nuffnang ads

Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts

Monday, 24 December 2012

SUSAHNYA PENERIMAAN PRODUK INOVASI.



Mengkomersilkan produk inovasi atau untuk menjadikan produk inovasi supaya boleh dijual atau dari produk inovasi untuk mewujudkan usahawan bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Semua orang terutama usahawan akan memuji produk inovasi yang dilaporkan dalam akhbar atau semasa melihat pameran. Malangnya apabila ingin mengeluarkan wang dari poket untuk memiliki produk atau membantu untuk membolehkan produk dijual kepada orang ramai atau untuk membolehkan produk menjadi satu dari sumber ekonomi penduduk amatlah sukar. Inilah yang menjadi rungutan pihak pencipta atau inovator. Semangat pencipta amat berkembang subur untuk mencipta produk, malangnya tidak ada sambutan dari pihak sebelah lagi sangat pelahan atau kerap kali tidak mendapat sambutan langsung. Kajian menunjukan hanya 5% sahaja produk inovasi negara yang dikomersilkan. Banyak produk inovasi dikomersilkan oleh pihak pencipta atau institusi pencipta sendiri. Ada institusi yang mencipta produk. Mereka akan mengkomersilkan sendiri dan membelinya semula melalui jabatan yang lain. Kalau dilihat ini tidak logik tetapi ini sebahagian strategi pemasaran. Adalah diharapkan apabila produk sudah ada dipasaran, pihak industri akan datang. Ini pun tidak berlaku.

Apa yang lebih menyedihkan, banyak industri yang memperlekehkan produk inovasi tanpa ada semangat ingin membantu. Ini kerap berlaku kepada ketua-ketua jabatan dan juga orang ramai. Semua orang perlu mengetahui, sudah tentu produk ciptaan baru ada kelemahan disana dan sini. Tidak ada produk ciptaan baru yang 'perfect' dan dapat terus digunakan. Sudah tentu produk inovasi perlukan maklumbalas dari mereka yang melihat atau dari bakal pengguna. Malangnya setiap kali yang diterima bukanlah maklumbalas untuk memperbaiki produk. Apa yang diterima adalah maklumbalas untuk memperlekehkan produk dengan tujuan produk tersebut jangan diterima atau tidak digunakan. Maklumbalas tidak ada unsur membina dan memberi motivasi. Bukan itu sahaja, mereka kerap kali memandang rendah produk inovasi tempatan.

Kerap kali apabila sesi demonstrasi produk diadakan.  Banyak usahawan akan dijemput. Ini kerana kerap kali pihak usahawan merungut mereka tidak dijemput dalam sesi memperkenalkan produk dan banyak juga yang merungut kerana mereka tidak diberitahu berkenaan produk penyelidikan. Apabila dijemput untuk sesi demonstrasi produk, pihak industri yang paling liat untuk datang. Kalau datang pun mereka yang tidak boleh membuat keputusan atau yang pandai memuji tetapi tidak berniat untuk mengkomersilkan produk. Ini adalah cabaran yang pertama kalau menjemput pihak industri. Kecuali kalau yang merasmikan majlis terdiri dari orang kenamaan. Itu sebabnya kerapkali majlis perasmian sangat besar dari sesi sebenarnya. Kerap kali apabila sessi soal jawap selepas sesi demonstrasi akan kedengaran permintaan yang bukan-bukan dari pihak industri. Mereka akan meminta ini dan itu diadakan. Kerap kali akan bertanya mengapa ini dan itu tidak ada pada produk baru. Banyak juiga yang mengatakan ini perlu untuk masa hadapan dan perlu diadakan. Inilah yang kerap terjadi. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan mencari apa yang tiada dan tidak mahu memuji atau menerima apa yang telah diadakan. Banyak juga pihak industri yang sahaja ingin menunjuk paNdai seoalah-olAh pencapaian mereka dari segi teknologi sangat tinggi. Ini hanyalah melalui pembacaan sahaja.
Kerap kali pihak pencipta atau inovator merungut. Pihak industri perlu memahami, kerja penyelidikan dan juga mencipta produk inovasi memerlukan kewangan. Pencipta terpaksa bekerja dalam ruangan yang mempunyai kekakangan kewangan. Setiap kerja penyelidikan bukan diberi wang sangat banyak dan bebas berbelanja. Sudah tentu hasil penyelidikan juga dalam ruang lingkup kemampuan kewangan. Apa yang dihasilkan sudah tentu kekurangan beberapa perkara. Kebanyakan yang ingin dihasilkan telah dirancang. Penyelidik atau inovator berharap ini dapat dilakukan pada masa hadapan untuk fasa yang berikut. Paling tidak apa yang dihasilkan dapat dikeluarkan secara 'mass-production' dapat dijual dan digunakan oleh masyarakat. Setelah produk berada dipasaran dan masyarakat dapat menerima produk, barulah kerja penambahbaikan atau ciri-ciri tambahan diadakan. Barulah usaha penghasilan produk dapat diteruskan setelah penerimaan dapat dibuktikan. Barulah produk inovasi lengkap.

Penghasilan produk inovasi tidaklah harus selengkapnya. Kerap kali penambahbaikan produk atau kemampuan produk akan diberikan. Ini memerlukan kerja penyelidikan yang berteruskan. Ini dapat dilihat kepada produk pemanas air atau cerek elektrik. Kalau dahulu, alat pemanas air atau 'heater' sangat popular. Apa yang perlu dilakukan letaka alat pemanas didalam bekas air dan teruskan bekalkan tenaga elektrik. Air akan mendidih dalam tempoh yang cepat dan alat ini sangat murah dan banyak dimiliki oleh mereka yang mendiami asrama. Produk ini sangat bahaya jika pengguna terlupa untuk menutupnya apabila air mendidih. Alat ini dikatakan tidak selamat kerana kerap kali berlaku kebakaran. Ini menjadikan alat pemanas air ini tidak popular. Kajian dijalankan dan alat ini diletakan ke dalam bekas dan dijadikan cerek el;ektrik. Ciptaan baru ialah alat ini akan tertutup dengan sendirinya jika air sudah mendidih. Ini sangat memudahkan pengguna. Pengguna sangat selesa, isikan sahaja air dan biarkan cerek akan tertutup sendiri jika air mendidih. Memandangkan cerek yang direka sangat cantik, kerap kali apabila air telah mendidih, pengguna akan menutup cerek dan membawa cerek kesesuatu tempat bergantung kepada penggunaan air. Ini juga dilihat tidak cantik kerana cerek akan dibawa kesesuatu tempat dengan wayar sekali. Penyelidik tidak duduk diam. Mereka mencipta cerek elektrik tanpa wayar (wireless kettle) pula. Mudah sekali, cerek akan diletakan diatas satu tapak. Apabila air mendidih, angkat sahaja dengan tapak ditinggalkan. Produk ini telah terjual diserata dunia. Bukan itu sahaja produk ini telah menjadi produk mampu milik yang digunakan oleh mereka yang berpendapatan rendah. Ini adalah perancangan jangka panjang yang perlu difikirkan oleh mereka yang ingin mengkomersilkan produk.

Adalah tidak dinafikan setiap pengkomersilan produk inovasi memerlukan perancangan yang rapi dan harus dibuat dengan berhati-hati. Ini tidak dinafikan tetapi perlu juga pertimbangan yang profesional. Bukan semua produk inovasi atau kreativiti dihasilkan sudah lengkap. Memanglah satu benda baru yang diperkenalkan, penerimaan mungkin agak kurang pada awal memperkenalkan produk tetapi untuk jangka panjang juga perlu dipertimbangkan. Kadang-kadang pemikiran yang gila-gila sangat diperlukan oleh pihak industri. Perlu juga difikirkan perancangan negara untuk menjadikan negara ini negara pengeluar teknologi. Iaitu negara yang dapat memasarkan produk yang tidak terdapat ditempat lain. Semua orang bersetuju yang negara ini tidak selama-lamanya menjadi negara pengguna teknologi sahaja. Paling tidak kerajaan telah membuat sesuatu dengan beberapa pengecualian cukai dan juga telah membeberapa insentif dan juga geran. Ini menunjukan kerajaan amat komited tetapi tidak disambut dengan baik oleh pihak tertentu. Mungkin juga kemampuan negara dari segi teknikal tidak mencukupi atau pun tidak mampu untuk memikirkan untuk mengkomersilkan produk inovasi. Kerap kali dikatakan negara kita mempunyai tenaga pakai yang hebat. Adalah sesuatu yang janggal jika mereka tidak mampu memberi bantuan teknikal pengkomersilan produk

Sekarang ini banyak industri yang berminat menjadi pengedar produk import sahaja. Kerja mereka mempromosi produk import terutama produk dari negara China yang dikatakan murah. Kepada mereka produk ini sudah diterima dan telah menjalani proses penilaian yang lengkap. Apa yang bertambah menarik mereka tidak melabor dengan banyak. Kerja sangat mudah, beli sahaja barang. Sangat baik kalau menjadi pengedar tunggal. Selepas itu lantik sahaja pengedar diseluruh negara. Kalau perlu buat sedikit promosi. Jika produk yang bersesuaian dan banyak yang berkenan, sudah tentu dapat menarik ramai pelanggan. Perniagaan cara ini sangat popular dinegara kita.

Keraguan pihak industri untuk mengkomersilkan produk ada juga kebenaranya. Menurut mereka produk buatan sendiri kerap tidak mendapat sambutan dan mahal. Pelanggan kerap berpendapat, kalau barangan buatan dalam negara sepatutnya murah. Kerap kali barangan buatan Malaysia mahal berbanding dengan barangan import. Untuk itu lebih baik import sahaja dari membuat barangan buatan Malaysia. Adalah tidak dinafikan produk buatan sendiri mahal sedikit. Contoh yang paling mudah ialah buah durian. Kalau kita ingin makan buah durian, berhenti sahaja ditepi jalan atau pun pergi sahaja ke pasaraya. Sudah tentu mudah didapati dan murah. Sekarang ini buah durian sudah siap dibuang kulit berduri kalau dibeli di supermarket. Pelanggan boleh memilih buah yang bagaimana yang mereka mahu. Harganya juga berpatutan. Kalau kita berkeinginan makan buah durian sendiri, sudah tentu mengambil masa yang lama untuk menanam dan juga menjaga pokok durian dari kecil sehingga besar. Untuk makan buah durian sendiri terpaksa menunggu 6 tahun dengan perbelanjaan yang agak besar juga. Itulah apa yang berlaku dengan produk buatan sendiri, Apa yang perlu difikirkan adalah produk buatan sendiri dibuat di dalam negara. Kaedah pembuatan memerlukan mesin dan pekerja. Ini bermakna dengan menghasilkan produk buatan sendiri. Kita dapat menyediakan pekerjaan kepada rakyat. Ini dapat meningkatkan ekonomi negara dan paling tidak negara dapat menyediakan tenaga kerja kepada rakyatnya.

Pada masa dahulu, kerap menjadi rungutan yang kereta nasional kita agak mahal berbanding dengan kereta import. Rakyat sangat meragukan tentang perkara ini. Bagaimana produk sendiri lebih mahal dari yang import. Lama kelamaan, rakyat memahami yang membuat kereta memerlukan pelaboran yang besar dengan tenaga kereja profesional yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan kerana kita tidak boleh hanya membeli kereta sahaja. Kita patut manjadi pengeluar kereta dengan harapan pada satu masa nanti, apabila kereta buatan negara dikenali. Pengeluaran kereta juga sudah banyak. Ini akan menjadikan harga kereta murah. Ini sangat diharapkan dan tanda-tanda kearah itu sudah mula dilihati. Sekarang ini amat membanggakan pengeluaran kereta telah menggunakan tenaga profesional negara. Walaupun pembuatan kereta pada satu ketika memerlukan kerjasama dari negara yang besar seperti Jepun. Sekarang ini hampir 90% komponen kereta kebangsaan adalah dihasilkan didalam negara. Banyak lagi pengeluar komponen kereta masih lagi belajar bagaimana untuk menghasilkan komponen kereta didalam negara. Nampaknya negara kita sudah mula berjaya sebagai salah sebuah negara pengeluar kereta didunia walaupun pada awalnya banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Keinginan untuk mengkomersilakn produk perlu ada pada setiap pengiat industri dinegara ini. Ini sangat penting untuk jangka masa panjang. Kita juga tidak mahu para pencipta produk dalam negara kita sentiasa kecewa dengan sikap pengiat industri. Apa sahaja yang mereka ciptakan, semuanya tidak sesuai dengan selera pihak industri. Sampai bilakah pihak industri merasakan produk pencipta negara hanya mampu dipuji dan tidak mahu dikomersilakan?

