakan sejenis tumbuhan yang dipanggil cinamomum spp.Bunga lawang atau kembang lawang ialah sejenis rempah yang keras dan menyerupai kelopak bunga.Lawang juga sejenis ikan darat yang dipanggil pangasius micronemus.

Pintu pula membawa makna ruang untuk keluar masuk untuk bilek, kereta dan rumah..Pintu juga membawa makna papan untuk menutup ruang pintu, kesempatan untuk mencapai sesuatu atau jalan ke, palang pada jalan yang melintasi landasan kereta api atau boleh juga membawa makna penjodoh bilangan bagi rumah dan kedai.

Setiap yang hidup sudah pasti ingin berjaya, tidak ada orang yang tidak mahu berjaya dalam kehidupan.Sejak dari kecil setiap kanak-kanak akan disemai oleh ibu bapa mereka untuk menjadi orang yang berjaya.Sudah tentu orang yang berjaya dikira dari segi kejayaan dalam karier dan sudah tentu kejayaan dari segi material akan dikira berjaya.Walaupun ini bukanlah kejayaan mutlak tetapi ini lah yang kerap dipandang orang.Mahu-tidak mahu kejayaan dikira apa yang boleh dirasai atau boleh dilihat oleh mata.Tidak mungkin seorang itu dikatakan berjaya jika tidak mempunyai harta atau hanya berjalan kaki dan menjadi seorang yang meminta-minta.Orang yang berjaya tidak akan meminta-minta.Itu sahaja yang kerap menjadi pemerhatian manusia diatas dunia.Untuk berjaya setiap dari kita perlu mencari jalan,pintu atau lawang yang betul.Kalau lawang yang betul dapat dicari sudah tentu kita dapat bergantung harap untuk selamanya, rezeki murah dan sudah tentu keluarga kita juga dapat bergantung harap.Untuk itu dalam mencari kejayaan dalam hidup carilah lawang yang betul.Jika silap lawang mungkin impian tidak akan tercapai.Ada juga orang yang menggunakan banyak lawang.Ini juga kaedah yang baik dan kerap dipanggil orang yang sangat keratif dan sudah tentu seorang yang popular.

Sudah pasti setiap orang bercita-cita untuk hidup senang.Menurut cerita P.Ramlee yang ditayangkan kira-kira 45 tahun dahulu, kalau nak jadi kaya perlu ada sebuah kereta dan sebuah rumah.Kalau ada kedua-duanya itu sudah pasti dipanggil orang kaya.Kehendak ini tidak pernah berubah sampai sekarang.Setiap ibubapa berpesan kepada anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh supaya senang mendapat pekerjaan.Ada juga ibubapa yang berpesan kepada anak-anak mereka yang mereka tidak meninggalkan harta tetapi pendidikan yang ada adalah harta yang perlu digunakan untuk pendidikan.Itu pasalnya kadang-kadang kita belajar apakah untuk mendapat pengetahuan atau untuk mendapat sijil supaya mudah mendapat pekerjaan pada masa hadapan.Sudah tentu bukan pengetahuan yang diukur tetapi sijil yang didapati supaya pendapatan lumayan diperolehi.Pada ketika itu mungkin itulah yang menjadi ukuran.Kalau pandai begini jadinya.Mungkin pada masa itu lawang tidak banyak dan fikiran juga tidak berapa terbuka.Kalau ada yang berfikiran pelik mungkin tidak akan dapat diterima oleh masyarakat.Kreativiti tidak diukur sebagai lawang yang boleh digunaka untuk mencapai kejayaan.Lawang pun tidak banyak terbuka bersesuaian yang fikiran juga tidak banyak terbuka.

