nuffnang ads

Tuesday 6 November 2012

PEREMPUAN MESTI BERPAKAIAN CANTIK



Cantik bermakna sangat menarik apabila di pandang (berkenaan perempuan, rupa muka, bangunan, benda dan pemandangan), sangat elok (bagus molek). Bercantik-cantilk adalah menghias muka supaya cantik, bersolek. Mencantikan ialah menjadikan cantik. Mempercantik menjadikan semakin cantik. Kecantikan adalah perihal cantik, keelokan (rupa, muka atau benda), kemolekan  dan keindahan. Pencantik yang menjadikan (kelihatan) cantik.

Perempuan ialah wanita atau lawan kepada laki-laki. Keperempuanan perihal sifat perempuan. Gadis ialah anak perempuan yang sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara, masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki). Bergadis bermakna masih perawan, mengadis perihal gadis, kedaraan, keperawanan. Kegadis-gadisan bertingkah laku sebagai gadis. Gadis juga sejenis tumbuhan atau pokok yang mempunyai nama saintifik cinnamomum parthenoxylon. Wanita ialah orang perempuan juga lawan kepada lelaki, kaum ibu, kaum puteri. Kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita dan keputerian. Pewanitaan ialah perkembangan ciri-ciri kewanitaan atau pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita kepada lelaki.

Pakaian ialah sesuatu yang dipakai (baju, seluar atau kasut). Sesuatu yang biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan. Berpakaian bermakna ada pakaiannya, memakai pakaianan atau mengenakan pakaian. Pemakaian adalah perihal (perbuatan, cara) memakai atau menggunakan, penggunaan. Sepemakaian ialah selengkap pakaian dan pemakai ialah orang yang memakai atau menggunakannya.

Pakai bermakna memakai atau dengan cara atau dengan jalan dan dipakai bermakna di dengari atau diberi perhatian. Berpakai sama seperti berpakai-pakai yang membawa makna sedang mengenakan pakaian atau masih dijalankan (digunakan) atau masih berlaku. Memakai bermaksud mengenakan (meletakan) pakaian atau menggunakankan sesuatu dengan, menjadikan sebagai gundik atau menggunakan ilmu (azimat atau tangkal) untuk menjaga diri. Memakaikan pula bermakna mengenakan baju, menggunakan (mempergunakan) atau memakai. Perkataan terpakai bermakna dipakai.

Memakai pakaian adalah sesuatu yang menjadi sebahagian dalam kehidupan. Sejak kecil lagi kita telah diajar berpakaian. Malahan sebelum dilahirkan lagi, anak-anak telah disediakan pakaian untuk menyambut anak kesayangan. Ada juga mereka yang tidak berpakaian seperti yang kita tahu. Sebenaranya mereka ini berpakaian tetapi tidak lengkap seperti orang kebiasaan. Pakaian anak-anak bersekolah juga sangat penting. Untuk melambangkan budak sekolah atau sesaorang masih menuntut pakaian seragam diperkenalkan disekolah-sekolah seluruh negara. Untuk itu setiap dari kita mengenali sesaorang tidak kesekolah atau merayau kerana mereka memakai pakaian seragam. Pakaian seragam sekolah digunakan diseluruh dunia untuk membolehkan pergerakan pelajar dikawal atau pun menaikan semangat mereka supaya ada perasaan menyayangi sekolah masing-masing dengan berpakaian serupa.

Sekarang ini setiap sekolah membuat rekabentuk sendiri pakaian seragan untuk jawatan tertentu seperti pegawas sekolah atau pengawas perpustakaan atau pengawas pusat sumber. Anak-anak kesekolah telah mula bergaya dengan fesyen yang tersendiri bersama kot, tali leher dan eksesori tambahan yang diletakan di dada. Dari pakaian, bidang tugas setiap murid dikenali. Amat mudah dari agihan tugasan jika mereka sudah berpakaian seragam.