Sunday, 25 November 2012

SIKAP PERLU DI UBAH MELALUI TEKNOLOGI DAN PERATURAN.



Sikap bermakna perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran), bersikap pula berpegang pada pendapat (berpendirian). Teknologi pula membawa makna aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sains gunaan. Teknologi juga membawa makna kaedah atau proses menangani sesuatu masaalah teknikal dan teknologi tinggi pula bersaskan kajian saintifik termaju seperti. Peraturan pula bermakna segala yang telah ditentukan (ditetapkan) dan harus diturut atau dipatuhi.

Selalunya apabila sesuatu kemalangan (jalan raya atau ditempat kerja) atau kegagalan berlaku, sikap adalah perkara utama yang dipersalahkan. Kita kerap mendengar apabila kemalangan berlaku kerap diperkatakan atau komen, ini kerana sikap pemandu atau pengguna jalan raya. Banyak komen yang kita dengar, kemalangan dapat dikurangkan jika sikap dapat diubah. Kita juga kerap mengatakan kegagalan dalam apa sahaja bidang yang diceburi terutama menghadapai peperiksaan, kegagalan dalam peperiksaan adalah disebabkan kerana sikap juga. Mungkin ini disebabkan sikap pemalas atau berbagai-bagai sikap yang boleh diperkatakan.Malang sekali, sikap amat susah untuk berubah. Bukalah dikatakan tidak boleh berubah tetapi amat sukar berubah dan akan mengambil masa yang sangat lama. Ada yang mengatakan sikap akan berubah apabila adanya kesedaran dalaman. Jika hanya ada kesedaran luaran, sikap tidak akan berubah. Apabila kita dikaitkan dengan kemalangan jalan raya dengan sikap. Jika sikap yang dikaitkan, kemalangan jalan raya tidak berkurang selagi sikap tidak berubah. Ini memang betul tetapi kita tidak boleh terus menghadapi masaalah ini selamanya.

Permodenan sistem pengangkutan dan rangkaian jalan raya di Malaysia yang hebat telah menjadikan kemalangan bertambah. Hampir setiap hari kita akan mendengar kemalangan disana sini seperti dilaporkan didalam surat kabar. Kemalangan yang menyayat hati juga berlaku hampir setiap hari dilaporkan. Adalah amat mengecewakan.dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang sangat terusun dan sistematik, jumlah kemalnagn jalan raya sangat mendukacitakan. Susah untuk menyalahkan mana mana pihak. Kemalangan jalan raya telah menjadi semakin kronik dan luar biasa.. Sesuatu yang luar biasa perlu ditangani secara luar biasa dan mungkin mendapat tentangan dari berbagai pihak. Penyelesaian luar biasa memerlukan pengorbanan berbagai pihak. Masaalah kemalangan perlu ditangani menggunakan teknologi dan peraturan yang ketat. Apa yang kita lihat sekarang had laju national untuk lebuh raya 110 km/j dan untuk laluan jalan persekutuan had laju yang ditetapkan 90 km/j . Kita pula dapat melihat had laju maksimum setiap kenderaan adalah mengikut keupayaan kereta dan jenis kereta. Kereta berupaya memberi kelajuan 240 km/j. Mengikut cc kereta. Adalah tidak logik kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia adalah 110 km/j dan kereta atau motor berupayaa memberi kelajuan lebih dari itu. Sudah menjadi tabiat manusia akan memandu lebih laju dari hadnya kerana kenderaan mereka berupaya berbuat demikian. Pada masa yang sama berbagai kempen dilakukan untuk menyelesaikan masaalah kemalangan. Setiap kali kempen keselamatan jalan raya kita akan mengatakan ”Kelajuan Boleh Membunuh”. Kita hubungkaitkan kemalangan dengan kelajuan. Ini bermakna kemalangan dapat dikurangkan dengan mengawal had laju. Apa yang dapat kita fahami, jika kelajuan rendah dan mengikut apa yang ditetapkan kamalangan dapat dikurangkan. Sebagai jalan penyelesaian secara luar biasa, adalah dicadangkan had laju kenderaan yang mampu dibuat oleh pemandu adalah hanya 110 km/j sahaja. Ini bermakna meter yang paling maksimum hanya setakat 110 km/j untuk setiap kereta, manakalan untuk bas dan lori meter maksimum hanya 90 km/j sahaja. Untuk kereta yang diimpot, kelajuan maksimum pada meter juga 110 km/j sahaja. Jika kereta yang tidak mengikut peraturan Malaysia, kereta tidak dibenarkan untuk di import. Ini bermakna pemandu tidak mempunyai pilihan lagi. Kelajuan maksimum yang telah dikawal dengan teknologi telah mampu mengawal kelajuan. Dalam bahasa pasar ”jika pedal minyak ditekan sampai ke lantai pun kelajuan maksimum hanyalah 110 km/j sahaja”.. Ini adalah pendekatan teknologi yang luar biasa  untuk menangani masaalah luar biasa. Kemalangan yang melibatkan kelajuan 110 km/j selalunya tidak serius. Kempen kesedaran untuk menguatkuasakan peraturan perlu dilakukan secara terbuka.

Pada satu ketika dahulu rakyat Malaysia sangat suka membuang sampah merata-rata. Ada yang mengatakan rakyat Malaysia sangat pengotor. Banyak kemudahan awam dibina tetapi sangat kotor dan kurang penyenggaraan Ada yang suka kereta bersih tetapi dan membuang sampah hanya melalui tingkap kereta. Masaalah membuang sampah merata-rata telah menjatuhkan imej negara. Amat sukar untuk mengubah mentaliti mereka. Pemikiran maju bermakna rakyatnya sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik berdasarkan kemudahan yang telah disediakan. Rakyat perlu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin dan menjaganya dengan baik. Rakyat negeri maju tidak perlu diletakan papan tanda ”Jangan Membuang Sampah” kerana rakyatnya tahu membuang sampah ditempatnya dan tahu akibat jika membuang sampah merata-rata dari segi kesihatan dan pelancungan. Adalah tidak perlu papan amaran diletakan dengan hanya mengatakan denda sebanyak RM 30 jika membuang sampah ditempat tertentu. Rakyat negara maju tidak perlu diugut dengan denda kerana mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan dan merasakan satu tanggung jawap mereka. Apa yang diletakan (kemungkinan) hanyalah panduan untuk membuang sampah. Semestinya panduan yang bercorak pembelajaran dan nasihat akademik secara profesional.  Rakyat negara maju akan disediakan tempat pembuangan sampah atau tong sampah yang lebih berfungsi sebagai tempat kitar semula. Ini juga dibuat secara sukarela atas inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk dengan rela hati membuang sampah ditempat yang boleh dikitar semula. Ini adalah kesedaran yang tinggi dimiliki oleh setiap rakyat negeri maju. Pengalaman dan pembelajaran serta latar belakang akademik yang ada telah membolehkan penghuni negara maju bersifat begitu dan mempunyai rasa tanggung jawap yang tinggi kepada tempat tinggal mereka. Ini adalah kerana gaya hidup mereka telah maju disebabkan pendedahan dan pendidikan yang mereka telah terima. Penyelesaian masaalah sampah hanya akan berjaya jika PBT menyediakan tong sampah dengan banyak. Jika boleh setiap 10 meter satu tong sampah disediakan. Pihak PBT perlu melambakan jumlah tong sampah. Tiang elektrik dan telekom perlu juga di pasang tong sampah. Sudah menjadi tabiat semulajadi kita  tidak suka menyimpan sampah terlalu lama.dan tidak mahu berjalan jauh untuk membuang sampah, jika sudah ada tong sampah didepan mata sudah pasti sampah tidak dibuang merata-rata.

Penyediaan premis perniagaan juga perlu difikirkan. Gerai yang dibina oleh pihak PBT sekarang ini sangat kecil dengan kemudahan yang amat terbatas. Kita kerap melihat apabila setiap gerai siap dan digunakan oleh peniagaan berbagai-bagai lagi tambahan secara mudah dilakukan. Tambahan pula tiada tandas dan ruang memasak yang disediakan secara sempurna. Ini menjadikan gerai kelihatan tidak cantik. Gerai peniaga kelihatan amat comot dan tidak menarik. Pada satu masa dahulu sememangnya gerai-gerai ini kelihatan cantik tetapi apabila berstatus negara maju, kemudahan gerai dan keluasan gerai tidak sesuai dan perlu dilihat semula. Alasan mangatakan keluasan tanah tidak cukup mungkin boleh diterima tetapi pilihan lain boleh dicari seperti membuat gerai dua tingkat atau menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Semua gerai perlu luas dengan segala kemudahan memasak dan menyaji makanan disediakan Kemudahan gerai yang disediakan di negara maju perlu dicontohi. Pihak PBT negara maju juga kekurangan tanah tetapi dapat diselesaikan dengan penerimaan kemudahan teknologi atau menggunakan inovasi.

Perubahan teknologi yang begitu pantas tidak boleh dielakan. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak mahu menggunakan teknologi. Teknologi telah diletakan dihadapan mata. Mahu tidak mahu kita perlu menggunakanya.Tidak salah menggunakan teknologi selagi teknologi dapat memberi keselesaan kepada kehidupan. Sebagai sebuah negara yang akan mencapai status negara maju dalam tempuh 11 tahun sahaja lagi, rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan menggunakan teknologi sahaja. Negara perlu bergerak kepada negara pencipta teknologi pula. Kerajaan telah melaporkan sebanyak 10,284 orang rakyat Malaysia telah memiliki Ijazah Kedoktoran atau PhD setelah negara kita mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. Walaupun kita mendapati jumlah ini sedikit tetapi seperti yang kita ketahui, mereka yang mempunyai ijazah kedoktoran adalah mereka yang sangat mampu memikirkan bagaimana untuk melaksanakan penyelidikan untuk kemajuan negara. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menggunakan mereka ini untuk membantu memajukan negara. Pemikiran mereka perlu disatukan supaya negara dapat menjadi sebuah negara pencipta teknologi. Hasil pemikiran mereka jangan disia-siakan atau diambil mudah. Setiap individu yang mempunyai Ijazah Kedoktoran perlu disediakan berbagai ruang untuk membolehkan mereka memikirkan sesuatu yang baik untuk kemajuan negara. Adalah malang jika kita hanya membiarkan gulongan ini begitu sahaja tanpa memanafaatkan apa yang mereka miliki.

Longkang di negara kita sekarang ini kebanyakannya adalah longkang yang terbuka, amat jarang kita jumpa longkang yang tertutup kecuali di bandar-bandar besar. Longkang yang terbuka telah membuatkan bandar kelihatan kotor comot dan berbau busuk. Untuk mengelakan ini berlaku, banyak longkang telah mula ditutup oleh pihak PBT. Masalah lain pula timbul kerap kali penutup longkang dibuat bermutu rendah dan kerap pecah sana sini. Ini menambahkan lagi masaalah dalam pengurusan longkang. Penyelesaian yang terbaru dan agak inovatif pada akhir tahun 90an adalah menggunakan sistem perparitan mesra alam. Sistem ini tiada mengunakan kaedah longkang terbuka. Longkang dibina tidak dapat dilihat (jika ada). Apa yang kita dapat lihat air diserap melalui permukaan tanah yang telah ditanam rumput. Sistem ini amat berjaya di taman perumahan atau dalam kawasan sesuatu kawasan tertutup. Satu lagi yang perlu dipertimbangkan dengan hanya membina longkang di bawah tanah. Banyak negara dalam dunia telah menggunakan pembinaan longkang bawah tanah. Ini dapat dilakukan jika perancangan dibuat dari awal lagi. Adalah sangat sukar untuk membinanya sekarang. Kaedah berteknologi tinggi juga perlu diperkenalkan semasa pembinaan atau mereka bentuk longkang. Bersesuaian dengan kemudahan teknologi, longkang pintar (sistem pintar) perlu di rekabentuk dimana air akan dialirkan kepada sesuau longkang yang lain jika didapati sesuatu sistem telah mencapai tahap maximum.

