nuffnang ads

Tuesday 6 November 2012

KITA KENA JADI JUTAWAN BARU SENANG BERI BANTUAN.



Jarang orang bercita-cita untuk jadi jutawan, kalau ada pun hanya bercita-cita untuk jadi orang kaya sahaja. Kalau kita lihat kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang juga jarang yang berkata untuk jadi jutawan. Universiti juga tidak mendidik lepasan pelajar supaya menjadi jutawan. Misi universiti hanyalah memberi ilmu supaya terwujud insan yang kamil sahaja. Menjadikan lepasan universiti jutawan bukan mathalamat universiti. Universiti hanya menyediakan tenaga pakar dan pandai-pandai sendiri berusaha untuk menjadi jutawan. Tiada kajian yang telah dilakukan untuk mengetahui berapa ramai lepasan universiti yang telah menjadi jutawan berdasar profesion yang telah mereka cebori. Universiti hanya berminat untuk mengetahui graduan mereka telah mendapat pekerjaan. Universiti juga berminat untuk mengetahui berapa ramai graduan mereka yang memasuki bidang keusahawanan, sudah tentu jumlah ini sangat kecil.

Pengiktirafan kepada mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan juga sangat kecil dari pihak kerajaan. Setiap tahun tokoh Maal Hijrah jarang yang diberikan kepada mereka yang berniaga. Kerap kali tokoh Maal Hijrah diberikan kepada pegawai kerajaan atau pesara kerajaan sahaja tidak diberikan kepada pesara dalam bidang perniagaan (orang berniaga tiada istilah pencen). Pengiktirafan kepada Ibu Mithali juga jarang diberikan kepada ibu yang telah melahirkan jutawan dalam bidang perniagaan. Ibu Mithali diberikan kepada ibu yang melahirkan pegawai kanan kerajaan yang berjaya sahaja. Pihak kerajaan juga perlu berubah, kepada Ibu yang telah melahirkan ahli perniagaan yang berjaya atau yang telah berkhidmat dalam syarikat yang berjaya juga perlu diberi pengiktirafan Ibu Mithali juga.

Pada satu ketika ramai orang tidak mahu menjadi kaya kerana kaya selalunya dihubungkan dengan sombong. Setiap yang kaya akan dikatakan sombong. Banyak adik beradik yang tidak mahu mengunjungi saudara mara yang kaya, katanya kalau mengunjungi rumah orang kaya susah, banyak  barang yang mahal-mahal, kalau terlanggar pecah nanti. Itulah yang kerap dikatakan kepada orang kaya. Orang kaya juga kerap dikatakan kedekut. Sudah menjadi buah mulut masyarakat orang kaya akan kedekut. Orang kaya pada pandangan masyarakat perlu mudah memberi dan kerap memberi pertolongan dalam apa bentuk sekali pun kalau nak elak digelar kedekut. Kalau kaya pandangan masyarakat sudah begitu, apatah lagi kalau menjadi jutawan.

Walaupun begitu dalam diam-diam, banyak orang menjadi jutawan atau hidup senang. Sebenarnya banyak yang telah jadi jutawan tetapi tidak perlu heboh sana dan sini. Jutawan bukan diiktiraf oleh diri sendiri. Jutawan kerap diperhatikan dari gaya hidup. Orang kaya perlu ada rumah dan kereta. Itu yang kerap diperkatakan pada satu masa dahulu. Ini juga ditunjukan dalam filem zaman P. Ramli. Kalau ada kereta dan rumah sudah mencukupi dan dikatakan telah mencapai taraf kaya. Memang ada kebenarnya, kalau kaya sudah tentu mempunyai banyak kereta, rumah besar dan gaya juga seperti lagak orang kaya. Ini kerap menjadi perhatian masyarakat dan pada satu masa nanti. Orang kaya kerap kali dilihat berbelanja mahal dan kerap bertukar kereta sehingga orang mengiktiraf kekayaan. Apa yang kerap diberi perhatian adalah bagaimana semua perbelanjaaan yang dibuat.

Memandangkan taraf hidup yang telah menjadi begitu tinggi. Banyak penduduk Negeri Melaka telah menjadi kaya. Jumlah mereka tidak diketahui. Mereka ini menjadi kaya kerana mereka berjaya memilik rumah dan kereta. Ini sudah memadai seperti apa yang ditunjukan  oleh zaman P. Ramli atau kita 30 tahun dahulu. Memang ada kebenaranya pada masa dahulu. Memandangkan semuanya telah naik, definasi kaya juga perlu naik. Kalau kaya setakat mempunyai rumah atau kereta tidak lagi patut dikatakan kaya. Sesaorang dikatakan kaya jika mampu mempunyai sebuah kapal terbang. Itu baru betul, mungkin tidak sekarang tetapi pada masa hadapan. Kalau sudah ada kapal terbang sendiri, senang hendak pergi umrah, pergi pagi dan balik petang. Boleh dibawa saudara mara sendiri pergi umrah atau berjalan kesana-kesini bila ada kelapangan.