Pakaian harus bersesuaian dengan majlis atau dimana kita berada. Kalau duduk rumah kita akan berpakaian basahan sahaja. Iaitu pakaian harian yang memudahkan kita membuat kerja rumah. Kalau bekerja pula ada pakaian yang sesuai. Kalau tugas yang memerlukan pakaian seragam dan terpaksalah memakai pakaian tersebut. Ada juga pekerjaan yang memerlukan pakaian yang sama pada hari tertentu. Seperti mereka yang bekerja disektor awam dikehendaki memakai baju batik pada hari Khamis. Dahulu pakaian batik perlu dipakai pada hari Sabtu. Sekarang di Melaka telah diperkenal pakaian baju korporat berwarna hijau untuk hari tertentu melambangkan Melaka komited untuk menjadi negeri yang mengamalkan teknologi hijau. Tanpa arahan pula, pada hari Jumaat banyak pegawai dan kaki tangan negeri Melaka memakai Baju Melayu yang lengkap. Ini adalah untuk menghormati hari Jumaat dan memudahkan untuk pergi sembahyang Jumaat. Pakaian juga perlu bersesuaian, jika ada perjumpaan malam atau ada majlis waktu malam. Ramai yang akan berpakaian batik. Jika ada majlis tertentu yang bercorak keugamaan, Baju Melayu lengkap adalah kebiasaan.

Sebenarnya soal berpakaian bukanlah isu besar kepada semua orang lelaki. Walau pun begitu ramai juga lelaki yang agak cerewet dalam berpakaian. Selalunya kaum wanita atau gadis atau perempuan yang sangat cerewet berkenaan pemilihan pakaian termasuk jenis kain, corak, warna dan potongan pakaian yang sesuai. Itu sebabnya semasa membeli belah pakaian, kaum perempaun agak cerewet dan mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pemilihan. Ini kerana pakaian akan menunjukan sesaorang itu cantik atau tidak. Ada perpatah mengatakan muka tidak boleh diubah tetapi perangai boleh diubah. Sekarang ini semua boleh diubah termasuk muka, bentuk badan dan perangai. Untuk menjadi cantik macam-macam boleh dilakukan sekarang ini. Ramai orang juga menyatakan. Untuk mengetahui dunia ini cerita, pastikan perempuannya ceria.

Kaum wanita perlu sangat mengambil kira soal berpakaian. Ini adalah sesuatu yang sangat penting. Sebelum melihat perangai, tutur kata dan muka sesaorang perempuan. Pakaian akan pertama kali dapat dilihat. Kaum wanita perlu berpakaian cantik dalam segenap ketika walau dimana mereka berada. Kaum wanita perlu berbelanja lebih sedikit dalam memilih pakaian supaya kelihatan cantik. Itu sebab dalam menyediakan pakaian, kalau berkemampuan perlu memilih kain yang mahal sedikit dan bersesuaian. Wanita tidak boleh dilihat berpakaian comot dan sudah pasti akan menjadi bahan percakapan. Kalau hadir dalam sesuatu majlis, pastikan berpakaian cantik dengan solekan yang sesuai. Bukanlah perlu bersolek seperti pengantin tetapi perlu ada solekan yang sesuai. Ini bertambah penting jika ada tugasan dalam majlis untuk membantu dalam tugasan penyampaian hadiah atau cenderamata dimana banyak mata yang akan memandang.

Kepada lelaki, kecantikan perempuan sangat memainkan peranan. Walau apa pun yang diperkatakan kecantikan kerap menjadi pertimbangan pihak lelaki. Ada juga yang mengatakan apa ada pada kecantikan yang hanya sementara tetapi kecantikan yang sement ara itu memainkan peranan yang penting untuk sesaorang lelaki. Kaum wanita jangan sekali-kali memandang pakaian adalah sesuatu yang remeh.Berpakaian ala kadar sahaja apabila keluar rumah adalah satu tabiat yang tidak baik. Ada yang memakai pakaian kelawar lusuh apabila berjalan pada waktu malam. Amat malang lagi jika terlihat terkoyak sedikit sana dan sini. Baju kelawar adalah untuk pakaian dirumah sahaja, bukan pakaian yang digunakan dihadapan ramai orang. Pakaian ini agak longgar juga dan boleh digunakan sebagai pakaian tidor.