Banyak masaalah dapat diselesaikan jika penyelesaianya yang serius dapat difikir dan dilaksanakan. Jika penyelesaian hanya  bergantung kepada perubahan sikap sahaja, hasil penyelesaian akan mengambil masa yang sangat lama dan mungkin tidak akan berlaku. Jika berlaku pun hanya dalam tempoh sementara sahaja. Adalah dicadangkan sesuatu masaalah diselesikan secara serius dengan pendekatan teknologi dan peraturan. Kajian proses penyelesaian secara pendekatan yang sistematik ini amat perlu melalui penyelidikan atau pemerhatian. Peralatan atau pendekatan baru perlu dicuba tanpa ragu-ragu dan memerlukan sedikit perbelanjaan. Apa yang penting sekarang ini setiap masaalah dapat diselesaikan untuk menafaat rakyat dan negara. Hasil inovasi dan kreativiti rakyat boleh digunakan untuk penyelesaian atau memudahkan urusan harian.

Tuesday, 13 November 2012

PERLU SERIUS UNTUK MENJUAL PRODUK INOVASI.



Kita kerap mendengar produk inovasi yang membawa makna sesuatu produk yang baru diperkenalkan seperti sistem, adat yang baru. Inovasi juga perihal mengadakan, memulakan sesuatu yang baru. Menginovasi pula bermakna membuat inovasi, penginovasi membawa makna orang yang membuat inovasi manakala penginovasi memberi makna orang yang membuat inovasi. Inovator bermakna orang yang melakukan inovasi. Inovasi boleh dihasilkan melalui salah satu kaedah atau ketiga-tiganya sekali, 1) melalui penyelidikan seperti mana yang dilakukan di institusi penyelidikan dan pembelajaran 2) melalui penambahbaikan sistem atau produk yang ada, ini kerap dilakukan di institusi penyelidikan atau pusat pengkomersilan produk atau dikilang penghasilan atau pembuatan  produk dan 3) tiba-tiba terfikir produk baru melalui pengalaman, mimpi, terfikir atau melihat masaalah sesuatu produk. Setiap produk yang dihasilkan melalaui kaedah yang telah dinyatakan adalah diiktiraf sebagai ionovasi.

Produk inovasi kerap akan memudahkan kehidupan atau memudahkan sesuatu proses kerja. Selalunya produk ini dikatakan baru diperkenalkan dan mampu untuk memudahkan urusan kehidupan seharian.  Adala menjadi kebanggaan setiap pereka atau inovataor jika produk ciptaan mereka dapat digunakan untuk kemudahan orang ramai. Adalah lebih baik jika produk yang dihasilkan amat menarik dilihat moden dan sangat mudah digunakan. Adalah amat sukar untuk sesuatu produk mendapat penerimaan ramai. Selalunya pengguna amat cerewet untuk menggunakan produk yang baru tambahan pula jika belum luas penggunaanya. Inilah yang menjadi cabaran untuk produk inovasi dikomersilkan.

Budaya inovasi rakyat Malaysia sangat tinggi dari segenap peringkat dan berkembang dengan baik. Budaya ini sangat subur sejak dari bangku sekolah hingga keperingkat universiti mahupun masyarakat umum. Kejayaan menghasilkan produk inovasi telah dilaporkan dengan baik oleh akhbar harian mahu pun dilaporkan dalam majalah ilmiah. Kerap juga publisiti di beri kepada produk inovasi baru dengan memberi pengiktirafan berupa sijil dan pingat dalam pertandingan yang diadakan samaada diperingkat sekolah, universiti, negeri, negara dan juga peringkat antarabangsa. Pencapaian ini sangat baik dan kerap dilaporkan didalam akhbar harian. Kita merasa sangat bangga dengan pencapaian rakyat negara ini dalam penghasilan inovasi baru. Pencapaian diperingkat antarabangsa kerap menjadi sebutan dan menjadi kayu pengukur kejayaan sesuatu institusi penyelidikan. Kerap juga dipersoalkan apa yang terjadi terhadap produk inovasi yang telah mendapat pengiktirafan diperingkat negara atau antarabangsa.

Kebanyakan produk inovasi negara kita hanya berakhir diperingkat pengiktirafan sahaja. Pujian hanya diperingkat surat khabar atau pengiktirafan institusi dengan memberi kenaikan pangkat atau sedikit ganjaran kewangan . Produk inovasi hanya berakhir setakat itu sahaja. Sebenarnya masyarakat kita tidak sangat memikirkan menafaat dari produk inovasi. Tidak banyak produk inovasi rakyat negara ini yang telah mendapat pengiktirafan dapat atau dikomersilkan atau telah dijual dipasaran. Usahawan di negara kita tidak berminat untuk mengkomersilkan produk inovasi negara sendiri. Memang disedari mengkomersilkan produk inovasi tidak akan mendapat pulangan dalam tempoh terdekat seperti menjadi pemaju perumahan, kontraktor atau jualan barangan runcit harian. Pulangan mengkomersilkan produk inovasi agak lewat kerana produk baru, kerap memerlukan modal permulaan yang sangat tinggi untuk membolehkan produk berada dipasaran. Produk baru perlu diperkenalkan dan memerlukan promosi yang hebat. Ini tidak disukai oleh usahawan atau ahli perniagaan. Adalah lebih baik mereka mendapatkan produk yang telah diterima ramai atau telah berada dipasaran dalam tempoh yang lama dan mempunyai pelangan yang tetap. Adalah lebih baik jika juga para usahawan mengimport produk dari negara China yang sudah tentu murah dan telah dikenali ramai.

Masaalah mengkomersilkan produk inovasi tempatan telah pun diketahui ramai. Ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak yang telah menjadikan produk inovasi adalah sumber baru ekonomi negara ini. Produk inovasi tempatan diharapkan dapat menjana sumber ekonomi baru untuk negara dalam tempoh terdekat. Ini bermakna produk inovasi perlu boleh dijual dipasaran. Kerajaan telah menawarkan berbagai geran melalui berbagai kementerian untuk membantu para usahawan  mengkomersilkan produk inovasi tempatan. Sehingga kini sangat sedikit produk inovasi negara ini yang dapat dipasarkan. Usahawan negara ini kerap memuji pencapaian penyelidikan negara tetapi bila mereka diperlukan untuk mengkomersilkan produk inovasi tempatan, pihak usahawan dilihat tidak begitu memberangsangkan atau tidak ingin membantu dengan berbagai alasan. Mungkin usahawan tidak begitu yakin dengan produk inovasi negara sendiri.

Masaalah mengkomersilkan produk inovasi adalah sesuatu yang sangat serius dan perlu diberi perhatian. Perbelanjaan penyelidikan sangat tinggi tetapi produk hanya menjadi hiasan ruang pameran sahaja atau menjadi sebutan. Berbagai alasan yang diberi oleh pihak swasta semasa memberi komen apabila diminta untuk membantu usaha pengkomersilan. Alasan yang sangat kerap diberikan, oleh para usahawan produk penyelidikan tidak mengambil kira masaalah semasa (tidak relevan) dengan industri. Produk dihasilkan “out-dated” dan telah dihasilkan dinegara lain (penyelidik sudah terlewat). Ada juga yang berminat tetapi tidak yakin dapat dipasarkan kerana tahap pemerimaan rakyat negara ini kepada sesuatu produk baru sangat lambat. Produk perlu dikenali diluar negara terlebih dahulu barulah pengguna ingin menggunakan untuk mereka. Sangat liat usahawan tempatan untuk memberi pengiktirafan kepada produk inovasi rakyat negara ini. Usahawan tempatan sangat berminat kepada keuntugan yang cepat dengan modal yang rendah (risiko rendah).

Sikap usahawan yang telah dinyatakan telah mengakibatkan produk inovasi negara tidak boleh dijual. Lambakan produk penyelidikan atau hasil inovasi yang telah sedia untuk dikomersilkan amat tinggi, Banyak penyelidik melakukan kerja penyelidikan hanya untuk mendapat pengiktirafan kenaikan pangkat sahaja (mereka tidak ada pilihan lain). Mereka berpuas hati produk mendapat pingat dan hasil kreativiti dan inovasi mereka dapat dicatitkan kedalam CV untuk kenaikan pangkat sahaja. Kerja penyelidikan hanya untuk kejayaan individu sahaja. Jika ini berlaku pihak tertentu mesti memikirkan bagaimana untuk membuat perubahan dan tidak membuta tuli membuat penyelidikan yang hanya syok sendiri.
Proses pengkomersilan tidak begitu rumit jika pihak penyelidik dan para usahawan serius dan tidak memikirkan keuntungan sebelah pihak sahaja. Para penyelidik dan inovator juga tidak sangat memikirkan produk mereka mempunyai nilai yang begitu tinggi hingga tiada ruang rundingan Pihak institusi yang mempunyai produk inovasi dan institusi penyelidikan mesti sanggup berlebih kurang. Ada institusi penyelidikan mengenakan syarat yang sangat tinggi hingga menakutkan pihak yang ingin mengkomersilkan produk penyelidikan. Kebanyakan institusi penyelidikan mempunyai polisi pengkomersilan yang sangat rumit dan amat sukar untuk dipenuhi/dipersetujui. Polisi yang ada tidak kundusif pada pihak yang ingin mengkomersilkan produk. Syarat yang keterlaluan akan menyukarkan kerja-kerja pengkomersilan dan amat sukar untuk dipersetujui.

Institusi penyelidikan yang mewakili inovator kerap tidak begitu serius untuk membantu inovator mengkomersilkan produk mereka. Ini kerana institusi penyelidikan tidak bergantung kepada hasil pengkomersilan produk. Banyak institusi penyelidikan hanya bergantung kepada dana penyelidikan sahaja. Geran penyelidikan juga amat mudah didapati kerana kerajaan merasakan hanya dengan cara ini sahaja inovasi dapat dicapai untuk membantu negara Banyak juga penilai geran yang tidak menilai dari segi pengkomersilan penghasilan produk, mereka hanya memikirkan berapa kertas persidangan yang akan dihasilkan dan berapa artikel dapat diterbitkan kedalam jurnal berwasit diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Nilai pengkomersilan tidak dinilai secara serius. Ada juga penilaian dibuat untuk berapa orang calon ijazah sarjana dan calon ijazah kedoktoran dapat dihasilkan.

Kedua-dua pihak harus berubah. Kepada para usahawan, produk inovasi dalam negara perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Produk inovasi tempatan perlu dikomersilkan dengan serius. Geran yang disediakan perlu dimenafaatkan untuk kemajuan ekonomi negara. Sikap ingin keuntungan segera tanpa memikirkan sumbangan kepada ekonomi negara perlu dihapuskan. Keuntungan jangka panjang yang akan memberi menafaat kepada negara perlu difikirkan. Penyelidik atau inovator juga perlu memberi perhatian serius kepada produk inovasi yang ingin diperkenalkan. Produk inovasi haruslah dapat diterima ramai, moden, menjimatkan dan sangat memberi faedah kepada kehidupan. Tuduhan pihak swasta yang menyatakan penyelidik hanya melakukan penyelidikan syok sendiri perlu dikurangkan atau diberhentikan. Inovasi yang dihasilkan biarlah menepati piawai antarabangsa agar produk dihasikan dapat dimenafaatkan diseluruh dunia. Produk yang dihasikan perlu sentiasa diberi penambahbaikan dan mempunyai ciri teknologi yang tinggi dan mesra pengguna.

