nuffnang ads

Showing posts with label SENYUMAN. Show all posts
Showing posts with label SENYUMAN. Show all posts

Monday, 24 December 2012

“TERSENYUMLAH”



Semasa meminta sesuatu pekerjaan atau pergi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan kita akan dapat lihat senyuman sentiasa berada dibibir. Walaupun kadang-kadang wajah tidaklah berapa menarik tetapi kalau tersenyum  nampak cantik juga. Begitulah wajah kalau tersenyum, senyum adalah sedekah. Kalau  jururawat sentiasa tersenyum, mungkin ramai yang akan cepat sembuh dan pesakit tidak lama duduk di ward. Mungkin satu dua hari sahaja berada di ward sudah boleh keluar kerana penyakit telah sembuh. Itu lah ‘power’nya senyuman. Dikatakanjuga tersenyum adalah ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.Tetapi mengapa kita tidak suka tersenyum.

Selalunya apabila sesaorang ingin berurusan dengan sesuatu jabatan, kerapkali terpaksa berurusan dengan penyambut tetamu terlebih dahulu. Kerapkali mereka ini akan tersenyum dan kerap akan mengarahkan tempat yang perlu dituju untuk berurusan atau menunjukan bilek pegawai yang ingin ditemui. Selalunya tiada masaalah berurusan dengan mereka. Ini kerana mereka telah dilatih untuk berbuat demikian. Sangat senang hati setiap pelawat atau pelanggan pada peringkat ini. Walaupun ada juga penyambut tetamu atau pekerja berada dibarisan hadapan tidak memberikan senyuman tetapi ini jarang berlakau. Tahniah kepada penyambut tetamu, senyuman ini sangat diperlukan untuk menunjukan mereka akan dilayan dengan baik.

Kerap kali jika berurusan dengan jabatan yang tidak mempunyai penyambut tetamu, tidak mendapat senyuman. Walaupun perkhidmatan di pagi hari, banyak warga kerja yang tidak memberikan senyuman. Amat menghairan, susahkah untuk tersenyum apabila melayan pelanggan di pagi hari atau sepanjang tempuh bertugas?. Kadang-kadang dalam bahasa kasar asyek moncong sahaja. Kalau pun ada masaalah dirumah, perlu di tinggalkan dirumah. Menurut YB Datuk Wira Omar bin Kaseh dalam satu mesyuarat pagi untuk Jabatan Ketua Menteri, “tidak perlu bayar untuk menawarkan senyuman”, Beliau amat hairan kenapa banyak kakitangan tidak memberikan senyuman ketika bertugas.

Keadaan ini amat berlainan untuk perkhidmatan di hotel. Perkhidmatan di kaunter atau dimana sahaja kerap akan diiringi dengan senyuman. Mereka yang berkerja dibahagian tempat letak kereta juga kerap melemparkan senyuman. Tidak tahulah bagaimana pihak pengurusan hotel mengajar mereka tersenyum, tetapi mereka ini memang sentiasa tersenyum. Kehebatan senyuman ini telah melihatkan Negeri Melaka telah menerima 12 juta orang pelancong pada tahun  2010. Kita tidak boleh menafikan ini mungkin disebabkan pelancong berpuas hati dengan senyuman oleh pekerja hotel. Begitu juga jika berurusan dengan syarikat swasta, senyuman amat mudah diberikan. Mungkin kerana kalau bekerja disektor swasta atau di hotel mudah dibuang kerja jika tidak dapat memberikan senyuman. Oleh itu mereka tiada pilihan selain dari tersenyum. Mungkin ini adalah senyuman mencari makan tetapi senyum tetap senyum juga.

Sangat menghairankan mengapa pekerja sektor swasta amat murah dengan senyuman tetapi tidak kepada mereka yang bekerja di sektor awam. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan penyataan ini. Tidak mengapa jika tidak bersetuju tetapi jangan pula menegakan benang basah. Kita tanya sendiri setiap pelanggan yang berurusan dengan sesuatu jabatan, apakah mereka berpuas hati dengan senyuman yang telah diberikan oleh kakitangan dijabatan kita sendiri. Satu ketika dahulu pernah ditulis didalam halaman ini berkenaan berkenaan senyuman di Hospital Melaka. Adalah tidak dinafikan Hospital Melaka mempunyai kemudahan yang sangat canggih. Kalau kita duduk di ruang menunggu di bahagian pesakit luar. Semua maklumat dinyatakan dengan baik.Tidak rasa bosan berada diruang menunggu untuk dipanggil berjumpa doktor. Maklumat boleh dibaca dan dilihat. Tahniah diucapkan kepada pengurusan Hospital Besar Melaka. Usaha ini amat kreatif dan berinovasi. Sekalong pujian patut diberikan kepada mereka yang bertugas dibagaian hadapan Hospital Besar Melaka.

Sememangnya negara kita tidak mempunyai masaalah menyediakan kemudahan untuk  kesihatan. Setiap hospital telah dimodenkan walaupun bangunan nampak lama tetapi kemudahan amat baik. Tidak mencukupi jika mempunyai peralatan yang canggih tetapi jururawat atau kakitangan hospital tidak memberikan senyuman. Pengurusan Hospital Melaka telah memberikan lencana kepada staf hospital untuk sentiasa tersenyum tetapi ini amat jarang didapati. Mungkin agaknya kerja di hospital terlalu banyak kerja dan setiap staf terlalu sibuk hingga tiada masa untuk tersenyum. Walaupun tanpa senyuman, setiap pekerja Hospital Melaka telah memberikan perkhidmatan yang sangat baik untuk negeri Melaka. Rakyat Negeri Melaka sangat berbangga dengan perkhidmatan yang telah diberikan, hanya yang kurang adalah senyuman. Kalau diberi senyuman lengkaplah  apa yang diperlukan di Hospital Melaka.

Berurusan dengan pejabat disekolah-sekolah juga jarang mendapat senyuman. Kadang-kadang mereka buat tidak tahu  sahaja walaupun ada ibubapa yang berdiri dihadapan kaunter. Kelihatan mereka ini tidak ada inisiatif untuk bertanya kepada ibubapa. Inilah yang kerap menimbulkan rungutan kepada ibubapa. Pengetua atau Guru Besar mungkin tidak tahu. Kalaulah begini mereka melayani ibubapa, bagaimana agaknya staf bahagian pentadbiran melayani murid-murid sekolah. Anak-anak mungkin tidak menyedari layanan ini kerana mereka tidak memahaminya. Anak-anak akan berkata beginilah agaknya apabila sudah bekerja di pejabat. Mereka yang bekerja disekolah mesti melihatkan anak-anak murid adalah pelanggan kita. Jika tiada murid-murid yang ingin datang sekolah tidaklah banyak orang mendapat rezeki dengan adanya sekolah dikawasan tersebut. Staf yang bekerja disekolah, bukan sahaja melayani guru besar, pengetua atau guru-guru. Anak-anak murid juga perlu diberikan senyuman semasa mereka berurusan dengan pejabat sekolah.

Contoh yang paling  baik untuk diperhatikan adalah apabila kita mengunjung pasar raya atau emporium. Kita akan dapat melihat senyuman sentiasa berada dibibir. Mereka percaya dengan senyuman pasti akan menarik pelanggan. Pelanggan akan menjadi yakin apabila melihat setiap mereka yang melayani akan sentiasa tersenyum. Sudah tentu senyuman ini akan menjadi buah mulut dan barangan akan banyak yang terjual. Ini juga dapat dilihat di pasar malam. Kita akan lihat pasar malam akan diiringi dengan senyuman walaupun sentiasa dalam keadaan bising. Setiap peniaga masih lagi mampu tersenyum yang mereka pasti dengan senyuman ini banyak lagi produk yang akan diyakini oleh pelangan.

Kepada mereka yang sedang berkhidmat, murahlah senyuman ketika bertugas terutama mereka yang berada di barisan hadapan. Jika tidak boleh tersenyum, belajarlah mereka yang murah dengan senyuman. Tidak mudah untuk mengajar sesaorang itu senyum tetapi boleh dilihat senyuman orang lain dalam banyak keadaan. Ini juga satu proses pembelajaran untuk kelihatan sentiasa tersenyum.

Negeri Melaka telah pun maju dan pada masa hadapan negeri Melaka menuju Negeri Bandar Berteknologi Hijau. Lagu Melaka Maju 2020 yang sedang rancak dinyanyikan dimulai dengan Melaka Maju 2010, Gagah Berani, Negeri Indah tidak terperi...keindahan ini bukan sahaja dari segi kehijauan tanah dan persekitaran. Indah yang dimaksudkan adalah indah serba sebi. Indah yang paling penting adalah rakyatnya suka tersenyum. Tiada gunanya Melaka Maju mempunyai nilai murni kualiti tinggi, hulubalangnya terbilang, negeri hebat cemerlang, pokok Melaka lambang rakyat gemilang dan daulat dijulang jika pegawai kerajaannya tidak memberikannya dengan senyuman.

Pada masa hadapan, adalah dicadangkan setiap pekerja baru yang diambil terpaksa dibuat penilaian senyuman atau ujian senyuman. Kerajaan tidak boleh bersandarkan kelulusan sahaja. Tidak semestinya mereka yang pandai belajar pandai bekerja. Kebanyakan yang lulus cemerlang kerana mereka rajin belajar tetapi meninggalkan aspek sosial. Ini telah terbukti sekarang, apabila mengambil sesaorang pekerja hanya menimbangkan kelulusan dan “physical look”. Inilah jadinya. Walaupun soal senyuman ini telah lama dibincangkan tetapi masih lagi tidak berubah.

Satu lagi yang perlu dinilai dari segi penilaian prestasi kerja. Setiap pekerja yang mudah memberikan senyuman patut diberi pemarkahan yang tinggi. Senyuman ini sebenarnya yang menaikan imej pejabat bukan pekerja yang mempunyai kelulusan yang tinggi. Kepada mereka nyang pandai atau berkelulusan terbaik, pencapaian ini hanya untuk memudahkan mendapat kerja. Kebolehan, kecekapan dan prestasi kerja adalah dinilai dari segi mutu kerja dan kerap mereka yang sentiasa tersenyum akan disayangi dan kerap mereka ini akan dapat berurusan dengan baik kepada pelanggan. Inilah perkara yang perlu diperhatikan.

Senyuman yang dimaksudkan bukan sahaja datang dari kaum wanita sahaja tetapi juga perlu dipandang serius oleh kaum lelaki juga. Warga kerja lelaki juga  perlu sentiasa tersenyum. Apa yang penting adalah senyuman bukan datang dari siapa. Satu lagi yang kerap menimbul kritikan adalah senyuman dari mereka yang merupakan barisan hadapan negara seperti pemandu teksi, pemandu bas dan penarik beca. Senyuman bukan kira tugas atau tahap mana sesuatu profesion. Mereka yang melibatkan pelancong dan juga pemberi perkhidmatan harian juga perlu sentiasa melemparkan senyuman. Mereka yang memberikan perkhidmatan dibarisan hadapan tidak boleh marah-marah atau sombong. Berikan perkhidmatan yang terbaik dan yang amat penting perlu sentiasa tersenyum. Amat mudah mencari makan dengan tersenyum dari sentiasa bermasam muka atau raut muka yang tidak pernah puas hati dengan keadaan sekeliling.

Kepada pihak tertentu perlu juga memikirkan kursus atau modul  bagaimana untuk senyum atau sentiasa tersenyum. Kalau sebelum berkahwin perlu menghadiri kursus perkahwinan bagaimana kalau sebelum sebelum mengambil sesaorang bekerja, perlu di semak samaada telah menghadiri kursus senyuman. Adalah dicadangkan kepada mereka yang ada sijil kursus senyuman diambil bekerja.

