nuffnang ads

Friday 2 November 2012

PAKAR YANG TIDAK PAKAR.



Banyak sangat perkara yang diluar jangkaan berlaku pada minggu ini. Surat khabar Berita Harian Hari Khamis 27 Januari 2011 di muka hadapan melaporkan 6,872 korban nahas jalan raya yang membabitkan 6,260 kemalangan maut pada tahun 2010. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar memberi komen, ini adalah jumlah kematian tertinggi dalam sejarah negara. Seperti biasa setelah semua ini berlaku seharusnya satu langkah perlu diambil. Lebih-lebih lagi setelah apa yang ingin disasar pada tahun lepas tidak menjadi. Pihak Bukit Aman akan terus akan mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan konsep “Creative Enforcement’ pada Ops Sikap ke 23 selama 15 hari bermula Tahun Baru Cina tahun 2011. Kita perlu beri pujian langkah yang akan diambil tetapi kita perlu lihat hasilnya nanti diawal tahun 2012. Harap usaha ini akan berjaya.

Setiap kali apabila sahaja jumlah kemalangan meningkat. Sikap pemandu akan dipersalahkan. Semua berjanji ingin menyiasat untuk mengambil tindakan selanjutnya. Jarang laporan siasat disebarkan melalui surat khabar. Mungkin ada pembentangan dibuat pada pihak tertentu tetapi jarang diketahui oleh masyarakat. Mungkin ada dikeluarkan laporan rasmi tetapi banyak pihak yang tidak mengambil endah. Akhirnya kita hanya mampu mengira mayat seperti yang pernah disiarkan oleh akhbar Melaka Hari Ini  (MHI) selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 yang lalu.

Mungkin kemalangan jalan raya  maut tidak boleh diselesaikan di negara ini atau dikurangkan. Ini kerana sikap rakyat negara ini yang memandang kemalangan jalan raya satu kejadian biasa. Kemalangan adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi negara sudah maju dan kenderaan sudah banyak dijalan raya. Ini mungkin sikap tidak dapat diubah dari pendapat banyak pihak. Kalau berkata sikap tidak boleh berubah, banyak pakar motivasi atau pakar jalan raya tidak setuju. Pernah dalam satu forum diperkatakan tidak boleh hanya mempersalahkan sikap sahaja selama-lamanya. Ini tidak dipersetujui lebih-lebih lagi dari kaca mata Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR). Sikap perlu diubah terlebih dahulu melalui peraturan atau undang-undang yang tetapi bukan  hanya agak-agak sahaja (menyalahkan sikap juga mungkin agak-agak). Kalau kelajuan boleh membunuh, kita kena kawal dengan menekankan undang-undang atau kemampuan kereta dengan mengawal kelajuan kenderaan. Kawal kelajuan dengan menggunakan teknlogi. Hanya ini jalan penyelesaian yang pernah dicadangkan dalam beberapa artikel yang pernah di siarkan oleh akhbar MHI.

Apa yang dapat dikomen dalam perkara kemalangan, kerajaan telah melaksanakan tanggung jawap dengan baik. Apa yang minta oleh pakar jalan raya atau pakar lalulintas atau pakar kemalangan jalan raya untuk ditubuhkan, semuanya telah ditubuhkan oleh kerajaan. Minta menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah ditubuhkan. Minta tubuh Majlis Keselamatan Jalan Raya telah juga kerajaan tubuhkan. Permintaan yang terakhir untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang kononnya akan mampu mengurangkan keselamatan jalan raya juga telah ditubuhkan tetapi semuanya hampa berlaka. Kemalangan jalan raya meningkat lagi. Apa yang mampu dilakukan adalah dengan mengira mayat hampir setiap hari dan setiap awal tahun berikut perlu dibuat laporan tahunan berapa mayat yang telah dikebumikan dari hasil kemalngan jalan raya.