Kemajuan penyelidikan akan dinilai dari kejayaan mengkomersilkan produk inovasi. Produk yang boleh dikomersilkan akan menjana ekonomi kepada negara. Sumbangan dari segi penjualan produk, kerja-kerja pembuatan, pemasaran, publisiti dan promosi adalah sumbangan tidak lansung kepada ekonomi negara. Ini akan menambah peluang pekerjaan pada masa hadapan. Kejayaan produk inovasi yang mampu diekspot juga sangat membantu ekonomi negara. Lebih banyak produk inovasi negara yang dapat diekspot ini adalah lebih baik dari sudut ekonomi. Negara perlu berubah dari negara pengguna teknologi sahaja kepada negara pengeluar teknologi. Ini adalah cita-cita negara pada masa hadapan. Ini hanya dapat dilaksanakan jika ada kerjasama yang erat antara inovator dan pihak swasta.

Sunday, 4 November 2012

PENYELIDIKAN SYOK SENDIRI.



Hampir setiap hari kita kedengaran bamyak penyelidik kita dapat menemui sesuatu yang baru. Perjumpaan melalui penyelidikan, inovasi atau kreativiti boileh berupa kaedah kerja yang baru, bahan baharu atau sesuatu yang merupakan sesuatu penambahbaikan. Menjumpai sesuatu yang baru terutama melalui surat khabar atau pameran kerap menjadi kebanggaan penyelidik, organisasi penyelidik, pemberi geran atau juga pentadbir. Kepada sesuatu pihak terutama kerajaan kejayaan penyelidikan hanya dapat dibanggakan jika dapat dijual atau berada dipasaran atau dapat digunakan untuk penambahbaikanb sesuatu proses. Malangnya apa yang kerap dilaporkan produk penyelidikan tidak dapat atau dikomersilkan dengan berbagai alasan bukan dari penyelidik tetapi pihak industri atau yang paling penting dari pengguna tidak mendapat menafaat apa yang telah dikatakan sebagai juimpaan baru.

Banyak artikel yang kit abaca, pengkopmersilan tidak dapat dibuat kerana pada pandangan pihak industry jumpaan barU (sebagaimana yang didakwa) tidak ada nilai komersil. Bagaiman hendak dikomersilkan jika jangka produk tidak boleh yang mana memmang benar tidak mempunyai nilai komersil. Amat malang, setelah berbelanja besar dan banyak tenaga yang telah diberilkan oleh sekumpulan penyelidik tetapi produk tidak ada nilai komersil. Penyelidik hanya dapat berbangga dengan award yang telah diberikan dengan sekeping sijil dan kalau ada dengan pujian melalui surat khabar. Kepada penyelidik, mereka tidak merasa kerugian. Hasil penyelidikan akan ditulis dalam jurnal kebangsaan dan antarabnagsa. Paling menguntungkan dapat membentang kertas kerja diluar negara diseluruh dunia dengan mencanangkan satu penemuan baru. Sangat men  guntungkan lagi, setiap penghargaan, pembentangan dalam setiap seminar atau kolikium diperingkat  skebangsaan dan antarabangsa akan ditulis sebagai pencapaian luar biasa didalam CV untuk tujuan kenaikan pangkat. Penyelidik masioh lagi mendapat menfaat walaupun hasil penyelidikan tidak mempunyai nilai komersil. Kepada para akademik yang juga pensyarah atau penyelidik hasil kejian mereka telah member sumbangan besar kepada dunia akademik yang tidak mudah untuk difahami oleh masyarakat luar.Kepada mereka jumpaan kademik hanya dihfahami oleh orang akademik sahaja.

Sememang benar seperti yang pernah diperkatakan oleh Dato’ Seri Rafidah Aziz semasa memegang jawatan menteri dahulu. Katanya, peruntukan penyelidikan seperti membuang wang kelaut yang belum lagi diketahui faedahnya. Kalau wang telah dicurah kelaut mengfaatnya mungkin ada mungkin tidak. Itulah penyelidikan. Fenomena ini boleh dielakan atau dukurangkan jika setiap kerja penyelidikan membuat kajian yang rapi sebelum sesuatu kerja penyelidkan dimulakan. Kita tidak mahu kerja penyelidikan hanya syopk sendiri sahaja. Kerap dikatakan penemuan telah menyelesaikan masaalah masyarakat tetapi sebenarnya masyarakat tidak mempunyai masaalah yang dikatakan telah diselesaikan oleh penyelidik. Adaalah didapati banyak penyelidik hanya syok sendiri sahaja. Mereka membuat penyelidikan berdasarkan pemikiran mereka sahaja. Penyelidik juga tidak banyak bercampur dengan masyarakat dan tidak mengetahui masaalah masayarakat sepenuhnya. Penyelidikan perlu memberi menfaat kepada masyarakat dan dapat menyelesaikan masaalah masyarakat. Adalah dicadangkan sebelum geran penyelidikan diluluskan penilaian ketat terhadap menfaatnya perlu dilakukan. Jika boleh penilaian perlu juga menggunakan kepakaran industri atau kepakaran masyarakat. Penilaian tidak boleh dibuat hanya ahli akademik sahaja. Ahli akademik tidak pakar dalam segala-galanya.

Pihak industri juga selalu merungut, penyelidikan yang dilakukan tidak menepati cita rasa mereka. Penyelidik hanya membuat penyelidikan menyelesaikan masaalah industri yang hanya merupakan andaian mereka sahaja. Amat jarang pendapat pengiat sesuatu industri diambil kira semasa membuat kerja-kerja penyelidikan. Jika ada pun hanya dari segi jangkaan atau mengikut pendapat semasa pertemuan melawat pelajar yang menjalani latihan industri atau mengikut pendapat pelajar yang baru balik dari latihan industri. Lawatan yang hanya seketika tidak boleh mendapat apa yang diperlukan oleh pihak industri. Lawatan teknikal yang serius perlu dilakukan dan kalau boleh gunakan sekim angkut industri selama beberapa bulan berada di industri untuk mendalami apa masaalah yang perlu diselesaikan. Jika boleh pihak industri juga dijemput sebagai salah seorang penyelelidik dalam setiap kumpulan penyelidik. Penyelidakan yang agak terbuka yang dianggotai oleh banyak wakil dari beberapa industri sangat baik dan boleh menghasilkan sesuatu yang  baik untuk negara.

Masyarakat amat berharap hasil penyelidakan dapat membantu mereka meringankan beban kerja atau mendapat sesuatu yang baru kepada kehidupan mereka dan oleh dibanggakan. Tidak guna sesuatu inovasi atau sesuatu kreativiti tetapi tidak dapat dinikmati. Sebelum sesuatu aktiviti penyelidikan dapat dijalankan, penyelidik harus benar-benar telah mengenal pasti masalah yang ingin diselesaikan melalui penyelidiakan. Kalau boleh masaalah masyarakat benar benar telah diselami dan hati budi mereka dikenali dan msaalah mereka dikenalpasti. Kita tidak boleh menyatakan masaalah masyarakat dengan hanya membuat jangkaan atau telahan sahaja. Biarlah masyarakat yang menentukan halatuju apa yang perlu kita buat. Penyelidik hanya menngunakan kemahiran mereka sahaja untuk membuat penyelidikan.

 Perubahan teknologi yang begitu pantas tidak boleh dielakan. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak mahu menggunakan teknologi. Teknologi telah diletakan dihadapan mata. Mahu tidak mahu kita perlu menggunakanya.Tidak salah menggunakan teknologi selagi teknologi dapat memberi keselesaan kepada kehidupan. Sebagai sebuah negara yang akan mencapai status negara maju dalam tempuh 11 tahun sahaja lagi, rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan menggunakan teknologi sahaja. Negara perlu bergerak kepada negara pencipta teknologi pula. Kerajaan telah melaporkan sebanyak 10,284 orang rakyat Malaysia telah memiliki Ijazah Kedoktoran atau PhD setelah negara kita mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. Walaupun kita mendapati jumlah ini sedikit tetapi seperti yang kita ketahui, mereka yang mempunyai ijazah kedoktoran adalah mereka yang sangat mampu memikirkan bagaimana untuk melaksanakan penyelidikan untuk kemajuan negara. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menggunakan mereka ini untuk membantu memajukan negara. Pemikiran mereka perlu disatukan supaya negara dapat menjadi sebuah negara pencipta teknologi. Hasil pemikiran mereka jangan disia-siakan atau diambil mudah. Setiap individu yang mempunyai Ijazah Kedoktoran perlu disediakan berbagai ruang untuk membolehkan mereka memikirkan sesuatu yang baik untuk kemajuan negara. Adalah malang jika kita hanya membiarkan gulongan ini begitu sahaja tanpa memanafaatkan apa yang mereka miliki. Banyak masaalah dapat diselesaikan jika penyelesaianya yang serius dapat difikir dan dilaksanakan. Jika penyelesaian hanya  bergantung kepada perubahan sikap sahaja, hasil penyelesaian akan mengambil masa yang sangat lama dan mungkin tidak akan berlaku. Jika berlaku pun hanya dalam tempoh sementara sahaja. Adalah dicadangkan sesuatu masaalah diselesikan secara serius dengan pendekatan teknologi dan peraturan. Kajian proses penyelesaian secara pendekatan yang sistematik ini amat perlu melalui penyelidikan atau pemerhatian. Peralatan atau pendekatan baru perlu dicuba tanpa ragu-ragu dan memerlukan sedikit perbelanjaan. Apa yang penting sekarang ini setiap masaalah dapat diselesaikan untuk menafaat rakyat dan negara. Hasil inovasi dan kreativiti rakyat boleh digunakan untuk penyelesaian atau memudahkan urusan harian.

Saturday, 3 November 2012

MENGKOMERSILKAN PRODUK INOVASI: BANYAK SANGAT PANTANG LARANG.



Kita kerap mendengar produk inovasi yang membawa makna sesuatu produk yang baru diperkenalkan seperti sistem, adat yang baru. Inovasi juga perihal mengadakan, memulakan sesuatu yang baru. Menginovasi pula bermakna membuat inovasi, penginovasi membawa makna orang yang membuat inovasi manakala penginovasi memberi makna orang yang membuat inovasi. Inovator bermakna orang yang melakukan inovasi. Inovasi boleh dihasilkan melalui salah satu kaedah atau ketiga-tiganya sekali, 1) melalui penyelidikan seperti mana yang dilakukan di institusi penyelidikan dan pembelajaran 2) melalui penambahbaikan sistem atau produk yang ada, ini kerap dilakukan di institusi penyelidikan atau pusat pengkomersilan produk atau dikilang penghasilan atau pembuatan  produk dan 3) tiba-tiba terfikir produk baru melalui pengalaman, mimpi, terfikir atau melihat masaalah sesuatu produk. Setiap produk yang dihasilkan melalaui kaedah yang telah dinyatakan adalah diiktiraf sebagai ionovasi.

Produk inovasi kerap akan memudahkan kehidupan atau memudahkan sesuatu proses kerja. Selalunya produk ini dikatakan baru diperkenalkan dan mampu untuk memudahkan urusan kehidupan seharian.  Adala menjadi kebanggaan setiap pereka atau inovataor jika produk ciptaan mereka dapat digunakan untuk kemudahan orang ramai. Adalah lebih baik jika produk yang dihasilkan amat menarik dilihat moden dan sangat mudah digunakan. Adalah amat sukar untuk sesuatu produk mendapat penerimaan ramai. Selalunya pengguna amat cerewet untuk menggunakan produk yang baru tambahan pula jika belum luas penggunaanya. Inilah yang menjadi cabaran untuk produk inovasi dikomersilkan.