Sunday, 25 November 2012

SIKAP PERLU DI UBAH MELALUI TEKNOLOGI DAN PERATURAN.



Sikap bermakna perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran), bersikap pula berpegang pada pendapat (berpendirian). Teknologi pula membawa makna aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sains gunaan. Teknologi juga membawa makna kaedah atau proses menangani sesuatu masaalah teknikal dan teknologi tinggi pula bersaskan kajian saintifik termaju seperti. Peraturan pula bermakna segala yang telah ditentukan (ditetapkan) dan harus diturut atau dipatuhi.

Selalunya apabila sesuatu kemalangan (jalan raya atau ditempat kerja) atau kegagalan berlaku, sikap adalah perkara utama yang dipersalahkan. Kita kerap mendengar apabila kemalangan berlaku kerap diperkatakan atau komen, ini kerana sikap pemandu atau pengguna jalan raya. Banyak komen yang kita dengar, kemalangan dapat dikurangkan jika sikap dapat diubah. Kita juga kerap mengatakan kegagalan dalam apa sahaja bidang yang diceburi terutama menghadapai peperiksaan, kegagalan dalam peperiksaan adalah disebabkan kerana sikap juga. Mungkin ini disebabkan sikap pemalas atau berbagai-bagai sikap yang boleh diperkatakan.Malang sekali, sikap amat susah untuk berubah. Bukalah dikatakan tidak boleh berubah tetapi amat sukar berubah dan akan mengambil masa yang sangat lama. Ada yang mengatakan sikap akan berubah apabila adanya kesedaran dalaman. Jika hanya ada kesedaran luaran, sikap tidak akan berubah. Apabila kita dikaitkan dengan kemalangan jalan raya dengan sikap. Jika sikap yang dikaitkan, kemalangan jalan raya tidak berkurang selagi sikap tidak berubah. Ini memang betul tetapi kita tidak boleh terus menghadapi masaalah ini selamanya.

Permodenan sistem pengangkutan dan rangkaian jalan raya di Malaysia yang hebat telah menjadikan kemalangan bertambah. Hampir setiap hari kita akan mendengar kemalangan disana sini seperti dilaporkan didalam surat kabar. Kemalangan yang menyayat hati juga berlaku hampir setiap hari dilaporkan. Adalah amat mengecewakan.dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang sangat terusun dan sistematik, jumlah kemalnagn jalan raya sangat mendukacitakan. Susah untuk menyalahkan mana mana pihak. Kemalangan jalan raya telah menjadi semakin kronik dan luar biasa.. Sesuatu yang luar biasa perlu ditangani secara luar biasa dan mungkin mendapat tentangan dari berbagai pihak. Penyelesaian luar biasa memerlukan pengorbanan berbagai pihak. Masaalah kemalangan perlu ditangani menggunakan teknologi dan peraturan yang ketat. Apa yang kita lihat sekarang had laju national untuk lebuh raya 110 km/j dan untuk laluan jalan persekutuan had laju yang ditetapkan 90 km/j . Kita pula dapat melihat had laju maksimum setiap kenderaan adalah mengikut keupayaan kereta dan jenis kereta. Kereta berupaya memberi kelajuan 240 km/j. Mengikut cc kereta. Adalah tidak logik kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia adalah 110 km/j dan kereta atau motor berupayaa memberi kelajuan lebih dari itu. Sudah menjadi tabiat manusia akan memandu lebih laju dari hadnya kerana kenderaan mereka berupaya berbuat demikian. Pada masa yang sama berbagai kempen dilakukan untuk menyelesaikan masaalah kemalangan. Setiap kali kempen keselamatan jalan raya kita akan mengatakan ”Kelajuan Boleh Membunuh”. Kita hubungkaitkan kemalangan dengan kelajuan. Ini bermakna kemalangan dapat dikurangkan dengan mengawal had laju. Apa yang dapat kita fahami, jika kelajuan rendah dan mengikut apa yang ditetapkan kamalangan dapat dikurangkan. Sebagai jalan penyelesaian secara luar biasa, adalah dicadangkan had laju kenderaan yang mampu dibuat oleh pemandu adalah hanya 110 km/j sahaja. Ini bermakna meter yang paling maksimum hanya setakat 110 km/j untuk setiap kereta, manakalan untuk bas dan lori meter maksimum hanya 90 km/j sahaja. Untuk kereta yang diimpot, kelajuan maksimum pada meter juga 110 km/j sahaja. Jika kereta yang tidak mengikut peraturan Malaysia, kereta tidak dibenarkan untuk di import. Ini bermakna pemandu tidak mempunyai pilihan lagi. Kelajuan maksimum yang telah dikawal dengan teknologi telah mampu mengawal kelajuan. Dalam bahasa pasar ”jika pedal minyak ditekan sampai ke lantai pun kelajuan maksimum hanyalah 110 km/j sahaja”.. Ini adalah pendekatan teknologi yang luar biasa  untuk menangani masaalah luar biasa. Kemalangan yang melibatkan kelajuan 110 km/j selalunya tidak serius. Kempen kesedaran untuk menguatkuasakan peraturan perlu dilakukan secara terbuka.

Pada satu ketika dahulu rakyat Malaysia sangat suka membuang sampah merata-rata. Ada yang mengatakan rakyat Malaysia sangat pengotor. Banyak kemudahan awam dibina tetapi sangat kotor dan kurang penyenggaraan Ada yang suka kereta bersih tetapi dan membuang sampah hanya melalui tingkap kereta. Masaalah membuang sampah merata-rata telah menjatuhkan imej negara. Amat sukar untuk mengubah mentaliti mereka. Pemikiran maju bermakna rakyatnya sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik berdasarkan kemudahan yang telah disediakan. Rakyat perlu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin dan menjaganya dengan baik. Rakyat negeri maju tidak perlu diletakan papan tanda ”Jangan Membuang Sampah” kerana rakyatnya tahu membuang sampah ditempatnya dan tahu akibat jika membuang sampah merata-rata dari segi kesihatan dan pelancungan. Adalah tidak perlu papan amaran diletakan dengan hanya mengatakan denda sebanyak RM 30 jika membuang sampah ditempat tertentu. Rakyat negara maju tidak perlu diugut dengan denda kerana mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan dan merasakan satu tanggung jawap mereka. Apa yang diletakan (kemungkinan) hanyalah panduan untuk membuang sampah. Semestinya panduan yang bercorak pembelajaran dan nasihat akademik secara profesional.  Rakyat negara maju akan disediakan tempat pembuangan sampah atau tong sampah yang lebih berfungsi sebagai tempat kitar semula. Ini juga dibuat secara sukarela atas inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk dengan rela hati membuang sampah ditempat yang boleh dikitar semula. Ini adalah kesedaran yang tinggi dimiliki oleh setiap rakyat negeri maju. Pengalaman dan pembelajaran serta latar belakang akademik yang ada telah membolehkan penghuni negara maju bersifat begitu dan mempunyai rasa tanggung jawap yang tinggi kepada tempat tinggal mereka. Ini adalah kerana gaya hidup mereka telah maju disebabkan pendedahan dan pendidikan yang mereka telah terima. Penyelesaian masaalah sampah hanya akan berjaya jika PBT menyediakan tong sampah dengan banyak. Jika boleh setiap 10 meter satu tong sampah disediakan. Pihak PBT perlu melambakan jumlah tong sampah. Tiang elektrik dan telekom perlu juga di pasang tong sampah. Sudah menjadi tabiat semulajadi kita  tidak suka menyimpan sampah terlalu lama.dan tidak mahu berjalan jauh untuk membuang sampah, jika sudah ada tong sampah didepan mata sudah pasti sampah tidak dibuang merata-rata.

Penyediaan premis perniagaan juga perlu difikirkan. Gerai yang dibina oleh pihak PBT sekarang ini sangat kecil dengan kemudahan yang amat terbatas. Kita kerap melihat apabila setiap gerai siap dan digunakan oleh peniagaan berbagai-bagai lagi tambahan secara mudah dilakukan. Tambahan pula tiada tandas dan ruang memasak yang disediakan secara sempurna. Ini menjadikan gerai kelihatan tidak cantik. Gerai peniaga kelihatan amat comot dan tidak menarik. Pada satu masa dahulu sememangnya gerai-gerai ini kelihatan cantik tetapi apabila berstatus negara maju, kemudahan gerai dan keluasan gerai tidak sesuai dan perlu dilihat semula. Alasan mangatakan keluasan tanah tidak cukup mungkin boleh diterima tetapi pilihan lain boleh dicari seperti membuat gerai dua tingkat atau menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Semua gerai perlu luas dengan segala kemudahan memasak dan menyaji makanan disediakan Kemudahan gerai yang disediakan di negara maju perlu dicontohi. Pihak PBT negara maju juga kekurangan tanah tetapi dapat diselesaikan dengan penerimaan kemudahan teknologi atau menggunakan inovasi.

Perubahan teknologi yang begitu pantas tidak boleh dielakan. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak mahu menggunakan teknologi. Teknologi telah diletakan dihadapan mata. Mahu tidak mahu kita perlu menggunakanya.Tidak salah menggunakan teknologi selagi teknologi dapat memberi keselesaan kepada kehidupan. Sebagai sebuah negara yang akan mencapai status negara maju dalam tempuh 11 tahun sahaja lagi, rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan menggunakan teknologi sahaja. Negara perlu bergerak kepada negara pencipta teknologi pula. Kerajaan telah melaporkan sebanyak 10,284 orang rakyat Malaysia telah memiliki Ijazah Kedoktoran atau PhD setelah negara kita mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. Walaupun kita mendapati jumlah ini sedikit tetapi seperti yang kita ketahui, mereka yang mempunyai ijazah kedoktoran adalah mereka yang sangat mampu memikirkan bagaimana untuk melaksanakan penyelidikan untuk kemajuan negara. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menggunakan mereka ini untuk membantu memajukan negara. Pemikiran mereka perlu disatukan supaya negara dapat menjadi sebuah negara pencipta teknologi. Hasil pemikiran mereka jangan disia-siakan atau diambil mudah. Setiap individu yang mempunyai Ijazah Kedoktoran perlu disediakan berbagai ruang untuk membolehkan mereka memikirkan sesuatu yang baik untuk kemajuan negara. Adalah malang jika kita hanya membiarkan gulongan ini begitu sahaja tanpa memanafaatkan apa yang mereka miliki.

Longkang di negara kita sekarang ini kebanyakannya adalah longkang yang terbuka, amat jarang kita jumpa longkang yang tertutup kecuali di bandar-bandar besar. Longkang yang terbuka telah membuatkan bandar kelihatan kotor comot dan berbau busuk. Untuk mengelakan ini berlaku, banyak longkang telah mula ditutup oleh pihak PBT. Masalah lain pula timbul kerap kali penutup longkang dibuat bermutu rendah dan kerap pecah sana sini. Ini menambahkan lagi masaalah dalam pengurusan longkang. Penyelesaian yang terbaru dan agak inovatif pada akhir tahun 90an adalah menggunakan sistem perparitan mesra alam. Sistem ini tiada mengunakan kaedah longkang terbuka. Longkang dibina tidak dapat dilihat (jika ada). Apa yang kita dapat lihat air diserap melalui permukaan tanah yang telah ditanam rumput. Sistem ini amat berjaya di taman perumahan atau dalam kawasan sesuatu kawasan tertutup. Satu lagi yang perlu dipertimbangkan dengan hanya membina longkang di bawah tanah. Banyak negara dalam dunia telah menggunakan pembinaan longkang bawah tanah. Ini dapat dilakukan jika perancangan dibuat dari awal lagi. Adalah sangat sukar untuk membinanya sekarang. Kaedah berteknologi tinggi juga perlu diperkenalkan semasa pembinaan atau mereka bentuk longkang. Bersesuaian dengan kemudahan teknologi, longkang pintar (sistem pintar) perlu di rekabentuk dimana air akan dialirkan kepada sesuau longkang yang lain jika didapati sesuatu sistem telah mencapai tahap maximum.

