nuffnang ads

Sunday, 25 November 2012

SIKAP PERLU DI UBAH MELALUI TEKNOLOGI DAN PERATURAN.



Sikap bermakna perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran), bersikap pula berpegang pada pendapat (berpendirian). Teknologi pula membawa makna aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sains gunaan. Teknologi juga membawa makna kaedah atau proses menangani sesuatu masaalah teknikal dan teknologi tinggi pula bersaskan kajian saintifik termaju seperti. Peraturan pula bermakna segala yang telah ditentukan (ditetapkan) dan harus diturut atau dipatuhi.

Selalunya apabila sesuatu kemalangan (jalan raya atau ditempat kerja) atau kegagalan berlaku, sikap adalah perkara utama yang dipersalahkan. Kita kerap mendengar apabila kemalangan berlaku kerap diperkatakan atau komen, ini kerana sikap pemandu atau pengguna jalan raya. Banyak komen yang kita dengar, kemalangan dapat dikurangkan jika sikap dapat diubah. Kita juga kerap mengatakan kegagalan dalam apa sahaja bidang yang diceburi terutama menghadapai peperiksaan, kegagalan dalam peperiksaan adalah disebabkan kerana sikap juga. Mungkin ini disebabkan sikap pemalas atau berbagai-bagai sikap yang boleh diperkatakan.Malang sekali, sikap amat susah untuk berubah. Bukalah dikatakan tidak boleh berubah tetapi amat sukar berubah dan akan mengambil masa yang sangat lama. Ada yang mengatakan sikap akan berubah apabila adanya kesedaran dalaman. Jika hanya ada kesedaran luaran, sikap tidak akan berubah. Apabila kita dikaitkan dengan kemalangan jalan raya dengan sikap. Jika sikap yang dikaitkan, kemalangan jalan raya tidak berkurang selagi sikap tidak berubah. Ini memang betul tetapi kita tidak boleh terus menghadapi masaalah ini selamanya.

Permodenan sistem pengangkutan dan rangkaian jalan raya di Malaysia yang hebat telah menjadikan kemalangan bertambah. Hampir setiap hari kita akan mendengar kemalangan disana sini seperti dilaporkan didalam surat kabar. Kemalangan yang menyayat hati juga berlaku hampir setiap hari dilaporkan. Adalah amat mengecewakan.dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang sangat terusun dan sistematik, jumlah kemalnagn jalan raya sangat mendukacitakan. Susah untuk menyalahkan mana mana pihak. Kemalangan jalan raya telah menjadi semakin kronik dan luar biasa.. Sesuatu yang luar biasa perlu ditangani secara luar biasa dan mungkin mendapat tentangan dari berbagai pihak. Penyelesaian luar biasa memerlukan pengorbanan berbagai pihak. Masaalah kemalangan perlu ditangani menggunakan teknologi dan peraturan yang ketat. Apa yang kita lihat sekarang had laju national untuk lebuh raya 110 km/j dan untuk laluan jalan persekutuan had laju yang ditetapkan 90 km/j . Kita pula dapat melihat had laju maksimum setiap kenderaan adalah mengikut keupayaan kereta dan jenis kereta. Kereta berupaya memberi kelajuan 240 km/j. Mengikut cc kereta. Adalah tidak logik kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia adalah 110 km/j dan kereta atau motor berupayaa memberi kelajuan lebih dari itu. Sudah menjadi tabiat manusia akan memandu lebih laju dari hadnya kerana kenderaan mereka berupaya berbuat demikian. Pada masa yang sama berbagai kempen dilakukan untuk menyelesaikan masaalah kemalangan. Setiap kali kempen keselamatan jalan raya kita akan mengatakan ”Kelajuan Boleh Membunuh”. Kita hubungkaitkan kemalangan dengan kelajuan. Ini bermakna kemalangan dapat dikurangkan dengan mengawal had laju. Apa yang dapat kita fahami, jika kelajuan rendah dan mengikut apa yang ditetapkan kamalangan dapat dikurangkan. Sebagai jalan penyelesaian secara luar biasa, adalah dicadangkan had laju kenderaan yang mampu dibuat oleh pemandu adalah hanya 110 km/j sahaja. Ini bermakna meter yang paling maksimum hanya setakat 110 km/j untuk setiap kereta, manakalan untuk bas dan lori meter maksimum hanya 90 km/j sahaja. Untuk kereta yang diimpot, kelajuan maksimum pada meter juga 110 km/j sahaja. Jika kereta yang tidak mengikut peraturan Malaysia, kereta tidak dibenarkan untuk di import. Ini bermakna pemandu tidak mempunyai pilihan lagi. Kelajuan maksimum yang telah dikawal dengan teknologi telah mampu mengawal kelajuan. Dalam bahasa pasar ”jika pedal minyak ditekan sampai ke lantai pun kelajuan maksimum hanyalah 110 km/j sahaja”.. Ini adalah pendekatan teknologi yang luar biasa  untuk menangani masaalah luar biasa. Kemalangan yang melibatkan kelajuan 110 km/j selalunya tidak serius. Kempen kesedaran untuk menguatkuasakan peraturan perlu dilakukan secara terbuka.

Pada satu ketika dahulu rakyat Malaysia sangat suka membuang sampah merata-rata. Ada yang mengatakan rakyat Malaysia sangat pengotor. Banyak kemudahan awam dibina tetapi sangat kotor dan kurang penyenggaraan Ada yang suka kereta bersih tetapi dan membuang sampah hanya melalui tingkap kereta. Masaalah membuang sampah merata-rata telah menjatuhkan imej negara. Amat sukar untuk mengubah mentaliti mereka. Pemikiran maju bermakna rakyatnya sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik berdasarkan kemudahan yang telah disediakan. Rakyat perlu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin dan menjaganya dengan baik. Rakyat negeri maju tidak perlu diletakan papan tanda ”Jangan Membuang Sampah” kerana rakyatnya tahu membuang sampah ditempatnya dan tahu akibat jika membuang sampah merata-rata dari segi kesihatan dan pelancungan. Adalah tidak perlu papan amaran diletakan dengan hanya mengatakan denda sebanyak RM 30 jika membuang sampah ditempat tertentu. Rakyat negara maju tidak perlu diugut dengan denda kerana mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan dan merasakan satu tanggung jawap mereka. Apa yang diletakan (kemungkinan) hanyalah panduan untuk membuang sampah. Semestinya panduan yang bercorak pembelajaran dan nasihat akademik secara profesional.  Rakyat negara maju akan disediakan tempat pembuangan sampah atau tong sampah yang lebih berfungsi sebagai tempat kitar semula. Ini juga dibuat secara sukarela atas inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk dengan rela hati membuang sampah ditempat yang boleh dikitar semula. Ini adalah kesedaran yang tinggi dimiliki oleh setiap rakyat negeri maju. Pengalaman dan pembelajaran serta latar belakang akademik yang ada telah membolehkan penghuni negara maju bersifat begitu dan mempunyai rasa tanggung jawap yang tinggi kepada tempat tinggal mereka. Ini adalah kerana gaya hidup mereka telah maju disebabkan pendedahan dan pendidikan yang mereka telah terima. Penyelesaian masaalah sampah hanya akan berjaya jika PBT menyediakan tong sampah dengan banyak. Jika boleh setiap 10 meter satu tong sampah disediakan. Pihak PBT perlu melambakan jumlah tong sampah. Tiang elektrik dan telekom perlu juga di pasang tong sampah. Sudah menjadi tabiat semulajadi kita  tidak suka menyimpan sampah terlalu lama.dan tidak mahu berjalan jauh untuk membuang sampah, jika sudah ada tong sampah didepan mata sudah pasti sampah tidak dibuang merata-rata.

Penyediaan premis perniagaan juga perlu difikirkan. Gerai yang dibina oleh pihak PBT sekarang ini sangat kecil dengan kemudahan yang amat terbatas. Kita kerap melihat apabila setiap gerai siap dan digunakan oleh peniagaan berbagai-bagai lagi tambahan secara mudah dilakukan. Tambahan pula tiada tandas dan ruang memasak yang disediakan secara sempurna. Ini menjadikan gerai kelihatan tidak cantik. Gerai peniaga kelihatan amat comot dan tidak menarik. Pada satu masa dahulu sememangnya gerai-gerai ini kelihatan cantik tetapi apabila berstatus negara maju, kemudahan gerai dan keluasan gerai tidak sesuai dan perlu dilihat semula. Alasan mangatakan keluasan tanah tidak cukup mungkin boleh diterima tetapi pilihan lain boleh dicari seperti membuat gerai dua tingkat atau menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Semua gerai perlu luas dengan segala kemudahan memasak dan menyaji makanan disediakan Kemudahan gerai yang disediakan di negara maju perlu dicontohi. Pihak PBT negara maju juga kekurangan tanah tetapi dapat diselesaikan dengan penerimaan kemudahan teknologi atau menggunakan inovasi.

Perubahan teknologi yang begitu pantas tidak boleh dielakan. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak mahu menggunakan teknologi. Teknologi telah diletakan dihadapan mata. Mahu tidak mahu kita perlu menggunakanya.Tidak salah menggunakan teknologi selagi teknologi dapat memberi keselesaan kepada kehidupan. Sebagai sebuah negara yang akan mencapai status negara maju dalam tempuh 11 tahun sahaja lagi, rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan menggunakan teknologi sahaja. Negara perlu bergerak kepada negara pencipta teknologi pula. Kerajaan telah melaporkan sebanyak 10,284 orang rakyat Malaysia telah memiliki Ijazah Kedoktoran atau PhD setelah negara kita mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. Walaupun kita mendapati jumlah ini sedikit tetapi seperti yang kita ketahui, mereka yang mempunyai ijazah kedoktoran adalah mereka yang sangat mampu memikirkan bagaimana untuk melaksanakan penyelidikan untuk kemajuan negara. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menggunakan mereka ini untuk membantu memajukan negara. Pemikiran mereka perlu disatukan supaya negara dapat menjadi sebuah negara pencipta teknologi. Hasil pemikiran mereka jangan disia-siakan atau diambil mudah. Setiap individu yang mempunyai Ijazah Kedoktoran perlu disediakan berbagai ruang untuk membolehkan mereka memikirkan sesuatu yang baik untuk kemajuan negara. Adalah malang jika kita hanya membiarkan gulongan ini begitu sahaja tanpa memanafaatkan apa yang mereka miliki.

Longkang di negara kita sekarang ini kebanyakannya adalah longkang yang terbuka, amat jarang kita jumpa longkang yang tertutup kecuali di bandar-bandar besar. Longkang yang terbuka telah membuatkan bandar kelihatan kotor comot dan berbau busuk. Untuk mengelakan ini berlaku, banyak longkang telah mula ditutup oleh pihak PBT. Masalah lain pula timbul kerap kali penutup longkang dibuat bermutu rendah dan kerap pecah sana sini. Ini menambahkan lagi masaalah dalam pengurusan longkang. Penyelesaian yang terbaru dan agak inovatif pada akhir tahun 90an adalah menggunakan sistem perparitan mesra alam. Sistem ini tiada mengunakan kaedah longkang terbuka. Longkang dibina tidak dapat dilihat (jika ada). Apa yang kita dapat lihat air diserap melalui permukaan tanah yang telah ditanam rumput. Sistem ini amat berjaya di taman perumahan atau dalam kawasan sesuatu kawasan tertutup. Satu lagi yang perlu dipertimbangkan dengan hanya membina longkang di bawah tanah. Banyak negara dalam dunia telah menggunakan pembinaan longkang bawah tanah. Ini dapat dilakukan jika perancangan dibuat dari awal lagi. Adalah sangat sukar untuk membinanya sekarang. Kaedah berteknologi tinggi juga perlu diperkenalkan semasa pembinaan atau mereka bentuk longkang. Bersesuaian dengan kemudahan teknologi, longkang pintar (sistem pintar) perlu di rekabentuk dimana air akan dialirkan kepada sesuau longkang yang lain jika didapati sesuatu sistem telah mencapai tahap maximum.