Menjadi jutawan sangat diidamkan oleh rakyat Malaysia. Memang menyeronokan menjadi jutawan.  Paling menyeronokan adalah dimana kita boleh memberi pertolongan  kepada siapa sahaja yang inginkan bantuan. Dimana sahaja kita mendengar orang susah, kita segera hulurkan bantuan tanpa di paksa. Itu sebenarnya tujuan menjadi jutawan. Senang ingin membatu orang lain apabila diperlukan. Sekarang ini, banyak pihak yang ingin memminta derma atau penajaan untuk sesuatu program. Amat mendukacitakan setiap yang memohon kita tidak dapat memberi kerana kita tidak mempunyai banyak wang. Terdetik juga dikepala kita, kalau sudah jadi jutawan semua permohonan penajaan atau derma sudah pasti dapat ditunaikan.

Menjadi jutawan tidak akan dapat dicapai jika hanya makan gaji. Telah dinyatakan, sembilan puloh peratus rezeki adalah melalui bidang perniagaan. Ini kerap diperkatakan tetapi tidak menjadi amalan. Anak-anak juga tidak diajar supaya berniaga. Semua ibubapa tidak mahu anak-anak berniaga. Ibubapa suka anak hidup senang tetapi tidak mahu mereka berniaga. “Makan gaji senang, cukup bulan tahu ada sahaja’, itulah yang kerap dikatakan oleh ibubapa. Apa yang bertambah teruk lagi, ada ibubapa mensyaratkan anak-anak mesti makan gaji dengan kerajaan sahaja. “Mudah cukup bulan tentu ada gaji pada hujung bulan dan jawatan tetap berpencen pula” kata kebanykan ibubapa. Sudah tentu masa hadapan akan terjamin. Ada ibu bapa, kalau ada anaknya yang mula berniaga akan diperkatakan anaknya tidak bekerja, hanya berniaga sahaja. Mereka tidak mengiktiraf berniaga itu satu pekerjaan. Bekerja hanya diiktiraf jika makan gaji sahaja.

Niat ibubapa menghantar anak-anak untuk belajar tinggi bukan untuk menjadi jutawan tetapi mereka hanya untuk mudah mendapat pekerjaan sahaja. Bukan ibubapa tidak tahu makan gaji tidak menjanjikan kekayaan dan hidup senang. Ibubapa telah melalui peritnya kehidupan semasa makan gaji tetapi mereka masih lagi menyuruh anak-anak mereka melakukan perkerjaan yang sama seperti mereka. Mereka seolah-olah berpuas hati dengan kehidupan mereka pada masa ini dan pada masa yang sama masih lagi berharap anak-anak membuat pekerjaan yang sama. Itu sebabnya kehidupan mereka yaang makan gaji tidak berubah sejak dari dahulu lagi. Sikap berpuas hati dengan pencapaian mereka dan tidak berminat anak-anak mereka menceburi bidang yang lebih mencabar seperti bidang keusahawanan.

Peluang untuk menjadi jutawan juga sangat terbuka luas kepada mereka yang mempunyai kemahiran tertentu. Bidang kemahiran sangat diperlukan. Kita dapat melihat kemahiran memasak telah dapat melahirkan chief yang terkenal, Bidang masakan sekarang tidak seperti dahulu lagi. Apabila negara telah mula maju dan rakyat telah mula senang, pemilihan makanan dan penyajian juga telah mula cerewet dan berkeinginan yang terbaik. Semua ini dapat dilakukan jika kita berkunjung ke hotel atau restoran yang terbaik dari segi chief. Untuk itu bidang ini menjanjikan masa hadapan yang cerah. Kerajaan amat menyedari bidang ini menjanjikan sesuatu yang agak bermakna kepada penghidupan. Kerajaan telah menyedikan kemudahan pembelajaran yang terbaik. Ini disedikan dengan harapan pada masa hadapan setiap dari mereka yang berminat dalam bidang masakan. Tidak hairan banyak politeknik dan kolej komuniti yang menyediakan kursus masak ini. Bidang ini bukan perlu mereka dari kursus.