Berpakaian terlalu  atau menjolok mata juga tidak baik walaupun banyak orang yang suka juga banyak biji mata yang memandangnya. Untuk nampak cantik tidak perlu terlalu seksi. Banyak orang yang cantik tidak pun berpakaian seksi. Sangat baik kalau dapat dikenakan rupa, fesyen, make up, pemilihan warna dan pakaian berpotongan sesuai. Apatah lagi berpakaian seksi bertentangan dengan ugama dan perlu dielakan.  Sekarang ini jika berpakaian seksi dikatakan pakaian yang tidak cukup kain, tidak cukup saiz atau berpakaian pakaian adik yang kecil atau ada yang mengatakan harga kain sudah terlalu mahal kesannya kain tidak cukup untuk membuat pakaian secukupnya. Begitulah gelaran atau usikan jika berpakaian terlalu kecil untuk menunjukan keseksian. Banyak orang yang akan meluat apabila berpakaian seksi terutama mereka yang telah berumur lebih-lebih lagi orang perempuan. Pakaian akan menjadi bahan percakapan dan tidak senonoh jika dihadapan khalayak ramai. Biarlah gulongan tertentu seperti penyanyi untuk berpakaian seksi. Ini mungkin keperluan kepada mereka.

Pemilihan warna pakaian juga perlu dipertimbangkan ketika membeli pakaian. Pemilihan ini berdasarkan kepada warna kulit dan juga dimana berada.. Kepada mereka yang berkulit putih, warna merah sangat sesuai atau warna cerah sedikit. Ini akan kelihatan menyerlah sedikit. Pemilihan warna juga bergantong kepada majlis yang dihadiri. Pada majlis keugamaan warna yang tidak terlalu magang tidak akan nampak cantik. Jenis baju juga perlu dipertimbangkan. Untuk membeli belah bolehlah menggunakan seluar atau sedikit berfashion. Untuk majlis kerja kahwin atau fungsi santai dihujung minggu perlu juga pakaian ditukar bergantong kepada jemputan yang hadir. Kalau boleh tidak terlalu berbeza dari orang lain. Memang sangat baik kalau berpakaian berbeza dari orang lain dan dapat menarik perhatian tetapi ini tidak berapa baik. Bersolek yang keterlaluan juga seperti pengantin atau penari bukan sesuatu yang menarik.

Berpakaian kemas perlu diajar dari bangku sekolah. Kita tidak boleh membiarkan anak-anak dengan pemikiran dan pengaroh alam sekitar atau rakan sebaya sahaja. Panduan dari ibubapa, keluarga dan sanak saudara amat penting dalam panduan berpakaian. Ibu dan saudara sebelah perempuan kerap menjadi ikutan. Tabiat adat berpakaian budaya timor perlulah diikuti supaya kesopanan terus terjaga. Ini tidak pula untuk tidak menyerlahkan kecantikan. Kecantikan amat penting walaupun apa yang dipakai. Jika ada anak-anak perempuan kelihatan agak liar dalam berpakaian, ibubapa perlu beri nasihat secepat mungkin. Ini mungkin kerana pengaroh kawan-kawan atau pengaroh media massa atau pendedahan dari internet. Tidak salah mempelajari dari internet tetapi perlu diberi sedikit nasihat dan panduan. Banyak kabaikan yang dapat dipelajar dari on-line tetapi perlulah dengan bimbingan keluarga.

Kecantikan adalah hak kaum perempuan. Untuk menjaga kecantikan selain rupa paras, pakaian juga sangat mempengaruhi. Untuk itu dalam setiap ketika samaada berada dirumah, dipejabat, bersantai bersama keluarga lebih-lebih lagi dalam majlis orang ramai golongan wanita perlu dilihat cantik. Berbelanjalah supaya dapat dilihat cantik. Ini bukan untuk menarik perhatian orang tetapi perlu untuk menyesuaikan keadaan sesuatu majlis supaya dapat dilihat cerita. Kerap kali kecerian wanita akan mencerikan majlis. Rumah tangga juga akan ceria jika wanita ceria. Malahan dunia juga akan ceria jika kaum wanita ceria. Wanita mampu menceriakan dunia melalui kecantikan. Sangat baik jika wanita sentiasa berpakaian cantik supaya dunia akan kelihatan cantik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...