”Bekerja dengan hanya makan gaji tidak boleh jadi kaya”, inilah ungkapan yang selalu kita dengar. Walaupun begitu kepada sebahagian besar masyarakat pada mereka kekayaan tidak penting tetapi yang mereka perlukan adalah pendapatan tetap dan cukup untuk makan dan pakai. Pada mereka tiada cita-cita untuk jadi kaya atau jutawan atau memiliki kapal terbang. Jutawan pada mereka tidak akan tercapai Pemikiran ini sekarang masih lagi ada walaupun negara telah 55 tahun merdeka. Kita dapat melihat, banyak yang makan gaji tidak kemana perginya. Ada yang berjaya (agak senang tetapi bukan jutawan) kerana mereka berjawatan besar semasa dalam perkhidmatan yang dikawal oleh orang lain tetapi tidak jauh kemana seperti berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan apabila telah pencen dengan separuh gaji sahaja. Lepasan universiti juga masih lagi terpengaruh dengan pemikiran ibubapa. Pada mereka, selagi tidak menjawat jawatan kerajaan mereka tidak bekerja. Ada yang sanggup meninggalkan jawatan yang agak baik di sektor swasta hanya untuk mengejar jawatan tetap di sektor kerajaan. Banyak dari mereka berkata  ”walaupun bergaji kecil tetapi banyak kemudahan yang didapati”. Akibat dari ini, anak seorang guru akan mengikuti ibubapanya menjadi guru. Alasan yang diberikan kerana kehidupan ibubapa mereka menjadi guru sudah agak selesa dan perlu dicontohi. Pada mereka apabila telah mempunyai sebuah rumah dan sebuah kereta, ini sudah mencukupi dan sudah dikatakan senang. Mereka ingin senang macam ibubapa mereka sahaja. Setiap kehidupan atau anak-anak pesara kerajaan akan memulakan roda kehidupan yang baru. Ibu bapa akan berkata ” pelajaran adalah harta yang diberikan, duit ringgit jauh sekali, gunakan pendidikan yang telah diberikan untuk berjaya”. Akhirnya anak-anak akan memulakan penghidupan seperti ibubapa mereka. Roda kehidupan akan bermula sekali lagi. Inilah kehidupan sekarang ini. Tidak akan pergi jauh dari segi tahap kehidupan.

Hidup ini adalah sangat mudah kalau kita memudahkannya. Dalam mengejar cita-cita kita perlu lihat diatas. Ini akan menimbulkan motivasi untuk bekerja kuat tetapi untuk melihat kehidupan, lihatlah sebelah bawah. Apabila kita melihat bawah akan menimbulkan rasa syukur dengan kejayaan yang kita miliki.Banyak orang yang melihat mereka yang berjaya memiliki kereta mewah lagi besar tetapi pada masa yang sama banyak lagi yang terpaksa berjalan kaki atau menunggu bas untuk bekerja. Banyak lagi yang bekerja ditempat yang tiada laluan bas. Mereka ini terpaksa berjalan kaki melebihi 2 km pada waktu pagi dan petang setelah turun dari perhentian bas yang berdekatan. Melihat mereka ini akan menimbulkan perasaan insaf dan merasa bangga dengan kejayaan yang keluarga kita miliki. Kalau kita asyik melihat atas, kita akan cemburu dan kalau kita tidak dapat, kita akan mengutuk atau mengumpat atau menfitnah yang bukan-bukan. Walaupun kita tidak mengetahui bagaimana mereka boleh memililki kereta mewah itu tetapi kerana cemburu, kita akan berkata atau menuduh yang bukan-bukan. Cemburu akan datang dengan sendiri jika kita cuba membandingkan perkara yang atas-atas. Kita cuba memiliki tetapi tidak berdaya. Untuk menyenangkan hati kita menuduh yang bukan-bukan untuk mengedapkan hati. Inilah yang kerap berlaku dalam kehidupan.

Kelihatan sekarang ini banyak orang yang tidak bersyukur walau pun kehidupan mereka sudah sangat baik. Banyak lagi yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka dengan membuat perbandingan dengan orang yang berjaya dan berpengaruh. Banyak dikalangan orang yang tidak bersyukur ini ialah mereka yang sangat iri hati dan tidak berpuas hati kesenangan yang dinikmati oleh orang lain. Mereka ini suka menuduh itu dan ini atas kejayaan orang lain dan pada masa yang sama asyik memikirkan mengapa mereka tidak boleh dapat seperti didapati oleh orang lain. Budaya iri hati ini akan membuatkan mereka menuduh orang lain yang bukan-bukan yang akhirnya membuat fitnah yang bukan-bukan dan menuduh orang lain tidak jujur dan mula meragui kejujuran orang lain.