Banyak masaalah dapat diselesaikan jika penyelesaianya yang serius dapat difikir dan dilaksanakan. Jika penyelesaian hanya  bergantung kepada perubahan sikap sahaja, hasil penyelesaian akan mengambil masa yang sangat lama dan mungkin tidak akan berlaku. Jika berlaku pun hanya dalam tempoh sementara sahaja. Adalah dicadangkan sesuatu masaalah diselesikan secara serius dengan pendekatan teknologi dan peraturan. Kajian proses penyelesaian secara pendekatan yang sistematik ini amat perlu melalui penyelidikan atau pemerhatian. Peralatan atau pendekatan baru perlu dicuba tanpa ragu-ragu dan memerlukan sedikit perbelanjaan. Apa yang penting sekarang ini setiap masaalah dapat diselesaikan untuk menafaat rakyat dan negara. Hasil inovasi dan kreativiti rakyat boleh digunakan untuk penyelesaian atau memudahkan urusan harian.

SIASAT DAHULU BARU CAKAP.



Siasat bermakna pemeriksaan yang teliti atau penyelidikan dan cakap pula membawa makna bicara, kata, kecek atau tutur. Dari makna perkataan kita dapat memahami sebelum sesuatu diperkatakan haruslah sesuatu isi atau perkara dijalanka pemeriksaan terlebih dahulu. Kalau dalam bidang yang terperinci kita perlu jalankan penyelidikan barulah sesuatu kebenaran dapat dibuktikan atau sesuatu dakwaan dapat di sahihkan untuk dimenafaatkan. Sikap menjalankan penyiasatan terlebih dahulu sebelum bercakap adalah satu amalan yang perlu diamalkan oleh setiap manusia yang berada didunia ini. Ini bukan sahaja sikap zaman moden tetapi sikap yang telah diamalkan sejak zaman dahulu. Melalui sikap ini sahajalah sesuatu yang baik akan dapat menjadi amalan. Tujuan menyiasat adalah untuk benar-benar memahami apa yang berlaku atau apa yang telah terjadi. Sikap menyiasat ini bukan sahaja amalan pihak polis untuk membuktikan sesuatu kes tetapi merupakan kehendak mahkamah setiap sesuatu yang diperkatakan perlukan bukti yang kukuh. Mahkamah tidak menerima bukti dengar dan cakap. Mahkamah perlukan bukti yang sangat lengkap. Tanpa bukti kebenaran tidak dapat ditegakan..

Malangnya yang berlaku sekarang, banyak yang dicakapkan tidak disiasat terlebih dahulu. Banyak yang dicakapkan tanpa bukti. Banyak juga yang dicakapkan adalah dengar dan cakap dan kerap berlaku sambung menyambung dan yang tiada akan diada-adakan.Sesuatu yang kecil akan kerap diperbesar-besarkan sehingga menjadikan isu yang sangat besar dan tidak boleh dimaafkan. Lihat sahaja apabila sesuatu kemalangan berlaku, mereka mereka yang menyampaikan cerita akan menambah-nambah apa yang mereka dengar. Kalau satu kemalangan berlaku hanya kecederaan di kepala sahaja, tetapi apabila sampai dikampung halaman atau sampai dipengetahuan keluarga seolah-olah sudah separuh mati dan telah berada di ICU (Intensive Care Unit). Keluarga akan menjadi kelam kabut dan kalau tidak kena gaya ini akan menyebabkan bahaya kepada keluarga yang akan berkejar kehospital dalam keadaan panik dan tergesa-gesa. Walaupun sikap ingin memberitahu kepada keluarga yang ditimpa kemalangan sesuatu amalan atau perbuatan atau sikap yang sangat baik tetapi kelakuan menambah cerita atau memanjangkan cerita adalah kelakuan yang tidak baik.

Setiap pembanggunan yang disediakan oleh kerajaan seharusnya telah dirancang dengan baik untuk memberi menafaat kepada rakyat. Pembanggunan adalah sangat perlu terutama kemudahan infrastruktur. Ini kerana dengan adanya infrastruktur yang baik, mutu kehidupan menjadi lebih baik. Kita kerap mendengar apabila sesuatu kemudahan itu jika tidak disediakan, berbagai rungutan akan diberikan seolah-olah kerajaan tidak perihatin terhadap kehendak rakyat. Malangnya apabila sahaja sesuatu kemudahan diadakan, berbagai rungutan pula kedengaran. Setiap masa apabila sahaja sesuatu projek siap akan timbul gulongan penentang yang tidak setuju itu dan ini. Kerap diperkatakan apabila rumah siap pahat akan berbunyi. Selalunya pihak yang tidak berpuas hati tidak menyiasat terlebih dahulu sesuatu yang diperkatakan atau tidak memuaskan hati mereka. Mereka sebenarnya mendengar dari pihak lain yang juga tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku. Ini sepatutnya tidak berlaku jika gulongan ini menyiasat terlebih dahulu. Mereka seharusnya mendapatkan maklumat yang benar dari pihak tertentu dan barulah melahirkan perasaan tidak puas hati jika telah benar-benar memahami situasi tertentu.

Kesan tidak mendapat maklumat sebenar dan terus mengatakan sesuatu yang tidak benar amat merbahaya. Mereka ini selalunya berlagak pandai dan akan juga dipercayai oleh setengah gulongan. Kita kerap dipesan supaya belajar kepada orang yang memahami sesuatu maklumat atau satu bidang kepakaran. Jika ini tidak berlaku, orang ramai akan belajar dari mereka yang tidak faham. Akibatnya semua orang juga akan tidak faham dan satu kampong akan tidak mendapat penjelasan yang sebenar. Proses pembelajaran telah tidak berlaku dengan betul. Akibatnya negara akan terkebelakang dan  pembanggunan akan menjadi sia-sia. Masyarakat tidak mempunyai kerja lain selain mencela apa yang telah disediakan. Terdapat juga gulongan yang akan mempergunakan isu yang tidak difahami untuk mengejar sesuatu tujuan.

Sejak akhir-akhir ini adalah didapati banyak cerita bohong yang terus dipercayai. Seolah-olah dilihat cerita bohong menjadi popular dan amat diperlukan. Setiap kebenaran yang dinyatakan tidak dipercayaai lagi. Satu ketika perkara begini sukar untuk dipercayaai tetapi terbukti sekarang ini cerita bohong amat diminati. Cerita yang tidak diketahui asal usul juga kerap dipercayaai. Perkataan yang popular kerap yang kita dengar adalah mereka berkata “cerita ini kawan rapat ayah aku yang beritahu” atau ada pula yang bercerita ” kawan baik aku dapat tahu dari orang politik yang rapat dengan sipolan”. Banyak lagi yang akan memberitahu ”sebenaranya begini cerita yang dia orang beritahu”. Cerita ini akan terus disampaikan tanpa usul periksa. Akibatnya sangat besar yang mungkin akan menjadi tohmahan dan buruk sangka terhadap sesuatu. Jika perkara ini melibatkan orang besar atau sesaorang yang menjadi pemerhatian umum ini akan menimbulkan aib yang sangat besar.

Kemahiran menyiasat ini telah pun menjadi amalan dalam proses pembelajaran. Sesaorang yang berjaya perlu mengamalkan kemahiran kedua proses pembelajaran yang telah memberi kesan yang sangat besar terhadap proses pembalajaran. Kemahiran kedua proses belajar  yang perlu ada adalah kemahiran menyiasat. Menyiasat ini bermakna kita perlu membaca buku, pergi perpustakaan, melawat sambil belajar, tanya kawan-kawan atau cikgu atau ibubapa dan melayari internet. Melawat sambil belajar adalah aktiviti yang sangat penting diamalkan. Semasa lawatan kita dapat melihat apa yang kita pelajari didalam kelas. Negeri Melaka adalah negeri yang kaya dengan sejarah. Apa yang dipelajari dalam fakta sejarah ada di Negeri Melaka. Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia, Ini kerap diperkatakan. Apakah makna ungkapan ini. Ini bermakna apa yang ada di seluruh Malaysia boleh didapati di Melaka. Banyak fakta sejarah ada dalam negara kita yang perlu kita lawati dan ini lebih membolehkan kita memahami sejarah dengan lebih mudah. Semuanya telah kita lihat dan pernah berada didepan mata kita.

Mempelajari sains dan teknologi lebih membuatkan proses penyiasatan menjadi sangat penting. Makmal adalah tempat menjalankan kerja penyiasatan yang sangat penting jika kita ingin memahami sains. Memahami sains juga sangat penting dalam zaman moden ini kerana setaip aspek kehidupan moden berasaskan sains. Ini kerana dari pengetahuan sains dikembangkan kepada keperluan kehidupan dan kadang-kadang dapat melahirkan inovasi. Ini yang dinamakan teknologi. Kerja penyelidikan sangat penting untuk membuktikan teknologi boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan. Semua kerja-kerja penyelidikan memerlukan kerja ujian dalam makmal atau luar makmal. Sebelum sesuatu jumpaan dapat diterjemahkan untuk kegunaan kehidupan, ujikaji yang lengkap perlu dijalankan. Setiap ubatan sebelum digunakan untuk menyemboh penyakit perlu menjalani ujian dalam tempoh yang lama. Setelah itu barulah ubat dibenarkan berada di farmasi untuk dijual dan boleh digunakan untuk menyembohkan sesuatu penyakit. Setiap ujian, ujikaji makmal dan kerja lapangan adalah proses penyiasatan yang perlu dilakukan.

Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan perpustakaan di peringkat kampong, daerah, negeri dan negara. Kemudahan perpustakaan juga perlu disediakan bermula di Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat Mara dan Universiti. Kemudahan ini sangat perlu untuk menjadi pusat rujukan pelajar atau pelatih. Kita dapat melihat kemudahan perpustakaan yang sangat hebat dan canggih. Perpustakaan bukan sahaja mempunyai buku yang banyak tetapi mempunyai kemudahan berasaskan elektronik yang hebat. Jika pelajar atau masyarakat tidak menggunakan kemudahan yang tersedia ini adalah amat merugikan. Anak-anak sejak kecil lagi perlu dididik menggunakan kemudahan perpustakaan tidak kira perpustakaan masyarakat atau dipanggil perpustakaan komuniti. Mengggunakan kemudahan perpustakaan ada amalan yang baik dan satu kaedah penyiasatan untuk lebih memahami apa yang kita pelajari. Kerja penyiasatan akan membuatkan kita lebih memahami apa yang dipelajari. Bukan itu sahaja, kita dapat terus mengembangkan apa yang kita telah pelajari.

