nuffnang ads

Sunday 4 November 2012

PEREMPUAN ITU GADIS, PEREMPUAN ITU WANITA.



Perempuan ialah wanita atau lawan kepada laki-laki. Keperempuanan perihal sifat perempuan. Gadis ialah anak perempuan yang sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara, masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki). Bergadis bermakna masih perawan, mengadis perihal gadis, kedaraan, keperawanan. Kegadis-gadisan bertingkah laku sebagai gadis. Gadis juga sejenis tumbuhan atau pokok yang mempunyai nama saintifik cinnamomum parthenoxylon. Wanita ialah orang perempuan juga lawan kepada lelaki, kaum ibu, kaum puteri. Kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita dan keputerian. Pewanitaan ialah perkembangan ciri-ciri kewanitaan atau pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita kepada lelaki.

Sebenarnya tidak perlu diberi banyak definasi perempuan kerana semua telah mengetahui apa itu perempuan dan apa yang ada kepada perempuan. Sejak mengandong lagi yang akan ditanya samaada sudah melakukan 'scan' atau belum, kalau sudah di 'scan', anak lelaki atau perempuan anak dalam kandungan. Apa sahaja yang diberi oleh ALLAH sebagai manusia kita perlu bersyukur tetapi kita tetap kena berusaha apa yang ingin kita hajati samaada hendak anak laki-laki atau perempuan. Kepada bakal ibu atau bapa, lelaki perempuan sama sahaja asalkan semasa mengandong dan melahirkan anak, ibu dan anak akan selamat. Itulah selalu yang diperkatakan apabila bakal menerima cahaya mata tidak kira anak yang keberapa. Doa setiap pagi dari suami ialah hendak semuanya sehat sahaja. Anak-anak yang dilahirkan cukup sifat dan apabila besar menjadi manusia yang berguna.

Pada satu masa dahulu kerap diperkatakan jumlah kaum perempuan telah melebihi kaum lelaki. Statistik tidak pula menunjukan begitu. Ini diperkatakan kerana jumlah pelajar memasuki universiti pelajar perempuan melebihi kaum lelaki untuk setengah-setengah kursus. Juga kerap diperkatakan kaum perempuan lebih pandai dari kaum lelaki sehingga ada kelompok tertentu meminta jumlah ditetapkan untuk profesion tertentu kepada kaum wanita. Begitu juga kalau ada pencapaian kaum wanita dalam sesuatu hal akan diberi publisiti meluas. Kepada mereka setiap kejayaan wanita adalah pencapaian luar biasa yang perlu diberi pengiktirafan. Kerap kali publisiti terhadap pencapaian ini akan mendapat sambutan dan komen yang hebat. Ada juga berbagai kumpulan yang membuat berbagai-bagai tuntutan bagi pihak kaum wanita untuk profesion atau kerjaya tertentu. Sampai ada yang minta sejumlah tertentu jumlah pinjaman perniagaan diperuntukan kepada kaum wanita yang mana menurut setengah pihak kaum wanita akan menjadi usahawan yang baik dan berjaya kalau diberi peluang atau diberi modal atau pinjaman. Ini adalah kerana katanya kaum wanita adalah mereka yang membayar hutang yang baik pada waktunya. Mungkin ini ada betulnya tetapi kajian menyeluruh perlu dilakukan. Bidang keusahawanan kalau hendak dikira pencapaian sesuatu golongan amat sukar untuk ditetapkan, dalam hal perniagaan perlu ada sokongan antara satu sama yang lain. Untuk bidang pembelajaran tertentu, sememangnya ada bidang-bidang tertentu yang amat diminati oleh kaum wanita atau bidang yang sesuai untuk wanita atau bidang yang sangat diminati oleh ibubapa kerana mereka tahun bagaimana bidang pekerjaan ini. Kepada kerajaan sememangnya ada bidang yang sesuai untuk wanita tetapi terpulang kepada kaum wanita untuk memberi keutamaan.
Walaupun apa yang dibincangan oleh berbagai pihak dan walau apa pun tuntutan, tidak kira lelaki atau perempuan setiap dari kita ada tanggung jawap kepada keluarga, negara dan juga ugama. Setiap dari kita perlu menyumbang kepada keluarga seterusnya akan menyumbang kepada kemajuan negara. Lelaki dan perempuan seperti lagu dan irama, tidak boleh dipisahkan dalam apa juga keadaan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama yang lain. Banyak profesion dilihat pada satu ketika dahulu sesuai untuk lelaki sahaja tetapi apabila diberi peluang, kaum wanita juga dapat melaksanakanya. Akhirnya semua bidang pekerjaan sesuai untuk lelaki atau perempuan. Bergantunglah kepada setiap golongan ini untuk mendapatkanya.