Sikap yang tidak menyenangi kesenangan yang didapati oleh orang lain adalah sikap yang tidak baik.Kalau kita tidak menyukai orang lain lebih senang dari kita paling tidak kita lihat dan tidak perlu berkata-kata yang tidak baik. Kita tidak perlu buat apa-apa komen. Kesenangan yang didapati oleh orang lain juga tidak datang bergolek.Sudah tentu kesenangan ini didapati dengan apa-apa usaha. Setiap dari kita harus belajar bangga dengan kejayaan orang lain dan harus menyemat didalam hati bagaimana ingin berjaya seperti orang lain. Berbangga dengan kejayaan orang lain atau saudara mara sangat baik. Kata-kata pujian dan tahniah atas kejayaan orang lain perlu dilakukan dengan hati yang jujur. Secara kasar kita harus gembira apabila orang lain atau kawan-kawan kita berjaya. Simpan motivasi untuk berjaya, mana tahu kalau ada rezeki, giliran kita pula akan berjaya.

Berfikir adalah merupakan satu kemestian dan diperlu diamalkan. Setiap tindakan perlu difikirkan terlebih dahulu. Kita tidak boleh bertindak mengikut perasaan sahaja. Ada setengah gulongan membuat tindakan tanpa berfikir. Bukan semua tindakan tanpa berfikir tidak menghasilkan kebaikan tetapi adalah menjadi lebih tepat setiap tindakan perlu difikirkan. Orang yang berjaya akan memikirkan setiap tindakan secara mendalam. Ada juga yang memikirkan “Apakah tindakan mempunyai kebaikan dan Apa pula keburukanya?. Segala tindakan akan menjadi tepat jika telah difikirkan masak-masak lebih-lebih lagi jika keputusan yang diambil jika berlaku kesilapan akan menyebabkan kesan yang sangat buruk. Kadang-kadang kita tidak menyedari kepentingan berfikir. Kita akan menyesal setiap tindakan diambil dalam masa terburu-buru apabila keputusan tidak memihak kepada kita. Banyak proses membuat keputusan akan mengajak kita kerap berfikir terlebih dahulu.

Kemahiran bercakap, berkomunikasi atau kemahiran menulis sesuatu adalah proses terakhir. Dalam peperiksaan, ini adalah satu kemahiran yang penting. Setelah kita mendengar, menyiasat dan berfikir. Kita perlu menjawap dengan tepat dalam peperiksaan. Kita perlu bercakap apa yang perlu kita cakapkan. Penulisan dan percakapan yang tepat adalah sesuatu yang sangat penting. Tidak guna kita memahami setiap yang diajar tetapi kita tidak boleh menjawap dengan baik dalam peperiksaan. Kerap kita mendengar anak-anak kita bercakap setelah balik peperiksaan “Adik tahu tetapi tidak boleh jawap”. Ini selalu kita dengar, tetapi apa guna kalau kita faham tetapi tidak boleh menyampaikan apa yang kita fahami?. Apa guna kita memahami sesuatu fakta tetapi tidak boleh diterangkan kepada mereka yang memerlukan?. Sebenarnya jika kita tidak mampu menyampaikan apa yang kita fahami, ini seolah-olah kita tidak memahami apa yang dikehendaki.

Kemahiran bercakap adalah perlu dengan tujuan meyakinkan sesaorang sesuatu pendapat. Kita perlu dilhat mempunyai kemahiran menyampaikan sesuatu. Kita juga perlu dilihat pandai berhujah. Kita juga perlu dilihat pandai meyakinkan sesaorang. Kita juga perlu dilihat sangat yakin dalam menyampaikan hujah. Kemahiran menulis juga sangat penting. Banyak yang dilakukan perlu ditulis samada melalui buku-buku, kertas kerja, laporan akhbar dan juga melalui persidangan. Adalah didapati banyak jabatan kerajaan telah berjaya dan telah melakukan sesuatu untuk rakyat. Banyak rakyat telah mendapat faedah dari perkhidmatan yang dilakukan tetapi tidak dilaporkan dengan baik. Setiap kejayaan perlu ditulis didalam laporan, web site dan juga didalam akhbar. Mahu tidak mahu, setiap yang dilakukan perlu ditulis supaya dapat diketahui oleh rakyat. Adalah malang setiap ‘succes stories” tidak dilaporkan. Mungkin ini dilihat seolah-olah tabiat masuk bakul dan mengangkatnya sendiri. Dahulu tabiat ini dilihat tidak begitu baik tetapi pada masa ini, jika ini tidak dilakukan, kita tidak akan kemana.Kejayaan perlu diberitahu kepada orang lain dengan kaedah yang betul dan bersesuaian.Apa yang penting kita perlu mengikut lawang yang betul, sentiasa berfikir jika mencari lawang dan jika lawang telah dijumpai, biarlah lawang itu diikuti selama-lamanya