Amalan menyiasat bukan sahaja dalam proses pembelajaran tetapi perlu diteruskan untuk kehidupan. Setiap program yang telah disediakan oleh kerajaan seharusnya diterima dengan baik tanpa was-was. Kerajaan seharusnya sebelum mengambil sesuatu keputusan sudah tentu telah membuat kajian dan telah meminta nasihat dari sesaorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Sudah tentu buruk baik telah dikaji terlebih dahulu. Jika ada yang tidak kena, bukanlah sesuatu program itu tidak baik tetapi perlukan sedikit pengubahsuaian atau sedikit penambahbaikan. Seperti yang kita ketahui tidak semua yang ada dalam dunia ini sesuai untuk semua orang. Adalah sedikit kejanggalan yang perlukan sedikit penambahahbaikan. Kita tidak boleh menyatakan sesuatu projek itu gagal hanya kerana tidak menguntungkan semua orang. Kita juga tidak boleh menyatakan sesuatu yang kerajaan sediakan gagal hanya kerana kita tidak dapat menfaatnya. Mungkin akan memberi menfaat kepada masyarakat yang banyak dan gulungan yang memerlukan. Setiap ahli masyrakat harus menerima keadaan ini dengan hati terbuka Mungkin program ini tidak memberi menfaat kepada setengah dari gulungan masyarakat tetapi mungkin untuk program yang lain akan memberi menfaat kepada gulungan yang satu lagi.

Amalan membawa cerita bohong perlu diberhentikan dan tidak menjadi amalan masyarakat dalam negara kita. Setelah kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran yang sangat baik. Kerajaan juga telah menyediakan modal insan bertaraf dunia. Sudah tentu setaip sesuatu isu perlu dipertimbangkan secara profesional dan bijak. Sesuatu isi perlu diulas atau dikupas oleh sesaorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Itu pun perlu dilakukan setelah proses penyiasatan telah dilakukan. Kepada para profesional, gunakan kebijaksaan dan kepandaian yang ada untuk menilai atau memberi sesuatu pendapat dan tanpa buruk sangka. Amalan “read between the line” perlu digunakan secara berhemah dan telah mempertimbangkan berbagai bukti.

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF UNTUK BERJAYA.



Positif membawa makna pasti, tegas, tentu dan tegap atau memperlihatkan sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat. Fikir pula membawa makna ingatan, angan-angan atau akal. Berfikir pula bermakna menggunakan akal fikiran (untuk menyelesaikan sesuatu), mempertimbangkan (dalam ingatan). Berfikiran membawa makna berfikir mengenai. Memikir bermakna berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu. Pemikiran bermakna perihal berfikir (memikir). Semua makna ini diambil terus dari Kamus Dewan terbaru yang telah menerangkan dengan jelas makna pemikiran tanpa perlu ditokok tambah. Apa yang sangat jelas positif adalah bermakna sesuatu yang pasti dan boleh membawa kepada pengharapan.

Kita sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan sesuatu yang mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian atau kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan. Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.

Menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran memerlukan ketabahan. Satu cara untuk menghadapi hidup supaya sentiasa memberi makna hanyalah dengan sentiasa berfikiran positif. Kaedah terbaik adalah dengan mempunyai niat untuk sentiasa membantu orang lain. Jika kita seorang yang berpengaruh atau mempunyai kuasa, kita perlu sentiasa ingin membantu orang lain jika kita diminta memberi bantuan. Setiap yang datang berjumpa kita perlu didengari masaalah mereka. Sebaik sahaja sesaorang menjengok kita dipejabat atau terjumpa dimana-mana sahaja, pertama kali kita mesti mempunyai niat untuk membantu. Jangan sekali-kali berfikiran negatif dan tidak mahu membantu lansung. Jangan juga sekali-kali berfikiran kedatangan mereka untuk menyusahkan kita. Niat dan pemikiran ingin membantu mereka adalah sangat perlu. Kita perlu mencuba sedaya-upaya yang kadang-kadang kita telah mengetahui amat sukar untuk membantu. Kita perlu melupakan ini semua dan perlu membuat sesuatu untuk membantu juga. Biarlah kegagalan kita membantu bukan disebabkan oleh kita atau diluar kawalan kita. Biarkan sesiapa yang inginkan bantuan meninggalkan kita dengan senyuman walaupun gagal mendapat bantuan dari kita. Sikap ini sangat baik jauh dari sikap yang agak negatif dan tidak ingin membantu. Masyarakat dapat merasakan kita tidak berusaha untuk membantu dan jika kita adalah pemimpin ini akan mengecewakan masyarakat. Pemimpin yang baik kerap mempunyai pemikiran untuk sentiasa membantu walau dalam apa keadaan sekali pun.

Kepada pelajar juga sikap positif amat penting. Sikap positif akan mengambarkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan berjaya. Jika ini ada dalam pemikiran pelajar, mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat dan sentiasa ingin belajar dan mengulangkaji. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka akan mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan. Kecemerlangan perlu difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba. Sikap positif akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif juga. Sikap positif jika dibawa dalam proses pembalajaran akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah.

Sikap yang baik dalam proses pembelajaran bermula dari minat untuk belajar. Minat dengan mata pelajaran, kegiatan pembelajaran, kegiatan luar persekolahan, mempunyai hobi yang amat baik dan minat dengan guru-guru yang mengajar. Setiap pelajar perlu belajar meminati guru-guru yang mengajar apa juga mata pelajaran. Sikap membenci guru perlu dibuang jauh-jauh. Sikap menyukai murid juga sangat penting kepada guru-guru. Latihan yang telah diterima sebagai guru adalah latihan untuk kita menyukai anak didik kita. Guru-guru jangan sekali-kali membenci murid-murid dalam apa keadaan sekali pun. Sikap menyukai mereka yang pandai dan anak orang berada sahaja adalah sikap yang tidak baik. Guru juga jangan sekali-kali membenci pelajar yang kurang pandai dan anak-anak orang yang tidak berada. Kita tidak boleh meramal masa depan sesaorang murid dari pencapaian semasa kecil atau semasa alam persekolahan sahaja. Kata perpatah mengatakan “yang akhir nanti akan diperkatakan orang”. Kejayaan pelajar sekolah memerlukan perjalanan yang panjang. Mereka kadang-kadang kurang menyerlah semasa kecil tetapi akan berubah apabila mereka meningkat dewasa. Biarlah guru-guru melayani setiap murid sama rata agar mereka dapat belajar dalam keadaan kegembiraan. Berbagai kerenah anak murid perlu dilayan dengan baik jika kita mengharapkan setiap mereka mendapat kejayaan pada masa hadapan.

Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier. Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni keluarga dalam ketenangan.

Sikap positif juga amat perlu dalam kehidupan. Kita perlu memandang apa yang telah diberikan oleh kerajaan sesuatu yang amat baik untuk kita dan sangat memberi menfaat kepada rakyat. Kehidupan yang  kita miliki  jauh lebih baik dari rakyat negara lain. Negara kita hampir tidak ada pengganguran dari segi pekerjaan (pekerjaan mencari kita). Kita boleh memilih apa sahaja jenis pekerjaan dan sangat bergantung apa yang kita cari (kepuasan hati atau pendapatan). Ini jauh lebih baik dari beberapa rakyat negara jiran yang terpaksa berkorban nyawa untuk mencari pekerjaan. Ada sebilangan yang terpaksa merentas lautan hanya untuk mendapatkan pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat negara ini. Lihat sahaja sampah yang dibuang oleh rakyat negara ini. Menurut kajian dari Universiti Putra Malaysia, 40% dari sampah yang dibuang dinegara ini adalah sampah yang boleh dimakan seperti rojak, roti, nasi lemak, nasi, mee goreng dan apa sahaja makanan yang tidak habis. Makanan ini sepatutnya boleh dimakan lagi tetapi telah dibuang sebagai sampah. Berapa mewahnya rakyat negara ini?.

Sikap mengatakan orang lain sahaja yang mempunyai sesuatu yang lebih baik dari kita perlu ditiadakan atau ditinggalkan. Kita tidak boleh setiap kali mengatakan “the other side greener than us” (orang lain selalu lebih baik dari kita). Kita sebenarnya “”greener than the other side”. Kita juga tidak boleh mengatakan kemudahan orang lain lebih baik malahan apa yang kita miliki lebih baik dari orang lain. Negara ini ada segala-galanya dengan rakyat berbilang kaum, ekonomi berkembang baik, banyak pelancung yang datang untuk menikmati keindahan tempat kita, makanan tempatan yang amat disukai, kadar jenayah yang rendah, cuaca yang menarik dan mala petaka besar hampir tidak berlaku. Ini menunjukan negara ini sangat indah dan selamat untuk diduduki dengan kemudahan kesihatan yang baik serta mempunyai pakar kesihatan bertaraf dunia. Ini akan dapat terus dinikmati jika setiap rakyat negara ini berfikiran positif dan memelihara keamanan yang ada. Keadaan hidup yang harmoni yang kadang-kadang ada sedikit gangguan untuk kes terpencil yang perlu segera diselesaikan dan dimaafkan. Ada juga merungut tentang sedikit kenaikan harga barang. Ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Mana ada negara dalam dunia harga barangan turun?. Kita mahu gaji naik sudah tentu harga barang naik kerana perkhidmatan yang disediakan memerlukan tenaga kerja yang juga memerlukan makanan untuk hidup. Sudah tentu sara hidup akan naik dan mengakibatkan semua menjadi mahal. Zaman “sedap, banyak, besar, bersih dan murah” sudah berkahir. Jika kita ingin makanan yang “sedap, banyak, bersih, besar” sudah tentu mahal harganya. Apa yang paling penting semua barangan yang kita perlukan mudah dimiliki dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli.

Berfikiran positif perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka. Ada yang mengatakan “”makan free jangan banyak sangat rungutan (komplen)”, makan sahaja dari apa yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru boleh merungut tapi biarlah kena pada tempatnya. Telah terbukti mereka yang berjaya samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang sentiasa mempositifkan perkata negatif. Perkara negatif ditinggalkan jauh-jauh dan permikiran positif ditimbulkan malahan diapongkan supaya terserlah. Kejayaan negara sangat bergantung kepada modal insan dan  pemikiran positif rakyatnya.

SIBUK....SIBUK....SIBUK



Sudah menjadi ucapan biasa setiap orang yang bekerja akan menyatakan mereka sibuk jika sesuatu kerja tidak dapat disiapkan, lama tidak berjumpa atau temu janji yang tidak dipenuhi.Perkataan sibuk juiga digunakan untuk tidak mahu melakukan sesuatu tugas.Ini merupakan satu helah untuk mendapat tugasan baru dan cuba mengelak untuk melakukan sesuatu yang diuruskan. Sibuk membawa makana banyak yang dilakukan atau diuruskan, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin mengerjakan sesuatu atau membawa makna hibuk. Sibuk juga bermakna banyak kenderaan lalu-lalang berkenaan jalan raya, banyak kapal terbang atau kapal yang keluar masuk seperti mendarat atau berlepas berkenaan pelabuhan dan lapangan terbang.Sibuk juga bermakna suka mengambil tahu seperti mencampuri atau mengangu hal atau urusan orang lain.Bersibuk bermakna sedang sibuk atau asyik mengerjakan sesuatu.Memyibukan bermakna menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukan atau bersibuk.Kesibukan ialah perihal (keadaan) sibuk, perihal menghadapi atau dibebani banyak kerja atau urusan, perihal keadaan sibuk dengan kenderaan, kesesakan atau keributan.Penyibuk ialah orang yang mengambil tahu hal orang lain.Sibuk juga membawa makan menyibuk mengintai atau mengintip.

