Susah ialah perasaan tidak puas hati kerana kesukaran dan kesulitan, perasan tidak senang, tidak mudah mendapat atau mencari sesuatu, tidak senang hati, sedih hati, dukacita, serba kekurangan, miskin dan papa. Bersusah atau bersusah-susah ialah melakukan sesuatu dengan susah payah atau berpenat lelah mengerjakan sesuatu. Menyusahi ialah menjadikan sesaorang susah atau menggangui. Menyusahkan ialah menjadika sesaorang susah, menyukarkan, menyulitkan, menjadikan susah, sedih, risau, mendukacitakan dan merisaukan. Mempersusah ialah menjadikan lebih susah. Kesusahan adalah perihal susah, kesengsaraan, kesukaran dan kesulitan.
Perkataan susah adalah berlawan dengan perkataan senang yang bermaksud serba mudah, tidak ada kesulitan (perkara yang susah-susah), tidak ada yang menyusahkan. Senang juga membawa maksud suka, mesra, berasa puas, enak, nyaman, gembira, bahagia hidupnya, tidak susah atau melarat, bersahaja dalam percakapan, tenang. Bersenang atau bersenang-senang bermakna berbuat sesuatu dengan senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka. Bersenagkan atau bersenang-senangkan ialah bersenang-senang atau melepaskan lelah dan berehat. Menyenangi ialah berasa senang, gembira akan, suka akan dan menyukai. Menyenangkan ialah menjadikan mudah, tidak susah, memudahkan, melicinkan perjalanan, mengembirakan, menyukakan hati, mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan persaan atau fikiran, memuaskan, membetahkan penyakit, menyembohkan, menjadadikan senang, bahagia dan mewah. Kesenangan ialah perihal senang, kebahagian, kegembiraan, keenakan dan kepuasan.
Dalam kehidupan kesenangan akan dihubungkan dengan perkataan kaya yang bermaksud banyak harta atau wang, orang yang mempunyai banyak harta. Mengayakan ialah menjadikan kaya atau berharta atau berwang banyak. Memperkaya ialah menjadikan bertambah atau semakin kaya, menjadikan makin banyak, menambah banyaknya, memperbanyak atau memperluas. Terkaya ialah paling kaya atau kaya sekali. Kekayaan perihal kaya, segala harta benda yang dipunyai oleh sesaorang, kekuasaan dan kebesaran. Pemerkayaan ialah perbuatan atau proses menjadikan bertambah atau semakin kaya. Pengayaan ilah perihal atau usaha atau proses mengayakan.
Menurut kamus dewan jutawan adalah orang yang mempunyai wang atau harta benda yang jumlahnya berjuta-juta ringgit. Kalau dalam bahasa harian jutawan adalah orang yang terlalu kaya atau lepas dari kaya atau lepas dari kaya raya. Jutawan ini dikatakan mempunyai kekayaan yang melimpah ruah dan tidak diketahui berapa banyak wang mereka miliki tetapi kerap kali juawan ini dilihat mempunyai taraf hidup yang sangat tinggi. Kerap dilihat mereka mempunyai kenderaan yang mahal dan berjenama idaman setiap orang. Kerap kali jutawan akan tinggal dikawasan perumahan yang agak esklusif terkawal dan akan duduk bersama kelompok mereka sahaja. Sudah tentu mereka mempunyai kereta lebih dari satu atau mempunyai deretan kereta. Rumah juga sudah tentu besar dengan berbagai-bagai kemudahan yang agak selesa. Mungkin kita dapat membayangkan kehidupan atau kesenangan menjadi jutawan tetapi tidak mengetahui kehidupan sebenarnya sehingga kita sendiri menjadi jutawan. Sepatutnya setiap dari kita perlu bercita-cita untuk menjadi jutawan, tidak seperti cita-cita anak anak sekarang.