Banyak masaalah dapat diselesaikan jika penyelesaianya yang serius dapat difikir dan dilaksanakan. Jika penyelesaian hanya  bergantung kepada perubahan sikap sahaja, hasil penyelesaian akan mengambil masa yang sangat lama dan mungkin tidak akan berlaku. Jika berlaku pun hanya dalam tempoh sementara sahaja. Adalah dicadangkan sesuatu masaalah diselesikan secara serius dengan pendekatan teknologi dan peraturan. Kajian proses penyelesaian secara pendekatan yang sistematik ini amat perlu melalui penyelidikan atau pemerhatian. Peralatan atau pendekatan baru perlu dicuba tanpa ragu-ragu dan memerlukan sedikit perbelanjaan. Apa yang penting sekarang ini setiap masaalah dapat diselesaikan untuk menafaat rakyat dan negara. Hasil inovasi dan kreativiti rakyat boleh digunakan untuk penyelesaian atau memudahkan urusan harian.

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF UNTUK BERJAYA.



Positif membawa makna pasti, tegas, tentu dan tegap atau memperlihatkan sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat. Fikir pula membawa makna ingatan, angan-angan atau akal. Berfikir pula bermakna menggunakan akal fikiran (untuk menyelesaikan sesuatu), mempertimbangkan (dalam ingatan). Berfikiran membawa makna berfikir mengenai. Memikir bermakna berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu. Pemikiran bermakna perihal berfikir (memikir). Semua makna ini diambil terus dari Kamus Dewan terbaru yang telah menerangkan dengan jelas makna pemikiran tanpa perlu ditokok tambah. Apa yang sangat jelas positif adalah bermakna sesuatu yang pasti dan boleh membawa kepada pengharapan.

Kita sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan sesuatu yang mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian atau kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan. Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.

Menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran memerlukan ketabahan. Satu cara untuk menghadapi hidup supaya sentiasa memberi makna hanyalah dengan sentiasa berfikiran positif. Kaedah terbaik adalah dengan mempunyai niat untuk sentiasa membantu orang lain. Jika kita seorang yang berpengaruh atau mempunyai kuasa, kita perlu sentiasa ingin membantu orang lain jika kita diminta memberi bantuan. Setiap yang datang berjumpa kita perlu didengari masaalah mereka. Sebaik sahaja sesaorang menjengok kita dipejabat atau terjumpa dimana-mana sahaja, pertama kali kita mesti mempunyai niat untuk membantu. Jangan sekali-kali berfikiran negatif dan tidak mahu membantu lansung. Jangan juga sekali-kali berfikiran kedatangan mereka untuk menyusahkan kita. Niat dan pemikiran ingin membantu mereka adalah sangat perlu. Kita perlu mencuba sedaya-upaya yang kadang-kadang kita telah mengetahui amat sukar untuk membantu. Kita perlu melupakan ini semua dan perlu membuat sesuatu untuk membantu juga. Biarlah kegagalan kita membantu bukan disebabkan oleh kita atau diluar kawalan kita. Biarkan sesiapa yang inginkan bantuan meninggalkan kita dengan senyuman walaupun gagal mendapat bantuan dari kita. Sikap ini sangat baik jauh dari sikap yang agak negatif dan tidak ingin membantu. Masyarakat dapat merasakan kita tidak berusaha untuk membantu dan jika kita adalah pemimpin ini akan mengecewakan masyarakat. Pemimpin yang baik kerap mempunyai pemikiran untuk sentiasa membantu walau dalam apa keadaan sekali pun.

Kepada pelajar juga sikap positif amat penting. Sikap positif akan mengambarkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan berjaya. Jika ini ada dalam pemikiran pelajar, mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat dan sentiasa ingin belajar dan mengulangkaji. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka akan mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan. Kecemerlangan perlu difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba. Sikap positif akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif juga. Sikap positif jika dibawa dalam proses pembalajaran akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah.

Sikap yang baik dalam proses pembelajaran bermula dari minat untuk belajar. Minat dengan mata pelajaran, kegiatan pembelajaran, kegiatan luar persekolahan, mempunyai hobi yang amat baik dan minat dengan guru-guru yang mengajar. Setiap pelajar perlu belajar meminati guru-guru yang mengajar apa juga mata pelajaran. Sikap membenci guru perlu dibuang jauh-jauh. Sikap menyukai murid juga sangat penting kepada guru-guru. Latihan yang telah diterima sebagai guru adalah latihan untuk kita menyukai anak didik kita. Guru-guru jangan sekali-kali membenci murid-murid dalam apa keadaan sekali pun. Sikap menyukai mereka yang pandai dan anak orang berada sahaja adalah sikap yang tidak baik. Guru juga jangan sekali-kali membenci pelajar yang kurang pandai dan anak-anak orang yang tidak berada. Kita tidak boleh meramal masa depan sesaorang murid dari pencapaian semasa kecil atau semasa alam persekolahan sahaja. Kata perpatah mengatakan “yang akhir nanti akan diperkatakan orang”. Kejayaan pelajar sekolah memerlukan perjalanan yang panjang. Mereka kadang-kadang kurang menyerlah semasa kecil tetapi akan berubah apabila mereka meningkat dewasa. Biarlah guru-guru melayani setiap murid sama rata agar mereka dapat belajar dalam keadaan kegembiraan. Berbagai kerenah anak murid perlu dilayan dengan baik jika kita mengharapkan setiap mereka mendapat kejayaan pada masa hadapan.

Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier. Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni keluarga dalam ketenangan.

Sikap positif juga amat perlu dalam kehidupan. Kita perlu memandang apa yang telah diberikan oleh kerajaan sesuatu yang amat baik untuk kita dan sangat memberi menfaat kepada rakyat. Kehidupan yang  kita miliki  jauh lebih baik dari rakyat negara lain. Negara kita hampir tidak ada pengganguran dari segi pekerjaan (pekerjaan mencari kita). Kita boleh memilih apa sahaja jenis pekerjaan dan sangat bergantung apa yang kita cari (kepuasan hati atau pendapatan). Ini jauh lebih baik dari beberapa rakyat negara jiran yang terpaksa berkorban nyawa untuk mencari pekerjaan. Ada sebilangan yang terpaksa merentas lautan hanya untuk mendapatkan pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat negara ini. Lihat sahaja sampah yang dibuang oleh rakyat negara ini. Menurut kajian dari Universiti Putra Malaysia, 40% dari sampah yang dibuang dinegara ini adalah sampah yang boleh dimakan seperti rojak, roti, nasi lemak, nasi, mee goreng dan apa sahaja makanan yang tidak habis. Makanan ini sepatutnya boleh dimakan lagi tetapi telah dibuang sebagai sampah. Berapa mewahnya rakyat negara ini?.

Sikap mengatakan orang lain sahaja yang mempunyai sesuatu yang lebih baik dari kita perlu ditiadakan atau ditinggalkan. Kita tidak boleh setiap kali mengatakan “the other side greener than us” (orang lain selalu lebih baik dari kita). Kita sebenarnya “”greener than the other side”. Kita juga tidak boleh mengatakan kemudahan orang lain lebih baik malahan apa yang kita miliki lebih baik dari orang lain. Negara ini ada segala-galanya dengan rakyat berbilang kaum, ekonomi berkembang baik, banyak pelancung yang datang untuk menikmati keindahan tempat kita, makanan tempatan yang amat disukai, kadar jenayah yang rendah, cuaca yang menarik dan mala petaka besar hampir tidak berlaku. Ini menunjukan negara ini sangat indah dan selamat untuk diduduki dengan kemudahan kesihatan yang baik serta mempunyai pakar kesihatan bertaraf dunia. Ini akan dapat terus dinikmati jika setiap rakyat negara ini berfikiran positif dan memelihara keamanan yang ada. Keadaan hidup yang harmoni yang kadang-kadang ada sedikit gangguan untuk kes terpencil yang perlu segera diselesaikan dan dimaafkan. Ada juga merungut tentang sedikit kenaikan harga barang. Ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Mana ada negara dalam dunia harga barangan turun?. Kita mahu gaji naik sudah tentu harga barang naik kerana perkhidmatan yang disediakan memerlukan tenaga kerja yang juga memerlukan makanan untuk hidup. Sudah tentu sara hidup akan naik dan mengakibatkan semua menjadi mahal. Zaman “sedap, banyak, besar, bersih dan murah” sudah berkahir. Jika kita ingin makanan yang “sedap, banyak, bersih, besar” sudah tentu mahal harganya. Apa yang paling penting semua barangan yang kita perlukan mudah dimiliki dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli.

Berfikiran positif perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka. Ada yang mengatakan “”makan free jangan banyak sangat rungutan (komplen)”, makan sahaja dari apa yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru boleh merungut tapi biarlah kena pada tempatnya. Telah terbukti mereka yang berjaya samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang sentiasa mempositifkan perkata negatif. Perkara negatif ditinggalkan jauh-jauh dan permikiran positif ditimbulkan malahan diapongkan supaya terserlah. Kejayaan negara sangat bergantung kepada modal insan dan  pemikiran positif rakyatnya.

SIBUK....SIBUK....SIBUK



Sudah menjadi ucapan biasa setiap orang yang bekerja akan menyatakan mereka sibuk jika sesuatu kerja tidak dapat disiapkan, lama tidak berjumpa atau temu janji yang tidak dipenuhi.Perkataan sibuk juiga digunakan untuk tidak mahu melakukan sesuatu tugas.Ini merupakan satu helah untuk mendapat tugasan baru dan cuba mengelak untuk melakukan sesuatu yang diuruskan. Sibuk membawa makana banyak yang dilakukan atau diuruskan, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin mengerjakan sesuatu atau membawa makna hibuk. Sibuk juga bermakna banyak kenderaan lalu-lalang berkenaan jalan raya, banyak kapal terbang atau kapal yang keluar masuk seperti mendarat atau berlepas berkenaan pelabuhan dan lapangan terbang.Sibuk juga bermakna suka mengambil tahu seperti mencampuri atau mengangu hal atau urusan orang lain.Bersibuk bermakna sedang sibuk atau asyik mengerjakan sesuatu.Memyibukan bermakna menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukan atau bersibuk.Kesibukan ialah perihal (keadaan) sibuk, perihal menghadapi atau dibebani banyak kerja atau urusan, perihal keadaan sibuk dengan kenderaan, kesesakan atau keributan.Penyibuk ialah orang yang mengambil tahu hal orang lain.Sibuk juga membawa makan menyibuk mengintai atau mengintip.

