nuffnang ads

Friday 2 November 2012

NEGARA MAJU RAKYAT LEBIH BERSOPAN SANTUN.



Perlu difikirkan setiap kejayaan perlukan usaha.Tidak kurang juga yang berusaha tetapi tidak berjaya.Kerap kita dinasihatkan belajar dari kesalahan atau kesilapan jika tidak buat salah kita tidak tahu apa yang betul.Oleh itu yang penting teruskan usaha kalau ingin berjaya.Jangan fikir kesilapan yang lepas yang penting adalah usaha sehingga berjaya.Kejayaan membangukan negara  bukan sesuatu yang boleh dicuba dahulu.Membangunkan negara tidak ada  'trial and error'.Semuanya perlu dilakuakn sebaik mungkin.Ini kerana kejayaan negara diukur dari taraf kehidupan rakyat, jika rakyat hidup senang, sudah tentu negara itu dikira berjaya.Satu lagi tugas berat adalah untuk mengekalkan kesenangan.Kita tidak mahu setiap kesenangan hanya sementara sahaja.Kesenangan adalah selama-lamnya.

Menjadi harapan setiap pemimpin negara untuk mengekalkan kesenangan rakyatnya.Untuk menuju kearah itu negara perlu ditadbir dengan baik dan rakayt juga perlu bersikap baik, sentiasa bersyukur dengan kejayaan yang dicapai dan bersyukur dengan nikmat yang telah dirasai.Bersyukur bermakna berasa syukur dan berterima kasih. Mensyukuri ialah mengucapkan syukur (terima kasih) kepada sesaorang, melakukan sesuatu seperti berkenduri sebagai tanda bersukur.Kesyukuran ialah rasa syukurseperti yang kerap diperkatakan “tidak dapat digambarkan lagi kesukaan dan kesukuran mereka ketika itu. Begitulah makna bersyukur seperti yang diajar dan dilaksanakan sepanjang kehidupan kita.

Kelihatan sekarang ini banyak orang yang tidak bersyukur walau pun kehidupan mereka sudah bertambah baik. Banyak lagi yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka dengan membuat perbandingan dengan orang yang berjaya dan berpengaruh. Banyak dikalangan orang yang tidak bersyukur ini ialah mereka yang sangat iri hati dan tidak berpuas hati kesenangan yang dinikmati oleh orang lain. Mereka ini suka menuduh itu dan ini atas kejayaan orang lain dan pada masa yang sama asyik memikirkan mengapa mereka tidak boleh dapat seperti didapati oleh orang lain. Budaya iri hati ini akan membuatkan mereka menuduh orang lain yang bukan-bukan yang akhirnya membuat fitnah yang bukan-bukan dan menuduh orang lain tidak jujur.

Sikap yang tidak mneyenang kesenangan yang didapati oleh orang lain adalah sikap yang tidak baik.Kalau kita tidak menyukai orang lain lebih senang dari kita paling tidak kita lihat dan tidak perlu berkata-kata yang tidak baik. Kita tidak perlu buat apa-apa komen. Kesenangan yang didapati oleh orang lain juga tidak datang bergolek.Sudah tentu kesenangan ini didapati dengan apa-apa usaha. Setiap dari kita harus belajar bangga dengan jkejayaan orang lain dan harus menyemat didalam hati bagaimana ingin berjaya seperti orang lain. Berbangga dengan kejayaan orang lain atau saudara mara sangat baik. Kata-kata pujian dan tahniah atas kejayaan orang lain perlu dilakukan dengan hati yang jujur. Secara kasar kita harus gembira apabila orang lain atau kawan-kawan kita berjaya. Simpan motivasi untuk berjaya, mana tahu kalau ada rezeki, giliran kita pula akan berjaya.

Mudah sahaja, dalam kehidupan tidak perlu sakiti orang lain kalau ingin berjaya atau lihat orang lain berjaya.Setiap orang perlu kerja kuat dan perlu mengamalkan tabiat “mathalamat tidak menghalalkan cara”.Apa yang kita buat perlu mengikut landasan yang betul dan tidak menyakiti orang lain.Kita berjaya dengan keja kuat dan daya usaha kita tanpa menidakan keupayaan orang lain.Berilah pujian terhadap diri sendiri dan tidak mengatakan keburukan orang lain itu dan ini. Mudah sdahaja naikan nama diri sendiri tanpa memburukan orang lain.Katalah diri kita sendiri tanpa mengata orang lain. Sangat mudah amalan hidup begini.Kejayaan kita harus datang dari usaha kita sendiri.