Kenderaan sesak dan “jammed” di Kuala Lumpur juga tidak ada jalan penyelesaain. Perjalanan dari Ayer Keroh ke tol Sungai Besi hanya mengambil masa satu jam atau satu setengah jam tetapi lepas tol Sungai Besi kenderaan hampir tidak bergerak dan keadaan tidak berubah sejak 5 tahun kebelakang ini. Sekali lagi dimana silapnya. Banyak tenaga yang dikatakan pakar tetapi tidak dapat menyelesaikan masaalah pengguna. Apabila hendak mengambil bekerja atau hendak memilih pihak yang dapat menyelesaikan masalah. Semua pihak tertentu akan mengaku pakar dalam segala bidang jalan raya. Komen hanya akan diberi setelah kesesakan berlaku tetapi langkah penyelesaian jangka panjang tidak ada. Adalah tidak dinafikan semua bandar besar di dunia mengalamai masaalah kesesakan di waktu puncak. Ini kerana jumlah kereta yang berlebihan pada waktu-waktu tertentu. Malangnya di Kuala Lumpur sebarang ketika malam atau siang kesesakan sangat teruk. Jarang sangat kesesakan tidak berlaku. Adalah tidak diketahui dimana silapnya?. Rekabentuk jalan untuk 25 tahun kehadapan menurut pakar rekabentuk jalan raya dengan menggunakan statistik kepakaran yang tinggi, tetapi kerap tidak menjadi. Mungkin juga ramalan pakar kita terhadap kemajuan negara ini sangat meleset. Mereka fikir perjalanan kemajuan pembangunan negara macam kura-kura. Mereka tidak sedar kita juga berjalan macam kura-kura kalau berkeinginan mengikut rentak ramalan pakar tetapi menggunakan “ninja turtle” yang serba boleh dan boleh terbang juga.

Sangat merisaukankan dengan kepakaran yang kita miliki. Apakah negara sudah mempunyai tenaga pakar yang kita ingini?. Seperti yang kerap diperkatakan kepakaran bukan datang dari mereka yang berkelulusan tinggi atau pandai. Banyak kesilapan berlaku disini. Kepakaran datang dari kebijaksanaan. Pandai tidak semestinya bijak. Kenaikan pangkat berdasarkan kepandaian perlu difikirkan semula. Pakar datang dari mereka yang bijak dan tidak semestinya pandai. Banyak proses kenaikan pangkat hanya melihat dari segi kelulusan atau CV yang ditulis sendiri oleh pemohon. Ini juga perlu difikirkan. Sangat merisaukan mereka yang dikatakan pakar tetapi tidak pakar. Akibatnya negara tidak dapat menyelesaikan masaalah. Tangan hanya akan menuding tangan kepada pemerentah, iaitu orang politik dan pada masa yang sama pemerintah yang juga orang politik amat berharap kepada kepakaran yang dimiliki oleh tenaga pakar.

Banjir lagi satu cerita yang hampir diperkatakan setiap hari, Memanglah negara maju juga banjir seperti berlaku di Australia baru-baru ini. Satu lagi jalan keluar untuk tidak kepakaran kita di diperkatakan dengan menuding jari kepada peristiwa lain. Ini memang ada kebenaran tetapi pakar kita harus dapat mengubah sedikit keadaan banjir di negara kita. Paling tidak ramalan kajian cuaca perlu 90% tepat. Banjir memang tidak dapat dielakkan apabila hujan lebat. Paling tidak rakyat mengetahui hujan lebat dan banjir akan berlaku. Rakyat juga ingin mengetahui berapa serius hujan atau banjir akan berlaku supaya mereka boleh membuat persediaan awal. Apa yang berlaku apabila hujan telah turun dengan lebat barulah ramalan keluar. Begitu juga apabila tanah sudah runtuh barulah kita akan mendengat pakar mengatakan lokasi tersebut memang kawasan kritikal dan diramal akan runtuh. Komen begini kerap berlaku. Komen diberi setelah kejadian berlaku. Ini bukan pakar namanya. Semua orang boleh berbuat demikian.

Pakar ramalan cuaca perlu memainkan peranan yang penting dan serius dalam membantu membuat ramalan yang hampir tepat.Tenaga kerja perlu betul betul pakar. Bukan pakar hanya membuat kerja pentadbiran sahaja dan yang lain diselesaikan oleh pegawai muda yang juga menganggap mereka pakar dalam hal-hal penting. Negara memerlukan pakar yang “hands-on”. Bukan pakar menggunakan “remote control”.  Bukan pakar hanya menandatangani laporan dari “pakar” yang lain.

Satu ketika dahulu kita dikejutkan dengan keruntuhan bangunan Highlands Tower di Ulu Kelang, Selangor. Laporan tidak menyatakan secara jelas siapa yang bersalah atau kepakaran siapa yang perlu dipertikaikan. Jalan mudah adalah menyatakan bencana alam sahaja. Kejadian bangunan runtuh seperti ini jarang sangat berlaku, minta-minta jangan berlaku lagi. Apa yang kerap dilaporkan bangunan retak, bangunan runtuh sikit-sikit akibat kerosakan struktur atau bukan struktur, bangunan atau bumbong bocor apabila diduduki atau belum diduduki dan bangunan pecah sana dan sini sebaik sahaja diduduki. Sekali lagi jarang diperkatakan masaalah ini selain jika bangunan tidak runtuh seperti runtuhnya bangunan Highlands Tower. Kepada pengguna masaalah ini sangat serius kerana mereka perlu mengeluarkan wang lagi setelah membelanjakan wang yang banyak untuk membeli rumah. Kepada pemaju atau kontraktor, ini perkara biasa dan tidak perlu diperbesarakan. Banyak pakar pembaikan rumah mengiklankan diri untuk memperbaiki masaalah kecil ini. Kadang-kadang tidak kecil, harganya kadang kala mencecah ribuan ringgit. Ini tidak terkecuali bangunan kerajaan. Belum lama diduduki terpaksa diperbaiki dengan jumlah perbelanjaan yang besar. Ada bangunan sehingga tidak boleh diduduki dan ada juga peralatan yang tidak boleh berjalan dalam tempoh yang lama yang memerlukan perbelanjaan pembaikan yang besar walaupun pun belum digunakan.