Budaya inovasi rakyat Malaysia sangat tinggi dari segenap peringkat dan berkembang dengan baik. Budaya ini sangat subur sejak dari bangku sekolah hingga keperingkat universiti mahupun masyarakat umum. Kejayaan menghasilkan produk inovasi telah dilaporkan dengan baik oleh akhbar harian mahu pun dilaporkan dalam majalah ilmiah. Kerap juga publisiti di beri kepada produk inovasi baru dengan memberi pengiktirafan berupa sijil dan pingat dalam pertandingan yang diadakan samaada diperingkat sekolah, universiti, negeri, negara dan juga peringkat antarabangsa. Pencapaian ini sangat baik dan kerap dilaporkan didalam akhbar harian. Kita merasa sangat bangga dengan pencapaian rakyat negara ini dalam penghasilan inovasi baru. Pencapaian diperingkat antarabangsa kerap menjadi sebutan dan menjadi kayu pengukur kejayaan sesuatu institusi penyelidikan. Kerap juga dipersoalkan apa yang terjadi terhadap produk inovasi yang telah mendapat pengiktirafan diperingkat negara atau antarabangsa.

Kebanyakan produk inovasi negara kita hanya berakhir diperingkat pengiktirafan sahaja. Pujian hanya diperingkat surat khabar atau pengiktirafan institusi dengan memberi kenaikan pangkat atau sedikit ganjaran kewangan . Produk inovasi hanya berakhir setakat itu sahaja. Sebenarnya masyarakat kita tidak sangat memikirkan menafaat dari produk inovasi. Tidak banyak produk inovasi rakyat negara ini yang telah mendapat pengiktirafan dapat atau dikomersilkan atau telah dijual dipasaran. Usahawan di negara kita tidak berminat untuk mengkomersilkan produk inovasi negara sendiri. Memang disedari mengkomersilkan produk inovasi tidak akan mendapat pulangan dalam tempoh terdekat seperti menjadi pemaju perumahan, kontraktor atau jualan barangan runcit harian. Pulangan mengkomersilkan produk inovasi agak lewat kerana produk baru, kerap memerlukan modal permulaan yang sangat tinggi untuk membolehkan produk berada dipasaran. Produk baru perlu diperkenalkan dan memerlukan promosi yang hebat. Ini tidak disukai oleh usahawan atau ahli perniagaan. Adalah lebih baik mereka mendapatkan produk yang telah diterima ramai atau telah berada dipasaran dalam tempoh yang lama dan mempunyai pelangan yang tetap. Adalah lebih baik jika juga para usahawan mengimport produk dari negara China yang sudah tentu murah dan telah dikenali ramai.

Masaalah mengkomersilkan produk inovasi tempatan telah pun diketahui ramai. Ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak yang telah menjadikan produk inovasi adalah sumber baru ekonomi negara ini dan telah mengumumkan beberapa insentif dan peluang berniagaan yang sangat inovatif kepada inovator. Produk inovasi tempatan diharapkan dapat menjana sumber ekonomi baru untuk negara dalam tempoh terdekat. Ini bermakna produk inovasi perlu boleh dijual dipasaran. Kerajaan telah menawarkan berbagai geran melalui berbagai kementerian untuk membantu para usahawan  mengkomersilkan produk inovasi tempatan. Sehingga kini sangat sedikit produk inovasi negara ini yang dapat dipasarkan. Usahawan negara ini kerap memuji pencapaian penyelidikan negara tetapi bila mereka diperlukan untuk mengkomersilkan produk inovasi tempatan, pihak usahawan dilihat tidak begitu memberangsangkan atau tidak ingin membantu dengan berbagai alasan. Mungkin usahawan tidak begitu yakin dengan produk inovasi negara sendiri.

Masaalah mengkomersilkan produk inovasi adalah sesuatu yang sangat serius dan perlu diberi perhatian. Perbelanjaan penyelidikan sangat tinggi tetapi produk hanya menjadi hiasan ruang pameran sahaja atau menjadi sebutan. Berbagai alasan yang diberi oleh pihak swasta semasa memberi komen apabila diminta untuk membantu usaha pengkomersilan. Alasan yang sangat kerap diberikan, oleh para usahawan produk penyelidikan tidak mengambil kira masaalah semasa (tidak relevan) dengan industri. Produk dihasilkan “out-dated” dan telah dihasilkan dinegara lain (penyelidik sudah terlewat). Ada juga yang berminat tetapi tidak yakin dapat dipasarkan kerana tahap penerimaan rakyat negara ini kepada sesuatu produk baru sangat lambat. Produk perlu dikenali diluar negara terlebih dahulu barulah pengguna ingin menggunakan untuk mereka. Sangat liat usahawan tempatan untuk memberi pengiktirafan kepada produk inovasi rakyat negara ini. Usahawan tempatan sangat berminat kepada keuntungan yang cepat dengan modal yang rendah (risiko rendah).

Sikap usahawan yang telah dinyatakan telah mengakibatkan produk inovasi negara tidak boleh dijual. Lambakan produk penyelidikan atau hasil inovasi yang telah sedia untuk dikomersilkan amat tinggi, Banyak penyelidik melakukan kerja penyelidikan hanya untuk mendapat pengiktirafan kenaikan pangkat sahaja (mereka tidak ada pilihan lain). Mereka berpuas hati produk mendapat pingat dan hasil kreativiti dan inovasi mereka dapat dicatitkan kedalam CV untuk kenaikan pangkat sahaja. Kerja penyelidikan hanya untuk kejayaan individu sahaja. Jika ini berlaku pihak tertentu mesti memikirkan bagaimana untuk membuat perubahan dan tidak membuta tuli membuat penyelidikan yang hanya syok sendiri.

Proses pengkomersilan tidak begitu rumit jika pihak penyelidik dan para usahawan serius dan tidak memikirkan keuntungan sebelah pihak sahaja. Para penyelidik dan inovator juga tidak sangat memikirkan produk mereka mempunyai nilai yang begitu tinggi hingga tiada ruang rundingan Pihak institusi yang mempunyai produk inovasi dan institusi penyelidikan mesti sanggup berlebih kurang jangan banyak sangat kerahsiaan dan pantang larang. Ada institusi penyelidikan mengenakan syarat yang sangat tinggi hingga menakutkan pihak yang ingin mengkomersilkan produk penyelidikan. Kebanyakan institusi penyelidikan mempunyai polisi pengkomersilan yang sangat rumit dan amat sukar untuk dipenuhi/dipersetujui. Polisi yang ada tidak kondusif pada pihak yang ingin mengkomersilkan produk. Syarat yang keterlaluan akan menyukarkan kerja-kerja pengkomersilan dan amat sukar untuk dipersetujui.

Institusi penyelidikan yang mewakili innovator tidak begitu serius untuk membantu inovator mengkomersilkan produk mereka. Banyak sangat pantang larang dan kerenah pentadbiran yang disediakan kepada innovator atau pencipta. Banyak sangat tapisan yang perlu dilakukan sehingga tidak menimbulkan minat pencipta dan usahawan. Ini kerana institusi penyelidikan tidak bergantung kepada hasil pengkomersilan produk. Banyak institusi penyelidikan hanya bergantung kepada dana penyelidikan sahaja. Mereka bangga mendapat geran penyelidikan sahaja. Semua orang faham betapa pentingnya mempunyai wang. Geran penyelidikan juga amat mudah didapati kerana kerajaan merasakan hanya dengan cara ini sahaja inovasi dapat dicapai untuk membantu negara Banyak juga penilai geran yang tidak menilai dari segi pengkomersilan penghasilan produk, mereka hanya memikirkan berapa kertas persidangan yang akan dihasilkan dan berapa artikel dapat diterbitkan kedalam jurnal berwasit diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Nilai pengkomersilan tidak dinilai secara serius. Ada juga penilaian dibuat untuk berapa orang calon ijazah sarjana dan calon ijazah kedoktoran dapat dihasilkan.

Kedua-dua pihak harus berubah. Kepada para usahawan, produk inovasi dalam negara perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Produk inovasi tempatan perlu dikomersilkan dengan serius. Geran yang disediakan perlu dimenafaatkan untuk kemajuan ekonomi negara. Sikap ingin keuntungan segera tanpa memikirkan sumbangan kepada ekonomi negara perlu dihapuskan. Keuntungan jangka panjang yang akan memberi menafaat kepada negara perlu difikirkan. Penyelidik atau inovator juga perlu memberi perhatian serius kepada produk inovasi yang ingin diperkenalkan. Produk inovasi haruslah dapat diterima ramai, moden, menjimatkan dan sangat memberi faedah kepada kehidupan. Tuduhan pihak swasta yang menyatakan penyelidik hanya melakukan penyelidikan syok sendiri perlu dikurangkan atau diberhentikan. Inovasi yang dihasilkan biarlah menepati piawai antarabangsa agar produk dihasikan dapat dimenafaatkan diseluruh dunia. Produk yang dihasikan perlu sentiasa diberi penambahbaikan dan mempunyai ciri teknologi yang tinggi dan mesra pengguna.

 Kemajuan penyelidikan akan dinilai dari kejayaan mengkomersilkan produk inovasi. Produk yang boleh dikomersilkan akan menjana ekonomi kepada negara. Sumbangan dari segi penjualan produk, kerja-kerja pembuatan, pemasaran, publisiti dan promosi adalah sumbangan tidak lansung kepada ekonomi negara. Ini akan menambah peluang pekerjaan pada masa hadapan. Kejayaan produk inovasi yang mampu diekspot juga sangat membantu ekonomi negara. Lebih banyak produk inovasi negara yang dapat diekspot ini adalah lebih baik dari sudut ekonomi. Negara perlu berubah dari negara pengguna teknologi sahaja kepada negara pengeluar teknologi. Ini adalah cita-cita negara pada masa hadapan. Ini hanya dapat dilaksanakan jika ada kerjasama yang erat antara inovator dan pihak swasta.

Friday, 2 November 2012

PAKAR YANG TIDAK PAKAR.



Banyak sangat perkara yang diluar jangkaan berlaku pada minggu ini. Surat khabar Berita Harian Hari Khamis 27 Januari 2011 di muka hadapan melaporkan 6,872 korban nahas jalan raya yang membabitkan 6,260 kemalangan maut pada tahun 2010. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar memberi komen, ini adalah jumlah kematian tertinggi dalam sejarah negara. Seperti biasa setelah semua ini berlaku seharusnya satu langkah perlu diambil. Lebih-lebih lagi setelah apa yang ingin disasar pada tahun lepas tidak menjadi. Pihak Bukit Aman akan terus akan mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan konsep “Creative Enforcement’ pada Ops Sikap ke 23 selama 15 hari bermula Tahun Baru Cina tahun 2011. Kita perlu beri pujian langkah yang akan diambil tetapi kita perlu lihat hasilnya nanti diawal tahun 2012. Harap usaha ini akan berjaya.

Setiap kali apabila sahaja jumlah kemalangan meningkat. Sikap pemandu akan dipersalahkan. Semua berjanji ingin menyiasat untuk mengambil tindakan selanjutnya. Jarang laporan siasat disebarkan melalui surat khabar. Mungkin ada pembentangan dibuat pada pihak tertentu tetapi jarang diketahui oleh masyarakat. Mungkin ada dikeluarkan laporan rasmi tetapi banyak pihak yang tidak mengambil endah. Akhirnya kita hanya mampu mengira mayat seperti yang pernah disiarkan oleh akhbar Melaka Hari Ini  (MHI) selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 yang lalu.