Tuesday, 23 October 2012

LEPAS RAYA KENA PERIKSA PULA.



Kerap kita dipesan sejak dari kecil dahulu oleh ibubapa kita supaya belajar  kerana dengan ini akan membolehkan kita berjaya dalam peperiksaan yang akan membawa kesenangan dalam kehidupan. Ibubapa juga kerap menyatakan mereka tidak meninggalkan wang ringgit atau harta yang banyak, tetapi pelajaran yang dipelajari adalah harta peninggalan mereka. Mahu tidak mahu kita perlu belajar untuk membolehkan kita berjaya dalam setiap peperiklsaan yang dihadapi.Menghadapi peperiksaan bukanlah sesuatu yang dinanti-nantikan tetapi ini perlu dihadapi oleh semua orang. Kejayaan dalam peperiksaan kerap dikatakan sesaorang itu pandai dan kepandaian itu dikatakan punca kesenangan.

Kerap kali kejayaan akan dikaitkan dengan mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Anak-anak tidak ada pilihan lain, untuk mencapai hasrat tersebut terpaksa belajar bersungguh-sungguh. Pada mereka tanpa kelulusan peperiksaan yang baik gelaplah masa hadapan. Pendapat ini masih lagi tidak berubah hingga sekarang. Kita dapat melihat ibubapa sekarang melakukan apa sahaja untuk membolehkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Ibubapa sangat bercita-cita untuk anak-anak mereka dapat memasuki universiti untuk mendapat segulung atau sekeping ijazah atau diploma supaya mendapat pekerjaan dalam kerajaan. Anak-anak akan dihantar belajar bukan untuk mendapat pengetahuan tetapi untuk mendapatkan sijil. Itulah sebabnya mereka hanya akan menghantar anak-anak ke institusi pelajaran tinggi yang mendapat pengiktirafan sahaja. Jika tidak diiktiraf, mereka tidak mahu anak kita belajar ke institusi tersebut walaupun besar kemungkinan institusi tersebut mampu memberi pengetahuan yang lebih baik. Budaya kita mendapat kelulusan terbaik hanya untuk makan gaji dengan menunjukan sijil yang diperolehi.

Peranan ibubapa sekarang untuk pendidikan anak-anak kini sangat besar. Peranan ini telah berubah mengikut keadaan dan masa. Ibubapa perlu membelanjakan wang untuk kejayaan anak-anak. Ibubapa perlu sentiasa memperuntukan sejumlah wang untuk pendidikan anak-anak selain dari perbelanjaan harian, pakaian sekolah, perbelanjaan kantin (makan dan minum), tambang kesekolah dan buku-buku asas. Ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk buku kerja tambahan, yuran tusyen, penyediaan kemudahan komputer dan kemudahan internet, perisian pembelajaran yang berkenaan dan majalah yang bersesuaian. Anak-anak sekarang tidak mencukupi jika hanya bergantung pada buku teks sekolah semata-mata. Mereka perlu latihan tambahan dan juga buku latih tubi setiap masa. Maklumat tambahan banyak didapati dari majalah semasa yang banyak terdapat dipasaran. Untuk mendapat maklumat yang baik majalah adalah merupakan sumber ilmu yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh anak-anak (bulanan atau mingguan)

