nuffnang ads

Sunday 4 November 2012

APAKAH KITA PERLUKAN PERBADANAN PENGURUSAN KUBUR MALAYSIA?



Setiap yang hidup akan mati. Ada yang mengatakan tujuan hidup adalah untuk mati. Mati akan dialami oleh semua makhluk yang bernyawa didunia ini. Oleh itu setiap dari kita perlu bersedia untuk mati. Menguruskan yang mati adalah urusan mereka yang hidup. Ini kerana apabila sudah mati tiada lain yang dapat dilakukan. Simati juga tidak mengetahui dimana mereka diletakan. Ini semua urusan mereka yang hidup. Ini kerana apa bila sesaorang yang disayangi mati, mereka yang menyayangi akan menguruskan tanah perkuburan. Semasa hidup kita perlu disayangi dan menyayangi supaya semasa hidup hidup dihargai dan ketika mati juga dihargai dengan mengkebumikan dengan baik dan akan dilawati pada waktu yang sesuai. Hidup juga mesti selalu mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk mati. Persediaan ini perlu dilakukan dengan membuat perkara baik yang disuruh dan meninggalkan perkara buruk yang ditegah.Ini perlu diamalkan oleh setiap orang yang hidup didunia. Anak-anak juga perlu diingatkan supaya sentiasa beramal untuk mati. Walaupun begiti kita perlu kerja kuat seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi.

Mati ialah tidak bernyawa lagi dan tidak hidup lagi atau tidak pernah hidup (barang-barang seperti batu) dan tidak bernyawa. Mati juga bermakna tidak terus atau tembus bagi jalan atau lubang, tidak dapat diubah lagi bagi harga atau simpulan, tidak mempunyai air lagi untuk perigi, tidak menyala lagi untuk lampu atau mesin, tidak bergiat atau aktif lagi pagi pergerakan atau pertubuhan, tidak ramai lagi bagi bandar, tidak digunakan lagi bagi bahasa, tidak bertiub lagi bagi angin, tidak berasa lagi bagi kulit, tidak dapat berfikiran lagi atau buntu fikiran. Mati-matian adalah bersungguh-sungguh dengan segala upaya dan dengan segenap tenaga atau tidak sebenarnya mati, pura-pura mati dan mati olok-olok.

Bermati-mati atau bermati-matian ialah bersungguh-sungguh mengerjakan sesuatu, dengan segala daya upaya dan dengan segenap tenaga. Bermatikan bermaksud pura-pura mati, mematikan ialah membunuh, menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah dan tidak bergerak). Kematian ialah perihal mati, menderita (menanggung) kerana sesaorang atau sesuatu yang mati. Kemati-matian ialah kelihatan seperti sudah mati atau sampai mati (mengerjakan sesuatu) atau mati-matian. Pemati pula adalah sesuatu yang digunakan untuk mematikan (jahitan atau simpulan), pengukuh atau pengetat (skru).

Kubur ialah tempat menanam mayat atau makam. Ahli kubur bermakna orang-orang yang sudah meninggal dunia. Bunga kubor ialah bunga (pokok) yang biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja) Lubang kubur ialah lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat. Berkubur ialah ditanam (mayat), dikebumikan, mati dan dikebumikan, hapus atau hilang yang tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan. Mengkuburkan ialah menanam mayat, mengkebumikan, memakamkan, menghilangkan atau menghapuskan atau melenyapkan. Terkubur pula adalah dikuburkan, dikebumikan, hilang, lenyap. Kuburan ialah tanah tempat menguburkan mayat atau makam. Perkuburan ialah tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yang telah mati atau permakaman dan penguburan ialah perihal menguburkan mayat.
Sekarang ini tanah perkuburan terletak dimerata-rata tempat mengikut kawasan yang telah dikenalpasti. Selalunya tanah ini telah digazetkan sebagai tanah perkuburan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Ini bermakna tanah perkuburan bukan untuk sesuka hati sahaja dan tidak boleh merata-rata tempat. Buat masa ini semuanya terkawal tetapi apa yang kerap kelihatan sekarang tanah perekuburan dipenuhi semak samun seolah-olah tidak terbela. Kawasan perkuburan yang kerap menganjorkan gotong royong akan kelihatan bersih untuk beberapa ketika. Selepas beberapa waktu, semak samun akan naik balik. Walaupun begitu tidak semua tanah perkuburan begitu. Banyak juga tanah perkuburan telah dijaga dengan baik sehingga boleh dijadikan tempat tidur dalam bahasa gurauan.