Mungkin kemalangan jalan raya  maut tidak boleh diselesaikan di negara ini atau dikurangkan. Ini kerana sikap rakyat negara ini yang memandang kemalangan jalan raya satu kejadian biasa. Kemalangan adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi negara sudah maju dan kenderaan sudah banyak dijalan raya. Ini mungkin sikap tidak dapat diubah dari pendapat banyak pihak. Kalau berkata sikap tidak boleh berubah, banyak pakar motivasi atau pakar jalan raya tidak setuju. Pernah dalam satu forum diperkatakan tidak boleh hanya mempersalahkan sikap sahaja selama-lamanya. Ini tidak dipersetujui lebih-lebih lagi dari kaca mata Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR). Sikap perlu diubah terlebih dahulu melalui peraturan atau undang-undang yang tetapi bukan  hanya agak-agak sahaja (menyalahkan sikap juga mungkin agak-agak). Kalau kelajuan boleh membunuh, kita kena kawal dengan menekankan undang-undang atau kemampuan kereta dengan mengawal kelajuan kenderaan. Kawal kelajuan dengan menggunakan teknlogi. Hanya ini jalan penyelesaian yang pernah dicadangkan dalam beberapa artikel yang pernah di siarkan oleh akhbar MHI.

Apa yang dapat dikomen dalam perkara kemalangan, kerajaan telah melaksanakan tanggung jawap dengan baik. Apa yang minta oleh pakar jalan raya atau pakar lalulintas atau pakar kemalangan jalan raya untuk ditubuhkan, semuanya telah ditubuhkan oleh kerajaan. Minta menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah ditubuhkan. Minta tubuh Majlis Keselamatan Jalan Raya telah juga kerajaan tubuhkan. Permintaan yang terakhir untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang kononnya akan mampu mengurangkan keselamatan jalan raya juga telah ditubuhkan tetapi semuanya hampa berlaka. Kemalangan jalan raya meningkat lagi. Apa yang mampu dilakukan adalah dengan mengira mayat hampir setiap hari dan setiap awal tahun berikut perlu dibuat laporan tahunan berapa mayat yang telah dikebumikan dari hasil kemalngan jalan raya.

Kenderaan sesak dan “jammed” di Kuala Lumpur juga tidak ada jalan penyelesaain. Perjalanan dari Ayer Keroh ke tol Sungai Besi hanya mengambil masa satu jam atau satu setengah jam tetapi lepas tol Sungai Besi kenderaan hampir tidak bergerak dan keadaan tidak berubah sejak 5 tahun kebelakang ini. Sekali lagi dimana silapnya. Banyak tenaga yang dikatakan pakar tetapi tidak dapat menyelesaikan masaalah pengguna. Apabila hendak mengambil bekerja atau hendak memilih pihak yang dapat menyelesaikan masalah. Semua pihak tertentu akan mengaku pakar dalam segala bidang jalan raya. Komen hanya akan diberi setelah kesesakan berlaku tetapi langkah penyelesaian jangka panjang tidak ada. Adalah tidak dinafikan semua bandar besar di dunia mengalamai masaalah kesesakan di waktu puncak. Ini kerana jumlah kereta yang berlebihan pada waktu-waktu tertentu. Malangnya di Kuala Lumpur sebarang ketika malam atau siang kesesakan sangat teruk. Jarang sangat kesesakan tidak berlaku. Adalah tidak diketahui dimana silapnya?. Rekabentuk jalan untuk 25 tahun kehadapan menurut pakar rekabentuk jalan raya dengan menggunakan statistik kepakaran yang tinggi, tetapi kerap tidak menjadi. Mungkin juga ramalan pakar kita terhadap kemajuan negara ini sangat meleset. Mereka fikir perjalanan kemajuan pembangunan negara macam kura-kura. Mereka tidak sedar kita juga berjalan macam kura-kura kalau berkeinginan mengikut rentak ramalan pakar tetapi menggunakan “ninja turtle” yang serba boleh dan boleh terbang juga.

Sangat merisaukankan dengan kepakaran yang kita miliki. Apakah negara sudah mempunyai tenaga pakar yang kita ingini?. Seperti yang kerap diperkatakan kepakaran bukan datang dari mereka yang berkelulusan tinggi atau pandai. Banyak kesilapan berlaku disini. Kepakaran datang dari kebijaksanaan. Pandai tidak semestinya bijak. Kenaikan pangkat berdasarkan kepandaian perlu difikirkan semula. Pakar datang dari mereka yang bijak dan tidak semestinya pandai. Banyak proses kenaikan pangkat hanya melihat dari segi kelulusan atau CV yang ditulis sendiri oleh pemohon. Ini juga perlu difikirkan. Sangat merisaukan mereka yang dikatakan pakar tetapi tidak pakar. Akibatnya negara tidak dapat menyelesaikan masaalah. Tangan hanya akan menuding tangan kepada pemerentah, iaitu orang politik dan pada masa yang sama pemerintah yang juga orang politik amat berharap kepada kepakaran yang dimiliki oleh tenaga pakar.

Banjir lagi satu cerita yang hampir diperkatakan setiap hari, Memanglah negara maju juga banjir seperti berlaku di Australia baru-baru ini. Satu lagi jalan keluar untuk tidak kepakaran kita di diperkatakan dengan menuding jari kepada peristiwa lain. Ini memang ada kebenaran tetapi pakar kita harus dapat mengubah sedikit keadaan banjir di negara kita. Paling tidak ramalan kajian cuaca perlu 90% tepat. Banjir memang tidak dapat dielakkan apabila hujan lebat. Paling tidak rakyat mengetahui hujan lebat dan banjir akan berlaku. Rakyat juga ingin mengetahui berapa serius hujan atau banjir akan berlaku supaya mereka boleh membuat persediaan awal. Apa yang berlaku apabila hujan telah turun dengan lebat barulah ramalan keluar. Begitu juga apabila tanah sudah runtuh barulah kita akan mendengat pakar mengatakan lokasi tersebut memang kawasan kritikal dan diramal akan runtuh. Komen begini kerap berlaku. Komen diberi setelah kejadian berlaku. Ini bukan pakar namanya. Semua orang boleh berbuat demikian.

Pakar ramalan cuaca perlu memainkan peranan yang penting dan serius dalam membantu membuat ramalan yang hampir tepat.Tenaga kerja perlu betul betul pakar. Bukan pakar hanya membuat kerja pentadbiran sahaja dan yang lain diselesaikan oleh pegawai muda yang juga menganggap mereka pakar dalam hal-hal penting. Negara memerlukan pakar yang “hands-on”. Bukan pakar menggunakan “remote control”.  Bukan pakar hanya menandatangani laporan dari “pakar” yang lain.

Satu ketika dahulu kita dikejutkan dengan keruntuhan bangunan Highlands Tower di Ulu Kelang, Selangor. Laporan tidak menyatakan secara jelas siapa yang bersalah atau kepakaran siapa yang perlu dipertikaikan. Jalan mudah adalah menyatakan bencana alam sahaja. Kejadian bangunan runtuh seperti ini jarang sangat berlaku, minta-minta jangan berlaku lagi. Apa yang kerap dilaporkan bangunan retak, bangunan runtuh sikit-sikit akibat kerosakan struktur atau bukan struktur, bangunan atau bumbong bocor apabila diduduki atau belum diduduki dan bangunan pecah sana dan sini sebaik sahaja diduduki. Sekali lagi jarang diperkatakan masaalah ini selain jika bangunan tidak runtuh seperti runtuhnya bangunan Highlands Tower. Kepada pengguna masaalah ini sangat serius kerana mereka perlu mengeluarkan wang lagi setelah membelanjakan wang yang banyak untuk membeli rumah. Kepada pemaju atau kontraktor, ini perkara biasa dan tidak perlu diperbesarakan. Banyak pakar pembaikan rumah mengiklankan diri untuk memperbaiki masaalah kecil ini. Kadang-kadang tidak kecil, harganya kadang kala mencecah ribuan ringgit. Ini tidak terkecuali bangunan kerajaan. Belum lama diduduki terpaksa diperbaiki dengan jumlah perbelanjaan yang besar. Ada bangunan sehingga tidak boleh diduduki dan ada juga peralatan yang tidak boleh berjalan dalam tempoh yang lama yang memerlukan perbelanjaan pembaikan yang besar walaupun pun belum digunakan.

Sangat menghairankan kejadian ini boleh berlaku. Pelan pembinaan diluluskan oleh mereka yang pakar dan kerap dikatakan “Jurutera Profesional” bercop bulat dari istilah orang biasa. Bangunan juga dibina oleh “Jurutera Profesional” dan diluluskan untuk diduduki oleh “Jurutera Profesional”. Malanganya bangunan yang semua dibuat oleh “Jurutera Profesional” retak, tidak dapat berfungsi dengan baik dan memerlukan kerja pembaikan sebaik-baik sahaja diduduki atau setelah diduduki dalam tempoh yang singkat. Amat disangsikan dimana kepakaran mereka yang dikatakan pakar dalam hal pembinaan bangunan atau kelulusan bangunan.


Setelah banyak peristiwa berlaku dan memerlukan perbelanjaan yang banyak perlu dilihat semula kepakaran dimiliki oleh negara kita. Amat merisaukan jika kita mempunyai banyak kepakaran tetapi kepakaran bercakap atau mengajar tetapi tidak boleh buat kerja. Kita ada banyak kepakaran jalan raya yang pandai bercakap, amat bermotivasi tetapi tidak ada kepakaran dalam hal jalan raya atau keselamatan jalan raya. Apa yang mereka miliki adalah kelulusan tinggi (pandai) tetapi tidak ada kepakaran. Berkelulusan tinggi tidak semestinya pakar. Kesilapan besar adalah mengiktiraf pakar dari segi kelulusan dan pandai bercakap. Kerjanya seperi rakyat biasa. Kita juga perlu lihat kepakaran kita dari penyelesaian masaalah banjir. Mungkin kita tidak ada kepakaran dalam bidang ini. Apa yang ada juga pandai bercakap dan diiktiraf pakar melalui kelulusan yang ada. Sekali lagi ini juga kesilapan dan perlu dilihat semula kepakaran nyang ada. Mungkin selama ini kita tidak ada pakar penyelesai masaalah banjir. Apa yang kita miliki hanyalah jangkaan sesaorang itu pandai dari cakap-cakap dan apa yang mereka tulis. Begitu juga yang dikatakan “Profesional” tetapi tidak “Profesional”. Mungkin dari segi kertas memang betul tetapi dari segi kerja tidak pakar. Pakar yang bukan pakar kata-kata dari masyarakat umum.

Wednesday, 24 October 2012

MELAKA MAJU ITU BENAR.



Rakyat Negeri Melaka sepatutnya berbangga mendiami sebuah negeri yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi. Segala teknologi baru akan diterima dengan baik dan akan dilaksanakan. Walaupun kadang-kadang banyak kekangan, Kerajaan Negeri tetap menerima dan mempunyai keinginan untuk melaksanakan. Negeri Melaka juga percaya untuk merealisasikan negara berpendapatan tinggi. Satu pendekatan baru perlu dicari. Satu yang sudah jelas adalah sangat menghargai inovasi dan kreativiti. Bidang kemahiran sangat diperlukan di Negeri Melaka supaya setiap kemahiran dapat diubah menjadi pendapatan. Apa sahaja kemahiran perlu dipupuk supaya dapat menjadi sumber pendapatan. Setiap inovasi perlu dikomersilkan untuk menjadi bahan baru yang dapat mengubah kehidupan dan dapat dipasarkan diseluruh dunia. Inovasi orang ramai juga sangat diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Melaka. Melaka tidak bolehlagi menjadi negeri pengguna teknologi tetapi menjadi negeri pengeluar teknologi pada masa hadpan. Kaedah ini sahaja yang akan menaikan pendapatan rakyat.