Sibuk bekerja sudah tentu menjadi kemestian.Setiap dari kita perlu menyibukan diri jika ingin berjaya dalam kehidupan.Kalau dahulu kita kerap dinasihatkan oleh ibubapa supaya mencari pekerjaan yang tidak sibuk atau relax dari perkataan Inggeris.Selalunya kerap dinasihatkan satu ketika dahulu menjadi cikgu sahaja, kerja pun separuh hari dan sudah tentu mengajar itu sesuatu yang relax dan kehidupan juga tidak kelihatan sibuk.Sekarang ini jawatan guru tidak lagi relax menurut mereka yang menjawat jawatan itu.Kalau ditanya setiap cikgu pasti akan menyatakan kerja mereka sangat sibuk.Sama juga seperti jawatan lain kerap kali perkataan sibuk berada dibuah mulut mereka.Semua orang mengaku sangat sibuk lebih-lebih lagi kalau ada tugasan atau program terdekat semua orang akan menyatakan  mereka sangat sibuk.Mudah sahaja kalau kita tidak sibuk sudah tentu kita tidak diambil bekerja.Kalau tidak sibuk pasti kita akan dibuang kerja.Untuk itu setiap dari pekerja perlu menyibukan diri jika ingin terus bekerja atau berjaya bdalam kehidupan.Paling mudah jika ingin hidup senang perlu menyibukan diri.Orang yang sibuk adalah orang yang lebih bermotivasi.

Berjaya dalam sesuatu profesion adalah bergantung kepada diri sendiri.Orang yang berjaya adalah mereka yang berjaya menempatkan dirinya dipisisi yang betuk dan tepat dan kerap masyarakat atau kawan-kawan menyedari keberadaan mereka ditempat iti.Mereka ini suka mencari kerja dan tidak mahu kelihatan sebagai sesaorang yang suka relax dan mencari peluang untuk ponteng.Kata yang baling mudah adalah menyibukan diri dengan menyiakan segala tugasan dan memberi idea baru yang lebih kreatif dan melakukianya untuk manfaat jabatan, masyarakat, negeri dan negara.Ada yang tidak mahu memberi idea keraja takut mereka akan ditugas melaksankan.Ini adalah sikap yang tidak baik.Masaalahnya sekarang ramai yang menyatakan mereka sibuk tetapi banyak yang buat-buat sibuk.Kalau ada ramai pekerja yang berbuat demikan sudah tentu tidak memberi manfaat kepada organisasi.

Pelajar juga perlu dinasihatakn supaya sentiasa mencari kerja dengan menyibukan diri.Banyak pelajar yang mengaku tidak sibuk dan bersantai diwaktu malam.Ibuibapa juga sangat suka kalau anak-anak yang belajar di koloej atau universiti balik kampong setiap hujung minggu.Anak-anak juga memberi alasan mkereka tidak ada apa yang hendak dilakukan.Paling baik balik sahaja kampong dan inilah yang bsangtat disukai oleh ibubapa.Tidak tahu entah kenapa ibubapa suka sangat anak-anak balik kerumah pada hujung minggu.Ibuibapa juga suka loihat anak-anak yang belajar diuniversiti beada dirumah.Kalau boleh menbreka ingin melihat anak-anak mereka mendapat ijazah tanpa belajar dan duduk sahaja dirumah setiap hari dan cukup 4 tahun anak-anak akan mendapat ijazah.Ini adalah sukap yang menhairanka.Mungkin ibubapa hendak menunjukan kasih saya nkepada anak-anak tetapi mungkin ada sedikit yang tidak kena kalau dilihat dari nsatu segi yang lai.Walaupun begitu ini terpulang kepada ibubapa sendiri.Ada juga yang merungut banyak anak-anak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang.Ibubapa pun berpuas hati dengan kelulusan tersebut.Apa tidaknya anak-annak ini tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan tidak berusaha untuk menambah pengetahuan semasa belajar.Mereka hanya balajar dari nota kuliah sahaja tanpa merujuk kepada buku-buka tambahan.Mewreka ini asyik balik kampong sahaja setiap hujung moinggu dan tidak ada masa untuk merujuk buku-buku btambahan.Ibubapa berbangga anak-anak balik kampong kerana bolehg tunjuk kepada jiran-jiran atau masyarakat terdekat anak-anak mereka masuk universiti. Hujung minggu ada bersama mereka.Itu agaknya dalam pemikiran mereka.

Merujuk buku tambahan adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Memasuki universiti bukan hanya untuk mendapat sijil tetapi untuk mendapat pengetahuan.Belajar adalah untuk mendapat pengetahuan yang boloeh digunaka untuk bekerja.Setiap yang keluar dari universiti atau kolej perlu tahu membuat kerja dan berpengetahuan.Kita toidak mahu majikan merungut banyak lulusan universiti yang tidak tahu bekerja .Mereka ini mempunyai kelulusan dari segi sijil tetapi tidak mempunyai pengetahuan.Waktu nyang terlapang di universiti perlu digunakan untuk menambah pengetahuan dan mendapat pengetahuan tambahan.Sememangnya darei segi jadual waktu kul;iah mungin 4 jam sahari atau 8 jam seminggu tetapi waktu lapang bukan digunakan nuntuk rehat dan duduk temenung atau balik kampong tetapi digunakan untuk mendapat pengetahuan dan bersedia untuk kuliah atau tugasan yang akan datang.Ini hanya dapat dicapai dengan menjadikan diri kita sibuk atau menyibukan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Amat malang jika kita mendengar ketua jabatan yang asyik sibuk hingga tidak dapat melayan rakyat yang memerlukan.Banyak juga ketua jabatan nyang melayan orang tertentu sahaja terutama orang besar-besar tanpa menghiraukan mayrakat bawahan yang memerlukan perkhgidmatan bereka.Setiap ketua jabatan yang sudah amat sibuk mesti terus menyibukan diri dengan meluangkan nmasa dengan rakyat bawahan atau elanggan kita yang sebenrnya.Kalau menrima panggilan talipon dari rakyat perlu dilayanh atau dibalas.Ini kerana talipon juga dibeli dengan duit rakyat dan bil talipon juga dibayar dengan duit rakyat kalau dikira faktor sebenarnya.Mengapa layana perkhidmatan diberikan kepada orang tertentu yang sudah tentu berpengaruh.Gunakan masa terluang dengan melihat sasaran keja jabatan, bercampur dwengan masyarakat, layan sms atau hubungi semula jika ada 'missed' call'.Rakyat jelata banyak merungut banyak ketua jabatan yang sudah tentu amat sibuk tidak mahu melayan panggilan talip[on mereka.Banyak juga yang tidak membalas sms dan sudah tentu banyak yang tidak menghubungi semula setiap panggilan dari rakyat yang bdianggap tidak penting.Malang sekali nasib rakyat yang menemui banyak ketua jabatan yang tidak menlayan setiap permohonan dari pelanggan mereka.Semua orang tahu banyak ketua jabatan yang amat sibuk.Sudsah tentu perkataan sibvik tidak pernah tidak disebut dari mulut mereka.Ketua jabatan perlu faham mereka berada disitu adalah untuk membantu rakyat.Ketua jabatan perlu lebih menyibukan diri demi membantu rakyat.Setiap ketua jabatan perlu sentiasa sibuk....sibuk....sibuk demi rakyat.

SELESAIKAN MASALAH TANPA MASALAH.



Masalah ialah sesuatu yang memerlukan pemyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan.Bermasalah ialah mempunyai masalah, mengandungi atau menimbulkan masalah.Memasalahkan atau mempermasalahkan ialah menjadikan sebagai masalah, memberi perhatian kepada atau menganggap suatu masalah.Permasalahan ialah sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah.Sudah tentu dalam kehidupan mesti ada masalah dan sebahagian dari kehidupan kita adalah untuk menyelesaikan masalah diri sendiri atau menyelesaikan masalah orang lain.Kerap juga diperkatakan hidup kerap dirundung masalah.Ada juga yang berkata “hidup mana yang tidak ada masalah”.Bergantuung kepada kebijaksaan untuk menyelesaikan masalah.

Kebijaksanaan berasal dari perkataan bijak iaitu sangat pandai, cerdik dan pintar.Bijak juga membawa makan pandai bercakap dan petah lidah, sesuai atau betul dan mandatangkan kebaikan.Kebijakan ialah perihal bijak atau kecerdikan dan kepintaran.Bijaksana ialah berakal budi, arif, pandai, berhati-hati dan cerdik. Membijaksanakan ialah menjadikan sesaorang bijaksana dan kebijaksanaan ialah perihal bijaksana dan perihal menggunakan akal budi.Kerap juga untuk mennyelesaikan masalah memerlukan kepandaian.Pandai adalah mereka yang cerdik dan pintar. Berpandai-pandai ialah melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dengan orang lain. Memandai atau memandai-mandai membuat sesuka hati dan mengikut fikiran sendiri. Memandaikan ialah membuat, membina dan menjadi pandai. Kepandaian ialah kecerdikan, kemahiran dan kepintaran. Berpandaian ialah mempunyai kepandaian atau kemahiran.

Orang yang baik adalah orang yang kerap berjaya menyelesaikan masaalah orang lain atau orang yang tidak menimbulkan masalah.Kebaikan ialah perbuatan baik, sifat baik dan ada faedah. Perbaikan ialah perihal atau keadaan menjadi bertambah baik, perihal makin baik atau hasil membaiki. Pembaikan ialah perihal perbuatan atau usaha membaikan atau membaiki. Pembaik ialah orang yang kerjanya membaiki atau membetulkan sesuatu maslah.Berbuat baik untuk keluarga juga sesuatu yang sangat dituntut. Setiap dari kita perlulah menjaga keluarga dengan baik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk keluarga tanpa masalah. Setiap ketua keluarga perlu bekerja kuat untuk menyediakan tempat kediaman, makan minum dan juga pendidikan untuk keluarga juga tanpa masalah. Adalah saat yang sangat mengembirakan setiap ahli keluarga jika dapat hidup dengan harmoni dan dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak. Berbelanjalah untuk anak-anak bukan sentiasa mengharapkan bantuan semata-mata. Kita kerap orang menyatakan tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah. Malangnya tangan kita sentiasa berada disebelah bawah. Dalam mendidik keluarga tangan kita perlu sentiasa berada disebelah atas. Kalau kita mampu tidak perlu meminjam untuk pendidikan anak-anak. Paling tidak anak-anak tidak berhutang apabila keluar dari universiti nanti.Sudah tentu ini banyak membantu anak-anak semasa mereka keluar dari universiti nanti. Orang yang baik sentiasa berkorban untuk kehidupan orang yang tersayang.Kalau kita berbenlanja sendiri sudah tentu anak-anak tiada masaalah untuk menyeelesaikan hutang semasa belajar.Ini boleh dibuat jika keluarga berkemampuan.Sudah tentu kalau berhutang perlu dibayar.Banyak yang merungut belum bekerja lagi sudah berhutang tetapi lebih baik juika tidak berhutang jika ini tidak menimbulkan masalah oleh keluarga.Untuk itu sebagai ketua keluarga setiap dari kita perlu kerja kuat untuk anak-anak kita tidak masaalah untuk membayar hutang pembelajarn jika mereka telah bekerja nanti.