Sibuk bekerja sudah tentu menjadi kemestian.Setiap dari kita perlu menyibukan diri jika ingin berjaya dalam kehidupan.Kalau dahulu kita kerap dinasihatkan oleh ibubapa supaya mencari pekerjaan yang tidak sibuk atau relax dari perkataan Inggeris.Selalunya kerap dinasihatkan satu ketika dahulu menjadi cikgu sahaja, kerja pun separuh hari dan sudah tentu mengajar itu sesuatu yang relax dan kehidupan juga tidak kelihatan sibuk.Sekarang ini jawatan guru tidak lagi relax menurut mereka yang menjawat jawatan itu.Kalau ditanya setiap cikgu pasti akan menyatakan kerja mereka sangat sibuk.Sama juga seperti jawatan lain kerap kali perkataan sibuk berada dibuah mulut mereka.Semua orang mengaku sangat sibuk lebih-lebih lagi kalau ada tugasan atau program terdekat semua orang akan menyatakan  mereka sangat sibuk.Mudah sahaja kalau kita tidak sibuk sudah tentu kita tidak diambil bekerja.Kalau tidak sibuk pasti kita akan dibuang kerja.Untuk itu setiap dari pekerja perlu menyibukan diri jika ingin terus bekerja atau berjaya bdalam kehidupan.Paling mudah jika ingin hidup senang perlu menyibukan diri.Orang yang sibuk adalah orang yang lebih bermotivasi.

Berjaya dalam sesuatu profesion adalah bergantung kepada diri sendiri.Orang yang berjaya adalah mereka yang berjaya menempatkan dirinya dipisisi yang betuk dan tepat dan kerap masyarakat atau kawan-kawan menyedari keberadaan mereka ditempat iti.Mereka ini suka mencari kerja dan tidak mahu kelihatan sebagai sesaorang yang suka relax dan mencari peluang untuk ponteng.Kata yang baling mudah adalah menyibukan diri dengan menyiakan segala tugasan dan memberi idea baru yang lebih kreatif dan melakukianya untuk manfaat jabatan, masyarakat, negeri dan negara.Ada yang tidak mahu memberi idea keraja takut mereka akan ditugas melaksankan.Ini adalah sikap yang tidak baik.Masaalahnya sekarang ramai yang menyatakan mereka sibuk tetapi banyak yang buat-buat sibuk.Kalau ada ramai pekerja yang berbuat demikan sudah tentu tidak memberi manfaat kepada organisasi.

Pelajar juga perlu dinasihatakn supaya sentiasa mencari kerja dengan menyibukan diri.Banyak pelajar yang mengaku tidak sibuk dan bersantai diwaktu malam.Ibuibapa juga sangat suka kalau anak-anak yang belajar di koloej atau universiti balik kampong setiap hujung minggu.Anak-anak juga memberi alasan mkereka tidak ada apa yang hendak dilakukan.Paling baik balik sahaja kampong dan inilah yang bsangtat disukai oleh ibubapa.Tidak tahu entah kenapa ibubapa suka sangat anak-anak balik kerumah pada hujung minggu.Ibuibapa juga suka loihat anak-anak yang belajar diuniversiti beada dirumah.Kalau boleh menbreka ingin melihat anak-anak mereka mendapat ijazah tanpa belajar dan duduk sahaja dirumah setiap hari dan cukup 4 tahun anak-anak akan mendapat ijazah.Ini adalah sukap yang menhairanka.Mungkin ibubapa hendak menunjukan kasih saya nkepada anak-anak tetapi mungkin ada sedikit yang tidak kena kalau dilihat dari nsatu segi yang lai.Walaupun begitu ini terpulang kepada ibubapa sendiri.Ada juga yang merungut banyak anak-anak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang.Ibubapa pun berpuas hati dengan kelulusan tersebut.Apa tidaknya anak-annak ini tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan tidak berusaha untuk menambah pengetahuan semasa belajar.Mereka hanya balajar dari nota kuliah sahaja tanpa merujuk kepada buku-buka tambahan.Mewreka ini asyik balik kampong sahaja setiap hujung moinggu dan tidak ada masa untuk merujuk buku-buku btambahan.Ibubapa berbangga anak-anak balik kampong kerana bolehg tunjuk kepada jiran-jiran atau masyarakat terdekat anak-anak mereka masuk universiti. Hujung minggu ada bersama mereka.Itu agaknya dalam pemikiran mereka.

Merujuk buku tambahan adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Memasuki universiti bukan hanya untuk mendapat sijil tetapi untuk mendapat pengetahuan.Belajar adalah untuk mendapat pengetahuan yang boloeh digunaka untuk bekerja.Setiap yang keluar dari universiti atau kolej perlu tahu membuat kerja dan berpengetahuan.Kita toidak mahu majikan merungut banyak lulusan universiti yang tidak tahu bekerja .Mereka ini mempunyai kelulusan dari segi sijil tetapi tidak mempunyai pengetahuan.Waktu nyang terlapang di universiti perlu digunakan untuk menambah pengetahuan dan mendapat pengetahuan tambahan.Sememangnya darei segi jadual waktu kul;iah mungin 4 jam sahari atau 8 jam seminggu tetapi waktu lapang bukan digunakan nuntuk rehat dan duduk temenung atau balik kampong tetapi digunakan untuk mendapat pengetahuan dan bersedia untuk kuliah atau tugasan yang akan datang.Ini hanya dapat dicapai dengan menjadikan diri kita sibuk atau menyibukan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Amat malang jika kita mendengar ketua jabatan yang asyik sibuk hingga tidak dapat melayan rakyat yang memerlukan.Banyak juga ketua jabatan nyang melayan orang tertentu sahaja terutama orang besar-besar tanpa menghiraukan mayrakat bawahan yang memerlukan perkhgidmatan bereka.Setiap ketua jabatan yang sudah amat sibuk mesti terus menyibukan diri dengan meluangkan nmasa dengan rakyat bawahan atau elanggan kita yang sebenrnya.Kalau menrima panggilan talipon dari rakyat perlu dilayanh atau dibalas.Ini kerana talipon juga dibeli dengan duit rakyat dan bil talipon juga dibayar dengan duit rakyat kalau dikira faktor sebenarnya.Mengapa layana perkhidmatan diberikan kepada orang tertentu yang sudah tentu berpengaruh.Gunakan masa terluang dengan melihat sasaran keja jabatan, bercampur dwengan masyarakat, layan sms atau hubungi semula jika ada 'missed' call'.Rakyat jelata banyak merungut banyak ketua jabatan yang sudah tentu amat sibuk tidak mahu melayan panggilan talip[on mereka.Banyak juga yang tidak membalas sms dan sudah tentu banyak yang tidak menghubungi semula setiap panggilan dari rakyat yang bdianggap tidak penting.Malang sekali nasib rakyat yang menemui banyak ketua jabatan yang tidak menlayan setiap permohonan dari pelanggan mereka.Semua orang tahu banyak ketua jabatan yang amat sibuk.Sudsah tentu perkataan sibvik tidak pernah tidak disebut dari mulut mereka.Ketua jabatan perlu faham mereka berada disitu adalah untuk membantu rakyat.Ketua jabatan perlu lebih menyibukan diri demi membantu rakyat.Setiap ketua jabatan perlu sentiasa sibuk....sibuk....sibuk demi rakyat.

Thursday, 15 November 2012

SAYANG.....SAYANG....SAYANG



Melaku Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Ini lah ungkapan terbaharu rakyat negeri Melaka setelah Melaka menjadi negeri maju pada tahun 2010. Sayang yang bermakna mengasihi dan mencintai. Kepada ibubapa sayang bermakna kasihan dan terasa belas. Sayang juga membawa makna kasih, cinta, kekasih dan jantung hati. Sayang akan bererti suka akan, gemar akan seperti anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti. Bersayangan atau bersayang-sayangan bermakna berkasih-kasihan, saling mencurah kasih sayang. Menyayangi bermakna berasa sayang akan, mengasihi. Menyayangkan membawa makna sayang (kasih, cinta) akan. Tersayang terasa amat sayang sekali, yang amat disayangi. Tersayang-sayang bermakna terrasa kesal (rugi). Kesayangan adalah perasaan kasih sayang (cinta), cinta kasih, yang disukai, kesukaan, yang dikasihi, kekasih. Penyayangan adalah perbuatan menyayangi. Penyayang adalah orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta.

Begitulah luas makna perkataan sayang sehingga kalau tiga dari perkataan sayang ini diungkapan...sayang....sayang...sayang akan juga dapat membuat ayat dan difahami. Ia itu sesaorang yang membahasakan dirinya sayang menyatakan ungkapan sayang kepada sesaorang yang disayangi. Itulah kelebihan perkataan sayang yang kerap diperkatakan. Ungkapan ini sekarang telah digabongkan kepada Melaka Maju Negeriku Sayang bermakna negeri ini disayangi oleh rakyatnya. Ungkapan itu bukan sahaja perlu disampaikan sebelum ucapan seperti memberi salam tetapi perlu diterjemahkan oleh setiap rakyat negeri Melaka. Sayang hanya akan memberi manfaat jika sesuatu dilakukan untuk sesaorang. Untuk itu, bagi rakyat negeri Melaka yang telah menjadi penduduk negeri maju, perkatan sayang perlu dijadikan sebahagian dari kehidupan seharian dan perlu dicurahkan ke negeri Melaka supaya negeri ini terus maju dan gembira untuk didiami. Apa yang penting bagaimana kita melaksanakan sesuatu kepada negeri Melaka yang kita sayangi. Kita tidak boleh asyik bertanya apa yang telah negeri Melaka berikan kepada kita?. Kita juga harus bertanya apakah yang telah kita berikan kepada negeri Melaka?.

Kerajaan negeri Melaka berhasrat untuk menjadikan rakyat negeri ini sehat dan yang paling penting boleh hidup lebih lama dalam keadaan yang sehat. Tidak ada gunanya hidup lama tetapi tidak sehat. Untuk itu, seperti negeri maju yang lain di dalam dunia, kerajaan negeri Melaka telah melarang merokok dibeberapa tempat tertentu di negeri Melaka seperti di Komplek Pentadbiran Kerajaan Hang Tuah Jaya, Kawasan Warisan Dunia di Banda Hilir dan juga kawasan Melaka International Trade Centre. Banyak yang merugut dengan kewujudan larangan ini. Mungkin ini adalah benda baru, lambat laun rakyat akan memahami hasrat murni kerajaaan. Bukan semua tempat yang tidak boleh merokok, ada tempat-tempat tertentu khasnya untuk kawasan tumpuan ramai dan juga pelancong sahaja. Kalau dilihat dari kaca mata bukan perokok, ini adalah satu pendekatan yang baik tetapi jika dilihat dari sudut perokok, pendekatan ini bukanlah penerimaan yang popular. Walau bagaimana pun sesuatu yang baik akan diterima juga pada satu masa nanti. Kita perlu mengucapkan tahniah kepada pendekatan kerajaan negeri Melaka.
Bukan semua sifat menyayangi harus ditunjukan setelah peraturan dikenakan. Sepatutnya kalau sayang kita buat secara sukarela. Inilah sebenarnya sayang. Sayang bukan kerana keterpaksaan tetapi kerana sifat sayang itu sendiri. Setiap rakyat negeri Melaka perlu menjadi sesaorang yang pembersih. Membuang sampah merata-rata tempat atau di dalam longkang atau semak bukan sifat rakyat yang menyayangi negeri Melaka. Kebersihan harus dijaga sesuai dengan slogan 'Melaka Negeri Yang Bersih'. Setiap dari rakyat Melaka harus bertanggup jawap dengan kebersihan dari sifat diri sendiri dan menjaga persekitaran tempat tinggal atau bekerja. Kebersihan adalah tanggung jawap bersama. Kerajaan telah menyediakan tong sampah yang mencukupi dengan berbagai rekabentuk. Seharusnya setiap rakyat negeri Melaka berbangga dengan kemudahan yang telah disediakan dan marilah kita menggunakannya. Kerajaan juga telah menyediakan operator pengangkut sampah yang cekap. Untuk itu kerja sudah menjadi mudah. Jadual pengutipan sampah sudah pun disediakan Setiap jalan juga telah disediakan tong sampah, kemudahan ini perlu digunakan dengan baik.