Setiap dari kita perlu memberi penghormatan kepada sesuatu kejayaan. Jika kerajaan telah berjaya membawa negara ini seperti yang ada sekarang. Sudah tentu rakyat yang menerima nikmat dan perlu menyatakan kesyukuran atas nikmat yang kita perolehi. Negara yang sangat aman..Bangun sahaja dari tidur, sudah pasti kita mengetahu orang yang tersayang berada disebelah kita dan selepas itu makanan akan terhidang.Makanan akan ada apabila kita kehendaki dan segala yang menjadi kegemaran kita dapat kita miliki kerana kita mampu. Semua yang kita perlukan mampu kita miliki dan segala urusan sangat mudah dengan keamanan negara. Mungkin kita tidak menyedari semua kesenangan nyang kita dapat adalah hasil usaha  dan kerjasama orang lain.Ekonomi yang baik, negara yang aman dan kehidupan yang sangat baik sudah tentu datang dari perancangan yang baik serta komitmen pemimpin yang kita ada. Tidak semua pemimpin dapat melaksankan kepimpinan seperti yang kita nikmnati Ada negara yang mendapat kemerdekaan lebih kurang seperti negara kita tidak mengalami kesenangan seperti kita miliki. Ada negara yang masih lagi dibelenggu kemiskinan. Rakyat masih lagi berkejar demi sesuap nasi yang pada masa yang sama negara ini memilihi makanan yang berlebihan dan dibuang begitu sahaja. Negara ini rakyatnya bergembira dengan makanan segera dan restoran 24 jam. Inilah yang ada dinegara kita.

Setiap dari kita perlu bersyukur walaupun dikatakan harga barangan naik tetapi sebilngan besar rakyat negara ini mampu membeli makanan. Rakyat negara ini masih mampu menggunakan peralatan mewah dirumah. Sudah tentu setriap rumah mempunyai kemudahan asa yang baik.  Tidak ada negara dinunia ini kaya dan maju tetapi mempunyai barangan yang murah. Harga barangan bergantung kepada status kehidupan dan kita harus berbelanja menikut kemampuan dan mengukur baju dibadan sendiri..Kalau kita mampu mengapa tidak kita mnemiliki barangan berjebama dan membeli belah tempat ternama. Jika kita  berpendapatan kurang, belilah seadanya dan jangan merungut atas kemampuan orang lain kerana mampu memiliki peralatan yang kita tidak berkemampuan.

Orang yang berkemampuan sudah tentu memiliki rumah besar dan kereta mewah. Gaya hidup juga gaya hidup orang senang. Kalau kita mampu kita boleh mengikutinya.Kalau kita tidak mampu kita jangan ikut. Kita harus pakai apa yang kita mampu sahaja. Malanganya kepada mereka yang tidak berkemampuan akan menuduh mereka yang berjaya memiliki barangan tersebut tidak jujur vdalam hidup dan rasuh. Begitu senang tuduhan dibuat oleh kerana orang lain berjaya memilinya dan kita tidak mampu memilikinbya. Jkerap jkali apabvila orang lain sedikit senang, Sudah pasti banyak tuduhan yang akan sampai. Selalunya apa yang diperkatakan itu tidak ada bukti langsung dan hanya tuduhan semata-mata. Begitu menuduh orang lain hanya kita tidak mampu memilikinya. Itulah yang berlaku sekarang ini. Persaan iri hati  telah menguasai diri dan perasan menghornmati orang lain telah hilang. Tabiat orang timur yang perlu dimiliki oleh orang timur sudah tiada lagi. Ada kesopnan ketimuran telah hilang ditiub angin.