Sekarang ini sangat jelas, banyak golongan perempuan atau gadis atau wanita bersama-sama berganding bahu untuk menyumbang kepada keluarga. Selesai sahaja belajar tidak kira setinggi mana seorang anak gadis belajar, apa yang penting adalah untuk mencari pekerjaan. Ini dilakukan untuk diri sendiri dan juga untuk membantu meringankan bebanan keluarga. Jika keluarga yang berkemampuan mungkin untuk pencapaian diri sendiri dan keluarga pada masa hadapan. Tabiat ingin membantu dari anak-anak gadis ini bukan diajar secara rasmi tetapi telah menjadi tabiat manusia. Apabila sampai kepada satu peringkat umur, mereka rasa bertanggung jawap kepada diri sendiri dan ingin berusaha untuk berdiri kaki sendiri. Setiap perempaun akan mencari pekerjaan samaada kerja sendiri atau makan gaji. Mereka juga tidak mengira pekerjaan. Ada sahaja yang bersesuaian mereka akan memceburkan diri. Ada yang membuat apa sahaja pekerjaan yang sesuai kepada mereka. Ada yang mencari pekerjaan bersesuaian dengan minat. Ada yang mencari pekerjaan berdasarkan kelulusan yang dimiliki. Ada yang mencari pekerjaan yang ditunjukan oleh keluarga atau kekasi.h Wanita bekerja bukan lagi sesuatu yang aneh. Malahan kalau ada gadis yang tidak bekerja akan merupakan satu keanehan. Mungkin dalam proses mencari kerja atau belum dapat kerja yang sesuai kalau ada gadis yang tidak lagi bekerja.

Bekerja ada satu karier kepada setiap wanita. Ini dapat meringankan bebanan keluarga. Paling tidak dengan bekerja keluarga dapat hidup senang sedikit atau hidup bertambah mewah. Banyak lelaki sememangnya mencari wanita yang bekerja untuk membolehkan kehidupan agak senang dan saling bantu membantu. Ada wanita yang akan berhenti kerja apabila suami telah mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menanggung keluarga. Selalunya ini berlaku kepada wanita yang telah berumur 40 tahun keatas kerana pada masa itu pekerjaan suami telah agak stabil dan kewangan keluarga juga telah agak mantap.

Sejak wanita mula bekerja dan seterusnya mempunyai keluarga iaitu apabila gadis berubah kepada wanita. Banyak kerja rumah tangga, walaupun tidak semua memerlukan pertolongan kepada yang mampu. Kepada yang kurang berkemampuan. Semua kerja rumah terpaksa dilakukan bersama kepada yang faham. Kalau yang kurang memahami, wanita terpaksa membuat semua pekerjaan dirumah. Ini sangat membebankan kaum wanita. Bayangkan sejak awal pagi dari menguruskan anak-anak untuk kesekolah, mengurusakan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan dirumah pengasuh atau dihantar ke tadika, menguruskan sarapan pagi, menyiapkan diri untuk kepejabat. Membuat buat kerja dan kesibokan pejabat. Apabila balik sahaja dari kerja terpaksa memikirkan apa yang perlu dimasak, mengambil anak-anak, berkemas rumah, mencuci baju, menyediakan makanan, melipat baju dan lain-lain tanggung jawap yang perlu dilakukan. Ini bukan kerja ringan tetapi terpaksa dilakukan oleh seorang yang digelar wanita. Ada yang berpendapat itu memang tanggung jawap wanita dan mereka telah dikurniakan oleh ALLAH boleh melakukan semuanya itu. Wanita telah direkabentuk begitu kata mereka. Kaum wanita adalah golongan yang sangat istimewa kata mereka dan sudah fitrah begitu. Inilah yang kerap menjadi gurauan kaum lelaki.
Menjaga keluarga bukan kerja separuh masa. Kita tidak boleh berkata berkerja sambil menjaga keluarga tetapi apa yang perlu dikatakan ialah menjaga keluarga sambil bekerja. Besar sungguh tanggung jawap golongan wanita bekerja. Kepada wanita yang tidak bekerja juga jangan difikirkan tidak sesibok wanita bekerja. Kita juga dapat melihat wanita yang tidak makan gaji (kalau kata tidak bekerja tidak boleh, kerana mereka juga bekerja tetapi dirumah) juga sangat sibok. Seperti wanita bekerja mereka perlu bangun awal pagi untuk urusan anak-anak kesekolah dan suami ingin pergi bekerja. Isteri sepenuh masa bekerja dirumah perlu menyediakan sarapan pagi atau lebih awal dari itu mengosok pakaian anak-anak atau suami. Walaupun membuat sarapan pagi bukanlah satu pekerjaan yang berat tetapi perlu diadakan juga. Nanti banyak orang berkata, “isteri tidak bekerja pun tidak boleh menyediakan sarapan pagi”. Walaupun makan roti, tetapi perlu disediakan. Anak-anak juga perlu disuruh sarapan pagi untuk kecergasan otak. Wanita perlu membuat kerja ini semua. Adakah ini tanggung jawap wanita semata-mata. Harap dapat fikirkan.