Kerap kali, ibubapa berpesan dengan anak-anak jangan jadi orang kaya nanti jadi sombong. Perkataan kaya kerap kali dikaitkan dengan sombong. Sampai sekarang ini ramai yang takut jadi kaya kerana digelar sombong. Bagaimana pula kalau jadi jutawan, sudah tentu lebih sombong. Ada juga kedengaran jangan pergi kerumah orang yeng berumah besar itu. Mereka itu orang sombong. Walaupun tidak mengenali tuan punya rumah sebenarnya tetapi apabila berumah besar sahaja akan digelar sombong. Ibu bapa juga kerap melarang anak-anak berkunjung rumah saudara mara yang senang atau berumah besar. Ini kerana adik beradik atau saudara mara itu sombong. Peralatan rumahnya mahal-mahal. Kalau kita berkunjung dan terjatuh sesuatu benda sudah tentu tidak mampu untuk mengantikannya. Itulah yang kerap diperkatakan jika sesaorang itu kaya apakah lagi kalau sudah jadi jutawan.
Setiap hari perkataan susah, kaya, senang dan jutawan akan diperkatakan. Ini adalah kerana kesemua ini adalah sebahagian dari kehidupan seharian.Apa yang paling kerap didengari adalah perkataan susah berbanding dari perkataan lain. Pernah dalam satu ucapan sesorang yang berpengaruh semasa sambutan hari raya aidil fitri. Semua orang akan menyatakan susah...susah...susah sejak dari dahlu dan tidak pernah berubah walaupun taraf hidup sudah berubah. Kalau dahulu rumah sangat buruk dan bocor. Anak-anak tidak mampu bersekolah kerana tidak mampu membeli pakaian apakah lagi membeli buku teks. Sekarang ini anak yang dibantu telah pun keluar universiti, mampu berkereta dan perpakaian cantik. Malangnya perkataan susah...susah...susah masih lagi bermain dimulut. Pada kali ini bukan sahaja percakapan ibubapa yang telah dibantu tetapi diperkatakan oleh anak yang telah mampu berkereta dan memakai pakaian cantik. Perkataan ini seolah-olah tidak berubah selama dua keturunan dan akan diperkatakan lagi oleh anak cucu dalam tempoh yang terdekat.
Apakah tiada kesenangan yang telah mereka nikmati. Jalan raya semakin sesak, rumah semakin cantik, jumlah yang menunaikan haji semakin bertambah. Tahun ini kepada sesiapa yang ingin menunaikna fardu haji perlu menunggu 10 tahun. Supermarket susah menjadi pasar sekarang. Menaiki penerbangan Air Asia untuk melancong sudah seperti menaiki bas. Kalau dahulu peribahasa kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang telah berubah kais pagi makan pagi dan kais petang makan kentucky fried chicken. Banyak juga yang ingin merubah peribahasa ini kepada kais pagi makan kentucky fried chicken dan kais petang makan mc donold. Kalau pada satu masa dahulu hanya orang kaya sahaja yang boleh makan kentucky fried chicken tetapi sekatrang ini apabila disebut sahaja seolah-olah semua orang berkemampuan. Restoran makanan ala-Amerika telah menjadi restoran biasa di negeri Melaka. Makanan segera bukan lagi hidangan anak-anak bandar tetapi telah menjadi hidangan anak-anak kampong.
Sebenarnya rakyat Malaysia telah jauh lebih senang dari dahulu dalam semua aspek kehidupan. Ibubapa telah mampu menghantar anak-anak mengikuti tusyen berbayar. Banyak keluarga sanggup membelanjakan wang yang lebih untuk anak menjadi pandai. Melalui pemerhatian banyak mereka yang sentiasa mengaku susah sebenarnya sudah senang. Mereka mengaku susah supaya mendapat bantuan. Rakyat negara ini memamng gembira apabila mendapat bantuan. Mereka juga sangat cemburu kalau orang lain mendapat bantuan tetapi dia tidak mendapat bantuan. Kebanggaan menerima bantuan adalah percakapan harian. Pemimpin juga sangat baik hati. Kepada sesuapa yang susah akan dibantu. Ini adalah tanggung jawap pemimpin. Kepada mereka yang sudah merasai sedikit kesenangan perlu mengaku mereka sudah senang dan tidak perlu menerima bantuan. Bantuan perlu diberi kepada orang lain pula. Kita tidak boleh selamanya hidup dalam bantuan sahaja.jadi pilihan utama. Bantuan adalah sesuatu yang sementara. Gunakan bantuan yang diberi untuk memperbaiki kehidupan. Kalau ibubapa semasa belajar mendapat biasiswa atau dermasiswa. Ini adalah bantua yang terbaik, apabila ibubapa sudah bekerja dan mendapat pendapatan yang baik, perlulah berniat untuk anak-anak lepas ini tidak perlu bantuan dari kerjaan lagi. Inilah yang dikatakan kemajuan dalam kehidupan. Jika ibubapa, anak-anak, cucu dan cicuit masih lagi mengharapakan bantuan kerajaan. Ini tidak mengambarkan sesaorang itu berjaya dalam kehidupan. Ini perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Bantuan bukan seluruh keturunan.