Kerajaan tidak mengenakan peraturan untuk meletakan penanda arah majlis perkahwinan. Penanda arah ini akan diletakan di tiang lampu isyarat, tiang penanda jalan, apa sahaja yang bertiang di persimpangan jalan dan juga batu-batu yang terletak ditepi jalan. Ini adalah sesuatu yang baik supaya tetamu senang mencari rumah disamping pelan tataletak yang telah disediakan. Amat malang penanda arah jalan ini tidak diturunkan selepas majlis. Penanda akan diturunkan oleh angin yang bertiup kencang atau pengguna yang ingin menggunakan tempat yang sama. Apa salahnya setelah majlis selesai, penanda jalan ini perlu dikutip balik. Inilah sifat sayang yang dikehendaki. Bukan membiarkan penanda jalan diturunkan oleh orang lain atau reput dengan sendirinya.

Imej tandas adalah sesuatu yang penting. Setiap tandas dinegeri Melaka perlu digunakan dengan baik. Setelah digunakan, lakukan tanggung jawap kita untuk keselesaan orang selepas itu. Ini tanggung jawap bersama walaupun tidak ramai orang yang mengetahui apa yang kita lakukan didalam tandas. Untuk tandas awam, keraaan negeri Melaka telah menyediakan penjaga untuk mencuci tandas selain membersihkan tandas. Tidak boleh duit sahaja yang dikutip tetapi tandas tidak dibersihkan. Kebersihan tandas bukan letak pada langsir yang disediakan. Tandas tidak perlu nampak cantik jika berlansir tetapi kebersihan dan bau tidak dijaga. Pencucian tandas perlu menggunakan bahan kimia pencuci, bukan hanya cucian dengan laluan air biasa sahaja. Pencucian tandas juga perlu profesional dan mengikut kaedah pencucian yang betul. Setiap dari kita perlu menjaga tandas awam seperti menjaga tandas rumah kita.

Kita menyayangi negeri Melaka perlu ditunjukan dengan perkhidmatan dengan senyuman. Senyuman perlu diberikan setiap masa tidak kira kita berkhidmat dimana-mana sahaja. Senyuman perlu diberikan kepada pelanggan di hospital, pasar raya, hotel, jabatan kerajaan, muzium, kaunter jualan tiket dan juga pemandu teksi dan bas. Semua perkhidmatan yang baik tidak akan dihargai jika tidak diiringi dengan senyuman. Mereka yang berkhidmat di jabatan kerajaan juga perlu memberi senyuman kepada rakan-rakan dan mereka yang memerlukan perkhidmatan. Senyuman yang lebih manis perlu diberikan kepada rakyat yang datang untuk mendapat bantuan seperti di Jabatan Kebajikan Masyarakat, PEMBELA, Majlis Ugama Islam atau Pusat Khidmat DUN dan Parlimen. Walaupun mereka datang untuk mendapat bantuan tetapi sebagai rakyat yang menyayangi negeri ini dan dibayar gaji untuk memberi perkhidmatan senyuman perlu terus diberikan. Berkhidmatlah dengan penuh senyuman.

Kemalangan jalan raya samaada serius atau tidak perlu dielakan. Kita tidak mahu negeri maju perlu banyak kemalangan dan banyak yang akan tercedera di jalan raya.Sebagai rakyat yang menyayangi negeri ini, kita perlu pastikan peratusan kemalangan di negara ini terus dikurangkan. Kita tidak mahu berita kemalangan hanya menjadi perbualan biasa dan tidak bercita-cita untuk menguranginya. Ini boleh dilakukan dengan memandu berhati-hati, sentiasa sabar dan ingin membantu, ikut arahan dan lampu isyarat. Peraturan lampu isyarat juga perlu difahami dan dipatuhi. Lampu merah bermakna berhenti, Hijau boleh berjalan atau meneruskan perjalanan manakala lampu kuning bermakna bersedia untuk berhenti bukan bersedia untuk tekan minyak. Banyak kemalangan berlaku di lampu isyarat kerana untuk mengejar lampu kuning. Sebenarnya lampu isyarat adalah satu yang sangat baik disediakan untuk mengawal lalu lintas. Malangnya banyak yang menempuh maut di tepi lampu isyarat.

Kita dapat lihat sesuatu yang aneh berlaku dihadapan kita setiap hari adalah perkhidmatan beca pelancong di Bandaraya Melaka. Adalah tidak dapat dinafikan perkhidmatan beca pelancong telah menjadi daya penarik pelancong yang datang ke negeri Melaka. Khidmat penarik beca amat disanjong kerana tidak banyak negara pelancong di dunia mempunyai perkhidmatan ini.Banyak yang memuji perkhidmatan beca tambahan pula beca dihiasi dengan menarik. Ini adalah inovasi dalam industri beca yang ditambah lagi dengan sajian lagu-lagu merdu. Tahniah kepada penarik beca negeri Melaka, khidmat amat dikagumi tetapi yang pelik banyak pembawa beca yang mengayuh beca mengikut laluan bertentangan dengan lalulintas. Tidak pula dalam undang-undang jalan raya mengatakan beca roda tiga perlu dikayoh bertentangan dengan laluan kenderaan yang lain. Ini sebenarnya amat menghairankan tetapi sudah menjadi pandangan biasa di negeri Melaka. Cara pergerakan ini amat merbahaya. Banyak perkara baik dapat dilakukan dengan mengikut undang-undang. Apa salah kalau membuat sesuatu kebaikan dengan mengikut cara yang betul. Orang pun tidak marah, negeri Melaka bangga dan rezeki juga mencurah-curah. Walaupun pada ketika ini tidak lagi berlaku kemalangan yang serius, tahniah kepada penarik beca negeri Melaka tetapi rekod yang cemerlang ini perlu dijaga dengan baik.

Rakyat negeri Melaka mesti terus bersopan santun dalam setiap aspek kehidupan. Kalau membuka pintu pastikan pintu dipegang setelah semuanya melepasi pintu. Jangan biarkan pintu terlepas setelah digunakan. Apa salahnya memegang pintu lama sedikt supaya pengguna tidak terkena pintu. Sifat baik ini perlu dipuji. Mudah sangat untuk melakukan ini semua tetapi ini tidak diamalkan oleh banyak orang. Ini bukan budaya baru tetapi tidak diamalkan oleh itu apabila ada orang yang mengamalkanya kita terasa pelik. Patutlah ini menjadi amalan.

Biarlah ucapan terima kasih menjadi sebutan rakyat negeri Melaka. Memberi atau menerima perlu dimulakan atau diakhiri dengan ucapan terima kasih. Setiap pembayaran dan juga penerimaan pembayaran atau memulangakan wang lebihan perlu berterima kasih. Ini adalah amalan rakyat negeri maju. Amalan ini sebenarnya amat mudah dan kalau menjadi amalan akan menjadi tabiat yang baik. Jadilahkan terima kasih sebahagian tabiat hidup rakyat negeri Melaka. Biarkanlah kata-kata terima kasih sentiasa berkumandang di negeri Melaka. Negeri Melaka akan dikenali negeri berterima kasih.

Sayang perlu ditunjukan bukan hanya ungkapan dimulut. Jika kita menyayangi negeri Melaka, nyatakan kasih sayang itu melalui perbuatan. Banyak kerja yang boleh dilakukan tanpa pendekatan undang-undang tetapi sangat baik dengan semangat sukarela. Lakukanlah sikap yang menunjukan kita menyayangi negeri Melaka. Melaka perlu disayangi kerana pemimpinnya menyayangi rakyat negeri Melaka.


Saturday, 3 November 2012

PEKAN TANGGA BATU SAYA YANG DIKENALI.



Pekan Tangga Batu yang juga dikenali sebagai Pekan Batu Sembilan satu ketika dahulu oleh orang Pantai Kundur terletak 9 batu atau 14 km dari bandaraya Melaka. Pekan ini terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pantai Kundur yang diketuai oleh YB Datuk Hj. Ab. Rahaman bin Karim dan dalam Parlimen Tangga Batu yang di wakili oleh YB Datuk Ir. Idris bin Harun. Nama Tangga Batu yang indah ini telah digunakan namanya sebagai nama parlimen kawasan. Ini kerana nama ini sangat indah dan sangat di kenali kerana perkataan 'tangga' yang diperbuat dari 'batu' Satu ketika dahulu adalah menjadi bahan usikan. Kata mereka orang Melaka, tangga mesti diperbuat dari batu walaupun rumah kecil atau buruk''. Usikan itu ada kebenaran, sudah tentu sekarang rumah orang Tangga Batu sudah besar-besar dan seharusnya bertangga batu kecuali rumah yang tidak bertangga.

Menurut Kamus Dewan, tangga ialah tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat untuk naik turun rumah. Selalunya dikenali sebagai tangga rumah atau naik tangga. Tangga juga adalah alat untuk tumpuan memanjat atau takuk pada pokok atau sigai, injak-injak, bahagian daripada sesuatu yang bertingkat-tinghkat, peringkat, skala atau tingkatan. Tangga bongsu ialah anak tangga yang bawah sekali. Tangga gaji ialah tingkatan gaji. Tangga nada adalah sususan nada yang meningkat naik bunyinya. Tangga pilin atau tangga sulur batang ialah tangga yang berpusing. Tangga senigai atau sigai ialah tangga daripada sebatang kayu yang diberi bersigai. Tangga sulung ialah anak tangga yang diatas sekali. Tolak tangga berayun kaki ialah berpeluk tubuh mengajar diri dari perbuatan baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah atau tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia. Setangga bermakna orang yang tinggal  berdekatan, jiran atau tetangga. Bertangga bermakna ada tangganya, memakai tangga, berperingkat dan bertingkat-tingkat atau menurut darjat dan kedudukan masing-masing. Bertanggakan maksudnya menggunakan sesuatu sebagai tangga.

Pekan Tangga Batu yang terletak perjalanan dari Bandaraya Melaka ke Masjid Tanah, Kuala Sg. Baru adalah laluan utama ke Port Dickson Negeri Sembilan. Laluan ini juga merupakan laluan alternatif untuk ke Kuala Lumpur untuk menikmati pemandangan kampong yang tidak berapa sibok melalui pekan-pekan kecil sepanjang pantai. Perkhidmatan Bas Patt Hup tidak ada laluan khusus menuju ke pekan ini tetapi perkhidmatan bas tidak ada masaalah dari dahulu sehingga sekarang. Bas yang ke arah Masjid Tanah, Kuala Sg. Baru dan laluan ke Pengkalan Kempas  Negeri Sembilan akan melalui pekan ini. Pekan ini tidak banyak berubah sejak tahun 60an dengan kemudahan yang baik sejak dari dahulu lagi. Pekan ini mempunyai kemudahan masjid yang sangat cantik, Masjid Kampong Tangga Batu namanya, sebuah balai raya dan sebuah Pejabat Pos yang sangat cantik ketika itu tetapi sudah digunakan untuk kegunaan lain sekarang ini. Pekan ini mempunyai sebuah sekolah kebangsaan cina dan dua deretan kedai papan sebelah menyebelah. Pekan ini menjadi tumpuan mereka dari Bukit Tempayan, Paya Lubuh, Kg. Gelam, Pantai Kundur, Pantai Rombang dan Bukit Darat Solok. Lain-lain kawasan banyak bertumpu di Tg. Keling, Sg. Udang dan Bukit Rambai. Pekan Tangga Batu mula menjadi tumpuan sejak terbinanya Sekolah Menengah Tanjong Keling  (SMTK) yang telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Seri Tanjong  (SMST) dan Kampong Ghafar Baba yang dibuka pada tahun 60an. Terbinanya Rumah Mara ini atau Kg. Ghafar Baba telah membawa orang-orang luar yang tinggal atau berhijrah ke kawasan Tangga Batu dan menjadikan Pekan Tangga Batu mula menjadi tumpuan dan agak sibok dengan aktiviti harian.