Satu lagi yang amat diperlukan sekarang adalah bagaimana untuk memberi motivasi berterusan kepada anak-anak. Melalui kajian yang telah dijalankan, kelemahan anak-anak adalah mereka tidak mempunyai motivasi yang berterusan. Sangat banyak program motivasi yang dianjurkan sekarang terutama semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Semua program ini dikenakan bayaran kerana mempunyai berbagai program yang memerlukan perbelanjaan. Setiap program pula didatangkan berbagai-bagai pakar dan juga mereka yang pernah terlibat dalam memeriksa kertas peperiksaan atau mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti penyediaan kertas soalan. Anak-anak tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti program ini. Ada yang menyatakan ini peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan jika mahu mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksan. Ini semua memerlukan perbelanjaan. Ibubapa sudah tentu tidak mahu melepas peluang anak-anak mereka mengikuti prgram yang sangat baik ini. Zaman semuanya percuma telah berlalu, ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk pembelajaran anak-anak. Cabaran yang besar adakah ibubapa bersedia dengan cabaran ini?. Segala-galanya percuma juga telah berakhir dan cabaran sekarang, adakah ibubapa dapat menerima perubahan ini?.

Kita kerap mendengar kata-kata, “dulu bila keluar sahaja universiti pekerjaan telah menunggu”. Ibubapa kerap lagi menggunakan perkataan ini dengan tidak mahu menerima perubahan keadaan. Zaman telah berubah dengan berbagai-bagai perubahan dari segi ekonomi dan pengetahuan. Negara telah berubah dari negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian. Kalau dahulu penduduk Malaysia hanya berjumlakh 17 juta tetapi sekarang telah berjumlah 25 juta. Kalau dulu tidak banyak yang layak masuk ke universiti tetapi sekarang memasuki unversiti sudah menjadi perkara biasa sahaja. Boleh dikatakan setiap keluarga telah mempunyai keluarga berjaya memasuki universiti. Untuk itu cabaran sekarang adalah untuk bersaing dengan banyak orang pandai. Anak-anak kita perlu mendapat kelulusan terbaik di universiti. Kalau dulu kalau lulus sahaja telah mencukupi, tetapi kelulusan terbaik perlu menjadi impian supaya mudah untuk mendapat pekerjaan. Lulus dengan kelas ketiga tidak dipandang lagi. Kalau untuk mendapat pekerjaan profesional, kelulusan dengan CGPA melebihi 3.0 adalah dicari. Untuk itu anak-anak perlu mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Bidang pembelajaran juga tidak sama seperti dahulu. Ibubapa dahulu jarang terlibat dalam menentukan bidang yang perlu diambil. Ada ibubapa tidak berapa kisah dengan pemilihan anak-anak. Apa yang baik untuk anak-anak baiklah untuk ibubapa. Hanya yang penting bila keluar nanti dapat kerja. Itu sahaja yang ibubapa dahalu mahukan. Sekarang tidak lagi demikan. Ibubapa perlu mengetahui bidang apa yang anak-anak mereka ceburi. Bidang yang terdapat juga sangat luas bersesuaian dengan perkembangan negara sekarang ini. Kalau boleh kita perlu menasihati bidang yang akan diceburi supaya mereka akan mendapat pulangan yang baik pada masa hadapan (makan gaji atau berniaga). Ibubapa zaman sekarang bukan lagi ibubapa seperti satu ketika dahulu. Ibubapa sekarang telah mempunyai kelulusan yang cemerlang dan memiliki karier yang sangat baik (ibubapa sekarang pandai-pandai). Ibubapa sekarang banyak pengalaman dan luas pembacaan serta pergaulan yang boleh dikongsi bersama anak-anak. Ibubapa harus memberi panduan kepada anak-anak supaya mereka berupaya memilih karier yang betul pada masa hadapan. Walaupun begitu keputusan terakhir biarlah dibuat oleh anak-anak sendiri kerana merekalah yang akan melakukan sesuatu untuk masa hadapan mereka sendiri. Ibubapa jangan dipersalahkan nanti, ibubapa berhak memberi pendapat dan contoh sahaja. Keputusan ditangan mereka sendiri. Biarlah mereka bertanggung jawapa dengan pemilihan untuk masa depan mereka sendiri.