Adalah didapati juga banyak yang mengaku susah kerana tidak mahu membayar apa sahaja perkhidmatan yang diberi oleh pihak kerajaan. Kepada mereka semua yang disediakan oleh kerajaan adalah percuma. Itu sebabnya, banyak keluarga yang tidak mahu membayar yuran pengajian anak-anak samaada di kolej atau di universiti. Banyak ibubapa yang mampu juga akan membuat pinjaman pendidikan. Mereka bukan tidak mampu tetapi tidak mahu membayar kepada kerajaan.Itu sebab mengaku susah lebih mudah mendapat bantuan berbanding kalau mengaku sudah senang.
Mungkin juga sifat rendah diri menyebabkan mereka tidak mahu mengaku senang. Kalau mengaku senang nanti orang kata sombong pula. Inilah perkataan yang sangat dielakan oleh orang Malaysia. Mereka akan berdiam diri sahaja apabila diperkatakan berkenaan kesenangan. Mereka yang sudah senang amat mudah dapat dilihat. Kereta akan menjadi bahan keperluan bukan kemewahan. Kalau sudah ada kereta mudah untuk berulang-alik ke tempat kerja. Rezeki pun akan mula bertambah. Apabila kenderaan sudah ada sudah tentu berfikir untuk memiliki rumah sendiri. Mereka yang menyewa dilihat tidak bagus, malu nak mengaku rumah sewa. Mesti kata kepada orang ini “ini rumah sendiri”. Kalau yang menyewa pun adalah mereka yang masih muda, kehidupan belum lagi stabil. Kalau ada rumah sendiri nampak macam sudah stabil. Emak dan bapa dan juga mertua akan menjadi sangat bangga dan akan menjadi buah mulut yang anaknya sudah memiliki rumah sendiri.
Perbelanjaan pembelajaran anak-anak bukanlah menjadi prioriti kepada kebanyakan keluarga. Mereka bangga melihat harta nampak yang boleh ditunjuk tetapi pendidikan adalah tanggung jawap kerajaan. Untuk mendapat bantuan tidak boleh mengaku senang. Kalau mengaku susah banyak yang akan membantu. Mereka yang mendapat bantuan bukanlah orang yang susah sangat. Kalau susah tidak mengapa. Mereka yang mengaku susah tetapi menggunakan talipon jenama canggih, isteri mengunakan beg tangan mahal. Gaya percakapan dan kehidupan seharian bukanlah orang yang susah. Rumah juga dapat menentukan sesaorang itu susah atau senang.
Kalau sudah senang kita harus mengaku sudah senang supaya rezeki kita bertambah lagi. Bercakap bohong akan meneyebabkan kita bertambah susah. Rezeki akan bertambah kalau kita bercakap benar dan sanggup bekerja kuat. Kalau sudah senang jangan berat sangat untuk berbelanja terutama untuk pembelajaran anak-anak. Orang yang berjaya dalam kehidupan adalah mereka yang membelanjakan wang yang dimiliki untuk keluarga terutama pendidikan anak-anak. Kesusahan sekarang atau tidak senang-senang mungkin akibat perbuatan kita sendiri yang tidak mahu mengaku kita telah menikmati kesenangan. Mengaku susah dalam kesenangan adala perbuatan yang tidak baik yang akan menyekat rezeki pada masa akan datang. Setiap dari kita harus mengaku kita sudah senang. Hidup senang, makan senang, pakai senang, berjalan pun senang. Kita perlu mengaku kita sudah senang...senang...senang.
No comments:
Post a Comment