Pada tahun akhir 60an atau awal tahun 70an di Pekan Tangga Batu telah mempunyai sebuah kedai jahit yang popular, beberapa kedai kopi popular sampai sekarang, kedai runcit dan sebuah kedai baiki basikal dan pada masa yang sama menjalankan perniagaan perabot secara jualan ansuran.  Pengusaha kedai tersebut yang berbangsa Cina masih lagi menjalankan perniagaan baiki basikal tetapi sekarang mungkin sudah mampu memperbaiki motosikal. Adalah tidak diketahui samaada dia masih lagi menjalankan perniagaan penjualan perabot secara bayaran ansuran atau tidak. Peniaga yang agak berumur masih lagi menjalankan perniagaan sampai sekarang dan masih lagi berseluar pendek dengan baju tangan pendek yang tidak dibutangkan habis. Mungkin dia menjalankan perniagaan sebagai hobi sahaja  sekarang ini tidak pula diketahui.

Balairaya Pekan Tangga Batu telah menjadi pusat aktiviti masyarakat sejak tahun 60an. Dihadapan balairaya telah dibina gelanggang badminton terbuka yang menjadi tumpuan ramai. Gelanggang tersebut digunakan setiap pagi dan petang oleh penduduk Pekan Tangga Batu. Sekali sekala akan diadakan pertandingan badminton antara sekolah atau antara kampong. Gelanggang ini kerap menjadi tumpuan diwaktu hujung minggu. Pada masa itu gelanggang tertutup hanya ada di bandar Melaka atau Klebang sahaja. Walaupun berangin semasa bermain,  rakyat  tetap menggunakan sepenuhnya apa yang telah disediakan oleh kerajaan. Pada waktu itu demam Piala Thomas melanda negara. Penduduk Tangga Batu tidak kurang dilanda deman Piala Thomas, banyak juara tempatan dilahirkan. Pekan Tangga Batu sangat hidup dan anak-anak muda juga penuh dengan semangat kesukanan.

Penduduk Tangga Batu akan menghantar anak-anak bersekolah rendah di Sek. Keb. Tangga Batu  (SKTB) yang terletak keatas sedikit, mungkin di Batu 10 atau Sekoloah Kebangsaan Kg Gelam (SKKG).  Banyak keluarga di Pekan Tangga Batu lebih suka menghantar anak-anak mereka di SKKG, Ini mungkin jarak yang dekat dan juga pengangkutan yang mudah. Sekolah menengah amat dekat dengan Pekan Tangga Batu. Sekolah Menengah Tanjong Keling menjadi tumpuan pelajar dari Sg. Udang, Terendak Kem, Paya Rumput Sg. Udang, Paya Lubuh, Pantai Kundur, Pantai Rombang, Pengkalan Perigi, Balik Bukit, Kg Gelam, Bukut Rambai, Tanjong Minyak, Bertam, Tg. Keling, Bukit Darat, Balik Bukit, Pengkalan Lanjut, Lereh, Batang Tiga, Klebang Kecil dan Besar, Limbongan, Kg Pinang A dan B serta Pulau Gadong. Ramai sungguh pelajar di Sekolah Menengah Tanjong Keling. Setiap pagi dan petang kawasan sekolah sangat sibok. Pada masa itu sekolah terpaksa diadakan 2 sesi. Ramai mereka yang hebat dapat dilahirkan dari sekolah ini.

Pekan Tangga Batu mempunyai klinik perancang keluarga. Klinik ini adalah klinik kerajaan yang menyalurkan atau menjual pil perancang keluarga setelah mendapat nasihat dari doktor. Ketika itu kerajaan ingin mengawal pertambahan penduduk dan klinik ini menjadi terkenal untuk kawasan setempat. Pekan Tangga Batu menjadi bertambah sibok apabila kilang Papan Lapis Olympia dibina di sempadan Pantai Rombang dan Pantai Tanah Merah atau bersebelahan dengan Bukit Tempayan. Kilang ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan kawasan berhampiran Long Beach Hotel  (nama lama) dan ditukarkan Port of Singapore Authority (PSA) setelah Lembaga Pelabohan Singapura membeli hotel tersebut menjadi tempat berehat pekerja Pelabohan Singapura. Hotel ini terletak ditepi pantai dan mempunyai sebuah kolam renang. Sekali sekala ramai juga anak-anak Tangga Batu berenang di hotel tersebut terutama apabila ada majlis. Rata-rata hanya menjadi penuntun dari jauh. Hotel ini hanya untuk orang kaya sahaja pada pandangan penduduk Pantai Kundur atau Tanah Merah.
Kilang papan lapis telah menjadi tempat mencari makan dan menjadi sumber ekonomi penduduk sekitar Pekan Tangga Batu. Kilang ini menjalankan operasinya selama 24 jam dengan perjalanan tiga shif. Pekan Tangga Batu mula menerima laluan lori balak yang besar -besar. Penduduk sekitar juga bukan dapat melihat kayu balak tetapi dapat melihat papan lapis yang tidak pernah dilihat pada ketika itu. Papan lapis ini katanya akan di eksport keluar negara. Ini tidak dipedulikan oleh penduduk Tangga Batu. Apa yang penting taraf hidup mula meningkat. Keseluruhan kawasan persekitan Tangga Batu mendapat tempias ekonomi. Kampong Bukit Tempayan yang satu ketika dahulu hanya dikenali kerana mempunyai Kawasan Perkuburan Cina telah mula membanggun. Rumah besar telah mula terbina dan jalan kecil yang menghubungkan Pekan Tangga Batu ke Pantai Rombang melalui Kg. Bukit Tampayan telah mula sibok. Laluan basikal sahaja pada satu ketika dahulu telah mula sibok dengan laluan kereta, motorsikal dan kereta. Kalau dahulu untuk melalui satu bukit yang agak tinggi dipertengahan jalan menuju ke Kilang Papan Lapis Olympia amat menakutkan dengan laluan yang gelap tiba-tiba kukit telah menjadi rendah dan sangat sibok. Sekarang ini kawasan tersebut telah mempunyai kawasan perumahan dan kampong yang sangat moden. Tahniah pemimpin Tangga Batu khusnya pengerak masyarakat di Bukit Tempayan. Bukit Tempayan sudah menjadi kampong moden yang sangat maju. Rumah-rumah kawasan Bkt Tempayan sangat cantik dengan rekabentuk traditional bercampor moden. Pokok-pokok bunga menyatakan selamat datang kesetiap pengunjung ke Bukit Tempayan. Bukit Tempayan sememangnya sebuah kampong yang sangat cantik. Banyak perubahan telah berlaku di Bukit Tempayan sejak dahulu. Penduduknya sangat bersopan santun jika kita berkunjung kesini.

Pekan Tangga Batu terus berubah tambahan pula dengan laluan baru dari Bukit Rambai terus ke Pekan TanggaBatu. Pekan Tangga Batu telah mempunyai lampu isyarat yang tidak pernah difikirkan pada satu masa dahulu. Sekarang ini Pekan Tangga Batu mempunyai Setesen Minyak Petronas yang besar dan Kawasan Perkuburan Melayu di sebelah Setesen Petronas juga sangat bersih dengan pagar yang terjaga. Sekarang ini terdapat sebuah klinik perubatan swasta yang dibuka oleh anak Pekan Tangga Batu sendiri yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Tanjong Keling Terdapat juga kawasan perumahan sekitar Pekan Tangga Batu dan sebuah bank beroperasi berhampiran pekan. Kg.Ghafar Baba yang satu ketika adalah rumah papan yang mempunyai reka bentuk moden telah berubah kepada rumah batu atau banglo yang cantik. Sudah tidak dikenali lagi itu sebenarnya Rumah Mara satu ketika dahulu. Tahniah kerajaan yang berpandangan jauh. Sebuah sekolah menengah telah dibina di Kg Gelam untuk menampong  pelajar yang banyak di Sekolah Menengah Seri Tanjong. Ini tidak akan mengurangkan kesibokan Pekan Tangga Batu.

Tahniah juga kepada wakil rakyat Pantai Kundur dan ahli Parlimen Tangga Batu. Sekarang ini Tangga Batu mempunyai banyak kemudahan terutama yang bersempadan dgn Kg Gelam dan Kg Seri Tanjong. Semua telah disediakan untuk penduduk Pekan Tangga Batu, Dewan MBMB, Gelanggang MBMB, Perpustakaan Desa, Pusat Kesihatan Besar yang lebih kurang macam hospital juga dengan peralatan yang moden sekarang dalam pembinaan. Penduduk Pekan Tangga Batu tentunya berbangga dengan kemudahan yang mereka terima. Satu lagi penggerak kawasan Pekan Tangga Batu ialah dengan adanya Pejabat Kemas Parlimen Tangga Batu terletak berhampiran Pekan Tangga Batu.

Sudah tentu Pekan Tangga Batu telah berubah seiring dengan pembangunan negara. Anak-anak Pekan Tangga Batu telah banyak menjawat jawatan besar di seluruh negara. Banyak anak-anak Pekan Tangga Batu telah menjadi usahawan terkenal. Ini bersesuaian dengan pendidikan yang telah mereka terima di Tangga Batu. Mungkin banyak lagi yang tersirat dalam Pekan Tangga Batu yang tidak di ketahui tetapi nama Tanggga Batu kerap diperkatakan di Parlimen mahu juga di dalam akhbar kerana ahli Palimen Tangga Batu sangat aktif dan sangat menjiwa kehendak masyarakat Tangga Batu. Nama Tangga Batu akan terus mengharum sebagaimana bijaknya anak-anak dari Tangga Batu. 

Sunday, 21 October 2012

KELAMBU PUN TAK SEMPAT BUKA.



Kelambu adalah sejenis kain kasa (atau kain berlubang halus-halus) yang dipasang menyelubungi tempat tidur untuk mencegah nyamuk.Kelambu punjut ialah kelambu yang digantungkan pada satu tali sahaja.Berkelambu bermakna memakai (mempunyai) kelambu atau tempat tidur yang berkelambu.Mengelambu ialah bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar),geleber, gedoboh seperti pakaian mengelambu bermakna pakaian yang gelebar kerana terlampau longgar.Angin kelambu bermakan angin utara.Kelambu menunggal ialah angin bertiub ke utara.Musim kelambu menunggal ialah musim angin utara.Kelambu juga adalah sejenis tumbuhan herba, ca padang atau teh makau yang dipanggil Scorparia dulcis.

Penggunaan kelambu sangat popular satu ketika dahulu terutama dikampong. Ini adalah kerana pada masa dahulu nyamuk sangat banyak dikampung dan orang kampung tidak suka menggunakan ubat nyamuk atau mereka tidak mahu menggunakan ubat nyamuk kerana pencemaran dan tidak baik untuk kesihatan. Kelambu juga kerap digunakan oleh orang berada sahaja kerana harga kelambu juga agak mahal.Sudah tentu orang yang agak susah tidak akan menggunakan kelambu.Kerap kali kelambu akan dipasang sebelum tidur dan akan dibuka selepas bangun tidur.Pemasangan kelambu juga tidak mengambil masa yang lama.Jarang sangat kelambu tidak dibuka pada waktu siang kecuali jika terlalu sibok.