Kerajaan negeri Melaka sangat perihatin dengan kebebersihan kubur. Kerajaan amat menggalakan program gotong royong membersihkan kubur dan pada masa yang sama mengadakan hadiah untuk kawasan perkuburan yang terjaga iaitu yang terbersih. Ada kawasan perkuburan mempunyai pagar yang sangat cantik dan kawasan tanah perkuburan juga telah di pasang lampu. Pada satu ketika telah menjadi bahan jenaka sampai tanah perkuburan pun kerajaan menyediakan lampu jalan.Sejak akhir-akhir ini tanah perkuburan telah dijaga dengan baik. Ini kerana kerajaan amat perihatin berkenaan kawasan perkuburan tambahan pula banyak juga kawasan perkuburan terletak di tepi jalan yang mudah dilihati oleh ramai orang terutama pelancong. Pada satu masa dahulu membersih kubur adalah salah satu aktiviti belia dikampong. Kita dapat melihat jika kubur disesuatu kawasan itu bersih, sudah tentu persatuan belia ditempat tersebut aktif sehingga gelaran diberi kepada belia ialah belia kubur

Pada masa sekarang pengurusan tanah perkuburan terletak di bawah Majlis Agama Islam sesuatu negeri. Ini adalah kerana pentadbiran agama terletak dibidang kuasa negeri. Tiada peruntukan khas untuk menjaga tanah perkuburan kecuali tanah perkuburan yang melibatkan orang-orang kenamaan atau keluarga diraja. Untuk membersihkan kubur terletak inisiatif Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dan juga pemimpin masyarakat sekitar atau jawatankuasa masjid yang berhampiran. Kerap kali untuk kerja pembersihan wang masjid digunakan atau dari bantuan Majlis Agama Islam. Jika sesuatu kawasan tanah perkuburan terletak dikawasan terpencil dan jauh dari pandangan masyarakat, kerap kali kawasan perkuburan tidak terjaga. Untuk itu sesuatu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan. Kita tidak boleh mengharapkan untuk menjaga tanah perkuburan dengan kerja sukarela sahaja. Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk mentadbir tanah perkuburan supaya setiap tanah perkuburan diseluruh negara dapat diuruskan dengan baik. Adalah dicadangkan kerajaan menubuhkan Perbadanan Pengurusan Tanah Perkuburan Negara (PPTPN) untuk menguruskan tanah perkuburan yang pada masa yang sama membuat kerja-kerja penyelenggaraan setiap tanah perkuburan diseluruh negara. Paling tidak PPTPN mempunyai rekod tanah perkuburan di negara ini.

Keperluan kerajaan menubuhkan PPTPN sangat mendesak. Kita tidak boleh lagi menerima yang tanah perkuburan tidak berbela dan dipenuhi semak samun lagi. Kawasan perkuburan yang tidak berbela selalunya akan dikaitkan dengan hantu. Itu sebabnya semua kawasan perkuburan dikatakan berhantu. Pada halnya setiap orang akan menuju kesana tetapi tidak diketahui bila. Mengapa kita kena mengatakan kubur berhantu sedangkan banyak kaum keluarga kita berada disana? Adalah tidak logik semasa hidup mereka disayangi manakala sudah mati akan bertukar menjadi hantu. Kubur berhantu adalah disebabkan tanah perkuburan semak samun yang tidak dibersihkan.
Sekarang ini banyak juga terdapat rumah atau kedai yang bersebelahan dengan tanah perkuburan. Kerap kali tanah perkuburan dekat dengan tempat awam akan dibersihkan oleh orang berdekatan. Ada juga yang bercerita yang bukan-bukan berkenaan tanah perkuburan tetapi tidak diketahui kebenaranya. Cerita berkenaan kubur memang sangat menakutkan. Kalau difikir mengapa kita perlu takut kepada kubur. Ini kerana satu hari nanti kita akan dimasukan ke dalam kubur tetapi tidak diketahui dimana. Beberapa kedai makanan di Melaka beroperasi disebelah tanah perkuburan. Tidak pula diketahui apa komen dari pengguna tetapi boleh didapat mereka yang berniaga di tepi kawasan perkuburan tidak ada rungutan pula. Ini kerana mereka telah biasa dengan tanah perkuburan. Semua ini perlu dilakukan oleh semua rakyat yang perihatin. Alah biasa tegal biasa. Kita tidak mahu setiap kali kita melihat tanah perkuburan tidak terurus dan perkara ini menjadi perkara biasa kepada rakyat negara ini. Kita mahu tanah perkuburan perlu sentiasa terurus dan dibersihkan secara berkala. Penting juga pembersihan kubor dapat dilakukan oleh pekerja sepenuh masa atau kontraktor yang dilantik. Kaeadah ini lebih terurus jika dibandingkan menunggu kerja kesukarelaan dari berbagai pihak atau pertubuhan belia.