Terlalu banyak bidang kemahiran yang menjanjikan sesuatu yang baik dalam kehidupan. Kerja memperbaiki perkakasan elektrikal dirumah, perlatan pendawa dingin, memperbaiki kenderaan bermotor, memotong rambut, membuat barang kraf untuk kegunaan harian, tarian dan juga bidang kesukanan adalah bidang kemahiran yang perlu diceburi. Ibu bapa perlu mengalakan anak-anak memasuki bidang kemahiran sejak dari awal. Bidang ini seperti diketahui akan membawa perubahan ekonomi yang mencabar pada masa hadaapan.

Menjadi jutawan perlu didik kepada anak-anak supaya terlibat dalam perniagaan. Kalau makan gaji, peluang menjadi jutawan  ada tetapi agak tipis. Untuk itu jangan sangat belajar hanya untuk mendapat sijil sahaja. Memiliki sijil yang banyak atau tertinggi tidak lagi menjanjikan menjadi jutawan. Harus memikirkan pelajar bukan sahaja tidak perlu mendapat sijil tetapi yang perlu mendapat pengetahuan secepat mungkin. Sesaorang itu tidak perlu sangat mempunyai kepandaian melangit jika tidak bijak. Sebenarnya bijak itu adalah keperluan untuk menjadi jutawan. Tidak semestinya mereka yang pandai itu bijak. Bijak itu adalah keperluan kehidupan supaya semua kerja menjadi mudah dan bererti.

Kerajaan sangat mengalakan kekayaan dapat dibuat melalui pengetahuan tidak lagi dari hasil tulang empat kerat. Kerajaan mahu melalui pemikiran sesuatu benda baru dapat dihasilkan dan seterusnya dapat digunakan oleh masyarakat. Kerajaan mahu juga melalui kepakaran teknologi maklumat, kekayaan dapat dihasilkan. Ini telah terbukti kepada mereka yang pakar dalam bidang teknologi maklumat dapat membuat benda baru yang memudahkan penghidupan seharian. Kerajaan juga amat menggalakan inovasi dapat diterjemahkan menjadi produk dan dapat dijual atau dikomersilkan. Inovasi akan mengubah sesuatu kehidupan atau pekerjaan yang menjajikan perpindahan teknologi yang lebih mudah kepada manusia seperti kemudahan internet dan juga teknologi talipon tangan yang berjaya menjadi kehidupan lebih mudah.

Menjadi jutawan adalah merupakan satu keperluan kepada setiap orang. Kekayaan pada masa hadapan tidak hanya mempunyai rumah dan kereta sahaja tetapi perlu mempunyai kapal terbang. Kaya tidak menjadikan sesaorang itu sombong. Sebenarnya kekayaan perlu menjadikan sesaorang itu lebih pemurah dapat membantu orang lain. Hanya dengan menjadi jutawan dapat membantu banyak orang. Lebih banyak jutawan yang dapat dihasilkan lebih baik untuk sesuatu negara dan lebih mudah untuk meningkatkan ekonomi rakyat.

Kejayaan sesuatu negara adalah kemampuan mewujudkan lebih banyak orang jutawan. Kerajaan bercita-cita untuk menjadikan negara ini negara berpendapatan tinggi agar semuanya menjadi jutawan jika dibandingkan dengan negara lain.Kalau setiap rakyat telah menjadi jutawan  banyak aktiviti yang dapat dilakukan dan senang kerajaan melabor keluar negara.Ini hanya dapat dilaksanakan jika setiap dari rakyat negara ini bercita-cita menjadi jutawan dengan kerja kuat dan menggunkan teknologi untuk berjaya. Tanpa penggunaan teknologi untuk menjadi jutawan hanyalah angan-angan sahaja.

1 comment:

  1. Kami adalah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
    Bantuan seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda melalui kewangan
    Masalah, jika anda mempunyai masalah kewangan dan anda memerlukan dana
    Memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau bayar
    Bil, mulakan perniagaan yang bagus atau anda merasa sukar
    Dapatkan pinjaman modal dari bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e-mel
    Rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

     "Jadi, jangan biarkan peluang ini meluluskan anda,
    Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..

    Nama awak: ______________________
    Alamat anda: ____________________
    Negara awak: ____________________
    Tugas anda: __________________
    Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
    Jangka masa pinjaman: ____________________
    Pendapatan bulanan: __________________
    Nombor telefon: ________________
    Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
    Jika anda telah memfailkan pinjaman terdahulu, di mana anda dilayan dengan jujur? ...

    Bertindak cepat dan keluar dari tekanan, kekacauan, dan cabaran kewangan
    Hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e-mel:
    Rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...