Sekarang ini kelambu tidak sepopular dahulu.Mungkin di kampung masih ada yang menggunakannya lagi tetapi rata-rata orang bandar tidak menggunakanya lagi.Kawasan perkampungan yang tidak ada masaalah nyamuk juga tidak menggunakanya lagi.Anak-anak sekarang tidak pernah melihat kelambu.Mereka kehairanan jika mereka melihat orang yang menggunakan kelambu.Ini kerana masalah nyamuk telah diselesaikan dengan kaedah lain seperti menggunakan ubat nyamuk atau berbagai-bagai semburan.Nyamuk bukan masaalah utama kerana kebesihan telah dijaga dengan baik.Sudah tentu penggunaan kelambu menjadi semakin berkurangan.

Negara kita telah mencapai kemerdekaan kira-kira 55 tahun dahulu. Dasar kerajaan ketika itu adalah untuk membolehkan rakyat makan.Mathalamat ketika itu untuk membolehkan rakyat mendapat makanan dengan apa cara sahaja yang mana dibenarkan dari segi undang-undang. Pentadbiran kerajaan tidak mahu rakyat hidup dalam kelaparan. Pemimpin negara tahu jika rakyat lapar mereka akan menjadi ganas.Sudah tentu berbagai cara dilakukan untuk mendapatkan makanan. Untuk itu kerajaan bekerja kuat untuk mewujudkan berbagai jenis pekerjaan tidak kira ringan atau berat.Kerajaan mahu semua rakyat mempunyai pekerjaan untuk membolehkan mereka mempunyai pendapatan dan dapat menyediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga. 

Dasar kerajaan untuk kesenangan rakyat sejak merdeka telah dirancang dengan baik dari sebuah negara berorientasikan pertanian kaedah lama telah berubah negara pertanian moden. Negara telah berubah kepada negara perindustrian ringan, sederhana dan negara perindustrian berat atau berteknologi tinggi. Negara juga telah berubah dari negara pengguna teknologi kepada negara pengeluar teknologi. Negara telah berubah dari negara pengguna produk kepada negara pengeluar produk. Inilah dasar kerajaan yang sangat baik dan sekarang menunggu untuk menjadi negara maju pula. Semua telah diatur dan negara telah berada dilandasan yang betul. Pengisian sahaja perlu betul dengan kerjasama profesional negara ini. Tanpa pengisian yang betul sudah tentu apa yang dirancang tidak menjadi.

Awal kemerdekaan rakyat diminta membuat berbagai jenis kerja dengan bercucuk tanam atau melakukan apa sahaja pekerjaan yang membolehkan makanan tersedia apabila balik dari berkerja. Kerajaan juga membuka apa sahaja industri dan kilang untuk membolehkan rakyat makan. Pada satu masa dahulu setiap  wanita yang bekerja di kilang di panggil 'minah kilang' atau 'minah karan'. Ketika itu bekerja dikilang amat popular. Hasil dari dasar kerajaan yang ingin menyediakan apa sahaja pekerjaan kepada rakyat telah membolehkan rakyat makan dengan cukupnya. Pada masa yang sama kerajaan menyediakan infrastruktur yang lengkap dan kemudahan pendidikan yang sempurna untuk rakyat jelata. Kerajaan juga percaya hanya dengan menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat, taraf hidup mereka akan berubah. Semua yang kerajaan lakukan ketika itu telah mendatangkan hasil yang baik. Pada masa yang sama kerajaan juga percaya untuk maju, tidak boleh 100% bergantung kepada bidang pertanian. Kerajaan perlu mencuba bidang industri yang baru dan seterusnya mengutamakan perpindahan teknologi. Rakyat perlu disediakan berbagai kemahiran untuk hidup. Bukan semua perlu menjadi profesional, bidang kemahiran juga telah dititik beratkan. Berbagai institusi kemahiran telah ditubuhkan. Rakyat perlu menjadi pandai dan bijak. Itu keutamaan yang kerajaan tumpukan untuk menjadi negara maju.

Bebagai-bagai dasar diwujudkan teruitama yang melibatkan bidang pertanian yang mana selepas itu bertukar kepada pekerjaan yang melibatkan perindustrian. Semuanya berjalan dengan baik, tidak ada rakyat yang kelaparan jika mereka rajin bekerja.Ini dilakukan untuk membolehkan rakyat hidup dalam kesenangan sesuai dengan perkembangan teknologi diseluruh dunia. Kerajaan mahukan rakyat memperolehi pendapatan tinggi pada tahun 2020 untuk membolehkan negara ini setanding dengan negara yang maju diseluruh dunia. Ini hanya akan dapat dilakukan jika rakyat memberi sokongan kepada dasar kerajaan yang telah digariskan. Salah satu dari dasar yang baik ialah menjadikan negara ini negara pengeluar teknologi bukan lagi negara hanya pengguna teknologi. Ini dapat dilakukan jika rakyat ingin menerima inovasi adalah salah satu dari sumber baru ekonomi. Inovasi seharusnya dapat mewujukan usahawan dan seterusnya produk boleh dijual ke seluruh dunia. Semua rakyat perlu menerima dasar kerajaan dengan hati terbuka dan juga memudahkan segala urusan kerajaan supaya kerja menjadi teratur dan segala perusuk negara mendapat nikmat.

Kemajuan negara telah terbukti. Perpatah kita mengatakan dimana ada semut disitu ada gula. Dimana sahaja negara yang maju sudah tentu ramai pekerja asing yang datang untuk menumpang tuah. Negara kita tidak terkecuali. Seramai 3 juta pekerja asing yang datang untuk mencari sesuap nasi. Rakyat negara ini hanya memilih pekerjaan yang sesuai dan berteknologi. Untuk kerja berat yang memerlukan tulang empat kerat diserahkan kepada pekerja asing. Pekerja asing bukan sahaja berada dibandar tetapi pekerja asing juga terdapat diluar bandar dan dikampong yang tersorok. Pekerja asing ini datang setiap hari dan ramai lagi yang bercita-cita untuk datang kenegara ini untuk mencari makan. Negara kita telah menyumbang sebahagian kek ekonomi kita kepada negara jiran. Malaysia sudah terkenal dan dapat membantu negara jiran tetangga. Ini merupakan satu kebanggaan. Tidak pernah rakyat Malaysia terfikir satu ketika nanti negara kita menjadi tumpuan pekerja asing untuk mencari makan.Sepatutnya rakyat negara ini berbangga kerana negara kita mampu membantu negara jiran untuk rakyatnya mencari sesuap nasi. Rakyat negara kita jangan merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara kita.Mungkin sekarang ini masa pekerja asing dari negara jiran datang bekerka ke negara kita mana tahu pada masa hadapan rakyat negara kita pula terpaksa bekerja di negara orang untuk mencari sesuap nasi juga.

Mengapa gaya hidup yang senang ini tidak diakui kita telah senang, negeri telah senang dan negara sudah senang. Sebenarnya kita tidak boleh berbohong jika sudah senang atau paling tidak kita harus mengakui kita tidak hoidp susah. Mungkin itulah yang dijkatakan hidup perlu bersyukur.Setiap dari kita telah diajar supaya bersyukur sejak dari kecil lagi. Syukur ialah terima kasih.Kelihatan sekarang ini banyak orang yang tidak bersyukur walau pun kehidupan mereka sudah bertambah baik. Banyak lagi yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka dengan membuat perbandingan dengan orang yang berjaya dan berpengaruh. Banyak dikalangan orang yang tidak bersyukur ini ialah mereka yang sangat iri hati dan tidak berpuas hati kesenangan yang dinikmati oleh orang lain. Mereka ini suka menuduh itu dan ini atas kejayaan orang lain dan pada masa yang sama asyik memikirkan mengapa mereka tidak boleh dapat seperti didapati oleh orang lain. Budaya iri hati ini akan membuatkan mereka menuduh orang lain yang bukan-bukan yang akhirnya membuat fitnah yang bukan-bukan dan menuduh orang lain tidak jujur.

Sikap yang tidak menyenangi kesenangan yang didapati oleh orang lain adalah sikap yang tidak baik.Kalau kita tidak menyukai orang lain lebih senang dari kita paling tidak kita lihat dan tidak perlu berkata-kata yang tidak baik. Kita tidak perlu buat apa-apa komen. Kesenangan yang didapati oleh orang lain juga tidak datang bergolek.Sudah tentu kesenangan ini didapati dengan apa-apa usaha. Setiap dari kita harus belajar bangga dengan kejayaan orang lain dan harus menyemat didalam hati bagaimana ingin berjaya seperti orang lain. Berbangga dengan kejayaan orang lain atau saudara mara sangat baik. Kata-kata pujian dan tahniah atas kejayaan orang lain perlu dilakukan dengan hati yang jujur. Secara kasar kita harus gembira apabila orang lain atau kawan-kawan kita berjaya. Simpan motivasi untuk berjaya, mana tahu kalau ada rezeki, giliran kita pula akan berjaya.

Setiap dari kita perlu memberi penghormatan kepada sesuatu kejayaan. Lebih lebih lagi kepada pemimpin negara ini yang telah membawa negara ini dari kegelapan kepada sebuah negara yang terang. Jika kerajaan telah berjaya membawa negara ini seperti yang ada sekarang Sudah tentu rakyat yang menerima nikmat dan perlu menyatakan kesyukuran atas nikmat yang kita perolehi. Negara yang sangat aman..Bangun sahaja dari tidur, sudah pasti kita mengetahu orang yang tersayang berada disebelah kita dan selepas itu makanan akan terhidang.Makanan akan ada apabila kita kehendaki dan segala yang menjadi kegemaran kita dapat kita miliki kerana kita mampu. Semua yang kita perlukan mampu kita miliki dan segala urusan sangat mudah dengan keamanan negara. Mungkin kita tidak menyedari semua kesenangan nyang kita dapat adalah hasil usaha dan kerjasama orang lain.Ekonomi yang baik, negara yang aman dan kehidupan yang sangat baik sudah tentu datang dari perancangan yang baik serta komitmen pemimpin yang kita ada. Tidak semua pemimpin dapat melaksankan kepimpinan seperti yang kita nikmnati Ada negara yang mendapat kemerdekaan lebih kurang seperti negara kita tidak mengalami kesenangan seperti kita miliki. Ada negara yang masih lagi dibelenggu kemiskinan. Rakyat masih lagi berkejar demi sesuap nasi yang pada masa yang sama negara ini memilihi makanan yang berlebihan dan dibuang begitu sahaja.

Bergembiaralah dengan kejayaan pemimpin kita kerana kita telah memilih pemimpin yang bijak.Kita juga sangat sibuk hingga tidak menang tangan sekarang ini.Hari-hari ada sahaja program dan kerja yang perlu dilakukan samaada kaum lelaki atau perempuan Sudah tentu kesibukan merupakan trend rakyat negara maju.Negara bertambah maju sehingga kita sudah tiada masa untuk membuka atau memasang kelambu lagi. Kalau ada yang masih memakai kelambu, sudah tentu tidak ada masa untuk membuka kelambu lagi.Kelambu akan terus terpasang sehingga reput.

Thursday, 18 October 2012

HOTEL DI MELAKA PENUH DENGAN SENYUMAN.



Melaka mendapat pujian kerana mampu menarik ramai pelancong samada dalam dan luar negara. Ini kerap dilaporkan di dalam akhbar. Banyak yang datang ke negeri Melaka tidak merungut kerana tidak seperti kata-kata dahulu ’indah khabar dari rupa’. Tiada masa yang terluang kalau berada di Melaka baik siang atau malam. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Banyak juga yang merungut kekurangan masa jika berada di Melaka 2 malam 3 hari kerana tidak sempat melawat semua tempat dan tidak sempat untuk merasai makanan yang sedap yang dijual di negeri Melaka. Selepas balik banyak pelancong akan datang lagi ke negeri Melaka untuk menikmati ’Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia’.