Untuk mengelakan berbagai-bagai cerita atau kubur dicerobohi seperti berlaku disetengah-setengah negara jiran. Sangat perlu kawasan kubur dipagar dan perlu diuruskan oleh kerajaan.Pengurusan tanah perkuburan secara moden tidak ada masaalah kerana sudah banyak kubur orang berbangsa Cina telah diuruskan dengan baik dan sempurna. Ini dapat dilihat di laluan Lebuh Raya Utara Selatan. Kawasan perkuburan yang kerap menjadi perhatian ialah tanah perkuburan Cina di Nilai. Kawasan perkuburan ini telah dipanggil Taman Peringatan Nilai. Pemandangan kawasan perkuburan ini sangat cantik. Adalah tidak mustahil pada satu masa nanti semuan kawasan perkuburan di Malaysia akan menjadi sekemas Taman Peringatan Nilai. Ini boleh dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik oleh kerajaan dan diberi peruntukan khas. Pada masa itu tanah kubur bukan sesuatu yang menakutkan lagi. Perbadanan boleh merancang pembersihan kubor dilakukan secara berkala. Kerja pembersihan perlulah diberi keutamaan dan profesional. 

Organisasi PPTKN perlu juga menubuhkan cawanganya di negeri-negeri terutama untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan. Bukanlah penubuhan PPTKN untuk mengutip pembayaran perkebumian tetapi untuk menguruskan aset kubor dan yang paling penting dari segi penyelenggaraan dan kebersihan. Pihak PPTKN juga harus melihat peralatan di tanah perkuburan yang sangat lusuh dan terbiar begitu sahaja. Perancangan tanah perkuburan pada masa hadapan juga perlu dititik beratkan supaya segala kemudahan mencukupi dan tindakan perlu dilihat setiap dari kita amat sensitif dengan kematian dan ingin membuat sesuatu untuk persediaan kearah mati.

Negara maju perlu dilihat terurus dari serba serbi. Negara mempunyai infrastruktur yang baik dan telah juga diselenggara dengan baik. Paling akhir sekali kerajaan telah mewujudkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pejal Negara yang akan bertanggung jawap untuk menguruskan sampah. Pengurusan sampah pada satu ketika dahulu diuruskan oleh kerajaan negeri. Memandangkan kerajaan memandang pengurusan sampah sarap adalah sangat penting. Kerajaan telah mengambil keputusan semua kerja-kerja ini diselaraskan diperingkat persekutuan. Kerajaan negeri Melaka telah menandatangani perjanjian ini pada 19 September 2011. Walaupun isu tanah perkuburan bukalah masaalah besar tetapi adalah tidak selesa melihat kubur semak samun yang kelihatan tidak berbela terutama dikawasan kampong. Untuk itu satu langkah terbaik perlu dilakukan oleh kerajaan. Adalah dirasakan sudah sampai masanya kerajaan memikirkan untuk menyelaras semua pengurusan tanah perkuburan melalui satu agensi khas kerajaan supaya imej kubur di Malaysia dapat dipandang tinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...