Selepas bergelar negeri maju, Melaka akan menuju negeri bandar berteknologi hijau pula. Hebat bermakna rakyatnya yang hebat yang akan disusuli dengan segala kemudahan yang hebat. YAB Ketua Menteri kerap berpesan. “Jika Melaka telah menjadi maju dan hebat, rakyat perlu lebih berdisiplin dan bersopan santun”. Semua budaya tidak baik tidak perlu berada di Melaka lagi. Gejala rasuah perlu ditiadakan, kadar jenayah perlu serendah mungkin atau ditiadakan. Setiap bandar di Melaka perlu jadi bandar yang selamat pada setiap masa siang dan malam. Selamat untuk semua gulongan dan peringkat umur. Jika rakyat ingin menjamu selera diwaktu malam, mereka boleh keluar dengan gembira dan tiada ragu-ragu. Anak-anak juga boleh pergi dan balik sekolah tanpa gangguan. Gulongan warga emas juga tidak ragu-ragu untuk beriadah ditempat awam tanpa ada gangguan. Rakyat boleh bekerja dengan senang hati dan dapat meninggalkan rumah setiap hari tanpa ragu-ragu. Anak-anak berupaya mendapat segala didikan yang sempurna  dan proses pembelajaran dapat berjalan dengan baik tanpa gangugan. Itulah mathalamat kerajaan untuk menjadikan rakyat Negeri Melaka adalah rakyat yang paling gembira dalam kehidupan mereka.

Negeri Melaka sangat terkenal dengan kebersihanya. Kebersihan bandaraya Melaka sangat mengkagumkan. “ Sememangnya Melaka negeri yang bersih dan terbersih di Malaysia”. Kata-kata ini kerap didengar. “Bukan bandar sahaja yang bersih, kampung juga bersih”. Ini kata-kata mereka yang balik kampung setiap hujung minggu. Tahniah kepada rakyat negeri Melaka. Pujian ini sangat bertepatan dengan status negara maju dan akan menuju negeri bandar (city state) selepas ini. Sistem angkat sampah berjadual dan tindakan pihak majlis perbandaran  yang lain melantik kontraktor kecil menjaga setiap kawasan dan jalan adalah gerak kerja/pendekatan yang  sangat baik. Rakyat ingin melihat perkhidmatan ‘value for money’. Rakyat tidak lokek/berat untuk membayar kalau perkhidmatan yang setimpal akan dapat diberikan. Ini telah dibuktikan di negeri Melaka. Perkhidmatan yang didapati sangat ‘value for money’. Setiap persimpangan telah dihias indah samaada siang atau malam. Sepanjang jalan telah ditanam dengan pokok-pokok yang cantik dan dijaga dengan baik. Sampah berlonggok  atau bersepah yang tidak diurus dengan baik amat jarang kelihatan sepanjang jalan dan tepi jalan juga tidak semak samun lagi seperti yang terdapat disetengah-setengah negeri. Slogan “Melaka Bersih Dan Indah” yang tercatit apabila menghampiri  persimpangan Seri Negeri amat bertepatan dengan kebersihan yang kita lihat, diamalkan dan disediakan. Melaka mengamalkan “cakap serupa bikin”. Apa yang dicakap dilaksanakan dan dapat dilihat dengan mata. Inilah yang dikehendaki oleh pelancong apabila datang ke negeri Melaka.

Buat masa ini Negeri Melaka mempunyai kemudahan jalan raya yang sangat baik dengan perhubungan sesuatu daerah menjadi sangat dekat dan mudah dihubungi. Setakat tahun  2009 Negeri Melaka mempunyai 258.71 km jalan persekutuan dan 1,839.09 km jalan negeri. Ini bermakna  Negeri Melaka mempunyai jumlah jalan raya sepanjang 2,090.80 km. Ini telah memudah perhubungan di Negeri Melaka. Jarak antara utara dan selatan di Melaka dapat dihubungi dalam tempuh yang singkat. Ini memudahkan perjalanan pekerja dalam segala urusan. Kemudahan jalan raya untuk setiap daerah di Melaka juga mempunyai taburan yang baik. Daerah Melaka Tengah mempunyai jalan persekutuan 86.85 km dan jalan negeri 961.79 km. Daerah Alor Gajah mempunyai jumlah jalan raya 586.50 km yang merangkumi 105.31 km jalan persekutuan dan 481.19 jalan negeri. Daerah Jasin pula mempunyai jumlah jalan raya 455.66 km yang merangkumi 66.55 km jalan persekutuan dan 389.11 jalan negeri.

Negeri Melaka mempunyai sistem bekalan air yang lengkap. Ini merupakan kemudahan yang amat disenangi oleh pelabur. Pada tahun 2009 jumlah kediaman yang telah mendapat bekalan air sebanyak 2,245,667 jumlah pengguna, 317,514 jumlah pengguna dari kategori perniagaan/industri. Sebanyak 17,211 jumlah pengguna dari kategori pengguna bekalan pukal ke estet. Bekalan air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sangat cekap dan bersih untuk memenuhi kehendak industri pada bila-bila masa. Penggunaan air untuk Daerah Melaka Tengah sahaja 75,124,869.00 meter padu, Daerah Alor Gajah sebanyak 24,948,796.00 meter padu dan Daerah Jasin sebanyak 14,611,466.00 meter padu yang jumlah keseluruhan yang telah dibekalkan oleh SAMB sebanyak 114,685,131.00 meter padu.

Kemampuan bekalan air oleh SAMB adalah kerana syarikat ini mempunyai kapasiti loji bekalan air yang meliputi seluruh Negeri Melaka dengan taburan yang terancang dan berpandangan jauh. Syarikat Air Melaka Berhad mempunyai 7 loji bekalan air yang mampu membekal 490.5 million liter air setiap hari. Loji yang paling besar adalah loji Bertam Lama dengan kapasiti 181 millian liter air sehari, Loji Bertam DAF dengan kapasiti 108 million liter air sehari dan loji kecil di Chin Chin, Bukit Sebukur, Asahan, Merlimau dan Gadek.

Jumlah talian telefon juga amat menyeluruh di Negeri Melaka. Pada tahun 2009 sebanyak 160,361 pengguna telah dibekalkan kemudahan telefon. Jumlah ini merangkumi 105,957 untuk Daerah Melaka Tengah, 20,629 untuk Daerah Alor Gajah dan 23,775 untuk Daerah Jasin.

Bekalan elektrik diseluruh Negeri Melaka yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menyeluruh dan lengkap dengan perancangan yang amat rapi. Seluruh Negeri Melaka mempunyai kemudahan elektrik yang sempurna tidak mengira rumah kediaman atau kawasan perindustrian. Pada tahun 2009 Daerah Melaka Tengah mempunyai 14 “main intake” dengan Keupayaan Terpasang 1,155 Mega Volt Ampere (MVA) dan beban maksima 445.75 MVA. Daerah Alor Gajah mempunyai 5 “main intake” dengan Keupayaan Terpasang 270 MVA dan 92.32 beban maksima manakala Daerah Jasin mempunyai 2 “main intake” dengan 120 MVA Keupayaan Terpasang dan beban maksima 42.74 MVA. Penggunaan elektrik untuk seluruh Negeri Melaka sejumlah 301.15 million kilowatt jam dengan 64.08 million kilowatt jam untuk kediaman, 89.91 million kilowatt jam untuk perdagangan, 139.60 million kilowat jam untuk perindustrian. Sebanyak 6.06 million kilowat jam untuk penggunaan pertanian dan 2.85 million kilowat jam untuk lampu jalan.

Kesemua kemudahan infrastruktur yang lengkap telah ditambah dengan kemudahan kesihatan yang sangat baik. Negeri Melaka mempunyai empat buah hospital kerajaan yang lengkap. Hospital Melaka mempunyai 823 bilangan katil,  Hospital Alor Gajah mempunyai 29 bilangan katil,  Hospital Jasin mempunyai 76 bilangan katil dan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak mempunyai 144 bilangan katil. Kemudahan hospital swasta juga sangat lengkap di Melaka. Negeri Melaka mempunyai lima buah hospital swasta yang mempunyai kemudahan moden dan dapat memenuhi kehendak industri. Putra Specialist Hospital  mempunyai 201 bilangan katil, Pantai Ayer Keroh Hospital mempunyai 224 bilangan katil,  Mahkota Medical Hospital mempunyai 356 bilangan katil, Asia Clinic & Maternity Home mempunyai 6 bilangan katil dan Damai Medical & Heart Clinic mempunyai 8 katil. Negeri Melaka juga mempunyai kemudahan Pejabat Kesihatan sebanyak 3 buah, Poliklinik Komuniti sebanyak 27 buah, Klinik Desa 61 buah, Klinik Pergigian Kerajaan 16 buah, Klinik Swasta 266 buah, Klinik Pergigian Swasta 33 buah dan Farmasi Swasta 47 buah.

Kemudahan kesihatan yang baik telah ditambah dengan bilangan doktor yang cekap dan mencukupi. Pada tahun  2009 bilangan dan nisbah tenaga kerja kesihatan kepada penduduk telah setara dengan apa yang dimiliki oleh negara maju yang lain. Negeri Melaka mempunyai 940 orang doktor yang terdiri dari 597 orang doktor kerajaan dan 343 doktor swasta. Ini menjadikan nisbah penduduk 1:916. Bilangan doktor gigi juga amat baik. Negeri Melaka mempunyai 108 doktor gigi yang mana 69 adalah doktor gigi kerajaan dan 39 doktor gigi swasta. Pegawai Farmasi pula seramai 190 orang yang terdiri dari 122 orang pegawai farmasi kerajaan dan 68 pegawai farmasi swasta dan Negeri Melaka mempunyai 2,025 jururawat yang terdiri 1,400 orang jururawat kerajaan dan 580 jururawat dari pihak swasta. Nisbah penduduk untuk jururawat adalah 1:456, Nisbah doktor gigi adalah 1:8,460 dan nisbah pegawai farmasi 1:4,681.

Kejayaan sektor perindustrian telah terbukti berjaya. Sepanjang perjalanan dimana sahaja dalam Negeri Melaka kita akan dapat melihat kawasan perindustrian. Ini kerana Kerajaan Negeri Melaka mempunyai perancangan yang baik. Kawasan perindustrian tidak tertumpu disatu kawasan sahaja. Strategi ini telah menjadikan Negeri Melaka sebuah “City State”. Pembangunan meliputi keseluruhan di Negeri Melaka. Tidak dapat banyak perbezaan yang ketara dari segi kemajuan sesuatu daerah. Semua kawasan mempunyai keunikan industri yang tersendiri dan menjadi kebanggaan setiap daerah. Kemudahan yang lengkap lagi tersusun dengan perancangan yang sangat rapi telah mengamit banyak pelabur untuk memulakan perniagaan di Negeri Melaka. Usaha bijak pemimpin Melaka untuk memajukan industri perlu disanjung tinggi. Rakyat Melaka telah mendapat nikmat dari sektor perindustrian, Melaka akan terus maju dari sumbangan perindustrian pada masa hadapan.

Amat menghairankan, ada yang tidak suka negeri Melaka telah mencapai status negara maju. Macam-macam yang diperkatakan dengan bukti yang nyata, masih lagi yang tidak mahu percaya. Mungkin mereka ini tidak mahu suka orang bercakap benar dan suka kepada cakap-cakap bohong. Kalau tidak mahu mempercayaai 32 indikator yang telah dinyatakan. Kita lihat sahaja disekeliling kita. Lihat sahaja kebersihan di seluruh negeri Melaka. Semua orang dapat melihat dengan mata kepala kita  sendiri bagaimana bersihnya seluruh negeri Melaka. Jika kita memasuki negeri Melaka dari laluan Lebuh Raya Utara Selatan melalui Ayer Keroh Jasin dan Simpang Empat, kita seolah-olah memasuki satu kawasan yang baru seperti juga kita memasuki kawasan Woodlands di Singapura. Kebersihan Melaka lebih baik dari Kota Singapura pada setengah-setengah tempat didalam bandar. Memangnya Melaka tidak mempunyai bangunan tinggi sebanyak seperti Singapura tetapi kemajuan sesuatu negara tidak mengira banyaknya  bangunan tinggi.  Apa yang kita miliki dan nikmati adalah menunjukan Melaka negeri maju adalah benar tiada yang lain melainkan benar.

MENGAMALKAN HIDUP MODEN DAN BERPRESTASI TINGGI.