Semangat ingin sentiasa berkerjasama perlu sentiasa wujud dalam diri sesaorang. Jangan ada perasaan pentingkan diri sendiri. Dan mendatangkan masalah kepada orang lain juga kepada diri sendiri Seorang yang berjaya dalam karier adalah mereka yang sentiasa menaikan nama ketua mereka. Dan tidak mendatangkan masalah kepada ketuanya. Manakala ketua yang baik sentiasa memuji kejayaan yang dicapai adalah usaha bersama semua staf dalam pejabat tidak kira pangkat tinggi atau rendah juga tidak mendatangkan masalah kepada mereka.. Ketua yang baik akan sentiasa mengingati orang bawahan yang sentiasa membantu dari bawah. Inilah yang dikatakan bekerjasama. Orang baik sentiasa ingin bekerjasama dengan orang. Walaupun sumbangan orang lain kecil tetapi pujian dan penghargaan tetap diberikan. Sekarang ini pujian kerap diberikan kepada orang besar sahaja walaupun sumbangan yang kecil. Ini tidak ada salahnya tetapi pujian tetap juga diberikan kepada mereka yang berpangkal kecil. Pengiktirafan dan pujian adalah satu motivasi. Memberi motivasi kepada orang lain adalah satu tugas yang murni yang patut diamalkan.Orang baik juga orang yang sentiasa merendah diri. Biar bagaimana pujian akan menyebabkan mereka lebih tunduk. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Kalau pandai tetap pandai kalau diletakan dimana-mana. Orang baik juga tetap baik kalau tidak diberi pujian. Bercta-citalah untuk menjadi orang baik dan tidak memberi masalah kepada orang lain dan masyarakat. Orang yang tidak memberi masalah sentiasa disenangi dan suka didampingi. Kalau satu masa nanti kita tidak dihubungi dan orang sudah mula tidak mahu mendampingi kita lagi. Perlulah kita fikirkan semula samaada kita orang baik atau orang yang sentiasa memberi masalah.

Kehidupan manusia selain untuk melakukan sesuatu untuk mati, kehidupan juga memerlukan sesuatu yang penting untuk keselesaan. Apa yang setiap orang lakukan sudah tentu untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan. Sudah tentu hidup perlukan keselesaan dan ketenangan. Tiada ada gunanya mempunyai duit yang banyak, harta yang melimpah ruah tetapi hidup tidak ada ketenangan dan penuh dengan masalah. Tidak guna juga kalau berjaya dalam karier yang sudah tentu mewah dalam kehidupan tetapi hidup berumah tangga tpenuh dengan masalah.

Sudah tentu setiap yang hidup inginkan kecemerlangan dalam kehidupan. Untuk itu setiap dari kita perlu bekerja kuat untuk mencapai cita-cita atau hajat.Selalunya cita-cita yang perlu dicapai ialah supaya badan sehat dan hidup senang. Kalau boleh senang dalam serba serbi, senang berjalan, senang berbelanja, senang makan dan semua kerja menjadi senang. Kalau ada pun masalah yang menghalang tetapi laluan perlu dipermudahkan tanpa masalah. Inilah sebahagian cita-cita manusia dalam kehidupan sebelum mati. Setiap yang bercita-cita perlu bekerja kuat dan mengatasi setiap masalah.Apa yang penting dalam mengejar cita-cita kita jangan mengetepikan orang lain.Jika kita berkuasa tidak mengunakan kuasa untuk memberi masalah kepada orang lain untuk menidakan peluang orang lain yang mungkin berbakat. Sikap ini tidak baik dan tidak membawa negara kearah kegemilangan dan sudah tentu akan membawa keburukan dalam tempoh jangka panjang.

Satu lagi sikap yang tidak baik yang kerap berlaku adalah tidak bersyukur dengan kejayaan yang dicapai oleh syarikat atau sesuatu jabatan. Banyak berlaku kakitangan yang bekerja meniumbulkan masalah terhadap majikan dan kerap memburukan tempat mencari makan mereka. Semasa meminta kerja macam-macam pengakuan dibuat dan berjanji akan bekerja kuat dan yang penting perlu mengurangkan masalah dalam pekerjaan. Malangya apabila mula bekerja banyak yang mula menyemai atau menambahkan sikap tidak puas hati.dan menimbulkan masalah.Kalau yang bekerja dengan syarikat swasta yang berorientasikan keuntungan kerap tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima dengan memberi alasan syarikat untung besar tetapi ganjaran yang diterima sangat kecil walaupun telah dipersetujui dari awal dahulu. Inilah yang kerap berlaku dan mulalah memburuk-burukan syarikat dan ada juga yang akan menyusahkan syarikat. Ada sahaja yang tidak kena dan menimbulkan masalah dimana-mana. Ini adalah disebabkan perasaan cemburu yang menebal dan tidak  bersyukur dengan apa yang telah mereka nikmati. Kerap kali ini akan berakhir dengan membuat sesuatu yang buruk terhadap syarikat. Walaupun tidak banyak keuntungan yang didapati dari memburuk-burukan syarikat sendiri tetapi apa yang penting hati puas. “Gasaklah nak jadi apa biarkan syarikat rugi dan mereka akan senang hati”. Inilah yang kerap berlaku dalam kehidupan seharian. Sudah tentu ini dapat dihindarkan jika ada persaan bersukur apa yang telah kita nikmati dan sentiasa memikirkan untuk tidak menimbulkan masalah dan cuba menyelesaikan masalah tanpa masalah.

Perasaan ingin membantu dan tidak mahu menimulakan masalah  kepada orang lain perlu ada didalam diri setiap orang. Kalau bantuan tidak yang besar yang kecil pun sudah cukup. Pada setengah orang apa yang diberi sangat kecil tetapi kepada yang menerima sangat besar. Kepada mereka yang memegang jawatan besar dan agak berpengaruh mesti mempunyai niat untuk membantu atau memudahkan urusan orang lain. Luangkan masa untuk bertemu mereka yang berhajat untuk memohon sesuatu untuk menambahbaikan kehidupan. Dan menyelesaikan masalah mereka Kalau sudah dibuat temujanji perlu dipenuhi dengan baik. Maklumlah orang yang buat temu janji datang dari jauh, kalau orang kampong amat sukar untuk sampai ke bandar. Mereka telah membelanjakan wang untuk sampai kepejabat, malangnya pegawai yang patut ditemui tidak hadir dan diganti dengan pegawai yang lebih juniour. Mereka faham orang besar-besar sememangnya sibuk tetapi rakyat perlu diberi keutamaan  Masalah  yang besar kepada mereka sebenarnya kecil bagi orang besar-besar.Mengapa tidak kita menyelesaikan masalah kecil mereka supaya memberi manfaat besar kepada mereka.Orang besar dan berpengaruh juga boleh menyelesaikan masalah tanpa ada masalah.

Satu lagi yang perlu disimpan dalam hati adalah hidup kita perlu menyenangkan orang lain. Mungkin ini dikatakan berkorban. Setiap tugasan yang diberi jika ada hubungan dengan manusia perlu ikhlas. Kalau kita berkerja dengan ikhlas pasti akan menemui kejayaan. Sesaorang peniaga atau usahawan yang datang kepejabat samaada ingin memohon bantuan atau apa-apa sokongan perlulah diberi dengan segera tanpa ragu-ragu dan tidak mencari masalah daripada mereka. Kalau boleh lebih cepat lebih bagus. Kalau mahu surat sokongan kalau boleh beri pada masa itu juga. Jika bantuan lain-lain yang melibatkan pihak ketiga juga perlu dihubungi pada masa yang sama. Ini dapat dilihat kita memberi kerjasama. Selalunya banyak orang ambil mudah setiap permohonan atau bantuan yang ingin dipohon. Kerapkali apa bantuan yang dipohon tidak dilayan dengan alasan nanti kalau dilayan jika permohonan berjaya, pemohon akan beroleh keuntungan yang banyak. Alasan ini diberi kerana ada perasaan tidak puas hati dan inginkan orang lain lebih susah dari mereka. Mereka kalau boleh tidak mahu orang lain senang. Niat begini tidak ikhlas.Perlu disimpan didalam hati, setiap dari kita bekerja untuk menyenangkan rakyat. Kalau rakyat ingin menemui tetapi amat sukar bagaimana pula dikatakan kita berkhidmat untuk rakyat. Setiap dari kita perlu mempunyai keinginan tidak memberi masalah kepada masyarakat. Biarkan masyarakat hidup gembira.Semua rancangan kerajaan, pembangunan dan kemudahan infrastuktur tidak akan memberi masalah kepada rakyat.Rakyat akan gembira jika setiap permasalahan diselesaikan tanpa masalah.Hidup gembira dan ceria jika masalah dapat diselesaikan. Hidup perlu meminimumkan masalah.

Thursday, 15 November 2012

SAYANG.....SAYANG....SAYANG



Melaku Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Ini lah ungkapan terbaharu rakyat negeri Melaka setelah Melaka menjadi negeri maju pada tahun 2010. Sayang yang bermakna mengasihi dan mencintai. Kepada ibubapa sayang bermakna kasihan dan terasa belas. Sayang juga membawa makna kasih, cinta, kekasih dan jantung hati. Sayang akan bererti suka akan, gemar akan seperti anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti. Bersayangan atau bersayang-sayangan bermakna berkasih-kasihan, saling mencurah kasih sayang. Menyayangi bermakna berasa sayang akan, mengasihi. Menyayangkan membawa makna sayang (kasih, cinta) akan. Tersayang terasa amat sayang sekali, yang amat disayangi. Tersayang-sayang bermakna terrasa kesal (rugi). Kesayangan adalah perasaan kasih sayang (cinta), cinta kasih, yang disukai, kesukaan, yang dikasihi, kekasih. Penyayangan adalah perbuatan menyayangi. Penyayang adalah orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta.

Begitulah luas makna perkataan sayang sehingga kalau tiga dari perkataan sayang ini diungkapan...sayang....sayang...sayang akan juga dapat membuat ayat dan difahami. Ia itu sesaorang yang membahasakan dirinya sayang menyatakan ungkapan sayang kepada sesaorang yang disayangi. Itulah kelebihan perkataan sayang yang kerap diperkatakan. Ungkapan ini sekarang telah digabongkan kepada Melaka Maju Negeriku Sayang bermakna negeri ini disayangi oleh rakyatnya. Ungkapan itu bukan sahaja perlu disampaikan sebelum ucapan seperti memberi salam tetapi perlu diterjemahkan oleh setiap rakyat negeri Melaka. Sayang hanya akan memberi manfaat jika sesuatu dilakukan untuk sesaorang. Untuk itu, bagi rakyat negeri Melaka yang telah menjadi penduduk negeri maju, perkatan sayang perlu dijadikan sebahagian dari kehidupan seharian dan perlu dicurahkan ke negeri Melaka supaya negeri ini terus maju dan gembira untuk didiami. Apa yang penting bagaimana kita melaksanakan sesuatu kepada negeri Melaka yang kita sayangi. Kita tidak boleh asyik bertanya apa yang telah negeri Melaka berikan kepada kita?. Kita juga harus bertanya apakah yang telah kita berikan kepada negeri Melaka?.