Sudah tentu dengan kesenangan yang dinikmati. Gaya hidup bertambah mudah dan kerja pun bukanlah yang mengunakan tulang empat kerat  Ini menjadikan amalan pemakanan telah berubah. Makanan terdapat dimana-mana sahaja. Kita lihat siang malam kedai makanan melayani pelanggan sampai ke pagi. Restoran 24 jam berada dimana-mana. Ini menunjukan jika ada duit, makan boleh didapati pada bila-bila masa. Keluarga yang senang atau mewah sudah tentu dapat menyediakan makanan yang baik dan kalau perlu dalam kuatiti yang banyak. Itu sebabnya sekarang terpaksa diadakan kempen kurangkan makan dan makan apabila diperlukan sahaja. Anak-anak disekolah juga sudah ada masaalah kegemokan. Bukan murid sahaja gemok tetapi guru pun sudah gemok melampau. Malaysia telah dilanda masaalah kegemokan menurut artikel ilmiah yang disiarkan dalam satu akbar harian baru-baru.ini.

Mudah sahaja, apabila ada duit kita akan makan berlebihan. Itu pasal kalau kita menunton filem lama atau filem dukumentari lama, kita akan dapati tidak ramai orang yang gemok di negara kita. Anak-anak juga kelihatan kurus. Mereka kurus kerana kehidupan agak susah ketika itu. Mereka ini kekurangan makan. Mereka makan sikit sahaja untuk hidup kerana kekurangan wang. Mungkin ada juga yang gemok tetapi tidak banyak. Mungkin tidak benar kalau dibuat kesimpulan setiap yang makan berlebihan adalah disebabkan mereka mempunyai wang. Mereka yang makan sikit mungkin tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Pemerhatian mudah yang dibuat oleh penyelidikan. Pemerhatian ini dibuat secara rambang. Penyelidik telah melihat kanak-kanak yang agak berisi atau gemok. Apabila di periksa mereka ini kebanyakannya datang dari keluarga yang mempunyai pendapatan yang agak selesa dan duduk juga dalam kawasan yang agak selesa. Bukan kanak-kanak sahaja gemok tetapi ibubapa mereka juga gemok. Sekali lagi faktor ekonomi keluarga yang menentukan kegemokan. Menurut pendapat ahli kesihatan, paling banyak orang gemok adalah disebabkan makan yang belelebihan atau tidak mengambil makanan yang seimbang atau amalan pemakanan yang tidak sehat dan juga tidak melakukan senaman. Gaya hidup juga menjadikan seorang itu gemok. Ini berlaku apabila tidak banyak berjalan samaada dirumah atau dipejabat. Banyak duduk dirumah menuntun tv sahaja tanpa melakukan kerja-kerja luar. Inilah yang dirisaukan kepada rakyat Malaysia. Hidup telah semakin selesa, tidak banyak berjalan.Kerja banyak dipejabat sahaja. Ada yang keluar rumah masuk pejabat dan keluar pejabat masuk rumah. sahaja Pada waktu tertentu pergi membeli belah. Inilah gaya hidup zaman moden. Masalah kegemokan perlu ditangani dengan melihat semula pemakanan dan gaya hidup. Setiap dari rakyat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup sehat. Ini amat mudah jika setiap rakyat Malaysia bermotivasi untuk hidup lebih sehat pada masa akan datang.Banyak seminar dan ceramah telah diadakan terutama kepada kanak-kanak dan keluarga muda supaya mengamalkan cara hidup sehat. Cara yang paling baik adalah mengamalkan kaedah pemakanan seimbang dan kaedah pemakanan yang betul.Banyak juga pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan kempen kesedaran terutama pertubuhan profesional untuk menjadikan kehidupan bertambah sihat. Aktiviti ini sangat baik dan berfaedah dan rakyat digesa mengambil peranan yang aktif untuk mengamalkan gaya hidup yang sehat  supaya seluruh keluarga akan bertambah sehat.

Semua nikmat yang dirasai walaupun kurniaan tuhan tetapi ada orang yang berusaha untuk mendapatkanya.Kalau asyik berdoa sahaja tanpa usaha tidak juga berjaya kalau berusaha tanpa izin tuhan juga tidak berjaya.Semua kejaayn ada orang lain yang membantu.Orang yang baik adalah menghargai apa yang dicapai dan jangan hilang dari tangan dan tidak mahu hidup balik keasal.Semua kemudahan telah ada teruskan berusan dengan sebaiknya.Masjid besar dan cantik telah dibina mengapa kita perlu sembahyang atas padang.Kita seolah-olah berbangga dengan kesusahan masa lalu.Kita miliki semuanya dan jangan sampai terlepas ditangan orang lain.Kalau sudah terlepas mungkin kita perlu mengulangi kisah lama bermesyuarat bawah pokok semula untuk merancang kejayaan masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...