Berat lagi mata memandang berat lagi mahu memikul. Kita dapat lihat dengan jelas apa yang dilakukan oleh wanita yang bekerja. Dari subuh hingga menjelang subuh. Ini tidak masuk lagi tekanan kerja dipejabat. Walaupun begitu, kita dapat melihat wanita yang bekerja sentiasa riang berada disisi suami. Kalau ada tetamu berkunjung ke rumah, kita dapat melihat keceriaan kaum wanita. Bukan itu sahaja dalam masa yang singkat mereka dapat menyediakan juadah untuk tetamu. Makanan pula yang disediakan bukan ala-kadar sahaja tetapi sangat enak. Banyak juga yang berkata mereka tidak suka masakan yang dibeli. Seisi keluarga hanya makan makanan yang dimasak dirumah. Walaupun isteri bekerja, tetapi masakan tetap enak sehingga mereka tidak ada selera makan diluar. Itulah nekmatnya masakan dari mereka yang tersayang dengan resepi kasih sayang.

Begitulah tanggunggung jawap seorang wanita kepada keluarga. Tidaklah menghairankan kalau dikatakan syurga itu terletak dibawah kaki ibu. Tangan yang mengoyang buaian akan mengoncang dunia. Ini merupakan kata indah untuk memberi pengiktirafan kepada kaum wanita. Wanita juga dikatakan mencerikan keluarga. Satu keluarga itu dikatakan tidak ceria jika tidak ada anak perempuan. Kerap dikatakan jika tiada ada gadis dirumah, tiada serinya rumah tersebut. Itu sebabnya setiap keluarga kalau mempunyai anak memerlukan kehadiran anak perempuan. Begitulah sebaliknya, kalau semua anak perempuan pula mereka mengatakan hendak anak lelaki pula. Mungkin manusia tidak pernah puas apa yang mereka miliki.

Marilah kita sama-sama membantu untuk keluarga. Kepada suami yang mempunyai isteri bekerja atau tidak bekerja untuk mencari makan harus sama-sama menyumbang tenaga untuk keluarga. Tidak ada tugas khusus untuk wanita selain melahirkan anak sahaja merupakan tugas wanita. Tugas-tugas rumah tangga seperti mencuci pakaian, memasak, berkemas rumah, melipat baju, menggosok baju, mengelap cermin, mencuci bilik air, menyiram pokok bunga, berkemas taman dan semua lagi kerja-kerja yang berhubung dengan rumah tangga adalah tugas yang boleh dilakukan tidak kira lelaki atau perempaun. Siapa cepat ianya perlu dilakukan tidak kira masa. Jika semuanya sibok, waktu hujung minggu perlu diperuntukan kepada keluarga dan membuat semua kerja-kerja yang tidak sempat dilakukan semasa hari-hari bekerja.Kepada majikan, perlu diingatkan jika mempunyai pegawai atau kakitangan wanita. Perempaun adalah gadis dan perempuan adalah wanita yang ada tanggungjawap dirumah. Kerja diberi perlu juga mempertimbangkan perkara ini. Untuk itu kerja yang diberi perlu mengambil kira masa. Tugasan lepas waktu pejabat dapat dirancang dengan baik dan waktu kerja hujung minggu  atau cuti dapat diatur supaya ditiadakan. Ini adalah kerana menyumbang kepada keluarga juga sama seperti menyumbang kepada negara. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...