Kerajaan negeri Melaka berhasrat untuk menjadikan rakyat negeri ini sehat dan yang paling penting boleh hidup lebih lama dalam keadaan yang sehat. Tidak ada gunanya hidup lama tetapi tidak sehat. Untuk itu, seperti negeri maju yang lain di dalam dunia, kerajaan negeri Melaka telah melarang merokok dibeberapa tempat tertentu di negeri Melaka seperti di Komplek Pentadbiran Kerajaan Hang Tuah Jaya, Kawasan Warisan Dunia di Banda Hilir dan juga kawasan Melaka International Trade Centre. Banyak yang merugut dengan kewujudan larangan ini. Mungkin ini adalah benda baru, lambat laun rakyat akan memahami hasrat murni kerajaaan. Bukan semua tempat yang tidak boleh merokok, ada tempat-tempat tertentu khasnya untuk kawasan tumpuan ramai dan juga pelancong sahaja. Kalau dilihat dari kaca mata bukan perokok, ini adalah satu pendekatan yang baik tetapi jika dilihat dari sudut perokok, pendekatan ini bukanlah penerimaan yang popular. Walau bagaimana pun sesuatu yang baik akan diterima juga pada satu masa nanti. Kita perlu mengucapkan tahniah kepada pendekatan kerajaan negeri Melaka.
Bukan semua sifat menyayangi harus ditunjukan setelah peraturan dikenakan. Sepatutnya kalau sayang kita buat secara sukarela. Inilah sebenarnya sayang. Sayang bukan kerana keterpaksaan tetapi kerana sifat sayang itu sendiri. Setiap rakyat negeri Melaka perlu menjadi sesaorang yang pembersih. Membuang sampah merata-rata tempat atau di dalam longkang atau semak bukan sifat rakyat yang menyayangi negeri Melaka. Kebersihan harus dijaga sesuai dengan slogan 'Melaka Negeri Yang Bersih'. Setiap dari rakyat Melaka harus bertanggup jawap dengan kebersihan dari sifat diri sendiri dan menjaga persekitaran tempat tinggal atau bekerja. Kebersihan adalah tanggung jawap bersama. Kerajaan telah menyediakan tong sampah yang mencukupi dengan berbagai rekabentuk. Seharusnya setiap rakyat negeri Melaka berbangga dengan kemudahan yang telah disediakan dan marilah kita menggunakannya. Kerajaan juga telah menyediakan operator pengangkut sampah yang cekap. Untuk itu kerja sudah menjadi mudah. Jadual pengutipan sampah sudah pun disediakan Setiap jalan juga telah disediakan tong sampah, kemudahan ini perlu digunakan dengan baik.

Kerajaan tidak mengenakan peraturan untuk meletakan penanda arah majlis perkahwinan. Penanda arah ini akan diletakan di tiang lampu isyarat, tiang penanda jalan, apa sahaja yang bertiang di persimpangan jalan dan juga batu-batu yang terletak ditepi jalan. Ini adalah sesuatu yang baik supaya tetamu senang mencari rumah disamping pelan tataletak yang telah disediakan. Amat malang penanda arah jalan ini tidak diturunkan selepas majlis. Penanda akan diturunkan oleh angin yang bertiup kencang atau pengguna yang ingin menggunakan tempat yang sama. Apa salahnya setelah majlis selesai, penanda jalan ini perlu dikutip balik. Inilah sifat sayang yang dikehendaki. Bukan membiarkan penanda jalan diturunkan oleh orang lain atau reput dengan sendirinya.

Imej tandas adalah sesuatu yang penting. Setiap tandas dinegeri Melaka perlu digunakan dengan baik. Setelah digunakan, lakukan tanggung jawap kita untuk keselesaan orang selepas itu. Ini tanggung jawap bersama walaupun tidak ramai orang yang mengetahui apa yang kita lakukan didalam tandas. Untuk tandas awam, keraaan negeri Melaka telah menyediakan penjaga untuk mencuci tandas selain membersihkan tandas. Tidak boleh duit sahaja yang dikutip tetapi tandas tidak dibersihkan. Kebersihan tandas bukan letak pada langsir yang disediakan. Tandas tidak perlu nampak cantik jika berlansir tetapi kebersihan dan bau tidak dijaga. Pencucian tandas perlu menggunakan bahan kimia pencuci, bukan hanya cucian dengan laluan air biasa sahaja. Pencucian tandas juga perlu profesional dan mengikut kaedah pencucian yang betul. Setiap dari kita perlu menjaga tandas awam seperti menjaga tandas rumah kita.

Kita menyayangi negeri Melaka perlu ditunjukan dengan perkhidmatan dengan senyuman. Senyuman perlu diberikan setiap masa tidak kira kita berkhidmat dimana-mana sahaja. Senyuman perlu diberikan kepada pelanggan di hospital, pasar raya, hotel, jabatan kerajaan, muzium, kaunter jualan tiket dan juga pemandu teksi dan bas. Semua perkhidmatan yang baik tidak akan dihargai jika tidak diiringi dengan senyuman. Mereka yang berkhidmat di jabatan kerajaan juga perlu memberi senyuman kepada rakan-rakan dan mereka yang memerlukan perkhidmatan. Senyuman yang lebih manis perlu diberikan kepada rakyat yang datang untuk mendapat bantuan seperti di Jabatan Kebajikan Masyarakat, PEMBELA, Majlis Ugama Islam atau Pusat Khidmat DUN dan Parlimen. Walaupun mereka datang untuk mendapat bantuan tetapi sebagai rakyat yang menyayangi negeri ini dan dibayar gaji untuk memberi perkhidmatan senyuman perlu terus diberikan. Berkhidmatlah dengan penuh senyuman.

Kemalangan jalan raya samaada serius atau tidak perlu dielakan. Kita tidak mahu negeri maju perlu banyak kemalangan dan banyak yang akan tercedera di jalan raya.Sebagai rakyat yang menyayangi negeri ini, kita perlu pastikan peratusan kemalangan di negara ini terus dikurangkan. Kita tidak mahu berita kemalangan hanya menjadi perbualan biasa dan tidak bercita-cita untuk menguranginya. Ini boleh dilakukan dengan memandu berhati-hati, sentiasa sabar dan ingin membantu, ikut arahan dan lampu isyarat. Peraturan lampu isyarat juga perlu difahami dan dipatuhi. Lampu merah bermakna berhenti, Hijau boleh berjalan atau meneruskan perjalanan manakala lampu kuning bermakna bersedia untuk berhenti bukan bersedia untuk tekan minyak. Banyak kemalangan berlaku di lampu isyarat kerana untuk mengejar lampu kuning. Sebenarnya lampu isyarat adalah satu yang sangat baik disediakan untuk mengawal lalu lintas. Malangnya banyak yang menempuh maut di tepi lampu isyarat.

Kita dapat lihat sesuatu yang aneh berlaku dihadapan kita setiap hari adalah perkhidmatan beca pelancong di Bandaraya Melaka. Adalah tidak dapat dinafikan perkhidmatan beca pelancong telah menjadi daya penarik pelancong yang datang ke negeri Melaka. Khidmat penarik beca amat disanjong kerana tidak banyak negara pelancong di dunia mempunyai perkhidmatan ini.Banyak yang memuji perkhidmatan beca tambahan pula beca dihiasi dengan menarik. Ini adalah inovasi dalam industri beca yang ditambah lagi dengan sajian lagu-lagu merdu. Tahniah kepada penarik beca negeri Melaka, khidmat amat dikagumi tetapi yang pelik banyak pembawa beca yang mengayuh beca mengikut laluan bertentangan dengan lalulintas. Tidak pula dalam undang-undang jalan raya mengatakan beca roda tiga perlu dikayoh bertentangan dengan laluan kenderaan yang lain. Ini sebenarnya amat menghairankan tetapi sudah menjadi pandangan biasa di negeri Melaka. Cara pergerakan ini amat merbahaya. Banyak perkara baik dapat dilakukan dengan mengikut undang-undang. Apa salah kalau membuat sesuatu kebaikan dengan mengikut cara yang betul. Orang pun tidak marah, negeri Melaka bangga dan rezeki juga mencurah-curah. Walaupun pada ketika ini tidak lagi berlaku kemalangan yang serius, tahniah kepada penarik beca negeri Melaka tetapi rekod yang cemerlang ini perlu dijaga dengan baik.

Rakyat negeri Melaka mesti terus bersopan santun dalam setiap aspek kehidupan. Kalau membuka pintu pastikan pintu dipegang setelah semuanya melepasi pintu. Jangan biarkan pintu terlepas setelah digunakan. Apa salahnya memegang pintu lama sedikt supaya pengguna tidak terkena pintu. Sifat baik ini perlu dipuji. Mudah sangat untuk melakukan ini semua tetapi ini tidak diamalkan oleh banyak orang. Ini bukan budaya baru tetapi tidak diamalkan oleh itu apabila ada orang yang mengamalkanya kita terasa pelik. Patutlah ini menjadi amalan.

Biarlah ucapan terima kasih menjadi sebutan rakyat negeri Melaka. Memberi atau menerima perlu dimulakan atau diakhiri dengan ucapan terima kasih. Setiap pembayaran dan juga penerimaan pembayaran atau memulangakan wang lebihan perlu berterima kasih. Ini adalah amalan rakyat negeri maju. Amalan ini sebenarnya amat mudah dan kalau menjadi amalan akan menjadi tabiat yang baik. Jadilahkan terima kasih sebahagian tabiat hidup rakyat negeri Melaka. Biarkanlah kata-kata terima kasih sentiasa berkumandang di negeri Melaka. Negeri Melaka akan dikenali negeri berterima kasih.

Sayang perlu ditunjukan bukan hanya ungkapan dimulut. Jika kita menyayangi negeri Melaka, nyatakan kasih sayang itu melalui perbuatan. Banyak kerja yang boleh dilakukan tanpa pendekatan undang-undang tetapi sangat baik dengan semangat sukarela. Lakukanlah sikap yang menunjukan kita menyayangi negeri Melaka. Melaka perlu disayangi kerana pemimpinnya menyayangi rakyat negeri Melaka.


RAJIN LEBIH BAIK DARI PANDAI.



Rajin adalah orang yang suka bekerja atau belajar, giat, bersungguh-sungguh dan tekun. Merajinkan diri ialah berusaha benar-benar dan mengusahakan diri. Kerajinan ialah perihal rajin, kegiatan dan ketekunan.  Pandai adalah mereka yang cerdik dan pintar. Berpandai-pandai ialah melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dengan orang lain. Memandai atau memandai-mandai membuat sesuka hati dan mengikut fikiran sendiri. Memandaikan ialah membuat, membina dan menjadi pandai. Kepandaian ialah kecerdikan, kemahiran dan kepintaran. Berpandaian ialah mempunyai kepandaian atau kemahiran.

Semua orang ingin menjadi pandai. Kepada sesiapa yang pandai akan mendapat pekerjaan yang baik. Kerap kali kepandaian akan dikaitkan dengan kesenangan. Ibubapa kerap berpesan kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi pandai. Ini akan membolehkan apabila dewasa mendapat pekerjaan yang baik supaya hidup menjadi senang, Tidak hairanlah semua orang ingin menjadi pandai. Untuk menjadi pandai sudah tentu memerlukan setiap dari kita belajar bersungguh supaya mendapat pekerjaan yang baik dan berpendapatan lumayan. Proses pembelajaran untuk menjadi pandai mempunyai empat kemahiran yang dipanggil kemahiran belajar iaitu mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap atau berkomuniksi. Ini adalah kemahiran asas yang perlu menjadi amalan.