Rakyat Melaka berbangga kerana sekarang mereka telah telah mendiami sebuah negara maju. Disana dan sini rakyat Negeri Melaka telah merasai kemajuan yang telah diusahakan sekian lama. Setiap pengunjung yang datang ke Negeri Melaka menyedari kemudahan yang disediakan  sentiasa bertambah dan berubah dan perubahan dirasai dalam tempoh yang singkat. Kalau dulu, kata usikan selalu berkisar kepada kemajuan Negeri Melaka. Kata usikan yang sering kita dengar  “Apa yang ada di Negeri Melaka?, “Ada bukit diberi pada Cina (Bukit China)”, “Ada kampong diberi pada Jawa (Kg Jawa)” dan “Ada tanjung di beri pada Keling (Tanjung Keling)”. Sekarang kata-kata itu telah tidak kedengaran lagi. Sekarang kita dengar slogan “Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia”, dengan kata lain apa yang ada diseluruh Malaysia boleh didapati di Negeri Melaka.

Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan, pembanggunan Negeri Melaka amat pesat sejak 10 tahun yang lalu. Negeri Melaka kecil tetapi mempunyai pemimpin yang berjiwa besar. Apa yang ada ditempat orang cuba dibuat di Melaka. Kita dulu bangga dengan PWTC (Putra World Trade Centre) yang terletak di Kuala Lumpur tetapi di Melaka mempunyai banggunan tersegam indah MITC (Melaka International Trade Centre). Putrajaya sangat terkenal dan telah menjadi tumpuan lawatan setiap lapisan masyarakat, Negeri Melaka mempunyai Hang Tuah Jaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Melaka. Pusat pentadbiran baru ini juga telah menjadi kebanggaan rakyat Nmegeri Melaka. Jika di Kuala Lumpur mempunyai Menara Kuala Lumpur, Melaka mempunyai Menara Berputar Taming Sari dan Melaka mempunyai Bot Pelancong Sg Melaka yang sangat moden. Banyak lagi kemudahan terbaru yang telah disediakan termasuk Taman Thema dan Kemudahan Monorail menyusuri Sunagi Melaka. Melaka mempunyai segala-galanya dan tidak salah jika mengistiharkan Melaka negeri Maju.

Maju dari segi kemudahan perlu diikuti dengan gaya hidup yang serba maju. Kita tidak boleh mengelak maju yang akan dihubungkaitkan dengan moden. Cara hidup maju bermaklna cara hidup yang lebih moden. Moden yang dimaksudkan tidak melanggari batas ugama dan  tata kesusilaan orang Malaysia. Kita selalu dengar komen seorang juruhebah dari salah sebuah setesen radio tempatan. “Apalah guna negeri maju jika pemikiran kita tidak maju” . Ini bermakna keseluruhan hidup kita perlu berubah kepada cara hidup yang bercirikan rakyat negara maju.

Sikap tidak membuang sampah mengikut sesuka hati adalah amalan yang sangat baik bagi penduduk negara maju. Negara maju tidak pernah memberi amaran supaya penduduknya supaya membuang sampah di tong sampah. Negara maju juga tidak pernah ingin mendenda rakyatnya yang tidak membuang sampah ke tempat yang betul. Sikap ingin menjaga kebersihan datang dengan sendirinya. Kesedaran mereka adalah kesedaran dalaman yang berterusan dan dipraktikan sepanjang masa. Kita akan merasa sangat selesa apabila berada di negara maju kerana kebersihanya. Kebersihan di tempat awam mereka adalah merupakan sesuatu yang sukar dipercayaai. Tandas awam mereka sangat bersih dan sentiasa disediakan sabun dan kertas tisu. Kemudahan yang disediakan seolah-olah seperti tandas di hotel lima bintang dan sukar dipercayaai kemudahan tandas awam yang disediakan secara percuma dan sangat bersih. Sikap menjaga kebersihan juga amat terserlah dikenderaan awam termasuk keretapi dan bas awam. Kita juga melihat kemudahan menunggu bas yang sangat bersih dan setesen bas yang amat cantik, bersih lagi selesa. Kira dapat melihat pengguna kenderaan awam amat dihargai di negara maju.Kita juga melihat pemandu teksi negara maju amat menghormati pelanggan. Amat jarang kita dengar rungutan pengguna teksi di negara maju. Setiap teksi yang kita tahan akan berhenti jika tiada penumpang di dalamnya. Mereka akan menghantar pelanggan dimana sahaja destinasi tidak kira dekat atau jauh. Pemandu teksi juga tidak pernah merungut apabila penumbang membawa beg yang berlebihan. Mereka akan cuba membantu sebaik mungkin. Apabila mereka melihat penumpang mempunyai beg dan ingin meletakan beg ke dalam bonet belakang, pemandu teksi dengan seberapa segera akan turun dan akan membantu mengangkat beg untuk dimasukan kedalam bonet. Bukan itu sahaja, mereka akan membantu menurunkan beg apabila sampai ke destinasi. Amat jarang mereka mengenakan bayaran yang berlebihan kerana senarai harga telah di pamirkan dan kita boleh mengiranya semasa di dalam teksi. Pada satu ketika dahulu rakyat Malaysia sangat suka membuang sampah merata-rata. Ada yang mengatakan rakyat Malaysia sangat pengotor. Banyak kemudahan awam dibina tetapi sangat kotor dan kurang penyenggaraan Ada yang suka kereta bersih tetapi dan membuang sampah hanya melalui tingkap kereta. Masaalah membuang sampah merata-rata telah menjatuhkan imej negara. Amat sukar untuk mengubah mentaliti mereka. Pemikiran maju bermakna rakyatnya sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik berdasarkan kemudahan yang telah disediakan. Rakyat perlu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin dan menjaganya dengan baik. Rakyat negeri maju tidak perlu diletakan papan tanda ”Jangan Membuang Sampah” kerana rakyatnya tahu membuang sampah ditempatnya dan tahu akibat jika membuang sampah merata-rata dari segi kesihatan dan pelancungan. Adalah tidak perlu papan amaran diletakan dengan hanya mengatakan denda sebanyak RM 30 jika membuang sampah ditempat tertentu. Rakyat negara maju tidak perlu diugut dengan denda kerana mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan dan merasakan satu tanggung jawap mereka. Apa yang diletakan (kemungkinan) hanyalah panduan untuk membuang sampah. Semestinya panduan yang bercorak pembelajaran dan nasihat akademik secara profesional.  Rakyat negara maju akan disediakan tempat pembuangan sampah atau tong sampah yang lebih berfungsi sebagai tempat kitar semula. Ini juga dibuat secara sukarela atas inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk dengan rela hati membuang sampah ditempat yang boleh dikitar semula. Ini adalah kesedaran yang tinggi dimiliki oleh setiap rakyat negeri maju. Pengalaman dan pembelajaran serta latar belakang akademik yang ada telah membolehkan penghuni negara maju bersifat begitu dan mempunyai rasa tanggung jawap yang tinggi kepada tempat tinggal mereka. Ini adalah kerana gaya hidup mereka telah maju disebabkan pendedahan dan pendidikan yang mereka telah terima. Penyelesaian masaalah sampah hanya akan berjaya jika PBT menyediakan tong sampah dengan banyak. Jika boleh setiap 10 meter satu tong sampah disediakan. Pihak PBT perlu melambakan jumlah tong sampah. Tiang elektrik dan telekom perlu juga di pasang tong sampah. Sudah menjadi tabiat semulajadi kita  tidak suka menyimpan sampah terlalu lama.dan tidak mahu berjalan jauh untuk membuang sampah, jika sudah ada tong sampah didepan mata sudah pasti sampah tidak dibuang merata-rata.

Penerimaam sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap produk inovasi berasaskan kecanggihan sains dan teknologi amat rendah dengan proses penerimaan yang amat  pelahan. Rakyat Malaysia lebih suka dengan sikap tunggu dan lihat keupayaan sesuatu teknologi. Mereka lebih mudah menerima  atau sesuatu produk itu telah digunakan oleh orang lain barulah mereka ingin mencuba atau menggunakannya. Tabiat ini bukan sahaja ditunjukan oleh rakyat tetapi pengusaha juga tidak berminat dengan produk inovasi sains hasil ciptaan tempatan. Seperti yang kita ketahui, ini dapat dilihat dari kesukaran produk inovasi dapat dikomersialkan di Malaysia. Pengusaha Malaysia lebih minat mengimpot barangan dari seluruh dunia dan tidak beminat untuk menggeluarkan produk sendiri. Seperti yang telah kita ketahui pengusaha Malaysia memang tidak berminat dengan inovasi negara sendiri mungkin kurang berkeyakinan. Sikap mahu menggunakan teknologi sains di Malaysia amat tinggi terutama produk elektronik dan peralatan komunikasi mudah alih. Rakyat Malaysia juga sangat berminat dengan peralatan elektronik yang kerap diiklankan didalam media massa. Sikap ini amat baik dari satu segi perniagaan tetapi tidak menyumbang perkembangan teknologi tempatan. Kesan dari sikap ini kita masih lagi mengekalkan tabiat lama yang jelas tidak membantu dari perkembangan sains tetapi kita terpaksa meneruskanya. Banyak ciptaan produk elektronik canggih yang dicipta di Malaysia oleh rakyat tempatan. Produk ini kerap dipamerkan ketika pameran inovasi atau pameran sains dan teknologi. Produk inovasi juga kerap dilaporkan didalam akhbar tempatan tetapi hanya tinggal sebagai bahan bacaan sahaja. Produk ini sebenarnya hasil penyelidikan saintifik dan kemampuan teknikal rakyat Malaysia dan besar kemungkina mendapat pendidikan sepenuhnya di dalam negara. Malaysia mempunyai kemampuan modal insan yang tinggi tetapi kemampuan ini kurang dipercayai dan kurang diberi perhatian oleh rakyat Malaysia sendiri. Tugas untuk meyakinkan kemampuan ini sebenarnya harus diselesaikan oleh saintis kita sendiri. Setiap hasil penyelidikan dan ciptaan berasaskan sains dan teknologi ini perlu diyakini dengan kebolehan menulis, bercakap dan berhujah. Saintis haruslah manusia yang serba boleh dan selalu terkehadapan. Para saintis tidak boleh lagi sebagai mereka yang berada dibelakang pentas. Ahli sains perlu berada didalam masyarakat dengan penuh yakin menyatakan produk inovasi berasaskan kajian saintifik harus digunakan dalam kehidupan dengan penuh yakin. Tiada salahnya kita menggunakan sepenuhnya pendekatan sains dan teknologi untuk keseluruhan penghidupan jika benar-benar produk ini dapat memberi kita penghidupan dengan penuh bergaya dan dengan gaya hidup yang sangat menyehatkan.

Penghidupan menggunakan penekatan sains dan teknologi perlu benar-benar difahami sejak bangku sekolah lagi. Kaedah pengajaran juga perlu berubah. Pendekatan saintif semasa mengajar dengan peralatan mengajar yang berdasarkan lihat, teliti, cuba dan lakukan perlu diamalkan. Bahan pengajaran perlu menunjukan ujikaji yang sebenarnya melalui model yang bercirikan saintifik. Lawatan sambil belajar sangat dan perlu digalakan. Tidak semestinya lawatan perlu tempat yang agak jauh. Lawatan perlu dilakukan di lokasi berdekatan tetapi setiap pemerhatian perlu dihubungkaitkan dengan pemahaman sains dan teknologi. Jika perlu setiap hasil lawatan perlu diteliti kefahaman pelajar melalui aktiviti pembentangan. Kita harus membiarkan pelajar membuat pembentangan apa yang telah mereka lihat dan fikirkan. Kita patut juga memberi peluang kepada pelajar membuat cadangan jika mereka dalam keadaan begitu dan begini.

Kehidupan pada masa hadapan juga perlu difikirkan dari sekarang. Kalau dulu banyak yang mengatakan apa yang diceritakan dalam filem James Bond hanyalah khayalan semata-mata  atau satu pembohongan tetapi sebenarnya apa yang dibayangkan dahulu sebenernya satu realiti. Semua peralatan yang adalam dalam filem James 40 tahun dahulu telah kita gunakan dirumah kita sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...