Setiap kali keputuan peperiksaan keluar, akhbar akan melaporkan kejayaan cemerlang pelajar dengan diikuti temubual dengan pelajar yang mendapat kejayaan luar biasa. Setiap kali temubual akan berakhir dengan pertanyaan yang sangat perlu “Bagaimana anda mendapat kejayaan yang begitu cemerlang?”. Ini akan dijawap oleh pelajar dengan mengatakan “Saya mendengar setiap patah perkataan yang dikatakan oleh cikgu saya”. Jarang yang kita mendengar mereka berkata menghadiri kelas tambahan, tusyen atau lain-lain yang telah mereka hadiri. Setiap yang berjaya akan berkata mereka mendengar setiap patah perkataan yang dicakap oleh cikgu mereka. Ini bermakna mendengar sangat penting. Kemahiran mendengar bukan sahaja penting dalam dunia pembelajaran tetapi juga penting dalam kehidupan. Kita tidak akan berubah jika tidak mendengar sesuatu yang baru. Kita juga tidak ada kelainan dari masyarakat jika kita tidak mendengar dan akhirnya tidak berubah. Kemahiran mendengar perlu dijadikan kemahiran hidup dan amalan seharian. Kerap kita dapat melihat tidak dapat menfaat dari kehadiran dalam sesuatu majlis, keramaian, ceramah atau seminar jika kita tidak  mendengar dan datang untuk tidur lepas itu makan dan balik. Anak anak yang berjaya akan cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang dipelajari didalam kelas. Mereka akan mendengar dengan tekun. Jika mereka gagal untuk memahami sesuatu fakta atau maklumat. Mereka akan segera bertanya. Kerap kali kita mendapati anak-anak tidak mahu bertanya setiap sessi pembelajaran berakhir. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang ingin di tanya. Ini kerana mereka belum faham apa yang diajarkan. Itu sebab mereka tidak bertanya. Banyak alasan yang diberikan tidak faham kerana ingin memahaminya dirumah atau semasa sessi ulang kaji dirumah. Ini bukan tidak boleh tetapi adalah lebih baik proses pemahaman berlaku ketika sessi pembelajaran berlansung. Apa yang kurang boleh terus difahami segera atau ditokok tambah. Ini adalah proses pembelajaran yang terbaik bermula dari kemahiran mendengar yang baik. Adalah perlu kita melatih diri kita menjadikan kita mempunyai tingkah laku untuk mendengar apa yang diperkatakan.

Pada masyarakat, sesiapa yang berpendidikan akan dapat memberikan sesuatu yang istimewa semasa bekerja. Maksudnya mereka yang berpendidikan akan pandai bekerja  (walaupun tidak semestinya). Mereka yang berpendidikan akan memudahkan kerja-kerja penyampaian tugas. Mereka yang berpendidikan boleh terkehadapan.dan dapat menaikkan nama institusi mereka bekerja. Itulah kayu pengukur yang telah kita praktik sepanjang hidup kita. Tidak hairan kita semua berebut-rebut kearah itu. Ini sememawngnya telah terbukti kebenaranya. Sememangnya banyak tugas memerlukan mereka yang berpendidikan. Tidak perlu diberi latihan yang keterlaluan. Hanya sedikit taklimat, mereka telah boleh menjalankan tugas dengan baik. Mungkin mereka yang berpendidikan ini terang hati menurut setengah-setengah pihak (susah juga hendak dibuktiklan ketepatanya).

Kemahiran mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap perlu dijadikan amalan kehidupan samaada murid sekolah atau ibubapa. Amalan ini amat baik dan akan membawa kejayaan kepada yang mengamalkannya. Setiap langkah tidak perlu dihafal tetapi perlu diamalkan sahaja. Kepada anak-anak ini merupakan amalan untuk mendapat kejayaan yang baik untuk kejayaan pembelajaran. Kepada meraka yang dewasa yang telah mempunyai karier akan mencapai kedudukan yang lebih baik dengan tindakan yang memberi menfaat yang baik. Kepada organisasi pula, amalan yang baik menjadikan organisasi menjadi sangat cekap dan akan menghasilkan tindakan yang amat baik dan berkesan. Walaupun amalan yang lain juga perlu diamalkan tetapi amalam mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap adalah amalan yang sangat baik dan telah terbukti menghasikan kejayaan kepada individu dan juga organisasi seterusnya menjadi kejayaan kepada negara. Apakah ibubapa berupaya menyemai budaya ini kepada anak-anak dalam proses pembelajaran seharian. Ini lah peranan dan cabaran yang perlu disahut oleh ibubapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...