Kepandaian juga hanya didapati jika kita belajar mengikut kaedah yang betul. Belajar adalah sesaorang yang ingin mnehgetahui perkara yang tidak diketahui dari sesaorang yang mengetahui supaya menjadi mengetahui. Dalam bahasa mudah ialah sesaorang yang  ingin tahu dari sesaorang yang tahu supaya menjadi tahu. Empat kemahiran mudah ini patut diamalkan olehh setiap orang yang ingin menjadi pandai. Membaca buku juga tidak semestinya belajar jika mereka hanya mengambil tahu perkara yang telah mereka ketahui. Ini adalah mengulangkaji namanya. Untuk itu perlu difahami, sesaorang bakan belajar jika dia mengetahui perkara baru. Sebenarnya belajar bukanlah sesuatu yang susah kalau kita melakukan amalan yang betul. 

Kepandaian sesaorang akan diukur dari kejayaan dalam peperiksaan. Sudah tentu mereka yang mendapat kelulusan yang terbaik dalam peperiksaan dan mereka yang mendapat sijil yang paling tinggi dalam pembelahjaran dikatakan pandai atau sangat pandai. Ibubapa sangat gembira jika anak-anak mereka mendapat kelulusan yang baik. Mereka yang mendapat kelulusan cemerlang akan dikatakan pandai. Untuk itu kepandaian amat mudah diukur atau ditentukan. Lagi banyak sijil dan cemerlang dicatitkan. Ini bermaksa sesaorang itu pandai.

Sekarang ini kepandaian juga diukur dari pencapaian tertinggi dalam pembelajaran. Sesaorang yang mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD atau mempunyai ijazah sarjana atau master akan dikatakan pandai. Kita dapat lihat ibubapa dan keluarga amat bangga kalau anak-anak mereka mempunyai master atau PhD. Sekarang ini sudah menjadi trend perbualan. Ibubapa sangat bangga kalau anak-anak sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Belum lagi mendapat ijazah sarjana diperkatakan pula ingin membuat ijazah kedoktoran. Itu sebab dikatakan jika mempunyai sijil yang banyak dan tertinggi dikatakan sesaorang itu pandai.

Dalam kehidupan kepandaian penting tetapi kerajinan atau rajin juga sangat penting. Rajin tidak semestinya datang dari orang yang pandai tetapi rajin juga boleh datang dari orang yang berkemahiran atau tidak pandai. Memandangkan prestasi yang akhir nanti akan menjadi sebutan. Banyak mereka yang tidak pandai iaitu yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi sangat berjaya dalam kehidupan. Bermakna mereka ini menjadi kaya raya, jutawan dan 'beruang'. Rajin adalah tabiat yang sangat baik. Ini diperkatakan dalam peribahasa 'ringan tangan berat perut'. Ini bermaksud setiap yang rajin akan mendapat balasan yang baik.

Kita dapat melihat banyak mereka yang bekerja kampong yang tidak berpeluang menjadi pandai iaitu mendapat pendidikan yang tinggi pada masa mereka dahulu. Mereka juga berjaya mempunyai rumah besar dan yang paling bagus ialah berjaya mendidik anak-anak. Mereka juga mempunyai harta yang boleh ditinggalkan kepada anak-anak. Mereka juga dapat menunaikan haji dan dapat juga mempunyai peralatan rumah yang mahal-mahal. Mereka dapat kerana mereka berusaha. Ini adalah kerana mereka sangat rajin. Kerajinan juga telah membuktikan ramai yang berjaya dalam kehidupan. Banyak mereka yang berjaya dalam perniagaan sekarang adalah mereka yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Mereka memulakan perniagaan dengan modal yang kecil tetapi berbekalkan kerajinan. Lihat sekarang mereka juga berjaya malahan lebih berjaya dalam ekonomi keluarga.

Kerisauan adalah mereka yang belajar bersunguh-sungguh hanya untuk menjadi pandai dan menjawat jawatan tinggi atau ingin makan gaji sahaja. Banyak juga yang belajar hanya untuk mendapat sijil sahaja bukan untuk mendapat pengetahuan. Mereka tidak hairankan pengetahuan tetapi sijil perlu ada. Itu sebabnya semua pihak akan menghantar anak-anak mereka belajar ke institusi pembelajaran yang mengeluarkan sijil yang diiktiraf sahaja. Jika sijil diiktiraf senang mendapat kerja. Kalau tidak diiktiraf, macam mana hendak dapatkan pekerjaan. Itulah yang dilakukan oleh anak-anak muda kita yang sedang belajar. Sijil dan kepandaian adalah segala-galanya.

Pembelajaran adalah untuk mendapat pengetahuan. Hanya pengetahuan dapat digunakan untuk memajukan negara dan juga keluarga. Setiap dari kita perlu mengejar pengetahuan bukan mengejar sijil. Inilah kesilapan yang telah kita lakukan dan ibubapa juga hilang folus dalam mendidik anak-anak. Anak-anak perlu mendapat pengetahuan. Sepatutnya setiap pembelajaran tidak perlu diberi sijil cukup hanya mendapat pengetahuan. Hanya untuk kursus profesional sahaja perlu diberi sijil. Kalau sijil tidak diberi, pengetahuan akan diukur kepada kerajinan atau kecekapan membuat kerja. Pengetahuan boleh digunakan untuk berniaga. Berniaga memerlukan kreativiti diri sendiri dan tidak semestinya pandai. Harap ada pihak yang mempertimbangkan untuk setengah kursus tidak perlu diberi sijil. Itu sebab banyak institusi amat mementingkan pengetahuan bukan hanya mementingkan majlis konvokesyen sahaja. Ini dapat diperhatikan apa yang dipraktikan oleh pihak swasta. Mereka bukan sangat mementingkan kepandaian. Kalau mereka memilih pekerja mereka akan mengambil mereka yang berkelulusan.minima. Mereka tidak mementingkan calon yang berkelulusan kelas pertama, mempunyai ijazah sarjana atau mempunyai ijazah kedoktoran. Mereka mementingkan ketokohan, kebolehan dan kerajinan. Banyak juga jabatan yang merungut banyak yang mempunyai ijazah kelas pertama tetapi tidak boleh bekerja dengan baik. Mungkin juga mereka ini ini semasa diuniversiti hanya belajar sahaja dan tidak terlibat dengan aktiviti kampus. Akhirnya mendapat kelulusan yang baik tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku akibatnya tidak tahu bekerja. Ini dikatakan pandai tetapi tidak rajin.

Kejayaan dalam kehidupan bukan sahaja dipandang dari segi kepandaian tetapi kerap yang menjadi ukuran adalah mencapaian dari segi kewangan. Mungkin tidak semua orang setuju tetapi jika tidak mempunyai wang banyak kerja yang tidak dapat disempurnakan walaupun wang bukan segala-galanya. Kejayaan dalam hidup akan diukur pada akhirnya nanti. Kalau semasa tua telah menjadi jutawan, kaya raya dan banyak harta sudah tentu dipanggil orang yang berjaya. Ini dapat diperolehi jika sesaorang kerja kuat dan tidak semestinya mempunyai sijil yang tebal tetapi diukur dari mereka yang mempunyai berapa banyak harta.

Sudah sampai masanya kita sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak kita supaya sentiasa rajin. Kepada mereka yang tidak mendapat kecemerlangan dalam pembelajaran atau tidak pandai sepatutnya perlu dikatakan supaya rajin dalam melaksankan sesuatu pekerjaan. Kita harus mengatakan bukan kepandaian yang menentukan segala-ganya tetapi kerajinanlah yang amat penting. Kita lihat sahaja dalam organisasi kerajaan. Banyak mereka yang tidak mendapat kelulusan yang cemerlang semasa belajar tetapi memberi perkhidmatan yang cemerlang. Begitu juga dalam kehidupan seharian. Sesaorang kerap dipuji kerana kerajinan. Kira kerap mendengar sesaorang itu tidak pandai tetapi rajin yang akhirnya dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan cemerlang.

Begitu juga semasa belajar, ramai pelajar yang dikatakan tidak pandai tetapi apabila keluar keputusan peperiksaan mereka juga dalam kategori cemerlang. Ini kerana kerajinan dalam belajar, mengulangkaji dan kerajinan melaksanakan sesuatu yang penting sebagai seorang pelajar. Kerajinan juga akan menjurus kepada kreativiti. Mereka yang mencipta kreativiti adalah mereka yang rajin berfikir sesuatu perkara yang baru atau mereka yang sentiasa berfikir untuk memudahkan sesuatu kaedah kerja. Seperti kerja mengacau dodol, ini bukan satu kerja yang mudah dan mengambil masa yang sangat lama. Kueh traditional Melayu ini sangat sedap tetapi banyak tenaga yang dicurahkan untuk mendapat dodol. Bukan sahaja camporan yang menentukan keenakan dodol tetapi kawalan api dan juga kaedah masakan juga memerlukan kepakaran. Untuk memudahkan kerja mengacau dodol ini, alat mengacau dodol automatik telah dicipta. Alat ini amat kreatif yang memudahkan kerja mengacau dodol. Mesin ini dapat dihasilkan adalah hasil pemerhatian mereka yang kreatif dan rajin berfikir untuk menyelesaikan masaalah ini. Mereka juga agaknya pernah mengalami sukarnya mengacau dodol, untuk itu satu penyelesaian perlu dicari. Itulah sebabnya mesin pengacau dodol automatik dapat dihasilkan Jika tidak ada orang yang rajin berfikir, sudah tentu kaedah membuat dodol tidak akan berubah selamanya.

Rajin dan pandai sangat dikehendaki oleh bakal majikan.. Pandai sahaja tidak mencukupi.Untuk itu kita harus menasihatkan anak-anak kita untuk mencapai kedua-duanya. Rajin bukan sahaja bagus untuk diri sendiri tetapi bagus juga untuk masyarakat. Mereka yang pandai dan rajin akan menjadi contoh masyarakat. Masyarakat sangat memerlukan orang pandai dan rajin untuk membangunkan kawasan mereka dan memberi sumbangan kepada aktiviti masyarakat. Masyarakat tidak mahu mereka yang pandai hanya menumpukan masa untuk menaikan profesion tetapi mengabaikan masyrakat. Kepandaian boleh disumbangkan kepada aktiviti belia dan juga aktiviti akademik. Mereka yang pandai juga mesti menyumbang kepada masyarakat kerana banyak mereka yang pandai mendapat pembiayaan kerajaan semasa belajar dahulu. Segala budi baik kerajaan mesti dibalas dengan kerajinan. Orang rajin tidak mengira hujung minggu atau tidak. Setiap kali dimana sahaja tenaga mereka dikehendaki mereka tidak segan silu untuk menyumbang. Mereka juga tidak banyak kerenah dengan memberi alasan banyak kerja atau masa banyak perlu digunakan untuk keluarga atau aktiviti tidak dibayar. Berilah kerajinan kita kepada masyarakat dan kepandaian untuk membina negara jika berkemampuan.

Wednesday, 14 November 2012

PRODUK INOVASI PERLU DIKOMERSILKAN SENDIRI OLEH PENYELIDIK.