Sangat menghairankan kejadian ini boleh berlaku. Pelan pembinaan diluluskan oleh mereka yang pakar dan kerap dikatakan “Jurutera Profesional” bercop bulat dari istilah orang biasa. Bangunan juga dibina oleh “Jurutera Profesional” dan diluluskan untuk diduduki oleh “Jurutera Profesional”. Malanganya bangunan yang semua dibuat oleh “Jurutera Profesional” retak, tidak dapat berfungsi dengan baik dan memerlukan kerja pembaikan sebaik-baik sahaja diduduki atau setelah diduduki dalam tempoh yang singkat. Amat disangsikan dimana kepakaran mereka yang dikatakan pakar dalam hal pembinaan bangunan atau kelulusan bangunan.


Setelah banyak peristiwa berlaku dan memerlukan perbelanjaan yang banyak perlu dilihat semula kepakaran dimiliki oleh negara kita. Amat merisaukan jika kita mempunyai banyak kepakaran tetapi kepakaran bercakap atau mengajar tetapi tidak boleh buat kerja. Kita ada banyak kepakaran jalan raya yang pandai bercakap, amat bermotivasi tetapi tidak ada kepakaran dalam hal jalan raya atau keselamatan jalan raya. Apa yang mereka miliki adalah kelulusan tinggi (pandai) tetapi tidak ada kepakaran. Berkelulusan tinggi tidak semestinya pakar. Kesilapan besar adalah mengiktiraf pakar dari segi kelulusan dan pandai bercakap. Kerjanya seperi rakyat biasa. Kita juga perlu lihat kepakaran kita dari penyelesaian masaalah banjir. Mungkin kita tidak ada kepakaran dalam bidang ini. Apa yang ada juga pandai bercakap dan diiktiraf pakar melalui kelulusan yang ada. Sekali lagi ini juga kesilapan dan perlu dilihat semula kepakaran nyang ada. Mungkin selama ini kita tidak ada pakar penyelesai masaalah banjir. Apa yang kita miliki hanyalah jangkaan sesaorang itu pandai dari cakap-cakap dan apa yang mereka tulis. Begitu juga yang dikatakan “Profesional” tetapi tidak “Profesional”. Mungkin dari segi kertas memang betul tetapi dari segi kerja tidak pakar. Pakar yang bukan pakar kata-kata dari masyarakat umum.

1 comment:

  1. Betul kata tuan

    Bagaimana jika kita asingkan masalah keruntuhan bangunan dan kemalangan jalan raya.

    kemalangan jalan raya :-
    1) siapa yang buat calculation kadar juaan kenderaan vs kapasiti jalan
    2) siapa yang buat calculation speed kenderaan pada kawasan jalan raya tertentu vs risiko kemalangan
    3) siapakah punca utama kemalangan ? kereta atau motor
    4) kenapa jalan motor campur dengan jalan raya ?
    5) kenapa utamakan bangunan dibina tetapi x utamakan jalan raya yang lebih selamat ?
    6) kenapa di melaka asyik jamm ? macam di KL. adakah tak terjangka banyak kereta masuk melaka ketika unjuran melaka maju ?
    7) kenapa di singapore kurang kadar kemalangan ?

    ketuntuhan bangunan :-
    1) adakah design yang x cukup bagus ?
    2)adakah slah jurutera professional ?
    3) adakah salah pembancuh simen ?
    4) adakah salah kontrak atas angin lantaran tak cukup bajet, projek buat ala kadar ?
    5) siapakah orang di belakang projek makan atas angin ni?
    6) siapakah yang menutup sebelah mata ?
    7) bangunan yang selalu dengar berlaku rosak, bangunan berkaitan kerajaan atau bangunan swassta ?
    8) banyak bangunan kerajaan tiada CF tapi tetap beroperasi, ibarat retak menanti belah

    Pakar x cukup pakar, pemimpin juga x cukup memimpin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...