Negeri Melaka sememangnya merancang untuk menarik 9 juta pelancong melawat ke negeri Melaka pada tahun 2010 yang lepas. Kerajaan telah menyediakan banyak produk pelancongan yang perlu dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Jumlah produk pelancongan bertambah setiap masa disamping kerajaan juga menyediakan promosi tempat-tempat baru yang perlu dilawati. Pada tahun 2009 sahaja seramai 8,905,273 pelancong telah datang ke negeri Melaka yang mana kenaikan 23.59% % kenaikan dari tahun 2008. Dari jumlah ini,  7,293,762 terdiri pelancong domestik dan 1,611,511 pelancong luar negara. Bermacam-macam produk dan kemudahan pelancong telah disediakan untuk memastikan pelancong bergembira dan  mendapat keselesaan sepenuhnya apabila berada di Negeri Melaka. Pada hujung minggu Negeri Melaka penuh sesak dengan pelancong dalam dan juga luar negara terutama di kawasan tapak warisan dunia di Banda Hilir.

Pada masa tertentu tempat penginapan juga tidak mencukupi walapun pada masa ini Melaka mempunyai 99 buah hotel berbagai bintang yang mempunyai 5,702 bilangan bilik, 21 buah resort dengan 3,798 bilangan bilik, 6 buah homestay dengan 174 buah bilik, 48 buah chalet dengan 496 buah bilek dan 12 buah apartmen/asrama/rumah tumpangan yang mempunyai 488 buah bilek. Jumlah pelancong yang ramai akan membolehkan banyak barangan buatan Melaka terjual dan juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Melaka. Perniagaan juga bertambah maju yang membolehkan penduduk Melaka menjual berbagai jenis makan dan cenderahati. Ini telah memberi banyak keselesaan kehidupan kepada penduduk negeri Melaka. Kedatangan pelancong sebanyak ini telah membanggakan rakyat Melaka seterusnya telah menyumbang sebanyak RM 11,200 juta  kepada ekonomi negeri Melaka dengan sumbangan 70.10% dalam sektor perkhidmatan.

Berbagai pihak telah memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan di negeri Melaka. Negeri Melaka sangat terkenal dengan kebersihanya. Kebersihan bandaraya Melaka sangat mengkagumkan.“Sememangnya Melaka negeri yang bersih dan terbersih di Malaysia”. Kata-kata ini kerap didengar. “Bukan bandar sahaja yang bersih, kampung juga bersih”. Ini kata-kata mereka yang balik kampung setiap hujung minggu. Tahniah kepada rakyat negeri Melaka. Pujian ini sangat bertepatan dengan status negara maju dan akan menuju negeri bandar (city state) selepas ini. Sistem angkat sampah berjadual dan tindakan pihak majlis perbandaran  yang lain melantik kontraktor kecil menjaga setiap kawasan dan jalan adalah gerak kerja/pendekatan yang  sangat baik. Rakyat ingin melihat perkhidmatan ‘value for money’. Rakyat tidak lokek/berat untuk membayar kalau perkhidmatan yang setimpal akan dapat diberikan. Ini telah dibuktikan di negeri Melaka. Perkhidmatan yang didapati sangat ‘value for money’. Setiap persimpangan telah dihias indah samaada siang atau malam. Sepanjang jalan telah ditanam dengan pokok-pokok yang cantik dan dijaga dengan baik. Sampah berlonggok  atau bersepah yang tidak diurus dengan baik amat jarang kelihatan sepanjang jalan dan tepi jalan juga tidak semak samun lagi seperti yang terdapat disetengah-setengah negeri. Slogan “Melaka Bersih Dan Indah” yang tercatit apabila menghampiri  persimpangan Seri Negeri amat bertepatan dengan kebersihan yang kita lihat, diamalkan dan disediakan. Melaka mengamalkan “cakap serupa bikin”. Apa yang dicakap dilaksanakan dan dapat dilihat dengan mata. Inilah yang dikehendaki oleh pelancong apabila datang ke negeri Melaka.

Rakyat negeri Melaka harus terus memberi kerjasama kepada kerajaan untuk terus menarik pelancong datang ke negeri Melaka. Rakyat harus faham dengan ramainya pelancong datang ke negeri Melaka akan memberi sumbangan ekonomi yang sangat berfaedah dan akan menaikan pendapatan setiap rakyat negeri Melaka. Ini adalah manfaat yang besar untuk rakyat negeri Melaka jika difahami. Setiap sen yang dibelanjakan adalah sumbangan kepada ekonomi samaada secara terus atau tidak. Setiap pelancong yang datang bermalam di negeri Melaka sudah tentu akan membayar harga penginapan, makan, hiburan dan juga membeli belah. Ini adalah antara faktor penting kerajaan negeri membuat sesuatu yang terbaik untuk pelancong. Setiap wang dibelanjakan untuk infrastruktur adalah untuk manfaat rakyat dan pelancong juga.

Sumbangan yang sangat besar selain dari produk pelancongan adalah perkhidmatan yang diberi oleh hotel-hotel seluruh negeri Melaka tidak kira berap bintang yang hotel miliki. Sebenarnya perkhidmatan yang telah diberikan oleh warga hotel di negeri Melaka patut dipuji. Tiada yang merungut berkenaan perkhidmatan di hotel. Ini dapat dilihat dari segi kebersihan dan juga perkhidmatan. Kita dapat melihat kecekapan mereka bertugas dan mutu perkhidmatan sama seperti perkhidmatan hotel lima bintang diluar negara. Lihat sahaja perkhidmatan dari ‘front desk’ dan penjaga parking kereta layanan ditempat makan dan minum semuanya penuh dengan senyuman dan amat menghormati pelancong samaada dalam dan luar negara. Semua mereka berpakaian kemas dan sentiasa ingin memberi bantuan dan sangat berpengetahuan berkenaan produk pelancongan yang di miliki di negeri Melaka. Menurut seorang kawan yang menginap di beberapa hotel di negeri Melaka semasa bercuti bersama keluarga, semuanya berpuas hati dengan perkhidmatan hotel. Menurut mereka, apa sahaja yang ditanya semuanya akan di bantu dengan tepat lebih-lebih lagi kalau bertanya berkenaan tempat pelancongan yang ingin dikunjungi. Tahniah kepada pekerja hotel di negeri Melaka. Negeri Melaka berbangga mempunyai warga hotel yang serba cekap dan sememangnya tahap perkhidmatan sudah menepati kehendak negara maju.

Negeri Melaka sangat berbangga dengan kemampuan perkhidmatan yang telah diberikan. Semua warga hotel di negeri Melaka harus terus memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa akan datang. Pada tahun 2011 adalah dijangkakan seramai 12 juta pelancong akan datang ke negeri Melaka. Jumlah hotel sememangnya tidak mencukupi paling tidak jumlah yang ada ini akan terus menjadi daya penarik untuk ramai lagi pelancong datang ke negeri Melaka. Berikan senyuman yang terbaik kepada mereka supaya mereka akan datang lagi bersama lebih ramai saudara mara dan rakan-arakan untuk melancong ke negeri Melaka pada masa hadapan.

Slogan “Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia” telah benar-benar menarik pelancong ke negeri Melaka. Satu ketika dahulu, kerap kedengaran usikan yang mengatakan “Apa yang ada kalau datang ke negeri Melaka?”. Ada bukit telah diberi pada Cina (Bukit Cina yang dirujuk). Ada pula tanjung diberi pada Keling (Tanjung Keling dirujuk). Ada kampung di beri pada Jawa (Kampung Jawa dirujuk). Bermacam-macam lagi usikan yang kadang-kandang mengelikan hati. “Melaka, apa yang tinggal?”. Durian pun tinggal sebatang kerana mereka mengusik kawasan Durian Tunggal. Ada pun tinggal Batang Melaka dan yang akhir tinggal Tiang Dua. Usikan ini sudah jarang kedengaran. Segalanya bermula di Melaka dan Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia. Slogan ini serius telah dibuktikan. Melaka mempunyai Hang Tuah Jaya sama seperti Putrajaya. Melaka mempunyai Melaka Sentral (station bus berhawa dingin yang pertama di Malaysia). Melaka mempunyai Melaka International Trade Centre (MITC) sama seperti Putra World Trade Center (PWTC). Melaka mempunyai “River Cruise of Melaka” sama seperti “River Cruise of Paris”. Ini tidak dimiliki oleh negeri lain di Malaysia.  Melaka mempunyai menara berputar Taming Sari yang tidak di miliki oleh negeri lain di Malaysia juga. Produk terbaru untuk memudahkan pelancong menikmati sungai Melaka, kerajaan telah membina ‘monorail’ di tepi Sungai Melaka untuk kemudahan pelancong. Banyak lagi produk pelancongan dalam tahap pembinaan dan yang paling besar adalah Perkampungan Hang Tuah di Duyung. Projek ini sudah mendapat peruntukan dari kerajaan pusat dan dalam proses perangkaan untuk proses pembinaan.

Melaka telah maju dan seterusnya Melaka akan Negeri Bandar Berteknologi Hijau pula. Setiap pengunjung  apabila memasuki sahaja  negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara Selatan selepas membayar tol di susur keluar Ayer Keroh akan merasakan seolah-olah berada disebuah kawasan yang baru (ada yang kata “macam berada diluar negara”). Sememang sangat mengkagumkan dengan lanskap yang cantik dihiasi dengan pokok bunga yang sangat segar dan terjaga serta berlatar belakangkan ribuan lampu yang berkilauan. Kacantikan ini seolah-olah mengucapkan selamat datang ke negeri Melaka Ini menyebabkan negeri Melaka menjadi tempat tarikan pelancong. Untuk pelancong dari dalam negara. Mereka bukan datang sekali sahaja tetapi akan datang lagi dalam tempoh yang terdekat.

Tahniah kepada kerajaan negeri Melaka. Semuanya telah tersedia dan terpulang kepada rakyat untuk memainkan peranan kita sendiri. Tidak guna banyak produk jika pelancong tidak datang. Tidak guna ada kemudahan restoran tetapi tidak ada orang datag makan. Tidak guna mempunyai hotel yang sangat membanggakan jika pelancong tidak datang bermalam. Semua produk ini perlu diisi dengan tenaga manusia yang ada. Sudah tentu tenaga manusia ini perlu memberi perkhidmatan yang terbaik. Warga hotel telah memainkan peranan mereka. Perkhidmatan mereka telah sampai kepada tahap yang membanggakan. Hotel juga telah dihias indah dan hanya menunggu pelancong sahaja. Sudah sampai masa warga kerja lain pula memberikan perkhidmatan mereka jika ingin terus menyayangi negeri Melaka. Warga hospital perlu terus memberi senyuman, warga restoran ikan bakar perlulah memberi perkhidmatan dengan senyuman supaya tetamu tertarik disamping kebersihan dan hidangan yang lazat. Warga pemandu teksi dan bas perlu menyediakan perkhidmatan penuh dengan senyuman disamping kebersihan teksi, bas dan beca. Perkhidmatan perlu mengikut jadual dan memberi perkhidmatan dengan cekap. Warga muzium juga perlu memberikan perkhidmatan dengan seuyuman, muzium juga adalah antara daya penarik utama ke negeri Melaka. Perkhidmatan terbaik yang telah diberikan perlu diteruskan. Muzium telah menyebabkan suasana pelancongan negeri Melaka terus meriah. ‘Tanpa muzium, apalah yang ada di negeri Melaka’ kata-kata dari ramai datang khasnya untuk menikmati muzium di negeri Melaka. Warga muzium telah memberi perkhidmatan yang terbaik. Melaka bangga mempunyai warga muzium yang sangat cekap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...