Kita kerap mendengar produk inovasi yang membawa makna sesuatu produk yang baru diperkenalkan seperti sistem, adat yang baru. Inovasi juga perihal mengadakan, memulakan sesuatu yang baru. Menginovasi pula bermakna membuat inovasi, penginovasi membawa makna orang yang membuat inovasi manakala penginovasi memberi makna orang yang membuat inovasi. Inovator bermakna orang yang melakukan inovasi. Inovasi boleh dihasilkan melalui salah satu kaedah atau ketiga-tiganya sekali, 1) melalui penyelidikan seperti mana yang dilakukan di institusi penyelidikan dan pembelajaran 2) melalui penambahbaikan sistem atau produk yang ada, ini kerap dilakukan di institusi penyelidikan atau pusat pengkomersilan produk atau dikilang penghasilan atau pembuatan  produk dan 3) tiba-tiba terfikir produk baru melalui pengalaman, mimpi, terfikir atau melihat masaalah sesuatu produk. Setiap produk yang dihasilkan melalui kaedah yang telah dinyatakan adalah diiktiraf sebagai inovasi.

Produk inovasi kerap akan memudahkan kehidupan atau memudahkan sesuatu proses kerja. Selalunya produk ini dikatakan baru diperkenalkan dan mampu untuk memudahkan urusan kehidupan seharian.  Adalah menjadi kebanggaan setiap pereka jika produk ciptaan mereka dapat digunakan untuk kemudahan orang ramai. Adalah lebih baik jika produk yang dihasilkan amat menarik dilihat moden dan sangat mudah digunakan. Adalah amat sukar untuk sesuatu produk mendapat penerimaan ramai. Selalunya pengguna amat cerewet untuk menggunakan produk yang baru tambahan pula jika belum luas penggunaanya. Inilah yang menjadi cabaran untuk produk inovasi dikomersilkan.

Budaya inovasi rakyat Malaysia sangat tinggi dari segenap peringkat dan berkembang dengan baik. Budaya ini sangat subur sejak dari bangku sekolah hingga keperingkat universiti mahupun masyarakat umum. Kejayaan menghasilkan produk inovasi telah dilaporkan dengan baik oleh akhbar harian mahu pun dilaporkan dalam majalah ilmiah. Kerap juga publisiti diberi kepada produk inovasi baru dengan memberi pengiktirafan berupa sijil dan pingat dalam pertandingan yang diadakan samaada diperingkat sekolah, universiti, negeri, negara dan juga peringkat antarabangsa. Pencapaian ini sangat baik dan kerap dilaporkan didalam akhbar harian. Kita merasa sangat bangga dengan pencapaian rakyat negara ini dalam penghasilan inovasi baru. Pencapaian diperingkat antarabangsa kerap menjadi sebutan dan menjadi kayu pengukur kejayaan sesuatu institusi penyelidikan. Kerap juga dipersoalkan apa yang terjadi terhadap produk inovasi yang telah mendapat pengiktirafan diperingkat negara atau antarabangsa.

Kebanyakan produk inovasi negara kita hanya berakhir diperingkat pengiktirafan sahaja. Pujian hanya diperingkat surat khabar atau pengiktirafan institusi dengan memberi kenaikan pangkat atau sedikit ganjaran kewangan . Produk inovasi hanya berakhir setakat itu sahaja. Sebenarnya masyarakat kita tidak sangat memikirkan manfaat dari produk inovasi. Tidak banyak produk inovasi rakyat negara ini yang telah mendapat pengiktirafan dapat atau dikomersilkan atau telah dijual dipasaran. Usahawan di negara kita tidak berminat untuk mengkomersilkan produk inovasi negara sendiri. Memang disedari mengkomersilkan produk inovasi tidak akan mendapat pulangan dalam tempoh terdekat seperti menjadi pemaju perumahan, kontraktor atau jualan barangan runcit harian. Pulangan mengkomersilkan produk inovasi agak lewat kerana produk baru, kerap memerlukan modal permulaan yang sangat tinggi untuk membolehkan produk berada dipasaran. Produk baru perlu diperkenalkan dan memerlukan promosi yang hebat. Ini tidak disukai oleh usahawan atau ahli perniagaan. Adalah lebih baik mereka mendapatkan produk yang telah diterima ramai atau telah berada dipasaran dalam tempoh yang lama dan mempunyai pelangan yang tetap. Adalah lebih baik jika juga para usahawan mengimport produk dari negara China yang sudah tentu murah dan telah dikenali ramai.

Masaalah mengkomersilkan produk inovasi tempatan telah pun diketahui ramai. Ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak yang telah menjadikan produk inovasi adalah sumber baru ekonomi negara ini. Produk inovasi tempatan diharapkan dapat menjana sumber ekonomi baru untuk negara dalam tempoh terdekat. Ini bermakna produk inovasi perlu boleh dijual dipasaran. Kerajaan telah menawarkan berbagai geran melalui berbagai kementerian untuk membantu para usahawan  mengkomersilkan produk inovasi tempatan. Sehingga kini sangat sedikit produk inovasi negara ini yang dapat dipasarkan. Usahawan negara ini kerap memuji pencapaian penyelidikan negara tetapi bila mereka diperlukan untuk mengkomersilkan produk inovasi tempatan, pihak usahawan dilihat tidak begitu memberangsangkan atau tidak ingin membantu dengan berbagai alasan. Mungkin usahawan tidak begitu yakin dengan produk inovasi negara sendiri.

Masaalah mengkomersilkan produk inovasi adalah sesuatu yang sangat serius dan perlu diberi perhatian. Perbelanjaan penyelidikan sangat tinggi tetapi produk hanya menjadi hiasan ruang pameran sahaja atau menjadi sebutan. Berbagai alasan yang diberi oleh pihak swasta semasa memberi komen apabila diminta untuk membantu usaha pengkomersilan. Alasan yang sangat kerap diberikan, oleh para usahawan produk penyelidikan tidak mengambil kira masaalah semasa (tidak relevan) dengan industri. Produk dihasilkan “out-dated” dan telah dihasilkan dinegara lain. Ada juga yang berminat tetapi tidak yakin dapat dipasarkan kerana tahap penerimaan rakyat negara ini kepada sesuatu produk baru sangat lambat. Produk perlu dikenali diluar negara terlebih dahulu barulah pengguna ingin menggunakan untuk mereka. Sangat liat usahawan tempatan untuk memberi pengiktirafan kepada produk inovasi rakyat negara ini. Usahawan tempatan sangat berminat kepada keuntungan yang cepat dengan modal yang rendah.

Sikap usahawan yang telah dinyatakan telah mengakibatkan produk inovasi negara tidak boleh dijual. Lambakan produk penyelidikan atau hasil inovasi yang telah sedia untuk dikomersilkan amat tinggi, Banyak penyelidik melakukan kerja penyelidikan hanya untuk mendapat pengiktirafan kenaikan pangkat sahaja. Mereka berpuas hati produk mendapat pingat dan hasil kreativiti dan inovasi mereka dapat dicatitkan kedalam CV untuk kenaikan pangkat sahaja. Kerja penyelidikan hanya untuk kejayaan individu sahaja. Jika ini berlaku pihak tertentu mesti memikirkan bagaimana untuk membuat perubahan dan tidak hanya suka membuat penyelidikan sahaja.
Proses pengkomersilan tidak begitu rumit jika pihak penyelidik dan para usahawan serius dan tidak memikirkan keuntungan sebelah pihak sahaja. Para penyelidik dan inovator juga tidak sangat memikirkan produk mereka mempunyai nilai yang begitu tinggi hingga tiada ruang rundingan Pihak institusi yang mempunyai produk inovasi dan institusi penyelidikan mesti sanggup berlebih kurang. Ada institusi penyelidikan menggenakan syarat yang sangat tinggi hingga menakutkan pihak yang ingin mengkomersilkan produk penyelidikan. Kebanyakan institusi penyelidikan mempunyai polisi pengkomersilan yang sangat rumit dan amat sukar untuk dipersetujui. Polisi yang ada tidak kundusif pada pihak yang ingin mengkomersilkan produk. Syarat yang keterlaluan akan menyukarkan kerja-kerja pengkomersilan.

Institusi penyelidikan yang mewakili penyelidik kerap tidak begitu serius untuk membantu mengkomersilkan produk mereka. Ini kerana institusi penyelidikan tidak bergantung kepada hasil pengkomersilan produk. Banyak institusi penyelidikan hanya bergantung kepada dana penyelidikan sahaja. Geran penyelidikan juga amat mudah didapati kerana kerajaan merasakan hanya dengan cara ini sahaja inovasi dapat dicapai untuk membantu negara Banyak juga penilai geran yang tidak menilai dari segi pengkomersilan penghasilan produk, mereka hanya memikirkan berapa kertas persidangan yang akan dihasilkan dan berapa artikel dapat diterbitkan kedalam jurnal berwasit diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Nilai pengkomersilan tidak dinilai secara serius. Ada juga penilaian dibuat untuk berapa orang calon ijazah sarjana dan calon ijazah kedoktoran dapat dihasilkan. 

Sikap penyelidik harus berubah sekarang. Kepada para penyelidik, produk inovasi mereka  perlu  diberi perhatian yang sewajarnya. Produk inovasi mereka perlu dikomersilkan dengan serius oleh mereka sendiri atau institusi yang membiayai penyelidikan mereka. Geran yang disediakan perlu dimanfaatkan untuk kemajuan ekonomi negara dengan menetapkan produk perlu dikomersilkan sendiri. Sikap ingin keuntungan segera tanpa memikirkan sumbangan kepada ekonomi negara perlu dihapuskan. Keuntungan jangka panjang yang akan memberi menafaat kepada negara perlu difikirkan. Penyelidik juga perlu memberi perhatian serius kepada produk inovasi yang ingin diperkenalkan. Produk inovasi haruslah dapat diterima ramai, moden, menjimatkan dan sangat memberi faedah kepada kehidupan. Ini adalah tanggung jawap penyelidik. Tuduhan pihak swasta yang menyatakan penyelidik hanya melakukan penyelidikan syok sendiri hanya dapat diberhentikan dengan kaedah ini sahaja. Inovasi yang dihasilkan biarlah menepati piawai antarabangsa agar produk dihasikan dapat dimanfaatkan diseluruh dunia. Produk yang dihasikan perlu sentiasa diberi penambahbaikan dan mempunyai ciri teknologi yang tinggi dan mesra pengguna. Ini sekali lagi adalah tanggung jawap penyelidik.

Kemajuan penyelidikan akan dinilai dari kejayaan mengkomersilkan produk inovasi. Produk yang boleh dikomersilkan akan menjana ekonomi kepada negara. Sumbangan dari segi penjualan produk, kerja-kerja pembuatan, pemasaran, publisiti dan promosi adalah sumbangan tidak lansung kepada ekonomi negara. Ini akan menambah peluang pekerjaan pada masa hadapan. Kejayaan produk inovasi yang mampu diekspot juga sangat membantu ekonomi negara. Lebih banyak produk inovasi negara yang dapat diekspot ini adalah lebih baik dari sudut ekonomi. Negara perlu berubah dari negara pengguna teknologi sahaja kepada negara pengeluar teknologi. Ini adalah cita-cita negara pada masa hadapan. Ini hanya dapat dilaksanakan jika pencipta sendiri mengkomersilkan produk mereka. Masyarakat hanya akan mengguna produk inovasi jika mereka melihat pencipta mengunakan barangan hasil mereka sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...